Wednesday, February 23, 2011

Kisah Klasik Linglung : Syukraay sayang Shidu


Syukraay mundar-mandir di depan warong Pak Megat. Dah enam hari suku Syukraay tak dapat makan sedap-sedap. Syukraay hanya dapat rasa sisa-sisa makanan, tulang-tulang ikan hasil buangan dari warong Pak Megat. Itu pun Syukraay terpaksa bekerja-keras, sebab Syukraay dan Pak Megat tak berapa sebulu, musuh kemain ketat lagi mereka berdua.


Syukraay bukanlah kucing jalanan sepenuh masa seperti kucing rempit jalanan yang lain. Tiap-tiap hari Syukraay pulang ke rumah seorang gadis bernama Shidu, pelajar sepenuh masa di sebuah universiti swasta di Ayer Keroh. Dah dekat setahun lebih juga Syukraay berkenalan dengan Shidu. Dari hari ke hari, hubungan Syukraay dan Shidu semakin akrab dan dari hari ke hari juga Syukraay dapat makan sedap-sedap. Sebut saja apa jenis makanan kucing yang ada dijual di Mydin, pasti Syukraay pernah rasa.


Syukraay ingat lagi, beliau pernah ambil port di belakang lorong deretan rumah teres untuk berhadas. Syukraay kais-kais pasir, Syukraay kangkangkan kaki belakang sedikit lebar daripada biasa. Perlahan-lahan Syukraay kecilkan mata ketika bahan kumuhan mahu keluar.


"Syukraay!! Kau buat apa tu?", jerit Shidu disusuli soalan yang Syukraay sangat segan mahu jawab. Kebetulan ketika Syukraay mahu melepaskan hajat, Shidu lalu di lorong sama untuk pulang ke rumah selepas habis kelas. Syukraay tunduk, Syukraay betul-betul rasa malu-malu kucing, sumpah tak tipu. Perlahan-lahan Syukraay kais semula pasir untuk tutup bahan kumuhan yang baru keluar separuh sebentar tadi. Syukraay berjalan ke arah Shidu lalu menyendeng-nyendeng di kaki gadis berasal dari Manjung itu, mahu cover malu.


"Jom ikut aku balik, kita makan sedap-sedap", Shidu berjalan pulang ke rumah, ekor matanya menjeling kiri dan kanan curi pandang kalau-kalau ada jejaka hensem memerhatikannya, tak ada. Shidu steady saja, yang penting bagi Shidu dia ada Syukraay. Walaupun Asrul dan Jakpo kata Syukraay kucing selebet, Shidu tak peduli, Shidu tetap sayang Syukraay. Asrul selalu banding-bandingkan Syukraay dengan kucing dari Parsi belaan makwe beliau, Bella namanya. Asrul kata, Bella cantik, bijak, bersih pula tu tak serupa Syukraay yang tak tampan, malah berbau hamis ketiaknya. Tapi Shidu langsung-langsung tak ambil hati, dia tahu Syukraay kucing yang ada kelebihan tersendiri. Ya, hanya Shidu yang tahu apa kelebihan Syukraay, orang lain tak pernah tahu.


"Hari ni kita makan megi, mahu?", soal Shidu sambil buka sepeket megi tomyam. Syukraay senyum pekat, kemain suka lagi beliau dapat cuba makanan yang beliau belum pernah rasa itu.


Syukraay dongak pandang Shidu. Seperti selalu-selalu, Syukraay buat muka kucing lapar, mata kecil, misai tersungkit-sungkit konon-konon comel, mahu perhatian dari Shidu.


"Jom makan, megi dah siap", Shidu melangkah menuju ke ruang tamu. Syukraay follow Shidu dari belakang sambil menikmati view yang cantik solid di hadapannya. Air liur Syukraay meleleh, punya solid body Shidu sampai Syukraay hilang pedoman. Sebelum Shidu perasan ketidakkeruannannya , Syukraay lap slow-slow air liur yang berjejeran itu pakai tangan kiri beliau sampai bersih.


Hari itu Syukraay senyum. Syukraay senyum sebab dapat makan sedap-sedap. Hari itu pertama kali Syukraay merasa megi tomyam. Syukraay rasa sangat bertuah dan bersyukur. Tapi Syukraay sedar, beliau hanya sekadar seekor kucing, sejauh mana sangat beliau boleh menunjukkan tanda kesyukuran. Lainlah Shidu, hari-hari Syukraay tengok Shidu sebut 'alhamdulillah' bila Shidu sendawa.


Tapi itu cerita hari itu. Sekarang Syukraay dah enam hari suku tak dapat makan sedap-sedap. Dah enam hari suku Syukraay curi-curi makan sisa buangan daripada warong Pak Megat. Dah enam hari suku Syukraay tak jumpa Shidu. Dah enam hari suku juga Syukraay rindu pada Shidu.

***

The end...

Eh! Mane boleh habis macam ni aje kan? ;)

Kesinambungannya anda boleh baca dari dari blog Linglung, penulis "Syukraay sayang Shidu", Linglung, salah seorang juri "99 Hari Kisah Klasik Kita". :)

Syukraay sayang Shidu part 2
Syukraay sayang Shidu part 3
Syukraay sayang Shidu part 4

P/S : Vee akan bercuti dari 'blogging' untuk 4 hari. Isnin ni Vee akan update balik ye? Bagi bloggers semua, jangan lupa mengundi cerpen pilihan anda jika anda belum mengundi. Senarai cerpen peserta terdapat di side bar sebelah kanan blog "Kisah Klasik Kita". :)
Dan bagi yang ingin menyertai kontes "99 Hari Kisah Klasik Kita", jangan lupa emailkan ke kisahklasikita@yahoo.com okay? ;)

Salam sayang,
Juliana Violet

1 comment:

Cikli said...

vote untuk shukraay haha