Friday, January 14, 2011

99 Hari Kisah Klasik "Fiq Vertigo" : Apreggios Terakhir



"Kesampingkan yang lain. Cinta tu, nanti dulu ya. Sofia, cinta ni ibarat arpeggios atau bahasa mudahnya chord lagu yang belum sempurna. Ajaibnya arpeggios ni, bila disatukan dengan berbagai keynote dari instrument yang berlainan maka ianya akan menghasilkan satu alunan musik yang cukup indah! Jadi untuk arpeggios yang terakhir, Sofia tak perlu terburu-buru. Cinta tu sendiri akan datang dan menyempurnakan Sofia." ujar babah tenang. Nyata, aku perlukan sedikit masa untuk memahami teori ‘missing chords’ babah. Nyata pengaruh pekerjaannya selaku komposer musik sedikit sebanyak mempengaruhi falsafah hidupnya.

"Babah, im going to learn medicine, not musik lah! Hikhik" mengekek aku ketawakan babah. "We’ll see my dear.." jawab babah sepatah.

Aku lihat babah dengan renungan paling dalam. Aku mahu selam apa yang berada di dalam fikirannya. Mahu tahu isi hatinya. Merelakan aku, waris tunggal dan anak dara tersayang untuk berdiri di atas kaki sendiri di tempat orang bukan mudah buat seorang lelaki bergelar ayah tunggal. Tubuh ini dinutrisikan dengan kasih sayang yang cukup banyak dan perhatian tak berbelah bahagi hingga diri ini gebu dengan keceriaan dan kaya dengan sopan santun seorang gadis melayu.
Aku buka penutup kotak Lovely Lace dan letakkan di atas katil. Sudah kemas aku letakkan segala macam harta benda bernilai. Ada bingkai gambar berisi imej pegun aku dan ayah sewaktu bercuti di Danau Toba, Indonesia dahulu. Ada juga beberapa buah novel hasil karya Jane Austen hasil peninggalan bonda.

"Bonda.." ujar aku sepatah. Tak semena-mena terlucur laju perkataan itu keluar dari bibir mungilku. Babah hanya mampu tersenyum, usap lembut kepala aku, cium ubun-ubun dan berlalu pergi sambil pintu bilik ditutup rapat. Sehari lagi. Aku mengeluh perlahan. Ahh.. tiada guna kau mengeluh, Sofia. Keluhan kau bukan boleh bawa yang mati menjadi hidup kembali.. aku bermonolog sendiri.

Esok, aku akan akan menyusul kembali cita-cita bonda yang tergantung. Passport dan tiket penerbangan kelas ekonomi Gulf Air ke Cairo yang terletak di atas meja solek, aku pandang sipi. Aku kehilangan bonda sewaktu aku masih dalam susuan. Bonda terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya sewaktu menamatkan pengajiannya di tahun akhir jurusan perubatan. Dalam tidak sedar separuh daripada jiwa aku tidak sempurna tanpa bonda. Sungguh, aku bersyukur punya ayah yang sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab sebagai ayah yang baik, namun masih, jiwa ini amukkan belaian daripada makhluk yang bergelar ibu. 18 tahun rintihan hati ini dibiar gersang sahaja. Tidak mengapa, aku sudah terbiasa. Sudah redha.
Kipas syiling diputar hingga kelajuan maksima. Perlahan sahaja aku membaringkan kepala di atas bantal. Aku peluk Mr Pooh rapat ke dada. Penat mengemas bagasi 30 kilogram masih berbaki. Muju ada Mak Minah, pengasuhku datang untuk menolong. Mak Minah sudah punya pengalaman menghantar anak ke luar Negara. Abang Amir, anak sulung Mak Minah kini berada di Jepun melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Angin sepoi-sepoi bahasa mula menunjukkan kemesraannya. Jauh aku mengelamun sedang telinga didendang lagu Last Arpeggios nyanyian kumpulan Bluedawn darii tanah selatan Korea.

***

"Dalam kehidupan berkeluarga, kasih sayang adalah seperti minyak yang melicinkan geseran, seperti simen yang mengukuhkan dan musik lembut yang membawa seribu satu keharmonian. Macam kau dan aku juga. Keceriaan kau adalah catalyst bagi chemical reaction dalam hubungan kita ni." ujar Deshi Lee sambil senyum bangga. Aku ketawa terbahak-bahak mendengar teori baru pemuda cina itu. Deshi Lee adalah satu-satunya pemuda yang berjaya menambat hati muda aku sekarang. Satu-satunya dan aku harap dalam perlumbaan hidup ini, dialah pahlawan buat dunia dan akhiratku. Rambutnya yang pendek, badannya yang katang sesuai usianya remaja 17 tahun dan fasih berbahasa melayu tanpa ada sedikit pon slanga cina memikat jiwa remaja aku. Bagiku, Deshi adalah sahabat paling akrab. Untung-untung boleh dibuat suami namun angan-angan itu tidak mungkin menjadi realiti. Keluarga Deshi berpegang teguh pada agama yang dianuti mereka iaitu Kristian. Jadi persahabatan kami hanyalah sia-sia bagi mereka yang mencemburui luasnya konsep cinta tanpa mengira usia mahupun agama. Tapi bagiku, semuanya tidak mustahil.

"Come here.." pintaku lembut. "What’s so funny about that, my little miss sunshine?" soalnya tidak puas hati dengan lagakku mentertawakan pujiannya. Little miss sunshine, gelarannya terhadapku. Deshi dakwa bahawa aku lah sumber inspirasinya, bintangnya di kala kesepian. Aku tepuk kerusi kayu perlahan menandakan ruang di sebelahku ini khas untuk dia duduk. Deshi hanya menurut. Dia duduk diam sambil mulutnya membebel perlahan. Tidak puas hati dengan aksiku barangkali. Kami menikmati permandangan indah di taman permainan itu dan aku pula memintal hujung rambut yang semakin panjang. Rambut ikal mayang, persis rambut bonda. Aku senyum kecil tiap kali teringatkan bonda . Kelihatan kanak-kanak usia tadika berlari berkejaran sambil kaum ibu berada di bawah rending pokok angsana dan berbual mesra. Petang ini, langitnya biru tanpa ada awan bergantungan menahan cahaya matahari dari memanah bumi.Hanya kedamaian menghuni hati apabila angin sepoi-sepoi bahasa membuai perasaan aku dan Deshi di bangku kayu itu.

" Apa maksud nama Deshi Lee?" soalku. Jariku rancak mengupas kulit kacang tanah lalu bijinya disua ke mulut.
"Oh, Deshi bermaksud virtuous, macam berakhlak tinggi. Manakala Lee pula membawa maksud kekuatan. I think t already told you about this gazillion times aren’t i?" Aku hanya mampu tersenyum bahagia. Aku akan merindui saat manis ini. Bulat matanya itu mampu mencairkan egoku, pandangan mata yang sangat telus, menyukarkan aku untuk berkata tidak dalam segala hal.
" Ya. Aku suka nada suara kamu. Sentiasa yakin, bersemangat. Aku cemburu, tahu?" tegasku dengan nada sedikit tinggi. Aku jeling Deshi sekilas yang mula kelihatan serba tidak kena. Masing-masing diam, melayan perasaan. bungkusan kacang di tangan semakin mengecil saiznya. Apabila hanya tinggal habuk, Deshi menyuarakan sesuatu di luar jangkaan.
" Sofi, aku mahu kekalkan nama ini bila aku menganut Islam kelak. Setuju?"
Aku angguk sahaja perlahan. Sudah beribu kali aku dengar cadangan Deshi. Lima tahun berkawan sehingga ke saat sudah hamper tamat zaman persekolahan ini aku sudah masak perangai Deshi yang kuat bercanda. Deshi berdiri tegak di hadapan aku dan berdeham kuat beberapa kali. Aku melihat dengan rasa pelik dan ingin tahu. Mulutku masih rancak mengunyah kacang. Lalu Deshi pon bersuara.
"Selamat datang ke upacara walimatul urus Deshi Lee Abdullah dan Sofia Salleh. Terima ka.."
Burrr…!
Habis tersembur kunyahan kacangku mengenai baju Deshi. Aku batuk kecil kerana tersedak dengan kacang yang dikunyah tadi. Ucapan Deshi terganggu dan dia menggelengkan kepala sambil menepuk belakangku perlahan. Batuk ku kian reda. Aku kemaskan ikat rambut yang semakin longgar. Terima kasih buat Deshi yang selalu mengharu-birukan petangku dengan jenakanya.
"Itulah, makan tak baca doa. Padan muka tersedak! Terharu ke?"
Mengekek Deshi mengetawakan aku. bergema seluruh taman itu dengan suaranya. Gembira benar dia menyakat aku kali ini. "Tinggi cita-cita kamu, Deshi Lee?" sengaja aku memerli Deshi dengan mengeraskan suara apabila menyebut nama penuhnya. Deshi mengangguk suka.
Hatiku sudah jadi mendung berarak kelabu. Mana mungkin kami bersatu. Dia berketurunan Cina beragama Kristian manakala aku pula Melayu beragama Islam. Perbezaan jelas lagi ketara. Umpama bumi dengan Kripton! Melihat perubahan yang begitu ketara di wajahku, Deshi menukar topik.

" Aku pernah beritahu yang aku ni pandai menilik tapak tangan?" soal Deshi. Aku menjawab dengan gelengan kepala. " Tunjukkan aku tangan kau. Tangan kanan.". Seperti disihir, aku hanya menurut tanpa bantahan. Menarik juga tilikan tapak tangan ni lebih-lebih lagi ini adalah pertama kali aku dengar daripada Deshi.
" Palm reading ni bukan predict masa depan tau, tapi more to perkara yang kamu dah alami. Ada empat line penting iaitu cinta,life,nasib dan minda. Tapi aku lebih pakar tahap dewa bab garisan cinta dan hidup ." Ujar Deshi lagi sambil tersenyum kerang busuk. Deshi hanya memerhatikan tapak tanganku tanpa menyentuhnya. Salah satu perkara yang menyebabkan aku makin jatuh sayang dengan lelaki ini, dia punya keperibadian terhormat yang belum tentu lelaki muslim ada. Dia menghormati aku sebagai seorang wanita dan dia juga menyanjungi agamaku, agama Islam.
" Garis hidup berdekatan dengan ibu jari membentuk garisan lengkung dengan sempurna. Garisnya panjang dan dalam, melambangkan kamu punya survival diri yang kuat. Tengok, garis tu melurus hingga ke hujung tapak tangan, maknanya kamu seorang yang berhati-hati dalam berkasih."
"Kita tengok garis cinta kamu pula. Oh, garisan ni susah sedikit ya. Saya kena tenung dalam-dalam." Deshi merapatkan mukanya ke tapak tanganku. Bezanya hanyalah seinci dan aku merasakan suatu perasaan halus bermain-main di pangkal hati. Deshi meniup perlahan tapak tanganku, lalu aku terus menjengtik hidungnya.
"Main-main pulak. Cepatlah!" suruhku. Aku sengih suka apabila melihat Deshi menggosok hidungnya yang mulai kemerahan.
"Garisan hati kamu panjang dan berbentuk lengkung bermakna awak ni seorang expressive, awak mudah meluahkan rasa cinta. That’s good.. hurmm.." tilik Deshi. Senyuman nakal bermain-main dibibir nipisnya. Senyuman memikat ala Goh Suu, pelakon utama drama Coffee Prince yang sangat aku gemari.
"Tapi..line ni ada garis pecah-pecah melambangkan kamu mengalami trauma emosi dalam hidup." Ujar Deshi perlahan sahaja tapi tenang. Jantungku berdetup kuat.
" Trauma emosi? Contoh?" tanyaku bodoh. Deshi terdiam. Matanya tajam melurut seluruh wajahku lalu mengukir senyuman kecil.
" Seperti kehilangan seseorang. Sekarang, asal kamu bahagia, Sofi." Semberono sahaja Deshi menjawab pertanyaanku. Aku terpinga-pinga. Mudah benar hati ini terusik apabila perkataan bahagia di pendengaran.
" Bahagia? Bahagia.. tanpa kasih sayang seorang ibu? Aku tak sempurna Deshi..jiwa aku ni.. kosong..!" sayu sahaja aku berkata-kata.
Tiada ucapan penenang daripada Deshi. Serasa awan mulai meneduh tempat kami. Awan mendung berisi cecair bersifat neutral. Mataku pula mulai berkaca. Akhirnya pecah berderai empangan airmata itu, meluruti pipi gebuku hingga ke dagu tirus. Air mata ini tidak bisa aku tahan kerana teguhnya ia menurut prinsip konsep graviti. Aku tahan sendu yang mulai memainkan lagu sedih. Goyah benar aku kali ini di hadapan Deshi. Kata-katanya amat memilukan hati!
" Adakah kerana aku lahir tanpa sempat melihat wajah bonda, membuatkan aku sudah tegar benar? Aku tidak sekejam itu..aku tidak sekeras itu Deshi.. tidak!" teriakku. Malangnya teriak itu mati di kerongkong. Aku kesat cepat-cepat air mata yang berbaki dengan harapan tiada siapa melihat perubahan aku di sisi Deshi.
" Beri aku lihat tangan kiri kamu pula. Mari.." pujuk Deshi. Aku memandang Deshi dengan pandangan sinis.
" Kamu mahu hina aku apa lagi?" soalku keras. Aku mahu dia tahu bahawa aku cukup-cukup terkesan dengan pernyataannya sebentar tadi. Aku mahu dia tahu bahawa aku memang kisah di atas apa yang telah menimpa nasibku.
" Janganlah begini. Aku mahu lihat sebentar sahaja." Pujuk Deshi lagi. Tapak tangan kiriku unjuk betul-betul di hadapan mukanya. Tindakanku kasar tapi biar saja dia tahu aku sedang memberontak!
" Jari manis ni belom lagi dihias dengan cincin. Sepuluh tahun lagi, aku akan sarungkan dengan kilauan permata yang paling indah buat kamu."
Aku terpempan. Petang itu, tiupan angin menyejukkan hatiku lebih daripada biasa. Seperti ada salju halus menyirami bara kemarahan sebentar tadi. Aku mencari kejujuran di balik anak mata perang milik Deshi. Nyata yang tergambar hanyalah riak wajahku yang sedikit terkejut. Daun-daun kering pokok angsana menghujani kami saat angin mulai bertiup kencang. Kepulangan kami ke rumah masing-masing diiringi gerimis hujan panas dan dalam hatiku, ada pelangi petang membiaskan warna cintanya di segenap ruang dengan penuh gemilang!

***

" Six years kakak. I’ll be waiting for your graduation day." Ujar babah tenang. Ada harapan setinggi Gunung Everest dalam pesanan ringkasnya itu.
"Do visit me in Egypt once in a while. Take care babah. Rambut tu, every two weeks kasi trimmed smart ok." Ujar aku pada babah. Aku betulkan rambutnya dan selitkan di belakang telinga. Kelihatan uban seurat dua, aku hanya ketawa kecil. Perut babah yang membuncit ke hadapan aku tepuk beberapa kali sambil mengenyitkan mata. Sengaja mengusik buat terakhir kali. Ahh..babah..jika kau tahu betapa gundah hatiku di kala ini..
"Mak Munah, tengok-tengokkan boyfriend Sofia ni ye. Report kat Sofi kalau babah tak ikut pesan Sofdi ni tau!" ujarku pada Mak Munah. Pak Kassim, suami Mak Munah ketawa besar. Mak Munah membetulkan jaket hitam aku biar kemas di bahu dan menepuk perlahan habuk yang melekat. Ciuman hangat melekat di dahi dan pipiku. Mak Munah memeluk aku dengan erat sekali seolah tidak mahu melepaskan.
"Sudah mahu pergi jauh anak dara Mak Munah ni, ya? Jaga diri sayang..babah awak tu, jangan risaulah." Ujar Mak Munah lagi bagi menenangkan hatiku. Aku senyum kecil. Panggilan akhir bagi penerbangan ke Kaherah melalui pesawat Gulf Air bergema di balai perlepasan Lapangan Terbang Kuala Lumpur.
Aku cium segenap wajah babah dan bertukar salam dengan Mak Munah dan Pak Kassim. Aku tunjukkan passport dan boarding pass kepada pegawai pemeriksa. Sebaik sahaja kaki menuruni eskulator, derai airmata membasahi pipi. Mengenangkan babah, rumah dan Deshi. Deshi yang hilang tanpa berita sebaik sahaja tamat Sijil Penilaian Menengah. Tapi rasa yang aku ada pada Deshi aku bawa bersama ke bumi Kaherah, tidak mungkin aku tinggalkan rasa itu jauh di Malaysia. Tidak mungkin.

***

"Okay Doktor Sofia Saleh, welcome to Ward Urology of Hospital Selayang. Come walk with me, for this grand round. By the way, I’m Dr. Raven, the head of department of Urology and joining with us today is Doctor Lim, urology surgeon, Dr Salam, andrology surgeon and Doctor Nisha, anesthetist from O.T and other housemen. This ward is specialized in urology and also andrology and we’re glad that you’re continuing your residency in this hospital. Come on, I’ll show you around!"

Aku tunduk hormat dan bertukar salam perkenalan dengan doktor jemputan yang lain. Nyata pandangan dingin yang aku peroleh daripada sebahagian mereka. ‘Freshie’ seperti aku masih perlu banyak belajar. Hari pertama aku berada di Hospital Selayang, aku terus dijemput untuk menghadiri ritual ‘grand round’ di wad buah pinggang dan sakit tuan. Kebiasaannya ‘ground round’ ini dihadiri para doktor pakar, lepasan ijazah kedoktoran dan juga pelajar perubatan dan tujuannya adalah untuk berdiskusi mengenai penyakit yang dialami oleh pesakit tertentu dan membincangkan cara rawatannya. ‘Grand round’ juga lebih berfungsi untuk tujuan ilmiah dan interaksi dua hala antara pesakit dan perawat.

"Hello babah, yup, a.. I’ll be late. Bah enjoy your lunch. I have to discharge a patient. I’ll be home around 6 pm insyaallah. Okay, take care, bye bye..assalamualaikum."
Panggilan telefon segera di matikan. Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk di wad setelah dua bulan menjalani tempoh ‘residency’ di sini. Syukur ke hadrat ilahi, aku berjaya menamatkan sarjana perubatan dan kini bergelar ‘house officer’ di Hospital Selayang.
"Nurse, siapa patient di katil tujuh ya? Kes patient kita kali ni apa?" soalku lembut kepada Nurse Sally, yang sudah tiga tahun menjadi jururawat di wad buah pinggang dan sakit tuan ini. Aku cukup hormat dengan jururawat yang cukup komited dalam membantu memudahkan kerja aku sebagai seorang doktor. Banyak yang perlu aku belajar daripada jururawat. Bagi aku, mereka lebih berpengalaman dalam mengendalikan hal-hal pesakit. Tidak seperti sesetengah doktor baharu yang bodoh sombong dan mengambil sikap acuh tak acuh terhadap profesion mereka.

"Adult circumcise Dr. Sofi. Patient Dr. Salam. Segak juga orangnya, macam Aaron Kwok!" jawab Nurse Sally menghulurkan chart pesakit kepada ku sambil menuntun ke katil pesakit. Aku hanya angguk kecil. Dalam fikiranku, mungkin pesakit ini bukan muslim kerana melakukan rawatan berkhatan sewaktu dewasa. Berkhatan sekarang sudah mendapat tempat bagi masyarakat bukan Islam walaupun perkara ini dianjurkan oleh agama Islam. Di Amerika Syarikat sahaja, perkhidmatan khatan sudah mendapat tempat di dalam masyarakat secara menyeluruh di atas tujuan penjagaan kesihatan bagi membendung penyakit berbahaya seperti barah zakar dan penyakit kelamin.
Katil 7 berada di bilik pesakit berseorangan. Mungkin pesakit merupakan seorang yang sangat mementingkan privasi. Pintu bilik diketuk dan dikuak oleh Nurse Sally. Aku yang berada dibelakang hanya membuntutinya.

"Assalamualaikum Deshi Lee, apa khabar?" Nurse Sally bersuara.
Serentak itu aku terkejut dan tak semena-mena carta di tanganku terjatuh. Habis bertaburan kertas catatan di atas lantai bilik. Tanganku menekup mulut. Lidah kelu untuk berkata-kata dan mataku..mataku hanya mampu menatap wajah Deshi yang sedang berada di atas katil pesakit.

"Ya Allah, Sofia! Are you okay?" jerit Deshi. Aku jatuh terduduk. Mataku kabur. Dugaan apakah ini ya Allah? Tanganku meraba-raba kertas yang bertaburan tadi dan ku kutip kesemuanya. Nurse Sally turut membantu aku untuk bangun. Cepat-cepat aku cari borang pesakit di celah kertas-kertas itu tadi.

Nama : Deshi Lee Abdullah
Umur : 26 tahun
Kes: Circumcise
Doktor : Dr Salam

" Deshi Lee Abdullah? Are you for real? Berkhatan?!" soalku dengan nada suara hampir menjerit. Mataku mencerlang melihat Deshi yang tersengih seperti kerang busuk di atas katil. Dengan hanya berpakaian pesakit, rambutnya kini sudah panjang diikat satu. Matanya yang bulat dulu bersembunyi di balik kaca mata.
"Macam mana saya boleh tak tahu pasal patient ni nurse?" soalku pula kepada Nurse Sally. Nurse Sally hanya mengjungkit bahu tanda tidak tahu. Namun, riak wajahnya yang jelas terpancar rasa gembira mengusutkan lagi fikiranku. Nurse Sally menjawab sepatah, "Tanyalah Deshi. Dia punya surprise lah ni!" sebelum berlalu pergi meninggalkan hanya kami berdua di dalam bilik pesakit, sempat lagi Nurse Sally mengenyit mata kepadaku. Nakal sungguh Nurse Sally mengenakan aku!
" Assalamualaikum Sofia." Lembut tutur kata Deshi. Suara yang sering aku mainkan dalam ingatan di kala aku kesepian kini bergema kembali mengetuk pintu hatiku. Aku jawab salamnya perlahan.
"Since when?"soalku ringkas. Terlalu banyak persoalan yang mahu aku lontarkan. Mengapa dia pergi tanpa ucapan selamat tinggal? Ke mana dia menghilangkan diri? Mengapa dia berada di sini? Bagaimana? Kenapa? Apakah?
"Semenjak aku jatuh cinta dengan Islam. Sejak aku tahu kamu tak pernah berganjak dari aku..."jawabnya ringkas. Sekali lagi aku dihadiahkan dengan senyuman yang manis itu. Senyuman yang paling aku rindui. Debar di dada kian memuncak. Aku berpeluk tubuh, dan menyandarkan tubuh di dinding bilik, setentang dengan katil Deshi.
Sekali lagi ruang di antara aku dan dia di isi dengan konflik hati yang membara. Aku lihat sekeliling. Ada sebuah beg kecil yang mungkin berisi pakaiannya di sisi almari kecil.
"Aku pinta Dr Salam untuk rahsiakan semua ini daripada kamu. Dan permintaanku untuk bertemu denganmu sebelum aku discharge ditunaikan. Maafkan aku. aku lemah untuk pertahankan apa kita pernah ada dahulu. Aku fikir, perpisahan itulah terbaik buat kita."ujar Deshi lagi.
"Kamu dan fikiran kamu. Kamu selalu yakin. Selalu fikir yang kamu betul." ujarku pendek tapi penuh sindiran. Senyuman sinis menghiasi wajahku. Suaraku pula antara dengar atau tidak. Tenggelam dalam sendu yang berbuku di hati. Semenjak pemergian Deshi dan sepanjang keberadaanku di tanah anbiya’, diri ini sudah terlatih untuk tidak senang menangis. Biarlah parah dikerjakan orang, senyuman ringkas tetap akan aku hidangkan buat mereka yang selalu injak hatiku ini.
"Masih memberontak, sayang?" soal Deshi. Sengihannya menghiasi bibir merah jambu itu. Bibir yang sihat, tidak pernah menghembus asap rokok. Aku jeling Deshi sekilas.
"Since when?" soal Deshi pula kepadaku. Matanya menyoroti pemakaianku. Tudung bawal merah jambu di pin satu di tengah-tengah dengan baju kurung moden bercorak batik. Tiada lagi rambut ikal diikat dua terhayun-hayun. Tiada lagi t-shirt dan seluar jeans koyak. Semuanya telah ditukar ganti, dengan yang lebih manis, lebih indah. Deshi senyum. Senyumannya ada tanda lega.
"Sejak aku lebih menyayangi diri. Aku mahukan yang terbaik buat diri ini, buat Islam." jawabku jujur. Benar. Pemergianku ke Mesir dahulu terlalu banyak hikmahnya. Melatih diri ini untuk menjadi muslimah sejati selain melakukan fardhu kifayah iaitu menuntut ilmu perubatan. Aku enggan menjadi sebahagian mereka yang bersungguh-sungguh menunaikan fardhu kifayah namun malang, fadhu ain mereka tidak terjaga. Aku mahu Sofia Saleh ini berbakti, mengumpul saham dunia dan akhirat.
"We’re on the same path then. Tahniah buat diri masing-masing." Ujar Deshi. Kali ini kami sama-sama tersenyum. Rasa kekok semakin lama menyusur pergi. Sedar diri ini semakin matang dalam membuat keputusan yang terbaik buat diri masing-masing.
"Mari ke sini. Sekejap je." Pinta Deshi. Dan seperti dahulu, automatik diri ini akan menurut perintah, mengiyakan sahaja segala permintaannya.
"Hulurkan tangan kirimu"

Lambat-lambat aku hulurkan tepat ke wajahnya. Kenangan 8 tahun dahulu bermain di mata. Di bangku kayu itu, Deshi dengan ‘trick’ tilikan tangannya. Hatiku meruntun sayu namun masih mampu tersenyum kecil.
Deshi menyelup saku baju pesakitnya. Sekotak baldu biru dikeluarkan. Deshi buka penutupnya lalu dikeluarkan sebentuk cincin bertatahkan permata ‘sekebun bunga’. Tenang sahaja dia sarungkan ke jari manis ku. Sekali lagi, Deshi dan kejutannya merenjat seluruh urat sarafku.
" Sudikah kau, Sofia Saleh, lengkapkan arpeggios ku yang terakhir?"

****

"Aku tutup kelopak mata dan berdoa agar kau kembali atau aku buka mata dan melihat sisa kenangan yang kau tinggalkan. Tapi kini kau telah kembali. Aku tidak akan berpaling pergi atau menutup mataku kembali, aku mahu pegang ikatan ini sampai mati, sampai syurga nanti."

Ikrar perkahwinan diucapkan oleh Deshi usai sahaja upacara akad nikah. Kini aku sah menjadi isteri kepada Deshi Lee Abdullah. Lelaki yang tak pernah putus mendoakan kesejahteraanku. Dia benar dalam mengatakan aku mengalami trauma emosi, kerna aku telah puas kehilangan dia dan kembali ke sisinya sebagai rusuk kirinya yang hilang.
Aku kucup tangan dan dahi babah perlahan dalam persalinan baju kurung pengantin serba putih. Memohon keberkatan buat perkahwinan ini dan kehidupan seterusnya. Seolah seperti baharu semalam diri ini di pangkuan lelaki tabah itu. Terlepas sudah beban di pundak babah dengan penyatuan antara aku dan suami. Cukup lah hati ini amukkan kasih sayang yang tak termiliki, kini hati ini telah dijinakkan dengan perhatian dan belas kasihan oleh dua orang lelaki terhebat dalam kehidupannya. Terima kasih Ya Rabbi. Terima kasih.
Bonda, anakmu kini dalam dakapan kebahagiaan yang berbeza dari dahulu. Mungkin lebih indah jika bonda ada. Tapi keindahan yang ini sudah cukup luak buat dirinya sendiri sehingga dia takut untuk kehilangannya buat kali kedua. Bonda, doakan kebahagiaan Sofia dari sana,ya!

"Ha..sayang abang mengalamun apa tu? Abang masakkan nasi lemak kegemaran sayang untuk sarapan pagi ni. Jom, turun makan sekali dengan babah."
Perlahan Deshi memelukku dari belakang. Aku senyum suka dengan kejutan dari Deshi.
"Really you masak? Ke, you beli? Oh, thank you darling!" ujar ku lalu mengenyitkan mata kearahnya. Cubitan lembut hinggap di pinggangku lalu pelukan dilepaskan dan Deshi berlalu meninggalkan aku untuk ke ruang makan.
"Abang, wait! I’m coming!"laungku dengan harapan Deshi menungguku untuk bersarapan bersama babah.
Aku tutup kotak Lovely Laces perlahan dan tempatkannya di atas almari pakaian. Biarlah kisah ini menjadi arpeggiosku yang terakhir sebelum hari penghitungan dengan Tuhan. Sesungguhnya alunan musik cinta yang bermain dalam latar hidupku kini adalah yang terindah anugerah dari Ilahi. Alhamdulillah…
Dengarkan; Katil Permaisuri oleh Tri


Setiap baris katamu,
kau susun rasa cintamu,
dan bisikanmu itu,
buatku layu jatuh ke bumi.


Di katil permaisuri,
di sini ku ingin mati,
bersamamu...
malangnya aku hanyut ke laut.


Kaulah bidadari,
si jantung hati,
maafkan aku,
buat kau pergi.

Dan kini tinggal pagi,
yg masih mengasihani,
pada diriku ini.
buatku hidup sabar menanti.


Kau kan tetap ku nanti,
harap kau datang lagi.
walau hanya sekali.
walau dihujung nafas terakhir.


Kaulah bidadari,
si jantung hati,
tidak ku sedar,
saat kau pergi.

Kau tetap di sini.
dihati ini.
hingga ku mati,
kau kan ku nanti.
~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Hasil Karya : Fiq Vertigo

Untuk mengundi Fiq Vertigo, sila tinggalkan komen undian anda pada 'comment box' di bawah.
Thanks. :)

Untuk vote, anda boleh tinggalkan komen di kotak komen. Anda boleh tinggalkan vote mengikut cara masing-masing. Yang penting anda harus tinggalkan komen seperti ;

~> Saya suka cerpen ini. I vote!
~> Vote!
~> Saya vote cerpen ini.
~> Saya undi!
~> Ana undi ini cerpen. Ente bagaimana?
***undian dari anony tidak dikira***
Good luck Fiq Vertigo! (^^,)

With Love,
♥ Juliana Violet ♥

62 comments:

fikrahuddin said...

saya adalah orang pertama vote cerpen ini. bahasa menarik, jalan cerita unik. best makan panas2 dengan teh halia nih!

Verdict said...

abrar tengs! terharu. mekaseh

Kucing Putih said...

+1

Nice story! Suka dengan olahan citer. :)

durrah said...

suke cerita ni.. ada unsur2 islamik !

durrah said...

suke cerita ni.. ada unsur2 islamik !

Verdict said...

@kuceng puteh and dora

trimas....! muah muah dua2! ahahah

Jef Hadi said...

eh, gua suka! tersenyum simpul lak gua kan. haha.

yaya_flanella said...

best. :)

Jef Hadi said...

oh ye, baru baca syarat. gua undi-lah!

Anonymous said...

lu gua, kita sejiwa. wa undi lu. keh3.
undi3.keh3.

Anonymous said...

lovely. good job :)

Verdict said...

mekaseh semua..!

vampire's lovex said...

saya undi cerpen ini !!!

Vamp Mary said...

I vote.

bukan penggoda said...

gua undi. kehkeh.

♥ Juliana Violet ♥ said...

nemesis3891 / Fiq Vertigo,
~♥~ Anda sangat menyokong satu sama lain. Persaingan yang sihat. I loike. Hihihi. Thanks fo the vote nemesis3891. :)

Kuceng Putih / cik tipikal,
~♥~ Itu bermakna anda vote kah? :)
Sila tinggalkan komen anda vote ye? :)

yaya flanella,
~♥~ Tak mau vote kah? :)

sastraboy,
~♥~ Sampai senyum simpul ye? :)
Thanks for the vote. Vee pun senyum simpul nie. :)

MATAHARI,
~♥~ Hee hee... Thanks for the vote MATAHARI. :)

Anony,
~♥~ Thanks for reading yeah? ;)

vampire's lovex,
~♥~ Thank you so much for voting! ;)

Vamp Mary,
~♥~ Thanks you for the vote! ;)

bukan penggoda,
~♥~ Terima kasih daun keladi. :)

budak kecik said...

anda tak kutuk shawl terang2. saya vote cerpen anda. hee

fiq!!!!!!!!!!!!!! SGT BEST LALING! siyes!
cmne la bley dpt idea nk buat cerpen yg sgt awesome ni??

bakal doktor yg sgt kreatif. keep it up~!

pape pn, ana undi ini cerpen. ente bagaimana?

♥ Vee Violet ♥ said...

buDAK keCIK,
~♥~ Fiq seorang bakal doktor rupa2nya ye? :)

Terima kasihlah atas undian ente itu... (^^,)

fikrahuddin said...

ohh, ada pak arab kata kitorang ni macam adik beradik. so, kena la sokong adik. muahaha

ghost said...

aku tunaikan kata=kataku yang bukan janji...

aku vote!

Rebelle said...

vote! vote! (: gua sayang fiq vertigo! :p

myra said...

vote story ini.sangat best!!

Sca Ndx said...

bahasa indah. vote gak.
nice :)

Durrah Afiqah said...

kita vote !! haha :D serius ni, cerpen ni best !

Verdict said...

mekaseh keraan ikhlas mengundi.

trimas vee, ikhlas melayan depa ni..ehehhee

♥ Juliana Violet ♥ said...

nemesis3891,
~♥~ Ahaaa... good good... :)
Tapi adik beradik macam mana tue? :)

biskut,
~♥~ Terima kasih di atas undian yang bukan janji itu. (^^,)

Rebelle,
~♥~ Thanks for the vote. :)
Vee nak sayang Fiq jugak boleh? =p

cuppylicious myra's,
~♥~ Thanks for the vote yeah? (^^,)

Sca Ndx,
~♥~ Terima kasih daun keladi... :)

Durrah Afiqah,
~♥~ Serious Vee berterima kasih dekat awak! (^^,)
Hee hee... thanks for the vote tau. :)

Fiq Vertigo,
~♥~ Hee hee.. Takde ape lah yang...
Vee cuma hargai bloggers/anony yang sangat supportive. :)

Nurin Farhanah said...

vote~

nice one, keep it up

fydakachak said...

suke!!!
n i vote :)

cik ude hamid said...

best2..ley jd follower nie..hehhehe

Linlin said...

ala.. hero sudah hilang..x pa, lebih cabaran.

go go apreggios terakhir!

little ain said...

you have my vote :)

Verdict said...

ilham,nil tamo vote ke??

~.~"

hehehhehehe

Verdict said...

mekaseh semua yg mengundi!

Vanilla Popsicle said...

boleh vote lagi ke ni. kalau boleh nak. nak vote :D

Brader Burger said...

gua vote. She's damn talented

Linlin said...

owh, kena tulis vote ke. ok, ok.

ok now, i vote!

♥ Juliana Violet ♥ said...

cik_paan
~♥~ Yeah let's support her. :)

fidakachak,
~♥~ Thanks for the vote. :)

ilham_un,
~♥~ Semoga bloggers semakin ramai yang lebih 'connected' to each other. :)

little ain,
~♥~ Thanks for the vote yeah? ;)

Vanilla Posicle,
~♥~ Boleh... :) Boleh vote sampai 10 April. :)

Si Bohemian,
~♥~ Agreed. :)
Thanks for your vote. :)

nil,
~♥~ Yes. Hihihi...
Thanks for the vote. (^^,)

Kucing Putih said...

Oh! Saya undi. :D

Edy said...
This comment has been removed by the author.
Edy said...

ouh, saya undi.

Verdict said...

mekaseh daun kladi.

Mohd Zaid said...

gud job.. undi

Shila Asmadi said...

saya undi :)

fikrahuddin said...

zayed undi... wuiyo.. kempen aku menjadik doh fiq.. haha

Verdict said...

zayed n syiela mekasseh!


abrar..haishh..nk kena blanja lebeh nie..mekaseh bro! sep5!

meiji said...

fiq.. i love this!!! vote3X!!!!!

♥ Vee Violet ♥ said...

Kuceng Puteh,
♥ Thanks for the vote. :D

Edy G-Minor,
♥ Terima kasih kerana mengundi. :)

zayed,
♥ Thanks! (^^,)

Syiela O-lala,
♥ Ulala!!! Thanks for the vote! XD

meiji,
♥ Thank you so much for the vote. :)

fikrahuddin said...

meiji undi classmate. hakhak.

nurulkarimah said...

undi2~ suka :)

♥ Vee Violet ♥ said...

nemesis3891,
♥ Fiq & meiji classmate eh? :)

nurulkarimah,
♥ Thanks for the vote. :)

fikrahuddin said...

takdelah. KAMI classmate. haha

Adam said...

vote! =D

♥ Vee Violet ♥ said...

Abrar,
♥ Sweeeettt... keep on supporting each other okay? :D

A.D.A.M.,
♥ Thanks for the vote ye? :)

Adam said...

Xde apa hal lah. =D

Lalala said...

vote ...

Verdict said...

thanks you all.

arigato gozaimasu.

Unknown said...

love it and vote!;)

Cahaya_Kebahag!aan said...

saya VOTE..:-p

cari aku di sini said...

jalan cerita yang sangat menarik dan menyentuh perasaan.tahniah.
vote!

cari aku di sini said...

jalan cerita yang sangat menarik.tahniah..
vote

cari aku di sini said...

vote.

cari aku di sini said...

jalan cerita dan bahasa yang sangat menarik.vote 4 u..