Monday, January 10, 2011

99 Hari Kisah Klasik "Sca Ndx" : Cinta Palsu

Zaman hingusan dan bagaikan benih baru nak bercambah, dalam erti kata lain zaman kanak – kanak, memang menyeronokan.  Semua berkait dengan perlakuan main, bermain, permainan. Dan bukan perkataan “main” istilah seks. Pemikiran budak – budak sangat naïf memikirkan hal tersebut.  Dan apatah lagi soal cinta berjiwang – jiwang. Dalam fikiran budak – budak hanya keseronokan bermain bersama teman – teman dan meneroka sesuatu yang baru.

Dan sama situasinya dengan aku pada ketika itu. Tiada cinta, tiada kasih, dan tiada wujud ayat “Bagaikan pungguk rindukan bulan”, hanya tahu memanggil bulan , “Ooouh, oooouh, tu bulan”. Budak perempuan pada masa itu hanyalah kawan-kawan sekelas yang berkain. Perempuan  makhluk pelik yang berlainan jantina dan hanya tahu main masak-masak, batu seremban dan berpura-pura punyai anak, dengan anak patung.

Walaupun ada kawan sepermainan yang memulakan bibit – bibit cinta monyet nya dengan kirim – kirim salam jiwang, bertukar surat berisi bedak yang kononnya wangi, aku tak kisah langsung. Aku suka hidup kebudakan aku. Selalu berkerut muka memikirkan hal serius seperti macam mana nak menang main guli, asah mata gasing bagi tajam, mencantikkan basikal agar nampak hebat dikalangan rakan –rakan.  Mungkin cinta monyet belum dipanah cupid tepat ke hati ku. Ataupun cupid sudah hilang teknik memanah barangkali.

Terus ke menengah rendah, aku didekati, kononnya. Entah datang dari mana, “Weh ada gadis kelas aku kirim salam dan dia suka dengan kau”. Aku masih kebudak-budakan dan aku tak peduli. Mungkin zaman itu, gilaan perempuan ialah lelaki jambu, suara sengau, rambut belah tengah persis Tomok dan Boboy, dan aku seakan tergolong dalam kaum lelaki tu.  Dan memperlihat kan cara mengorat rempit, naik motosikal bapak, mengorat perempuan berisi, euw. Aku geli, aku mampu rabunkan mata, pekakkan telinga dan bisu seketika.

“Amir, budak baru pindah tu minat kat kau lah”. Ini dah merubah situasi hidup aku. Budak baru pindah itu, macam nak ambil hati aku, simpan dalam sangkar hati nya. Arghh, hanya hiperbola  cair cinta melampau. Apa aku fikirkan? Dia suka aku sebab nak mengikat cinta monyet? Cinta yang bila dah beranak-pinak, boleh diceritakan kepada anak-anak yang kosong dada nya. “Dulu kan mak dah bercinta lebih 10 orang budak lelaki, “panas” kan mak?, tapi itu cinta monyet je”.

Tapi setiap saat berlalu, dia macam berlegar-gelar di kepala otak budak-budak ku. Perihal ini sangat buat aku tak keruan, inikah masa matang? Dewasa? Hormon remaja sahaja? Si dia, Dila, perwatakan yang peramah, dan tidaklah cantik seakan bidadari yang dipuja-puja. Cukup lah wajah yang menyejukan hati melihat, walaupun jerawat di muka nya bagai gunung berapi akan meletus. Cukup indah dihati ku.

“Hanya kerna kau yang cukup indah,
Untuk dimiliki dan untuk dicintai..”
Aliff Satar - Indah

Dia sudah berpunya pun. Aku hanya lambat sehari? Takpalah nak buat macam mana, dia berkasih dengan kawan aku juga.  Bukan orang lain pun. Tak perlu nak risau apa pun. Walaupun sedikit kepingan hati rasa macam menyesal kenapa tak datang kat dia dulu.  Memang rasa kecewalah juga, tak jadi ‘lelaki’ mengorat dulu, tapi itu bukan aku. Dan biarlah rasa itu hanyut.

Tengah bersuka ria, bergelak tertawa dengan kawan – kawan, aku ditegur. Adik Dila, Zima merangkap orang tengah.

“Kau suka kakak aku ke?”
“Kenapa kau tanya macam tu?”
“Kakak aku cakap, dia suka kat kau”
“Ye ye je kakak kau tu”
“Seriuslah, kalau kau suka, dia sanggup putus dengan pakwe dia sekarang”

Aku ambil masa juga nak fikir perihal ‘cinta’ ni. Pada masa sama aku dapat tawaran ke sekolah teknik. Bertambah kusut fikiran aku. Dan aku terima juga, aku kata aku suka pada dia. Masa itu, aku tak fikir kawan aku ke apa, aku nak Dila je. Dan aku gembira, Dila gembira, kami tersenyum sepanjang masa, dan tiada babak – babak drama romantis seperti berkucupan masa matahari terbenam. Cuma yang perlu, expressi yang berpatutan sahaja.

Bermula lah bibit – bibit hikayat cinta aku, belikan coklat, berkongsi minat bersama, masalah peribadi dan kisah hidup lampau. Walaupun hidup dia baru setahun jagung, banyak kisah lampau dia cerita kan. Dila mungkin cinta pertama aku, dan aku bukan cinta pertama dia. Dia sudah banyak berkongsi kasih dengan orang lain, tapi tidaklah melampau batas. Dan aku tak kisah semua itu, aku dah ada Dila, aku tak kisah. Sehinggalah dia…

Ada barang tinggal tak? “
“Tak da lah”
“Kenapa muka macam sedih je, Amir?”
“Aishh takkan rindu nak tinggalkan mak dan abah kot, ke orang lain?”

Usikan mak aku. Tepat ke hati, terasa betul. Mungkin mak aku pernah belajar cara ‘menembak’ dengan tepat.  Dila, aku terpaksa tinggalkan si dia demi mengejar pelajaran dan masa depan yang terbaik. Selamat Tinggal buat seketika, sebulan dua kita akan bertemu kembali.  Biarlah rasa berjauhan sedikit, dihati tetap masih saying dan takkan berubah.  Hari pertama di teknik, dah rindu. Arghh, ouh orientasi takkan sempat nak berpanggil bermesra di gagang telefon awam. Macam mana nak berhubung satu sama lain? Dengan kata angin mungkin boleh barangkali…

“Angin tolonglah aku sedang jatuh cinta …
Tapi aku tak punya nyali ‘tuk katakan
Bahwasanya setiap hari kumerindukan dia”
Angin – Dewa

Itu hanyalah lagu, angin hanyalah angin. Hanya metaphora sahaja.  Angin takkan bisa tolong apa-apa. Dan ada kala aku tergugat dengan kepelbagaian budak sekolah, budak perempuan bertudung. Manis, comel, cantik dan ada sesekali  muka yang matang. Er er, aku masih ada si dia. Aku takkan curang, aku setia. Setia, setia.

Kenapa lah aku asyik mendengar suara perempuan lain digagang telefon awam, tatkala aku mahu bercakap dengan dia di telefon. Suara merdu lunak seakan Yuna. Suara cik operator. Berkali-kali aku cuba dan cuba untuk mencapai dia. Akhirnya, dengan nada lemah dia menjawab.

“Ye, Amir kenapa? Rindu ke.”
“Kenapa suara awak lemah je, sakit ke”
“Eh tak lah, ok je, saya cuma penat”

Dalam hati aku, dia sakit ke? Berdegup kencang laju jantung aku ibarat kereta Ferrari yang memecut. Fuhh, rupanya dia baru lepas kawad. Sungguh gagah dia, aku suka. Tapi segagah dia pun, mesti ada lelaki bermisai gulung cuba mendekati. Pakcik askar yang kononnya tegas pada masa yang sama gatal. Aku tahu dia setia juga, dia sayang kan aku. Aku pun sama. Terubat gak rindu aku masa itu. Dan disaat itulah telefon bimbitnya rosak.

Minggu ke minggu, aku cuba capai dia, melalui adik dia. Dan apabila melalui adik dia, aku terpaksa melayan leteran, masalah, cerita adik dia. Bla-bla-bla. Habis sen-sen aku kumpul. Kecewa aku tak dapat capai dia. Rindu terpendam, biar terkubur seketika. Dan saat itulah, aku dapat rasakan, sayang makin pudar dimamah waktu. Penghubungan jarak jauh sukar, perlu ada yang berkorban.

Bila tiba cuti, aku pulang ke rumah. Aku ingin jumpa Dila, tapi dia tiada, balik kampung. Dan seterusnya, dan seterusnya. Ada alasan yang munasabah mengelakkan aku  berjumpa dengan dia. Adakah aku yang bersalah? Atau muncul orang ketiga? Aku idamkan waktu pertama kali berjumpa. Rindu masa itu.

“We spend the night to talk about our lives. 
And don't  forget to say good night. 
Now I look you in the eyes. 
The temperature was cold but didn't mean anything. 
Since then I miss you every day and everynight.”
Pee Wee Gaskin – Every day and evernight


Angan aku tersedar.  Tingkap bilik aku diketuk, lamunan aku terhenti. Adik dia datang dan dengan ringkas dia cakap.


“Weh kakak aku dah tak suka kau”
“Dia minta putus”


Dan dia berlalu begitu sahaja dan menganggap aku setuju. Lidah mudah berkata. Hati mudah terasa. Hati aku pecah, airnya takkan keluar. Air mata aku terhalang oleh tembok ego lelaki yang masih kuat. Ternyata  cinta baginya mungkin hanya cinta monyet dalam erti kata lain cinta monyet. Mungkin Dila memikirkan perihal cinta remaja yang konsepnya putus-sambung baru-putus lagi-sambung baru.


Dan kitaran itu, samalah macam dia tinggalkan kawan aku untuk aku, dan aku dia tinggalkan. Tapi selepas itu, aku tak pernah pun lihat dia berkasih dengan orang lain. Hanya khabar angin mengatakan benda palsu. Atau aku yang sahaja menafikannya? Teruslah aku kembali ke sekolah dengan hati luka.


Memang aku agak depressi sejak digunting talian “kasih sayang”. Ia tidaklah teruk mana sehingga aku terfikir nak membunuh diri, tapi ia terpampang di muka. Mata sebam, muka murung dan menyakinkan doktor untuk bagi aku cuti awal. Dalam deskripsi ubat-ubatan, tertulis “Despression pressure”, lebih kurang begitulah. Rakan sekolah ketawa kan. Aku diam, aku takkan menjawab sepatah pun. Cerita cinta remeh temeh tak perlu hebohkan.


Dan aku biarkan semua itu berlalu, memang sukar menelan rasa ‘pahit’ kebenaran. Kan mudah hati ini ibarat kertas, perasaan itu tulisan yang boleh dipadam dengan pemadam, dan lepas dipadam tuliskan perasaan baru. Aku lupakan perasaan itu, aku cuba dengan mencari ‘hubungan’ lain. Aku beli telefon bimbit lama dari kawan aku, dan kad prabayar Digi. Aku pilih Digi bukan terpengaruh dengan makhluk kuning pelik, masa itu mana lah wujud benda macam itu. Aku pilih secara rawak saja.


Bila aku berjinak – jinak menggunakan teknologi baru itu, secara kebetulan, ada seorang budak lelaki, Azim mendekati aku. Er er, ini bukan gay. Dia menceritakan ada seorang gadis minat pada aku dan menghulurkan nombor gadis itu. Nama dia Pika, adakah dia secomel Pikachu? Dan sebab itu lah aku layan Pika. Dan mungkin sebagai cara membunuh perasaan lepas.


Bunyi monophonik keluar  dah sebati dengan aku.  Macam 25jam sehari 8 hari seminggu aku mesej Pika. Aku tak pernah mengharap lebih dengan dia, kawan dahulu, perlahan –lahan . Dan dari situ lah aku belajar mesej yang kononnya “ambil-berat”. Mungkin kelakar dan geli pada masa sama.


“Ciannya awak, mam lah ubat, nanti elok lah”
“Goodnite, sweet dreams, mimpi saya tau”


Itu mesej sahaja, kalau muka ke muka berani ke? Dan sebab itu jugalah, Pika seolah-olah dah terpaut dengan aku. Tapi aku hanya anggap biasa sahaja. Jadi, apabila Azim, pengantara  minta gambar aku yang nak diberikan kepada Pika. Aku termenung seketika. Lama juga, tapi akhirnya aku bagi. Gambar budak naïf yang tak pernah kenal dunia. Aku ikut sahaja aliran yang ada.  Dia suka, aku rasa biasa sahaja


Beberapa hari kemudian, tiba giliran aku menerima gambar dia. Berdebar sebenarnya aku nak pandang muka sebenar dia. Dan..


“Weh, ini ke awek yang kau mesej siang-malam itu?”
“Kenapa indah khabar dari rupa?”
“Aku tak boleh bayangkan kalau kau couple dengan dia”
“Mesti macam nombor 18, kau nombor 1,  dia nombor 8”


Kawan – kawan aku berkata, dan aku sendiri tergamam dan ada sedikit tak dapat terima hakikat yang dia, comel dari segi bentuk badan. Suara dia masa aku telefon, kecil dan comel.  Terus aku tamatkan talian, tak balas mesej dia. Aku kejam, aku sedar itu. Aku memperlihatkan rupa dari dalaman. Atau aku terasa ditipu dengan cinta “buta” perhubungan elektronik itu.


Memang aku cuba untuk, jadi kawan sahaja, tak lebih dari itu. Aku cuba, kawan lelaki mesti akan hasut dengan cara kritikan, kutukan dan tohmahan tentang aku dan dia. Aku termakan dengan racun itu dan biarkan dia, dia terluka. Sakit hati dia aku tak peduli. Mungkin ‘kesempurnaan’ Dila, kaburi aku dari memilih Pika, Pika bukanlah sama dengan Dila.


Dan hingga kini, aku sebenarnya aku rasa bersalah. Kejam dengan orang tak sepatutnya. Perihal cinta, tak perlulah dibezakan dengan bentuk badan, rupa seseorang. Aku menghina dan terasa seakan-akan dihina. Mungkin selepas ini aku tak mungkin menerima cinta  ’sempurna’.  Yang hanya aku rasa cinta palsu dan memberi  cinta palsu. Ia semacam pembalasan dendam. Dan aku mengeluh –mengeluh dan mengeluh……..

Cinta palsu,
Bagaikan pelangi,
Sungguh indah seketika,
Pudar  hilang ditelan masa.

Cinta palsu,
Ibarat salji turun dari langit,
Putih suci salju,
Cair mengikut waktu.

CInta palsu,
Titik permulaan hidup pujangga
Pengalaman berharga tak ternilai
Kisah cinta seorang ditipu dan menipu.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Hasil Karya : Sca Ndx

Untuk mengundi Sca Ndx, sila tinggalkan komen undian anda pada 'comment box' di bawah.
Thanks. :)

Untuk vote, anda boleh tinggalkan komen di kotak komen. Anda boleh tinggalkan vote mengikut cara masing-masing. Yang penting anda harus tinggalkan komen seperti ;

~> Saya suka cerpen ini. I vote!
~> Vote!
~> Saya vote cerpen ini.
~> Saya undi!
~> Ana undi ini cerpen. Ente bagaimana?
***undian dari anony tidak dikira***

 
Good luck Sca Ndx! (^^,)

With Love,
♥ Juliana Violet ♥

38 comments:

Anonymous said...

nice. truly nice!

♥ Juliana Violet ♥ said...

MATAHARI,
♥ Agree. :)
Tak mau undikah? (^^,)

Anonymous said...

Erm not bad... Cuma terlalu byk petikan ayat2 utk cerpen :).

Anonymous said...

owh. baru tau cara undi.
i vote. :P

siska said...

vote !

♥ Juliana Violet ♥ said...

Anony,
♥ Thanks for your comment. :)

MATAHARI,
♥ Pandainyeeee... anak sape nie? (^^,)
Thanks for the vote. :)

siska,
♥ Thanks for your vote! =D

specsy said...

dengan segala hormatnya, saya undi.
eh, salah.

i vote this cerpen. :)

haha.kira satu undi ke dua undi mcm ni? ;D

Yellow LEOpard said...

i like! :)

Amiey White said...

alolo....truly love :D

♥ Juliana Violet ♥ said...

pikapie,
♥ Dengan segala hormatnya, Vee terima nikahnya. Eh, salah.
Vee terima undiannya. (^^,)

2 - 1 = 1 undian ye... =p'

Thanks for voting.

Yellow LEOpard,
♥ I like juga... (^^,) apa lagi, undilah. hihihi

Amiey White,
♥ Sangat kan? =D

_aliahwafa_ said...

i like, and i vote. :)

♥ Juliana Violet ♥ said...

_aLiaHwaFa_,
~♥~ Thanks for your vote yeah? (^^,)

chittysarah said...

i like and i vote!!

yes~~
go sca~~

♥ Juliana Violet ♥ said...

chittysarah,
~♥~ Thanks for the vote dear. :)

noa said...

cmne nk vote?

cakap i vote je ek?

ok i cakap: i vote ;)

♥ Juliana Violet ♥ said...

nora,
~♥~ Hee hee.. Yes dear. Thanks for the vote. :)

fathiyyahISMAIL said...

vote2 :)

~aLiYa~ said...

i vote!

Verdict said...

saya vote pukal.

saya tekan 5 vote dan hantar kepada kisahklasikita

♥ Juliana Violet ♥ said...

fathiyyahISMAIL,
~♥~ Tengs! Tengs! Hihihih. (^^,)

~aLiYA~,
~ Thanks for the vote dear. :)

Fiq Vertigo,
~♥~ Alamak, adakah itu bermakna Vee kena sediakan satu sistem undian sms? Hihihi. Thanks for the vote dear. :)

Sca Ndx said...

thks semua undi. ini cubaan pertama sahaja. thks gak ada yang menegur :)

♥ Vee Violet ♥ said...

Sca Ndx,
~♥~ Goodluck ye? (^^,)

Yellow LEOpard said...

'i like' tu tak kire vote ke? ok2..

vote!

♥ Vee Violet ♥ said...

Yellow LEOpard,
♥ Tak kira actually. Tapi Vee perasan dekat blog Sca Ndx, Sca Ndx ada tulis 'like' untuk vote. :)
So special case sikit... Hihihi...
Kalau boleh kena type 'vote' @ 'undi' .... :)

Thanks for the vote. :)

Stalker00 said...

!vote

well, karangan kau superb ah. Kenapa masuk aliran it kalau pandai mengarang? jadi ah sasterawan bro :P

♥ Vee Violet ♥ said...

Stalker00,
♥ Vee setuju. Penulisan Sca Ndx memang baik. :)
Thanks for the vote ye! :)

NAJ HEBAT said...

Nak undi rosak boleh??


Ana suka Sca Ndx!

Jom tawen..!

boleh?

hakakakaka.

Adam said...

Vote! =D

. said...

org vote sini!


eh? blh undi lagi meh?

♥ Vee Violet ♥ said...

NAJ HEBAT,
♥ Wah! Hebatnya penangan cerpen Sca Ndx sampai NAJ ajak tawen nie.. hihihi
Thanks NAJ! ;)

A.D.A.M,
♥ Tengs! (^^,)

Niz,
♥ Thanks for the vote... :)
Boleh boleh... =D

Adam said...

^^

Syifa Alshah (wutwut) said...

voting u sca ndx ! ;)

Unknown said...

sempoi giler cerpen dia ni...

btw, kita vote ye vee xP

Raihana Izzati said...

VOTE <--- BOLD

Anonymous said...

saya vote beliau.

hatred24 said...

aku undi
aku vote
saya vote

hatred24 said...

aku undi
aku vote
saya vote

Gayahspears said...

tabik spring same lu der~!!!
nice story...

vote~!!!