Thursday, January 20, 2011

99 Hari Kisah Klasik "PecahKata" : Cinta Mati




"Apa masalahnya?"

Tanya Fahmi pada Alisya yang sedang diam merenung meja.  Diam untuk memikirkan seribu alasan. Satu jawapan.

"Kalau Lisya katakan, Lisya nak tumpukan pelajaran Lisya?"

Alisya menjawab dengan jawapan seumpama soalan setelah hampir dua minit mendiamkan diri. Fahmi seorang lelaki yang sebelum ini sentiasa matang dalam berbicara soal hati tidak memerlukan masa yang lama membalas alasan yang diberikan Alisya dengan menekan kata. 

"Apa selama setahun setengah kita bersama Alisya tak boleh belajar? Kenapa baru sekarang?"

Buntu fikiran Alisya mendengar soalan Fahmi hingga matanya mengalirkan air mata. Keadaan menjadi sepi. Sepi pada mereka berdua. Walaupun ketika itu ada beberapa orang pelanggan sedang berada di meja lain dan ada juga yang sedang termenung memerhatikan mereka berdua akibat  perasan sedang berlaku perbalahan jiwa. Fahmi dan Alisya tiada peduli.

"Kenapa kamu perlu menangis lepas minta untuk berpisah?"

Fahmi terus menekan perasaan  Alisya. Di mata Fahmi juga sudah terbit bibit-bibit air mata yang cuma menunggu masa untuk jatuh menyentuh pipinya.

Alisya cuma mampu untuk diam sahaja. Minuman di atas meja langsung tidak dirasa. Fahmi masih menunggu suara Alisya yang diam seribu bahasa. Fahmi sendiri sudah tidak mampu menahan kesedihan dan kecewa yang ada dalam hati. Basah bulu matanya apabila dia mengerdipkan mata.

"Kalau itu yang Alisya mahukan, baiklah."

Fahmi bersuara sambil mencapai satu beg yang berada di tepi kerusi duduknya dan meletakkan ke atas meja.

"Dalam ni ada barang-barang yang Lisya bagi abang selama kita bersama. Lisya ambil baliklah. Terpulanglah dengan Lisya nak simpan atau buang saja. Abang tak mampu untuk menyimpannya, apa lagi untuk membuangnya."



Fahmi mengeluarkan kata-kata pada Alisya tanpa mampu untuk melihat Alisya lagi waktu itu.

Dompet di poket belakang seluarnya dicapai dan mengeluarkan duit kertas lima ringgit kemudian meletak ke meja dan ditindiskan sedikit bucu duit kertas itu dengan gelas minuman.

"Tolong jaga diri baik-baik. Assalammualaikum."

Fahmi memberi salam dan bangun untuk melangkah pergi meninggalkan Alisya termangu sendiri di meja itu.

Seiring berat kaki dan hati untuk melangkah pergi, Fahmi menoleh ke belakang melihat Alisya. Semahunya ini adalah kali terakhir dia melihat wajah Alisya. Kecewa.
*****************
                                                                               ~ Alisya ~

Malam ni malam terakhir Alisya berada di kolej. Selepas tiga tahun bergelar sebagai pelajar universiti, akhirnya Alisya akan bergerak ke satu alam baru dalam kehidupannya. Tiga tahun yang bagaikan satu mimpi yang singgah dalam tidur. Tiga tahun yang banyak mengajarnya erti kehidupan. Esok dia akan kembali ke negeri asalnya Kelantan. Sebelum ini bukan Alisya tak pernah balik. Tapi kali ini lain. Mungkin lepas ni Alisya takkan kembali lagi ke sini. Takkan mampu untuk melihat lagi tempat ini. Semua kenangan yang ada mungkin hanya akan tersimpan dalam ingatan dan sanubarinya saja.

Sedang dia mengemas dan menyusun buku-buku untuk dimuatkan ke dalam kotak, ada satu buku yang Alisya amat kenali. Buku 'Financial Accounting". Buku yang digunakannya pada tahun pertama di universiti ini. Alisya mengambil dan menyelak kulit buku itu.

"Fahmi & Alisya"

Dua nama yang tertulis dengan tulisan yang Alisya amat kenali tertulis di muka belakang kulit buku tersebut.

"Di mana abang sekarang?"

Terdetik pertanyaan dalam hati Alisya sendiri. Sudah satu  tahun setengah Alisya tidak bertemu dan mendengar berita tentang Fahmi. Fahmi seperti lenyap dari hidupnya. Mungkin hilangnya Fahmi itu jalan yang terbaik untuk mereka berdua. Biarlah hati kecewa sementara selagi dia masih melihat dunia. Alisya melangkah dan duduk di hujung katil lalu mencapai telefon bimbitnya. Dengan menarik nafas panjang Alisya mendail nombor telefon yang sentiasa melekat di dalam ingatan.

"Naz, you di mana?"

Alisya berkata selepas panggilan itu di jawab.

"I dengan kawan ni tengah makan. Kenapa?"

Nazri menjawab dalam suasana yang agak bising dengan bunyi tv restoran dan pelanggan restoran yang sepertinya agak ramai.

"Oh, takpe lah. Ingat you dah kat rumah. Nanti esok pagi tolong hantar I ke airport ek."


Alisya berkata dengan nada yang agak kuat sedikit agar boleh didengari oleh Nazri.

"Ok no problem. Esok pagi jam 7.30 I datang kolej".

Seperti biasanya Nazri memberi jawapan positif kepada permintaan Alisya.

"Ok, thanks Naz. Bye."

Panggilan itu diletak sebelum Nazri menjawab panggilan "Bye". Alisya tahu pasti bukan "Bye" sahaja yang akan keluar dari mulut Nazri. "I love you" juga akan menyusul tanpa diundang. Sudah setahun Nazri mengatakan tiga perkataan itu kepada Alisya samada melalui telefon atau pun secara berhadapan. Tapi Alisya cuma membalas tiga perkataan itu dengan senyuman.

Nazri seorang lelaki dan kawan sekuliah yang baik bagi Alisya. Semenjak hilangnya Fahmi dari hidup Alisya, Nazri tempatnya mengadu dan meminta pertolongan. Alisya sedar akan perasaan Nazri terhadapnya. Bukan saja Alisya, tapi semua kawan-kawan Alisya dan Nazri sedar akan itu.

"I tak kisah samada you terima I atau tidak, apa yang I tahu, I sayangkan you."

Itu kata-kata Nazri padanya hampir setahun yang lepas. Jika dilihat, Nazri seorang lelaki yang lengkap untuk dijadikan pasangan Alisya. Seorang yang bijak, berwajah tampan dan berperwatakan menarik. Ada satu-satu masa yang dilalui Alisya mahu untuk cuba menerima dan menyambut cinta Nazri, tapi hati Alisya tidak mampu malah tidak mahu. Fahmi masih ada jauh dalam lubuk hatinya. Kesan cinta Fahmi masih wujud dalam nadi Alisya. Suara Fahmi masih ada dalam ingatan. Sungguh, kenangan bersama Fahmi tidak dapat diatasi oleh perasaan Nazri atau sesiapa pun yang mahu cuba hadir di hatinya selapas ini. Dia mahu bersendiri. Sendiri menuju takdir Ilahi. Cinta dan kenangan Fahmi itu saja yang menghilangkan rasa sepi di hati.

"Wah! sibuk berkemas makcik."

Muncul Shima di muka pintu bilik mengejutkan lamunan jauh perasaan Alisya.

"Tak reti bagi salam ke makcik oii??"
Alisya bangun berdiri dari katilnya dan menyusun semula buku-buku di meja untuk dimasukkan dalam kotak.

"Nak bagi salam lah ni. Salam dari Fahmi. I terserempak dia dekat GSC tadi."

Shima berkata sambil menuju ke tempat sidaian bilik mencapai tuala.

"Fahmi??"



Nama itu membuatkan jantung Alisya berdegup pantas. Fikiran Alisya menjadi celaru. Esok dia akan berangkat pergi dari negeri ini kembali ke negeri asalnya. Malam ini malam terakhir dia berada di sini. Dan nama itu muncul memberikan salam melalui sahabat sebiliknya. Kenapa perlu muncul lagi sekarang?

"Iye...Fahmi bin Abdullah. Takkan lupa pula."

Shima menjawab seraya melintasi Alisya mahu ke tandas untuk mandi.

"Fahmi." 

Bibir Alisya menyebut nama itu lagi dan dia duduk terdiam menghadap buku-buku di atas meja.
********************
Petang itu.


"Hai Shima".

Fahmi menegur Shima yang berjalan bersama Khairul melintasinya.

"Ehh!! Fahmi??"

Shima terperanjat apabila melihat Fahmi sedang berdiri bersandar berhampiran tangga GSC. Dan seorang lelaki yang ada di sebelah Fahmi juga telah membuatkan Shima bingung dan hairan. Berbaju t-shirt hitam dan seluar jeans biru gelap.

"Nazri??"

*****************
                                                                          ~ Fahmi ~

Sudah sebulan Fahmi bersendiri. Kehidupan sehariannya kacau bilau dan tak terurus. Makan minum tak dijaga, mandi tak menentu, tidur seperti tak tidur, kerja entah kemana. Selama sebulan juga Fahmi hanyut memikirkan apa sebab Alisya mengambil keputusan drastik sedemikian rupa. Fikiran berserabut.

"Lu ni apa mau jadi? Bunga bukan sekuntum. Buka sikit lah mata tu."

Ali memberi nasihat pada suatu petang ketika dia melihat rakan serumah sewanya sedang termenung di anjung belakang rumah.

"Esok gua balik kampung."

Fahmi berkata sambil menghembuskan kepulan-kepulan asap rokok dari mulutnya.




"Gua pun rasa baik lu balik kampung dulu. Duduk sini pun gua tengok lu macam mayat hidup dah."

Sambil duduk mencangkung di muka pintu dapur, Ali setuju dengan keputusan Fahmi untuk balik ke kampung. Ali merupakan kawan lama Fahmi sejak sekolah menengah lagi sampailah masuk universiti dan masuk alam kerja. Ke mana Fahmi, ke situlah Ali. Di mana Ali, di situ juga Fahmi. Perjalanan hidup mereka berdua sepertinya sama belum terpisah dari dulu.

"Lu pergi mandi la dulu, bersiap. Kita makan luar malam ni. Beras pun tinggal segenggam saja dalam tong tu. Harap lu, bukan mau beli"

Ali bersuara sambil bangun masuk ke dalam rumah meninggalkan Fahmi sendiri merenung ke langit. 

********************

Ketika dalam  perjalanan menyusuri tengah bandar dengan kereta Ali untuk mencari tempat makan,  Fahmi terlihat sesuatu yang menarik perhatiannya. Sebuah kereta Waja yang berhenti di tepi deretan kedai-kedai. Fahmi amat kenal pemilik kereta itu.

"Lu stop sini kejap."

Fahmi berkata pada Ali dengan tangannya sudah bersedia membuka pintu kereta.

"Apasal pula? Mana ada kedai makan sini."

Ali terpaksa memberhentikan keretanya apabila Fahmi telah membuka pintu dan keluar.

"Lu tunggu sini kejap. Kejap ja"

Fahmi menutup pintu dan berlari-lari anak menyeberang jalan raya menuju ke kereta Waja  yang masih belum bergerak dari depan sebuah kedai emas.

Sampai di tepi kereta Waja itu, Fahmi dapat melihat pemandu ada di dalam kereta dan mengetuk cermin  tingkap kereta dari sebelah tempat duduk penumpang.

Cermin tingkap kereta diturunkan. Fahmi menundukkan badannya sedikit untuk melihat pemandu kereta yang sedang membuat panggilan telefon.

" Gua ada benda mau cakap dengan lu. "

Dalam hingar bingar kenderaan yang bergerak di jalanan disertai bunyi hon kenderaan, Fahmi berkata pada Nazri. Sambil menamatkan perbualan telefon, Nazri menekan ‘automatic lock’ pintu kereta dan Fahmi masuk di tempat duduk penumpang hadapan.

"Lama tak jumpa lu brader. Apa cerita?"

Mula bicara Nazri dengan senyuman setelah  Fahmi menutup pintu kereta.

"Gua tau lu ada hati dengan Alisya."

Tanpa sebarang salam, Fahmi bersuara serius sambil memandang kehadapan. Senyuman Nazri terus menghilang dek pernyataan melulu yang muncul dari mulut Fahmi itu.

"Apa hal lu tiba-tiba ni?"

Nazri yang  kebingungan penuh persoalan dengan kata-kata  Fahmi. Ya, selama Fahmi masih berada di universiti dulu Fahmi mampu melihat bagaimana Nazri melayan Alisya. Fahmi perasan bahawa Nazri menyimpan perasaan terhadap Alisya. Cuma pada watu itu Alisya masih bersama Fahmi dan Nazri hanya mampu menyimpan perasaannya itu sendiri. Fahmi sedar akan semua itu.

"Gua dah break off dengan Alisya sebulan lepas. Gua tak tau samada lu tau atau tidak. Yang penting sekarang Alisya bersendiri. Dan gua tau lu ada perasaan pada Alisya. So sekarang, gua mau lu pergi "tackle" Alisya sampai dapat."

Fahmi mengeluarkan kata-kata yang menambah tanda tanya pada Nazri.

Lu normal ke apa ni?"

Nazri menjadi serius dan penuh hairan dengan sikap dan kata-kata yang dikeluarkan Fahmi. Seperti tidak masuk akal baginya Fahmi menyuruhnya mendapatkan Alisya. Bukan satu perkara biasa baginya apabila seseorang bekas teman lelaki meminta dia untuk "tackle" bekas kekasih lelaki tersebut. Nazri melihat Fahmi seperti sudah hilang akal perangainya.

"Gua normal brader. Gua cuma mau minta tolong sama lu."

Fahmi memandang tepat ke wajah Nazri yang disimbah cahaya kuning lampu kedai emas di sebelah.
Fahmi sedar, dengan cara itu saja dia mampu lakukan untuk menjaga Alisya. Bila seorang lelaki yang ikhlas cuba untuk memaut perasaannya terhadap seorang perempuan, lelaki itu akan menjaga perempuan itu dengan bersungguh-sungguh. Akan bersikap 'protective' terhadap perempuan itu. Fahmi yakin, Nazri lelaki yang sesuai untuk menjaga Alisya. Dan dari Nazri, Fahmi akan tahu apa-apa yang berlaku pada kehidupan Alisya. Dan yang penting, mungkin satu masa nanti Fahmi akan dapat jawapan kepada punca Alisya mengambil keputusan untuk berpisah dengannya.


**********
"Salam, gua mau jumpa lu petang ni di GSC boleh? Penting- Fahmi"

Nazri menerima SMS. Sudah hampir setahun setengah Nazri tak jumpa Fahmi. Kali terakhir adalah pertemuan dalam kereta Nazri  dulu. Pertemuan yang meninggalkan Nazri dalam keadaan bingung dan penuh pertanyaan. Selepas itu Fahmi hilang entah ke mana.

Dan  selepas malam itu jugalah Nazri mula mendekati Alisya. Dengan harapan bahawa dia mampu menggantikan Fahmi dalam hidup Alisya. Sekiranya Fahmi tidak bertemu dengan dia pada malam itu pun, dia pasti juga akan cuba mendekati Alisya bila berita perpisahan Fahmi dan Alisya mula masuk ke dalam telinganya. Kalau sudah bunga bersendirian ditinggalkan kumbangnya, pasti ada kumbang yang lain akan singgah.  Dia sudah boleh meluahkan perasaan yang ada dalam hatinya pada Alisya tanpa risau penyepak Fahmi selain daripada rasa hormat kepada senior. Bagi Nazri, Fahmi seorang lelaki yang menggunakan akal dan boleh berdiplomasi. Tapi bila berkaitan dengan Alisya, akal dan diplomasi Fahmi akan hilang. Nazri masih ingat bila Fahmi menghentak kepala seorang pelajar kursus lain ke pondok telefon apabila dapat tahu pelajar lelaki itu menyalahgunakan telefon awam itu untuk mengganggu  Alisya setiap malam. Kalau dilihat saiz badan, pelajar lelaki itu dua kali lebih besar dari Fahmi. Tapi itu ketika Fahmi masih bersama Alisya dulu.

"Ok."

Nazri membalas ringkas SMS Fahmi.

Sahut Nazri sejurus bersalam dan duduk di sebelah Fahmi. Selepas beberapa ketika Fahmi dan Nazri bercerita tentang kehidupan mereka setahun lepas, akhirnya Fahmi menuju ke arah soalan yang dinanti-nantikan oleh Nazri.

"Alisya apa macam sekarang? Lu dan dia menjadi?"

Nazri terdiam seketika. Perlukah dia menipu Fahmi yang dia dan Alisya sedang bersama.

"Alisya masih macam dulu. Dan gua pun masih juga macam dulu. Kami bersama, tapi bukan seperti lu dan dia bersama dulu."

Nazri cuba mengatur ayat yang dikeluarkannya. Tak perlu lah nak sorok apa-apa.

"Maksud lu, lu dan Alisya tak serasminya menjadi couple, macam tu?"

Fahmi dapat mengagak apa yang bermain dalam fikiran Nazri.  Nazri angguk kepala mengiyakan pertanyaan yang sudah dijawab sendiri oleh Fahmi.

"So lu tau kenapa Alisya tinggalkan gua dulu?"
Sambung Fahmi menyoal Nazri yang duduk memerhati sekeliling panggung GSC.

"Alisya tak cerita apa pun. Bila gua tanya apa-apa tentang lu dia akan mengelak. Takkan gua mau paksa dia pula."

Nazri menjawab pada Fahri. Mata Nazri memandang ke arah dua pasangan yang baru naik ke GSC sambil berpegangan tangan.

"Its ok lah bro, gua tak kisah dah. Lagi pun gua dah bersama dengan orang lain. Dah bertunang pun. Datang sini pun cuma mau pass kad kahwin pada lu dan member-member lain"

Fahmi mengeluarkan ayat yang sedikit mengejutkan Nazri. Sudah bertunang? Patut dia menghilang selama ini. Mencari kebahagian sendiri nampak gayanya.

"Esok Alisya balik Kelantan dah. Rasanya gua yang hantar dia ke lapangan terbang. Kalau lu mau ikut, gua rasa Alisya no hal juga."

Nazri memberikan pendapat. Adalah lebih baik dia membawa Fahmi bersama menghantar Alisya esok. Sekurang-kurangnya dia dapat mempertemukan Alisya dan Fahmi buat kali terakhir. Dia juga tahu Alisya sebenarnya merindui Fahmi walau tak pernah diluahkan dari mulut Alisya sendiri. Disamping Fahmi dapat memberitahu Alisya sendiri yang dia sudah ada orang lain. Dengan harapan Nazri, agar pintu hati Alisya terbuka semula walaupun bukan untuknya lepas ini.

"Kalau gua tak silap tu Shima dan Khairul bukan?"

Jari telunjuk Fahmi menunjuk ke arah kaunter tiket GSC.



                                                                         *************

Suasana di dalam kereta Nazri menjadi dingin dan sunyi. Fahmi yang duduk di sebelahnya hanya diam kaku membisu. Alisya di belakang termenung menghadap cermin tingkap di tepi. Nazri mahu memecah suasana sunyi itu pun tak tahu bagaimana selain daripada menggunakan radio kereta. Mahu berbicara agak kekok terasa. Timbul rasa serba salah Nazri bila dia membawa Fahmi bersama untuk menghantar Alisya. Hampir 30 minit perjalanan dari kolej, mereka tiba di lapangan terbang.


"Fahmi, lu tolong keluarkan barang-barang Alisya dulu, gua tak boleh parking sini lama-lama."

Kata Nazri bila Alisya telah keluar lebih awal dari kereta menuju bonet belakang. Fahmi tanpa berkata apa pun keluar.

"Biar abang tolak troli untuk kotak besar ni, Lisya bawa beg pakaian tu je."

Fahmi mengeluarkan suara yang buat pertama kalinya pada Alisya sejak kali terakhir mereka bertemu dulu. Terukir seyuman di bibir Alisya mendengar suara itu.

Ketika Alisya sedang menguruskan pendaftaran penerbangan baliknya di kaunter, Nazri dan Fahmi duduk menunggu.

"Apasal Alisya dah semakin kurus? Muka pun agak pucat."

Fahmi bertanya pada Nazri sambil mata terarah melihat Alisya yang sedang berbaris tidak jauh dari tempat mereka berdua duduk.

"Gua pun tak tahu. Last semester seingat gua Alisya selalu ambil MC. Ada sekali gua hantar dia pergi hospital dulu. Tapi bila gua tanya dia sakit apa, dia just jawab sakit orang perempuan."

Nazri menjawab sambil mencari signal wifi pada telefon bimbitnya. Ada yang tidak kena dengan diri Alisya pada pandangan Fahmi.

"Lu rasa patut kah gua bagi kad jemputan kahwin gua ni pada Alisya?"

Fahmi mengeluarkan sekeping kad dari poket sebelah dalam sweaternya.

"Lu bagi lah. Apasal lu tak mau bagi pula. Alisya datang tak datang tu belakang cerita. Yang lu diam bengap semacam dalam kereta tadi kenapa?"

Nazri masih lagi menatap telefon bimbitnya. Fahmi cuma mendiamkan diri tanpa menjawab pertanyaan Nazri tadi. Tidak berapa lama kemudian, Alisya datang menuju ke arah tempat duduk Fahri dan Nazri.

"Guys, Lisya nak masuk dah. So thank you so much tolong Lisya ek".

Kata Alisya sambil berdiri di hadapan Fahmi dan Nazri.

"Errr, oklah Lisya. Rasanya Fahmi ada benda nak cakap dengan u. So I tunggu di luar lah dulu. Kalau dah sampai KLIA nanti mesej I ok. Jangan pula menghilangkan diri terus."

Nazri bangun  sambil menepuk bahu Fahri dan tersenyum memberi salam pada Alisya. Nazri meninggalkan mereka berdua. Memberi ruang privasi pada mereka.

"Abang just nak bagi Alisya kad jemputan ni. Alisya jaga diri baik-baik bila sampai sana nanti ok. Kalau dapat, harap Alisya datang majlis yang ada dalam kad ni bulan depan."

Fahmi menghulurkan sekeping kad berwarna coklat pada Alisya. Alisya dengan tersenyum menguntum mengambil kad tersebut dan mengerti yang kad itu adalah kad jemputan perkahwinan Fahmi.

"Tahniah abang, Lisya gembira untuk abang. Insyaallah kalau panjang umur Alisya datang."

Jawab Alisya. Alisya memasukkan kad Fahmi ke dalam beg sandangnya dan mengeluarkan satu sampul surat.

"Abang pun jaga diri baik-baik ok. Dan Alisya nak bagi abang benda ni yang dah hampir dua tahun Alisya pegang. Tapi sampai rumah baru abang buka ok."

Alisya menghulurkan sampul surat kepada Fahmi. Senyuman di bibir Alisya tetap terukir melihat wajah Fahmi berada di depannya pada hari terakhir dia berada di negeri ini. Doanya selepas berpisah dengan Fahmi termakbul akhirnya. Alisya sudah cukup puas dengan saat ini yang dia dapat menatap Fahmi lagi.

"Alisya nak masuk dalam dah."

Alisya berkata seraya tangannya menggapai salam tangan dan mencium tangan Fahmi. Air mata Alisya menitis ke tangan Fahmi. Fahmi cuma terpaku diam termati kata.

"Assalammualaikum abang."

Tanpa menatap wajah Fahmi, Alisya memberi salam dan berjalan pergi meninggalkan Fahmi. Walau memalingkan muka kebelakang pun Alisya tidak mampu lagi.

"Waalaikumsalam"

Fahmi cuma berdiri kaku melihat pemergian Alisya sampai hilang dari pandangan matanya. Pemergian yang mungkin takkan berulang lagi selepas ini. Fahmi memandang sampul surat berwarna merah jambu yang di berikan Alisya tadi dan membukanya sambil berjalan keluar. Di dalam sampul ada sekeping kertas yang telah Alisya tulis sejak hampir dua tahun yang lepas untuknya sebelum mereka berpisah dulu lagi.
***************
Rasa ini takkan pernah lupus
Biar hati dilihat tandus
Rasa ini mustahil terpupus
Biar dikata hilangnya tulus
Andainya kamu masih disisi
Tika aku dibawa pergi
Pasti kamu akan bersedih
Berdiri sendiri hingga mati
Tanpa rela itu terjadi
Ku hulur kecewa alasan dicari
Akan ada bunga dihati
Bila cinta menjadi benci
Izinkanlah aku pejamkan mata
Disaat kamu telah bahagia
Ketika hati mu dipaut cinta
Aku bahagia menyahut panggilan-Nya.

~Alisya~

********************************************
Hasil Karya : PecahKata

Untuk mengundi PecahKata, sila tinggalkan komen undian anda pada 'comment box' di bawah.





Untuk vote, anda boleh tinggalkan komen 'vote/undi' anda di kotak komen. Anda boleh tinggalkan vote mengikut cara masing-masing. Contoh komen vote/undi ;
~> Saya suka cerpen ini. I vote!
~> Vote!
~> Saya vote cerpen ini.
~> Saya undi!
~>Ana undi ini cerpen. Ente bagaiman?
***undian dari anonymous tidak dikira***
Good luck PecahKata! (^^,)

With Love,

14 comments:

Nor Adzwaty Rokkafella said...

vote!!!

Anonymous said...

Nice PecahKata :D. Terpaut kejap haha

~NiZa Maksit~ said...

i like ^^.
UNDI!!

sahidzan said...

Peehh!! Rokkafella undi gua.hakhakhak!

Lerr. cni pun ada anonymous. gila punya kerja,

-MsGoodNite- said...

saya vote jugak!

cekzhikmAh said...

tetap undi punyaa!!^^

fikrahuddin said...

uih.. tacing... sy undi anda bro..

biar la anynomos tuh. die takde akaun tp die nak baca jugak...=)

Pinung is VizarD said...

tak nak pikir panjang2..
aku vote terus..
arghhhhh... hahahah

♥ Vee Violet ♥ said...

Nor Adzwaty Rokkafella,
♥ Tengs ya! :)

Anony,
♥ Thanks for reading. :)

~NieZa~,
♥ I like it too. Thanks for the vote. :)

PecahKata,
♥ Hahaha... Good luck ya! :)

-MsGoodNite-,
♥ Sweet of you. Terima kasih daun keladi. :)

anac3kz,
♥ Thanks sweetie! :)

nemesis3891,
♥ Lagi satu seorang peserta yang sangat supportive. :)
Thanks for the vote. :)

Pinung is VizarD,
♥ Tanpa fikir panjang Vee nak say thanks! ;)

♥ Vee Violet ♥ said...
This comment has been removed by the author.
esya ecah said...

ngee~~
jln cerita y sgt digemari olehku..

i vote!!

♥ Juliana Violet ♥ said...

esya ecah,
♥ (^^,)
Thanks for the vote ye sweetie... :)

Kay- said...

i vote for this story :)

Cahaya_Kebahag!aan said...

saya VOTE..:-p