Tuesday, January 18, 2011

99 Hari Kisah Klasik "cnen" : Si Buta Cinta

Zakmalisa menapak perlahan. Meraba-raba dinding. Kakinya teragak-agak ingin menapak. Langkah semakin longlai. Zakmalisa melabuhkan punggung beralaskan karpet biliknya.  Ingatannya berbalik pada peristiwa 7 bulan lepas semasa dia diwadkan kerana kemalangan di studio, tempat kerjanya. Hatinya terasa membengkak. Berat. Sebak. Tidak disangka dia akan menerima detik suram dalam hidupnya. Itupun setelah doktor mengesahkan bahawa matanya mungkin tidak dapat berfungsi lagi. Itu pun semasa dia masih lagi dirawat. Wajah Kamil masih melekat dimindanya. Seakan-akan mengejek-gejek dirinya. Tergiang-giang kata-kata terakhir pemuda itu sebelum dirinya ditinggal sepi.
“Aku tak sanggup ade awek kurang upaya macam kau! Tak faham ke? Its mean us is over!”.
Tanpa sedar air matanya tumpah. Diseka. Namun ternyata detik itu amat sakit untuk diseka begitu saja. Luka itu seakan sukar untuk diubati. Keluhan panjang dilepaskan. Marah kerana sampai detik ini wajah Kamil masih lagi berlegar-legar seakan-akan mengejek dirinya.  Detik malang itu bermula setelah doktor mengesahkan matanya buta kerana terkena sejenis cecair kimia yang digunakan dalam proses mencuci gambar. Sejak itu, tingkah Kamil mula berubah. Sukar dihubungi.  Namun, tidak pula dia menyangka bahawa ini penyudah kisah mereka. Pandangannya dibuang ke laman rumah serentak dengan deruan enjin Proton Savvy memarkir di hadapan pagar rumah sewanya. Beberapa minit kemudian, kedengaran derapan kaki mendekati daripada belakang.
“ Kak, Aidil datang lagi. Dia tunggu kat luar. Dia nak sangat jumpa akak.” Nina, teman serumahnya memberitahu. Zakmalisa kaku di situ. Wajah Kamil dan Aidil silih berganti. Dua teman baik yang sering bersama dan berkongsi rasa. Kedatangan Aidil hanya menambah ingatannya terhadap Kamil. Sisa tangisnya disapu.
Nina mendekati zakmalisa. Melabuhkan tangannya ke bahu zakmalisa. Seakan-akan memberi kekuatan. Zakmalisa tersenyum tawar. Tidak memberi sebarang tindakan bahawa dia akan menuruti hajat pemuda yang sedang menunggu di luar itu.
Nina memujuk, “Kak, kesian lah abang Aidil tu. Janganlah pasal orang lain, orang lain pun jadi mangsa. Dah selalu sangat dia datang nak jumpa akak. Jom, Nina temankan.”
Zakmalisa mengeluh namun langkahnya hanya menuruti. Termakan akan pujukan Nina. Tambahan lagi, dia tidak mahu dicop tidak professional oleh Aidil yang juga teman baiknya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
Kamil teraba-raba jalan di hadapan menggunakan tongkat besi yang sering digunakan oleh orang kurang upaya sepertinya. Punggungnya dilabuhkan perlahan-lahan di atas bangku kayu menghadap pantai kegemaran dia dan Zakmalisa suatu ketika dahulu. Kamil mengeluh dalam diam. Hatinya sayu tiba-tiba mengingatkan tingkahnya terhadap gadis itu. Kesal meninggalkan gadis kecil molek itu. Deruan pantai bagaikan memanggil-manggil pengunjung untuk merasai kenikmatan airnya. Kamil mengukir senyum. Sedih kerana tidak dapat lagi melakukan aktiviti kegemarannya suatu ketika dahulu iaitu berenang. Kamil bangkit melangkah perlahan-lahan berpandukan ‘tongkat sakti’ berwarna kelabu itu. Langkahnya diatur kemas di gigi pantai. Kamil berjalan di sepanjang pesisir pantai, sehingga penat. Dia terduduk. Jiwa dan hatinya penat. Airmatanya tumpah jua. Tidak mampu dibendung kesedihan yang ditahan. Wajah sayu Zakmalisa terbayang-bayang di mindanya. Lantas mengundang lebih kesayuan di hatinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wajah suram Aidil ditatapnya sekilas sebelum membuang pandang ke arah jongkang-jongket berwarna coklat itu. Kicauan burung seakan-akan membantu dirinya bertenang. Aidil turut sama membuang pandang ke arah taman di hadapannya. Zakmalisa mendengus. Tidak puas hati kerana sedari tadai Aidil masih lagi membisu. Seakan-akan membuang masanya di situ.
“Kata nak jumpa aku, ada hal. Ape dia?”
“Kau dah beransur ok tak? Mata rasa macam mana?” Aidil membalas dengan soalan. Hajat sebenar terasa sukar untuk diluahkan. Hatinya berkecamuk di antara janji temannya. Wajah Zakmalisa ditatap, mengharapkan jawapan.
“Mata? Ok lah, kenapa pun.” Zakmalisa membalas dingin. Sengaja meluahkan kemarahan terhadap temannya itu. Sakit yang berpunca daripada Kamil, bekas si jantung hatinya dilepaskan terhadap Aidil, teman baik Kamil.
Aidil hanya menelan rasa. “Boleh tengok macam biase dah ke, ade sakit atau pedih-pedih tak? Kamil ade pesan..”
“ Cakap je lah cepat ape kau nak cakap sebenarnya! Jangan nak main-mainkan aku macam kawan baik kau tuh. Sakit ni tak hilang lagi la!”
Zakmalisa memotong meluahkan kemarahannya. Wajah Aidil direnung tegang. Pipi mulusnya kemerahan menahan marah. Malas melayan perasaan marahnya itu, langkah diatur mahu pulang.
Aidil membalas renungannya dengan hambar. Seakan kalah dengan letusan perasaan milik gadis manis di hadapannya itu. Dia terbeku lagi. Antara dua sahabat yang disayangi. ‘Aku mesti selesaikan! Mereka teman baik aku. Tak siapa pun layak menderita!’. Aidil bermonolog sendirian lantas mengangkat muka.  Dia berlari-lari mendapatkan Zakmalisa yang sudah separuh jalan. Gadis itu enggan akur.
“Kau tak kan selamanya dapat lupakan Kamil!” Aidil menjerit kuat. Berharap dapat menahan langkah Zakmalisa dengan tindakannya itu.
Zakmalisa kaku. Ternyata langkah Aidil berjaya. Aidil tersenyum kecil sambil melangkah menghadap temannya itu. Zakmalisa mengangkat muka mengadap Aidil. Dilihatnya wajah Aidil berubah. Hatinya makin sakit! Kenapa perlu ditambah luka itu? Ingin diluahkan segala kemarahannya dan kekecewaannya terhadap Kamil di bahu Aidil, namun ego menghalangnya. Dendam menyumpahnya. Bibirnya terkunci menatap Aidil.
“Kau tau tak kenapa, kau tak boleh lupakan Kamil? Dan kenapa Kamil tinggalkan kau macam tu aje?” Aidil menyoal sambil matanya merenung tajam mata Zakmalisa. Terasa seakan-akan merenung mata Kamil.
“Aku dah lama lupakan laki tak sedar diri tu lah! Dan tolonglah, cerita lama tak payah ulang lagi. Sakit telinga aku tau.” bentak Zakmalisa.
Aidil tersengih sinis. Faham akan keegoan gadis bermata bundar itu.
 “Kau yang tak sedar diri. Berdendam dengan orang yang berbudi dengan kau. Dan hari ni baru aku sedar perangai kau yang sebenar. Tempoh tiga tahun kau bersama dia pun kau masih tak berjaya memahami dia dan ukur cinta dia kat kau. Siapa kau untuk kutuk dia macam tu setelah apa yang dia korbankan untuk kau!”
Aidil melepaskan segala yang bersarang di hatinya. Dia nekad segalanya harus dibongkar hari ini juga. Wajah merah Zakmalisa menahan perasaan dipandang sinis. Dia tahu akan kesakitan gadis itu. Namun apalah sangat jika dibandingkan dengan pengorbanan Kamil terhadap Zakmalisa.
“Dia berkorban? Dengan meninggalkan aku sorang kat hospital setelah doktor sahkan aku buta dulu. Dia yang tinggalkan aku, Aidil. Kau tau sebab apa? Sebab aku buta, sebab aku kurang upaya penglihatan. Dia takut aku susahkan dia. Dia fikir aku tak layak dengan dia. Allah Maha Adil, Dia tunjukkan aku siapa Kamil sebelum kitaorang ke peringkat yang lebih serius. Allah juga Adil,memulangkan kembali penglihatan aku. Aku amat berterima kasih kepada orang yang menderma matanya kepada aku. Dengan mata ini juga aku akan memulakan hidup baru dan tentunya tanpa dia Aidil. Aku harap kau faham..”
“Hmm..ok, aku terima semua tu. Tapi sebelum tu, jawab soalan aku ni. Kau tak rasa yang kau ni bertuah sangat dapat melihat balik. Itupun seminggu lepas doktor sahkan kau buta. Kau tak terfikir ke siapa yang baik sangat sanggup dermakan mata kat kau? Sedangkan ade patient lain yang dalam waiting- list?” Aidil menyoal penuh sebak.
Zakmalisa memandang hairan wajah pemuda hitam manis di hadapannya. Dadanya berdegup kencang tiba-tiba. Seakan dapat merasakan sesuatu yang disembunyikan pemuda itu.
“Doktor cakap, memang mata tu untuk aku. Ade penderma misteri yang simpati dengan nasib aku agaknya..kenapa kau tanye semua ni tiba-tiba?”
“Kau kenal sangat siapa penderma tu. Dan kenapa sampai sekarang kau masih ingat Kamil? Sebab mata yang kau kau gunakan tu adalah..
“Mata Kamil.....?” zakmalisa menyoal. Nafasnya seakan-akan terhenti seketika. Aidil hanya diam. Kaku. Matanya mula berair. Zakmalisa melangkah merapati Aidil. Menggesa jawapan daripadanya. Aidil hanya tunduk lemah mengiyakan. Zakmalisa terduduk melihat tingkah Aidil itu. Hatinya bertambah sakit. Hatinya bertambah berdarah setelah mengetahui hakikat itu. Kolam matanya tumpah jua. Kepalanya seakan ditimpa gunung. Sangat berat. Dia terkaku seketika.
“Aku ingat aku dah sembuh daripada buta, tapi ternyata mata hati aku masih buta. Malah parah!” Zakmalisa menangis semahunya. Marah akan sikapnya sendiri. Terasa kotor menyalahkan pemuda berhati murni itu.  Sedunya menjadi-jadi. Kolamnya terus laju mengalir. Aidil turut sama sedu.
“Lisa..” Aidil berlutut berhadapan dengan Zakmalisa. Zakmalisa mendongak. Wajahnya basah.
“Dia..dia...Kamil kat mana sekarang Aidil...dia kat mana? Bawak aku jumpe dia...”
“Kau tahu dia kat mana, mana je dia selalu habiskan masa. Tempat yang kau tak jejak dah lepas....hmm..kau tahu kat mana”. Aidil mengeluh.
Zakmalisa berlari pergi. Lari selajunya menuju ke halaman rumah sewanya. Nina yang menegur tidak dipedulikan. Kakinya berlari laju mendaki anak tangga. Pintu almari baju dibuka pantas. Anak-anak laci dibuka satu persatu. Tangannya berhenti seketika di laci ketiga. Kunci Perodua Kelisa yang terletak di dalamnya dicapai rakus. Sesaat kemudian, Kelisa merah hati yang berlakarkan nama ‘Kamil’ itu sudah mengaum laju di atas jalan. Perasaanya bercampur baur. Kesal. Sakit. Marah. Sedih. Gembira. Semua bersatu memainkan watak dirinya. Ketika itu ingatannya terus berbalik ke suatu detik sewaktu Kamil meluahkan segala perasaannya terhadap dirinya. Kamil selalu mengajaknya ke Pantai Bagan Lalang. Hampir setiap minggu. Katanya dia suka melihat pantai dan berjalan berkaki ayam di gigi pantai. Sehingga satu petang Kamil mengajaknya ke sana lagi. Setelah sampai Kamil lari meninggalkannya terkebil-kebil di tepi pantai. Kelibat Kamil hilang di balik pokok. Zakmalisa melangkah marah ke arah Kamil. Tiba-tiba Kamil keluar membawa gitar dan mengalunkan sajak buatnya. Wajah lelaki itu berubah serius. Zakmalisa terpaku. Wajahnya terasa kebas. Dalam diam dia menghayati setiap bait sajak buatnya itu.

Kau laksana air,
Mustahil bernyawa tanpamu,
Aku laksana tumbuhan,
Hidup dengan ihsanmu.
Rasa ini,
Tidak mungkin ditukar ganti,
Rasa yang tidak mungkin hilang.
Kasih ini,
Sukar untuk beralih lagi,
Seratus tahun tak kan cukup
Untuk aku luahkan segala rasa
Rasa sampai mati.

Sajak itu tergiang-giang di mindanya. Seakan-akan terdengar suara Kamil mengalunkan sajak itu. Tangisnya diseka. Bibirnya meluah senyum. Matanya tajam merenung jalan-jalan di hadapan yang bakal ditebusnya buat seorang lelaki bernama Kamil.

Oleh,
Cnen, The Dream Chaser.

Hasil Karya : Cnen

Untuk mengundi Cnen, sila tinggalkan komen undian anda pada 'comment box' di bawah.
Thanks. :)
Untuk vote, anda boleh tinggalkan komen 'vote/undi' anda di kotak komen. Anda boleh tinggalkan vote mengikut cara masing-masing. Contoh komen vote/undi ;
~> Saya suka cerpen ini. I vote!
~> Vote!
~> Saya vote cerpen ini.
~> Saya undi!
~>Ana undi ini cerpen. Ente bagaiman?
***undian dari anonymous tidak dikira***

 
Good luck Cnen! (^^,)

With Love,

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

4 comments:

Anonymous said...

i'm in awe. very nice :). good job Cnen. if panjang sket pon ok :D

♥ Juliana Violet ♥ said...

Anony,
♥ Thanks for reading and for the comment. :)

Anonymous said...

My pleasure :D

Cahaya_Kebahag!aan said...

saya VOTE..:-p