Saturday, January 1, 2011

"99 Hari Kisah Klasik" Sadrina Roslan : Kronologi Cinta Syiha



" wei , nak numbor kau boleh ? " aku bertanya pada juniorku , fakrul
" boleh , bagi numbor kau dulu nanti aku miskol ". fakrul lantas membalas
" alaaaaaa.. bagi jelah, biar aku yang miskol kau then kau terus save .." aku terus mendesak.
" yela , yelaa.. amik ni numbor aku .. 017 - 6644446 , miskolla sekarang .."
jawab fakrul dalam keadaan terpaksa.
" alaaaa weh , aku bukannya nak mengorat kaulah.. aku nak numbor kau sebab nanti apa apa hal senang aku nak inform kau " aku bersahaja agar fakrul faham akan maksudku.
" ehh , aku tak pikir cmtu pun.. ishh kau ni .. " fakrul membalas dengan slumber.
" weh , asal korang tak balik lagi ? tak pergi solatt jumaat ke ?? " aku bertanya kepada fakrul dan akim turut sama mendengar.
" tah , kitaorang tunggu zakwan lah , dia pergi antarr intan balik rumah dulu .. hee , bengang pulak aku .. tak tahulah sempat ke tidak nak pergi solat jumaat japgi.. " fakrul membalas pertanyaan aku dalam keadaan yang agak keras sambil diperhatikan oleh akim dan akim hanya mengangguk kepala tanda setuju.
" alaaaaa korang , rilekslaaa.. jangan marah - marah dah .. biarkan je , sebenarnyaa aku pun tak berapa nak suka dengan intan tu yelaa dia suka buat- buat manja, gedik ! ishh , geramm gak aku tengok! tapi nak wtcmne kan , dah dia mmg cmtu .. kita buat tak tahu je sudah weh. " aku membalas
" aah jugak , biar jela dia.. " fakrul membalas kata - kata aku sambil tersenyum kelat.

tidak disangsikan lagi , syiha lebih gemar menyapa sesiapa sahaja. dia merasakan bahawa sifat peramah itu adalah istimewa buatnya. jadi tidak hairanlah jika dia menyapa pelajar juniornya yang baharu mendaftar masuk ke pra - universiti sekolahnya. namun begitu , ada segelintir masyarakat atau orang sekelilingnya yang memandang serong dengan menganggap bahawa dia adalah seorang gadis sosial, lebih - lebih lagi jika dia berbual dengan rakan- rakan yang berlainan jantina. syiha sering menjadi topik perbualan pelajar lain yang kurang senang dengan sikapnyaa yang peramah itu.

perbualan syiha antara rakan - rakannya sering mendapat perhatian daripada pelajar lain,
ada diantara mereka yang berbisik - bisik dan ada pula yang menjeling- jeling sinis kearahnya namun syiha dia tidak mempedulikan orang - orang seperti itu kerana dia yakin akan niatnya. dia hanya ingin berkawan bukan untuk bermusuh. namun begitu , tidak dinafikan syiha mempunyai teman yang ramai kerana dia disenangi dengan sikapnya yang peramah dan dia juga masih mementingkan budi bahasa ketika berinteraksi dengan sesiapa sahaja.

aku hanya tersenyum..

*******************************************************************************

dalam perjalanan ke sekolah, aku terserempak dengan rakanku azim. pelajar pra - universiti yang baharu mendaftar beberapa hari yang lalu.
memandangkan jam di tangan baharu menunjukkan jam tujuh pagi,
aku mengajak azim duduk dibangku di tepi padang sekolah , kami berbual kosong.
di sekolah ternyata syiha lebih ramai kawan lelaki berbanding kawan perempuan. baginya berkawan dengan perempuan menyusahkan lebih - lebih lagi
yang suka bercakap belakang. memang menyakitkan hati.

" azim , kau serius ke nak masuk tingkatan enam ni ? " aku memulakan perbualan.
" mestilah wei .. kalau tak , buat apa aku datang sekolah pagi - pagi ni .. tidur kt rumah lagi sedapp wei.. haha," azim membalas persoalan aku dengan nada gurauan sebelum menyambung " ehh , tingkatan enam ni susah tak wei ? " pertanyaan azim berlalu tanpa jawapan. kemudian diulang kembali pertanyaannya.
aneh benar syiha hari ini.

tiba - tiba jam loceng sekolah berbunyi , menandakan semua para pelajar di kehendaki beratur di tapak perhimpunan. sesi persekolahan akan bermula.
bunyi jam loceng tersebut secara tidak sengaja mengejutkan aku dari lamunan. kemudian aku mengomel sendiri, " eh , cepatnya jam loceng bunyi hari ni ? "
azim hanya mengisyaratkan aku supaya melihat jam.

*******************************************************************************

selesainya perhimpunan pagi itu , kami dibenarkan masuk ke kelas masing - masing. aku harus menguruskan beberapa tugasan untuk rakan juniorku.
pelajar junior masih dalam minggu orientasi.
aku pelajar senior manakala azim pelajar juniorku namun kami sudah saling kenal - mengenali kerana azim adalah pelajar tingkatan lima di sekolah tersebut.
ketika kami beriringan untuk masuk ke dalam dewan , aku terasa getaran di poket baju kurung sekolahku. getaran itu menandakan ada pesanan ringkas yang masuk ke dalam inboxku.
aku mengambil telefon bimbitku lalu membuka pesanan ringkas itu..
aku mengenalpasti message itu dari siapa , rakan juniorku fakrul. aku hanya tersenyum..
message dibuka..
" wei .. hari ni ada aktiviti apa ? aku nak bagitau.. aku , zakwan , akim dengan amzar datang lambat sikit sebab ada hal. kau tolong inform cikgu ea.. "
setelah membaca , tangan aku ligat menekan butang ' REPLY ' lalu membalas pesanan ringkas tersebut.
" aktiviti kenalpasti pakej matapelajaran tingkatan enam je , ohh okay wei.. nti aku inform cikgu , korang jangan datang lewat sangat tau !
.......................................... delivered fakrul ------------------- message sudah dihantar.
aku memandang azim, azim masih disebelahku.
syiha sempat bertanyakan azim sesuatu.
" azim .. kau tanya apa tadi ? "
" ahh , kau ni .. aku tengok kau mengelamun sahaja. aku tanya pun kau tak jawap. "
dipandangnya sekilas wajah aku yang agak keblur- bluran sebelum menyambung , " kau fikir apa wei ? kau ada masalah ke ? "
" mana ada " jawab aku acuh tak acuh.
kami pun memasuki dewan, minggu orientasi berjalan seperti biasa. aku sekadar memerhati dari jauh.
aku merupakan ketua sesi orientasi dan tugasan pula sudah dibahagi - bahagikan.
sekilas kemudian , aku teringat pesanan ringkas dari fakrul lalu aku mendapatkan cikgu yang bertugas.
" cikgu , tadi fakrul text saya.. dia cakap dia dengan kawan-kawan dia datang lewat sikit sebab ada hal " aku bersahaja.
" ohh yeke .. tapi mereka hadir kan ? " tanya cikgu huda.
" mungkin , rasanya la ! " balas aku.
tiba - tiba aku terpandang akan seseorang lalu gerakkanku termati disitu. " ehh , fakrul dengan geng dia ! "
azim turut sama memandang ke arah pelajar yang dimaksudkan aku.
aku tercegat seketika sambil melihat fakrul dengan gengnya.
" azim , kau dah berkenalan dengan diaorang tu ke ? " aku menyoal azim tanpa menoleh kepada azim.
" mestilah dah , kitorang dah berkenalan 2 hari lepas .. kenapa ? " azim berseloroh
lalu aku membalas " dorang dri sekolah mana dulu ? yang tinggi-tinggi sebelah fakrul tu zakwan kan ?
yang sebelah kanan tu akim dan sebelah kiri tu amzar kan ? " banyak pula persoalan aku.
" ehh kau ni .. banyak tanya pulak , dari sekolah keramat. hah.. betulla tu " azim membalas sambil memerhatikan anak mata syiha,
dia menyambung " tak silap aku , dorang gelarkan geng dorang KACHO tau ! KA stand for kacak dan CHO stand for macho... ehh kenapa kau tanya ? "
aku lantas menjawap "ermm.. takde pape lah , aku saja bertanya tapi aku.. ahh lupakan jela "
azim semakin pelik dengan sikapku.


selepas rehat , pelajar seniorr memulakan pembelajaran seperti biasa.
apabila aku masuk ke dalam kelas, aku melihat ke arah jadual waktu yang berada disudut mejaku
" aduhai , kelas PP! " syiha amat lemah sekali dalam subjek pengajian perniagaan itu.
aku mencari - cari rakan karibku, sarina.
hampa. mungkin rakanku itu sudah ke kelas seninya.
tetapi , menurut khabar angin ada guru baharu yang akan mengajar subjek PP itu di sekolahku ,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG itu esok. hari ini , aku akan belajar dengan guru itu lagi.
' nasib baik cikgu shanusi hanya guru ganti '

sewaktu dalam kelas PP , guru tersebut meminta semua pelajar menghantar kerja rumah yang telah diberikan. setelah meneliti kerja
yang dihantar , guru tersebut tidak lepas memandang wajahku. seperti kebiasaanya, kerjaku akan dikatakan tidak kemas
dan tidak menepati kehendaknya. begitulah kebiasaanya sejak aku memasuki TINGKATAN ENAM.
rakan sekelasnya kasihan melihatku. namun kebanyakkan pelajar perempuan hanya senyum sinis. padan muka anggapanku.

kringgggg !!!
' akhirnya ..' aku hanya tersenyum apabila loceng balik berbunyi. aku bergegas ke pejabat PRA- UNIVERSITI,
rakan karibku juga ada disitu. sarina yang mundar - mandir sadari tadi hanya tersenyum tatkala terpandang kelibat aku.
sarina bergegas mendapatkan aku. setelah berurusan dengan PN SHAMSHUL selaku penolong kanan tingkatan enam , aku
melihat sarina sedang menungguku. aku memulakan perbualan seketika kemudian.
" kenapa kau tak tunggu aku masa kau nak ke kelas seni tadi ? "
sarina mendonggak memandang aku lalu membalas " aku tunggu kot, tapi kau lama sgt... kau taulaaa aku ada banyak kerja seni yang nak disetlekan.. " sarina menyambung " kerja folio seni satu apa lagi aku tak buat weh , kau takpelah kau amik PP jee.. itupun membaca kan ? "
aku hanya mengangguk tanda setuju. suasana sepi apabila masing-masing mendiamkan diri.
" ehh, kau dah kenal dengan budak lower dah ? " aku bersuara
" belum .. tak berminat. " sarina menjawab.
" ohh, ok ! " balas aku
*****************************************************************************
" syiha .. saya nk jumpa awak. datang jumpa saya di pejabat " pn shamshul memberi arahan kepadaku.
kemudian beliau berlalu pergi.
" adui... ada yang tak kena ke ni ? " aku mengeluh.
TOKK !! TOKK !! TOKK !!
" assalamualaikum cikgu ? " aku menyapa ke arah pn shamshul lalu menyambung " cikgu nak jumpa saya kenapa ? saya ada buat salah ke ? "
" waalaikumsalam syiha .. masuk , masuk ! eh takdelah , saya nak cakap - cakap skit dengan awak " balas pn shamshul.
huh ! aku berasa lega..
ketika aku dan pn shamshul sedang rancak berbual dan bergurau senda , ummi datang menyapa.
ummi adalah guru bahasa melayu kertas dua bagi pelajar tingkatan enam atas , panggilan ummi sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar sekolah itu.
" syiha.. nanti syiha tolong pesan dengan semua pelajar lelaki islam enam rendah supaya solat zohor di surau sekolah ye ? ajak mereka solat berjemaah. "
ummi memulakan bicara.
" baik ummi , nanti saya sampaikan. " aku mengiyakan dan hanya mengangguk tanda mengerti maksud ummi.
setelah mendapat arahan daripada ummi , aku berlalu pergi. jam sudah pun menunjukkan jam 1 tengah hari ,
hanya beberapa minit sahaja lagi azan akan berkemandang.
aku segera ke kelas dimana semua pelajar tingkatan enam rendah berada. tidak dinafikan , aku seorang yang agak kelam kabut dan sering terburu- buru dalam
melakukan sesuatu perkara. tanpa mengetuk pintu kelas tersebut , aku lantang bersuara
" assalamualaikum , ehh korang .. ummi pesan semua pelajar islam lelaki kena solat kat surau waktu zohor nanti , korang solat jemaah "
semua mata memandang ke arah aku , termasukla fakrul dan gengnya itu. aku menyambung " jangan lupa weh , ummi suruh ni ! "

********************************************************************************

sejak hari itu, aku sering berbalas pesanan ringkas dengan fakrul. balik sekolah , petang , malam dan sebelum tidur.
banyak yang kami bualkan , tidak kira sama ada topik itu logik atau tidak. semua tu tidak penting langsung buat aku kini.
kami semakin akrab, lebih-lebih lagi dua orang rakannya tidak lagi meneruskan pembelajaran dalam tingkatan enam.
mungkin mereka mendapat tawaran yang lebih baik. kini yang tinggal hanya fakrul dan seorang rakan baiknya iaitu akim.
Semakin lama aku melihat sikap dan sifat dia yang baik, pemalu, dan tidak terlalu banyak cakap telah membuatkan aku menjadi suka dengannya
meskipun hanya sedikit. aku memang tidak melihat seseorang dari ketampanannya kerana ketampanan seseorang itu belum tentu akan
membuktikan seseorang itu orang yang baik. aku terkesima dan hanya mampu mengikut arus.

tooooooooooott , tooottt !!
pesanan ringkas masuk ke inboxku seperti biasa,
fakrul !! message dari fakrul. aku tersenyum ..
aku terus membuka dan membaca message yang terpapar di skrin telefon bimbitku.

" hoi.. kau buat apa tu ? "
seperti biasa juga , aku akan berusaha membalas messagenya secepat mungkin.
" hoi.. hoi.. hoi.. aku ngh dengar lagu je, lagu lonely day by SOD. bestt weh ! try dengar. " balas aku.
beberapa minit kemudian , message aku pula berbalas.
" kau dengar jugak ke ? lagu tu dalam top 6 lagu favourite aku ! termasuk FT island - after love , romance - ku ingin kamu,
ST12- jangan perbah berubah, dan what do you want from me " balasnya.

seketika kemudian , aku mengelamun. sejak akhir - akhir ni aku sering berbalas message dengannya.
aku menganggap dia seperti kawan - kawanku yang lain. mereka semua sama. kerana aku sudah pun memiliki kekasih hati.
" ya, kekasih hati yang tidak tahu menghargai ! " aku bermonolog sendiri.
Cinta oh cinta, kadangkala membuatku seperti orang gila, aku masih bertahan dengan kesakitanku. Hingga tanpa aku sedari tuhan
memberikan mata air dalam dahaga keringku. Dan itulah dirimu, aku tak tahu mengapa hatiku memilih dirimu untuk berkongsi rasa dan semua bebanku,
beban yang kusimpan bertahun-tahun terkunci rapat dipeti hatiku, kini hanya tinggal saat saat untuk berlerai. " aku masih bermonolog sendiri.

tapi mengapa perasaan aku tidak seperti biasa terhadap fakrul. tidak seperti aku dengan kawan - kawan lelakiku yang lain.
aku berasa selesa dengannya , selesa berbanding yang lain. aku kurang pasti. hari - hari aku berjalan seperti biasa,
di sekolah, aku dan dia saling berpandangan namun tiada seorang pun yang perasan termasuk rakan- rakan karibku, sarina dan akim.
" sarina.. aku ada benda nak bagitau kau ni .. " aku memulakan bicara.
" apa dia ? apa dia ? " sarina membalas.
" eh , ehh .. emm .. cmne aku nak cite ni ? aduii.. malu dohh ! " aku bersahaja.
" kau cakap jelaa.. pasal apa ? pasal laki kau lagi ke ? " andaian sarina.
" ahhh , buat apa cakap pasal dia.. malas aku nak fikir, aku ni asyik kena maki hamun je dengan dia tu.. aku kan dah clash.tak , tak !! ni pasal lain , pasal dak lower. " jawab aku.
" budak lower ? asal weh , asal ? " soal sarina
" kau tahu dak nama fakrul ? yang tinggi- tinggu tu , dia selalu dengan dak lower nama akim. kau kenal tak ? " soal aku lagi.
" ohh , tau tau ... mestilah aku kenal, dorang dah masuk tiga bulan lebih weh kt sekolah ni..apalah kau.. tapi kenapa dengan dak tu ? " sekilas jawapan sarina.
" emmm .. camni , sejak minggu orientasi aritu aku dengan dia selalu jugak sms.. kitorang rapat jugak tapi dalam sms jelaa. nak tengok depan - depan memang haramm lah.. dia tu kan pemalu , kau tengok sendiri lah dia cmne kan ? " balas aku dengan gelak tawa.
" yeke ? wah , kau dah maju syihaa... lagi , lagi !! " jawab sarina.
" alaa.. lebih - lebih pulak kau ni. ahhh ! takde dah , aku cuma nak bagitau kau tu je.. yela , kau kan bestfriend aku.. " balas aku sambil menjeling sarina.
sarina sekadar memandang aku sambil tersenyum , dia menyambung " gedik ehh kau ! "

********************************************************************************************************
sejak dari itu juga , akim semakin rapat dengan sarina dan aku pula semakin rapat dengan fakrul.
kami pasti berempat kemana sahaja. aku gembira. suatu pagi , ketika aku bergegas masuk ke dalam kelas rakan karibku, akim menyapa.

" syiha , semalam kau gayut dengan fakrul eh ? " soal akim.
" aah , aku suka .. suka gila ! " jawab aku penuh semangat.
" apa yang suka sangat ni ? " akim berseloroh.
" aku kol dia. haaa. aku kol dia.. weh, aku kol dia 5 jam.. lama gila ! dari pukul 12 sampai pukul 5 weh.. tapi rasa macam sekejap je. " aku bersahaja.
" hah !! yeke ? gilala kau ni " akim sedikit terkejut dan menyambung
" kau borak apa dengan dia ? "
" macam - macam , everything aku citer dengan dia.. adoii.. kau tanya diala ! haha " jawab aku sambil ketawa.

persahabatan kami berempat sangan baik,aku bersyukur. aku sangat senang dengan mereka.
dan aku yakin mereka sudah dapat bau perasaan aku terhadap fakrul. aku hanya buat seperti biasa.

" syiha.. kau sekarang suka tersengih sorang - sorang kan ? " soal sarina.
" yeke ? mana ada laa.. aku biasa je .. " jawab aku.
" ehh , aku nak tanya kau ni.. kau suka kat fakrul eh ? kalau suka apa lagi , bertindak cepatlah.. kasitau dia .. " kata sarina.

akim di sebelahnya sudah tersenyum penuh makna.

" heeeeeeeeishhhhh , kau ni.. aku dengan fakrul tu kawan. tak ada apa - apa okay. lagipun dia kan bawah aku. kitaorang sms pun camtu camtu jela..
lainlah .... " kata - kata aku terhenti. mataku menjeling sejenak ke arah sarina dan akim. mereka kini sudah menjadi sepasang kekasih yang sangat bahagia.
aku cemburu.
" syiha.. aku rasa dia pun suka kau .. " kata sarina. akim turut menyambung " syiha.. aku kenal fakrul tu dah lama tau, fakrul tak pernah layan perempuan macam mana dia layan kau weh.. aku serius !! aku rasa kau bagitaulah ktdia yang kau suka dia. tak salah kau bagitau dia "
" ahhh , taknakla weh.. malula aku.. aku ni perempuan , dahlah dia bawah aku.. ishhh taknak weh ! " kata aku.
" alaaaaa.. kau ni.. kau cakap jela dulu.. lagipun fakrul tu pemalu weh ! " akim membalas.
berdesing telinga aku mendengarnya. namun, oleh sebab aku tidak mahu bertekak , aku hanya diam.
" wei , sabtu depan kita keluar nak ? kita bukak puasa kt luarr .. jomlahh !! " sarina mengejutkan aku dari lamunan.
" aku tak kesah , tapi nak buka kat mana ? " soal aku.
" ha, jomla weh.. korang pun last year dah tahun ni.. " akim mencelah.
" kalau cmtu kira onlah , syiha.. kau booking tempat. kita buka kt kenny roggers TIMES SQUARE ok tak ? " sarina menyatakan ideanya.
" tak kesah , tapi korang informlah dengan fakrul " kata aku.
" ehhh kau ni .. kaulah inform dia, kata ehem - ehem kan ? ok, nanti aku inform dia " senda sarina.
" yes !! like beb.. kau memahami " jelas aku.

********************************************************************************************

seperti yang telah dirancang , kami berempat berbuka puasa di restoran kenny roggers di shopping mall terkemuka
di kuala lumpur iaitu TIMES SQUARE. setibanya kami disana , jam menunjukkan jam 4 petang. masih terlalu awal untuk kami
bersedia untuk berbuka puasa. aku menemani sarina untuk membuat tempahan tempat untuk berbuka nanti. kami
masih mempunyai masa sekitar 3 jam lagi. selesai membuat tempahan , kami mencuci mata di sekitar shopping mall tersebut.
sarina berjalan dengan akim , dan aku pula dengan fakrul. kami bergurau senda dan berbual seperti biasa.
****
azan berkumandang. seluruh umat islam kini menjamu selera.
selesai kami menjamu selera , tibalah masa untuk kami pulang.
kami ke tempat parking kereta B2 di mana terletaknya kereta sarina. untuk ke tingkat tersebut , kami harus menggunakan lift.
beberapa minit kemudian , pintu lift pun terbuka dan tiba - tibaa...

muka aku terasa panas , dadaku berdegup pantas. aku menoleh kebawah dan
fakrul kini mengenggam erat tanganku sambil diperhatikan oleh akim dan sarina.
mereka hanya tersenyum penuh makna. aku juga turut tersenyum dan hanya menundukkan kepala.

toott , toott !!
bunyi telefon bimbit aku berbunyi lagi.
nama fakrul terpapar.
aku terus membuka dan membaca message yang terpapar di skrin telefon bimbitku.

" weh , sorry laa kalau aku pegang tangan kau tadi " kata fakrul
" ohh , tula.. aku terkejutt jugak. nak tanya kau buat aku experiment kau ke ? " balas aku.
" hahah , kau pun balas experiment aku dengan baik " fakrul membalas.

aku terpaku dan terkesima membaca message dari fakrul.
air mataku jatuh berguguran seakan - akan aku kini dipermainkan.
tangan aku terus mendial no talian akim ..
aku menjelaskan segala- galanya pada akim, akim bersimpati dengan aku. aku terus menangis.
beberapa minit kemudian , message fakrul terpapar lagi. mungkin kali ini dia rasa bersalah denganku kerana aku tidak lagi
membalas messagenya.

" syiha.. aku taknak sembunyi lagi , dan aku taknak lagi jadi laki yang sentiasa bagi harapan kat perempuan.. aku nak admi something kat kau nie.. " sms fakrul.
" dahla wei .. aku bole terima if kau cakap cmni. tapi jujur weh, jujur.. aku rasa dipermainkan.. terima kasih fakrul " aku membalas
" bukan.. aku betol-betol tak bermaksud mcm tu .. aku tak patot mempergunakan kau, dan aku betol-betol jujur nie.. its ok kalau kau tak terima " fakrul seakan memujuk.
" apa dia ? " soal aku.
" aku suka kat kau .. aku serius, aku nak relation kita going further.." balasnya lagi.
" ohh yeke.. aku pun suka kat kau jugak " seloroh aku nak taknak membalas messagenya.
" alaaaa, katakan la sesuatu.. setuju, atau tidak ?? on , atau off ?? hehe.. cepat2, excited nak tau nie .. " fakrul bersahaja.

beberapa minit kemudian , aku membalas message tersebut.

" ohh ok , aku terima.. " balas aku.
" dengan ini , saya mohd fakrul mengisytiharkan bahawasanya , pada jam 12. 57 pagi , bersamaan 28.08.2010 saya dah kapel dengan nur syiha. hehe "
fakrul lantas membalas.
aku hanya tersenyum dan bersyukur.
kini hari - hari aku terasa indah , kadangkala dalam cinta ni banyak yang perlu kita pertahankan.
hanya dia yang bertakha di hati aku kini, hanya dia.
dia yang baru aku kenal , tapi mengapa aku merasa telah lama mengenalnya ,
bahkan aku tak mampu menjelaskannya. hanya untaian kata terima kasih yang mampu aku sampaikan kepadanya.
ingin sekali aku menjadi perempuan terbaik untuknya , ingin bertahan selagi aku mampu. seindah bait lagu penjaga hati.

Tak akan ada yang melebihi
Ketulusanku Kasihku kepadamu
Karena aku yang mencintaimu
Selalu Tanpa Ragu.
Cinta ini takkan terhapus oleh waktu
Begitu adanya dirimu
Masih disini setia tuk menjagamu
Akulah penjaga hatimu...

" sungguh aku ingin jadi yang terbaik untuk kau , fakrul "
aku bermonolog sendiri.



Hasil Karya : Sadrina Roslan

Anda boleh mengundi untuk Sadrina dengan meninggalkan komen undian di kotak komen di bawah.
:)

With Love,
Juliana Violet.


Happy New Year!

Untuk vote, anda boleh tinggalkan komen di kotak komen. Anda boleh tinggalkan vote mengikut cara masing-masing. Yang penting anda harus tinggalkan komen seperti ;

~> Saya suka cerpen ini. I vote!

~> Vote!
~> Saya vote cerpen ini.
~> Saya undi!
~> Ana undi ini cerpen. Ente bagaimana?
***undian dari anony tidak dikira***

Good Luck Sadrina! :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~