Thursday, February 10, 2011

99 Hari Kisah Klasik "Dear Dinda Dya" : Cinta Itu Berbaloi-baloi



“Ju.. kenapa ni?” tegur Linda kepada sahabat baiknya, Juwita.


Juwita hanya menoleh sekilas terhadap Linda, lalu menggeleng perlahan. Wajahnya menggambarkan ketidakgembiraan. Linda tertanya- tanya. Mengapa sahabatnya jadi begini?


“Lin..”, Juwita bersuara lirih memanggil sahabatnya.


“Hmm..”, Linda menjawab. Bersedia menanti bait- bait perkataan yang akan diucapkan oleh Juwita.


“Aku rindu..”, Juwita berkata setelah suasana hening beberapa ketika tadi.


Linda tersenyum. Kerinduan rupanya sahabat aku ni.. “Rindu siapa?”


Juwita menoleh sekilas kepada Linda. Terdengar keluhan kecil dari mulutnya. “Rindu dia..”


Rindu dia? Siapa dia? Mama dia? Papa dia? Abang dia? Ke rindu aku? Linda tersenyum menahan tawa geli hati. “Siapa dia Ju?”


Juwita tunduk. Pipinya yang putih melepak mula memerah.


Linda menjadi hairan. Apa kena sahabatnya yang seorang ini?


“Aidil..”, kata Juwita perlahan.


Linda mengerutkan dahinya. Siapa Aidil? Hai.. sahabatnya yang seorang ini memang sangat perahsia. Sejak pulang dari kampung pada cuti semester lalu, perangainya semakin pelik dan membimbangkan!



*******************************


Aidil tiba di rumah sewanya setelah pulang dari Lapangan Terbang Jakarta. Selama sebulan dia di Malaysia lantaran menemani sahabatnya, Hazman yang berasal dari Malaysia membuat tesis. Pada mulanya, dia memang tidak mahu mengikut temannya pulang ke kampung halaman, namun kini dia seperti tidak mahu pulang ke Jakarta semula.



Juwita.. namanya Juwita. Seorang gadis Malaysia yang ayu dan lemah lembut tingkah lakunya. Tidak seperti Krisya, gadis Jakarta yang agak sosial kehidupannya tanpa mempedulikan perasaannya sebagai seorang kekasih. Hubungan mereka juga semakin hambar.


Aidil mengeluh. Tidak tahu apa yang patut dilakukan sekarang. Lalu dia mengambil keputusan untuk keluar berjalan- jalan ke sekitar taman permainan yang terdapat di hadapan rumahnya.


*********************************

Di taman itu, pelbagai ragam manusia Aidil perhatikan. Kebanyakan kanak- kanak bermain dengan riang sambil diawasi orang tua mereka. Alangkah indahnya jika dapat kembali semula ke zaman kanak- kanak. Tidak perlu bersusah payah memikirkan segala macam masalah.


Di satu sudut pula, terdapat sepasang kekasih yang sedang asyik berpacaran. Mereka kelihatan sangat bahagia. Gelak tawa mereka membuatkan Aidil dipanah api cemburu. Dahulu, semasa hubungannya dengan Krisya masih utuh, begitulah kelakuan mereka. Kini, masing- masing melakukan hal sendiri.


Namun, ketika sedang asyik memerhatikan sepasang kekasih itu, Aidil sedikit tersentak. Berkali- kali dia menggosok matanya. Benar, pandangannya tidak menipu. Si perempuan itu adalah Krisya! Sungguh, matanya tidak menipu. Sememangnya itu Krisya!


Hati bagai dihunus sembilu. Sungguh, dia sangat terasa hati. Sampai hati Krisya menduakannya! Aidil mengeluh keras. Telefon bimbit diambil lalu mendail nombor pemilik yang sudah terencana di mindanya. Lama baru talian di sana dijawab.


“Hello sayang..”, kedengaran suara yang cukup manja di sana.


Aidil tersenyum sinis. Seketika tadi dia perhatikan Krisya kelam kabut melarikan diri dari kekasihnya dan terkocoh- kocoh menyembunyikan diri di sebalik pokok besar.


“Aku mahu pengakuanmu..”, Aidil bersuara keras.


“Lorhh, pengakuan apa sayang.. mengapa sih kamu ini. Ada masalah ya? Cerita sama aku sayang..”, Krisya memujuk Aidil dengan suara yang cukup lunak. Dahulu, suara itulah yang selalu menemani Aidil di alam mimpi dan nyata. Kini, suara itu umpama racun, dan dia berazam untuk tidak mahu mendengar suara itu lagi. Cukuplah! Ini yang terakhir kali..


“Krisy..mulai saat ini, kita putus!” Aidil bersuara keras.


“Apa?? Sayang.. kamu sedar enggak apa yang kamu katakan ini??” Krisya separuh menjerit. Sungguh terkejut dengan keputusan yang tidak diduga itu barangkali.


“Sudah Krisy.. kamu enggak usah berpura- pura lagi sama aku. Aku sudah lihat apa yang kamu lakukan semasa ketiadaan aku”, Aidil mula melangkah ke arah tempat persembunyian Krisya. Sekilas, dia memandang pada teman lelaki Krisya yang asyik menatap jam tangannya. Mungkin sudah terlalu lama menunggu Krisya.


“Kamu lihat apa sih sayang.. Aduh! Jangan bikin gawat sayang.. aku hanya cinta kamu seorang..” Krisya bersungguh- sungguh memujuk sambil membuat suara yang sengaja disedihkan. Meluat Aidil mendengarnya.


“Sudahlah Krisy.. aku sudah lihat semuanya. Semuanya!” Akhirnya Aidil memunculkan diri di hadapan Krisya.


Terlopong Krisya dengan kemunculan Aidil yang tiba- tiba. Spontan dia memeluk tubuh Aidil. “Sayang, aku kangen bangat sama kamu..”


Aidil menolak tubuh Krisya. Terkejut sungguh Krisya dengan tindakan Aidil. Selama mereka berpacaran, tidak pernah sekali Aidil berkelakuan sedemikian.


Krisya ingin menjerit marah. Namun, satu suara telah membantutkan hasratnya.




“Krisya!”, kedengaran satu suara lelaki tidak jauh dari mereka. Serentak, pandangan mereka dialihkan kepada si jejaka yang berpacaran dengan Krisya sebentar tadi. Spontan wajah Krisya berubah pucat. Lelaki itu datang menghampiri mereka.


“Sayang..ini siapa? Temanmu ya?”, lelaki itu bersuara sedikit mengah. Aidil menoleh ke arah Krisya. Wajahnya sedikit menggelabah.


“Err..ini…ini…err…”, Krisya mula cuak. Ah! Kantoi sudah..


“Aku Aidil..pacarnya Krisy”, Aidil bersuara penuh sinis dengan senyumannya.


Wajah lelaki itu berubah. Dia memandang wajah Krisya dengan pandangan yang sangat tajam. “Apa semua ini Krisya??!!”


“Rio..sayang..aku..aku..”, Krisya sudah kehilangan kata. Otaknya menjadi hanged tiba-tiba.


“Sudah..kamu jangan hubungi aku lagi. Paham??!!”, lelaki yang bernama Rio itu tadi bersuara keras lalu pergi meninggalkan mereka.


Rio!! Aduh..”, jeritan Krisya tidak dihiraukan. Kemudian, pandangannya dialihkan pada Aidil yang sedang memandangnya sinis. Wajahnya ditundukkan.


“Dil..aku mintak maaf. Tapi percayalah sayang.. hati aku hanya untuk kamu. Hanya pada kamu seorang sayang..” kata Krisya bersungguh-sungguh.


Spontan Aidil ketawa. Terasa kelakar dengan kata-kata Krisya itu. “Sudahlah Krisy.. “ Aidil berlalu pergi dengan hati yang cukup terluka tetapi puas meninggalkan Krisya dalam keadaan terpinga-pinga.


***************************************    
            

Aidil menatap sekeping gambar yang mencerminkan wajah seorang gadis ayu yang berjaya mencuri hatinya. Sudah beberapa kali wajah itu ditatapnya. Tanpa jemu, malah kadang- kadang dibawa tidur bersama. Setiap kali wajah itu ditatap, setiap kali itu jugalah kerinduannya terhadap pemilik wajah itu sangat dirasai. Aidil mengeluh perlahan. ‘Sayang.. aku kangen bangat sama kamu..’




Aidil mencapai gitar yang disandarkan di hujung katil. Setiap kali kerinduan, gitar itulah yang menjadi pengubatnya. Tali gitar dipetik, lagu dimainkan, suara yang tidak dipedulikan entah lunak atau tidak itu dimainkan.


“Tak pernah kusangka..                                                                              

Jauh dari kamu..

Membuat hati menderita..

Sejak pertama bertemu denganmu..

Di negaramu yang indah..”


Terbayang di benaknya ketika pertama kali mereka bertemu di anak sungai yang menjadi kegemaran penduduk kampung untuk menenangkan fikiran. Ketika itu, Juwita sedang asyik menyanyikan lagu ‘Jangan Bilang Tidak’ nyanyian Rafi Ahmad dan Ayushita. Mungkin kerana tiada sesiapa di situ, Juwita berani mendedangkan suaranya yang boleh diketegorikan tidak berapa merdu itu.


Namun, Juwita tidak perasan bahawa dirinya sedang diperhatikan. Sedang asyik menyanyi, apabila sampai pada ‘part’ nyanyian duet, Aidil lantas menyampuk.


‘Jangan bilang tidak..

Bila kita belum mencoba..

Siapa yang tahu akan sama..

Hatimu dan juga hatiku..’


Sungguh Juwita terperanjat. Namun, keseronokan tetap dirasakan. Akhirnya, mereka menyanyi bersama sehingga hujan lebat tidak berhenti selama tiga hari berturut- turut. Begitulah permulaan perkenalan mereka. Mengenangkan itu semua, Aidil tersenyum sendirian. Tambahan pula bila mengingatkan sahabatnya Hazman tidak habis-habis menyalahkannya kerana menyebabkannya tidak dapat berjumpa kekasih hati lantaran hujan yang cukup lebat tidak berhenti itu. 


‘Aku di sini mengenang kamu

Meski aku tak lagi sendiri

Ku mulai fikir untuk tinggalkan

Kekasihku di Jakarta’




Menyebut sahaja perkataan kekasih, Aidil teringatkan Krisya. Sungguh, Krisya adalah cinta pertamanya. Sukar untuk dia melupakan segala kenangan mereka bersama.


Namun, bila memikirkan semula tentang kecurangan Krisya terhadapnya dalam kejadian tempoh hari, hatinya menjadi sayat. Sedih memikirkan semua itu. Sehingga kini, dia masih berat untuk melepaskan Krisya walaupun sudah berkali- kali terfikir untuk meninggalkannya di atas segala apa yang telah dilakukan.


Antara Juwita dan Krisya, kedua-duanya menarik hati. Jika disuruh membuat pilihan, dia menjadi bingung, rungsing, lantas jalan terbaik adalah tidur bagi melupakan segala masalah.


‘Duhai kekasihku

Cintaku tertinggal di Malaysia

Haruskah ku kembali untuk bersamamu       

Duhai kekasihku

Haruskah ku tinggalkan semuanya yang ku miliki

Untuk hidup bersamamu


Mungkinkah kamu cinta terakhirku

Mungkinkah kamu cinta matiku

Ku mulai berfikir untuk tinggalkan

Kekasihku di Jakarta’


Juwita.. gadis itu benar-benar mengganggu jiwanya. Hatinya cukup merindui Juwita. Walaupun sebelum dia pulang ke Jakarta, mereka telah declare sebagai pasangan kekasih, namun bukan senang untuk hidup berjauhan. Tambahan pula peralatan komunikasi antara dua negara itu memerlukan kos yang agak banyak sehingga boleh dikategorikan sebagai ‘cekik darah’.


Namun, untuk berpisah, sungguh Aidil benar-benar tidak sanggup. Sayang dan kasihnya pada Juwita tidak sama denagn kasih dan sayangnya pada Krisya. Tetapi, apa yang perlu dilakukan untuk berhubungan dengan kekasih hati nun jauh di sana. Oh Tuhan! Berilah aku kekuatan untuk menempuhi segalanya..





‘Berilah aku satu..

Keyakinan untuk..

Kekuatan untuk..

Kesungguhan untuk..

Bisa tinggalkan semua untukmu..’


************************************


“Woi!!”


Tersentak Aidil yang sedang asyik menyanyikan lagu Cintaku Tertinggal Di Malaysia dengan penuh perasaan. Sedikit marah dirasakan apabila ketenteramannya terganggu.


“Kamu ini kenapa? Bikin aku terkejut tau enggak!!” Aidil meninggikan suara pada Hazman yang mengganggu konsentrasinya sebentar tadi. Semakin sakit hatinya apabila Hazman ketawa bagai nak rak. Entah apa yang kelakar sangat. Aidil mendengus kasar.


“Hahahaha… kau ni. Macam orang putus cinta aku tengok!” Hazman berkata dalam tawanya yang masih bersisa. Geli hati melihat wajah sahabatnya yang bagai ayam berak kapur sambil menyanyikan lagu yang cukup membuatkannya ketawa tidak kering gusi.


“Diam kamu!” Aidil membentak keras. Malu dengan kata-kata sahabatnya itu. Hazman masih galak ketawa.


“Nah! Ambik ni!” Hazman menghulurkan sesuatu kepada Aidil. Aidil menyambutnya dengan takut-takut. Apa pula ini?


CELCOM SUKSES???


**************************************


Juwita menceritakan segala-galanya tentang Aidil pada Linda. Setiap kali bercerita, setiap kali itulah Linda akan terlopong. Sungguh tidak disangkanya, sahabatnya itu bercinta dengan jejaka seberang!




“Macam mana Lynn?” Juwita meminta pendapat sahabatnya tentang apa yang diceritakannya tadi.


“Macam mana apa?” soal Linda kembali kebingungan.

Juwita mula menarik muka masam. “Kau ni…”      
 

Linda ketawa melihat telatah Juwita. Orang yang dilamun cinta pelbagai ragamnya. Tambahan pula percintaan jarak jauh, sedikit sukar untuk berhubungan. Dalam masa yang sama, tidak mustahil kesetiaan pasangan diragukan. Begitu susah sekali percintaan jarak jauh ini. ‘Aduhai.. dalam banyak-banyak lelaki kat Malaysia ni, lelaki seberang jugalah yang kau pilih Ju..’


Linda segera mengambil laptopnya. Carian internet dilakukan. Juwita hanya sekadar memerhati. Apa yang hendak dilakukan oleh sahabatnya itu?


“Tengok ni!!” kata Linda kesukaan lalu menunjukkan laptopnya pada Juwita. Apa ni??


“CELCOM SUKSES???”




**************************************

“Akhirnya.. kita bisa juga berbicara ya sayang..”, Aidil berkata dengan penuh kegembiraan. Akhirnya, dia dapat juga berhubungan dengan kekasih hatinya setelah sebulan menjadi orang angau.


“Ya sayang.. Ju rasa seronok sangat dapat berhubung dengan abang”, Juwita juga menggambarkan kegembiraannya dalan setiap bicaranya. Mereka ketawa bahagia.


“Kita sepatutnya mengucapkan terima kasih sama sahabat-sahabat kita kan sayang.. jika mereka enggak kasi tau apa itu CELCOM SUKSES, sudah tentu selama-lamanya kita jadi orang angau ya sayang..” Aidil ketawa di hujung bicaranya. Kelakar dengan ayatnya sendiri.


“Betul tu sayang.. kita berhubung pun murah kan.. “ Juwita mengiyakan kata-kata kekasihnya itu.


“Iya sayang.. sememangnya..” Aidil pula mengiyakan.





“Berbaloi baloi!!!! Hahahahahaha….” Serentak mereka melafazkan perkataan ‘keramat’ Celcom itu sambil ketawa terbahak-bahak.


Akhirnya, mereka sentiasa dapat berhubung tanpa memerlukan kos yang tinggi. Benar kata Celcom, Celcom Ada Segalanya! Berbaloi baloi!!


****************************************

Seuntai Kata..

Begitulah percintaan jarak jauh dua insan. Terima kasih kepada Celcom kerana mengilhamkan cerita ini menerusi iklan Celcom Sukses.  Celcom (M) Berhad, telah melancarkan Pek Prabayar terbaru. Prabayar ini di panggil Sukses. Jadi apa tunggu lagi tukar kepada Pek Prabayar Celcom. Dan anda perlu tahu di mana Panggilan ke Khidmat Pelanggan Celcom, akan di Jawab oleh Agent Indonesia. Jadi anda di luar sana yang mempunyai teman-teman Indonesia yang menggunakan Operator yang lain, ajak mereka tukar kepada Celcom. Berbaloi baloi!


~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Hasil Karya : Dear Dinda Dya

Untuk mengundi cerpen Dear Dinda Dya, sila tinggalkan komen undian anda pada kotak komen di bawah.

***undian dari anonymous tidak dikira.

Good luck Dear Dinda Dya! (^^,)♥

With Love,
♥ Juliana Violet ♥

32 comments:

Nor Adzwaty Rokkafella said...

salam...masih terbuka lagi ka untuk join segmen cerpen ni???macam interested plak...:)

PecahKata said...

join je rokkafella..ceh, mcm gua pula penganjur.

berbaloi-baloi. gua vote lah ni cerita. gua syak dinda dya ni kerja dgn celcom ni.

fiqa said...

dya cyg,,,i vote u lorrr... i pon pkai celsom jg,,hehehe,,mmg berbaloi,,,hehehe,,

Achu Rafy said...

hehehe..lawak la..memang berbaloi2.. I VOTE u dya.. :D

raudhah said...

I VOTE FOR DYA CYG!!!

hans said...

saya vote kamu

::hannazaki:: said...

vote awak dear.. :)
gud luck!!

princess laila said...

yeah!! laila vote dya!! dya memng da best lah! :)

amanina nazri said...

i vote 4 u. gud luck dear :)

NICK IRFAN said...

vote!! smoga menang ye!! amin..

Kami Warga Pai 2 said...

all the best yan!
haha..
weyh..aku tersilap gune acc la..
hentam je la...


kami support you dear!!
(n_n)/
go go yan!

arekoomaniss said...

i vote u!!! ha3
wat yg terbaek....
k..
cecece.....

cik sakdi said...

VOTE.

hikhik. nasib baik x dicas limeposen :)

Dearie Pearls said...

Nor Adzwaty Rokkafella:
Contest masih terbuka..

Jom meriahkan lagi contest ini..

Kepada yang VOTE, thank you all..

berbaloi-baloi..

Mimiemiloes.. said...

vote !

bunga said...

best2..cayalah..bunga vote..

n!da said...

nak vote cik dya!! nak vote!
hehehe..

♥ Vee Violet ♥ said...

Mimiemiloes,
♥ Thanks for the vote dear. :)

bunga,
♥ Terima kasih daun keladi. :)

n!da,
♥ Thaaank you for the vote!!! (^^,)

Prince Halilintar said...

prince dtg vote dya nie...heee

KAMIHIDUP said...

KAMI nak UNDI dya. :)

Mama JnJ said...

saya UNDI Dya

peace!

cik sakdi said...

i pangkah cter ni aka vote! hikhik

mykhalis said...

vote untuk dya di sini

kay_are said...

ok, saye vote ^_^

|| a - j . E . E || said...

u get my vote, dya!! hihi

oranglidi said...

vote untuk dya dinda dari member 100penulis...


New Entry: BRO FRAMESTONE BAJET BAGUS!

dja_amiensukhri said...

:) saya vote nih.. saya vote dindadya~~

AiDa AzRyN said...

vote 4 u! :)

Cahaya_Kebahag!aan said...

saya VOTE..:-p

farouq said...

saya support org negeri sendiri:)

sangat setia said...

VOTE

lyanna said...

vote.pengakhiran yg xdijangka...