Tuesday, January 25, 2011

99 Hari Kisah Klasik "Ilysa" : Mencari Najmi



Dari mana semut melata
Dari bata jatuh ke titi
Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke hati

Adrina mendongak ke arah langit. Ada mega mendung yang berarak, kelabu. Diimbas sekilas suasana sekeliling. Tidak terlalu sesak, cuma ada beberapa orang sahaja yang menanti tren sepertinya. Ada yang berdiri keresahan, ada yang melayan keletah anak yang merengek. Senyum. Matanya dialihkan semula ke arah buku di riba, niat di hati mahu meneruskan bacaan yang terhenti.

“Kakak! Kakak!”

Ada tangan yang menarik-narik hujung baju sebelah kanannya, menagih perhatian. Pantas Adrina berpaling, matanya mendarat ke wajah comot seorang kanak-kanak lelaki. Tidak berbaju. Seluarnya pula yang dahulunya mungkin berwarna putih, bertompok-tompok dengan warna coklat seakan terpalit lumpur. Tembus pula di bahagian lutut kiri, berlubang besar di paha kanan. Akhirnya mata Adrina bertembung dengan sepasang mata jernih berwarna hitam, dapat dia merasakan ada pelbagai kisah pahit maung yang terkunci jauh di dasarnya. Simpati Adrina melimpah ruah.

“Kakak, boleh derma duit sikit? Seringgit?”

Kanak-kanak itu memandang Adrina dengan penuh harapan. Sebelah tangannya memegang perut, lapar barangkali. Agak Adrina, mungkin baru berusia tujuh atau lapan tahun.

“Adik seorang saja ke? Rumah kat mana?” Tanya Adrina sambil menyelongkar beg tangannya.

Pertanyaan pertama Adrina dibalas dengan anggukan. “Saya tak ada rumah, kak. Tidur tepi bangunan tu dengan ayah.” Bibirnya yang nampak pucat dan menggelupas dimuncungkan ke arah kiri.

“Nama siapa, sayang?”

“Najmi. Ayah panggil Ami saja.”

Adrina mengeluarkankan not berwarna hijau sekeping, diletakkan dalam genggaman kanak-kanak itu. Bulat mata Najmi melihat kertas yang diberi Adrina, bersilih ganti pandangannya ke arah Adrina dan wang itu. Riak tidak percaya jelas kelihatan. Kemudian lambat-lambat dihulurkan kembali kepada Adrina.

“Kakak salah bagi eh? Ini 50 ringgit, bukan seringgit.”

Adrina senyum lagi. “Ambillah adik. Buat beli makanan, ya. Boleh beli baju baru. Nanti malam-malam barulah tak sejuk,” kata Adrina. Matanya sekali lagi memandang tubuh kurus kering itu.

“Terima kasih kakak! Kakak baik sangat!”

“Adik, kalau kita dapat kesenangan, kita kena cakap terima kasih kat Allah, tahu? Dia yang bagi adik rezeki, bukan kakak.”

Lembut tutur Adrina. Tersungging senyuman kecil di bibir bila makhluk kecil comot di hadapannya menadah tangan seakan berdoa dengan mulut terkumat-kamit. Kemudian dia pergi dengan riang. Adrina memerhatikan hingga dia hilang di mata, sedikit pincang langkahnya. Tempang rupa-rupanya. Kasihan, getus hati Adrina.

Apalah erti sekeping kertas yang dipanggil duit itu. Walau sebanyak mana nombor yang tertulis di atasnya, tidak akan mampu memberi kasih sayang. Dia teringat, satu ketika dahulu pernah dia dimarahi rakannya kerana menghulurkan not RM50 kepada seorang nenek tua peminta sedekah sewaktu mereka berjalan-jalan di pasar malam.

“Kau gila? Tak sayang duit ke? Bagi RM2 cukuplah!”

Dia cuma diam sahaja. Bukan tak sayang duit. Bagi Adrina, ini merupakan satu pelaburan. Salahkah dia bersedekah kepada yang memerlukan? Keikhlasan itu terpancar dari hati, bukan dipaksa-paksa. Tambahan pula, dia yakin Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Masih berbekas di ingatannya terjemahan ayat 267 dalam surah Al-Baqarah. “Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.”

Lamunan Adrina tergencat apabila terdengar bunyi tren yang makin mendekat. Rintik hujan mula membasahi stesen yang cuma berbumbungkan langit nan luas terbentang. Cepat-cepat Adrina masuk ke dalam, tidak rela terbasahkan dengan air hujan yang semestinya berasid. Hujan itu sepatutnya menjadi rahmat..

---------------------------------------------------------------------------------

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Baru 5 minit perjalanan, namun sudah terasa kebosanannya. Adrina tidak gemar membaca di dalam kenderaan bergerak, kerana hal itu akan menyebabkan dia berasa pening dan loya. Besar kemungkinan berpunca daripada keseimbangan yang gagal dicapai ketiga-tiga komponen optikal, kinestetik dan vestibular. Ketika kenderaan bergerak, bendalir dalam telinga akan mengesan pergerakan dan menghantar signal ke otak, sedangkan mata yang fokus pada bahan bacaan tidak mengesan pergerakan tersebut. Kecelaruan signal inilah yang menyebabkan rasa loya.

Sudahnya Adrina membuang pandang ke luar. Tiada yang menarik. Tiba-tiba, thud! Bunyi sesuatu jatuh dari arah kiri hadapan. Refleksnya membuat kepala Adrina terkalih bak spring ke arah tersebut. Kelihatan seorang lelaki menunduk dan mengambil kembali bukunya. Adrina memicing mata – juntaian rambut itu seperti dikenalinya – kening itu..Tidak berkelip mata Adrina apabila wajah tersebut diangkat. Tak cukup dengan membulatkan mata yang sepet sebulat-bulatnya, mulutnya juga membentuk O.

Mata bertentang mata. Lidah sudah kelu untuk berkata-kata. Sepuluh saat cuma, namun getaran yang terasa bagai tsunami yang membadai. Beginikah rasanya terkena renjatan elektrik? Cepat-cepat Adrina mengalih pandangan.

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Demi menutup resah di hati, Adrina memaksa otaknya untuk berfikir yang lain, bukan sekolah, bukan lelaki itu – matanya dilarikan untuk mencari sesuatu - lalu matanya terpandang sepasang kekasih nun di hujung sana sedang bergelak tawa. Eh, main cubit-cubit pula. Tiada senyuman terukir di bibir. Secara spontan imbasan memori dalam kotak mindanya terlayar, jelas.

“Rin, kita putus saja. Dany tak mahu hipokrit lagi. I don’t love you anymore.”

Lebat hujan yang turun membasahi bumi, lebat lagi hujan di hati Adrina, dengan harapan untuk membasuh luka. Dahulu dia pernah menagih cinta – kemudian ditinggalkan tanpa diketahui di mana silapnya. Parah juga lukanya, berbulan asyik dilanda ribut taufan air mata. Perlahan dia belajar menerima kenyataan, tiada guna merayu pada yang tidak sudi - tapi bukan mudah, kerana kenangan masih mahu tumbuh mekar. Lalu dibunuh kenangan yang ada, supaya rindu tiada lagi bertamu.

Adrina mengeluh. Cinta tiada makna baginya kini. Prejudis terhadap lelaki makin menebal dek episod cinta laranya. Namun, dia tidak betah membenci cinta, sementelah cinta itu perlu untuk jiwa yang hidup. Adrina cuma menyanjung cinta teragung terhadap penciptanya sahaja. Jiwa hawanya terkadang tidak terkecuali dihambat sunyi, tapi tidak sekali-kali dia memandang cinta yang dihulur lelaki – ada apa dengan cinta mereka? Palsu semuanya!

“Rafiq, jangan lari mama kata!”

Pertelingkahan rasa hati Adrina terganggu oleh suara itu. Ada anak kecil berlari riang ke arahnya. Comel! Tanpa sedar mata Adrina bertemu lagi dengan sepasang mata berwarna coklat cair milik lelaki berhadapannya. Kali ini tidak mampu dialihkan, bagaikan pandangannya dipaku. Sepintas wajah Najmi yang ditemui pagi tadi terimbas. Cantik maksud namanya – bintangku. Ah! Malang nasibmu Najmi, mungkin jua bintang tidak seindah mana di matamu, lantaran susahnya hidup. Aku juga masih tercari-cari najmiku. Harapnya mampu menyinar di langit gelap hidup ini. Tapi bintang, bukan terlalu jauh untuk digapaikah? Mungkin selamanya mahu hidup dengan fantasi najmimu, ya Adrina?


Hi sweet!

Terlontar secara paksa ke realiti. Terkelip-kelip mata Adrina memandang wajah asing di sebelahnya. Tadi tiada orang di sebelahnya! Terlalu ralit melayan fikiran sampai tidak sedar tren berhenti di perhentian pertama dan kembali meneruskan perjalanan. Bila masanya ada mamat ni duduk sebelah aku? Panggil ‘sweet’ pula tu. Adrina bingkas bangun, mahu beralih tempat. Tidak selesa duduk di sebelah lelaki. Tapi tiada kesampaian kemahuan hati, lengannya direnggut lelaki itu. Kasar! Dia terduduk kembali, nafasnya membara.

Let go, please.” Dalam marah, masih mampu berlembut.

Where are you going? You’re pretty..” Adrina ditarik rapat, kemudian lelaki itu berbisik, “I’ll give you 500 bucks if you take your hijab off.”

Dada Adrina beralun ganas, menahan lahar di dalamnya daripada meletus. Sedikit bergelut untuk melepaskan lengan kirinya daripada genggaman kuat lelaki di sebelahnya, namun tiada dayanya.

I’ll nev..never..that was an insult..My hijab is my dignity, it doesn’t have a price tag! Let go!

Sedikit melengking suara Adrina. Beberapa pasang mata memandang ke arah mereka, namun mereka buat tidak peduli, pura-pura tidak nampak. Tipikal orang Malaysia. Geram Adrina tidak terbendung lagi. Allah, tolong..

Let go of her.

Jantung Adrina berhenti berdegup buat sesaat. Agak pelik situasi waktu itu – lengan Adrina dicengkam lelaki asing yang tidak dapat dikenalpasti bangsanya, manakala lengan lelaki itu pula dicengkam oleh lelaki pemilik mata coklat cair. Kemudian lengan Adrina terlepas. Lega.

Who are you? Don’t mind us!

You’re messing around with my fiancée. I am not happy not to mind what you did.

Dalam dunia Adrina, waktu terhenti saat itu. Saat perkataan ‘fiancée’ meluncur dari bibir si lelaki. Tanpa mampu ditahan lagi kali ini, segala memori yang berkaitan lelaki itu terimbas. Ya, dia sangat mengenali lelaki yang bermata coklat cair tersebut. Azmi, dahulunya merupakan teman sekelas. Bukan, lebih dari itu. Kerana Adrina terjatuh suka kepadanya. Lama rasa itu dipendam tanpa mahu diluah, bertahun-tahun, sehingga tamat persekolahan. Cuma setahun yang lalu Dany hadir, membuatkan dia terlupa sekejap pada Azmi.

Dia lelaki idaman, punya ramai peminat. Macam bintang, indah. Tidak terlalu kacak, tidak juga terlalu tinggi, tapi sedap mata memandang. Dahulu dia merupakan ketua pengawas di sekolah, kira macam pelajar contoh juga. Namun Adrina sudah lama ada rasa suka itu. Bukan kerana rupa dan bukan juga jawatannya yang dikategorikan ‘hot’, akan tetapi tertarik oleh perwatakan Azmi yang tenang. Pandangan matanya sering redup, aset lelaki itu yang paling menawan. Dia hampir sempurna, tapi aku? Terlalu banyak kekurangan sehinggakan segan untuk mengaku, walaupun pada diri sendiri, bahawasanya hati sudah terpaut. Bintang terlalu tinggi, terlalu ramai pemuja – tidak tergenggam dek jemari sejengkal Adrina, apatah lagi mahu dijadikan milik sendiri.

Sampai satu ketika, sewaktu mengambil keputusan SPM, Adrina fikir itulah kali terakhir dia melihat Azmi. Tiada sesiapa yang tahu, kawannya yang paling rapat pun tidak diberitahu tentang rahsia di hati. Hari itu, berkali-kali dia mencuri pandang raut tenang kepunyaan lelaki itu. Biarlah, mungkin selepas ini mereka tidak akan bertemu lagi. Dan mereka terpisah di situ, mengejar cita masing-masing..

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

“Adrina, mari sini.”

Adrina terkebil-kebil. Boleh pula dia terlupa di mana kakinya berpijak di bumi nyata, terlampau asyik mengimbas kisah empat tahun lalu mungkin. Wajah lelaki yang mencengkam lengannya tadi masam mencuka. Entah apa yang Azmi katakan dalam perdebatan mereka tadi agaknya? Dia tidak dengar apa-apa selain..err..fiancée.

“Duduk sini.”

Azmi menunjuk tempat duduk kosong selang satu kerusi daripadanya. Adrina akur. Ruang antara mereka dibiar kosong.

“Mahu turun di mana? Kuala Lumpur?”

“Tak. KL Sentral.”

Azmi mengangguk. Adrina pula menunduk, bermain-main dengan jari sendiri. Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui badai apa yang mengamuk di pantai hati Adrina. ‘Najmi’ hanya fantasi, bukankah? Persoalan yang jawapannya masih belum ditemui.

Perhentian seterusnya, KL Sentral. Adrina menggalas beg tangan. Dia mahu bertanya pada Azmi, mahu berhenti di perhentian mana, namun tidak terkeluar. Setiap kali matanya diangkat ke wajah lelaki itu, lidahnya kelu. Dia cuba untuk tidak memandang dan bertanya secara kasual saja, tetap gagal juga. Malu! Setelah empat tahun tidak bersua, siapa sangka mereka bertemu di dalam perjalanan ini. Sudahlah Adrina, ini perhentian terakhir, hatinya berbisik rawan.

Tren berhenti. Sekilas Adrina memandang lelaki asing yang mencengkam lengannya tadi dengan perasaan sebal di dada. Sedang menolak wanita di hadapannya dan keluar dari tren. Tak beradab sungguh! Adrina bangun. Azmi juga bangun.

“Lain kali, keluar bawa mahram. Paling kurang pun, ajak kawan perempuan temankan. Faham?”

“Hah? Err. Ya. Terima kasih.”

Tergagap sedikit Adrina menutur kata. Sempat dia menangkap senyuman di bibir Azmi. Untuk dia kah senyuman itu? Tanpa dipaksa, ada senyuman juga terhias di bibir Adrina. Silap dia juga, selalunya dia keluar berteman. Tapi hari ini, dia sudah berjanji dengan makciknya untuk pergi ke rumah. Sahabatnya Airiz pula tiba-tiba ada hal keluarga, terus pulang ke Johor awal pagi tadi. Entah apa saja mahu makcik kesayangannya itu. Jangan dikenalkan dengan seorang lagi lelaki untuk dijadikan suami sudahlah. Sudah berkali-kali dia menolak.

“Jalan elok-elok. Assalamualaikum.”

Adrina menjawab salam itu perlahan. Berpisah lagi kali ini. Mungkin benar, ‘najmi’ hanya wujud dalam mimpi. Digeleng-gelengkan kepalanya sebelum kaki mula melangkah.

---------------------------------------------------------------------------------

“Ha, sampai pun Rina rumah Cik Ngah ni. Masuk cepat, tengah hari ni Cik Ngah nak masak sedap tau.”

Riang makcik Adrina menyambut kedatangan anak saudaranya di muka pintu.

“Cik Ngah, takkan kali ini ada sesi matchmaking lagi?” Adrina bertanya, separuh berharap Cik Ngahnya menafikan. Dia masih muda, baru 22 tahun. Masih ada dua tahun lagi untuk dia menamatkan pengajian ijazahnya. Ibu dan ayah di kampung pun, sokong saja Cik Ngah matchmake dia dengan lelaki-lelaki. Iya lah, takkan dengan perempuan pula.

“Rina ni, tengoklah dulu. Baik budaknya. Lagi pun kali ni bukan Cik Ngah yang minta, mak dia yang datang cari Cik Ngah tau.”

Dah agak dah! Redah sajalah Adrina oi. Cik Ngah pantas menarik tangannya ke ruang tamu. Ada dua pasang mata menyapa Adrina. Sepasang milik wanita separuh umur, tentu ibu lelaki itu. Sepasang lagi..Adrina membeku tiba-tiba.

“Dany?”

Perlahan cuma bisikan itu. Empangan mata Adrina hampir mahu pecah, namun ditahan. Demi menjaga air muka makciknya, dia mencapai juga tangan wanita itu. Ibu Dany. Sempat matanya menjeling, tapi Dany hanya diam membisu saja. Senyum pun tidak.

“Sebenarnya, makcik datang ni bawa hajat besar anak teruna makcik. Besarlah harapan kami kalau Rina terima,” ujar wanita itu dengan nada suara riang.

Adrina cuma mampu mengukir senyuman hambar. Di hatinya tiada ruang buat lelaki bernama Danial itu. Tapi tidak pula dia tega menterjemahkan hal itu dalam kata-kata, bimbang akan ada hati yang terguris. Lantas, ayat yang berlapik disusunnya.

“Makcik, Rina..”

Kata Adrina terputus di situ. Ada suara yang memberi salam di pintu. Cik Ngah bergegas untuk menyambut. Adrina tidak peduli, anak Cik Ngah, abang Amir agaknya. Dia berusaha menyambung kata.

“Rina sebenarnya..”

“Haa, datang pun anak teruna makcik. Ingatkan tersesat ke mana lah tadi.”

Gagal lagi. Kepalanya dipusing. Mata mereka menyabung pandang. Kali kedua Adrina terkaku tanpa kata. Kejutan demi kejutan yang diterimanya hari ini. Mata coklat cair itu, tak ramai yang memilikinya.


Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Adrina tidak mengerti, kenapa Azmi tersenyum kepadanya lagi?

“Azmi? Tapi..Kenapa..Buat apa di sini?”

“Mahu memetik bintang terindah di langit.”

Bicara selamba Azmi buat Adrina betul-betul terkedu. Jadi, wanita itu ibu kepada Azmi. Dany, cuma sepupu Azmi, kata ibu itu. Kecilnya dunia. Tapi ada dia kisah? Dany cuma secebis memori lama. Mereka senyum. Cik Ngah juga senyum. Adrina bungkam tanpa terluah bicara di hati.


Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga


Mungkin, yang tidak mungkin pun mampu menjadi realiti. Mungkin, bintang yang tinggi juga mampu dicapai kalau benar-benar yakin kemampuan sendiri. Mungkin, cinta itu wujud bukan sekadar untuk menyakitkan dan membahagiakan, tapi juga melengkapkan. Mungkin, hadirnya cinta kali ini tidak tertolak, kerana ‘najmi’ yang dicari tidak lagi terperangkap di alam fantasi. Segalanya mungkin.

 
~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~


 

With Love,


Hasil Karya : Ilysa

Untuk mengundi Ilysa, sila tinggalkan komen undian anda pada 'comment box' di bawah.

Untuk vote, anda boleh tinggalkan komen 'vote/undi' anda di kotak komen. Anda boleh tinggalkan vote mengikut cara masing-masing. Contoh komen vote/undi ;
~> Saya suka cerpen ini. I vote!
~> Vote!
~> Saya vote cerpen ini.
~> Saya undi!
~> Ana undi ini cerpen. Ente bagaimana?
***undian dari anonymous tidak dikira***
Good luck Ilysa! (^^,)

14 comments:

sh. said...

Never mind lah that pic, Vee. Hee. :P
(Tamau publish kat blog sendiri)

Wrote this for you ;)
Thank you sangat sangat ;))



p/s that "Hi sweet!" tu patutnya before perenggan 'terlontar secara paksa..'

♥ Vee Violet ♥ said...

sh.,
Vee nak jugak pic tue... (T_T)

Nanti Vee dah tukar format Vee letak ye? Yeay!!! :D

Wrote this for me???
*tiba2 tacing... =') *
Thanks tau...

Vee dah tukar "Hi sweet' tu, sorry ye...

Whatever it is, good luck tau. (^^,)

Hugs!

p/s : I miss you!

Anonymous said...

Gj Ilysa :). <3 it

nurulkarimah said...

suke2 citer ni ~vote2~ V(^__^)V

esya ecah said...

huhuhuhu vote citer nie..love the song anyway..hehhee

sh. said...

Vee: Haa Shera dah taruk pic tu kat blog. Jadi Vee copy je ya? Takyah pening2 nak tukar format, susahkan Vee je. ;)

Thank you so much..

p/s I miss you too! *hugs*

Anon & Karimah: Love you guys. Thanks dears ;)

♥ Vee Violet ♥ said...

Anony,
♥ Love it too. :)

nurulkarimah,
♥ Thanks for the vote ye. :)

esya ecah,
♥ Terima kasih daun keladi. Peserta yg sangat supportive. :)

sh.,
♥ Yeay!!! Vee tau shera sayang Vee... Hee hee...

Thank you so much hun! :D

Hugs! \(^_^)/

budak kacamata said...

suke dgn ayt2 yg cukup puitis skli..
i vote u..!

ASaL said...

vote citer ni. banyak puisi klasik. seswai dengan tema klasik :)

zaiy said...

one vote from me! (^^)v

♥ Vee Violet ♥ said...
This comment has been removed by the author.
♥ Vee Violet ♥ said...

budak kacamata,
♥ Thanks for the vote dear. :)

ASaL,
♥ Hihihih... sweettt. tengs dear!

zaiy,
♥ Thank you so much for the vote. :D

Aliah Asarani said...

Vote this.

For nth time. May I? Hehe

Cahaya_Kebahag!aan said...

saya VOTE..:-p