Tuesday, January 4, 2011

"99 Hari Kisah Klasik" Esya Echa : Sirna Cinta

SIRNA CINTA


“Abang ada something nak tanya,”
“Pe dia ?”
Abang busy tak?”
“Tak sayang..dah balik kerja nie,tengah rehat-rehat jea,”
“Leh tak kite jumpe?”
“Em..sayang nak jumpa bile?”
“Hm..bile abang free?”
“Sabtu nie abang free,”
“Em..ok..”
“Sayang rindu abang ke…”
Soalan tu tak berjawab.
“Hm..kite jumpe Sabtu nie kat tempat biasa,”
“Em..ok..”
“Kalau camtu ok lah,abang rehat la,lik keje penat,bye,Assalamualaikum”
“Sayang...” Belum sempat meneruskan perbualan,talian diputuskan.
“Waalaikumsalam,” jawab lelaki perlahan.Apa yang tak kena dengan gadis nie!
Mengenakan sehelai jean dan blaus biru kegemarannya dia nampak ringkas tetapi itulah dia natural tanpa sebarang solekan.Menemui arjuna idaman bukan untuk memadu kasih tetapi untuk menetapkan satu keputusan.
“Assalamualaikum,”seru suara serak yang begitu dirindui olehnya.
“Waalaikumussalam abang dah sampai,duduk la,”tenang dia menjawab salam
Lelaki itu duduk dengan gaya yang disenanginya
“Hm...sayang nak makan?”
“Tak pela bang,saya dah kenyang”
“Hm..ni first time abang dengar, sayang kata kenyang,” mereka tergelak bersama-sama.
Tiba-tiba suasana senyap seketika. Seorang Gadis termenung.
“Sayang..sayang ada masalah ke?” Lelaki cuba menyentuh jemarinya,tetapi dileraikan.Gadis menggeleng.
“You look weird honey”
Suasana hingar bingar di kafe itu tak mempengaruhi kesunyian yang bertamu diantara mereka berdua.Masing-masing melayan perasaan
“Saya ada sesuatu nak tanya abang”
“Apa dia sayang?” Suaranya membuat aku lemah, bukan sesuatu yang mudah untuk melangkah pergi, Ya Allah,kuatkan hati hambamu ini..
“Em...”
“Ye sayang cakap je,” pandangan mata bagai panahan
“Em..abang sayang Aien?” Soalan itu terluah cukup untuk mmbuatkan lelaki itu mengerutkan dahinya
“Maksud sayang...”
“Abang sayang dia? Juz simple question bang..”
Perlahan aku melihat tampang itu mengangguk. Aduh, luka itu terguris lebih dalam,sebak mula bertamu di jiwa.
“Abang memang nak tunggu dia ke?” Bergetar suara itu
Lambat dia menjawab, “Ya sayang....”
“Abang...kalau betul abang nak tunggu dia, dan masih mengejar dia,mengharap cinta dia, abang pergilah”
Berkerut dahi lelaki itu
Gadis itu menyambung lagi, “Saya akan pergi dari hidup abang ,supaya lebih mudah untuk abang menumpukan pada dia sahaja”
“Tapi sayang....” lelaki itu cuba memotong
“Tak ada tapi bang..izinkan saya pergi,saya cukup terseksa hidup macam nie,” Ya Allah tabahkan jiwaku,suara itu makin menggeletar. “Tak perlulah abang risaukan saya , saya masih muda,perjalanan hidup saya masih panjang, Insya Allah mungkin ada orang lain untuk saya,saya redha bang,”
“Sayang….” Roman lelaki itu berubah, tidak ada senyuman,mendung muncul di wajah itu. Terlukakah dia ? Ah,takkan mungkin dia terluka , selama ini dia mana ada perasaan.
“Usahalah bang, kalau abang betul-betul ikhlas nak dapatkan dia dan jujur pada cinta abang , Insya Allah dia untuk abang, abang jangan kecewakan dia,jangan buat dia sakit, saya doakan abang dari jauh. Kalau nanti abang nak kahwin jangan lupa jemput saya”
Gadis tergelak,ketawa yang agak sumbang di pendengaran. Tanpa sedar setitis air mata mengalir di sudut matanya
Lelaki itu tak bersuara hanya menatap dengan pandangan mata tajam pada gadis,tak diketahui apa yang ada difikirannya sekarang.
“Mulai hari ini ingatlah saya sebagai adik abang bukan kekasih abang” gadis mulai tenang
“Terima kasih segalanya atas apa yang telah abang lakukan pada saya,menjaga saya dan maafkan saya untuk segala kekurangan dan kelemahan saya yang telah membuat abang sakit...” keluhan panjang terluah dari mulut Gadis,masing-masing menatap wajah tanpa sebarang kata yang terucap.
“Bang..dah lewat ni saya nak balik,”
“Sayang...abang nak tanya sesuatu,”
“Ye bang..”
“Sayang dah tak sayang abang ke?”
“Bukan tak sayang bang,tapi itulah yang terbaik untuk kita berdua,untuk abang,”
Gadis bangun, “Saya balik dulu bang,Assalamualaikum,”
Tenang Gadis melangkah pergi.Lelaki tersandar pada kerusi. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan ni....
Sedang menunggu LRT, tanpa sedar air mata seorang Gadis mengalir jua,laju tanpa batasan.Menangislah Gadis,semoga dapat menghapuskan kepiluan di hati.Bukankah air mata itu anugerah terindah untuk wanita,di saat suka dan dukanya.
Tuhan,tabahkan hatiku,sudah lama aku mengambil masa untuk mewaraskan fikiranku dan aku menyedari yang inilah jalan terbaik untuk aku.Tuhan bantu aku untuk lupakan dia,tenangkan jiwaku,restuilah jalan yang kupilih ini.Tuhan luputkan cintaku padanya,semoga cintaku padaMu akan lebih bertambah.Tuhan tolong hambaMu ini.
Dah berpuluh-puluh kali aku menelefon,handset di offkan,mesej dah berpuluh-puluh dihantar tapi tak berbalas.Kemana Gadis,sayang... dia serius ke dengan apa yang dia cakap tu,tapi....hm..entah la..seorang Lelaki terbaring di atas katil...
Siapa yang tak menginginkan kebahagiaan dalam hidup? Semua orang inginkan kebahagiaan,aku lebih rela terluka kerana aku bahagia memandangnya bersama dengan orang yang dicintainya,walau hati ini terguris.Memori indah akan kekal dalam ingatan tapi kenangan pahit akan lenyap seiring perjalanan waktu.
Dah berpuluh-puluh e-mel yang dilayangkan,tulis kat wall fesbuk,tweet tweet di twitter Gadis mana awak...sayang..jangan tinggalkan abang...
Buat apa menyesali apa yang telah terjadi,kita memang selalu tak menghargai apa yang membawa kebahagiaan kepada kita,sehinggalah ,kita harus kehilangannya.
Telefon rumah berdering:
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,”
“Gadis ada mak cik?”
“Em..takde...sape nie?”
“Ni Lelaki mak cik,”
“O...Lelaki..Gadis dah lama tak balik,sibuk kot,telefon pun jarang-jarang je,”
“O...yeke makcik, dia tukar nombor fon ke makcik?”
“Yeke? Tak tau la pulak makcik,kenapa?”
“Em..takde lah mak cik,terima kasih mak cik,bye,assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,” mama menamatkan perbualan.Gadis menggenggam erat tangan mamanya, “Thanks ma,” sambil mengucup pipi mamanya.
“Takpe..mama faham,”
Gadis melentokkan kepalanya di bahu mamanya.
“Gadis..”
“Ye ma...”
“Ada apa-apa antara Gadis dan Lelaki ke?”
“Hm..mama...”
“Tell me honey..”
“Dia ada orang lain,” pendek jawapan Gadis.
“Since when?”
“Last year..” Mama mengerutkan dahi.
“Bukan ke korang couple of the year tahun lepas?”
“Hm..ma kite tak tahu rahsia Tuhan...”
“So macam mane skarang?”
“Macam mana ape?”
“Yela Gadis dan Lelaki?”
“Ma Gadis nak cari haluan sendiri,”
“Ok.mama will be behind you always honey..”
“Hm…”
“Gadis…gadis..” panggilan itu tak berjawab.Gadis terlentok dibahunya.Mama mengejutkan Gadis tapi Gadis tak bangun-bangun.
“Gadis sayang....jangan buat joke kat sini..” Mama berusaha mengejutkan Gadis tapi tak ada sebarang respon..Gadis pengsan !
“Kenapa tak bagitau mama hal ni Gadis?”
Gadis cuma tersenyum lemah, “Takpela ma sikit je,”
“Sikit apanya Gadis,doktor dah bagitau segala-galanya pada mama,”
Gadis cuma tersenyum hambar.
“Gadis kenapa tak nak share ngan mama,”
“Gadis tak nak susahkan mama,’
“Seumur hidup ni Gadis dah susahkan mama tau,untuk yang ni mama tak rasa susah pun,”
Gadis cuma tergelak sambil menggenggam lemah tangan mamanya.
“Mama...”
“Ye sayang...”
“Em...Gadis teringin sangat....”
“Teringin apa sayang...”
“Gadis nak mamam bubur ayam,”
“La...Gadis ni,takutkan mama je...ingatkan apa tadi...nanti mama masak,k,”
Mama mengucup dahi Gadis,betapa dia menyayangi anaknya yang satu ini.
Melihat Gadis yang terbaring di atas katil hospital,membawa ingatan Mama kepada arwah suaminya yang meniggal dunia kerana penyakit barah paru-paru.Gadis ketika itu berusia 6 tahun,masih kecil untuk memahami kematian seseorang.
Gadis begitu tabah pada luarannya,siapa tahu apa yang bermain di mindanya,jauh di sudut hatinya hanya Tuhan saja yang tahu.
“Morning Gadis...”
“Morning Doc,” Doktor Rizal,doktor yang merawat Gadis.
“So how do you feel today?”
“Em...ok..”
“Hm...good...takde demam,nak balik tak?”
“Nak la doc,bosan la duk sini..”
“Hm...ok saya bagi Gadis balik hari nie,tapi kalau demam atau rasa tak sihat,please datang hospital tau,”
“Yes doc! I know” sambil tergelak riang.
Doktor Rizal turut sama ketawa, “Gadis nie...macam adik saya,”
“Yeke doc,umur dia berapa?”
“Sama la macam Gadis,21 tahun,”
“O...yeke,sebaya la..em..dia cumil tak?”
“Cumil Gadis,macam Gadis la..”
“Yeke..em..dia buat apa sekarang,belajar lagi ke..ke dah kawin,hahaha..”
Gadis ketawa lagi.
“Takdelah,”
“Dah tu?”
“Dia dah meninggal?” Gadis mengerutkan dahi.
“Kenapa?”
“Leukimia,tahun lepas,”
“Oh...I’m sorry”
“Its ok,takpe,” Gadis buat muka cemberut.
“Sebab tue la saya nak Gadis rajin-rajin makan ubat,buat treatment tau,”
“Insya Allah doc,”
“Ok good girl,dah kemas-kemas la nanti nak balik rumah,”
“Ok doc,”
Sayang,sayang pergi mana....abang menyesal tinggalkan sayang....Gadis please....jangan buat abang macam ni,abang buta dengan cinta abang pada Gadis. Abang anggap Gadis sebagai penghalang kepada kasih sayang pada dia, tapi abang terkhilaf Gadis,rupanya dialah penghalang kasih sayang abang pada Gadis.Dia menipu abang Gadis,dia hanya ingin mengikis duit yang dimiliki oleh abang.Gadis..tolong lah kembali pada abang.
Aku cuba menelefon kawan-kawan Gadis di kolej dan aku mendapat berita yang mengejutkan. Gadis telah berhenti daripada pengajiannya di kolej.Perkara ini mengejutkan aku kerana Gadis bukanlah berasal dari keluarga yang miskin,keluarganya agak berada dan dia hanya anak tunggal.Kawan-kawannya juga tidak mengetahui di mana Gadis sekarang,kerana dia menghilangkan diri sejak berhenti dari kolej.
Kemana dirimu sayang,kenapa buat abang macam ni.Kenapa sayang membisu macam ni.Kenapa sayang melarikan diri.Sayang.......
“Ting tong...”
“Gadis tolong tengok siapa yang datang?”
“Ye mama”
Pintu dikuak,
“Assalamualaikum,”
“Walaikumsalam,eh,doc,”
“Siapa Gadis?” mama bertanya dari dapur.
“Doktor Rizal mama,”
“Oh...jemputla masuk ...”
“Ye ma,”
“Sape yang jemput Doktor Rizal ma?”
“La...mama yang jemput Rizal,”
“Eh...baik la pulak,”
Mama tergelak, “La..kan hari ni birthday Gadis,mama jemput Rizal datang lunch kat rumah,”
“Um...jemput makan je ke...mana hadiahnya..”
“Isy..Gadis nie..” mama cuba mencubit mulut Gadis.Gadis hanya tergelak melarikan diri.
Rizal tergelak, “Ada Gadis,cuba tengok kat luar,” Gadis tersenyum dan berlari keluar.
“Wah...besarnya!!!” Gadis tergelak riang,betapa manis wajah gadis ini,sambil memeluk teddy bear yang hampir sama besar dengannya itu,dia menghampiri Rizal dan mama.
“Um...lembutnya..thanks doc,”
“Abang Rizal Gadis…Abang Rizal.”
Gadis menepuk dahinya, “Aik sejak bila pulak jadi abang nie,” Mereka tergelak bersama-sama.Mereka menikmati hidangan yang disediakan oleh mama,Gadis berselera menikmati hidangan,mama dan Rizal tersenyum.
“Jom Abang bawa Gadis jalan-jalan hari ni nak?” Gadis membeliakkan matanya,dah lama dia tak jalan-jalan,apatah lagi sedang menjalani rawatan kemoterapi,dia diminta berehat di rumah.
“Boleh ke Rizal?” mama bertanya.
“Boleh makcik,lagipun saya rasa dah lama kan Gadis tak jalan-jalan,”
“Boleh ke Rizal...mama risau la,”
“Insya Allah makcik takde apa-apa lah,”
“Hm..abang nak bawa saya jalan-jalan kat mana?”
“Kita pi Cosmo World nak tak?”
“Em...Gadis nak sangat pergi situ...”
“Ok..abang bawak jalan-jalan ek,”
Kesian mama agaknya dia terseksa,dah la dulu papa meninggal sebab kanser jugak,sekarang aku pulak yang ikut jejak papa.Hm..nak buat macam mana dah memang takdir tuhan siapa yang boleh halang.
Seronok betul Gadis apabila di bawa berjalan-jalan oleh Rizal.Terkurung dalam rumah bukanlah life style yang disenangi oleh Gadis.Gadis mengenakan t shirt kegemarannya dan menutup kepalanya dengan sehelai skaf,menutup kepalanya yang kian menipis hari demi hari.
“Bang Rizal,”
“Ye Gadis,”
“Thanks,”
“Untuk apa?”
“Yela bawak Gadis jalan-jalan,belanja Gadis,belikan Gadis teddy bear,”
“Em..Gadis kan birthday girl,mestila abang manjakan Gadis,tapi Gadis kena janji dengan abang satu perkara,”
“Apa dia bang?”
“Gadis kena rajin makan ubat,ambik rawatan,ok?”
“Ok la...um..sayang abang,”pantas Gadis memeluk lengan Rizal.
“Jom duduk Gadis kat bangku tu,Gadis nak aiskim tak?”
“Nak...tapi abang tau tak apa yang Gadis suka makan?”
“Em.takpe nanti abang teka,” sambil tersenyum Rizal berlalu pergi.
Dalam seketika dia kembali, “ Nah,” dia menyuakan aiskrim sambil tersenyum.
“Wah..pandainya abang! Mana abang tau..” dengan pantas Gadis menikmati aiskrim,triple delight,sape yang tak suka.
“Ha..pandai tak abang teka? Pandaikan? Classic Vanilla, Minty Mint ngan Burst Raspbery,” Gadis terseyum sambil asyik menjilat aiskrim di tangannya. Gadis merasa sangat bahagia,sambil makan dia melentokkan kepala pada bahu Rizal.
Diluar kesedaran mereka,sepasang mata sedang memerhati kelakuan mereka dengan amarah di dada.
Hm...hari nie birthday Gadis, valentine day,hari berkasih sayang, tapi sayang dapatkah abang rasa sekali lagi kasih sayang tue? Teringat aku pada permintaan dia bila melhat teddy bear yang sebesar dia di Jaya Jusco dulu,tadi aku pergi,tapi teddy bear tu dah dibeli orang,maafkan abang sayang,abang tak sempat nak beli untuk sayang. Abang juga ingat yang sayang nak pergi Cosmo World,sayang nak main roller coaster,tapi sayang,mana sayang sekarang,abang tak dapat tunaikan permintaan sayang.Mana sayang menghilang,
Lelaki duduk di atas bangku,melihat orang ramai yang lalu lalang dihadapannya,berharap semoga ada diantara wajah-wajah dihadapannya itu ialah Gadis,tapi hampa,semua tu cuma harapan semata.Matanya tiba-tiba terpaku pada satu pasangan yang sedang makan aiskrim dihadapan bangkunya.Dia seperti pernah melihat perempuan yang memakai skaf itu,disisi seorang jejaka yang tak kurang kacaknya.Apakah itu Gadis? Terlentok di bahu lelaki itu.Gadis...abang terluka!
Lelaki menghampiri pasangan itu,memang sah itu Gadis.Mana mungkin dia dapat melupakan wajah Gadis yang sentiasa menemani tidur malamnya.Apabila menghampiri pasangan itu dia bersuara.
“Gadis...” Perempuan itu menoleh,memandang tepat pada matanya,mata hitam pekat itu tak mungkin dapat dilupakan oleh Lelaki.
“Ya encik , ada apa? Boleh saya bantu?”Eh mamat nie,apahal,tiba-tiba aje datang sini,mengganggu ketenteraman awam betul. Eh melutut pulak,apahal mamat ni,nak bersandiwara apa pulak. Rizal menggelengkan kepalanya,melihat gelagat lelaki yang berada dihadapannya ini.
“Gadis,” Lelaki bersuara,perempuan itu masih menundukkan kepalanya
“Abang tau nie Gadis,kenapa tak nak pandang abang, sayang?”
Lelaki merintih,tidakkah Gadis tau yang aku benar-benar sayangkan dia? Rizal memandang sandiwara itu dengan dahi yang berkerut,siapa lelaki ini? Akhirnya Gadis mengangkat muka,tak tega dia untuk memandang tampang Lelaki itu,kekasih yang amat dirinduinya dengan sepenuh jiwa raganya.
“Gadis kenal ke siapa nie?” Rizal bertanya. Gadis mengangguk.Lelaki cuba memegang tangan Gadis.
“Jangan sentuh saya!” Tegas suara itu.Terkesima Lelaki apabila mendengarnya,suara itu keras dan serak.Gadis....mana suara manja sayang? Mana suara cinta yang membuatkan abang makan tak kenyang?
Rizal bangun dan menarik Lelaki ke belakang.Sedang ingin memulakan perbualan,terlihat Gadis yang sudah terkulai,Gadis pengsan!
“Saya tak tau....” Lelaki menggumam sambil mengeluh berat.
“Hm...thats the true story,she’s dying Lelaki,soon,very soon,” Rizal bersuara lagi.
“Saya tak tau yang dia tinggalkan saya sebab nie,”
“Hm...entah la Lelaki, i think you should read this,”
Rizal menghulurkan diari merah hati milik Gadis,lalu meninggalkan Lelaki disitu,disisi Gadis yang masih belum sedarkan diri.Lelaki duduk di kerusi,lalu membuka helaian pertama diari itu.Fotonya bersama Gadis semasa menyambut ulang tahun pertama perkenalan mereka,mereka menyambut bersama kawan-kawan di Genting Highland.Betapa indahnya kenangan itu,apatah lagi apabila melihat coretan dibawah foto itu, ‘you’re the one and only,eternal forever’
Abangkah yang buta Gadis?
Terlukakah abang?
26/10/05
Hari ni aku mengenali seorang lelaki,entah dari planet mana jatuhnya aku pun tak tau... yang pasti hatiku dipikat dan ingin meneruskan perkenalan ini.Nice to meet you....Lelaki!
09/02/06
At last,hari nie kiteorang declare as couple.Walaupun ada kawan-kawan aku yang tak suka pada dia,maybe jarak umur atau…apa ek? Entah...aku tak kisah.He’s perfect for me.Lelaki...thanks to be in my life!
15/03/06
Hari first cuti semester,Lelaki bawak aku keluar jenjalan.Dia bawak aku naik ‘eye on malaysia’ . Cutenya dia,satu tangan pegang patung pooh kesukaan aku dan satu tangan lagi pegang aiskrim kegemaran aku.Lelaki….betapa saya sayang abang.
04/05/06
Hari nie birthday Lelaki tapi aku tak dapat luangkan masa dengan dia.Minggu nie aku terlalu sibuk dengan assignment.Terkesan keluhan kecewa apabila aku menelefonnya dan memberitahu yang aku tak dapat menemaninya pada hari jadinya. Maafkan sayang bang…
30/08/06
Hari ni aku sibuk,malamnya di kolej ada sambutan kemerdekaan.Tambahan pula dengan handphone yang rosak,dah seminggu aku tak menghubungi Lelaki. Ah,takpelah taulah dia yang aku tengah sibuk sekarang.Hm… tapi rindu jugak hati nie,nape dia tak cari aku ek? Persoalan bertamu di hati.
04/09/06
Cuti hujung minggu dah lama betul aku tak balik rumah,sibuk sangat dengan kuliah an acara-acara di kolej.Mama umpan aku dengan cakap yang dia nak masak sedap-sedap,tapi rupa-rupanya mama belikan aku handphone baru,huhuhu…iphone gitu.
05/09/06
Semalam dia menelefon,petang tue aku menghantar mesej padanya mengajak dia keluar,berhajat untuk mengubati rindunya.Aku tau yang dia sibuk,kerja,over time,tapi aku siapa? Hm…aku cuba mewaraskan fikiran.Apa yang dibualkan malam itu adalah sesuatu yang sangat mengganggu fikiran dan emosi.Apa salah aku,kenapa dia buat aku macam ni? Adakah kerana aku tak selalu disampingnya? Atau kerana aku tak memperdulikannya? Lelaki sanggup awak?
Dengan lancar dia bercerita mengenai seorang wanita yang dikenalinya di tempat dia bekerja.Aku tak tahu apa yang ada difikirannya saat ini,buat kali pertama aku menangis atas perlakuan orang yang aku sayang.
06/09/06
Hari nie aku terbangun dengan mata yang agak sembap.Hm...lemahkah aku hanya kerana sebuah cinta? Mama betanya padaku kenapa aku murung,aku hanya tersenyum dan berkata bahawa aku bermimpi ngeri.Tapi hidup mesti diteruskan,aku belum clash dengan dia,tapi...apa nama hubungan ni ek,cinta segi-segi ke? Huhuhu....
21/09/06
Tadi dia menghubungi aku dan mengajak aku keluar,aku keberatan nak keluar bersamanya,buat apa berjumpa jika hanya untuk menyakitkan hati..Tapi dia lebih pandai dari aku,sebelum dia menelefon aku,dia telah menghubungi semua kawan-kawanku,malah mama juga turut diberitahu dan akhirnya aku terpaksa mendengar bebelan mama yang membuatkan aku terpaksa bersetuju.
Lelaki membawa ’cheezy wedges’ kesukaan aku dan kami melepak di Taman Tasik Permaisuri melihat kanak-kanak yang bermain riang membuat aku terhibur.Aku terkesan dengan wajahnya yang sugul dan tak terurus.Berbeza dari kebiasaannya yang bergaya.Dia bersuara,bercerita mengenai bahawa dia telah ditinggalkan oleh perempuan itu an perempuan itu sebenarnya tunangan orang. Perkara yang paling mengejutkan aku ialah perempuan itu rupanya lebih tua daripada dia,26 tahun.Aku tak memberikan sebarang komen,malas...
biarlah dia seorang yang menanggung kesakitan tue,dia yang nak sangat cari penyakit.Selepas meluahkan segalanya aku meminta dia supaya menghantarku pulang.
30/09/06
Dia kembali seperti biasa,orang sekeliling memandang kami sebagai pasangan yang bahagia,sangat bahagia.Tapi apa yang ada dalam hati? Tiada orang yang mengerti betapa berat hati ini menanggung.
15/10/06
Dah tak lama menjelang ulang tahun perkenalan kami,aku bercadang nak belikan sesuatu untuk dia,tapi masih tak tahu lagi.Hm...dah setahun kami berkenalan.Banyak sangat barang yang boleh dijadikan hadiah dan akhirnya aku memilih untuk membelikan dia Ipod sesuatu yang sangat diingininya sejak dari dahulu lagi.Aku memilih warna hitam yang lebih sesuai dengan personalitinya.
26/10/06
Hari ni genap setahun perkenalan kami,tak disangka perjalanan kehidupan yang tak disengajakan menjadi sejauh ni,seindah ini. Indahkah? Hahaha....hanya Tuhan yang tahu apa yang ada dalam hati.
Lelaki membawa aku ke Genting Highland.Tapi bukanlah hanya kami berdua,turut mengikuti kami ialah sahabat-sahabat yang dipercayai. Aku sangat gembira,dimanjakan olehnya dengan layanan-layanan ala puteri,sangat membuat aku rasa terbuai..Makanan kegemaran aku,lagu kesukaan aku,semuanya complete,dia benar-benar seorang yang perfectionist.Aku tak tahu berapa lama aku tersenyum..sebentuk cincin emas tersarung dijariku.
Tanpa sedar,lelaki menyapu air mata yang mengalir di tepi matanya...Gadis...
03/11/06
Setelah usia perkenalan kami setahun,barulah dia menceritakan mengenai kisah silamnya.Kisah cinta,kisah hidup.Tapi ada satu cerita yang asyik diulang-ulang olehnya,kisah cinta lamanya,cinta pertamanya.Pertama kali mendengar,
sudah tentu tidak mengapa,tapi apabila berkali-kali mendengarnya,orang yang pernah disayangi,dicintai,mana mungkin hati ini dapat bertahan.
Apabila bercerita mengenai kisah silamnya,suaranya bernada girang,matanya bersinar bercahaya,betapa dia benar-benar cintakan perempuan itu.
Perempuan yang berhubungan dengannya selama 6 tahun,yang dipuja dan disayangi dan menjadi first kissnya.Tidak ada satu detail pun yang tertinggal apabila dia bercerita mengenai perempuan itu.Akukah yang cemburu?
Gadis....abangkah yang tak menyedari penderitaan Gadis? Air mata di lopak hati tak dapat lagi dibendung.Perlahan-lahan mengalir di lompang itu.
07/11/07
Hari ini sekali lagi kejutan untukku,dia meminta untuk menumpukan perhatian pada kerja,sekaligus melepaskan kami dari ikatan ini.Aku tak tahu apa yang difikirkan oleh Lelaki...inikah akhiran cinta kita?
01/12/06
Aku membisukan diri,aku keliru..dia minta aku lepaskan dirinya supaya dia dapat menumpukan pada kerja.Sudah aku lakukan kenapa dia masih ,bersumpah cinta sayang,sedangkan dia meminta sesuatu yang berlainan daripada apa yang diucapkan.
15/12/06
Aku rasa tak sedap badan..lemah jea.Entah kenapa,sekejap sejuk,sekejap panas,em...nak demam kot...hm...
02/01/07
Hm...keputusan darah aku dah kluar..well Gadis you’re not the lucky one! Berita yang disampaikan oleh doktor muda tue disambut dengan senyuman pahit oleh aku.Tapi kenapa aku? Tuhan dah mencipta untuk seseorang itu bahagiannya.
10/01/07
Lelaki masih menghubungiku dan aku masih mampu berbual dengannya. Tapi dalam jiwa ini,berkecamuk,antara dua perkara. Semuanya memenatkan.
15/01/07
Next test dah berlalu,result pun dah kuar...bad luck..kanser nie dah sampai stage 3.Kemoterapi adalah satu-satunya jalan perubatan untukku.Hanya Tuhan yang memegang jalan takdir aku samada aku dapat bertahan atau tidak.
16/01/07
Aku melihat refleksi wajahku di cermin...Abang...nanti tiada lagi senyuman nie untuk abang,dulu pipi nie merah tapi sekarang dah pucat,bibir nie, yang abang geram sangat dulu-dulu.Sekarang dah menggelupas,pecah dan pucat,tiada lagi bibir merkah delima yang abang puja-puja...em...rambut,abang ingatkan....masa kita mula-mula kenal dulu,rambut saya sama macam abang...tapi bang,em...sekarang cantikkan,panjang,hitam,berkilat macam yang abang suka,tapi dapat ke bertahan rambut nie bang? Dulu abang selalu membebel,cakap saya makan banyak,tak diet,sebab tu saya gemuk.Tapi bang,sekarang saya dah susut,tapi tak cantiklah bang.....
20/01/07
Lama berfikir...aku harus lupakan Lelaki dia da masa depan yang cerah dan aku? Entah bila esok atau lusa akan pergi dan tak kembali.Hm....
25/01/07
Hari nie aku akan berjumpa Lelaki.Meluahkan perkara yang harus diluahkan,mengakhiri perkara yang harus diakhiri,memutuskan apa yang telah terputus.Dan....aku berjaya mengakhiri kisah ini.Terkesan riak terkilan di wajahnya,tapi apa yang aku fikirkan hanya satu yang aku dan dia dah tidak ada hubungan yang istimewa lagi.
02/02/07
Dah seminggu aku mendiamkan diri.Jangan cari diri ini lagi Lelaki.Aku harus pergi.Lelaki menelefon ke rumah,mujurlah mama berkompromi dan mengatakan yang aku dah lama tidak balik ke rumah. Mama..mama dah tau mengenai hal ini...dia terkejut,tapi dia seorang yang tabah,aku tau...dengan pemergian papa lama dahulu,aku tau yang mama akan dapat terima kenyataan ni.Memahami hakikat bahawa aku menghadapi takdir hidup yang sama dengan papa.
13/02/07
Esok birthday aku..aku teringat janji Lelaki untuk membelikan teddy beardan membawa aku jalan-jalan ke Cosmo World. Sebenarnya hati ini rindukan dia,Lelaki.
Ternyata dia masih sayangkan aku....masih rindukan aku,masih ingin dicintai dan disayangi oleh aku.Sayang...kenapa abang tak nampak kasih sayang yang sayang curahkan.
Lelaki membelek-belek diari di tangannya.....em hari nie 14/02/07.Birthday Gadis,aku ingat...rupanya lelaki yang menemaninya ialah doktornya,Encik Rizal.Gadis maafkan abang sayang....
Lelaki ingin sekali menggenggam tangan Gadis,mencium tangan lembut tue,sesuatu yang sangat dirinduinya,sesuatu yang sangat dikesalinya sekarang ,kerana tak pernah bersyukur pada kasih yang diberikan oleh Gadis.
Lelaki berteleku di tepi Gadis,air matanya perlahan mengalir di pipi.
“Gadis kenapa abang tak nampak pengorbanan Gadis? Kenapa abang terlalu mengikut perasaan hati? Siapa yang lebih menyayangi abang tanpa pernah berkira mengenai perkara-perkara lain? Kenapa abang buta dengan paras dia? Pekak dengan rayuan Gadis? Kenapa abang keliru dan bisu dalam memilih orang yang abang sayang? Kenapa abang Gadis? Kenapa abang tak dapat memiliki Gadis dulu dan sekarang pun tak boleh? Gadis...
Teresak-esak Lelaki menangis,runtuhnya ego seorang lelaki,melihat permata hati yang baru disedari terbujur lemah,baru dia mengerti erti kasih dan sayang,tapi dapatkah dia menebus kesilapannya? Setelah apa yang telah berlaku
Gadis berasa seperti ada beribu-ribu jarum sedang menyucuk-nyucuk tubuhnya,sakit,kebas,tak mampu dia untuk membuka mata,walaupun dia berusaha sedaya upaya.Terasa seperti ada kehadiran seseorang disisinya,dan dia berasa seperti pernah berada dekat dengan orang ini,bau perfumenya,mengingatkan dia pada Lelaki....dia berusaha lagi,perlahan-lahan,melawan kesakitan yang dirasai,dan apabila dibuka terserlah wajah Lelaki yang lesu,sedang tidur,berteleku.
Gadis berusaha untuk menggerakkan tangannya,berusaha dan sangat teringin nak membelai rambut hitam berkilat milik Lelaki,sesuatu yang sangat digemari oleh Gadis,dan apabila disentuh,sudah tentu reaksi Lelaki ialah menyeringai kegelian.
Gadis berusaha dan akhirnya dia berjaya,menyentuh rambut Lelaki...dia membelai,perlahan-lahan,tanapa dapat dikawal air matanya mengalir,betapa sukmanya begitu merindui seorang insan bernama Lelaki ini,betapa dia ingin disayangi oleh Lelaki ini,hanya ini tiada yang lain.Gadis menjamu matanya dengan tampang Lelaki,insan yang pernah bertakhta dihatinya dan sekarang pun masih bertakhta,tak pernah berubah....tak pernah berganjak.Lama dia merenung wajah itu,hidung mancung Lelaki,kumis yang sudah mula tumbuh melata,alis mata dan tangan kekarnya yang menggenggam erat jemari Gadis.Abang...Gadis rindu.....
Lelaki tersedar dari lenanya,dia terasa geli,terasa tangan lembut yang sangat dirinduinya,terasa sesuatu yang menusuk-nusuk dalam hatinya,betapa dia sangat merindui pemilik tangan ini.Perlahan Lelaki membuka matanya.Gadis....abang rindukan sayang.....
Mereka berdua terpaku,saling memandang diri masing-masing degupan jantung berdetak kencang,kalaulah kata hati dapat didengar,hanya suara rindu yang sedang bergema.Perlahan Lelaki bangun dan duduk disebelahnya,Gadis tidak menunjukkan sebarang reaksi.Perlahan Lelaki mengangkat kepala Gadis dan menaikkan keatas pahanya,tanpa sedar air mata mereka menitis dan bersatu.
“Gadis...” perlahan Lelaki menyebut namanya,bergetar suara itu,getar penuh kerinduan,dendam dan kasih sayang.Gadis hanya membisu.
“Gadis....” sekali lagi Lelaki memanggil dan mengusap kepala Gadis,air matanya mengalir lagi apabila di tapak tangannya,segumpal rambut Gadis.
“Gadis....maafkan abang sayang...”Lelaki berbisik di telinga Gadis.
“Untuk apa.....” lemah pertanyaan Gadis.
“Untuk segalanya sayang,kasih sayang Gadis,kerinduan Gadis,perhatian Gadis,maafkan abang sayang,tak menyintai Gadis sepenuh jiwa abang,” Tak henti-henti Lelaki mencium dahi Gadis sambil air matanya laju menitis.
“Abang jangan la menangis,buruk....” Gadis bersuara sambil cuba mengesat air mata Lelaki,Lelaki tersenyum sambil mencium tangan Gadis.
“Takpe...asalkan Gadis jangan tinggalkan abang lagi,” Gadis hanya tersenyum tawar,takdir Tuhan siapa yang tahu.Lelaki membelai kepala Gadis,air matanya masih saja lagi mengalir,sambil tak putus-putus mencium tangan Gadis...betapa dia tak mahu lagi kehilangan Gadis.
Disebalik pintu ada dua insan yang turut sama menitiskan air mata,mama dan Doktor Rizal.
“Abang,”
“Ye sayang,”
“Abang kena kumpul duit tau,”
“Kenapa lak?”
“Yela skarang kan belanja kahwin mahal,”
“Hm? Abang nak kahwin ngan sape? Ngan Gadis?”
“Taklah,”
“Bis tue?”
“Em...nanti bila abang dah jumpa wanita yang sesuai dengan abang ,abang kahwin la ngan dia,”
“Abang kan dah ada Gadis...”
“Gadis? Hm....”
“Kenapa tak boleh?”
“Gadis takut tak sempat nak hidup bersama dengan abang,”
“Syyhh...Gadis,tak nak cakap camtue,tak baik,takdir Tuhan tiada siapa yang tahu,hidup mati,jodoh pertemuan,”
“Nanti bila Gadis dah tak ada,abang bacakan Yassin untuk Gadis ye bang,”
“Ye sayang, Insya Allah,” bergetar suara Lelaki menahan sebak di dada.
Gadis semakin sihat,berselera nak makan,nak keluar bersiar-siar kat taman,mereka sangat gembira melihat Gadis riang dalam waktu-waktu kesengsaraan ini.
Tapi waktu kedukaan tiba juga,janji Tuhan tak pernah terlewat walau sedetik.....
Selesai menunaikan solat Isyak,Lelaki bercadang untuk solat hajat,usai dia berdoa dan bangun berdiri,seorang jururawat menghampirinya,dan membawa berita,Gadis kritikal!
Lelaki dengan pantas ke CCU,melihat mama yang tersandar lemah di kerusi,Lelaki menghampirinya,mama hanya tersenyum tawar, “Janji Tuhan tak pernah lewat Lelaki,” mama bersuara.Gadis kritikal kerana terdapat pendarahan pada bahagian otaknya.
Melihat Gadis yang terbaring lemah,berselirat dengan wayar-wayar penyambung nyawa,mendengar bunyi mesin bantuan pernafasan yang berdetak...hatinya sayu....
“Sayang....” Lelaki menyeru nama itu,Gadis tenang,Lelaki memegang tangan itu,sejuk,pucat. “Sayang,jangan tinggalkan abang boleh tak?” Tiada jawapan,sunyi,hanya keheningan mengisi suasana.Perlahan Lelaki mengeluarkan surah Yassin dari poket
kemejanya.Dia membacakan Gadis surah itu disepanjang malam itu,tak tega dia untuk meninggalkan Gadis walau untuk sekejap,tak sanggup lagi dia.
“Lelaki,pergilah balik,mandi,salin baju,makan,”
“Takpelah makcik,saya ada bawak baju ganti,saya puasa makcik,”jawab Lelaki sambil menghamparkan sejadah,dia ingin solat dhuha,masih disisi Gadis.
“Kalau boleh saya nak Gadis lihat wajah saya bila dia sedar nanti,”
Sayu hati mama apabila mendengar kata-kata Lelaki,insan yang baru menyedari cinta sejatinya,kejamkah takdir? Jika memisahkan cinta ini...
Selepas menunaikan solat,Lelaki memperdengarkan Gadis bacaan ayat Al-Quran sambil berdoa supaya jika Tuhan ingin mengambil Gadis pergi,semoganya ianya akan berlaku dengan cepat,tanpa menyakitkan Gadis,tapi jika belum tiba masanya,semoga Tuhan menyembuhkan dia dari penderitaan yang ditanggung.
Beberapa kali Lelaki tesedu-sedan apabila membaca Al-Quran,terhenti-henti sambil air matanya menitis.Dia mencuba untuk meredakan hatinya,cuba berpositif,walaupun dia tahu yang sebenarnya Gadis benar-benar kritikal.Dia juga bercerita mengenai kisah-kisah mereka,kisah seribu kenangan.
3 hari sudah Gadis dalam keadaan koma,tiada sebarang perkembangan yang positif hanya statik dan tak berubah.Tak jemu-jemu Lelaki membacakan Al Quran dan bercerita kepada Gadis.Dia bekerja daripada bilik wad itu,teganya dia untuk tidak meninggalkan Gadis walau seketika,itu janji dia.Dan bila mama bertanya dia cuma menjawab pendek, “Saya tak mahu kehilangan dia lagi,”
Khusyuk,Lelaki baru menghabiskan bacaan surah Yassin di tepi Gadis.
“Abang..”perlahan suara itu dari dada.Lelaki terkejut.
“Sayang,”pantas Lelaki bangun dan mencium dahi Gadis,dia memanggil Rizal,mama pun turut sama masuk,perasaan berbaur,antara gembira dan cemas.Mereka memberi laluan kepada Rizal untuk membuat pemeriksaan.
“Sebenarnya...Gadis berada dalam keadaan yang sangat kritikal,sistem badannya semakin lemah,kita berserah saja pada Tuhan,ye mak cik?” Mama hanya mengangguk dan Lelaki tersandar di pintu.
Apabila mereka masuk ke bilik yang menempatkan Gadis,Gadis sedang tersenyum.
“Mama,abang...”lemah suaranya tapi jelas.
“Mama terima kasih,abang terima kasih,”ucap Gadis.
“Kenapa Gadis?”serentak mereka bertanya.
“Gadis dengar mama dan abang bacakan Quran untuk Gadis,”mereka serentak mengangguk.
“Ma...”
“Ye sayang...”
“Tadi Gadis jumpa papa,”
“Gadis?”
“Papa ajak ikut dia,”
“Gadis?”
“Gadis setuju,Gadis tak mahu susahkan mama,Gadis sakit,Gadis perlu pergi,”
“Gadis....”perlahan air mata mama mengalir.
“Tapi Gadis minta nak jumpa mama dan abang dulu,”Gadis berkata-kata dengan polosnya.
“Sayang....”Lelaki mula sebak.
“Mama halalkan makan minum Gadis dari Gadis tercipta sampai sekarang,Gadis minta maaf sebab susahkan mama,lukakan hati mama,buat mama risau,Gadis sayang mama tapi Gadis kene pergi,mama doakan Gadis yea,”
“Ye sayang,mama halalkan makan minum Gadis,mama....” mama tak dapat meneruskan katanya,hatinya sebak seperti dihimpit seribu batu.
“Abang,”
“Ye sayang,’
“Abang terima kasih untuk segala-galanya,”Lelaki hanya mengangguk, “Abang maafkan saya tau,saya banyak buat salah pada abang,sakitkan hati abang,maafkan saya,”
“Syyyhhh....sayang.....”Lelaki melekapkan jari telunjuknya pada bibir Gadis,supaya dia senyap.Gadis menyambung lagi, “Saya sayang abang sangat-sangat,sampai sekarang,rasa tu tak pernah berubah.Nanti abang tolong tengokkan mama yea,abang anggap mama macam mama abang sendiri tau,boleh bang?”
“Boleh sayang...” Lelaki menggenggam tangan Gadis erat.
“Jaga diri baik-baik tau dan ingat pesan saya,kahwin cepat-cepat tau,”Lelaki cuma tersenyum tawar.Peluh mula membasahi dahi dan sekujur tubuh Gadis.Denyutan jantungnya semakin kencang.Lelaki menunduk dan berbisik ditelinga Gadis,kalimah syahadah.Gadis menyebutnya dengan perlahan-lahan dan seterusnya keheningan mengisi suasana...Gadis dah pergi dengan tenang.
“Innalillahiwainnailahirojiun...”Lelaki mengusap muka Gadis dan menolong mengkiamkan tangan Gadis.Dia mengucup dahi Gadis buat kali terakhir.Sayangku dah pergi buat selama-lamanya.
Gadis dikebumikan di sebelah pusara papanya,mama tampak tenang menghadapi pemergian anak tunggalnya.Aku dah menukar panggilan makcik kepada mama.Sementelah pula ini adalah permintaan Gadis.Aku juga dah memberikan mama seorang menantu dan cucu perempuan yang comel untuk mama,ubati hatinya.
“Papa,”
“Ye sayang,” Inilah Gadis,cucu kesayangan mama pengubat hatinya,adiratna pekaca padanya,biasan anaknya sendiri,Gadis.
“Jom la,nenek panggil minum,mama ada buat kuih,” di belakang anak comel ini ialah isteriku,Salina,perempuan yang mengetahui semua kisah tentang aku dan Gadis.
“Jom bang,kita minum dengan mama,”
“Yela,jom,”
Lelaki menutup diari merah hati itu,diari yang menyimpan seribu kenangan antara dia dan gadis,insan tercinta.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hasil Karya : Esya Ecah

Kepada bloggers yang ingin mengundi Esya Ecah, sila tinggalkan komen undian anda di kotak komen di bawah ye? :)

Untuk vote, anda boleh tinggalkan komen di kotak komen. Anda boleh tinggalkan vote mengikut cara masing-masing. Yang penting anda harus tinggalkan komen seperti ;

~> Saya suka cerpen ini. I vote!


Good Luck Esya Ecah! (^^,)
~> Vote!
~> Saya vote cerpen ini.
~> Saya undi!
~> Ana undi ini cerpen. Ente bagaimana?
***undian dari anony tidak dikira***

With Love,
Juliana Violet

12 comments:

Anonymous said...

Nice story.. 2 thumbs up :)

said...

Agree. :)

Afzainizam said...

Welcome..Happy..New..Year
╔══╦══╗╔╦╗  
╚═╗║╔╗║║║║ 
╔═╝║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║║    
╚══╩══╝╚╩╝
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selamat Maju Jaya... Di harapkan Tahun ini adalah terbaik dari sebelumnya...

Bulatkan tekad mencapai impian ... Bukan sekadar manis dimulut.. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam

Setuju mmg ceriter yang mendebarkan lahhh

Anonymous said...

berkace mate ni bce crita 2.. cm real lak ctenye.. 2 thumbs up jgk.. =)

♥ Vee a.k.a Juliana Violet ♥ said...

Wah, jiwa agak touching jugak ye rupa2 Anony nie ye?
:)

eita said...

sedih sangat...eita vote.

♥ Juliana Violet ♥ said...

eita,
~♥~ Alalalaa... takmo sedih2 ye?
Thanks for the vote. :)

grubby person (^_^) said...

cter nie sedey!!
sayer vote!!!

♥ Vee Violet ♥ said...

grubby person (^_^),
~♥~ Thank you so much for the vote. :)

teja said...

vote!:)

Cahaya_Kebahag!aan said...

saya VOTE..:-p

eiffel said...

meleleh aku baca!!!


sy nk vote bebyk bole?


vote
vote
vote
vote!!!!