Thursday, January 6, 2011

99 Hari Kisah Klasik "Eita Omar" : Salahkah Aku?



“Balik-balik hal ni jugak yang mak persoalkan. Saya dah naik jemu, dah naik bosan dengan semua ni.” Aku melepaskan satu keluhan yang memang terbit dalam diri aku.

‘Kau fikir bosan kau aje, bosan mak ni macamana. Muka mak ni dah naik tebal bila orang dok asyik bercerita pasal kau aje. mak malu tau. Malu sangat-sangat. Mak seorang tukang andam tapi anak perempuan sendiri masih tak laku-laku jugak”

“mak...Kalau mak dah tahu malu buat apa mak pergi bercakap dengan orang, cubalah duduk kat rumah, macamlah kat rumah ni takde kerja. Mak memang saja je nak cari salah saya. Sikit sikit saya yang salah, sikit-sikit saya yang salah, salah orang lain mak tak nampak.” Aku mengetap gigi  menahan rasa marah.

“Dah memang kau tu yang tak guna, apa nak salahkan orang lain. Kau tu memang bawak sial, dari kecik sampai besar tak habis-habis nak menyusahkan orang. ayah kau mati pun masa kau lahir tak ke bawak sial tu.”

“Mak....sampai hati mak cakap saya macam tu, saya buat apa saja untuk mak tapi mak masih anggap saya macam tu. Ayah mati tu dah sampai ajal dialah mak bukan sebab saya. kecik hati saya mak cakap macam ni.”

“Kecik hati kau aje yang kau tahu, kecik hati aku ni kau tak tahu. Sudahlah aku malas nak layan kau. Perangai dari kecik sampai besar tak habis-habis dengan panas baran dia. Tak boleh nak tegur langsung.” Mak berlalu melepaskan satu jelingan yang bisa menembus jantung aku.

  Aku betul-betul dah bosan dengan hidup. Salah ke dengan apa yang aku lakukan. Hari-hari aku bergaduh dengan mak. Tak pernah rasanya aku hidup aman tenteram dengan mak. Ada aje perkara yang tak kena dengan aku. Kadang tu aku cemburu sangat bila tengok kawan-kawan aku begitu mesra dan manja dengan mak mereka tapi aku.... terluah satu keluhan tapi rasanya bukan satu keluhan dah beribu keluhan yang aku keluarkan. Aku melangkah malas menuju ke bilik. Aku menghempaskan tubuh aku. Pandangan aku lemparkan jauh keluar tingkap. Macamanalah agaknya pengakhiran hidup aku dengan mak. Letih baru balik kerja tak habis lagi ditambah pula dengan pergaduhan mulut dengan mak. Sampai bila agaknya aku macam ni. Melihat jam di tangan, aku beristighfar, asar semakin lewat aku tinggal kan. aku cepat-cepat ke bilik air untuk mandi dan berwuduk. Usai  solat aku berdoa pada Allah moga-moga sikap mak pada aku akan berubah, tak banyak pun sedikit. Aku menuju ke dapur untuk menyediakan makan malam. Walau semarah mana pun aku pada mak tapi aku tetap melakukan tanggungjawab aku pada mak.  Hampir maghrib bayang mak baru kelihatan. Mak langsung tak tegur aku, apa yang mampu aku lakukan adalah berdiam diri. Rasanya itu langkah  yang paling
baik.

“Kau ni masak nak bagi aku makan ke nak membunuh aku? Mak meluahkan balik nasi yang sedang di kunyahnya.

“Kenapa pulak mak? Aku bingung rasanya takde apa yang tak kena dengan makanan yang sedang aku makan ni.elok je aku makan....

“Kenapa? Kau tak rasa ke yang kau masak ni masin nak mampus. Kau ni memang dah tau aku ni ada darah tinggi saja je nak suruh aku mati kan.”

“Apa ni mak...kalau ye pun mak nak marah saya, marah ajelah tak payahlah mak nak babitkan makanan yang sikit pun tak bersalah ni. Saya pun dah tak tahu apalagi yang nak dicakapkan dengan mak.” Aku berhenti dari menyuap makanan. Rasanya nasi yang aku telan macam pasir yang tersekat di kerongkong aku ni. Mak diam lalu meninggalkan meja makan dengan muka yang masam mencuka. Aduh! Pening kepala aku memikirkan pasal perangai mak yang anginnya tak tentu musim. Gagal  meneruskan suapan, aku terus mengemas lauk pauk yang masih banyak berbaki. Aku dah malas nak layan karenah mak yang ntah apa-apa tu.

      Sebelum azan subuh aku dah pun terjaga dari tidur aku. Semalaman langsung tak dapat nak tidur. Fikiran aku betul-betul bercelaru. Sakit kepala bila fikir pasal mak. Dari aku kecik mak memang tak pernah adil dengan aku. Ada aje yang tak kena pada pandangan mata mak. Aku pun tak tahu apa salah aku...nak kata pasal aku tak kahwin lagi..ermmm...umur aku muda lagi lah. Tak puas lagi nak enjoy.ermmmm...susah benar meneka fikiran orang tua ni.. .Aku menarik nafas dalam-dalam,. Aku bangun ke bilik air sebaik saja mendengar azan subuh berkumandang. Pagi ni aku tak mahu lama-lama berada dirumah. Faham-faham ajelah. Dah nasib aku macam ni nak buat macamana. Terima ajelah. Kedatangan yang awal buat semua orang terkejut. Apa taknya sebelum pukul 8 aku dah tercegat kat depan kedai. Aku rasa lebih baik aku tercegat kat kedai ni daripada aku tercegat kat rumah mendengar bebelan makyang berbunyi riuh macam murai...Aduh...derhakanya aku...

“Awalnya sampai? Apa mimpi.” Tanya Anisah kehairanan.

“Mimpi dipinang anak raja.” Aku tersenyum.

“Anak raja manalah agaknya yang pinang kau tu hah”

“Anak raja gondang.”

“Banyaklah kau punya anak raja gondang. Ni mesti gaduh dengan mak kau lagi. Kau ni Sya duduk 2 orang kat rumah pun bergaduh.”

“Entahlah aku pun dah tak tahu nak cakap apa lagi. Naik serabut kepala, dah bersawang rasanya.”

“Susah-susah sangat kau kawin ajelah, ikut suami kau kan senang tak payah nak sakit kepala fikir pasal mak kau.”

“Cakap senanglah. Nanti sapa nak jaga mak aku.”

“Aik! Abang-abang dan kakak kau kan ada, takkanlah sorang pun tak nak jaga dia.”

“Memanglah ramai tapi diorang semua bukannya nak jaga mak aku. Depan mak aku memanglah diorang cakap anytime mak aku boleh datang tapi belakang, mak aku, allah  aje yang tahu.”

“Itulah kau, berlembut sangat cuba sesekali bertegas sikit. Sampai bila kau nak macam ni.”

“Entahlah sampai mati kot.”

“Mati pun tak menyelesaikan apa-apa.”

“Dah tu, biarlah masa menentukan segalanya. Aku dah malas nak fikir pasal ni lagi.”

“ Kau nak kopi? Kalau nak aku nak pergi buat ni.”

“Tak payahlah tapi air mineral bolehlah.”

“Okey.” Anisah berlalu dari situ menuju kebilik belakang yang memang dikhaskan untuk bilik makan. Aku menyudahkan kerja yang terbengkalai semalam. Aku menyudahkan jahitan labuci di pergelangan tangan. Leka bekerja sampaikan aku langsung tak menyedari masa berlalu dengan begitu pantas. Sedar tak sedar hari sudah pun petang. Aku memang jarang rehat tengahari itu pasallah aku langsung tak sedar pada keadaan sekeliling. Selesai mengemas semuanya, aku pun balik, yang tinggal hanyalah Kak Jun tuan punya kedai jahitan ni. Aku lihat jam di tangan, baru pukul 5.30 petang. Memandangkan hari ni aku ‘cuti’ jadi banyaklah sikit masa aku. Lagipun aku nak ke kedai buku, nak cari Apo? Rasa-rasanya dah keluar keluaran terbaru. Aku berjalan seketika sambil memerhati panorama petang. Sekurang-kurangnya hilanglah sedikit stress aku. Hampir sejam aku lepak kat kedai buku, aku pun balik. Kan betul cakap aku. Belum pun sempat aku letak beg mulut mak dah berbunyi macam burung murai pulak. Pening aku. Orang tak rasa apa yang aku rasa, kalau orang rasa apa yang aku rasa tentu diorang akan tahu apa yang aku rasa.

“Aku ni asyik duduk buat majlis orang aje, bila agaknya nak merasa buat majlis kat rumah sendiri.” Mak mengibas kain selendang sambil menjeling ke arah aku. Aku buat-buat tak nampak aje. mak ni makin dilayan makin menjadi, jadi lebih baik aku buat hal sendiri.

“Tulah ada orang nak tak nak jual mahal sangat macamlah kita tu lawa sangat. Kalau lawa macam nora danish tu takpelah jugak, dah jadi janda pun ramai yang masih berebut ni....hmm....tak tahulah nak cakap apa.” Mak masih lagi cuba nak membakar perasaan aku.

“Mak ni apa masalah sebenarnya. Cuba cakap dengan saya.”

“Eh! Terasa ke?

“Kalau dah kita berdua aje tinggal kat rumah ni takkanlah mak bercakap dengan tv pulak.”

“Aku ni malu, tiap kali orang minta tolong aku buat persiapan majlis kahwin mesti diorang tanya pasal kau. Bila nak kawin, bila nak kawin. Malu aku tau tak.”

“Kalau dah tahu malu takyah pergi kat majlis orang, duduk aje kat rumah.”

“Hah! Yelah duduk kat rumah jadi kera sumbang macam kau. Tak bergaul dengan orang. Sampai bila kau nak macam ni hah.”

“Salah mak juga. Hari tu Razlan dah datang, mak buat muka. Orang melayu mak, dia tahulah orang suka ke tak suka. Sekarang bila saya tak nak kawin lagi mak bising. Malulah apalah.”

“Orang macam tu kau nak buat laki. Kerja tak tahu kerja.”

“Saya tak kisah dia kerja apa janji dia rajin, sayang pada saya, tak tinggal sembahyang itu dah cukup.”

“Hah! Yelah, masa bercinta, kau ingat kenyang ke dengan hanya makan kata-kata cinta tu....”

“Sudahlah mak, saya dah tak nak ambil tahu pasal semua ni, saya penat, saya nak mandi.” Bengang betullah dengan mak ni. Asal nampak aku aje mesti bising pasal hal ni. Dulu masa Razlan datang bukan main lagi marah aku. Sampai naik bingit telinga aku mendengar syarahan dari mak. Mak cakap aku ni dah gatal nak kawinlah,  gatal nak berlakilah. Sekarang ni bila orang dah taknak sibuk pulak suruh aku kawin. Aku pun tak faham dengan perangai mak aku ni. Ada aje yang tak kena, kadang tu rasa nak lari aje dari rumah ni. Agaknya remaja yang lari dari rumah pasal nilah kot, tak tahan kena leter.tapi kalau aku lari agak-agaknya aku nak tinggal kat mana eak? Aduh tu pun satu masalah jugak..sabar..sabar..

      Malam ni malas nak lepak tengok tv...nanti tak pasal2 kena balun lagi...jadi aku dengar radio je....dah naik bersawang radio aku ni...dah lama tak ambil tahu pasal radio ni.....aku hanyut dalam satu lagu.....begitu mengasyikkan.....

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama mu ya allah...
Esok atau kah nanti.
Ampuni semua salah ku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempat ku meminta
Kau beri ku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hambamu yang selalu bertakwa
Ampuni ku ya allah
Yang sering melupakan mu
Saat kau limpahkan kurnia mu
Dalam sunyi aku bersujud.....pada mu


Mendengar bait lagu ni menginggatkan aku pada mak....Ermmm.....banyaknya dosa aku pada mak.....hari-hari aku melawan cakap mak......rasanya tak salah dengan apa yang mak kata kan tu...Cuma stress bila hari-hari mak bercerita benda yang sama.....harap masih ada kesempatan untuk aku mohon maaf dari mak....

      Hari Jumaat yang mulia ni pagi-pagi lagi aku bersiap untuk  ke kubur ayah sekejab, walaupun aku tak pernah kenal macamana rupa ayah tapi dia tetap ayah aku dunia dan akhirat  dan  yang pastinya aku sayang padanya. Selesai bersihkan kubur ayah dan baca Yassin aku terus ke pasar. Aku membeli bahan-bahan untuk memasak tengahari ni, rasanya nak buat tomyamlah, mak pun suka jugak makan tomyam ni... sedap jugak ni. Rasa  meleleh air liur bila teringatkan kepedasan tomyam tu.

Sampai aje kat rumah aku nampak Makcik Timah dengan mak sedang bersembang kat lambur rumah. Entah apa yang di gossipkan tu tak tahulah jangan cerita pasal aku sudahlah. Aku naik kerumah sambil menjinjing barang-barang yang aku beli di pasar tadi.

“Banyak kau borong Sya hari ni.”

“Adalah sikit makcik, dah lama sampai.” Aku bertanya sekadar berbasa basi.

“Lama tu taklah lama sangat tapi habis jugak secawan kopi yang mak kau buat tu.” Tersengih sengih makcik Timah, entah apa yang lucu pun aku tak tahulah. Nak kata aku buat lawak takde lah pulak....layan je lah

“Takpelah Makcik, saya masuk dulu.” Aku malas nak lama-lama kat situ tambah pulak bila tengok muka mak yang keruh macam air sungai dungun yang hampirmelimpah ke tebing.

“Oh! Ya Sya. Hari Jumaat minggu depan jemputlah datang rumah makcik ye.”

“Ada majlis apa?

“Laa...kau tak tahu lagi ke Syidah nak bertunang.”

“Ye ke? Laa...tak tahu pulak saya lagipun dah lama tak jumpa dengan Syidah.”

“Macamana nak tahu kalau tak bercampur dengan orang.” Mak tiba-tiba menyampuk.

“Saya kerjalah bukannya saya takde kerja. Lagipun kalau saya tak kerja sapa nak bagi saya duit. Takkanlah nak minta dengan mak lagi.” Bengang betul aku, dahlah mak pergi sound depan orang siap dengan muka lagi.

“Takpelah tu. Adalah rezeki. Hah! Kalau kau takde kawan special makcik boleh kenalkan. Nanti kalau senang datang kat rumah makcik boleh kita cerita-cerita lagi. Jangan lupa Sya, lagipun  Syidah tu nak sangat jumpa kau.”

“Eloklah tu, carikan untuk dia sorang. Aku pun dah tak tahu nak buat macamana lagi. Asyik dok mengadap muka dia aje. naik rimas aku ni. Sesekali nak jugak aku ni bertukar angin. ” mak menyindir aku. Aku cuba kontrol nada suara aku.....

“Insya Allah.” Aku berlalu dari situ dengan perasaan yang berdongkol. Terkilan betul aku. Makcik Timah ni pun satu, dah tahu itu soalan yang sensitif buat apa tanya. Selepas menyakitkan hati aku, makcik Timah pun berambus dari rumah aku. Aku menyiang sotong dan udang, sambil-sambil tu aku masak nasi. Aku dengar derap kaki mak menuju ke dapur. Aku buat tak tahu ajelah.

“Mak dah suruh makcik Timah kau cari sorang untuk kau, nanti kalau ada diorang datang jangan kau buat muka pulak macam hari tu.” Nape lah mak buat aku macam ni.....bermonolog sendirian.

“mak...kenapa lah mak buat macam ni? Orang yang tak tahu pun semua tahu. Mak sukalah kalau dapat malukan saya.” aku cuba kawal suara aku agar tidak ketara pada pendengaran telinga mak.

“Memang aku nak kau malu, kalau tak kerana kau aku dah lama ikut anak-anak aku yang lain, takdelah aku mengadap muka kau yang langsung tak bawak tuah untuk aku. Kalau tak kerana kau jugak laki aku tak mati tau. Kau memang bawak sial dalam hidup aku.
SIAL TAU TAK!!!” Mak menjerit kearah aku. Aku cuba tahan perasaan akuyang semakin membara. Tanpa aku sedar semua sotong tu aku cincang lumat. Rasa nak menangis tapi setitik air mata pun tak keluar. Telinga aku masih menangkap bebelan dan jeritan mak pada aku. Semua kata-kata yang keluar dari mulut mak buat aku menyampah padanya. Aku genggam erat pisau ditangan dan tanpa mak sedar aku rapat padanya, pandangan mata aku berpinar dengan bayangan mak dan bayangan sotong dalam sinki. Sotong dan udang aku cincang lumat tanpa meninggalkan sedikit pun sisa. Ketukan yang kuat buat aku tersedar dari lamunan aku. Aku terkejut bila aku tengok tangan aku berlumuran dengan darah yang masih segar. Bau hanyir meruap menusuk masuk kedalam hidung aku. Aku nampak mak terbaring.

“Maaakkkkk..........aku mengangkat badan mak yang separuh hancur akibat tikaman aku. Apa yang dah aku lakukan ini. Aku cincang sotong bukannya mak tapi kenapa jadi macam ni. Ya! Allah Ya! Tuhanku apa yang dah aku lakukan ini.

“Ya! Allah Sya, apa yang dah kau buat ni. Tolong.....tolong.........Jeritan yang kuat dari Makcik Timah buat semua orang berlari ke rumah aku. Semuanya terkejut. Polis sampai ½ jam kemudian dan aku tak mampu nak kata apa-apa. Aku hanya berserah pada Allah atas segala apa yang berlaku, Dengan tangan bergari aku dibawa masuk kedalam kereta polis. Aku hanya memandang rumah dan mayat mak. Fikiran aku kosong sekosong-kosongnya.

    Aku disoal bertubi-tubi oleh pihak polis tapi aku langsung tak dapat nak menjawab semua pertanyaan tu. Aku masih bingung dengan apa yang aku lakukan. Aku tak tahu dan aku jugak tak nak ambil tahu. Biarlah mungkin ini pengakhiran hidup aku. Mungkin ini juga balasan atas perbuatan aku yang derhaka pada mak. Kalau aku bukan anak derhaka tentu aku tak sanggup bunuh mak. Mak.....sampai hati mak. Ini semua salah mak. Kalau mak tak hina aku, tak maki aku, tak tekan aku tentu ini semua takkan berlaku. Ini semua salah mak. Aku menjerit sekuat
hati aku. Lepas tu aku tak sedar apa-apa lagi. Aku ingin tidur. Aku tak ingin mengingati semua ini.  Keadaan ini menambahkan lagi ketegangan dalam balai polis.

Sebelum perbicaraan di mulakan , aku dengan rela hati mengaku atas segala perbuatan aku tu.... Biarlah...mungkin ni balasan atas segala perbuatan aku pada mak.....aku terima segala-galanya...baik dari cacian keluarga aku...mahupun jiran tetanga aku....mahupun orang ramai....Aku tak kisah hukuman apa yang akan di jatuhkan  sebab memang aku yang bunuh mak.aku menagis..menangis kesal atas segala apa yang berlaku.kalau lah aku dapat kawal diri aku..ni semua takkan berlaku... Tapi nasi sudah bertukar menjadi bubur. SALAHKAH AKU?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hasil Karya : Eita Omar

Untuk mengundi Cerpen Eita Omar, sila tinggalkan undian anda di kotak komen di bawah. :)

Untuk vote, anda boleh tinggalkan komen di kotak komen. Anda boleh tinggalkan vote mengikut cara masing-masing. Yang penting anda harus tinggalkan komen seperti ;

~> Saya suka cerpen ini. I vote!
~> Vote!
~> Saya vote cerpen ini.
~> Saya undi!
~> Ana undi ini cerpen. Ente bagaimana?
***undian dari anony tidak dikira***


Good Luck Eita Omar! ((^^,)

With Love,
Juliana Violet.

20 comments:

esya ecah said...

i like!

♥ Juliana Violet ♥ said...

esya ecah,
♥ I like it too! :)

sh. said...

Interesting. I vote ;)

♥ Vee Violet ♥ said...

sh.,
♥ Thanks for the vote dear.
=)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Mmg best nukilan eita ni, keep it up!

beautiful_rose said...

nice...
nak vote eita!

♥ Juliana Violet ♥ said...

tajnur,
~♥~ Yes, Vee setuju. Awak taknak vote ke? :)

beautiful_rose,
~♥~ Thanks for voting dear. :)

Cikli said...

tikam mak...brutalnya...
semoga tak terjadi kenyataannya.

♥ Juliana Violet ♥ said...

Cikli,
~♥~ Banyak aje kes macam ni sekarang. ='(

anonymous said...

Whoa ! Likeyyy nehh . I vote ! :))

♥ Vee Violet ♥ said...

NurAsykin,
♥ (^^,)
Thanks for the vote. =D

tajnur said...

Assalamualaikum
Yes, i`m really wish to say,`I vote!`

Anonymous said...

From Ieda Suhaida a.k.a Nor Comel: wallawehhhh..I loike!!! Afundi Eita Omar..VOTE!!!!

surrealistic.. said...

marvellous! tip top! meletop! saye vote utk citer eita ni.. :) u r rock eita.. :)

Iqlima said...

VOTE!!!

MR said...

I VOTE !

♥ Vee Violet ♥ said...

tajnur,
♥ Wa'alaikumussalam. Bunch of thanks for the vote. :)

Ieda Suhaida a.k.a Nor Comel,
♥ Awak ada account blog tak? ='(
Wordpress ke... Anony tak boleh vote... ='(
Soorryyy....

surrealistic,
♥ (^^,)
Terima kasih daun keladi kerana mengundi. :)

Iqlima,
♥ Tengs ya! :D

MR,
♥ Thanks for voting! :)

Cahaya_Kebahag!aan said...

saya VOTE..:-p

Unknown said...

gila kau!macam mana dia ley dok cincang mak dia??ni bukan gila da..ni psyco.mak dia pown satu.kn xmemasal jd kes cm monafendi.dok kerat2.

terkejut mak!lol

sy vote lar vee~

cari aku di sini said...

i like..
pengakhiran yg tak dijangka!
vote..