Thursday, January 27, 2011

99 Hari Kisah Klasik "Encik Tikus" : Kimia


Gedebuk !!! Bunyi hentakan kuat kedengaran di suatu sudut.

"Aduh !! Woi buta ke ?! tak nampak orang dekat sini ?! Tahulah kau tu besar tapi agak-agaklah pun time jalan tu, pandang ahh kiri kanan dulu," bentak seorang gadis tanda marah.

"Erk, maafkan saya... saya tak nampak awak tadi... awak tak apa apakan ?" ucap Amarul yang takut dengan kejadian yang baru sahaja berlaku pada dirinya.

"Ape kau ingat dengan sorry kau tu boleh baikkan lengan aku yang sakit ni ?!" kata gadis tersebut sambil memegang lengan beliau yang kesakitan.

Amarul mengeluarkan note 50 ringgit dan di berikan kepada gadis itu.

"Nah ambik duit ni pergi beli ubat dekat hospital, saya harap lengan awak tu tak apa-apa,"

"Tak payah nak tunjuk sangatlah sifat baik kau tue, aku tak berminat pun ! Huh ! " seusai itu gadis tersebut segera pergi meninggalkan Amarul keseorangan.

Amarul kaget dengan perlakuan gadis tersebut.

‘Uish... seumur hidup aku... tak pernahlah aku jumpa perempuan kerek macam nie,’
getus Amarul pabila melihatkan kelakuan gadis sebentar tadi.

**********
"Okay murid-murid, hari ni cikgu ingin memperkenalkan kepada kamu semua murid baru dekat kelas kita," kata Cikgu Dahlia selaku guru kelas 5 Jujur.

"Sila perkenalkan diri kamu kepada kelas," kata Cikgu Dahlia lagi.

"Hai, nama saya Amarul Anuar Bin Amarul Hisham, saya tinggal di Lot 5 Jalan Tengkolok dan dulu saya pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah," ucap Amarul memperkenalkan dirinya.

Amarul sebenarnya baru sahaja berpindah ke Puchong kerana terpaksa mengikut ayahnya yang baru sahaja ditukarkan tempat kerja. Disebabkan berpindah ke rumah yang baru, Amarul juga terpaksa berpindah ke sekolah yang baru kerana jarak perjalanan yang jauh.

"Cikgu harap kamu semua dapat memberi tunjuk ajar kepada Amarul,"

Kring..... kring..... kring.....

Serentak itu loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula. Kelihatan murid-murid daripada menengah atas keluar dari kelas masing-masing. Amarul kelihatan tergesa-gesa keluar dari kelas untuk pergi ke kantin.

Gedebak !! Tak semena-mena Amarul yang baru sahaja keluar dari kelas terjatuh kerana berlanggar dengan seorang murid yang kebetulan lalu di hadapannya.

"Aduh !! Wei apa kau ni tak nampak orang ke huh ?!" ,rintih gadis itu kesakitan.

Amarul yang kebingungan segera mengecam gadis yang baru dilanggarnya sebentar tadi.

"Ehh awak bukan gadis yang saya langgar tempoh hari ke ?" soal Amarul untuk mendapatkan kepastian.

"Habis tu takkan nenek kau pulak... kau ni tak habis habis menyusahkan aku kan... hari tu kau langgar aku dekat perpustakaan... hari ni kau langgar aku dekat sekolah," gadis itu mencebikkan bibirnya tanda menyampah.

"Manalah saya tahu lagipun takkanlah saya nak langgar awak dengan sengaja dua kali pulak kan,"

"Ohh kau dah buat salah ada hati nak cakap diri kau betul ? Kalau kau nak tahu lengan aku ni tak baik lagi tau sebab kejadian hari tu," kata gadis itu sambil menunjukkan kesan lebam di lengannya.

"Habis tu awak nak saya buat apa ?",

"Aku nak kau belanja aku tiap tiap hari selama sebulan ! Boleh kau buat ?"

"Huh ? Belanja awak makan masa rehat ?"

"Yea laaa takkanlah belanja aku masa aku tidur pulak,"

Kelihatan Amarul berfikir seketika sebelum memberi sepatah dua kata,

"Hmmm boleh tiada masalah," kata Amarul tenang.

Gadis tersebut tersengih seketika sebelum berlalu pergi meninggalkan Amarul yang masih terduduk di atas lantai. Amarul bingkas bangun lalu masuk ke kelasnya semula dan bertanyakan sesuatu kepada ketua kelas.

"Suraj boleh saya tahu siapa nama gadis yang baru saja saya langgar tadi ?"

"Ohh perempuan tu namanya Sofea Arisya, anak orang lord kot... tak hairanlah kalau perangainya memang macam tu," balas Suraj.

"Ohhh Sofea Arisya.... sedap betul namanya..."

**********

"Sofea macam mana sesi persekolahan kamu tadi ?" soal ibunya.

"Hmmm along kena langgar dengan budak yang along ceritakan tempoh hari mama,"

"Ohh yeah ? So macam mane keadaan lengan along ? Bertambah baik atau makin sakit ?"

"Of course lah makin sakit mama, lelaki tu langgar dekat lengan yang sama kot," kata Sofea mengadu.

"Alaaaa, mungkin itu jodoh along kot... langgar orang yang sama, keh keh keh.." bapanya menyampuk sambil berketawa kecil.

"Haish papa ni.... orang SPM pun tak lepas lagi ada hati nak kahwin.... ngada-ngadalah papa ni,"

"Hahahaha....Papa bukan apa... papa dengan mama ni teringin sangat nak dapat cucu dari anak papa ni hah.. itu sebab papa nak along kahwin awal... mana tahu papa dengan mama tak sempat nak tatap cucu nanti kan,"

"Ish papa ni ke situ pulak dia," balas Sofea yang tidak senang duduk mendengarkan kata-kata dari ayahnya.

Sofea merupakan anak tunggal hasil perkongsian hidup antara Dato’ Jamil bersama isterinya iaitu Datin Azma. Disebabkan ibu dan bapa Sofea berkahwin lambat maka bapanya begitu mengidam untuk mendapat cucunya yang pertama memandangkan usia Dato’ dan Datin yang semakin senja. Takut juga kalau-kalau mereka tidak dapat menatap wajah cucu sulung mereka jika ditakdirkan pergi mengadap Illahi dahulu.

**********

Kelihatan Sofea termenung di hadapan laptop yang terbuka daripada tadi. Nampak seperti dia sedang memikirkan sesuatu.

"Blog !" terpacul dari mulut Sofea.

Segera Sofea menaip sesuatu di browser Mozilla Firefox. http://muhdfarith.blogspot.com/ word yand kelihatan di ejen carian Google. Segera butang Enter di tekan oleh Sofea.

Sabtu 23 September 2010

Hari ni gua ingin menghiburkan sesuatu kepada lu orang mengenai sebuah lagu yang gua rasa begitu kena dengan diri gua. Gua harap kepada yang membaca blog ni di persilakan memahami setiap bait bait lirik yang tertulis disini ...

Deras hatiku berdetak..

Di langit aku terlihat kamu..

Terang malam teman kita dengan angin meniup sayu..

Ku petik gitar akustik ini dengan harapan dia mendengar..

Ehh sat sat..... tetiba gua lupa pulak lirik lagu tu, grrrr... gua sambung lain kali ahh..... Dem~


Seraya itu Sofea tergelak terbahak-bahak selepas membaca entry di blog tersebut. Seperti kebiasaan Sofea pasti akan ketawa selepas membaca setiap entry di blog Pria Istimewa. Seakan-akan lawak idea yang dicoretkan oleh Pria Istimewa begitu kena dengan kepalanya sendiri.

"Hahaha, Pria Istimewa ni tak habis habis buat aku tergelaklah sepanjang masa... Sengal ahh Pria Istimewa ni, hahahahhaha..."

Sakan betul Sofea ketawa sehingga kelihatan matanya berair. Sofea telah mengikuti blog Pria Istimewa semenjak blog itu mula ditubuhkan iaitu sekitar tahun 2008. Maknanya sudah 2 tahun dia mengikuti segala madah yang ditulis oleh Pria Istimewa. Bagi Sofea pemilik blog Pria Istimewa itu seorang yang kelakar dan memang istimewa.

‘Kalaulah boleh... aku teringin nak jumpa pemilik blog ni.... hmmmm...,’

ngomel Sofea bersendirian.

**********

‘Seronoknya aku kalau tiap-tiap hari aku dapat belanja budak ni,’
Getus Amarul melihatkan Sofea yang begitu asyik menjamah mee goreng dihadapannya.

"Nak lagi tak ? Kalau nak saya boleh beli lagi," sindir Amarul

"Takpe-takpe makanan yang kau beli ni dah cukup bagi aku... by the way thanks sebab belanja aku... hehe," senyum Sofea memerli tidak mengendahkan sindiran dari Amarul.

Masuk hari ini sudah 28 hari Amarul terpaksa membelanjakan duitnya untuk Sofea sebagai janji yang telah dipersetujui oleh mereka pada 28 hari yang lepas. Walaupun bagi Amarul hal itu sedikit membebankan tapi demi ingin melihat Sofea setiap hari beliau sanggup.

"Ehh awak saya nak tanya ni... Lagi satu bulan kita nak menghadapi peperiksaan SPM kan... jom kita study sama-sama nak ?"

"Huh ? Ape ?" soal Sofea yang kelihatan begitu asyik menikmati mee gorengnya.

"Saya kata saya nak ajak awak study sama-sama dengan saya petang ni, boleh tak ?", Amarul meninggikan sedikit suaranya.

"Hmmmm, aku rasa malaslah sebab aku dah ada member nak study, sorrylah,"

"Okey macam nie, ape kata kalau saya belanja awak lagi sebulan asalkan awak sudi study dengan saya tiap-tiap petang, setuju ?" pancing Amarul.

"Kalau macam tu boleh kot, takde masalah tapi aku kena bawak member aku sekali lah... hehe," senyum Sofea sambil ketawa kecil.

"Wey Amarul ! Blog Pria Istimewa yang kau bagi aku tempoh hari bestlah... tak menyesal aku baca," kata Suraj yang tiba-tiba muncul dibelakang Amarul.

‘Blog Pria Istimewa ?!!’

**********

"Okey murid murid hari ni cikgu nak beri satu tugasan kepada kamu. Jadi cikgu dah bahagikan kamu semua kepada pasangan masing-masing dan setiap pasangan dikehendaki membuat pembentangan mengenai kronologi Pembentukan Negara Malaya mulai dari Tunku Abdul Rahman sampailah kepada pembentukan sepenuhnya Negara Malaya,"

"Jadi kepada pasangan yang telah ditetapkan kamu jangan mengada-ngada nak menukar kumpulan ye," warning Cikgu Zara selaku guru subjek Sejarah mereka.

Terkejut Amarul apabila nama Sofea Arisya disebut sebagai pasangannya, ianya kerana kejadian yang telah berlaku antara mereka berdua sebelum ini. Takut juga Amarul kalau Sofea tidak mahu memberikan kerjasama terhadap kerja pembentangan yang telah diberikan oleh Cikgu Zara. Dia tahu Sofea itu keras kepala orangnya melalui apa yang telah beliau lihat dengan matanya sendiri sebelum ini.

"Hai awak.. tak sangka saya, awak satu group dengan saya, hehehe...," tegur Amarul lembut.

Sofea tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia masih memikirkan pasal kejadian yang berlaku sebentar tadi. Ya, mengenai blog Pria Istimewa yang telah disebut oleh Suraj. Sofea ingin tahu apakah blog Pria Istimewa itu kepunyaan Amarul atau blog itu memang berkaitan dengannya. Kusut pula fikiran Sofea memikirkan hal itu.

"Ehhh awak, saya bercakap dengan awak ni... tak dengar ke ?"
Ucap Amarul yang melihatkan Sofea tidak memberi respon daripada tadi.

"Sorry-sorry ape awak cakap tadi ?"

"Saya cakap saya tak sangka yang saya dapat group sama dengan awak,"

"Ohhhh saya pun tak sangka dapat satu group dengan awak," jawab Sofea ringkas.

"Kejap-kejap... bila masa awak dah mula cakap ‘awak-saya’ dengan saya ni ? Hehehehe....,"

 "Yeke bila masa saya panggil awak macam tu. Erkk ???"

"Yela ada tadi... hah tu awak cakap lagi ‘awak-saya’, keh keh keh...,"

Sofea yang mulai perasan akan pertuturannya yang agak ‘lain’ mula tersimpul malu dan seraya itu mereka berdua berpandangan sambil tersenyum !

**********

Kelihatan Amarul dan Sofea sibuk mengulangkaji di taman permainan. Hanya tinggal lebih kurang tiga puluh hari sahaja sebelum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula. Bagi mereka inilah masanya untuk menunjukkan kepada ibu bapa yang mereka boleh mencapai kejayaan cemerlang yakni ‘straight A’ selain dapat mengharumkan nama sekolah.

"Awak, saya nak tanya something ni..." Sofea memulakan bicara.

"Ape dia... tanya je laaa..."

"Hmmmm betul ke awak ni pemilik blog Pria Istimewa, ?"

"Aaaaaa kenapa awak tanya macam tu ?" soal Amarul yang mula pelik dengan persoalan yang dilontarkan oleh Sofea.

"Ehhhh takde pape laaa, saya saje je tanya.... kalau awak taknak jawab takpe laaaa...."

"Okey..." jawab Amarul ringkas seolah-olah ingin mematikan perbualan tersebut.

"Ehh awak, saya balik dulu lah... dah nak maghrib dah ni.. nanti ape pulak mama saya cakap...,"

"Kalau macam tu okey lah nanti esok kita jumpa lagi ekk ?"

"Bye..," Sofea melambai lambai ke arah Amarul sebelum memecut laju skuternya pulang ke rumah.

Sampai sahaja di rumah Sofea segera mandi dan menunaikan solat maghrib. Lalu dicapai komputer riba miliknya dan perkara pertama Sofea lakukan adalah membuka laman blog Pria Istimewa.

"Hmmm kalau betul lah apa yang aku jangka so betullah blog tu milik Amarul tapi macam mana nak cari buktinya ek ?", soal Sofea bersendirian memikirkan mengenai pemilik sebenar blog tersebut.

Sambil menggerak-gerakkan kursor di skrin komputer ribanya, Sofea sengaja secara rawak menekan pautan entri blog Pria Istimewa pada tarikh 2008. Antara entri terawal blog lelaki itu.

Isnin 13 Ogos 2008

Assalamualaikum,
Ini merupakan entri pertama gua menulis di blog ni, sekadar percubaan kedua setelah gua menutup blog bahasa Inggeris gua. Saje je gua try nak tulis dalam Bahasa Melayu sebab takut-takut nanti hilang pulak keaslian bahasa untuk gua berbicara nanti. LOL

Ohh yaa, actually gua buat blog ni untuk assignment terbaru gua. Tapi kalau tiba-tiba gua ada apa-apa idea nanti mungkin gua akan cuba coretkan di sini.

Ahh blur pulak gua, sampai sini je la post pertama untuk kali ni,yeah gua admitlah yang gua ni selalu blur even depan mak bapak gua sendiri ! LOL ! Okey jangan lupa singgah blog ni selalu yeee !
Sofea menutup kembali komputer ribanya. Matanya mula berpinar kepusingan akibat mengadap laptop terlalu lama dan tanpa tersedar dia terlelap dek melayan peningnya itu.

**********

"Awak dapat berapa Sofea ?" tanya Amarul.

"Saya dapat straight A ! awak ?"

"Saya pun sama ! hehehe..." senyum Amarul menampakkan baris giginya yang putih.

"Ohhh tahniah lah untuk kita berdua sebab apa yang kita tuai selama ni mendatangkan hasil yang baik ! hihihihi....,"

"Yeah betul tu... sebagai ganjaran jom petang ni saya belanja awak McD... nak ?" tawar Amarul kepada Sofea.

"Hahahaha.... no problem... boleh ajeee... ," balas Sofea tanda setuju.

Amarul dan Sofea antara murid yang berjaya mendapat Straight A dalam peperiksaan SPM. Setelah berbulan-bulan mereka berusaha dan mengorbankan masa, mereka dapat ganjaran yang setimpal mengikut usaha yang telah mereka lakukan. Benarlah kata pepatah "dimana ada kemahuan, disitu ada jalan".

**********

Petang itu kelihatan Sofea dan Amarul sedang duduk menikmati pemandangan di taman permainan. Seperti kebiasaan mereka berdua akan lepak di taman permainan seusai habis menelaah pelajaran. Memandangkan mereka berdua sudah tidak lagi perlu menelaah pelajaran, mereka pergi ke taman permainan sejurus sahaja usai menikmati hidangan petang di francais McDonald.

"Jadi lepas ni awak nak sambung pelajaran di mana ?" soal Amarul memulakan bicara.

"Ohhh saya rasa maybe saya mahu sambung ke UiTM dalam bidang Undang-undang.. awak ?"

"Saya mungkin ke UiTM juga kot.. tapi dalam bidang music...hehehe... ohhh by the way saya nak beritahu awak sesuatu... dan saya rasa awak memang perlu tahu..." kata Amarul serius.

"Okey... apa hal yang awak mahu beritahu ?" soal Sofea tidak sabar.

Amarul menghela nafas sejenak sebelum memulakan bicara.

"Mengenai blog Pria Istimewa tempoh hari... actually saya lah pemilik blog tu..." ucap Amarul setelah mendapat kekuatan.

"Huh ?! Are you serious ?? you’re the owner of Blog Pria Istimewa ???!" jerit Sofea yang begitu terkejut mendengar apa yang diucapkan Amarul sebentar tadi.

"Errrrr... ye.. saya lah pemilik blog tu.... tapi macam mana awak tahu pasal blog tu ekk ?"

"Awak tahu tak saya peminat blog tu since 2008 !!? Saya adore gila dengan blog tu... hari hari saya bukak blog tu tahu ?!.." sekali lagi Sofea menjerit menggambarkan betapa terkejutnya dia pabila mengetahui pemilik blog Pria Istimewa itu adalah orang yang dia kenali selama ini iaitu Amarul.

"Okey-okey...kalau ye pun tak payah lah jerit kuat sangat... sakit telinga tahu ?.." kata Amarul sambil menutup kedua-dua belah telinganya.

"Ehhh.... sorry-sorry... saya tak sengaja sebab terlampau terkejut bila tahu awak pemilik blog tu... Ya Allah tak tahu macam mana saya nak gambarkan perasaan saya bila tahu awaklah pemilik blog Pria Istimewa tu... ish jahatlah awak ni..." seraya itu Sofea mencubit bahu Amarul sekuat hatinya.

"Aduh... ape awak ni main cubit-cubit.. sakitlah..." mengadu Amarul kesakitan.
Usai itu mereka tergelak sesame sendiri melihatkan perangai mereka yang seperti kebudak-budakan.

"Awak... actually ada satu lagi benda yang saya nak beritahu awak..."

"Huh ?! Ada lagi ? Hati saya ni dah terkejut tau awak jangan nak tambahkan lagi.. aish.."

"Ehh takde laaaa... takde terkejut-terkejut punya... saya just nak nyanyi satu lagu yang saya baru cipta belakangan ni... saya ingat nak jadikan awak pendengar pertama saya... lagi pun saya buat lagu ni khas untuk awak.. hihihi..." kata Amarul segan-segan.

"Untuk saya ?? Awak ni ada-ada jea laaa... nakal tau.." kelihatan pipi Sofea mulai merah pabila mendengarkan kata-kata Amarul.

"Hehehehe... awak tunggu sekejap tau,"

Amarul segera berlari-lari anak mengambil gitar akustiknya di kereta. Sekembalinya Amarul, dia memetik gitarnya halus dihadapan Sofea mengikut chord. Belum sempat Amarul menyanyi Sofea terlebih dahulu menutup mulut Amarul dengan tapak tangannya.

"Sekejap.. suara awak sedap ke ? kalau tak sedap saya tak nak lah dengar.." kata Sofea bergurau.

"Ehh ehhh... demand nya lah awak ni... dengarlah dulu lepas tu baru komen.. ini tak...haih.."

"Hahahaha... okey-okey... saya main-main je laaa... hihihihi...." ketawa Sofea diiringi senyuman lebar.

"Okey... awak dengar ehh..."

Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita

Chorus
Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata baby i love you
Kau cairkan hatiku

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu

Ulang Chorus

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu
Kau seru akulah pelangi cintamu

Sedap. Mungkin itu yang cuba diperkatakan oleh Sofea mengikut raut wajahnya yang begitu asyik mendengar Amarul menyanyikan lagu tersebut. Sekali-sekala kelihatan kepala Sofea digoyang-goyangkannya mengikut irama lagu tersebut. Dan petang hari itu menyaksikan mereka berdua hanyut dibuai melodi indah hasil ciptaan Amarul......

"Abang... anak-anak semua dah ada dekat meja makan ni... semua tengah tunggu abang... makanan pun dah siap semua... cepatlah turun...,"

Sahutan isteri Amarul segera mematikan lamunannya. Dia segera menutup komputer ribanya dan lekas bersiap turun ke bawah. Kelihatan kesemua anaknya telah duduk menunggu ketibaan ayah mereka di ruang meja makan.

Kini setelah 6 tahun berkahwin Amarul dan Sofea telah dikurniakan 3 orang anak. Permulaan perhubungan mereka yang dimulai dengan perlanggaran tidak sengaja berjaya membawa mereka berdua ke satu peringkat hubungan yang lebih serius. Orang kata cinta monyet selalunya tidak bertahan lama. Tetapi bagi Amarul dan Sofea cinta monyetlah yang membawa mereka bersatu sebagai pasangan suami isteri. Dan kini mereka hidup bahagia bersama anak-anak tersayang. "Siapa kata pertemuan pertama tidak boleh menjadi pertemuan yang istimewa ?" Tammat.

♥~♥~♥~♥~♥♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥♥~♥~♥~♥~♥♥~♥~♥~♥~♥

Hasil Karya : Encik Tikus

Untuk vote Encik Tikus, sila tinggalkan komen undian anda pada kotak komen di bawah.

Good luck Encik Tikus!!! :D

With Love,
♥ Juliana Violet ♥

63 comments:

cnen said...

vote! simple.

siti fatimah said...

vote :)

Anonymous said...

simple yet meaningful :). gj encik tikus

Atqhsykla said...

Vote Encik Tikus! ^^

kim heeruul said...

amarul?
mcm name aku..
vote..:)

kazisha said...

saya vote :)

d.e.e.n.a.YAYA said...

vote!
vote!!

sweet r cite neyh..incik tikus mang suke wat cite gempak..like!!

Anonymous said...

ya!aq vote!

♥ Vee Violet ♥ said...

CNEN AFI (dream chaser),
♥ Thanks for the vote. :)

Siti Fatimah,
♥ Terima kasih daun keladi. :)

Anony,
♥ Thanks for reading. :)

Atqhsykla,
♥ Thanks for the vote! :D

kim heeruul,
♥ Macam nama Korea. :)
Thanks for the vote. :)

kAziShA,
♥ Terima kasih Kazisha. :)

d.e.e.n.a YAYA,
♥ Tengs! Tengs! :)

zezolla_atin,
♥ Thanks for voting! :)

GT said...

voted!!

Anonymous said...

vote!

platipus said...

aku undi..grr!

CircleofLife said...

voted :D

Aku said...

vote !

a Y i e N a said...

loikeee~ :D

Nur Nadzirah Azmi (NCR) said...

vote... (^-^).v

Unknown said...

vote...suka!

hanis azlan said...

like ! even mcm cliche. but still sweet ;)

YasminJHunwick said...

vote vote :D

Darl Eika said...

vote :D

reenapple said...

vote... heheheh

genny da bomb said...

vote..tak sangka pandai buat citer budak yang kusangka diam ni..hehe

Anonymous said...

vote...nice!

Anonymous said...

vote...nice!

cik ima said...

vote!!!!
best sesangat!!!

amiramukri said...

vote :)

Scha Nazri said...

gud job beb! bangga ade kwn mcm lu.

VOTE! ^^

SHAFIQA AZIMA said...

Vote for encik tikus!

Askrie Hishamuddin said...

VOTE FOR ENCIK TIKUS!!

I VOTE
VOTE HIM!!!

Nurhamizah Hamzah said...

myza vote cerpen ni!
simple , sweet & best~
:)

Noor Fatin said...

vote!!

Unknown said...

Awwww....en. tikus got my vote! :3

Raden said...

tikus busuk..aku vote...weeeeeee

lady-D said...

vote ^__^

Phantom said...

VOTE ~

NabilaShrm said...

VOTE !

Anonymous said...

Usai Usai Usai...
banyaknye gune word nie. Try use word lainlah. Btw, nice ah citer nie, walaupun 1% je yang betul2 terjadi kat dunia nie.

Oh, tak boleh vote sebab pakai anon :P

Akmal Khalidah said...

VOTE!

Aina Safiqa :) said...

Vote dan suke !
best post !! :)

Lea Isnawi said...

aku suke post ni!

vote sama die!

cik ciput said...

this classic tale definitely have my vote! =)

encik tikus, u have my vote :D

||fatin syahira|| said...

voted for encik tikus!!! hehe

fatian athiea said...

gua













V






















O




















T


















E
























VOTE





















encik tikus..
















good luck yea:)

Miss Bluepinkiey said...

vote !
tikus tikus kucing!..:D

Ain Zulaikha said...

vote for encik tikus..

ENCIK TIKUS said...

hey thanks to you'll yang vote, very appreciate it =D

Cik Akma said...

afundi cerpen ni. eh silap vote!

gud luck! :D

Syukri_Own's said...

Aku VoTe!! Encik Tikus.

Cik Syaz said...

vote 4 encik tikus =)

♥ Vee Violet ♥ said...

To all voters,
♥ Thanks for the vote. :)

Lalala said...

vote.. cuma perkataan usai tu terlampau banyak digunakan

tykaa Malik said...

love the story , seriously :)

... said...

vote

... said...

vote

Anonymous said...

vote 100 kali (:

best best! good luck ;D

TSYA'Z (~_^) said...

VOTE!!

vampire's lovex said...

vote juga .. gudluck tikus

Unknown said...

OKEEEEE, DAH BERANGAN JD SOFEA TU PULAKK, HAHAHA. VOTEEEEEEEEEE! :D

una eus said...

best2! votee! :D

@amabanzai said...

undi.
Kbai

@amabanzai said...

undi.
Kbai

K2r~90 said...

v
o
t
e

alexayussida said...

vote 110x...terbaeklah..sempoi je :)