Wednesday, January 5, 2011

99 Hari Kisah Klasik "bukan penggoda" : Aku Bukan Si Penggoda

Siapa yang boleh tentukan apa pilihan yang kita ada?
Siapa yang boleh tentukan pada siapa kita ingin jatuh cinta?
Siapa yang punya rasa sahaja yang memahami yang turut punya rasa.
Biarkan saje hati yang memendam rasa nan lara.



"Sampai bila kau nak hidup dalam kenangan kau dengan dia? Oh come on la weh! Move on! Move on!" tingkah Edrina masih tidak berpuas hati.

"Kau ingat aku nak sangat ke hidup macam ni? Kalaulah aku boleh hilangkan apa yang aku pernah lalui dengan dia dulu, dah lama aku buat. Dan kalaulah aku boleh padam macam nak delete file atau folder dalam hard disk, itu adalah folder pertama yang aku akan delete. Tak pun, aku hantaq pi format. Buang segala macam virus kenangan haram J tu," ujar Safiyya geram.

Tunduk. Mengeluh.

Kenangan cinta yang tidak kesampaian antara dia dan Zarul sering bermain di fikiran. Kenangan itu akan makin kerap berputar di kotak fikirannya sekiranya hadir insan yang kononnya memahami lalu ingin mengisi kekosongan sanubari. Tapi, mana mungkin dia menyerahkan buat kali kedua hati miliknya untuk dirobek-robek hingga menjadi serpihan yang tiada harga.

Diam. Sunyi.

Hati serasa terkunci. Dikunci sebenarnya. Jiwa sentiasa paranoid. Bagi dia, hatinya pernah diberikan bukan untuk dipecahkan hingga hancur berderai. Dan usaha untuk menyambung kembali serpihan-serpihan hatinya bukanlah satu kerja yang mudah. Ia mungkin mengambil masa yang dia sendiri tidak tahu untuk berapa lama.

"Entah-entah dia sikit pun tak fikir pasal kau. Kau je yang sibuk meroyan terkenangkan dia. Kau tengoklah apa yang kurangnya Abang Fathi tu? Dia dah syok kat kau, kau pulak boleh buat tak layan. Ish. Aku tak fahamlah kau ni."

Safiyya teringatkan Fathi. Pelajar senior, tua dua tahun daripada dia, mengambil jurusan yang sama. Seorang yang tak berapa nak hu ha hu ha. Entah kenapa Fathi tertarik pada dia, tidaklah dia ketahui. Sedangkan semua orang tahu yang Safiyya memang seorang gadis yang sukar didekati. Pengalaman masa lampau mengajarnya untuk tidak lagi mempercayai mana-mana lelaki Ajnabi. Pehh. Kecewa dengan Zarul punya pasal, sampai semua lelaki Ajnabi terhukum sama. Ajnabi tak tahan tu.

"I am taking my own time lah, Ed. Benda macam ni bukan hang boleh paksa ikut suka hati atok nenek hang. Aku yakin aku akan move on jugak suatu hari nanti. Kita tunggu jelah masa tu tiba nanti. Okay?" Safiyya cuba menyedapkan hati Edrina meskipun hatinya sendiri rawan.

*****
Untuk melupakanmu dan semua pilu,
Sandiwara bodohku untuk mencintaimu,
Tinggalkan semua biarkanku seorang dengan diriku,
Derita sendiri kerana melukaimu.

Hey jiran! What's up? I've been very busy this whole week and neglected my phone and you! Sorry! Well, being as single ladies, that's what we always do right? Phone tak charge. And now, is charging and teringat nak text kau. Neglecting your phone ain't a sin though. Hope you're just doing good since I'm just checking on you to make sure that everything is all right. The past is fatal. But the future is waiting. Take care. Missing you. Big time. I really mean it. Loves. Xoxo.

SMS yang baru sahaja diterimanya sebentar tadi betul-betul meruntun hatinya yang kian walang. Hatinya sering cuba disedapkan dengan 'takpe kalau takde pakwe pun, as long as ada kawan yang setia pun dah cukup bagus'. Ya, di saat dia betul-betul memerlukan sokongan untuk terus kekal bertahan, di situlah akan hadir Basyirah, kawan yang bersamanya sejak lahir. Kebetulan tarikh lahir mereka yang hanya selang sehari menjadikan Safiyya dan Basyirah umpama kembar bukan sepusat sepusing.

Nah, it's alright jiran. Having faith that you're always around me is more than enough. Cuma, sometimes rasa ni terlalu sakit untuk aku simpan dan pendam sendiri. Dan untuk mengganggu hidup kau pulak bukanlah style aku. We got our own lives after all. No worries. I'm all okayyyyy. Even if I'm not, you must believe that I'm okayyyy. Hehe. Missing you big time too. Hope we'll meet SOONNNNN! Loves, hugs and kisses.

Jauh di lubuk hati Safiyya, dia banyak mengeluh sebenarnya. Mengeluh dan kecewa. Menjadi anak tunggal perempuan bukanlah perkara yang mudah. Dia terpaksa melayani semua kerenah yang kekadang meminggirkan hati dan perasaannya sendiri. Sampaikan satu tahap dia rasa dia mampu untuk menjadi penyembunyi perasaan yang paling tegar.

"Cik Ngah! Tengok Pak Long ni! Pak Long, janganlah..." mengekek ketawa Chuah apabila diusik oleh Pak Longnya. Tersentak aku daripada lamunan sebentar selepas membalas SMS daripada Basyirah. Oh, Pak Long tersebut adalah abang sulung aku, Sufi. Sebab anak buah aku panggil aku Cik Ngah, menjatuhkan hukum aku ini anak kedua. Ya, aku anak kedua dan diapit oleh seorang abang dan tiga orang adik lelaki. Chuah adalah anak sepupu aku yang aku panggil Kak Long, sepupu sulungku. Memandangkan Kak Long pun memang rapat dengan famili aku dan jarak rumah kami yang hanya sepelaung, anak-anak dia sering ditinggalkan di rumah aku di sebelah siang untuk sesi tuisyen. Kononnya.

Cuti semester sebenarnya banyak membuatkan luka di hati Safiyya makin parah. Mana tidaknya, dah duduk sorang-sorang, termenung, melangut, last-last teringat kat kenangan silam yang melukakan. Benda bila dah jadi kenangan, dan-dan ianya akan jadi sesuatu yang menyedihkan. Sedangkan sebelum kenangan luka itu tercipta, itulah perkara yang paling membahagiakan.

"Hari ni ayah kata nak datang ambil petang nanti. Ummi kata tak payah tidur sini," tutur Chuah petah, menghalau terus menunganku.

"Kenapa pulak tak payah tidur sini? Chuah dah tak sayang Cik Ngah eh?"

"Bukanlah. Ummi yang kata tak payah tidur. Nanti petang ayah balik kerja, ayah datang ambil."

"Iye. Chuah dah tak sayang Cik Ngah. Sebab tu Chuah taknak tidur kat sini."

"Ummi lah! Bukan kita." serius Nazurah yang baru berusia 6 tahun itu menafikan.

"Sudahlah. Chuah tu yang tak sayang Cik Ngah, nak salahkan Ummi pulak. Dah. Jangan duduk dekat Cik Ngah lagi." ujarku cuba mengusik. Berpura-pura merajuk.

Satu perkara tentang Chuah, walaupun dia baru sahaja berusia enam tahun, pemikirannya sangat matang. Percakapan serta perbuatannya juga tak menggambarkan langsung yang dia ni belum bersekolah rendah pun lagi.

"Berdamai?" tanyaku demi memandangkan Chuah bagai ayam berak kapur, jadi aku pun mengambil langkah untuk berdamai.

"Taknak!"

"Cik Ngah kira sampai tiga je..." ugutku lagi.

"Taknak!" Dibuatnya muka yang ternyata sengaja menyakitkan hatiku.

"Satu..."

"Taknak..." Dicebikkan bibirnya pula. Aish. Makin geram pulak aku.

"Dua..." Aku masih tak berputus asa.

"Taknak..." Muka dia masa ni tak payah cakap la. Rasa nak bagi makan penampor sulung pun ada.

"Ti..."

"Taknak..."

"Ti...ga!"

"Taknak!" Dia tegar berpeluk tubuh sambil menyatakan pendiriannya.

Fine! Geram! Aku terus memanjat tangga dan masuk ke dalam bilik, diikuti kakak Chuah, Chia. Tidak berapa lama selepas itu, kedengaran pintu biliiku diketuk. Aku tahu itu pasti Chuah dengan cubaan untuk memujukku memandangkan aku langsung tidak melayannya selepas aku 'declare war' dengan dia sebentar tadi.

"Siapa tu?" tanya Chia mewakiliku.

"Kakak, ni Hani Najua Fahmie..."

Aku dan Chia sudah ketawa terbahak-bahak di dalam bilik. Boleh pulak dia cakap nama penuh. Memang lawak. Tapi aku masih tak puas lagi rasanya nak mengenakan Chuah.

"Cakap kat dia, tadi Cik Ngah ajak berdamai taknak. Sekarang, ini bilik Cik Ngah, Cik Ngah tak kasi masuk," bisikku pada Chia untuk disampaikan kepada Chuah.

"Cik Ngah kata, ni bilik dia. Tadi taknak berdamai, sekarang tak boleh masuk bilik Cik Ngah."

Keadaan senyap. Mungkin sudah berputus asa budak ni, fikirku. Aku pun tanpa berlengah lagi turun ke bawah untuk memasak. Ya, menjadi anak perempuan tunggal benar-benar menjadikan aku gadis melayu sejati. Mana tak sejati, kalau dah semua kerja rumah aku yang buat. Bukan nak mengungkit, saja nak riak. Huhu.

Tapi, sebelum tu haruslah ada aktiviti selingan kan. Melompat aku duduk di atas kerusi untuk melayari internet barang seminit dua. Ala... Bukan buat apa pun. Nak tengok notifications kat facebook je pun. Tengah aku sedap-sedap melayan facebook, ada sehelai kertas yang menghalang pandanganku ke skrin komputer.

'CIK NGAH CIK NGAH JOM LAH KITA BERDAMAI'

Aku rasa macam nak gelak guling-guling pun ada. Chuah tulis nota tersebut di atas sehelai kertas dan melekapkannya di atas skrin komputer bagi memastikan aku membacanya. Tapi, peperangan masih belum berkahir. Aku buat tak reti je dengan nota tersebut. Chuah nampaknya tak berputus asa. Dia tulis lagi.

'CIK NGAH JANGANLAH BUAT KITA MACAM NI. CIK NGAH TAK LAYAN KITA, TAK DENGAR KITA CAKAP DAN LAIN-LAIN'

Hahahahahahaha! Part 'dan lain-lain' aku paling tak boleh tahan. Manalah budak ni belajar perkataan tu. Lawak betul. Aku membetulkan duduk seraya berkata, "Orang kan, kalau nak berdamai, kenalah salam." Ringkas. Tapi, Chuah ni memang dasar egois. Dia taknak pun salam aku sampailah Chia paksa dia berbuat demikian.

"Yelah. Yelah. Cik Ngah..." sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Aku menyambutnya acuh tak acuh. Chuah nak berlalu pergi selepas bersalaman, tetapi baru beberapa langkah, dia berpatah balik ke arahku lantas memeluk dan mencium pipiku. Aku terhibur dengan telatahnya. Budak-budak, gumamku dalam hati.

*****
Benarlah hidup ini pelbagai warna,
Warna yang dicampurkan untuk membentuk keunikan,
Warna yang mengajar erti sedih dan gembira,
Warna yang mewarnai hati nan sekeping.

"Tema warna kuning, tapi aku tak ada baju kurung kuning yang cantik pulak. Pakai ni boleh tak?" tanyaku sambil menyuakan baju kurung cotton berwarna merah jambu kepada sepupuku, Maira.

"Gasaklah. Lagipun, bukan kau nak jadi pengapit pun kan."

"Ish. Taknak aku. Aku nak sakan bergambar hari ni. Mana boleh jadi pengapit. Ehh. Cepatlah tolong mekapkan aku."

"Nak buat tudung style Siti tu jugak ke?"

"Mestilah!" jawabku penuh bersemangat sambil menyeringai kecil.

*****
Boleh jadi apa yang dibenci, menjadi kesukaan kita,
Dan boleh jadi apa yang disuka, menjadi kebencian kita,
Maka, terimalah apa adanya,
Suka dan bencilah seadanya.

"Piya! Piya! Kau nampak tak photographer tu?" tanya Shika sambil menyikuku. Shika merupakan antara sepupuku yang paling rapat denganku selain Maira kerana kami banyak mempunyai minat yang sama. Oh. Dan juga perangai yang hampir sama.

"Haaaa. Nampak je. Tak payahlah sampai nak guna siku kot ye pun kau ni. Tapi, aku malaslah nak ngendeng kat dia. Kau tak ingat ke dia dah malukan kita hari tu?"

"Ala... Chill- lah Piya! Dia tak sengaja kot."

"Malas. Malas. Malas. Ehh. Dah lah. Aku nak pegi tengok Kak Yaya kat atas. Nak ikut tak?" pelawaku.

"Takpelah. Aku laparlah. Nak pergi makan dulu. Nanti-nantilah aku tengok."

*****
Falsafah tentang cinta memang banyak tak terkata. 
Falsampah tentangnya juga tak kurang hebatnya.
Ramai yang bahagia kerana cinta, kononnya.
Tak kurang juga yang hilang pedoman.
Ehh ni sebab iman tak kuat, padan muka.
Entah. Mungkin kita yang terlalu leka dan alpa.

'Ish. Apa mamat ni ada kat sini jugak. Saje nak carik gaduh ler tu. Kacau betul lah!' hati Safiyya terus berbisik sebaik sahaja terpandangkan photographer yang dimaksudkan sebentar tadi bertembung dengannya di tangga.

'Apa pulak ni. Lalu jelah bila aku bagi jalan. Mengada pulak nak tunggu-tunggu aku jalan dulu. Gentleman la tu konon. Cit. Pooodah.'

"Errr... Awak nak jalan dulu ke atau nak saya tangkap gambar awak yang masam mencuka sekarang ni?"

'Ewah ewah ewah. Sesedap oren je dia nak mengata muka aku masam mencuka. Ingat muka dia tu manis sangat?'

"Pape jelah!" balasku keras dan terus menaiki tangga untuk ke bilik pengantin, Kak Yaya.

Bertembung di anak tangga sulung bukanlah petanda yang baik memandangkan itu membawa maksud yang dia juga akan naik ke tingkat atas! Haish. 'Sibuk jelah,' bisik hatiku kegeraman.

"Kak Yaya, ni ada hadiah daripada kawan Kak Yaya tadi kat bawah. Piya letak sini eh?"

"Okay. Okay. Letak je kat situ. Ehh Piya! Kenapa Piya pakai baju warna pink ni? Baru nak suruh jadi pengapit," ujar Kak Yaya berbaur nada kecewa.

"Ala Kak Yaya... Kak Yaya bukan tak tahu yang Piya tak suka jadi pengapit-pengapit ni. Lagipun, kan dah ada Kak Ida ni. Kuning lip-lap lagi. Sepadan gitu," aku cuba berseloroh.

"Assalamualaikum..."

'Ah sudah. Bencana sudah mari...' monolog dalaman Safiyya nampaknya sudah mula akan bekerja keras demi mendengarkan suara yang seringkali cuba dielaknya.

"Haaa sampai pun dah photographer kita ni. Masuk, masuk Remy..." ujar Kak Yaya mempelawa Remy tadi tu masuk untuk menjalankan tugasnya.

'Remy??? Eiyyyucksss! Puh-leaseeeee. Nama nak Remy je. Bajet artis lah? Kalau macho macam Remy Ishak takpe jugak. Ceh.'

"Segan sebenarnya nak masuk. Tengok ramai sangat aweks tadi," ujar Remy kemalu-maluan.

'Eleh. Segan kunun. Poyolah kau mamat!' getus Safiyya dalam hati. Entah kenapa prejudis sungguh dia terhadap lelaki yang dikenali dengan nama Remy tu. Ish. Dengar nama pun dah tahu poyo.

"Errr... Kak Yaya, Piya turun dulu lah eh. Lapar pulak tetiba rasa perut ni," sengaja aku memberi alasan untuk keluar daripada keadaan yang melemas lagi merimaskan itu.

"Eh nantilah dulu. Jom kita ambil gambar dulu. Remy, tolong ambilkan gambar aku dengan Piya boleh?" tanya Kak Yaya kepada jurugambarnya.

"Sure!"

Sejurus selepas menangkap gambar mereka, Remy melihat semula gambar Safiyya dan Yaya di dalam DSLR Nikon D90 kepunyaannya. 'Pehh. Boleh tahan comel minah ni. Mata bulat. Siap ada lesung pipit lagi tu kat dua-dua belah pipi. Dagu terbelah dah macam Siti.' Dia tersengih sendiri. Safiyya pula tanpa berlengah terus turun ke bawah. Meluat!

*****
Mungkin cinta itu datang tanpa dipaksa.
Mungkin juga kedatangannya tidak pernah diduga.
Mungkin bisa membuatkan kita gembira.
Mungkin juga derita.
Mungkin. Segalanya mungkin.

"Sudi tak Piya jadi teman hidup Remy?" tanya Remy perlahan, seakan-akan berbisik.

Meremang terus bulu roma Safiyya. Mana pernah dia berada dalam situasi seperti ini. Masa bercinta sakan dengan Zarul dulu pun, mana ada romantik-romantik sangat. Zarul seorang yang sangat pentingkan pelajaran lantas meletakkan percintaan dengan dirinya di nombor ke berapa, Safiyya pun tak pasti. Tapi, apa yang pasti, cinta Safiyya lebih mendalam daripada Zarul kerana sanggup melepaskan Zarul atas permintaan Zarul sendiri demi perasaan sayang dan cintanya kepada lelaki itu.

'Haih. Cinta memang gila,' omel Safiyya sendiri sambil menggeleng-gelengkan kepalanya yang terlalu buta kalau dah mencintai seseorang.

"Apa? Piya tak sudi???" tanya Remy dalam riak terkejut.

"Hah???" jatuh rahang Safiyya dek terkejut dengan pertanyaan Remy sebentar tadi.

'Apekebende yang mamat ni melalut pulak. Kantoi aku berangan tadi.'

Blur.

"Tak lah. Tadi Remy tanya Piya, sudi tak jadi teman hidup Remy, lepas tu tetiba je Piya geleng, maknanya Piya tak sudi la ek? Sedihlah Remy kalau macam ni..." terang Remy panjang lebar sambil mukanya ditunduk menekur lantai.

"Eh yeke? Sorry... Piya tak perasan, Piya tengah fikir benda lain sebenarnya tadi. Sorry ye Remy," perasaan bersalah mula menular dalam hati Safiyya. 'Eh, buat apa nak rasa bersalah pulak. Macamlah aku nak kat dia. Tapi, kalau taknak, apekehei nye pulak aku nak berdebor-debor semacam ni. Ah sudah. Kacau...'

"Takpe. Remy faham. Mesti susah kan Piya nak terima orang lain dalam hidup Piya lepas apa yang dah berlaku kat Piya."

"Apa yang berlaku kat Piya?" Safiyya dah mula tak senang duduk. Remy tahu ke cerita pasal kisah cintanya yang tidak kesampaian dengan Zarul dulu? Mana pulak dia dapat tahu? Ish. Malulah pulak kalau Remy tahu.

"Remy tahu lah. Kan Remy nak ngorat Piya, mestilah Remy kena tahu serba sedikit pasal Piya. Baru senang nak ngorat."

'Gila straight forward mamat ni!'

Aku diam. Memberi ruang untuk masing-masing berfikir.

"Remy, Piya nak balik dulu lah. Dah lewat ni. Nanti apa pula kata Mama."

"Remy hantar?"

"Thanks. But, no thanks."

*****
Kata orang,
Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
Kata orang lagi,
Kalau tak sakit dan patah hati bukan cinta namanya,
Haruskah aku percaya apa yang sering diperkatakan orang,
Haruskah aku berpura-pura tidak merasa kesakitan ini,
Mampukah aku hanya kaku melihat kau berlalu pergi,
Sedangkan hati merintih sayu memohon kau kekal saja di sisi,
Oh hati,
Rintihlah dalam sepi,
Kerana tidak mungkin ada yang mengerti.

Tempoh masa dua bulan mengenali lelaki yang bernama Remy betul-betul membuatkan emosi dan perasaannya terganggu. Apa kejadahnya dia yang tak pernah-pernah nak fikir pasal lelaki lain selain Zarul dah mula bercelaru dengan lelaki yang pada awalnya cukup dia meluat.

'Ish. Tulah... Sape suro benci mamat tu. Kan orang kata, daripada benci boleh bertukar sayang. Haru beb kalau dah sayang ni.'

'Ala... Apa salahnya. Mamat tu pun okay apa. Bukannya perogol bersiri ke apa ke. Baru balik dari oversea lagi. Photographer lagi. Tinggi lagi. Rupa pun boleh tahan.'

'Ahh. Jangan nak mengada. Kalau dah nama lelaki tu lelaki jugak lah. Mula-mula je boleh sayang-sayang, lepas tu melayang. Yang kepayangnya, diri ni jugak. Tak payah nak cari pasal.'

'Cari pasal apa pulak. Mamat tu cukup pakej kot. Jangan sampai putih mata, sudahlah...'

"Arghhhh! Sudah-sudah! Malas nak fikirlah."

Sendiri fikir, sendiri berkecamuk, sendiri meroyan, sendiri bengang, sendiri menyesal, memang itulah Safiyya. Sering berperang dengan jiwanya sendiri.

*****
Biar orang kata cinta itu buta kerana mungkin mereka yang buta.
Biar orang kata cinta itu perlu gunakan akal kerana mungkin mereka yang terlebih akal.
Biar orang mengeji cinta ini kerana mungkin mereka tidak pernah mengerti.
Biarkan. Biarkan saje mereka.

"Kak Ngah dah nak habis belajar hujung tahun ni. Dah ada calon belum? Kalau belum, boleh Mama cepat-cepat carikan," tanya Puan Suraya kepada anak perempuan tunggalnya.

"Rilekslah Ma. Hujung tahun ni lambat lagi kot. Yang Mama nak rushing-rushing buat apa? Takkan lari gunung dikejar, Ma," ujar Safiyya bosan.

"Lambat apa pulak. Lagi 4 bulan Kak Ngah dah nak habis belajar. Lepas tu, tinggal sebulan je lagi untuk habis tahun ni," Puan Suraya masih berkeras.

'Kak Ngah dah ada. Tapi, Kak Ngah taktau la dia nak kat Kak Ngah lagi ke tak. Dan Kak Ngah jugak taktau Mama berkenan kat dia ke tak. Dan yang paling penting, Kak Ngah taktau dia wujud lagi ke tak.'

Tapi itu hanya mampu diucapkan Safiyya dalam hati. Yang keluar daripada mulutnya, "Ikut Mamalah... Mama carilah sesiapa yang Mama berkenan. Kak Ngah ikut je." Hailaaa... Susahnya nak luahkan!

Mata Safiyya memaku di televisyen yang sedang memaparkan cerita siri penyiasatan kesukaannya, CSI:NY tetapi mindanya berputar memikirkan Remy, lelaki yang telah ditolaknya tiga tahun lalu. Sejak daripada itu, dia langsung tak mendengar khabar berita daripada Remy. Bukannya tak boleh dengar tapi dia yang tak mahu dengar. Safiyya kembali teringat peristiwa tiga tahun lalu...

"Piya, kau ada contact ke dengan Paksu aku?" tanya Basyirah direct.

'Hai, pelik ni. Takde angin, takde ribut, tetiba je Basyirah menelefonnya dan terus bertanya pasal Paksu dia. Siapa Paksu dia pun aku tak kenal, nak contact jadah.'

"Sape pulak Paksu kau?"

"Eh sorry sorry. Kau tak tahu eh yang Remy tu Paksu aku?"

"Remy? Paksu kau? Manalah aku tahu dow."

"What a small world! Kau tahu tak mana aku tahu pasal kau kawan dengan dia ni?"

"Ehh chop! Chop! Bila masa pulak aku berkawan dengan dia?"

"Aicecececeh. Nak buat-buat tak tahu pulak. Dengan aku, kau tak payah nak malu-malu cover line. Kata kembar weh. Aku tahu lah. Kau nak tahu, Paksu aku sekarang dah gila bayang kat kau! Dia nak suruh Nekma aku masuk minang kau. Hahahaha."

Baru dia tahu yang Remy merupakan adik kepada ibu kawan baiknya, Basyirah. Ya, itu bermaksud Remy merupakan pakcik kawan baiknya sendiri. Tapi, jarak umur mereka tak jauh memandangkan Remy anak bongsu dan ibu Basyirah anak sulung.

"Gila! Aku belajar lagi kot. Ish. Taknak aku."

Jantung Safiyya berdegup kencang. Apa kecik sangat dunia ni? Takde orang lain ke yang dia boleh jatuh hati? Jatuh hati? Sejak bila pulak dia jatuh hati dengan budak Remy ni? Ah sudah. Parah... Parah...


*****

Ku hanya ingin kau tahu rasa hati yang terpendam
Ku hanya ingin kau mengerti gelodak jiwa yang tersembunyi
Kerana serasa berat untuk kutanggung lagi rasa ini sendirian
Kerana serasa beban yang menghimpit perasaanku kini sudah tak tertahan lagi
Aku tidak ingin kau pergi
Meninggalkan ku sendiri dibuai mimpi
Sambutlah cintaku
Pimpinlah tanganku
Bersama kita menuju pintu bahagia nan syahdu
Membawa rasa kasih yang disulam cinta
Alangkah bahagianya dipukul ombak rindu
Kita berdua hanyut dalam rasa yang indah tiada duka

"Maaf Remy. Saya tak boleh terima awak. Saya rasa saya masih perlukan masa untuk sembuhkan luka dan untuk berfikir dengan lebih rasional. Perasaan awak tu hanya sementara. Ia akan hilang dan lenyap jua suatu hari nanti."

"Tapi Piya, Remy betul-betul..."

Tangan Safiyya diangkat menunjukkan isyarat dia belum habis bercakap.

"Saya taknak dengar apa-apa. Awak pun tahu kan, saya dengan Basyirah memang rapat sejak dulu lagi. Saya harap apa yang awak rasa tu takkan menjejaskan hubungan saya dengan dia. Walaupun awak ni Paksu dia, tapi saya harap saya tak dengar apa-apa lagi pasal awak daripada dia. Jaga diri. Assalamualaikum."

Safiyya terus berlalu meninggalkan Remy yang nyata sedih dengan keputusan melulu gadis pujaannya. Tanpa disedari, manik-manik jernih gugur daripada takungan airmata Remy. Airmata jantannya gugur jua. Dia kalah dengan penangan cinta seorang Safiyya.

Pintu kereta Swift dibuka dan Safiyya meloloskan badannya ke dalam seraya mengesat airmatanya yang tak mampu ditahannya sedari tadi. Safiyya teresak-esak menahan tangis.

Dia sendiri kalah dengan mainan perasaannya. Entah macam mana dia boleh menafikan perasaannya sendiri. Dia sedar penafian yang paling bangang adalah penafian perasaan sendiri. Kini, dia bukan setakat menjadi penyembunyi perasaan yang paling tegar, tetapi dia juga merupakan penipu perasaannya sendiri.

"Bagus sangat la tu, Safiyya Hakimi! Paranoid lagi kan!" jeritnya nyaring lantas mengesat airmatanya kasar.

Enjin kereta dihidupkan dan dia memandu tanpa arah tujuan. Kosong.

*****
Pergilah derita
Kerana aku menanti bahagia
Pergilah kecewa
Kerana aku menanti gembira
Pergilah duka
Kerana aku menanti suka
Pergilah sayang
Kerana aku tak ingin lagi hanya mengejar bayang
Biarlah air mata ini kering
Jangan diganggu lagi hidupku yang kian hening

"Kalau Kak Ngah tak bawak calon jumpa Mama dengan Babah dalam masa sebulan ni, Kak Ngah kena kahwin dengan pilihan Mama," ugut Puan Suraya. Encik Hakimi yang sedang sibuk membaca isu-isu semasa di laman web Malaysiakini langsung tidak mengendahkan perbualan dua beranak itu.

"Eh eh. Kak Ngah ingatkan dah settle pasal hal ni. Rupanya belum eh. Yelah Ma... Memang kompom Kak Ngah tak dapat bawak balik calonnya dalam masa sebulan ni. Apa Mama ingat 30 Hari Mencari Cinta ke? Kehkehkeh. Takpe Ma. Mama teruskan jelah dengan calon Mama k. I'll love him just the way he is. You don't have to worry, Ma," ujar Safiyya acuh tak acuh sambil tersenyum. Cuba menenangkan hati ibunya yang memang teringin sangat melihat dia mendirikan rumah tangga.

"Kak Ngah taknak tengok dulu ke gambar lelaki tu?"

"Na-ah. Tak perlulah Ma. Takut nanti kalau Kak Ngah tengok, terus Kak Ngah tak berkenan, kan dah payah. Hihi. Biarlah masa menikah nanti menjadi kali pertama Kak Ngah tengok muka suami Kak Ngah. Pehhh. Romantik betei kan Ma," Safiyya cuba menceriakan suasana sambil memeluk ibu kesayangannya.

"Romantik, romantik. Ingat ni cerita novel ke? Drama? Nak beromantik-romantik pulak."

"Hehe. Nanti bila dah siap, Mama bagitahu Kak Ngah tau. Kak Ngah nak uar-uarkan kat semua orang yang Kak Ngah dah nak kahwin. Biar cowok-cowok ganteng semua lagi kecewa bila aja melihat cewek cantik ni udah mahu dipunyain," Safiyya tergelak mendengar celotehnya sendiri yang entah betul entah tidak cuba-cuba untuk bertutur loghat Indonesia memandangkan ibunya suka bebenor menonton sinetron di televisyen.

*****
Kita ingat kita tahu banyak benda,
Tapi sebenarnya kita tak tahu banyak benda,
Dan dalam banyak-banyak benda tu,
Pasti akan ada yang menjadi kesan jauh di lubuk hati.
Kerana kita merancang, Allah juga merancang.
Dan sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.

"Piya, bukan tu ke mamat yang kau anti gila dulu tu? Takkan dia kot yang jadi pengantin? Biar betul!" mulut Shika bagaikan murai tercabut ekor sebaik sahaja terpandangkan kelibat lelaki yang cukup dikenalinya itu.

"Entah. Aku pun tak pernah tahu sape bakal laki aku. Aku pakat redha je. Boleh tak? Haha."

"Haha haha kau! Kau tahu tak kau dah nak menikah ni? Kau nak ke hidup dengan mamat tu?"

"Eh eh kau yang nak emo apekes? Aku redha jelah weh. Kan dah cakap tadi. Tapi, belum tentu dia yang jadi laki aku. Nama laki aku Yusuf la. Mamat tu kan nama dia Remy.”

"Boleh jadi apa nama dia Yusuf Remy? Tak pun, Remy tu nama manja dia je. Mana tahu kan..."

"Sudah. Sudah. Jangan nak mengarut sangat."

Dan...

"Aku nikahkan dikau Yusuf bin Rosli dengan anak aku, Safiyya binti Hakimi dengan mas kahwinnya RM300 tunai..."

Bergema suara yang dirinduinya saban waktu menerima akad nikah yang dilafazkan oleh ayahnya sendiri sebentar tadi. Dengan sekali lafaz, dia akhirnya disatukan dengan lelaki yang pernah suatu masa dulu menawan hatinya. Dan itu jugalah buat pertama kalinya dia mengetahui nama sebenar Remy. Banyak sangat kejutan gamaknya.

Yes! Akhirnya dapat juga kita bersaudara. Welcome to the family, Maksu! Hikhik,” Basyirah mengusik sambil mencium lembut pipinya. Muka Safiyya berubah rona menahan malu.

*****
Aku tahu kamu pasti rasa apa yang aku rasa
Aku tahu cepat atau lambat kamu akan mengerti
Jika hati dipaksa pasti tiada rela
Carilah yang layak mencintai dirimu
Kerana aku rela berundur
Demi kebahagiaan kau yang aku cinta
Datangku tanpa undangan
Pergiku tanpa iringan
Jangan kau tangisi pemergianku
Kerana kau bukannya milikku
Begitu juga dengan diriku
Yang hanya meminjam sekadar waktu
Daripada yang Maha Esa, Allah yang satu

"Terima kasih sebab sudi terima Abang," ucap Remy atau nama sebenarnya Yusuf dalam suara yang sangat romantik di pendengaran Safiyya.

Safiyya tersenyum ikhlas memandang suaminya. "Sape yang sudi terima? Orang kahwin ni pun sebab terpaksa tau."

"Terpaksa pun terpaksalah. Janji Abang dah dapat Sayang. Hahahaha," Yusuf sudah cukup mengenali Safiyya yang gemar bergurau. Sikit pun dia tak ambil hati.

Tanpa pengetahuan Safiyya, Remy sebenarnya mengikuti perkembangan Safiyya selama tiga tahun ni daripada Basyirah. Basyirah jugalah yang beritahu dia Safiyya asyik merungut apabila ibunya mendesaknya mendirikan rumah tangga sedangkan Safiyya sendiri tiada calon dan akhirnya bersetuju untuk mengikut pilihan ibunya.

Bila saja Remy tahu pasal perkara tersebut, dia cepat-cepat menyuruh ibunya merisik Safiyya untuk dirinya. Tak sanggup lagi rasanya dia nak menunggu dengan lebih lama. Karang melepas, membujang la sampai ke tua gamaknya.

Sengih.

"Piya, congrats!" Suara yang cukup dikenalinya. Tidak disangka insan yang tiada lagi ruang dalam hatinya sudi datang ke majlis perkahwinannya. Bergetar jiwa Safiyya bilamana dia terpandangkan wajah yang sudah pun berjaya dilupuskan daripada kotak memorinya. Namun getaran yang berbeza. Tidak lagi seperti dulu.

"Thanks, bro." Yusuf dan Zarul bersalaman. Tangan kiri Yusuf menyulam erat jari jemari Safiyya, cuba memberikan kekuatan. "Thanks, Zarul..." ucap Safiyya perlahan. Zarul mengangguk dan berlalu pergi.

Makin erat Yusuf menggenggam jari jemari isterinya. Safiyya membalas genggaman tersebut lantas merangkul erat pinggang suaminya. Safiyya melemparkan senyuman yang paling manis menandakan dia bahagia bersuamikan lelaki yang mencintainya sepenuh hati.

*****
Dirimu persis bintang terbit dari langit
Bukanlah mimpi-mimpiku
Di sini telah datang sayang paling dalam
Bawaku pulang berteman pelangi
Kamar hati kuhiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya keranamu
Oh.. Yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu
Ku susur langkah melayarkan hari indah
Bersamamu
Lilin diri
Takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri
Kudambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia
Akanku jaga
Seluruh jiwaku

Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas dari genggamanku
Biarku lamar
Sahih dirimu
Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu ...
~Kejoraku bersatu, Search

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hasil Karya : bukan penggoda

Untuk mengundi bukan penggoda, sila tinggalkan komen undian anda di kotak komen di bawah. :)
Good Luck bukan penggoda a.k.a Zuely! (^^,)



Untuk vote, anda boleh tinggalkan komen di kotak komen. Anda boleh tinggalkan vote mengikut cara masing-masing. Yang penting anda harus tinggalkan komen seperti ;

~> Saya suka cerpen ini. I vote!
~> Vote!
~> Saya vote cerpen ini.
~> Saya undi!
~> Ana undi ini cerpen. Ente bagaimana?
***undian dari anony tidak dikira***



With Love,
Juliana Violet.

34 comments:

bukan penggoda said...

why zulaikha zuely? kehkeh.

emirhasnan said...

i vote.

platipus said...

sy undi beliau

Anonymous said...

aku pn undi si gadis jelita nih

Yusuf Remy said...

suke cerpen nih.. aku remy n for sure aku undi hasil karya zuely..

ahmad alkhani said...

yup
aku vote cerpen ni

ara aka edrina said...

baguih weii..selaku edrina aku vote.(edrina cantik woo..:) )

moch@cino7 said...

votez votez votez :)

nadhirah said...

si comel zulaikha. saya undi kamu!

♥ Juliana Violet ♥ said...

Wah!!! Banyaknye peminat die! :)
Zuely, nak Vee tukar ke nama awak?

Hmmm... sebenarnya vote terbuka kepada bloggers sahaja... ='(

bukan penggoda said...

vee, takyah tuka. it's ok. :)

lorh. yeke? taktau pon. xpela. aggp la vote tu memeriahkan suasana. kehkeh.

♥ Vee Violet ♥ said...

Okay dear. :)
Sorry tau. ;(

amer4u said...

cam best je cerpen nih.. undi la si bukan penggoda..

♥ Vee Violet ♥ said...

Merocean,
♥ Adakah itu bermaksud anda turut mengundi si bukan penggoda? (^^,)

Bintu Sazali said...

vote for kak zulaikha zuely!..ekeke..:D

Vamp Mary said...

I vote.

♥ Juliana Violet ♥ said...

Bintun Sazali,
~♥~ Thanks for the vote. :)

Vamp Mary,
~♥~ Thank you so much for voting. :)

Leplep said...

ok,gua vote..kehkehkeh..

♥ Juliana Violet ♥ said...

areleaf,
~♥~ Terima kasih daun keladi. (^^,)

amer4u said...

i vote

♥ Juliana Violet ♥ said...

merocean,
~♥~ Thanks for the vote. :)

ainasya said...

hoi sahabat..gua tabik lu.....

!#$%$#@ AKU MENG-VOTE KO %^#$&

~KERMT SHAYANG~

♥ Vee Violet ♥ said...

ainasya,
♥ Thanks for the vote ye. :)

ezza said...

VOTE :)

Hasmira Salleh said...

vote...!

♥ Vee Violet ♥ said...

N Ezzzzzzzati MS,
♥ Tengs for the vote! :)

Hasmira Salleh,
♥ Thank you so much for voting. :)

Siddiq Mahyildin said...

thumbs up;) << mksdnye, kome vote lah ye;)

♥ Vee Violet ♥ said...

siddiq,
♥ Kome ada nyatakan hasrat mau vote.
So kira vote lah tue... Hihihi... Thanks ya! ;)

Unknown said...

Manja vote cini

Anonymous said...

vote 1+

TheBentPencil said...

saya sebagai rakan sekerja anda wajibaghunna vote yang ini.

kbai.

deus X machina said...

haaa gua vote!!!

!..fatinabdwahab..! said...

i vote for this! ;D

Cahaya_Kebahag!aan said...

saya VOTE..:-p