Tuesday, February 22, 2011

99 Hari Kisah Klasik "Komie Aroon" : Kau Boleh Blah!

Termenung ku bercelaru
Memikirkan cinta
Di mana sebenar
Namanya cinta

Usai solat subuh pagi itu aku terus ke bilik air untuk mandi. Ah, satu perkara yang amat aku benci sepanjang pengajian adalah LDK (Latihan Dalam Kumpulan), yang diadakan pada setiap semester dan pada hari itu sesi kedua LDK bakal berjalan di mana sepanjang hari bermula dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang hariku bakal di isi dengan modul-modul yang membosankan. Kalaulah aku boleh ‘skip’ LDK ni. Tapi tak ke naya nak kena repeat sem depan. Repeat LDK pulak tu, apa kejadahnya. Silap hari bulan tak dapat grad. Tangisan berlagu pilu pula aku nanti. Akhirnya aku gagahkan jua kaki ini untuk ke tingkat 5 Fakulti Undang-undang, UiTM. Sesi pagi itu dimulakan dengan ceramah dari Professor Madya Abdul Hadi Ahmad dari Fakulti Pengurusan Perniagaan membincangkan perihal ‘Ekonomi Bumiputra’ yang sikit pun tidak membangkitkan minatku melainkan mendengar lawak sampingan darinya untuk mengelakkan kami dari tertidur. 
Dua jam selepas sesi ceramah berjalan, aku dan Siti terus ke Kolej Cempaka untuk melihat senarai nama pelajar dan kelas yang bakal kami duduki sepanjang sesi LDK itu nanti. Seperti yang aku jangka, aku dan Siti akan berpisah kelas. Ah, bosannya. Sudahlah aku benci LDK bagai nak rak, seorang kawan aku pun tak ada bersama-sama di kelas yang bakal aku huni pada sepanjang siang itu. Tiba-tiba rasa macam nak balik ke bilik sahaja. Ah, tensionnya.
Hendak tak hendak terpaksalah jua aku merajinkan diri memanjat tangga ke bilik kuliah bernombor 209. Sampai di kelas aku memencilkan diri di sudut yang paling hujung sambil memandang handphone. Berharap ada sesiapa yang rajin untuk meng ‘sms’ ku tapi hampa. Beberapa minit kemudian fasilitator kami muncul dan mengarahkan kami untuk duduk di dalam bulatan. Dengan malasnya aku menuruti. Ketika sesi bersuai kenal berjalan, telah masuk dua orang pelajar lelaki yang paling ‘popular’ di kelas aku lalu menarik kerusi dan duduk di sebelahku. Aku hanya buat-buat tak nampak mereka yang seronok berborak dengan wanita cantik di sebelahku ini. Yalah, tak mungkin aku nak menyampuk. Lagipun siapalah aku ni nak di bandingkan dengan mereka yang ‘loaded’ dan ‘up to date’ tu. Dari ekor mataku aku dapat melihat dia sedang memandangku dengan pandangan yang sukar untuk aku mengertikan. Mungkin dia sedang memperkecilkanku melihatkan cara pemakaianku yang sedikit kolot ini. Macam mak cik mak cik pun ada. Ah, lantaklah. Ada aku kisah dengan pandangannya itu?.
Selepas sesi suai kenal, fasilitator mengaturkan kami untuk membentuk satu kumpulan kecil. Aku rasa sungguh bernasib baik kerana tidak berada di dalam satu kumpulan dengan lelaki tersebut. Mungkin kerana tidak berapa gemar dengan perangainya yang agak ‘menonjol’ itu. Maklumlah dia antara budak cerdik pandai di dalam ‘batch’ ku. Lagi pula seorang debator jadi tidak hairanlah dia antara budak lelaki yang selalu menjadi bualan di antara pelajar perempuan. Pada pandanganku dia tidaklah terlalu kacak tetapi mungkin kerana pembawakannya yang kelihatan sentiasa yakin dan bersedia itu menjadikan dia idaman pelajar-pelajar wanita. Tambahan pula dia merupakan anak peguam yang terkemuka di Kuala Lumpur. Namun, aku tetap tidak menyukainya. Sudahlah sombong, berlagak pulak tu dan dia hanya bercampur dengan rakan-rakan debatornya selain wanita-wanita cantik. Perempuan sepertiku ini? Layak dipandang sebelah mata sahaja.
Ketika rakan-rakan sekelasku yang lain sedang sibuk membentuk kumpulan kecil masing-masing, aku masih termenung di kerusiku. Terasa berat sungguh kaki ku ini untuk bergerak. Tiba-tiba lelaki di sebelahku ini memandangku dengan riak tidak puas hati kemudian berkata,
“Tunggu apa lagi?. Blahlah. I reserved this seat for group two.” Masya Allah, sakitnya hati aku mendengarkan ayat itu. Rasa seperti tersiat-siat hatiku ini. Di luar kawalanku aku memandang tajam wajahnya dan terhamburlah satu perkataan yang tidak pernah aku ucapkan dengan beraninya kepada sesiapa pun. Maklumlah dikalangan rakan-rakan aku yang paling penyabar orangnya. Akan tetapi demi mendengarkan kata-kata lelaki yang tidak pernah walau sekalipun aku bercakap  dengannya dan pandangan rakan-rakan yang lain, cukup untuk membuatku rasa terhina. Lalu aku meluahkan,
“Kurang ajar.” Dia kelihatan terkejut. Mungkin tidak menyangka yang aku akan melawan.
“Apa kau ingat aku nak sangat ke duduk kat sebelah kau ni?”. Dia kelihatan kehilangan kata-kata. Rakan-rakan yang lain tergamam termasuk fasilitator kami.
“Siapa yang duduk kat sebelah aku dulu hah? Ada aku jemput kau duduk kat sebelah aku?”. Nampak gayanya aku tidak dapat mengawal diriku. Rasa marah makin berapi- api. Berani sungguh dia berkata biadap denganku. Blah? Memang sangat kurang ajar.
“He just asks you to go to your group”. Rakannya, Fakrie membela.
“You shut up. I’m not talking to you.” Wah, tiba-tiba aku turut bercakap orang putih sambil jari telunjukku memberi amaran padanya. Mata lelaki tersebut masih tidak berganjak memandangku. Dia menenangkan rakannya yang kelihatan tidak berpuas hati denganku.
“ I was just joking, ok,”jawabnya tenang. Ah, tak habis habis dengan speaking mat salehnya itu. Naik meluat aku.
“What joking? I’m not assuming it as a joke. You told me to ‘blah’ and you said it was a joke?.”
“Hey, can you be tolerant for a while? Don’t yell like a fool!.” Wah wah wah, sekarang dia nak arahkan aku supaya diam pulak malah cakap aku bodoh lagi. Ni dah lebih ni.
“No. I can’t and don’t you dare to say to me that I’m fool.” Lelaki itu mencebik.
“Kenapa kau kurang ajar sangat ha?. Dah buat salah bukannya nak mintak maaf tapi boleh pulak buat muka macam tu.”
“Emm, adik adik semua. Boleh tolong hentikan tak pergaduhan ni?,” tergagap-gagap kakak fasilitator kami berkata-kata untuk meleraikan pertengkaran tersebut.
“Tak akak. Melainkan dia mintak maaf pada saya dulu,”putusku.
“What? It is not my fault. You are the one who is too sensitive. I am not going to apologize. What for?,” ucapnya dengan penuh angkuh. Ya Allah, rasa macam nak tumbuk-tumbuk buat sambal belacan je mamat nih.
“Hey guys. Just apologize to her. If not she will be ‘menggila’ pula kat sini.” Terdengar suara Azura, minah gedik kat kelas aku. Tajam pandanganku menghala ke arahnya.
“Even I’m not apologize to her, dia dah ‘menggila’ pun,”balasnya diiringi tawa rakan-rakan yang membelanya. Aku lihat hampir separuh pelajar di kelas tersebut menggelakkanku. Kemudian, barulah aku sedar rupanya hampir kesemua pelajar kelas tersebut adalah rakan-rakan seangkatan dengannya dari Asasi KPTM. Hanya beberapa pelajar sahaja dari kursus Prelaw sepertiku. Alangkah malunya aku ketika itu. Tanpa menghiraukan tawa orang ramai aku menolak badan lelaki tersebut sehingga dia terduduk di atas kerusi lalu aku berlari keluar dari kelas. Nampak gayanya aku kena repeat LDK semester hadapan. Arghh.. 

************************************************************************

“Mia, aku dengar kau gaduh dengan Zayrel, budak debator tu tadi eh?. Wah beraninya kau,”soal Siti sejurus tiba dibilikku di tingkat 4 ni. Wah, sebab nak tahu cerita tu rajin pula dia mendaki tangga ke bilik aku ni ya. Sebelum ni jangan haraplah, asyik aku je yang nak kena turun pergi ke biliknya. Aku hanya mengangguk dengan pertanyaan Siti itu. Malas hendak bercakap panjang, takut nanti makin banyak pulak marahku terhambur keluar.
“Aku dengar si Zayrel tu pun blah selepas kau pergi tu. Kau pergi mana hah? Akak fasi tu suruh cari kau kat bilik tapi kau tak ada pun.” Aku sedikit terkejut tetapi sengaja tidak di tunjukkan di depan Siti. Ingin sahaja aku bertanya kenapa tetapi kelu pula lidahku ini.
“Mana kau pergi?,”soalnya lagi
“Aku keluar dari UiTM,”jawabku pendek.
“Kau pergi mana?”
“Pergi tasik,”balasku memaksudkan tasik itu adalah Taman Tasik Shah Alam. Lama aku termenung di situ. Sudah menjadi tabiatku untuk meredakan sebarang perasaan di tasik. Dengan melihat air yang mengalir hatiku akan menjadi tenang. Selepas 2 jam duduk di situ tanpa berbuat apa-apa aku membuat keputusan untuk berlegar-legar di dalam PKNS sebelum pulang kemudiannya. Sedikit-sebanyak perasaan marah tadi berkurang apabila mencuci mata melihat pameran buku yang kebetulan berlangsung di situ. Sempat pula aku membeli 2 buah novel karya Ramlee Awang Murshid. Sedang aku enak membaca novel di bilik aku di datangi oleh minah ini pula. Pembacaanku sedikit terganggu.
“Kenapa kau boleh gaduh dengan mamat tu? Apa yang dia dah buat kat kau?”.
Aku menarik nafas panjang sebelum mengenang kembali peristiwa siang tadi.
            “Macam mana aku tak marah. Kau tahu tak dia cakap apa kat aku?,”bersungguh-sungguh Siti menggeleng. “Dia suruh aku blah! Ya Allah sakitnya hati.”
            “What? Dia cakap gitu kat kau?.” Aku hanya mengangguk dengan riak wajah yang tidak puas hati. Kalau dia ada kat depan aku sekarang ni dah lama dah kena lanyak.
            “Amboi beraninya dia.”
            “Kau tahu tak apa si minah gedik Azura tu jaja cerita kau kat orang?”
            “Apa dia?”
            “Dia cakap kau tak puas hati sebab tak dapat satu group dengan Zayrel. Zayrel dah cakap baik-baik kat kau supaya masuk group lain tapi lepas tu kau tolak Zayrel sampai dia jatuh terlentang.”
            “What?!,”jeritku lantang.
            “Eh, minah cicak kubing tu memang pandai buat cerita betullah. Kurang ajar punya pompuan. Dia pun sama je macam mamat papan lapis tu. Dua- dua tu memang nak kena makan penampor aku la.” Ucapku dengan marahnya. Siti sudah terkekek ketawa. Aku memandangnya pelik.
            “Kau ni pulak apasal?”
            “Tak ada la. Aku kelakar dengar kau cakap si Azura tu cicak kubing dengan si Zayrel tu papan lapis.Hahaha.” Melepas lagi tawa Siti. Aku hanya menjelingnya geram. Aku cakap betul-betul dia boleh gelak pulak.

************************************************************************

            Pagi itu aku rasa tidak sedap badan, rupa-rupanya aku didatangi ‘penyakit perempuan’. Alamak, dah la hari ni ada presentation law of contract. Macam mana hendak concentrate di hadapan nanti kalau tiba-tiba aku di serang senggugut. Baru sahaja aku menyebut perkataan senggugut tiba-tiba terasa cucukan yang sangat menyakitkan di bawah perutku. Arghh, kan aku dah cakap tapi takkanlah hendak ditangguhkan presentation itu, nanti apa pula kata ahli kumpulanku yang lain. Mahu tidak mahu aku gagahkan jua kaki untuk ke kelas.
            Sesampai di kelas, Siti, Hani dan Diya sudah siap memasang LCD untuk kegunaan semasa pembentangan nanti. Aku hanya duduk di kerusi sambil menekan perutku untuk menahan rasa sakit. Sengaja aku tidak meletak minyak angin kerana tidak mahu seisi kelas terganggu dengan bau minyak panas. Siti dan Hani mendekatiku.
            “Kau kenapa ni? Pucat semacam je aku tengok?,” soal Hani.
            “Sakit perempuan la,”jawabku acuh tak acuh. Rasa sakit di ari-ari semakin mengganggu.
            “Kau ok tak ni? Nak minyak angin?,”soal Siti pula. Aku hanya menggeleng menolak tawarannya tadi.
            “Aku okey kot. Mintak-mintaklah kelas ni cepat habis. Ingat nak balik teruslah lepas ni. Kau tolong cakap kat ustaz aku cuti hari ni,”pintaku pada mereka berdua supaya memberitahu ustaz kelas Bahasa Arabku bahawa aku tidak sihat semasa kelas petang nanti. Mereka hanya mengangguk. Tiba-tiba aku melihat Siti menolak badan Hani dengan bahunya mengisyaratkan bahawa seseorang telah  masuk ke kelas. Aku berpaling dan melihat Zayrel Ridzuan sedang masuk ke kelas dan duduk di kerusi belakang. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang perasaan. Tetap dengan selambanya itu. Aku naik meluat dan terus memandang ke hadapan. Tiba-tiba rasa sakit hati menyerang. Kejadian kelmarin masih tidak dapat aku lupa. Aku sudah tetap dengan keputusanku. Selagi dia tidak memohon maaf kepadaku, selagi itulah aku akan melancarkan mogok ‘benci’ kepadanya. Tidak sekali-kali dengan rendah hati aku akan memaafkannya. Never.
            “Arghh…”. Senggugut aku menyerang lagi. Kali ini lebih menyakitkan dan menyebabkan aku rasa seperti hendak muntah. Untuk menghilangkan rasa loya aku meminum air. Terasa lega sedikit.
Beberapa minit kemudian Madam Alia masuk dan mengarahkan kami memulakan pembentangan. Pembentangan dimulakan dengan aku memperkenalkan ahli kumpulan dan seterusnya isi-isi penting yang harus kami sampaikan. Sepanjang mempersembahkan kerja kami, mataku turut sekali-sekala menyorot pada Zayrel yang seperti tidak memberikan perhatian pada pembentangan kami. Berlagak sungguh dia ni. Kalaulah aku dah hilang sabar dah lama aku ‘sound’ dia. Tidak semena-mena dia turut memandang ke arahku. Takkan dia dengar apa yang aku cakap tadi kot. Perasaanku sedikit kalut lalu aku cepat-cepat menjelingnya. Wah, puasnya hati.
Sesi pembentangan selesai sudah. Kini tiba sesi soal jawab antara presentor dengan members of the floor. Kali ini sakit di ari-ari semakin menggila. Aku menggigit bibir untuk menahan kesakitan. Aku tidak akan membiarkan diriku nampak lemah di hadapan ini terutama sekali di hadapan Zayrel.
Ikhwan yang juga rakan baik Zayrel mengangkat tangan untuk bertanya soalan. Aku sempat menjeling Zayrel yang sedang tersenyum sinis disebelah Ikhwan. Mungkin sedang mempersendakanku lagi. Aduh, sakit hati dengan sakit senggugut bercampur baur menjadi satu. Madam Alia mempersilakan Ikhwan untuk bertanya soalan.
“In your presentation just now. You had said that there are three tests to determine whether the statement given by the defendant is a term or representation which are verification, importance of the statement and knowledge. So, do we need to fulfill all those tests?,”tanyanya penuh berhemah. Rakan- rakanku yang lain diam mencari jawapan. Sakit hati melihat tingkah Zayrel dan rakan-rakannya yang memandangku dengan senyuman sinis, tiba-tiba aku meninggikan suara tanpa sedar.
“No, you don’t need to fulfill all. Just choose the relevant one!” Sengaja aku menekan ayat itu sambil membalas sorotan tajam milik Zayrel. Kau ingat aku bodoh ke?. Tiba-tiba terdengar suara ketawa dari rakan-rakan sekelasku. Aku segera tersedar yang aku sudah melebih-lebih. Aku lihat wajah Ikhwan yang tertunduk. Mungkin malu dengan jerkahan aku tadi. Serta- merta aku jadi kesian kepadanya.
Selepas kelas bersurai aku rasa tekakku loya secara tiba-tiba. Rasa mual dan ingin muntah menyebabkan aku berlari keluar dari kelas dan melanggar seseorang yang turut ingin keluar melalui pintu yang sama. Aku menolak badannya sehingga menyebabkan dia sedikit terdorong ke belakang.
“Hey, what the….,” hanya ayat itu yang sempat aku dengar sebelum aku terus keluar dari kelas dan berlari ke tandas. Di dalam tandas, aku memuntahkan segala isi perut yang ada. Senggugutku semakin kronik. Terasa lemah seluruh badan. Siti dan Hani masih menungguku diluar tandas. Mereka risau dengan keadaanku yang agak teruk itu.
“Mia kau ok ke? Nak aku teman kau balik bilik tak,?” soal Siti diluar tandas. Ketika itu aku sedang bersandar di dinding kerana kepenatan. Rasa mual beransur hilang.
“Aku dah ok sikit. Kau orang pergilah kelas. Nanti masuk lambat ustaz marah pulak,”
“Habis tu kau?,”soal Hani pula.
“Aku dah tak apa-apa. Kejap lagi aku keluar. Kau orang pergilah kelas. Tak payah risaukan aku.”
“Are you sure?.”
“Yes…”balasku sambil mengangguk-angguk.
“Kalau macam tu kita orang pergi dulu ya. Kau balik bilik baik-baik tau,”pesan Siti.
“Yalah,”jawabku lemah.

Setelah aku berasa reda sedikit, aku pun keluar dari tandas. Aku menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan. Selepas ini aku akan berjalan kaki pulang ke bilik, khuatir berasa loya jika berhimpit-himpit di dalam bas nanti. Buat naya je kalau termuntah di dalam bas. Aku keluar dari tandas dan duduk di kerusi rehat yang terletak diluar bilik kuliah sebelum memulakan perjalanan. Aku sedikit tersentak apabila tangan seseorang menghulurkan sekeping tisu di hadapanku. Aku memanggung kepala dan melihat Ikhwan sedang tersenyum sambil tangannya masih menghulurkan tisu tersebut kepadaku. Dia mengunjukkan tisu tadi apabila melihat aku masih teragak-agak untuk mengambilnya.
“Thanks,”ucapku kepadanya sambil menyambut huluran itu. Tisu itu ku lapkan ke mulut. Dia duduk di sebelahku.
“Minyak angin untuk awak,” diunjukkannya lagi sebotol kecil minyak cap kapak kepadaku. Aku terkesima.
“Sapu kat kepala untuk hilangkan pening dan loya.” Aku tergelak kecil. Prihatinnya dia.
“Terima kasih sekali lagi.” Sambutku sambil mencalit sedikit minyak itu ke kepala. Lega sedikit rasanya. Dia hanya tersenyum. Mengingatkan kejadian tadi aku jadi segan dengannya.
“Emm..Saya nak mintak maaf pasal perkara tadi..Saya dah tertinggikan suara pada awak.”
“It’s ok. I don’t mind about it. Saya tahu awak tak bermaksud nak marahkan saya pun kan?.” Aku hanya tersengih sambil mempamerkan riak wajah bersalah.
“Awak sakit apa?,”tanyanya tiba-tiba.
“Hah?,” aku tergamam. Tak kan nak bagitahu ‘penyakit’ aku ni. Malulah.
“Tak sakit apa-apa. Perut masuk angin je,” bohong sunat. Dia hanya mengangguk sambil tersenyum. Kenapa? Tak percaya? Ah, lantaklah.
“Eh, tak apalah. Saya nak balik dah ni. Terima kasih banyak bagi minyak angin awak,” aku menghulurkan kembali botol minyak angin tersebut.
“Tak apa, awak ambil jelah. Saya ikhlas bagi. Pakai kalau pening tau.” Dia mengingatkan membuat aku jadi bertambah segan dengannya. Baiknya dia ni. Aku kemudiannya mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Sempat lagi aku menunjukkan padanya minyak itu sebelum memasukkan ke dalam beg. Dia ketawa kecil.
“Saya balik dulu. Bye,” lambaiku sebelum berpaling.
“Emm, Mia.” Tiba-tiba dia memanggilku. Aku segera berpaling sambil mengangkat kening kepadanya.
“Emm, saya hantar awak balik?.” Aku tergamam.
“Awak tak ada kelas ke?,”soalku menutup gemuruh.
“Sensei saya cuti hari ni,” jawabnya merujuk kepada pensyarah Bahasa Jepunnya.
Aku berkira-kira sama ada untuk menerima pelawaannya itu ataupun tidak. Akhirnya, aku mengangguk sambil tersenyum. Dia senang hati dengan penerimaanku itu dan menjemput aku ke keretanya.

************************************************************************

            Selepas membeli makanan di Dataran Cendekia, aku, Siti dan Hani berjalan ke bilik Siti. Kami sudah terbiasa untuk membeli makanan di DC kemudian makan di billik. Ada sedikit privacy kononnya. Lagi pun kami tak suka dengan keadaan yang bersesak-sesak di dataran tersebut. Berserabut kepala rasanya. Semasa sedang menjamu selera, Siti tiba-tiba bertanyakan sesuatu kepadaku. Nasib baik aku tidak tersedak. Ish, Siti ni, kalau ya pun agak-agaklah. Tanyalah time aku dah habis makan nanti. Dan soalan dia tu, ish, apa punya soalan ntah.
“Kau ada skandal dengan Ikhwan ke?.” Mak aih, pedas giler ayat tu. Nasib tak bersembur nasi ke muka dia.
“Apa kau ni?. Soalan tak agak-agak,” marahku untuk menutup rasa malu.
“Betul apa. Lepas peristiwa kau jerkah dia kat kelas hari tu aku tengok korang makin rapat. Ada apa-apa ke?”
“Pembetulan ok. Tertinggi suara ya, bukannya jerkah,”
“Alah, lebih kurang la tu. Takkan la kau nak sembunyikan daripada kawan baik kau ni. Apa-apa pun cerita je. Kita orang ni boleh dipercayai tau,” Hani pula menyampuk. Boleh dipercayai konon. Piirah. Aku menyambung suapan.
“Korang ni couple ke?”
“Apa kau ni. Pandai-pandai je. Kita orang kawan jelah. Mulalah tu nak buat gossip hangat. Tak ada kerja lain,”
“Elele..ngaku je la. Nak main sorok sorok pulak,”
“Masya Allah, korang ni. Betullah, tak ada apa-apa. Kita orang kawan je.”
“Hmmm..” kedua-duanya mencebik. Suka hati korang lah. Memang betul pun aku dengan Ikhwan hanya kawan. Lagipun dia tak cakap pun yang dia suka kat aku,apatah lagi nak ajak couple. Aku?. Hmm, ntah.
“Hah, ni apa ni sengih tiba-tiba. Teringat kat Ikhwan la tu,”sergah Hani secara tiba-tiba. Nasib baik aku tak terlompat masa tu. Aku hanya tunduk untuk mengelakkan dia orang nampak muka aku yang tengah membahang ni. Malu beb.
“Eh, apa cerita dengan Zayrel ah?,” soal Siti tiba-tiba. Apa pulak tiba-tiba sebut nama malaun tu. Malaslah nak dengar. Sakit hati tak hilang lagi tau tak. Dah la hari tu dia boleh menjeling bila tengok aku. Hiish, aku cakar muka tu baru tahu. Dah tak hensem langsung dah lepas ni. Tapi, hensem ke dia tu? Ah, tak hensemlah. Macam papan lapis je aku tengok. Entah-entah papan lapis pun lagi ok kot.
“Aku dengar hari tu dia masuk mooting. Jadi juara lagi.” Aku buat muka. Non of my business.
“Kadang-kadang kan. Aku tengok si Zayrel tu macam perfect kan. Bijak, hensem, kaya. Yelah, anak lawyerlah katakan.,”sambung Siti.
“Oii!,”tiba-tiba aku menjerit. Kedua-duanya tersentak.
“Apahal kau ni nyah,” Hani buat-buat suara bapuk.
“Kau orang ni memang sengajakan.”
“A…pa?,” soal Siti sedikit tergagap-gagap.
“Dah tahu aku benci dengan si Zayrel tu. Yang korang duk sibuk-sibuk cerita depan aku ni apa hal?. Hensem?. Huh, atuk aku lagi hensem tau tak!.”
“Eh, nak ngamuk pulak minah ni. Kau jangan cakap macam tu Mia. Sekarang kau benci. Mana tahu akan datang ni kau tiba-tiba jatuh cinta dekat dia macam mana?”
“Hah? Hahaha,” aku gelak buat-buat. “Kelakarnya. Jatuh cinta dengan malaun tu? Mintak simpang malaikat 44 ok. Tak teringin aku”
“Kau jangan berlagak Mia. Kerja Tuhan kita tak tahu tau. Kau mana nak tahu entah-entah dia tu jodoh kau.”
“Hoi.. Amboi amboi amboi”, Wah, kedengaran macam program Azwan Ali la pulek. “Sesedap perasa kari je mulut kau ye cakap gitu. Dah tak sayang mulut?”
“Tak adalah. Kita orang cuma cakap je.”
“Ni. Korang dengar sini ye. Walaupun hanya tinggal si malaun tu sorang je kat atas muka bumi ni, aku tetap tak akan pilih dia. Ni janji aku tau,”tegasku tanpa memikirkan akibatnya.  
“Hmm..yalah Mia oii. Jangan kau termakan sumpah sendiri sudaaa” Siti meniru tagline Stacy AF. Aku menjeling Siti sambil menelan air liur. Khuatir jika kata-kata Siti itu menjadi benar.
  
************************************************************************

Sudah masuk sebulan aku bersahabat baik dengan Ikhwan. Dia tetap seperti biasa, tidak pernah menyakitkan hati aku. Aku pun tak nampak tanda-tanda yang dia ingin menjalinkan hubungan yang lebih serius denganku. Yalah, baru sebulan kan. Cuma hanya sekali dia pernah merisik samada aku sudah berpunya atau belum. Itu jelah, tak lebih tak kurang. Hmm, mungkin kami ni hanya layak menjadi kawan sahaja kot. Ah, melebih-lebih pula aku ni.
Hmm, Zayrel?. Huh, tak payah cakaplah. Makin menjengkelkan. Rasa nak ketuk-ketuk je kepala dia. Kita orang masih lagi melancarkan perang dingin. Aku masih ingat lagi, satu hari tu, lecturer menyuruh kami menyiapkan past year semasa tutorial. Tiba-tiba lecturer aku tu memanggil nama aku dan menyuruh aku ‘present’ di depan. Aku yang tak prepare apa-apa ni pun tergagap-gagaplah. Aku nampak dia tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh memandang aku. Berpeluh aku masa tu. Aku balas lagi pandangannya dengan riak marah dan dia dengan selambanya mengangkat kening kemudiannya mengenyit mata padaku. Nak matilah dia ni. Aku cucuk mata tu baru tahu. Tapi aku tahan je sebab Madam Rasyika dah asyik memanggil-manggil nama aku. Madam ni pun satu. Bawak-bawaklah bersabar. Dia ingat aku menari ke kat depan ni. Aku tengah berusaha mencari jawapanlah ni.
Akhirnya, Zayrel mengangkat tangan dan dia sukarela untuk menjawab soalan itu bagi pihakku. Semasa dia berjalan ke hadapan, sempat lagi dia berbisik ke telingaku.
“Balik bilik, study bukan tidur.” Arghh, pedihnya ayat tu. Aku hanya mampu mengetap bibir. Sabarlah hati. Kau bernasib baik sebab Madam Rasyika ada kat depan, kalau tidak…
Semasa dia present aku hanya menundukkan muka. Langsung tak tengok wajahnya itu apatah lagi nak menumpukan perhatian. Ayat yang terakhir aku dengar hanyalah, “That’s all. Thank you.”
Sekali lagi aku terkejut bila Madam Rasyika memanggil namaku dan bertanyakan sama ada aku faham atau tidak. Tergagap-gagap aku menjawab ya. Tiba-tiba dia menyampuk.
“Its ok mam. Maybe she needs more exercise.”disusuli ketawa rakan sekelas. Cis, berani kau memperkecilkan aku. Aku lihat Ikhwan turut ketawa tapi tak lama apabila aku mencerlun ke arahnya.
Tamat kelas itu aku segera keluar dari kelas bila Ikhwan tiba-tiba memanggil namaku. Aku berpaling dan melihat Zayrel sedang mengemaskan mejanya untuk pulang. Dia memandang ke arahku yang sedang berhadapan dengan Ikhwan.
Ada apa,”soalku masih tersinggung dengan sikapnya tadi.
“Sorry. I didn’t mean to laugh at you.”
“It’s ok. You’re not the one who supposes to apologize to me.” Sengaja aku menekan perkataan apologize itu. Zayrel masih berbuat selamba.
“Senang cakap macam nilah. Ada orang yang sedar diri buat silap tapi tak reti bahasa nak mintak maaf. Apa yang dia buat? Jadi bangang yang buat-buat bodoh.” Aku sedar yang aku berkata kasar tapi nak buat macam mana? Hati aku ni dah sakit sangat. Aku menjeling pada Zayrel dan melihat dia sedang memandang tajam ke arahku. Kenapa? Marah?.
“Jangan rasa diri tu dah bagus sangat. Kalau perangai macam setan, bijak manapun orang tak heran.” Pang. Terdengar hentakan di meja. Tersentak aku dengan tindakan Zayrel itu. Dia memandang aku seperti hendak telan sahaja lagaknya. Aku membalas pandangannya berani. Dia kemudiannya, menyandang beg ke bahu dan keluar dari kelas dengan marah sekali. Aku menghembuskan nafas perlahan-lahan. Cuak juga tadi kalau dia tiba-tiba mengamuk. Mati aku. Aku hanya senyum membalas pandangan Ikhwan yang mengangkat bahu.

************************************************************************
Tak tertahan hati ini
Bila kau berkata
Sememangnya aku
Menyintaimu

Aku ke kelas pagi itu dengan perasaan tidak sedap hati. Seperti sesuatu akan berlaku rasanya. Tetapi aku tidak yakin apa yang bakal berlaku. Aku masuk ke kelas seperti biasa. Zayrel tidak masuk ke kelas. Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu menghadap wajahnya hari ini. Lagipun aku berasa sedikit bersalah kerana menghinanya semalam. Tapi? Kenapa aku nak rasa bersalah pula.  Bukankah dia yang memulakan dahulu. Sepatutnya aku berasa gembira kerana dapat membalas balik perbuatannya itu. Aku cuba untuk menyedapkan perasaan sendiri.
            Sudah 2 kelas tapi Zayrel tetap tidak muncul-muncul. Kemana dia pergi? Terasa hati sangatkah dengan kata-kata aku semalam tu?. Rasa-rasanya tak adalah pedih sangat kata-kata aku tu berbanding kata-katanya padaku pada hari LDK hari itu kan. Kejadian itu memang dah lama berlalu tapi aku tetap tidak dapat melupakannya. Tak akan sekali-kali. Aku pendendam ke? Memang, memang aku seorang pendendam. So what?. Tiba-tiba perasaan benci itu muncul. Blah? What the hell?. Satu penghinaan tahu tak.
            Pada waktu tengahhari, aku diberitahu oleh Izzat bahawa Ikhwan ingin berjumpaku di fakulti. Aku terus menapak dari Cempaka ke fakulti. Ada apa pula Ikhwan ingin berjumpa denganku. Di fakulti pula tu. Kenapa tidak cakap sahaja di kelas tadi. Aku menaiki tangga ke tingkat 6 tetapi kelibat Ikhwan langsung tidak kelihatan. Aku berjalan-jalan dari satu bilik kuliah ke bilik kuliah yang lain. Aku tertanya-tanya, takkanlah pula dia hendak berjumpaku seorang sahaja di sini. Sekarang kan waktu makan tengah hari, sudah tentu tiada sesiapa di sini. Aku berasa diriku tertipu. Izzat ni memang nak kena. Dengan malasnya aku berpusing untuk pulang ke kolej.
Tiba-tiba aku terasa seseorang di belakangku. Baru sahaja aku ingin berpaling, tangannya telah menekup mulutku sambil tangannya yang sebelah lagi merangkul pinggangku dan menarikku ke dalam sebuah bilik kuliah. Di dalam bilik kuliah tersebut aku di tolak sehingga terduduk di lantai.
“Apa yang kau…” aku tergamam apabila melihat Zayrel di hadapan. Tangannya mengunci tombol pintu. Dia tersengih memandangku.
“A…apa yang k..au nak buat ni ha?,”marahku padanya dengan tergagap-gagap. Aku segera berdiri.
“Why? Are you afraid of me?,” Dia ketawa kuat.
“Well…Mana perginya Mia Aleesha yang berani tu?,”soalnya angkuh.
“You…don’t you dare to do something on me.” Aku memberi amaran. Terketar-ketar bibirku menahan rasa takut yang semakin memuncak ini. Ya Allah, kau bantulah hambaMu ini. Aku berdoa memohon semoga ada seseorang yang akan datang menyelamatkanku.
“Really ? What if I dare?,” soalnya sambil berjalan perlahan-lahan ke arahku.
“Don’t!,”marahku sambil turut berjalan berundur-undur ke belakang. Dia masih tidak berhenti berjalan sambil tersenyum sinis. Tergambar ketakutan yang teramat di wajahku.
“Stop it Zayrel or I will scream,”ugutku.
“Well, silakan. This floor is in renovation. I don’t think that they will hear your voice. Moreover, in lunch time? Huh.” Dia gelak jahat lagi sambil terus mendekatiku. Kakiku turut tidak berhenti melangkah menjauh darinya.
“Kau tak boleh buat macam ni kat aku,”suaraku makin mengendur. Ketakutan itu membuatkan aku seperti ingin menangis. Tiba-tiba aku sudah melekat di dinding. Tiada ruang lagi untuk melarikan diri. Badan Zayrel hanya berada beberapa tapak sahaja dari badanku. Kedua-dua belah tangannya dilekapkan di dinding mengecilkan lagi ruang yang ada. Aku memeluk beg yang disandang sekuat-kuatnya. Air mata sudah berjuraian jatuh ke pipi. Di dalam hati masih berdoa supaya Zayrel tidak bertindak lebih ganas.
“I beg you. Lepaskan aku,” rayuku sambil menangis teresak-esak memohon simpatinya. Dia senyum seperti meraikan kejayaannya. Aku tak kisah semua tu asalkan dia lepaskan aku. Aku nak balik. Aku tak mahu lagi bersengketa dengannya.
“Cik Mia. Are you begging to me.?” Aku mengangguk-angguk.
“Answer me,” jerkahnya.
“Yes!, yes, yes,” aku menjerit sambil menangis. Dia ketawa. Tiba-tiba, wajahnya makin mendekati wajahku. Aku lihat matanya sedang menjamah bibirku. Cepat-cepat aku menutup muka dengan kedua-dua telapak tangan.
“Cukuplah tu Zayrel,”tangisku lagi. Zayrel menarik kedua-dua tanganku perlahan-lahan.
“Dahlah tu. Jangan menangis lagi.” Aku tidak menghiraukan arahannya itu. Wajahku di tundukkan. Air mataku belum ada sebarang tanda untuk berhenti.
“Mia…I…I love you,”ucapnya tanpa ku sangka. Aku terus tergamam. Benarkah apa yang aku dengar ni? Aku sedang bermimpikah? Tapi, air mata ini?. Aku memandang wajahnya, dan yang paling penting matanya. Mata kuyunya memandang aku redup. Ada sinar di situ. Ah, ini semua pembohongannya untuk mendapatkan kemaafan dariku. Sedarlah Mia. Bibirnya bergerak lagi. Kali ini matanya memandang ke bawah.
“I love you from the first time I met you,” luahnya lagi. Aku memandang tidak percaya.
“I love you Mia. I love you.” Aku menggeleng-gelengkan kepala. Aku tidak percaya. Sungguh, aku tak percaya dengan kata-katanya. Aku tak akan percaya pada kata-kata seorang lelaki yang bernama Zayrel Ridzuan. Dia kelihatan hampa.
“Saya cakap yang benar. Saya cintakan awak,” luahnya sambil cuba menyentuh bahuku.
“Don’t touch me. I’m not stupid. I know what kind of guy you are. I’m not going to be your next victim.”
“Listen to me first Mia.”
“No! I won’t. And I will never listen to you!,”jeritku.
“Mia, please.” Aku menolak tangannya yang cuba untuk meraih tanganku. Tanpa berlengah, aku terus menolak badannya dan berlari ke pintu bilik kuliah. Segera tombol pintu aku pulas dan berlari keluar dari bilik itu. Sebelum aku keluar dari bilik, aku sempat mendengar dia menjerit namaku untuk kesekian kalinya. Aku seka air mata yang masih menitis. Tidak, aku tak percaya. Semua itu hanya pembohongan dia semata-mata. Ya, dia bohong. Dan yang penting, aku tak akan memaafkan perbuatan dia tadi. Selama-lamanya aku tidak akan lupa. Zayrel sudah melampau. Walaupun dia tidak melakukan apa-apa pada aku namun, perbuatan dia tadi tetap tidak dapat aku sekali-kali memaafkannya.
Selepas kejadian itu, 3 hari aku tidak ke kelas. Aku takut untuk berjumpa dengan Zayrel. Aku takut jika terserempak dengannya lagi. Sudah puas Siti dan Hani memujukku untuk bercerita namun, aku hanya membatukan diri. Selepas 3 hari, aku ke kelas seperti biasa. Zayrel tidak hadir ke kelas. Daripada cerita yang aku dengar, dia sudah berangkat ke luar Negara, melanjutkan pelajaran di sana. Semenjak peristiwa hari itu, aku tidak berjumpa dengannya lagi atau lebih tepat, itulah kali terakhir aku menatap wajahnya.

************************************************************************
Mungkin kita tak pernah mengutarakan masalah
Kau dan aku bagai tiada arah
Namun aku percaya kita akan mengatasi
Segalanya hanya untukmu
Kupasti

Selepas 7 tahun

Aku nekad untuk berhenti kerja di firma guaman di tanah kelahiranku, Pahang kerana mendapat tawaran kerja yang lagi bagus di Tetuan Mokhtar and Co. di Kuala Lumpur. Gajinya sangat lumayan. Lagi pula, firma tersebut adalah antara firma yang paling gah di Kuala Lumpur. Itu semua kerana kebanyakkan kes yang dikendalikan peguam-peguam di Tetuan Mokhtar and Co. selalu mendapat kemenangan di mahkamah. Peguam-peguamnya juga hebat-hebat belaka. Daripada cerita yang aku dengar, ada seorang peguam muda yang semakin meningkat namanya yang baru pulang dari luar Negara turut bekerja di firma tersebut. Dan khabarnya, dia dahulu adalah salah seorang pelajar undang-undang di UiTM yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Harvard Law School. Serta merta aku teringat pada seseorang. Seseorang yang sudah lama aku tidak jumpa.
Seminggu aku bekerja di Tetuan Mokhtar and Co. dan aku semakin dapat membiasakan diri dengan situasi di sini. Walaupun masing-masing sangat sibuk dengan kes-kes yang bertimbun namun, hubungan antara pekerja tetap akrab dan kami saling boleh berjenaka antara satu sama lain. Seperti satu keluarga. Benarlah bahawa persekitaran yang kondusif membantu kita untuk melakukan kerja yang lebih berkualiti.
Petang itu, aku dikejutkan dengan satu perkara yang tidak terjangka oleh akalku ini. Aku nyaris-nyaris tumbang apabila diperkenalkan dengan lelaki yang sudah lebih 7 tahun aku tidak ketemu. Zayrel Ridzuan. Dia masih seperti dulu tetapi lebih bertambah kacak dengan sut hitamnya itu. Nampak lebih matang dan berkaliber. Patutlah aku tidak pernah berjumpa dengannya sepanjang seminggu itu. Rupa-rupanya dia sedang mengikuti satu convention di Singapura. Sudah banyak kali aku melalui biliknya itu tapi tidak pernah aku terlintas untuk tahu siapakah pemilik bilik tersebut.
Sudahlah belum habis lagi aku mendapat kejutan tersebut, aku dikejutkan lagi dengan arahan Tuan Mokhtar, ayah Zayrel Ridzuan supaya kami menjadi partner untuk satu kes kecuaian. Arghh bekerjasama dengan Zayrel? Boleh ke?. Zayrel menghulurkan tangannya mengalu-alukan kedatanganku sekaligus sebagai mengalu-alukan aku untuk menjadi partnernya. Aku menyambut huluran itu teragak-agak. Dia mengambil kesempatan dengan meramas lembut tanganku. Ah, nasiblah kau sebab kat depan ayah kau. Kalau tak dah lama aku rentap. Ucapku di dalam hati sambil tersenyum ke arah Tuan Mokhtar. Kenapalah aku boleh lupa yang ayah si Zayrel ni peguam terkemuka di Kuala Lumpur ni.

************************************************************************

Deringan handphone yang membingit mengejutkan aku dari lena. Siapa pulak yang call pagi-pagi ni? Nak tidur pun tak senang. Dahlah semalam tidur lewat. Hari-hari minggu macam ni memang aku isi dengan tidur. Maklumlah, hari-hari biasa aku tak cukup tidur. Mana nak tengok kes lagi. Tengok Zayrel lagi. Tengok Zayrel? Apa kes?. Segera ku gapai handphone yang terletak di meja kecil.
“Hello,”dengan suara serak-serak basah aku menjawab.
“Wow, seksinya suara,”suara di sana mengusik disusuli ketawa kecil. Eh, siapa pulak ni?. Aku menjarakkan handpone dari wajah dan melihat ke skrin yang tertera perkataan ‘papan lapis’. What? Zayrel. Aku jadi kalut sendiri lalu batuk batuk kecil untuk melegakan tekak. Menarik nafas sebelum menekapkan kembali handphone ke telinga. Aku terdengar suaranya disana berkali-kali memanggil ‘hello’.
“Hello,”aku menjawab untuk kali kedua.
“Oh, you are still there? I ingat you tidur balik tadi,”perlinya. Dia ni kan satu hari tak kenakan aku tak boleh.
“Emm…ada apa you call I ni?”. Aku terus ke topic asal. Malas hendak melayan jenaka tidak lawaknya itu.
“You dah lupa ke?”
“Lupa apa?.” Setahuku aku tidak diberitahu apa-apa semalam.
“Our meeting with the client today?”
“Hah? Ada ke?”
“Hmm,”jawabnya.
“Wait a minute. Today kan weekend?”. Suara di sana kedengaran tergagap-gagap. Kemudian dia menjawab.
“Well…Datuk had called me just now and he insisted to meet us today.” Aku masih syakwasangka dengan kata-katanya itu.
“Really?”
“Kalau you tak percaya,then you can call him by yourself,” cadangnya.
            “Okey,”balasku kemudian mematikan panggilan. Segera aku masuk ke ‘phonebook’ dan mencari nombor Datuk Wira tetapi tidak ada. Aku lupa pula yang aku belum memasukkan nombor tersebut di dalam handphoneku. Aku mencari kadnya pula tetapi kemudiannya menepuk dahi kerana kad itu tertinggal di pejabat. Tiba-tiba aku mendapat satu mesej.
            ‘ Don’t forget our meeting at Hilton,
            Aku mengeluh kecil. Ah, pergi jelah. Mana tahu dia tak tipu. Karang aku pulak yang kena marah dengan Tuan Mokhtar sebab tak bagi komitmen. Segera aku membalas mesej dari Zayrel itu.
            ‘Okey’

************************************************************************

Sesampai di tempat yang kami janjikan, aku melihat Zayrel melambai tangan ke arahku. Wah, santainya dia hari ini dengan t-shirt berkolar dengan seluar slack hitam. Tak macam nak adakan meeting pun. Aku pula siap pakai white and black lagi. Skema betul. Tapi, bila diamati lagi, segak juga dia berpakaian sebegini. Yalah, memanglah bila memakai sut kelihatan lagi segak tapi pada masa yang sama dia turut kelihatan serius. Macam tak friendly sangat dan susah untuk didekati. Ataupun sebenarnya aku yang tidak mahu mendekati? Hmm…
“Black and white ?,” soalnya sedikit jengkel.
“Why? Cakap ada meeting,” balasku untuk memenangkan diri.
“Hari minggu tak payahlah pakai ‘skema’ sangat,”
“Eh, suka hati I lah.” Sibuk je. Dia mengangkat bahu.
“Where is he?” soalku merujuk kepada Datuk Wira. Zayrel kelihatan seperti baru tersedar dan terus menghalakan tangannya ke kafe yang terdapat di sebelah. Dengan gentlemannya dia membukakan pintu untukku.
Kami duduk di satu meja dan menunggu kedatangan Datuk Wira. Zayrel pulak siap memesan set sarapan lagi. Aku menolak pelawaannya untuk makan sama. Dia tolong memesankan fresh orange untukku.
“Are you sure tak nak makan?,” Aku menggelengkan kepala sambil senyum malas. Nak makan, makanlah sorang-sorang, sibuk je nak ajak-ajak orang. Lagipun aku dah makan bihun goreng yang dimasak oleh Kak Rina sebelum ke sini tadi. Masih kenyang lagi perut ni.
Sudah habis nasi lemak dipinggan Zayrel di makannya namun kelibat Datuk Wira masih tidak kelihatan. Aku menilik wajahnya dengan tidak puas hati. Dia mengangkat kening tanda tidak faham.
“You kata ada meeting hari ni? Mana dia?”. Dia angkat kening lagi kemudian barulah seperti teringat sesuatu.
“Owh…I don’t know. Datuk ni mungkir janji ke?”. Ish dia ni, orang tanya dia, dia tanya orang balik. Aku sudah mengeluh marah. Dia sedikit kalut.
“Wait a second. I need to go to toilet for a while.” Aku hanya mengekori langkahnya dengan anak mata. Terasa seperti dipermainkan.
Beberapa minit kemudian dia hadir dihadapanku dengan tersengih-sengih. Setelah dia duduk, handphonenya berbunyi lagu ‘ Entah ’ dari penyanyi Indonesia, Afghan. Ceh, jiwang jugak mamat ni dan rupa-rupanya layan lagu Melayu jugak dia ni. Ingatkan layan lagu Inggris je.
“Hello, Datuk. Ya, we were waiting for you Datuk. What? Cancel? What do you mean? Owh, you have another meeting?... No, it’s ok Datuk. I know, I know. It’s ok. I’ll tell her. Ok, bye Datuk”. Aku mengangkat kening isyarat bertanyakan isi percakapan mereka tadi. Dengan wajah selamba dia tersenyum.
“Datuk has another meeting today,”jawabnya.
“Ha?,” perlahan sahaja perkataan itu keluar dari bibirku.
“Meeting today is postponed to another date.”ulasnya lagi.
“What?” aku menjerit mengejutkannya dan yang lain. “So what am I doing here? Menunggu macam orang bodoh. Tengok you makan. That’s it? Meeting postponed. Oh my God!,” berapi-api marahku padanya.
Segera aku bangun dan membiarkannya terpinga-pinga di situ. Bibirku tidak habis-habis menyumpahnya dan terus keluar dari tempat tersebut. Sakit hati betul. Zayrel berlari mendapatkanku sambil memanggil-manggil namaku. Ah, bisingnya.
“What?,” marahku lagi padanya apabila dia sempat meraih tanganku.
“I am sorry.” Pertama kali aku mendengar perkataan maaf dari mulutnya. Bukankah ini yang aku nanti-nantikan dari dulu lagi. Tapi kenapa tak ada perasaan gembira pun?.
“Sorry,” ucapnya lagi. Dia melihat tanganku yang masih berada di genggamannya. Serta-merta aku menarik tanganku. Pipi terasa hangat dan tangan terasa kebas semacam. Don’t panic, ucapku pada diri sendiri.
“Sorry,” ucapnya untuk kali ketiga.
“It’s ok. It’s not your fault,”jawabku.
“Hah?,” dia terpinga-pinga.
“I mean, Datuk tu yang salah sebab tak inform awal-awal.”
“Owh,” dia tergelak-gelak. Apa yang kelakarnya.
“Okey then, I nak balik” putusku sebelum senyum kepadanya dan terus berpaling untuk menahan teksi.
“Mia, where’s your car?”
“In the workshop.”jawabku selamba.
“So, macam mana you datang ke sini tadi?”
“I took a cab,” jawabku lagi selamba. Apa yang salahnya dengan naik teksi?.
“Why don’t you tell me earlier so that I can pick you up at your home?”
“Ah, you don’t need to do that,” . Suka hati je nak datang ambil kat rumah aku? Apa kata Abang Iman dengan Kak Rina nanti. Kecoh pulak sekampung.
“I hantar you balik.”
“No, it’s ok. I can go back on my own.” Aku menolak pertolongannya.
“I hantar you.” Dia mencuba lagi.
“Tak apalah,” tolakku lagi.
“You don’t hesitate when Ikhwan ask to send you to your college. Why can’t me?,” soalnya tiba-tiba. Macam mana dia tahu tentang hal itu?.

************************************************************************

            “How did you know?,” soalku ketika berada di dalam kereta. Dia yang sedang memakai tali pinggang keledar terus menatapku.
“What?,” soalnya pula masih terpinga-pinga.
“Macam mana you tahu. I cuma pernah sekali je naik kereta Ikhwan. Kawan-kawan I pun tak tahu. Macam mana you tahu?”
            Zayrel terdiam. Dia seperti teragak-agak untuk memberitahu sesuatu kepadaku. Matanya menatap wajahku. Aku membalas pandangan itu dengan berani. Dia mengalihkan pandangan ke hadapan. Aku menggigit bibir. Susah sangat ke nak beritahu jawapannya?.
            “I bawak you ke satu tempat,” putusnya tiba-tiba.
            “Hah? You nak bawak I ke mana?,” soalku sedikit cuak. Nak bawak lari aku ke?
            “Don’t worry. I bukannya nak jual you pun,” balasnya sambil ketawa kecil. Cih, aku membuat muka tidak puas hati.
            Aku hanya diam sepanjang perjalanan. Dia pula masih concentrate dengan pemanduannya. Hanya sesekali dia berpaling ke sebelah sambil tersengih melihat aku yang tidak senang duduk. Aku bertambah cuak apabila kami sudah keluar dari Bandar Kuala Lumpur dan menuju ke Selangor. Aku rasa seperti sangat familiar dengan jalan ini. Ini adalah jalan untuk ke UiTM, tempat kami sama-sama belajar dulu. Setelah melepasi UiTM barulah kami sampai ke destinasi yang sebenar-benarnya. Dia mempersilakan aku turun dari keretanya dan berjalan beriringan bersamaku.
            “Ingat tempat ni?,” aku memandangnya tidak faham.
            “Tempat you meluahkan perasaan, tempat you menenangkan fikiran?.” Aku lagi tidak faham. Macam mana dia boleh tahu semua tu?
            “Tempat you melepaskan geram selepas bergaduh dengan I masa LDK dulu?.” Aku tergamam.
            “Lepas tu you round satu PKNS dan beli 2 buah novel masa pesta buku hari tu.” Dia tergelak apabila menceritakan itu semua. Aku jadi malu sendiri.
            “You intip I?.” Dia tersenyum.
            “I cuma bimbangkan keselamatan you,” jawabnya jujur. Aku teringat pada kata-kata Siti dahulu iaitu selepas aku berlari keluar dari kelas, Zayrel turut meninggalkan kelas tersebut. Rupa-rupanya dia mengekoriku. Zayrel membawaku ke satu tempat duduk. Bangku yang selalu aku duduk bila berada di sini. Taman Tasik Shah Alam. Imbauan silam terpampang di memoriku. Aku sedang duduk di situ sambil menyumpah-nyumpah Zayrel. Aku mengutuk-ngutuknya sambil melakar karikatur wajah Zayrel di tanah. Di sebelahnya aku tulis ‘Zayrel papan lapis, playwood’dan akhir sekali aku letakkan tanduk di kepalanya. Puas hati aku.
            “Still remember? Zayrel papan lapis?” Dia tergelak besar. Kelakar agaknya dengan perangai keanak-anakkanku itu. Wajahku sudah merah padam.
            “I tak dapat lupa yang ‘tanduk’ tu.” Aku menelan air liur. Terasa terlekat di kerongkong.
            “I juga tak dapat lupa wajah you masa tu yang merah padam sebab marahkan I. But, it looks cute sometime.” Gila mamat nih. Muka aku tengah marah dia cakap cute. Kawan-kawan aku semua cakap macam singa tau.
            “I am sorry for making you upset that day.” Tiba-tiba dia memegang bahuku dan menghadapkan badanku ke arahnya. Aku terdiam, terkesima juga dengan tindakan tiba-tibanya itu.
            “Would you forgive me?” Aku memberanikan diri menatap wajahnya. Redup matanya mencengkam kalbuku. Ada kesungguhan di situ. Kesungguhan untuk mendapatkan kemaafan dariku. Kasihan melihatkan dia, aku mengangguk-angguk setuju untuk memaafkannya. Sedangkan Nabi pun ampunkan umat apatah lagi kita sesama manusia kan.
            “Thanks,” dia kelihatan girang sekali.
            “Tapi…you tak cakap lagi yang macam mana you tahu I pernah naik kereta Ikhwan.”
            “Owh, sebab I pasang spy. Hehe… taklah. I saw both of you that day. I pun satu kelas Japan dengan Ikhwan.” Oh, baru aku tahu. Aku ingatkan dia ambil bahasa Perancis. Nampaknya aku boleh berpuas hati dengan jawapannya itu.
            “I was jealous,” dia membuat pengakuan. Aku mengangkat kening.
            “I was jealous because…because I love you,” ucapnya penuh romantis. Aku tergamam kemudian ketawa.
            “Stop kidding me.” Tak mungkin.
            “I am telling the truth. Apa yang I cakap semasa dekat fakulti dulu pun benar. I akan pergi jauh so I take the chance to confess to you. But, you did not accept me. It makes me sad.”
            “I…I…,” aku cuba untuk berkata-kata tetapi lidahku kelu.
            “I hope you can give me one more chance?” ucapnya lagi penuh pengharapan. Aku terkeliru. Benarkah ini?.
            “Please?”
            “I…I can give you…tempoh masa untuk tackle hati I. If you can do so. I will accept you.” Wah, laju sahaja mulutku ini memberi tawaran kepadanya tanpa berfikir panjang.
            “All right,” dia memberi persetujuan.
            “Hey guys.” Tiba-tiba aku mendengar suara garau menegur kami. Aku berpaling dan melihat Datuk Wira bersama dengan seorang budak kecil sedang berjalan ke arah kami.
            “Datuk. What are you doing here?,”soalku pelik melihat mereka. Kata tadi ada meeting kat tempat lain.
            “I bawak cucu ke Wetworld. Alang-alang singgah sini kejap. What are you both doing here?,”soalnya pula. Aku pandang Zayrel dan dia dengan muka seposennya itu mengangkat bahu.
            “Datuk tak ada meeting hari ni.?” Tanpa menjawab soalan Datuk Wira aku terus bertanya.
            “Nope,” jawabnya. Aku mengeluh sambil mengetap bibir memandang Zayrel. Aku betul-betul tertipu. Licik betul dia ni. Sesuai sangatlah jadi peguam. Rupa-rupanya panggilan ‘Datuk’ itu adalah panggilan kosong sahaja. Dia telah berpakat dengan pekerja hotel tersebut untuk mengenakanku. Kurang asam kau Zayrel.
            Semenjak hari itu, saban hari dia akan menghadiahkan bunga untukku. Walaupun tidak menggemari bunga, aku tetap menerimanya dengan hati terbuka. Alah, balik rumah nanti letak sahaja di meja dan Kak Rina akan menggubahnya dan meletakkan di meja makan. Tak payah susah nak beli sendiri. Pernah juga aku memberitahunya supaya tidak membelikan aku bunga lagi tapi dia berkeras untuk membeli kerana aku belum memberikan apa-apa persetujuan lagi. Dalam tempoh itu juga, dia sangat baik terhadapku. Kadang-kadang aku berasa takut kalau-kalau aku tidak dapat membalas perbuatannya itu iaitu aku tidak dapat menerimanya.

            Suatu hari ketika kami sedang makan tengahhari bersama-sama dia bertanyakan perihal Ikhwan kepadaku.
            “I had never seen Ikhwan. Where is he right now?”
            “Ikhwan dah kahwin.”
            “Really?,” soalnya sambil teruja tiba-tiba.
            “Fuh, thank God.”
            “Sorry?,” aku bertanya kerana tidak jelas dengan kata-katanya tadi.
            “Nothing,” jawabnya sambil tersenyum-senyum padaku.
            “Macam mana dia dah kahwin. Bukan you dengan dia…?”
            “What? Couple? You’re just like my friend. I tak ada apa-apalah dengan dia.”nafiku sekeras-kerasnya.
Seminggu selepas Zayrel berangkat ke luar Negara, aku didatangi oleh seorang budak perempuan yang bernama Anessa. Dia mengaku bahawa dia adalah tunang kepada Ikhwan. Hati aku hancur ketika itu. Memanglah Ikhwan tidak pernah mengatakan apa-apa kepadaku tapi layanan mesranya itu telah membuatkan aku jatuh hati padanya dan menolak kehadiran Zayrel di hatiku. Tapi, akhirnya itu yang berlaku. Semenjak hari itu, aku tidak pernah melayan Ikhwan lagi dan dia pun semakin menjauh apabila mendapat tahu bahawa aku sudah tahu tentang berita pertunangannya itu.
“Mia, apa kata kalau I masuk meminang you?,” tawaran tiba-tiba Zayrel itu mengundang kejutan di hatiku.
“You jangan main-main.”
“No, I am serious. I want you to be my wife. A mother to my child and a bestfriend of mine. Would you?” ajunya sambil menggapai tanganku.


************************************************************************

            Aku duduk berteleku di meja sambil memandang cincin pemberian Zayrel. Cincin itu sangat cantik dan tampak mewah. Aku tahu bahawa cincin itu sudah pasti mencecah ribuan ringgit. Sebenarnya aku masih teragak-agak. Patutkah aku menerima cincin tersebut sekaligus menerima lamarannya itu?. Fikiran aku agak berserabut ketika ini. Tuluskah cinta Zayrel terhadapku atau dia hanya ingin bermain-main dengan perasaanku? Hatiku berbelah bahagi kerana tidak tahu dari sudut mana diriku ini yang menjadi sebab Zayrel memilih aku. Aku bukannya cantik apatah lagi menawan. Ramai lagi rakan-rakannya yang lain, lebih baik dari diriku. Yang lagi cantik, lagi menawan. Sejak di universiti lagi dia menjadi rebutan wanita dan aku tidak rasa yang aku tersenarai dalam ciri-ciri wanita idamannya. Jadi aku masih keliru atas sebab apakah dia memilihku. Mungkinkah dia ingin membalas dendam atas tindakanku kepadanya dulu. Yalah, dulukan kami ni musuh. Ah, pening kepalaku memikirkannya.
            ‘Mia, I love you’. Tiba-tiba ayat itu kedengaran di telingaku. Peristiwa 7 tahun yang lalu menjengah ke ingatan. Peristiwa di mana dia dengan liciknya menjeratku untuk ke fakulti. Mengheretku ke bilik kuliah dan cuba untuk berlaku tidak senonoh denganku. Aku masih ingat lagi yang aku beriya-iya menangis dihadapannya, berharap agar dia tidak mengapa-apakanku. Tetapi, pada akhirnya membawa kepada pengakuan bahawa dia menyintaiku.
            ‘I was jealous because…because I love you’. Menyusul pula ayat itu di mindaku. Untuk kali kedua, dia meluahkan perasaannya kepadaku. Aku nampak kejujurannya dalam menuturkan ayat itu, namun, hatiku masih berbelah bahagi. Kenapa aku sukar untuk menerimanya? Kenapa aku berasa begitu takut sekarang ini? Aku belum memilikinya tetapi perasaan ini seperti aku berasa takut seandainya dia pergi dariku. Apa akan jadi sekiranya dia hanya ingin membalas dendam dengan mengahwiniku dan membiarkanku gantung tak bertali? Sungguh, aku sangat takut sekiranya itu terjadi. Benar, aku juga sebenarnya mencintai dia dan atas sebab itu jugalah aku takut untuk berharap. Aku takut dikecewakan kerana aku betul-betul cintakannya. Sebelum dia meluahkan perasaannya lagi aku sudah mencintainya. Namun, perasaan itu sedikit terhakis apabila dia bersikap kasar denganku. Aku kecewa kerana dia melayanku sedemikian rupa. Hati aku hancur sebenarnya.
            Pengakuan cintanya membawa sinar bahagia dalam hidupku. Itu yang sebenarnya aku amat ingin-inginkan. Terasa seperti mimpi jadi kenyataan. Tapi, bila aku terus amati, barulah aku tersedar bahawa mimpi itu hanyalah angananku sahaja. Tidak mungkin Zayrel turut mencintaiku sepertimana aku mencintainya. Aku harus bangun dari mimpi ini. Aku harus sedar bahawa aku bukan untuknya. Tiba-tiba air mataku menitis dan aku menangis teresak-esak. Sukarnya untuk meneruskan cinta ini.

************************************************************************

            “I takkan paksa you untuk buat keputusan sekarang,” ucapnya tatkala melihatku teragak-agak untuk memberikan jawapan. Dia mengeluarkan kotak kecil dari poket seluarnya dan meletakkan kotak tersebut ke tanganku. Aku membuka kotak tersebut dan sinar gemerlapan menjengah ke mataku. Sebentuk cincin permata bersaiz sederhana menjadi santapan mata. Aku memandang wajahnya.
“I akan ke Dublin lusa untuk satu convention. I pergi selama seminggu. Kalau you terima lamaran I, I nak you pakai cincin ni pada hari I pulang nanti. Kalau you menolak, just simpan cincin tu…” dia mengeluh.kemudian menyambung, “and don’t show your face to me again because I am afraid that I cannot let you go if I ever met you again.”

************************************************************************
Sama-sama kita kembali
Sama-sama kita binakan
Cinta yang pernah mekar
Untuk engkau dan aku

            Penerbangan pulang Zayrel pada hari ini aku tunggu dengan penuh tidak sabar. Aku sudah membuat keputusan. Aku akan menerima lamarannya. Aku tidak kisah dengan anggapan-anggapanku itu kerana aku begitu mencintainya. Ya, aku cintakannya dan aku akan terima apa sahaja takdir yang telah ditetapkan untukku. Aku sudah tidak peduli dengan apa yang bakal berlaku. Aku rela hidup bersamanya walaupun seandainya aku tidak bahagia. Cukuplah perasaan cinta itu hadir dalam hidupku walaupun untuk seketika. Aku redha.
            Cincin dijari manisku aku sentuh dengan lembut. Inilah bukti cintanya padaku dan aku juga mahu membuktikan cintaku padanya dengan menerima ‘cinta’nya itu.
            Aku melihat jam ditangan. Sudah pukul 3.20 petang. Bermakna sudah 1 jam 20 minit penerbangan Zayrel terlewat dari waktu yang dijadualkan. Tiba-tiba perasaanku jadi tidak enak. Adakah sesuatu telah terjadi pada Zayrel? Ya Allah, kau selamatkanlah Zayrel. Jauhkanlah dia dari sebarang bahaya. Lancarkanlah perjalanan pulangnya. Berkatilah dia, Ya Allah. Tidak putus-putus aku berdoa ke atas keselamatannya. Pulanglah Zayrel, pulanglah dengan selamat kerana aku sedang menantimu dengan penuh debaran. Aku mahu kau tahu bahawa aku mencintaimu. Aku mahu kau tahu bahawa aku menerima lamaranmu itu.
            Tiba-tiba aku mendengar kekecohan berlaku di dalam ‘airport’. Aku lihat beberapa orang sedang kalut berlari ke kaunter sambil menangis. Debaran di dadaku semakin kuat. Terasa seperti ingin pecah. Aku turut menghampiri kaunter tersebut perlahan-lahan. Esak tangis seorang mak cik sambil meraung-raung memanggil nama seseorang membuatkanku tertanya-tanya. Aku menarik seorang wanita dan bertanyakan sesuatu kepadanya.
            “Ke…kenapa ni?,” air mata sudah bergenang di mataku. Aku seperti dapat mengagak apa yang sudah berlaku.
            “Adik ada ahli keluarga yang menaiki flight dari Dublin ke?” Aku mengangguk-angguk.
            “Flight tu terhempas selepas di serang oleh pengganas tadi. Semua ahli keluarga penumpang sedang mendapatkan rekod samada ada ahli keluarga mereka yang menaiki flight itu,” terang wanita tersebut. Aku menekup mulut dan menggeleng-geleng tidak percaya mendengarkan penerangannya itu. Tidak, tak mungkin. Tak mungkin Zayrel meninggalkanku. Ini semua tidak mungkin. Zayrel belum melihat aku memakai cincin ini lagi. Zayrel tak boleh mati. Tidak.
            “No…no…” aku tidak dapat menerima kenyataan. Wanita itu cuba untuk menenteramkanku.
            “Tak mungkin. Dia dah janji nak kahwin dengan saya, kak. Dia tak boleh hilangkan diri macam tu aje. Dia tak boleh mungkir janji,” esakku makin menebal.
            “Sabar dik,” dia masih berusaha memujukku.
            “Kenapa dia buat macam ni kat saya. Saya sayangkan dia.” Aku sudah meraung.
            “Saya sayangkan dia…saya sayangkan dia.” Berkali-kali aku mengucapkan ayat tersebut sambil menangis teresak-esak. Aku sudah tidak dapat membendung kesedihan ini. Terasa sangat sakit di hati ini. Kata-katanya tempoh hari terngiang-ngiang di telingaku. Dia katakan bahawa jika aku tidak menerimanya, dia mahu aku hilang dari hidupnya kerana dia takut dia tak mampu untuk membiarkan aku pergi dari hidupnya sekiranya kami bertemu lagi. Tapi sekarang, dia yang pergi dari hidupku.
            “ Zayrel…” aku memanggil-manggil namanya.
            “Why Zayrel? Why? Can’t you wait for me for a while? You want me to be your wife, your child’s mother, your bestfriend. I am going to give you that but can’t you wait for me? Why must you leave me?,”
            “Mia…”
            “Zayrel, why did you leave me?”
            “Mia…” suara Zayrel makin dekat menyapa telingaku. Aku berpaling dan melihat Zayrel  sedang terpinga-pinga memandangku.
            “Zayrel…” aku sangat terkejut lantas memeluknya.
            “I love you Zayrel…I love you,” ucapku berkali-kali yang masih dalam esak tangis di dalam dakapannya. Dia sedikit terkejut kemudian membalas pelukan itu dan mengusap-usap kepalaku.
            “I love you too.”

************************************************************************
             
            “Hakim, main baik-baik. Jangan berebut-rebut,” aku menjerit memanggil anak sulungku yang kini berusia 4 tahun. Aku mengusap perutku yang sudah memboyot. Sudah masuk usia ke 6 bulan kandunganku ini. Anak yang kedua hasil dari perkongsian hidup dengan Zayrel Ridzuan, suami tercintaku. Ingatanku melayang pada kejadian 5 tahun yang lepas. Zayrel begitu risau melihat aku yang sedang menangis teresak-esak. Sangkaku dia telah meninggalkanku pada hari tersebut. Alangkah bersyukurnya aku kerana dia tidak menaiki pesawat tersebut kerana dia terlewat ke lapangan terbang. Oleh kerana dia tidak sabar mahu pulang, dia telah membeli tiket yang lain pada hari itu juga kerana ingin tahu samada aku menerima lamarannya atau tidak. Sungguh aku begitu cintakannya dan tak ingin dia pergi dariku lagi.
 Aku memandang Zayrel yang sedang membetulkan tali kasut Hakim dan mereka seperti bercakap-cakap sesuatu. Hakim kemudiannya mengangguk-angguk sambil memberikan ‘hi five’ kepada papanya. Aku tersenyum melihat keletah mereka. Ada-ada saja mereka berdua ni.
            Zayrel memandangku sambil mengenyitkan mata. Aku hanya membalasnya dengan senyuman mesra. Zayrel berjalan ke arahku dan mengambil tempat di sebelah. Tangannya mengusap lembut perutku.
            “Anak papa yang sorang ni baik-baik ke hari ni? Tak kacau mama lagi?,” ucapnya dengan nada kelakar. Aku tergelak manja.
            “Apalah papa ni kan. Takkan nak suruh baby kacau mama kan?,” aku membalas usikannya itu. Zayrel pula tergelak sambil mencuit hidungku.
            “Mia…,” tiba-tiba Zayrel merengek manja. Aku memandangnya. Dia sedang menunjuk-nunjukkan pipinya. Nak suruh cium la tu.
            “No…this is public you know.” Aku menolak.
            “So what?,” dia buat muka tidak bersalah.
            “Malulah orang tengok.”
            “Tak baik ingkar cakap suami.” Tulah modalnya. Kalau aku menolak je mesti dia akan mengeluarkan ayat tersebut. Dah nasib badan bersuamikan peguam. Terima je lah.
            Cupp…aku mengucup pipinya.
            “Dah cukup…” ayat aku itu membuatkan dia tergelak besar.
            “Well, that’s not enough. Siaplah you kat rumah nanti.” Aku mencerlun membuatkan dia tergelak lagi.
            “Hey, this is my seat. You blah!,” suara comel itu menarik perhatianku. Segera aku berpaling dan melihat Hakim sedang menyuruh seorang budak perempuan beredar dari buaian yang sedang dia naiki. Dan satu perkataan yang akhir itu betul-betul membuatku terkejut. Blah? Macam aku pernah dengar perkataan tu. Aku segera berpaling pada Zayrel.
            “What have you done to my son?.” Zayrel hanya tersengih sambil mengangkat bahu.
            “I love you, Mia…,”ucapnya sebelum mengucup pipiku kemudian mendapatkan Hakim dan menyuruhnya bersalam dengan budak perempuan tersebut. Aku tergelak senang.
            Dalam hatiku bunga-bunga bahagia sedang bersulam. Aku harap bahagia ini terus bersemi di dalam kehidupan kami sekeluarga. Hanya kerana perkataan ‘blah’ kami bersengketa dan kerana perkataan ‘blah’ itu jugalah kami bersatu. I love you forever Zayrel.

Sama-sama kita tempuhi
Sama-sama kita rasakan
Apa yang dinamakan
Erti cinta sebenar


~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Hasil Karya : Komie Aroon

Untuk mengundi cerpen Komie Aroon , sila tinggalkan komen undian anda pada kotak komen di bawah.

***undian dari anonymous tidak dikira.

Good luck Komie Aroon! (^^,)♥

With Love,
♥ Juliana Violet ♥

38 comments:

HaWa DArLidA said...

vote!! =)

thornless red roses said...

vote *_*

Anonymous said...

wahida sweet
vote...

KomieAroon said...

nak tanya...kalau bkn blogger xblh vote ke?

Anonymous said...

vote...

wahida said...

vote

Unknown said...

vote :)

>Misz Farah..?< said...

vote! ;)

kazisha said...

saya vote =)

Nurhamizah Hamzah said...

saya vote ! :D

tykaa Malik said...

i vote (^_^)V

♥ Juliana Violet ♥ said...

Thanks for all voters. :)

♥ Komie Aroon, tak boleh lah... =(
Sorry ye...

Cik Syaz said...

vote...vote...

amiramukri said...

vote :D what a nice story !

♥ Juliana Violet ♥ said...

Miss Orangeee,
♥ Thanks for the vote ye. :)

amiramukri,
♥ Terima kasih daun keladi. :)

Unknown said...

vote!!..vote!!...=)

Phantom said...

vote !

Atqhsykla said...

Comel gilaaaa! :") Vote! :D

nurul_anwar said...

luv it..!!

Vote.!! :)

cik ima said...

cik pelangi vote!!!
cerpen nie da pena baca kat penulisan2u..
dan serius memang bessttt!!!!
vote!! votee!!!

Noor Fatin said...

voteeeeeeeeeee!!

fatian athiea said...

vote juta2 kali xleh ke??
bdw,

i vote!!

Amirul Syafiq Mahadi said...

jiwang gler ...hahaha

VOTE VOTE VOTE!

C'Nor said...

vote :]

Lalala said...

vote...

best betul cerpen ni.. thumbs up..
feel sangat

Nur Nadzirah Azmi (NCR) said...

vote <3

♥ Juliana Violet ♥ said...

♥ Thank you sooo much for all voters =)

Wild Cherry said...

Saya Vote...(^_^)V

Suke sgt cite ni..

Mimie said...

VOTE + THUMBS UP d{-__-}b

KA said...

thanks to all the voters
i really appreciate ur supports =)

M.a.r. said...

vote~!!!

nuraimidarus said...

vote.
sweet sangat ♥

Nur Faizah said...

vote :D

Anonymous said...

vote :)

NQA said...

vote!!!


best gilak!!!

LC Althea said...

voting!!

Cahaya_Kebahag!aan said...

saya VOTE..:-p

acik sue said...

I like :p vote! vote 100000x