Salam Selasa pada semua.
Kepada semua Top 10 "99 Hari Kisah Klasik Kita", sila berikan alamat anda ke veeviolet78@yahoo.com untuk proses penghantaran "Sperma Cinta" kepada anda.
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada anda dan teruskan berkarya. :)
Salam sayang,
♥ Juliana Violet ♥
Tuesday, June 21, 2011
Sunday, June 19, 2011
Putik Cinta Untuk Papa.
Siap! Dengan blaus terang, dan cardigan hitam, Maisarah nampak ringkas dan bersahaja apabila dipadankan dengan tudung ungu gelap yang dililit di leher dan seluar jeans longgar.
Maisarah merenung jam tangannya. Dia harus segera ke Mid Valley. Tak mahu lambat ke sana. Hanif tak suka menunggu. Sebelum keluar, sempat dia mengumpul pakaian tidur yang berselerak di lantai dan meletakkannya di tepi bilik mandi. Sambil menggalas beg tangan, dia turun ke tingkat dua tergesa-gesa.
“Morning, princess. Don’t you wanna take a breakfast first? Although, it’s already 11,” tegur papa dari dapur.
“Nop, thanks to you, sebab tak kejut Sara pagi tadi. Habis kelam kabut Sara pagi ni. I have a date, err, appointment la today, papa,” bunyinya seperti agak marah.
Papa ketawa kecil. Bukan tak dikejut, tapi sudah tak terkejut dibuatnya. Jenuh sudah dia cuba mengejut anak daranya itu. Mana taknya, sibuk membaca buku ‘General Principle of Law’ semalam. Ada ujian mendatang, katanya.
Bunyi pintu dibuka, dan ditutup semula, bergema di segenap ruang. Papa baru sudah membasuh pinggan mangkuk. Papa beralih ke ruang tamu. Membaca akhbar yang dibelinya pagi tadi. Dia duduk di sofa kuning tua. Di sebelahnya ada meja kayu jati kecil, menemaninya di ruang itu. Televisyen di hadapannya ditutup dan kipas dibuka. Tangan tuanya mula membuka lembaran akhbar, tapi fikirannya masih tertumpu pada anaknya yang satu itu.
“Kalaulah awak masih ada, Ida. Abang susah begini, cuba mendidiknya sendirian. Kadang-kadang saya pun takut juga, kalau-kalau dia terikut sangat dengan budaya budak-budak sekarang. Moga Allah kurniakan kekuatan kepada saya,” monolog papa terluah, mengisi ruang yang sepi itu.
*****
Lagu klasik nyanyian Chicago bergema di telinga. Mujur dia tak terlewat tadi. Mujur dia tiba dahulu sebelum Hanif. Jarang Hanif sampai lewat. Mungkin sibuk dengan assigment agaknya. Hanif tu memang budak yang rajin. Sambil-sambil itu, dia membelek buku Rooftop Rant, karya Hlovate.
Selang beberapa minit, telefon bimbitnya berbunyi. Lagu tema Spongebob mematikan fokus pada pembacaannya. Nama Hanif tertera di skrin telefon. Pesanan ringkas dari Hanif. “I’m on my way. So sorry”. Nokia X3 disimpan kemas di dalam beg tangan semula.
“Sara, Assalamualaikum. Sorrylah lambat,” sapa Hanif dari belakang. Sara mematikan pemain MP3 dan berpaling melemparkan seulas senyum pada Hanif, tanda dia menerima maaf Hanif. Hanif membalas senyuman Maisarah yang manis lemak dengan lesung pipit itu, dengan senyuman segula mungkin. Rasa bersalah mencorak riak muka.
Sejurus Hanif duduk, pelayan tiba membawa menu. Mujur Old Town White Coffee waktu itu agak lengang. Maklumlah, hari bekerja. Tak semeriah hari minggu. Hanif menyuakan menu kepada Maisarah. Hanif memilih kopi dengan hazelnut, tetapi Maisarah lebih menggemari cappuccino pada pagi itu. Pelayan itu beredar.
“So, kenapa awak lambat ni? Jarang awak lambat. Hanif kan terkenal dengan sifat punctualnya,” Maisarah membuka perbualan. Mulutnya tersenyum sinis.
Hanif tertawa kecil. “Amboi, sejak bila Makcik Maisarah ni pandai perli orang?” balas Hanif bercanda.
“ Alah, saya lambat tadi sebab nak tolong awaklah. Sibuk sangat mengadu assignment yanglecturer bagi banyaklah, susahlah, ha, saya sibuk cari bahan untuk cik Maisarah sorang inilah, tahu?” sambung Hanif lagi.
Maisarah sedikit terkejut. “Really? Bahan apa?” mata coklatnya bulat memandang Hanif dengan galak. Teruja.
Hanif tertawa lagi, melihat reaksi Maisarah yang comel. Mata coklat itu selalu menambat hatinya. Maka dia senang menolong Maisarah. Dia senang melihat Maisarah suka. Dan senang bila Maisarah dengannya.
Kopi sampai. Hanif mengucapkan terima kasih pada pelayan tersebut. Pantas tangannya mengangkat cawan dan dibawa ke hidung. Hanif menghidu perlahan. Ahh, wangi sungguh! Patutlah Malique boleh mendapat inspirasi membuat lagu dengan secawan kopi.
“Cepatlah,” ujar Maisarah, tidak sabar. Giliran dia pula untuk mencicip secawan cappuccino. Enak, seperti biasa.
Hanif meletakkan cawan dengan perlahan. Senyum masih terukir di bibir, lucu melihat gelagat Maisarah yang teruja itu. Dia suka, sebetulnya. Lantas dia mencapai beg galasnya. Buku Manikam Kalbu tulisan Faisal Tehrani dikeluarkan dari perut beg.
“Novel ni boleh tolong kamu banyak. Saya tahu awak ni bukan jenis baca novel macam ni sangat, tapi awak kenalah cuba baca. Banyak sejarah tentang pakaian tradisional melayu dalam novel ni. Tinggal nak translate saja. Alah, apa guna belajar UIA tapi tak reti nak terjemah. Boleh kan,” ujar Hanif panjang lebar. Senyum masih menghiasi muka manis sawo matang itu.
“What? Novel? Em.. kinda interesting,” balas Maisarah. Dia membelek-belek buku itu. Gambar kucing montel yang menghiasi kulit novel mencuit hatinya. Buku itu diletakkan di samping cawannya. Dia menghadiahi Hanif satu lagi senyuman ikhlas, tanda menghargai usahanya itu.
“Thanks again. Dah berapa kali saya terhutang budi dengan awak. Macam mana nak balas ya? Secret recipe?” Maisarah membuat muka manja.
Hanif tertawa. Dia hanya menggeleng. “Tak payahlah sampai belanja, Cuma nanti kalau saya masuk meminang, janganlah kamu tolak tahu,” giliran Hanif pula bergurau. Tapi guraunya berbaur serius.
“I wouldn’t,” balas Maisarah dengan senyuman. Mereka suka sama suka. Cuma tak terluah di bibir saja.
Hanif menghirup kopinya habis dan bingkas. “Sebelum kita makin mengarut, baik kita berhenti. Kamu temankan saya ke Guitar Collection, boleh? Ada barang yang saya nak beli,” Hanif mematikan topik tadi. Maisarah segera menghabiskan sisa kopinya. Dia bingkas bangun dan berlalu mengikuti Hanif yang sengaja mengusiknya dengan melarikan diri tiba-tiba.
Jam tangan putih di pergelangan menunjukkan sudah masuk jam empat petang. Hanif mengajaknya pulang menaiki KTM. Kebetulan rumah mereka satu haluan sahaja. Maisarah setuju. Mujur penantian mereka tidak lama. Tren tiba dan orang ramai berpusu-pusu untuk menaikinya. Masyarakat Malaysia memang tidak reti beratur agaknya.
Ramai pula orang waktu itu. Mungkin ada yang sudah tamat waktu bekerja agaknya. Stesen KTM Mid Valley memang sesak sentiasa. Mereka pun berasakan untuk masuk. Mujur itu bukan waktu puncak. Sedang berasak-asak, tiba-tiba Maisarah tunduk tercari-cari. Ah sudah! Jam tangan kesayangannya jatuh. Dia terpaksa menentang arus untuk mencari jam itu. Malang lagi, Hanif tidak dapat membantu, kerana dia sendiri yang memilih untuk ke koc wanita tadi. Sementara Hanif di koc umum di sebelah.
Kraak! Bunyi itu menarik perhatian Maisarah. Matanya melilau mencari punca bunyi. Jiwanya gusar takut bunyi itu datang dari jamnya. Dan jangkaannya tepat. Jam tangannya pecah dipijak sepasang kasut hitam. Dia tidak sempat melihat tuan empunya kasut itu, kerana fokusnya cuma pada jam sahaja. Dia menggapai jam itu dan terus berdiri di sudut pintu yang mula tertutup. Matanya berkaca. Jam itu jam kesayangannya. Jam itu hadiah dari ibunya. Wajahnya sugul sepanjang perjalanan.
*****
“Assalamualaikum,” bunyi pintu dikuak diiringi salam. Maisarah masuk dengan wajah muram. Papa sedang tidur di ruang tamu. Sejadah terlipat kemas di sampingnya. Kopiah putih lusuh diletakkan di atas sofa. Meja pula bertimbun dengan fail-fail kes. Dua tiga affidavit kes berselerak di atas fail. Mujur hari ini papa tiada kes. Dapatlah dia berehat. Kalau tidak, habis seharian papa akan ulang-alik di mahkamah syariah. Lewat petang baru pulang. Kadang-kadang malam baru tiba di rumah. Dan ketibaannya tidak disambut sesiapa. Dia sendiri sibuk di Pusat Asasi UIA. Lagi-lagi pula ujian bakal menjengah. Hujung minggu inipun dia terpaksa pulang, kerana papa berkeras untuk mengambilnya. Mungkin dia bosan sendirian di rumah.
Pintu bilik ditutup perlahan. Dia tidak mahu mengganggu tidur siang papa. Nanti ada sahaja ceramah-ceramah agama yang singgah ke telinganya. Sudahlah moodnya mati, mengenangkan peristiwa di KTM tadi, nanti ditambah pula dengan bebelan papanya.
Tudung dibuka dan dicampak ke atas katil. Baju kotor pagi tadi sudah tiada. Mungkin sudah di ampaian. Dia bergegas ke arah bilik mandi. Dia tidak selesa untuk solat di Mid Valley dengan keadaan manusia yang bersesak-sesak. Bilik tidur sepi sebentar apabila kakinya melangkah ke bilik mandi.
Selepas solat, dia bergerak ke meja studi. Meja itu dihiasi dengan gambar Maisarah dengan ibunya. Di bahagian kiri tersusun buku-buku undang-undang yang dibawa dari UIA. Almari coklat di sebelah meja pula terbuka, membuatkan suasana di meja itu sedikit terlindung dari cahaya. Pensel-pensel yang berselerak di atas meja dikemaskan dan diletakkan di dalam kotak pensel. Buku Manikam Kalbu pemberian Hanif diletakkan di atas meja. Dan dia menuju ke katil untuk tidur. Jamnya yang pecah dipegang kemas dalam genggaman. Dia tidur.
*****
Azan bergema di segenap ruang dan jihat. Maghrib mula menjengah. Maisarah bangun malas-malas apabila mendengar suara papa yang memanggilnya turun untuk solat berjemaah. Selalunya papa akan ke masjid, tetapi kerana dia ada di rumah, maka dia akan mengajaknya solat di rumah sahaja. Dia turun dengan membawa telekung yang tidak disimpannya usai solat Asar petang tadi. sinar matahari kian memudar. Ruang biliknya disirami lentok cahaya yang indah. Indah nian. Kakinya mula menapak mendekati pintu bilik. Dia turun lambat-lambat. Selesai iqamat dilaungkan, mereka solat bersama.
Malam itu sedikit sepi. Suram sebetulnya. Muram Maisarah belum pergi. Papa sedar akan muram itu. Tapi tidak pula mahu bertanya.
“Esok mahu papa hantar ke UIA pukul berapa? Esok papa free satu hari,” papa memulakan bicara. Hidangan malam itu biasa-biasa sahaja. Ayam goreng dan lauk paprik memenuhi ruang meja. Maisarah duduk di kerusi bertentangan dari papa. Tangan papa ligat mencedok nasi ke dalam pinggan. Satu disuakan untuk Maisarah. Dia menyambut acuh tak acuh sahaja.
Maisarah mencedok kuah paprik ke pinggannya. “Ikut suka papalah. Sara tak kisah. Janji jangan lambat sangatlah. Nantik pakcik guard tu tahan lagi. Tebal muka Sara kalau kena saman lagi,” balas Maisarah. Mulutnya disua dengan makanan dan mula mengunyah. Tahi lalat di bawah bibirnya kelihatan seperti hidup. Bergerak-gerak.
Kunyahan pertama papa berakhir. Sambil tangan kanannya menyiapkan suapan kedua, kepalanya hanya mengangguk perlahan. Dia sedar kemurungan anaknya itu sedari tadi. Jiwa seorang ayah membuatkan rasa ingin tahu dalam dirinya membuak-buak. Bagai mahu terluah seperti muntah, dia menutur perlahan sahaja,” kenapa ni Sara? Boleh papa tahu kenapa?” dia mengunyah semula. Tapi kali ini sedikit perlahan.
Maisarah hanya diam. Berbicara dengan keluhan semata. Sedar muramnya telah menjadi perhatian. Dia sebenarnya tidak gemar berkongsi cerita dengan papa, lagi-lagi sejak tiga tahun lepas. Tapi rasa duka yang mencengkam hati tidak tertahan lagi. “Tadi masa Sara keluar, jam tangan yang ibu beri, terjatuh. Pecah,” suara Maisarah timbul tenggelam. Sebak memenuhi kotak jiwa. Kolam matanya mula bergenang.
Papa hanya diam. Dia tahu betapa berharganya jam itu buat anaknya. Jam itu pemberian isterinya. Walaupun jam itu sudah berusia lima tahun, tetapi masih elok dijaga oleh Maisarah. Satu-satunya hadiah peninggalan arwah.
Suasana sepi lagi. Masing-masing terbawa-bawa dengan fikiran sendiri. Bagai dunia berhenti sebentar. “Esok papa bawa jam tu ke kedai. Kita baiki mana yang patut,” bicara papa mematikan sunyi tadi.
“Kalau boleh baiki. Sara tengok dah tak bergerak dah. Macam manalah Sara boleh lalai terjatuh tadi,” dia menyalahkan diri sendiri. Setitik air mata gugur dari genangan tadi. Nasi dihabiskan cepat-cepat lalu dia bingkas ke singki. Moodnya malam itu mati terus. Seleranya diam malam itu. Dia bergegas ke tangga sejurus selepas membasuh pinggan.
“Maisarah binti Ibrahim,” nada memujuk papa mematikan langkah Maisarah. Papa bingkas perlahan, menuju ke singki dan membasuh tangan. Hidangan papa masih belum sudah, maka dibiarkan saja di atas meja. Selera papa juga mati malam itu.
Papa menuju ke ruang tamu. Dia duduk bersahaja di atas sofa, dan seakan diarah, Maisarah duduk di sampingnya. Mukanya bercerita. Hatinya lara benar.
“Dulu-dulu masa ibu ada, ibu selalu baca Surah An-Nur. Ibu kata ibu jatuh cinta dengan surah ini. Malah ayatnya lebih menyentuh berbanding surat cinta papa,” papa senyum sendiri. Kenangan lalu menyapa minda. Dia menghulurkan mushaf Al-quran berwarna ungu itu kepada anaknya. Maisarah capai mushaf itu. Dipegangnya erat.
Papa sambung lagi,” yang berlalu biarkan berlalu. Jam itu takkan kekal sampai bila-bila. Baca surah yang papa kata tadi, setiap kali Sara rindu ibu,” pesan papa perlahan.
Tangan Maisara meletakkan mushaf itu di atas meja. Perlahan-lahan dia bangun dan berlalu. “Papa takkan faham. Papa sentiasa takkan faham. Betapa mahalnya jam itu pada Sara. Bukan harganya, papa. Tapi nilainya. Hanya jam itu sahaja yang menemani Sara waktu itu,” kata-kata Sara berakhir dengan hentakan pintu biliknya. Papa hanya mengeluh. Setelah lama perkara itu terdiam di dalam hati, hari itu terluah semula. Luka lama berdarah semula. Luka itu tak terubat dengan faktor pembeku, seperti darah. Luka itu perlu sembuh dengan kemaafan.
Maisarah bergerak ke meja untuk mencapai bingkai gambar dia dengan ibunya. Dia terus baring di katil sambil matanya yang sudah lama basah itu merenung ke arah foto itu. Sedang dia mengelamun, tiba-tiba sampai telefon bimbitnya berlagu spongebob. Mesej ringkas dari Hanif. “I really having a good time today. See you soon di UIA nanti. Oh, BTW, mind if I ask, kenapa papa awak pergi Hospital petang tadi? Saya ternampak. Dia sakitkah? Kalau kamu dah tidur, sorry.Night…=)” moodnya tidak terlayan SMS itu. Dia tertidur dalam lara.
*****
“Maisarah! Tolong,” jeritan itu mengejut dia dari tidur. Terus berlari ke luar. Dia terkejut lantas panik. Ibunya Nampak tenat.
“Tolong ibu. Tolong. Ubat Asthma ibu habis. Ibu tak boleh bernafas. Allah…” suara ibu timbul tenggelam. Nafas ibu kencang. Dadanya turun naik dengan jelas. Dia bertambah panik. Sekujur tubuhnya berpeluh. Dia bingkas, seraya mencapai telefon ibu di dalam bilik, dan terus mendail nombor papa. Malangnya papa menutup telefon. Dia panik. Seorang anak dara berumur 15 tahun bersendirian bersama ibu yang hampir menjenguk maut. Air mata cemas mula mengalir laju. Dia memeluk ibu kuat. Cuba memujuk ibu agar bertenang. Disuruhnya agar tarik nafas dalam-dalam.
Dalam situasi cemas itu, dia keliru. Patutkah dia meninggalkan ibu sendirian atau mencari baki ubat yang mungkin masih tersisa? Tanpa berfikir panjang dia terus berlari ke tingkat bawah. “Ibu sabar ibu! Sara akan carikan ubat!,” dalam kelam kabut, matanya sempat menangkap wajah ibu yang terkapar di lantai kayu, menahan seksa. Bibir pucat ibu mula terketar.
Dia berlari ke arah dapur. Rak-rak yang dipenuhi dengan ubat habis diselongkarnya. Matanya cuba mencari botol yang selalu digunakan ibunya. Habis rak kayu itu berselerak lantaran gamatnya rasa Maisarah. Dalam ketar-ketar dia menjerit, “ibu, sabar ibu!” bagaikan melemparkan semangat agar ibunya bias terus bertahan. Dan bersabar. Tangannya masih lagi aktif menyelongkar simpanan ubat. Kemudian, dia menuju ke ruang tamu untuk mencari sesuatu. Entah apa, dia pun tidak pasti. Fikirannya terlalu kacau.
“Ah, tiada!” monolognya mengakhirkan pencariannya. Habis asanya. Terus berlari menuju ke tingkat atas semula. Esakannya memanjang melihatkn wajah ibu yang kian membiru. “Ibuuuuu….”suaranya teredu-sedu. “Ibu sabar, ibu. Sara kan ada di sini,” dia menutup mata yang bagaikan bocor itu, kerana tak sanggup memandang seksa ibu begitu. Perlahan-lahan tangan ibu yang mulai menyejuk menyentuh mukanya. Dalam separa sedar, dia bagaikan teringat tanggungjawabnya yang lebih penting. “Ingat tuhan ibu, ingat tuhan!” jeritannya itu tidak berbalas dengan kata-kata. Hanya pandangan lesu menyebakkan jiwa.
“Mengucap ibu, mengucap…” sendunya menahan dari dia terus bercakap.
Ibu memandangnya dengan pandangan sayu. Matanya kuyu. Mukanya sedikit biru. Seulas senyuman sempat dihadiahkan, dan ibu pergi. Ibu pergi meninggalkan dia bersendirian! Esakannya bergema di segenap ruang. Malam turut suram bagai memahami kesedihan hatinya itu. Dan hujan mengiringi pemergian itu.
Matanya basah di luar sedar. “Ibu.. Ibu…” suaranya kedengaran sayu. Dalam tidur dia terkenangkan ibunya. Mata papa bergenang. Dia juga turut merasakan kesepian itu. Sudah takdir dia diatur untuk ke kursus di Langkawi selama tiga hari. Masakan perkara sebegini akan berada dalam jangkaannya. Tak pernah terlintas langung. Sekali pun takkan pernah. Masa depan adalah di luar pengetahuan manusia. Itu kan rahsia tuhan.
“Maisarah, bangun. Dah subuh ni,” ucap papa lembut, mampu menghangatkan embun pagi. Mampu mencairkan beku hati. Diusapnya kepala Maisarah perlahan. Tiga tahun tanpa arwah membuatkan dirinya terlalu peka akan perihal anaknya. Dia tahu anaknya masih bersedih. Dan sedihnya kali ini agak berat. Masakan tidak, sehingga demam dibuatnya.
Papa bersuara lagi. Suaranya itu berjaya ditangkap telinga maisarah. Dia membuka kelopak mata perlahan. Kepalanya sedikit berpinar. Terus matanya dipejam erat.
“Papa, sakitlah. Pening sangat,” adu sang anak. Papa tahu, anaknya demam. Papa membaca bismillah dan doa syifa’, seraya dihembuskan ke arah anaknya. Lalu, Maisarah diangkat perlahan. Solat tetap solat.
“Sara solat, lepas tu, tidur balik, ya? Papa janji papa akan baiki jam itu untuk Sara nanti,” pujuk papa. Maisarah angguk perlahan dan cuba bingkas dengan bantuan papa. Dia mengambil wudhuk dan duduk di atas kerusi. Sementara itu, papanya berdiri di hadapan untuk mengimamkannya.
Usai solat, papa menolong Maisarah ke katil semula. Disuruhnya diam sebentar, sementara papanya turun ke bawah untuk mengambil ubat dan tuala basah. Maisarah akur.
Matanya basah lagi. Kenapa dia cuba meletakkan semua kesalahan pada papanya semata-mata? Walhal papa tiada ketika peristiwa itu atas urusan kerja. Bukan berfoya-foya. Papanya adalah seorang yang sangat baik. Tapi dia tak pernah bersyukur pada tuhan dengan kebaikan papa itu.
Makan minum dia.
Gusar gundah dia.
Papa saja yang ambil tahu.
Papa ke hospital? Kenapa agaknya ya? Kini dia tak sanggup lagi untuk kehilangan sesiapa. Baru dia sedar betapa tak ternilainya pengorbanan papa. Cuba menjadi papa dan ibu sendirian. Dia teringat semula SMS Hanif semalam. Kenapa dengan papa?
Papa masuk semula dengan tuala basah di lengan, dan ubat serta segelas air mineral di tangan, berserta segaris senyuman. Senyuman itu mendatangkan bahagia pada Maisarah. Mungkin itu kali pertama sejak tiga tahun terakhir ini.
Dia berusaha untuk duduk sendiri. Papa menghulurkan ubat dan menyuakan gelas itu ke mulut Maisarah. Air itu diteguk perlahan. Papa arahkan gelas itu ke meja di sebelah katil. Tiba-tiba tubuhnya terasa hangat.
“Papa…” suara Maisarah tersekat di sebalik esakan. Dia rasa sangat bersalah pada papa. Papa membalas pelukannya.
“Papa, maafkan Sara selama ni. Sara selalu salahkan papa tentang malam ibu pergi. Sara lupa betapa beratnya derita yang papa tanggung sendiri. Lebih berat dari Sara. Sara pentingkan diri,” esakannya pecah.
Papa renggangkan pelukan. Dia hanya senyum pada Maisarah. Ah, andai saja Sara menghargai senyuman itu sedari dulu. Pasti sedihnya sudah lama terubat.
“Sara tak salah apa pun. Papa tak marah pada Sara langsung. Papa tahu betapa peritnya peristiwa itu untuk Sara. Kini kita tinggal berdua. Sara sahaja pengarang jantung papa. Papa akan jaga Sara baik-baik sampai masa papa pula pergi nanti,” suara papa bernada sebak. Air mata mula bergenang.
“Papa tak boleh tinggalkan Sara. Papa sakit ke? Kenapa papa pergi ke hospital tadi? Papa sakit ke? Kenapa tak beritahu Sara?” Maisarah memeluk papa semula.
Papa ketawa kecil.”Eh, janganlah fikir bukan-bukan. Papa ke hospital sebab ada temu janji dengan doktor. Papa ada darah tinggi. Tapi, baru di tahap permulaan. Mana ada apa-apa. Sara jangan risau, ya,” rasa bahagia menjalar semula dalam hati mereka.
“Sudah, jangan menangis lagi. Rehat elok-elok. Papa nak masak. Nanti siang sikit papa nak ke kedai jam,” pujuk papa. Papa bangun dan memegang gelas di meja tadi.
“Papa, kalau papa free, boleh tak papa duduk dengan Sara? Sara dah tak kisah tentang jam tu,” ujar Maisarah manja. Tiga tahun masanya hilang dari bersama papa.
Papa hanya mengangguk. Senyum papa hadir lagi. Kali ini segala gusar Maisarah sirna. Papa melangkah keluar. Mata papa basah. Air mata itu bukan air mata sembarangan. Itu air mata sembuh. Sembuh sudah parut di hati.
Hari bermula indah. Matahari malu-malu menjenguk dari ufuk timur. Sirna segala kesedihan, mampir kebahagiaan. Hari ini hari baru. Bumantara bagai merestui hari ini.
Papa juga ibu di hati Sara. Sayang papa. Matanya mula tertutup. Senyum terukir tanda bahagia.
Papa pelik. Mana Sara tahu dia ke hospital?
*selamat hari bapa!
saya tujukan buat seorang ayah yang berwibawa, contoh realistik paling memberi kesan,
dalam menjadikan kami adik beradik manusia bergelar insan.
khas untuk ayah.
Hasil Karya : Abrar Shafie
Tuesday, June 14, 2011
Keputusan Peraduan Cerpen Kisah Klasik Kita
Hai hai hai!
Setelah bertungkus-lumus dan bergelut dengan masa, akhirnya pihak penganjur telah berjaya mengumpulkan semua markah-markah daripada juri pertandingan. Pemarkahan adalah berdasarkan pembahagian 70% daripada 4 juri bertugas dan 30% undian awam di blog. Jadi pemenang-pemenangnya adalah:
Tempat ke-10 : Diari Aminul Iman karya Aisyah Azmi
Tempat ke-9 : Mencari Najmi karya Ilysa
Tempat ke- 8 : Doa Malam Pertama karya Aretikz
Tempat ke- 7 : Takdir Terindah karya Eiela
Tempat ke- 6 : Kau Boleh Blah! karya Komie Aroon
Tempat ke- 5 : Kembalikan Anakku karya Nor Adzwaty
Tempat ke- 4 : Jernih Suci karya Asal
Tempat ke- 3 : Cinta 60-an karya Areleaf
Naib Johan : Si Kecil Imran karya Abrar Shafie
Johan : Appregios Terakhir karya Fiq Vertigo
Sukacita dimaklumkan bahawa semua hadiah akan disampaikan kepada para pemenang pada Sabtu ini jam 5.30-6 petang bertempat di KL Alternative Bookfest:
The Annexe Gallery, 2nd Flr, Central Market Annexe, KL. (Behind Central Market)
Terima kasih kepada semua peserta yang bertanding. Diharapkan semua dapat bertenang sambil makan kuih koci sama ada menang atau tidak bernasib baik. Seperti mak-mak kita cakap kepada kita, "Menang Kalah Itu Adat Pertandingan". Ini semua hanyalah satu medium untuk kita berkarya dan bersuaikenal melalui penulisan dan pertandingan.
Semua pemenang diharap dapat meninggalkan nombor untuk pihak penganjur hubungi di emel veeviolet78@yahoo.com atau di Facebook Kisah Klasik Kita.
Setelah bertungkus-lumus dan bergelut dengan masa, akhirnya pihak penganjur telah berjaya mengumpulkan semua markah-markah daripada juri pertandingan. Pemarkahan adalah berdasarkan pembahagian 70% daripada 4 juri bertugas dan 30% undian awam di blog. Jadi pemenang-pemenangnya adalah:
Tempat ke-10 : Diari Aminul Iman karya Aisyah Azmi
Tempat ke-9 : Mencari Najmi karya Ilysa
Tempat ke- 8 : Doa Malam Pertama karya Aretikz
Tempat ke- 7 : Takdir Terindah karya Eiela
Tempat ke- 6 : Kau Boleh Blah! karya Komie Aroon
Tempat ke- 5 : Kembalikan Anakku karya Nor Adzwaty
Tempat ke- 4 : Jernih Suci karya Asal
Tempat ke- 3 : Cinta 60-an karya Areleaf
Naib Johan : Si Kecil Imran karya Abrar Shafie
Johan : Appregios Terakhir karya Fiq Vertigo
Sukacita dimaklumkan bahawa semua hadiah akan disampaikan kepada para pemenang pada Sabtu ini jam 5.30-6 petang bertempat di KL Alternative Bookfest:
The Annexe Gallery, 2nd Flr, Central Market Annexe, KL. (Behind Central Market)
Semua pemenang diharap dapat meninggalkan nombor untuk pihak penganjur hubungi di emel veeviolet78@yahoo.com atau di Facebook Kisah Klasik Kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)