Monday, April 11, 2011

99 Hari Kisah Klasik "Aretikz" : Doa Malam Pertama


Mata Akmal masih lagi terasa berat, rasa nak tidur jak dalam lif ni. “Penangan semalam la ni, syaitan punya Hamdan, buat party birthday pun sampai kat kelab malam”, getus Akmal.
“Wow, Mr. Akmal late again, welcome to the office.” suatu suara menyapa sebaik sahaja Akmal sampai di pejabatnya.
“Celaka kau Hamdan, kau sindir aku ya? Buat party birthday pun, bawalah tempat elok.” leter Akmal. Hamdan hanya tersenyum melihat keletah Akmal.
“Ala, aku buat kat sana pun, bukan kau bantai Carlsberg, Heinekken, paling-paling Cola juga yang masuk. Tapi, kau datang lewat pula dari orang yang mabuk.” gelak Hamdan.
“Wei samdol, kau sindir aku tu kan? Banyak kerja aku geng, kalau tak, dah lama aku ikut si Akmal ni tidur memanjang.” Samad mencelah tiba-tiba. Nampak sangat terasa.
“Pandai juga terasa kau ni Samad, tapi aku tetap respek dengan kau la, memang di antara kaki minum sedunia, kaulah paling rajin datang awal pergi office. Syabas dan tahniah.” giliran Akmal mengenakan Samad.
Samad mengacukan penumbuknya, dan tiga sahabat itu ketawa sama.
******************************
“So, how was last night? Banyak gadis dekat dengan kau, takkan tiada yang cair?” Hamdan memulakan bicara. Akmal memandang senyum sambil menghirup kopinya. Suasana di Starbuck agak lenggang ketika ini, selalunya waktu malam barulah kelihatan ramai orang di situ.
“Speaking pula kau ni. Well, macam biasa geng, aku ayat saja, nak jadikan my girl? Please, not my taste ok.” sinis bicara Akmal.
“Kau ni nak perempuan macam mana lagi? Pantang nampak perempuan cantik sikit, konfom tajam mata tu. Tapi tindakan tu tiada juga. Common lah geng, past is the past, enjoy your life more dude. Atau kau punya taste ni ustazah?”
“Aku dah lupakan Amy lah geng, janganlah kau risau. Tapi fikirlah sikit, nak cari bini, takkan nak macam chicks semalam tu? Mestilah aku nak yang baik punya, yang tahu jaga diri, bukan murahan.” pedas kata-kata Akmal.
“Ceh, kalau kau nak baik punya, ada staff baru kat tempat kita tu. Aku nampak sopan jak, kau try lah ayat dia, manatahu dapat. Tapi satu aku pesan geng, ko tu pun, kalau berkira nak yang baik, perempuan baik-baik ni nak kat kau ka?” balas Hamdan, sambil tersenyum sinis.
“Nak ayat perempuan, macam minum sup je, lancar. Kau ingat aku siapa? Akmal Kasanova yang tak pernah ada skandal, mengayat jak lebih. Perempuan cair tau sampai merayu nak jadi girl aku. Siapa nama dia, biar aku ayat.” panas telinga Akmal mendengar sindiran itu. Lelaki yang pantang dicabar bab perempuan.
“Ingat baik-baik nama ni, Nurul Aqilah Binti Mokhtar. Staff bahagian marketing. Department aku tu. Sanggup kau mencemar duli ayat gadis bawahan?” Hamdan mengapi-apikan Akmal.
“Lebih baik dari gadis low class.” balas Akmal sambil tersenyum.
******************************
“Aqilah, tolong bawa dokumen tu ke bilik saya sekarang.” arah Hamdan selaku pengurus bahagian Marketing di Syarikat Jetco yang terkenal dengan produk puding mereka di pasaran Malaysia ketika ini.
Selang beberapa minit kemudian, pintu pejabat Hamdan diketuk. “Masuk,” Aqilah lantas membuka pintu setelah Hamdan memberi kebenaran.
“Oh, now i know which one do you mean Hamdan.” Akmal tersenyum melihat Aqilah. ‘Ayu’, desis hati Akmal.
“Aqilah, ini Akmal, pengurus bahagian kewangan, awak akan banyak berurusan dengan dia nanti.” Hamdan memperkenalkan Akmal kepada Aqilah. Aqilah hanya senyum, tapi masih diam seribu bahasa.
“Hi, nice to meet you, i’m Akmal.” kata Akmal sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
“I’m sorry Mr. Akmal, kita bukan muhrim, tak dapat nak bersalaman. I hope you understand. Anyway, nice to meet you too sir.” lembut suara Aqilah. Dalam lembut tapi ada nada ketegasan.
“Jika tidak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu tuan.” kata Aqilah sambil berlalu. Akmal tergamam melihat salam tak disambut. Hamdan melampiaskan ketawa semahunya setelah Aqilah keluar dari biliknya.
“So, apa pandangan kau sekarang? Do you admit your defeat now wahai si mata helang?” kata Hamdan sambil menahan ketawa.
“Sudah, diam kau.” geram Akmal. ‘Siap kau wahai cik Aqilah’, teriak Akmal dalam hati.
******************************
“What? Akmal? Aqilah, kau biar betul ni?”
“Yarabi, dah menyembur Husna oooiii. Kau ni kenapa excited sangat ni? Lain macam je?” pelik Aqilah melihat teman serumahnya merangkap teman sekerjanya, Husna tiba-tiba terkejut beruk. Beruk pun tidak juga terkejut macam dia.
“Ish, kau tu budak baru, mana tahu apa-apa. Akmal tu, kasanova terpimpin. Mata dia tu tajam tengok perempuan cantik.” terang Husna bersungguh-sungguh.
“Kalau ya pun, apa kaitannya dengan aku? Kan aku cuma staff bawahan Encik Hamdan. Jumpa Encik Akmal pun bukan hari-hari.” sopan Aqilah menutur kata.
“Yelah, hati-hati je, jangan terjatuh cinta dengan dia. Kalau aku jumpa lelaki macam tu, aku tak yakin boleh jadi laki.” sahut Husna.
“Atau kau ni yang berminat dengan dia? Jangan tipu.” sengih Aqilah. Paff, melayang satu bantal di muka Aqilah. Riuh bilik gara-gara main buang bantal.
******************************
Hujan membasahi bumi ketika ini. Aqilah berdiri di hadapan bangunan pejabatnya. ‘Aduh, macam mana aku lupa bawa payung ni?’ bisik hati Aqilah.
“Nak saya tumpangkan?” satu suara menyapa. Aqilah tergamam seketika.
“Oh, Encik Akmal, terkejut saya. Lain kali bagi salam, nanti kalau saya ada sakit jantung, tak sia-sia encik masuk dalam penjara sebab membunuh tanpa niat”, gelabah Aqilah berbicara. Akmal hanya tersenyum melihat gelagat Aqilah.
“Tak payahlah nak panggil encik pula,panggil sahaja Akmal. Kat luar kita bukan boss dan pekerja lagi, tak gitu? Sekali lagi saya ulang pertanyaan saya, nak saya tumpangkan awak balik?”, pelawa Akmal sekali lagi.
‘Ayat standard nak mengayat lah tu, nak panggil Akmal je. Kenapa tak minta panggil abang Akmal terus?’ Pedas kata-kata Aqilah, tapi hanya sekadar terlontar dalam hati sahaja.
“Its ok Encik Akmal, lagipun saya nak pergi masjid kat seberang jalan tu jak, tapi hujan ni menghalang niat suci murni saya ni. Lupa bawa payungkan.” sengih Aqilah.
“Oh, do you mean this?” sambil menunjukkan payungnya kepada Aqilah. “Marilah, saya pun kebetulan nak ke masjid juga ni.” balas Akmal.
“Tak apa lah Encik Akmal, tak manis dipandang orang. Saya tunggu hujan reda jak lah ye?” lembut Aqilah menutur. Tapi mengundang rasa tidak puas hati Akmal.
“Pedulilah orang nak cakap apa. Kita bukan buat apa pun, nak ke masjid juga kan. Berdosakah kita pergi masjid? Kan Allah suka?” intonasi Akmal masih lagi tenang biarpun geram.
Tapi, kita kena peduli apa Allah mahu. Kan kalau kita berkongsi payung, boleh menimbulkan fitnah nanti? Lagipun kita jalan pun nanti dekat sangat sal nak mengelak hujan. Seeloknya Encik Akmal jalanlah dulu, dah nak Maghrib ni, nanti bila gelap, makin lain orang fikir.” jawab Aqilah sambil tersenyum.
“Kalau macam tu, tak apalah, awak ambil sahaja payung ni, saya boleh guna kereta saya ke sana.” ujar Akmal, yelah, nak ayat pun slow-slow kan.
“Eh, tak payahlah encik Akmal, nanti encik pula yang tiada paying.” Aqilah menolak lembut.
“Its ok, saya ada payung lain lagi. Nah, ambillah, saya pun nak cepat ni ke masjid, jadi lebih baik awak ambil sahaja.” kata Akmal sambil menghulurkan payungnya. Aqilah menerimanya, dan seraya mengucapkan terima kasih lalu meninggalkan Akmal bersendirian.
Relax Akmal, nanti sampai masanya jua.
******************************
Sejak kebelakangan ini Akmal rajin pergi ke masjid. Semuanya dilakukan semata-mata untuk berselisih dengan Aqilah. Betullah kata Samad, nak ayat gadis baik, nampakkanlah diri kita ni baik.
Tapi pergi masjid pun setakat Maghrib hingga ke Isyak, nak buat macam mana, masa tu jugalah Aqilah dengan kawannya Husna berada, dengar kuliah Maghrib terus. Habis sahaja, terus Aqilah balik ikut kawannya Husna yang dah beli Myvi Limited Edition Series. Warna pink gitu, perempuan kan.
“Aqilah, aku pelik semacam lah, sejak bila Akmal tu pandai pergi masjid ya?” pertanyaan yang keluar dari mulut Husna itu nyata membuatkan Aqilah hairan.
“Eh? Sebelum ni takkan dia tak pernah ke masjid?” soal Aqilah.
“Ha? Kau takkan tak tahu yang dia tu, Solat Jumaat pun tiada tau. Orang lelaki kat opis yang masih bertapa masa orang Solat Jumaat tak lain tak bukan Samad, Akmal dan Hamdan. Mereka bertiga tu geng keras, dah kau gabungkan nama depan pun jadi SAH!” bebel Husna lagi.
‘ish, tak baik tau cakap macam tu, mungkin Akmal dah nak berubah, siapa tahu kan?” balas Aqilah.
“Mungkin, berubah sebab nak tekel kau tu. Silap-silap,kau pun dah syok kat dia.” usik Husna.
“Dah, jangan pandai-pandai, siapalah aku nak dibandingkan dengan orang besar ni.” rajuk Aqilah.
“Ceh, dia tu yang tak layak untuk kau. Perempuan baik dan cantik macam kau ni mana layak untuk lelaki macam dia dia tu.” balas Husna tegas.
“Janganlah serius, aku pasrah saja Husna, mana yang terbaik buatku kan. Lagipun sekarang bukan masa nak bercinta, nak bercinta lepas kahwinlah kan. Kalau kapel, haram.” lembut Aqilah bersuara, sambil memeluk bantalnya. Bicara Aqilah disambut gelak ketawa Husna, sampai berkerut dahi Aqilah kehairanan.
“Yang kau ketawa ni kenapa? Salahkah aku cakap?” soal Aqilah.
“Tak salah, tapi mengaku juga kau baik dan cantik ya? Perasan betul” jawab Husna sambil menahan ketawa.
“Huuusssnnaaaaaa!!!!” Aqilah ingin membaling bantal yang dipeluknya, tapi Husna terlebih dahulu keluar bilik dengan segera.
******************************
“Tak salah kamu tengok betul-betul semua lelaki atau wanita mana yang ingin kamu jadikan pasangan hidup. Tapi, kalau kamu dah bergaul sini sana tanpa batas dengan alasan untuk melihat perangai dia, nyata kamu salah!
Dengan bergaul tanpa batasan itu, dengan tidak menundukkan pandangan, maka kamu telah khianati cinta jodoh kamu di luh mahfuz sana. Paling mudah, ada tak lelaki mahupun perempuan yang yakin dengan anda semua jika dia asyik nampak anda berkepit dengan orang lain?
Yang penting, kalau nak memilih, terutama buat lelaki, adalah ketika anda telah bersedia mendirikan rumahtangga, bukannya nak ikat dia dengan janji kosong yang belum mampu tertunai. Laksanakanlah segera urusan anda, sebelum ianya menjadi fitnah dunia, dan ingatlah, kalau nak yang baik, jadilah yang terbaik!”
Masih terngiang-ngiang suara Ustaz Zami ketika berbicara mengenai urusan cinta. Tak pernah-pernah dia dengar kuliah Maghrib dengan khusyuknya. Selalu dia ambil port terlindung nak tidur sahaja.
Kini Akmal berfikir sesuatu, seumur hidupnya, amat sukar untuk melihat dia di masjid, menjalani ibadah solat. Selalunya waktu malamlah dia hangout dengan kawan-kawannya, melilau mata melihat wanita, sambil bersorak ria.
Tapi kini, biarpun dia tahu dia tidak ikhlas buat semua ini, banyak perubahan yang dirasakannya. Paling kurang, dia tidak sangka dia dah solat di rumah!
“Menung jauh nampak?” Samad tiba-tiba muncul. Sentap Akmal menahan geram gara-gara terkejut dengan kehadiran dua orang rakannya itu.
“Yang aku pelik, tadi awek kiut lalu tepi, dia wat dek jak. Selalu mulut tu kalau tak menegur, mata pandai menjeling, takkanlah penangan si gadis cilik Aqilah?” Hamdan dan Samad sama-sama ketawa, namun berhenti setelah melihat Akmal hanya berdiam diri.
“Geng, kenapa diam, selalu kau dah konfom buka speaker kalau kena sakat. Jomlah hangout, banyak chicks aku nak kenalkan dekat kau ni. Mantap beb, pergh” Samad memancing Akmal.
“Samad, kau dulu sekolah agama kan, boleh aku tanya sesuatu? Macam mana nak pikat hati perempuan baik ni ya? Kau mesti tahu juga kan sebab dikelilingi wanita yang baik-baik dulu” Akmal langsung tidak mengendahkan pertanyaan Samad.
“Uuh, kau tengok Hamdan, memang dah angau dia ni dengan budak Aqilah tu. Geng, bukan nak cakap apa, kebanyakkan orang sekolah agama ni, hipokrit tau. Semua kena hantar sebab mak bapa dorang yang hantar.
Masa tu jak kau nampak dorang baik, lepas keluar, tudung entah ke mana, kapel sana sini berkepit 24 jam, contoh paling jelas, aku lah beb. Bukan semua lah, tapi itu realitinya. Sampai aku yang jahat ni malas nak fikir nak cari awek kat sana geng.” ulas Samad panjang.
Akmal terkedu. Hamdan kemudian menghampirinya.”Akmal, lupakanlah Aqilah, kau pun dah tak macam dulu geng. Common, lets hang out.” ujar Hamdan.
“Sorrylah Hamdan, aku rasa nak balik rumahlah. Aku dah jumpa persoalan semua ni, anyway, thank you very much, aku gembira jumpa Aqilah. Thanks a lot, Assalammualaikum.” Akmal meninggalkan kedua-dua sahabat baiknya itu. Kini dia sedar apa kesilapannya.
Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan daku
Oh tuhanku
******************************
‘Tok tok’, pintu bilik Akmal diketuk. “Masuk”
Seorang wanita bernama Aqilah masuk ke dalam bilik pejabat Akmal. “Tuan, ini dokumen yang tuan minta. Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?” suara Aqilah menggetarkan hati Akmal. Dia terdiam seketika.
“Tuan? Kalau tiada apa-apa lagi, saya keluar dulu?”, lamunan Akmal terhenti. Dia kembali ke alam realiti.
“Aqilah, izinkan saya berbicara sebentar, boleh?” Akmal mula bersuara, tapi dalam keadaan tunduk. Tidak sanggup dia memandang muka Aqilah.
“Boleh saya tahu mengenai apa? Ada dokumen yang saya buat silap? Jika ya, saya minta maaf tuan, saya boleh perbaikinya” gelabah Aqilah. ‘Siaplah aku kena marah,’ getus hati Aqilah.
“Bukan, bukan itu. Saya nak tanya awak, awak dah  ada boyfriend?” kata Akmal sambil menelan liur. Aqilah tersentap, tapi masih mampu berlagak tenang.
“Maaf tuan, saya rasa tak elok kita berbicara mengenai soal peribadi. Saya kurang selesa dengan keadaan begini, jika tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu.” Aqilah kelam-kabut meninggalkan Akmal.
“Aqilah, saya tertarik dengan awak, mengenali awak banyak membuka lembaran baru dalam hidup saya. Sudikah awak menerima diri ini? Saya tahu, saya bukan baik sangat, tapi berilah peluang untuk saya. InsyaAllah, dengan kuasa ilahi, saya akan menjadi terbaik buat awak.”
Akmal melepaskan segala yang terpendam. Aqilah menghentikan langkahnya, namun masih belum berpaling melihat Akmal.
“Sekurang-kurangnya, katakanlah tidak jika anda tidak menerima saya, saya bersedia.” sambung Akmal. Suasana sunyi seketika.
“Maaf, saya tidak mampu berkata ya, saya tidak mampu berkata tidak. Kepada-Nya saya berserah, untuk memberi keyakinan dan yang terbaik buat diri ini.” selesai sahaja Aqilah berkata sedemikian, dia lantas keluar dari bilik Akmal. Akmal hanya mampu terduduk, kelu lidah untuk berbicara.
‘Adakah ini pengakhiran buatku?’ monolog hati Akmal.
******************************
“What? Oh my, are you serious? Akmal cakap macam tu?” teriak Husna, terkejut mendengar apa yang diperkatakan oleh sahabatnya itu.
“Yarabi, kau ni pun, slow sikitlah suara tu, satu bumi dengar kau teriak tau. Macam mana Farid Kamil nak meminang aku nanti kalau dia dengar.” seloroh Aqilah.
“Kau ni, orang serius, dia main-main. So, kau terimalah dia tu?” Aqilah hanya menghela nafas panjang.
“Ok, macam aku tak tahu kau kan? Memang tak terima punya, nak kapel-kapel, harammmmm.” usik Husna.
“Panjangnya harakat haram tu. Seram aku dengar. Aku tak cakap apa-apa, aku cuma pasrah jak. Lagipun, mak aku call tadi.” Aqilah terdiam seketika.
“Mak kau call? Kenapa? Ce cite ce cite.” sambil tangan Husna menghayun tangan lagak Usop Wilcha, watak dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Tergelak Aqilah dibuatnya.
“Bukan, tadi ada orang masuk meminang. Dan mak aku cakap, bapa aku terima. Nampak macam orang baik-baik katanya.” balas Aqilah.
“Ha? Ala, melepaslah Akmal, dah settle masalah kau kan? Jadi, apa yang kau risaukan pula? Takkanlah dah jatuh cinta dengan dia?” sakat Husna lagi.
“Orang tu Akmal la, aku rasa dia tengok rekod pekerja untuk tahu rumah aku di mana. Tak sangka secepat itu tindakannya.” penjelasan Aqilah membuatkan Husna membulatkan mata. Lantas dia memeluk sahabatnya.
“Aqilah, aku sebagai sahabat mendoakan yang terbaik buatmu. Jika dirimu menolak Akmal, katakan sahaja dengan parentsmu, InsyaAllah mereka faham, melainkan, kau juga menyimpan perasaan terhadap Akmal.” Husna tersenyum sambil memandang Husna.
“Thanks Husna, aku berserah kepadaNya sahaja, berharap penerimaan ibu bapaku tidak salah”, ujar Aqilah.
“Amin, doaku buatmu wahai sahabat.” bisik Husna.
******************************
Hari yang cukup meletihkan. Akmal menghela nafas panjang. Dia merenung bilik yang dia berada ketika ini. ‘Cantik’, bisik Akmal.
Pintu diketuk, dan saat itu Aqilah masuk ke dalam. Aqilah menguntumkan senyuman buat suaminya, dan Akmal membalas seadanya.
“Abang dah makan?” lembut tutur Aqilah, sambil duduk di sebelah suaminya. Akmal hanya sekadar mengangguk, tapi mata tak lepas dari memandang wajah Aqilah.
“Ish, janganlah pandang macam tu, mulalah nak nakal-nakal” kata Aqilah sambil mencubit lengan Akmal.
“Aduh, nakal pun, dengan Qila je, bukan dengan orang lain” sengih Akmal.
“Pandai dah nak panggil Qila, huruf “A” nya mana?” usik Aqilah.
“Dia pun dah tak panggil Encik Akmal, pandai nak kata orang.” gelak Akmal. Seketika kemudian, suasana sunyi seketika.
“Qila, terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang. Maafkan abang sebab cara abang tak betul dulu, terlalu mengikut kata hati. Maafkan abang ya Qila?” Akmal memecahkan kesunyian sambil menggenggam tangan isterinya.
Aqilah hanya mengangguk. “Abang, Qila berharap sangat, jangan sia-siakan Qila, bimbinglah Qila sebaiknya, dan InsyaAllah Qila akan cuba menjadi isteri yang terbaik buat abang. Please, jangan kecewakan hati Qila” Qila meletakkan kepalanya di bahu Akmal. Akmal tergamam, mengingati perbuatannya dulu.
“Qila, Qila mesti penatkan? Jom kita tidur, esok masih ada event lagi tu.” giliran Qila tergamam melihat Akmal mengangkat kepalanya dari bahu Akmal.
“Abang, kalau Qila ada salah cakap, maafkan Qila ya.” risau di benak hati melihat perubahan suaminya itu. Tapi suaminya hanya menggelengkan kepala, sambil melemparkan senyuman kepadanya.
“Its ok, tiada salah apa-apa pun, dah la, jom tidur.” lampu dimatikan, dan Aqilah terpana sendirian.
******************************
Jam menunjukkan tepat 2 pagi. Mata Akmal belum lagi lelap. Dia bangun perlahan-lahan, tidak ingin lena isterinya terganggu. Seketika dia ke bilik air, mengambil wuduk. Selepas itu dia menghamparkan sejadah, melakukan solat sunat di malam hari.
Selesai melakukan solat, lidah Akmal tidak henti-henti beristighfar, menangisi dosanya yang lalu. Sesungguhnya malam itu dia tidak henti-henti bersyukur kepadaNya.
“Ya Allah, Engkaulah pencipta langit dan bumi, Engkaulah yang berkuasa ke atas penerimaan taubat hamba-Mu. Sesungguhnya diri ini bersyukur Ya Allah, atas kurniaan yang engkau berikan. Engkau memberikan anugerah yang tidak terhingga kepadaku Ya Allah, dengan menghadirkan bidadari dunia yang begitu besar ertinya kepadaku.
Ya Allah, semoga dengan hadirnya dia dalam hidupku, mampu menjadikan aku lelaki yang lebih baik, dan menambahkan takwa dalam ibadahku. Akan aku jaganya sepenuh hatiku Ya Allah, kerana hidayah-Mu kepadaku dengan menghadirkan dia dalam hidupku.
Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu, aku bersyukur sangat.” dalam doa, Akmal menangis.
Aqilah, terima kasih.
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
******************************
Di atas katil, Aqilah menangis sendirian. Mendengar doa dari suaminya sudah cukup meyakinkannya, bahawa Akmal pasti membahagiakannya. Betapa Aqilah bersyukur, dikurniakan Akmal sebagai teman hidupnya.
“Ya Allah, jadikanlah aku isteri terbaik buat suamiku.” bisik Aqilah, dalam esakan.
Itulah doa malam pertama, dari seorang lelaki dan wanita yang bergelar suami dan isteri.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Hasil Karya : Aretikz
Untuk mengundi cerpen Aretikz
, sila tinggalkan komen undian anda pada kotak komen di bawah.

***undian dari anonymous tidak dikira.

Good luck
Aretikz!
! (^^,)♥

With Love,
Juliana Violet

25 comments:

Unknown said...

akak undi sini...:p

Zurina J. said...

Undi Aretikz! :)

Sunah Sakura said...

saya undi aretikz jugak!

NuSaNa NoSa 91 said...

undi aretikz~ tehehehehee~ ^_^

Nisa' Pasir Gudang said...

undi aretikz jugee... *wink

kaishuhaikal said...

undi...dan kunci cerpen ini...antara yg terbaik yg pernah dibaca...menusuk qalbu

Unknown said...

saya undi

Anonymous said...

undi aretikz..;)

Anonymous said...

undi aretikz..;)

!..fatinabdwahab..! said...

saya pun undi sini. =)

caliph shuriken said...

nice.. nk undi yg ni ^^

nunui Joe said...

sy undi juga! :D

: husna : said...

i vote this story :)

Amin Zaki said...

voitas... kalau cita nie buat drama kat tv best gak nie, hehe....

Liza @ Adzriel AB said...

undi sini juga...

Qistina said...

nak undi jugak!

seyes cerpen ni best....

Tauke Budu said...

ok sy dengan ini ingin mengundi aretikz...
yihhahahahaah.......best giler...
atik dah boleh apply jadi penulis dah ni...

Yana said...

saya pun undi aretikz!! sokong aretikz!!!

Woofer Storm said...

sy tegaskan yg sy undi kat sini..gud luck..
follow sekali la..heheee

Cahaya_Kebahag!aan said...

saya VOTE..:-p

yayanlalah said...

undi cerpen ni! bestt!!

Unknown said...

UNDI!!!!!!!!!!!!!

deeya said...

VOTE aretikz !!!

Aretikz said...

Thanx kepada yang mengundi.. Amat dihargai sangat2.. ^_^

cuma banyak typo error kat sini.. huhu.. kat blog sya yg ada ok sikit.. diperbaiki.. hehe..

http://segalaceritera.com/atik/2011/04/11/99-hari-kisah-klasik-kita-doa-malam-pertama/

Anyway.. thanx again ^_^

Anonymous said...

the best!