Monday, January 31, 2011

Memori Cinta : Cerpen Juri "99 Hari Kisah Klasik Kita" ~> Hiro

"Abang baru balik kerja? Lambat betul" sapa Afiqah Najwa menyambut kepulangan suaminya.
"Oh. Pukul 4 petang ada meeting. Pukul 5.30 baru habis" balas suaminya ramah.
"Oh. Kesian Abang penat. Jom minum petang, Sayang ada goreng karipap"
"Hehe. Terima Kasih Sayang. Jom berlumba sapa sampai dulu ke dapur?" ajak suaminya.
"Eiiii... Abang. Tunggu Sayang!!!"
Afiqah Najwa. Bekerjaya sebagai kerani di sebuah syarikat di ibu kota. Dia sangat cinta akan suaminya. Cinta dia pada suaminya memang tak dapat disangkal lagi.
"Abang..."
"Ye Sayang"
"Ni Abang kan conteng?"
"Apa tuu..."
"Nih"
Perkataan 'Afiqah Bucuk!' terconteng di kertas kerja Afiqah.
"Abang tahu tak ini Sayang kena hantar ni kat bos esok?"
"Alahhh. Print la lain"
"Malas. Abang buat. Abang la kena print balik"
"Wekkk"
"Eiii. Nak kena cubit"
"Marilah. Abang rela nyah!"
"Eiiiiii!!!"
Ahmad Rohaimi juga suka menyakat isterinya. Dalam sehari. Mesti ada. Kepalanya memang tak betul mungkin. Paling tidak pun. Telefon isterinya guna telefon pejabat menyamar jadi pegawai bank. Kata Afiqah Najwa tak bayar lagi ansuran kereta.
"Abang.. Abang tak basuh pinggan lagi. Kenapa dah letak dekat rak?"
"Di jalan sendiri la Sayang.."
"Abang jangan macam-macam. Sayang tengah bad mood ni"
"Eleehhh. Bad mood konon. Malam nanti jangan tidur peluk abang"
"Alaaa. Tak mahu laaa. Abang. Okay. Bos marah Sayang tadi. Lambat hantar dokumen. Padahal Sayang dah letak atas meja dia"
"Abang suh duk rumah degil. Hehe. Meh dekat Abang"
"Pinggan tu sapa nak basuh?"
"Nanti la. Ni cerita ni. Best taw Sayang"
"Cerita apa?"
"Tengok la"
Ahmad Rohaimi pandai melayan isterinya yang manja-manja. Gaduh biasa-biasa tu kerap juga. Tapi mereka pandai menjaga hati masing-masing. Mereka memang mencintai satu sama lain. Mereka sandarkan cinta sejati. Bukan paras rupa. Itu sebab mereka masih kekal bahagia walaupun sudah dua tahun berkahwin.
***
"Afiqah.. doktor cakap dengan aku. Kau dah lama tak pergi hospital. Kenapa?" tanya Suraya.
"Hehe. Tak ada apa. Aku sibuk sikit. Minggu depan aku pergi ye" balas Afiqah.
Suraya merupakan kawan karib Afiqah sejak sekolah menengah lagi. Dia mula ragui dengan sikap Afiqah yang pelik sejak kebelakangan ini.
"Aku okay la Su. Jangan risau okay?"
"Yelah. Yelah"


"Abang ingat lagi tak? Yang Abang kata Abang tak cinta Sayang? Sayang terkejut betul. Sebenarnya Abang nak kata Abang tak cinta Sayang saja... tapi Abang setia. Hehe. Sayang Abang"
"Budak-budak je bercinta saja, Sayang. Setia harem"
"Sayanggggg Abang... peluk leh?"
"Wekkk!"
"Jahat"
"Haha. Dah la. Jom makan. Emm. Lapar da ni. Nak berapa senduk? Malam ni, abang jadi 'Butler'. Hehe"
"Dua senduk je. Nanti gemuk"
"Dua senduk Sayang minta. Abang bagi tiga senduk percuma. Jadi lima senduk. Haha"
"Abang! Tak mauuuuu..."
Mereka makan sambil disusuli gelak tawa. Bebola mata Afiqah turut menguntum senyum melihat latah suaminya.
***
"Doktor Haslan. Kawan saya berperangai pelik. Dia selalu cakap sorang-sorang" ujar Suraya.
"Maksud Cik Suraya?"
"Emm. Ada minggu lepas, dia mahu belikan suaminya hadiah. Balik awal sebab suami dia demam la. Suami dia tanya bila saya mahu kahwin la. Tapi suami dia sudah meninggal dunia. Setahun yang lalu" terang Suraya.
"Meninggal sebab apa?"
"Keracunan gas dalam laluan bawah tanah. Suami dia pegawai OSHA. Dia membuat pemeriksaan di sebuah kilang. Tapi terlibat dalam kecelakaan" tambah Suraya.
"Oh. Kesiannya. Mungkin dia tak dapat terima kenyataan suami dia sudah meninggal"
"Tak doktor. Dua bulan lalu. Okay ja. Lepas dia dapat tahu dia sudah peringkat akhir barah payudara. Dia jadi macam ni"
"Dia ada barah payudara?"
"Ye. Muda lagi"
"Usia muda pun belum tentu jaminan tak ada. Mungkin dia buka satu kotak imaginasi. Dunia dia dengan suaminya sahaja"
"Hah?"
"Hmm. Cik Suraya harus menemaninya untuk sementara waktu. Boleh?"
"Baik doktor"
***
Afiqah Najwa sebenarnya sudah bergelar janda. Suaminya sudah mati. Afiqah seakan tidak dapat menerima suaminya sudah pergi.
"Fiqah. Kau nak pergi Paris?" tanya Suraya selepas sampai rumah Afiqah.
"Ye Su" jawab Afiqah ringkas.
"Buat apa?"
"Bercuti"
"Kau tahu kau sakit kan. Kau kena terima rawatan. Jom ikut aku ke hospital"
Suraya terus menarik tangan Afiqah.
"Su!!! " betak Afiqah kuat.
Terus Afiqah menarik tangannya kuat.
"Kau sakit kan. Kau akan mati kalau kau tak pergi hospital. Aku tak mahu kehilangan kau Fiqah!"
"Aku memang akan mati pun! Tapi aku mahu memori cinta aku kembali. Aku mahu bersama suami aku, sebelum aku pergi"
"Fiqah..."
"Ye Su. Aku sedar. Kau nampak aku pelik kan sekarang. Aku tahu suami aku sudah mati. Aku tahu Su. Tapi sebelum aku menutup mata. Aku mahu ulang semua memori aku dengan dia. Daripada kami mula kenal sehingga hari terakhir dia tinggalkan aku. Aku sudah tak ada masa Su," rintah Afiqah dengan nada sayu.

Mutiara jernih Afiqah Najwa mula menitis.
"Fiqah..."
Suraya turut menangis sama. Dia nampak Afiqah Najwa kian lemah. Terus dia peluknya erat-erat.
"Kenapa dia tinggal aku Su. Kenapa. Sekejap sangat dia tunjuk cinta dan setia pada aku Su. Aku tak puas Su. Kasih dia sangat mendalam Su. Aku lemah tanpa dia Su. "
Suraya hanya mendengar keluhan Afiqah.
"Mana janjji dia nak jadi ayah yang bertanggungjawab Su. Mana. Dia sudah jadi suami yang baik. Suami yang paling sempurna"  Makin laju air mata Afiqah keluar.

"Sabar Fiqah. Ada hikmah tu" pujuk Suraya.
"Kenapa Tuhan tak ambil sahaja suami orang lain. Yang tak bertanggungjawab tu. Kaki botol, kaki judi tu semua. Kenapa mesti suami aku Su"
"Dah. Dah. Flight kau pukul berapa ni," pujuk Suraya sambil kesat air mata Afiqah. Air matanya masih belum sempat dia kesat.
"Lagi dua jam"
"Okay. Okay. Aku hantar ye. Korea kau pergi tak?"
"Pergi Su. Itu tempat 'anniversary' kami yang pertama."
"Okay. Kau jaga diri taw. Lepas balik Malaysia. Kau pergi mana?"
"Balik kampung. Rumah aku. Memori cinta aku dan dia mula tersemi di masjid kampung aku"
"Okay. Jom makan. Lapar la"
"Kau ni. Okay-okay je. Hehe. Tapi, buruk benar kau nangis." sakat Afiqah.
"Kau lagi buruk. Haha"
Mereka gelak sesama sendiri. Afiqah masih boleh ketawa dalam menangis. Suraya memang kawan sejatinya.
Selepas mengunci pintu rumah, kereta Suraya mula menghala ke KLIA.
"Abang, memori cinta Abang pada Sayang. Sayang tak pernah lupa..." hati Afiqah berbisik.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Hasil Karya : Hiro ***Juri Kontes "99 Hari Kisah Klasik Kita***
With Love,
♥ Juliana Violet ♥

Update "99 Hari Kisah Klasik Kita"

Assalamu'alaikum & happy Monday buat semua.

Sorry ye sebab Vee tak update Kisah Klasik Kita 2 hari ni. Internet connection Vee problem. Dan maaf Vee kurang dapat komited dengan "99 Hari Kisah Klasik Kita" akhir-akhir ni. But will try my best to update "Kisah Klasik Kita" for all of you.

Untuk yang mengundi cerpen pilihan anda, jangan lupa ajak bloggers lain untuk membaca cerpen pilihan anda dan minta they all vote untuk cerpen tersebut okay? :)

Jangan lupa ye, untuk bloggers yang dapat meneka pemenang cerpen tempat pertama, kedua dan ketiga dengan tepat - akan diberi hadiah misteri dari pihak penganjur.

Pihak juri sudah mula membuat penilaian/pemarkahan untuk 20 cerpen pertama yang sudah disiarkan di Kisah Klasik Kita bermula 1 Januari lalu. Pada yang masih berminat untuk turut sama memeriahkan kontes "99 Hari Kisah Klasik Kita", anda masih boleh menghantarkan karya anda ke kisahklasikita@yahoo.com. ***Seboleh-bolehnya jangan hantar attachment. Copy & paste, sertakan link blog anda, nama pena/nama blog, tajuk cerpen dan gambar sekiranya ada)

Tata for now.

Selamat berkarya kepada yang berminat dan selamat mengundi kepada bloggers yang sudi meluangkan masa membaca cerpen-cerpen peserta "99 Hari Kisah Klasik Kita".

Salam sayang,
Juliana Violet

Friday, January 28, 2011

99 Hari Kisah Klasik "ASaL" : Jernih Suci?


SAYA melihat Afwan yang duduk betul-betul di hadapan meja pensyarah. Setiap kali waktu ujian dan peperiksaan, di situlah Afwan duduk. Meski datang awal bersama Afwan, saya akan mencari tempat duduk yang tersorok dari pandangan pengawas peperiksaan. Semua kawan-kawan lain pun begitu. Datang awal untuk mendapat tempat strategik, supaya di masa-masa terdesak dapat juga mengeluarkan senjata untuk menyelamat tengkuk. Senjata haram yang istilah dikenali sebagai toyol. Afwan tidak begitu. Tempatnya paling hadapan terdedah kepada pemerhatian pengawas peperiksaan.

Satu hari ketika minum petang di Kedai Kopi, dalam seronok mengunyah keropok losong dicicah sos, saya bertanya kenapa Afwan selalu duduk di hadapan sedang dia datang paling awal. Bagi saya, Afwan lebih berhak untuk menduduki tempat strategik berbanding orang lain. Tempat yang sukar dikawal selia pengawas peperiksaan.

“Saja.” Itu jawab Afwan, saya tahu dia tidak berjujur.

“Kawan apa kau ni banyak sangat rahsia!” Saya bertanya dengan suara ditinggikan.

Afwan tersengih untuk menutup rasa bersalah, “Aku takut, aku takut tergoda.” Afwan menjawab dengan gaya tersipu malu adik-adik. Lesung pipit berlekuk di kedua-dua belah pipi.

Saya faham maksud Afwan. Dia takut digoda oleh rakan-rakan yang secara sukarela akan menawarkan toyol haram zadeh untuk mereka yang kesempitan. Kalau pun ada yang menolak, mereka akan tetap bereya untuk berkongsi. Kata mereka, “tolong menolong kan amalan mulia.”

“Kau ni Afwan takut sangat. Semua orang buatlah, bukan rahsia pun. Kau tak pernah meniru ke? Jaga sangat macam orang alim.”

Muka Afwan keruh. Saya turut terkesan dengan perubahan itu. Takut-takut saya telah menyentuh hal peribadi yang sensitif.

“Betul Rizqin, aku bukan orang baik dan bukannya tidak pernah meniru.” Safwan membuang pandang ke tempat jauh. Biar betul. Afwan ‘orang suci’ seperti digelar rakan-rakan pernah meniru.

“Maaflah, kalau aku menyinggung perasaan kau. Tapi tentu ada sebab yang buat kau berubah.”

“Kau kenalkan Ir. Haron yang mengajar kita Kejuruteraan Air Sisa masa diploma dulu?” Saya mengangguk. “Dialah yang menyedarkan. Sebelum itu, aku juga sama seperti orang lain.”

Afwan membetulkan duduk. Saya meneguk air kosong. Dari riak muka, ada cerita berat yang disimpan. Afwan mengambil sesuatu dari dalam kocek. Ianya sehelai kertas bersaiz buku nota kecil, tetapi sudah dilamina dengan plastik jernih. “Ir. Haron beri.”

Dengarkan tuan ayahanda berperi
Kepada anakanda muda bistari
Nasihat kebajikan ayahanda beri
Amalkan jangan malas dan ngeri

“Wah, bagusnya, bertuah betul kau. Ni pantun ke puisi?”

“Itu syair. Syair Nasihat ditulis oleh Raja Ali Haji. Ir. Haron hadiahkan di hari akhir kita diploma dulu.” Afwan senyap seketika sebelum kembali bercerita.

“Pernah sekali waktu musim ujian, aku bawa toyol yang dibawa sekali bersama kertas kosong untuk menulis jawapan. Ingat aku Ir. Haron tidak akan memeriksa. Tiba-tiba hari itu dia bergerak dari satu meja ke meja sambil menyelak setiap helai kertas jawapan pelajar sebelum ujian bermula. Dia nampak kertas yang bertulis pensil tetapi dia sekadar menyelak kemudian berlalu pergi. Masa itu aku sudah berpeluh-peluh menahan takut. Sepanjang masa menjawab tangan mengigil-gigil. Segala formula yang diingat pun hilang entah ke mana.”

“Lepas ujian tu apa yang Ir Haron buat? Potong markah atau bagi kosong untuk ujian tu?”

“Tidak ada apa-apa. Aku pun menunggu juga. Tapi memang tidak jadi apa-apa langsung.”

“Lepas tu kau bertaubatlah ye?”

“Tidak juga. Aku ingat aku kebal dan Ir. Haron tidak berani.”

“Habis tu apa yang buat kau berubah.”

“Kau ingat tak masa Ir. Haron bawa kita semua pergi lawatan ke pusat rawatan air sisa di Putrajaya?”

“Mestilah ingat, bukan selalu kita dapat keluar dari kampus untuk dapat belajar dari mereka yang betul-betul ada pengalaman.”

“Masa itulah Ir. Haron sekolahkan aku. Rasa macam kena hempuk batu besar punya betul-betul di kepala.”

“Kau ni cerita jangan berhenti-henti. Tidak sabar aku hendak dengar.” Afwan senyum kemudian meneruskan cerita.

“Selepas penerangan dan sesi melawat setiap kolam rawatan, aku memerhati tidak berkelip dua botol air di atas meja pameran yang disediakan jurutera. Aku ingat lagi, penerangan jurutera loji rawatan air kumbahan. Satu botol tu air mineral, satu lagi ialah air sisa kotoran yang telah dirawat. Bila diletakkan sebelah menyebelah dalam botol yang serupa, kelihatan kedua-dua air sama sahaja. Bersih dan jernih. Memang tidak dapat dibeza.”

“Betul, betul. Aku ingat lagi masa jurutera terangkan pasal benda tu. Air sisa tu macam air kosong dalam gelas ni kan? Jernih je, tiada cela langsung.”

Afwan mengangguk.

“Masa itu aku tidak sedar yang Ir. Haron berada di belakang. Dia memerhatikan aku sebenarnya. Tiba-tiba dia bertanya dan menegur, “Kalau saya cabar awak untuk minum salah satu dari air ni, awak berani?”

“Apa yang kau jawab.”

“Aku kata aku tidak berani. Mana kita tahu yang mana satu air mineral, mana satu air kumbahan. Yelah, air sisa yang masuk ke dalam kolam rawatan itu entah sisa dari mana. Sisa yang keluar semasa kita masuk dalam tandas. Yang akan berbunyi kuat ketika pepejal itu keras dan akan berbau masyaAllah kalau sedang cirit birit. Masalahnya yang terkumpul bukan dari orang Melayu sahaja, dari semua lapis masyarakat. Orang Cina, India, Benggali, orang putih. Orang miskin, orang kaya. Belum campur lagi dengan mayat orang yang mati dalam pembentungan.”

Afwan berkerut dahi, “Ir. Haron gelak sahaja mendengar jawapan aku. Masa itu aku lupa sangat kes bawa toyol dalam ujian. Aku pun selamba tidak malu bersembang dengan Ir. Haron. Aku ingat dia lupa. Kau pun kenal Ir. Haron itu baik, suka beramah tamah.” Afwan menarik nafas. Macam susah benar dia mahu meneruskan cerita.

“Cepatlah, apa jadi seterusnya.”

Afwan masih mengambil masa. Payah sangat butir bicara keluar dari mulutnya.

“Ir. Haron kemudian cakap, macam itulah keputusan peperiksaan kita. Yang dilihat oleh mata pensyarah dan mata ibu bapa ialah apa yang tercetak di atas kertas. Tidak lebih tidak kurang. Semuanya kelihatan bersih, putih dan sempurna. Pelajar itu sendiri yang lebih tahu dari mana datangnya nombor-nombor yang dicetak.” Ada jernih bertakung di mata Afwan.

“Masa itu seolah ada batu besar menghimpit dada. Muka pucat tidak berdarah. Ir. Haron kemudian mengangkat salah satu dari dua botol itu betul-betul dihadapan mata aku. Kemudian dia tanya, “Afwan, agak-agak sanggup tidak awak menawarkan air dalam botol ini untuk diminum atau sebagai air untuk wuduk kepada kedua ibu bapa kamu?”

Saya terdiam. Afwan juga terdiam. Lama kemudian menyambung. “Aku cuma menggeleng pada Ir. Haron. Ir. Haron pula terus berlalu dari situ. Sepanjang perjalanan aku tidak dapat bercakap apa-apa. Lama lepas itu aku ke bilik Ir. Haron meminta maaf. Ir. Haron maafkan dan dia berharap agar aku segera bertaubat dan menyesal. Sejak dari itu hingga hari ini dan selama-lamanya, dari apa yang kau kenal tentang aku Rizqin, benar, aku bertaubat.”

Ada serbuan hebat dalam dada. Segunung rasa bersalah bergumpal. Saya memandang Afwan. Air dalam gelas tidak mampu saya habiskan.

Afwan memandang gelas saya, menarik nafas kemudian kembali bersuara, “air sisa selepas dirawat memang bersih dan jernih. Kualiti kejernihannya sama seperti air mineral yang dibeli di kedai-kedai. Kau pun tahu Rizqin, kita sudah belajar masa diploma lagi. Meski airnya bersih dan jernih, akhirnya tetap dilepaskan kembali ke sungai. Ia tetap akan dibuang. Tidak akan terjadi dalam praktis air sisa yang dirawat digunakan untuk menjadi air minum. Air sisa tetap air sisa. Ia cuma akan jadi kembali jernih bila sudah disucikan secara semulajadi.”

“…bila air yang dilepaskan di sungai naik ke langit sebagai wap air, bergabung dengan awan dan kembali turun sebagai hujan.” Saya menyambung bicara Afwan tanpa disuruh-suruh.

Afwan memandang ke arah lain. Saya melihat dia mengangkat tangan untuk menyeka sesuatu yang keluar dari mata. Ketika dia kembali memandang matanya sudah merah.

“Aku bersyukur Ir. Haron menegur aku Rizqin. Jika tidak sampai bila-bila pun aku tidak sedar. Keputusan peperiksaan yang atas kertas cemerlang, rupanya ia cuma seperti air kumbahan yang telah dirawat. Kita telah menutup kekotorannya dan merahsiakan dari mana ia datang dari mata bakal majikan, malah lebih buruk dari pandangan ibu bapa. Sedangkan ibu bapa sampai berkenduri-kendara bersyukur meraikan kejayaan kita.”

Khali.

“Setiap kali aku mahu meniru aku akan teringatkan Ir. Haron. Lebih lagi akan teringat, aku sebenarnya sedang menawarkan air sisa manusia yang kotor dan jijik untuk ditelan mak ayah sendiri.”

Saya tidak mampu berkomentar. Terasa dalam mata ada air.

“Oh ya, aku teringat apa Ir. Haron cakap sebelum aku keluar dari bilik ketika minta maaf dulu.”

Saya memasang telinga berminat.

“Saya doakan awak akan dapat menawarkan air mineral yang tulen bersih untuk diminum oleh ibu bapa awak nanti.” Lesung pipit di kedua belah pipi Afwan muncul kembali. Saya tahu doa Ir. Haron telah makbul.

Saya memusingkan kertas berlamina tadi. Di belakangnya ada tulisan lain,

Ilmu itu besar faedahnya
Membezakan hak dengan batilnya
Mengetahui rakyat benar dan salahnya
Supaya dihukumkan dengan adilnya.

Saya sudah faham. Hari ini bertekad untuk menjejak langkah Afwan, InsyaAllah.


~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Hasil Karya : ASaL

Untuk mengundi cerpen ASaL, sila tinggalkan komen undian anda pada kotak komen di bawah.

***undian dari anonymous tidak dikira.

Good luckASaL! (^^,)♥

With Love,
♥ Juliana Violet ♥

Thursday, January 27, 2011

99 Hari Kisah Klasik "Encik Tikus" : Kimia


Gedebuk !!! Bunyi hentakan kuat kedengaran di suatu sudut.

"Aduh !! Woi buta ke ?! tak nampak orang dekat sini ?! Tahulah kau tu besar tapi agak-agaklah pun time jalan tu, pandang ahh kiri kanan dulu," bentak seorang gadis tanda marah.

"Erk, maafkan saya... saya tak nampak awak tadi... awak tak apa apakan ?" ucap Amarul yang takut dengan kejadian yang baru sahaja berlaku pada dirinya.

"Ape kau ingat dengan sorry kau tu boleh baikkan lengan aku yang sakit ni ?!" kata gadis tersebut sambil memegang lengan beliau yang kesakitan.

Amarul mengeluarkan note 50 ringgit dan di berikan kepada gadis itu.

"Nah ambik duit ni pergi beli ubat dekat hospital, saya harap lengan awak tu tak apa-apa,"

"Tak payah nak tunjuk sangatlah sifat baik kau tue, aku tak berminat pun ! Huh ! " seusai itu gadis tersebut segera pergi meninggalkan Amarul keseorangan.

Amarul kaget dengan perlakuan gadis tersebut.

‘Uish... seumur hidup aku... tak pernahlah aku jumpa perempuan kerek macam nie,’
getus Amarul pabila melihatkan kelakuan gadis sebentar tadi.

**********
"Okay murid-murid, hari ni cikgu ingin memperkenalkan kepada kamu semua murid baru dekat kelas kita," kata Cikgu Dahlia selaku guru kelas 5 Jujur.

"Sila perkenalkan diri kamu kepada kelas," kata Cikgu Dahlia lagi.

"Hai, nama saya Amarul Anuar Bin Amarul Hisham, saya tinggal di Lot 5 Jalan Tengkolok dan dulu saya pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah," ucap Amarul memperkenalkan dirinya.

Amarul sebenarnya baru sahaja berpindah ke Puchong kerana terpaksa mengikut ayahnya yang baru sahaja ditukarkan tempat kerja. Disebabkan berpindah ke rumah yang baru, Amarul juga terpaksa berpindah ke sekolah yang baru kerana jarak perjalanan yang jauh.

"Cikgu harap kamu semua dapat memberi tunjuk ajar kepada Amarul,"

Kring..... kring..... kring.....

Serentak itu loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula. Kelihatan murid-murid daripada menengah atas keluar dari kelas masing-masing. Amarul kelihatan tergesa-gesa keluar dari kelas untuk pergi ke kantin.

Gedebak !! Tak semena-mena Amarul yang baru sahaja keluar dari kelas terjatuh kerana berlanggar dengan seorang murid yang kebetulan lalu di hadapannya.

"Aduh !! Wei apa kau ni tak nampak orang ke huh ?!" ,rintih gadis itu kesakitan.

Amarul yang kebingungan segera mengecam gadis yang baru dilanggarnya sebentar tadi.

"Ehh awak bukan gadis yang saya langgar tempoh hari ke ?" soal Amarul untuk mendapatkan kepastian.

"Habis tu takkan nenek kau pulak... kau ni tak habis habis menyusahkan aku kan... hari tu kau langgar aku dekat perpustakaan... hari ni kau langgar aku dekat sekolah," gadis itu mencebikkan bibirnya tanda menyampah.

"Manalah saya tahu lagipun takkanlah saya nak langgar awak dengan sengaja dua kali pulak kan,"

"Ohh kau dah buat salah ada hati nak cakap diri kau betul ? Kalau kau nak tahu lengan aku ni tak baik lagi tau sebab kejadian hari tu," kata gadis itu sambil menunjukkan kesan lebam di lengannya.

"Habis tu awak nak saya buat apa ?",

"Aku nak kau belanja aku tiap tiap hari selama sebulan ! Boleh kau buat ?"

"Huh ? Belanja awak makan masa rehat ?"

"Yea laaa takkanlah belanja aku masa aku tidur pulak,"

Kelihatan Amarul berfikir seketika sebelum memberi sepatah dua kata,

"Hmmm boleh tiada masalah," kata Amarul tenang.

Gadis tersebut tersengih seketika sebelum berlalu pergi meninggalkan Amarul yang masih terduduk di atas lantai. Amarul bingkas bangun lalu masuk ke kelasnya semula dan bertanyakan sesuatu kepada ketua kelas.

"Suraj boleh saya tahu siapa nama gadis yang baru saja saya langgar tadi ?"

"Ohh perempuan tu namanya Sofea Arisya, anak orang lord kot... tak hairanlah kalau perangainya memang macam tu," balas Suraj.

"Ohhh Sofea Arisya.... sedap betul namanya..."

**********

"Sofea macam mana sesi persekolahan kamu tadi ?" soal ibunya.

"Hmmm along kena langgar dengan budak yang along ceritakan tempoh hari mama,"

"Ohh yeah ? So macam mane keadaan lengan along ? Bertambah baik atau makin sakit ?"

"Of course lah makin sakit mama, lelaki tu langgar dekat lengan yang sama kot," kata Sofea mengadu.

"Alaaaa, mungkin itu jodoh along kot... langgar orang yang sama, keh keh keh.." bapanya menyampuk sambil berketawa kecil.

"Haish papa ni.... orang SPM pun tak lepas lagi ada hati nak kahwin.... ngada-ngadalah papa ni,"

"Hahahaha....Papa bukan apa... papa dengan mama ni teringin sangat nak dapat cucu dari anak papa ni hah.. itu sebab papa nak along kahwin awal... mana tahu papa dengan mama tak sempat nak tatap cucu nanti kan,"

"Ish papa ni ke situ pulak dia," balas Sofea yang tidak senang duduk mendengarkan kata-kata dari ayahnya.

Sofea merupakan anak tunggal hasil perkongsian hidup antara Dato’ Jamil bersama isterinya iaitu Datin Azma. Disebabkan ibu dan bapa Sofea berkahwin lambat maka bapanya begitu mengidam untuk mendapat cucunya yang pertama memandangkan usia Dato’ dan Datin yang semakin senja. Takut juga kalau-kalau mereka tidak dapat menatap wajah cucu sulung mereka jika ditakdirkan pergi mengadap Illahi dahulu.

**********

Kelihatan Sofea termenung di hadapan laptop yang terbuka daripada tadi. Nampak seperti dia sedang memikirkan sesuatu.

"Blog !" terpacul dari mulut Sofea.

Segera Sofea menaip sesuatu di browser Mozilla Firefox. http://muhdfarith.blogspot.com/ word yand kelihatan di ejen carian Google. Segera butang Enter di tekan oleh Sofea.

Sabtu 23 September 2010

Hari ni gua ingin menghiburkan sesuatu kepada lu orang mengenai sebuah lagu yang gua rasa begitu kena dengan diri gua. Gua harap kepada yang membaca blog ni di persilakan memahami setiap bait bait lirik yang tertulis disini ...

Deras hatiku berdetak..

Di langit aku terlihat kamu..

Terang malam teman kita dengan angin meniup sayu..

Ku petik gitar akustik ini dengan harapan dia mendengar..

Ehh sat sat..... tetiba gua lupa pulak lirik lagu tu, grrrr... gua sambung lain kali ahh..... Dem~


Seraya itu Sofea tergelak terbahak-bahak selepas membaca entry di blog tersebut. Seperti kebiasaan Sofea pasti akan ketawa selepas membaca setiap entry di blog Pria Istimewa. Seakan-akan lawak idea yang dicoretkan oleh Pria Istimewa begitu kena dengan kepalanya sendiri.

"Hahaha, Pria Istimewa ni tak habis habis buat aku tergelaklah sepanjang masa... Sengal ahh Pria Istimewa ni, hahahahhaha..."

Sakan betul Sofea ketawa sehingga kelihatan matanya berair. Sofea telah mengikuti blog Pria Istimewa semenjak blog itu mula ditubuhkan iaitu sekitar tahun 2008. Maknanya sudah 2 tahun dia mengikuti segala madah yang ditulis oleh Pria Istimewa. Bagi Sofea pemilik blog Pria Istimewa itu seorang yang kelakar dan memang istimewa.

‘Kalaulah boleh... aku teringin nak jumpa pemilik blog ni.... hmmmm...,’

ngomel Sofea bersendirian.

**********

‘Seronoknya aku kalau tiap-tiap hari aku dapat belanja budak ni,’
Getus Amarul melihatkan Sofea yang begitu asyik menjamah mee goreng dihadapannya.

"Nak lagi tak ? Kalau nak saya boleh beli lagi," sindir Amarul

"Takpe-takpe makanan yang kau beli ni dah cukup bagi aku... by the way thanks sebab belanja aku... hehe," senyum Sofea memerli tidak mengendahkan sindiran dari Amarul.

Masuk hari ini sudah 28 hari Amarul terpaksa membelanjakan duitnya untuk Sofea sebagai janji yang telah dipersetujui oleh mereka pada 28 hari yang lepas. Walaupun bagi Amarul hal itu sedikit membebankan tapi demi ingin melihat Sofea setiap hari beliau sanggup.

"Ehh awak saya nak tanya ni... Lagi satu bulan kita nak menghadapi peperiksaan SPM kan... jom kita study sama-sama nak ?"

"Huh ? Ape ?" soal Sofea yang kelihatan begitu asyik menikmati mee gorengnya.

"Saya kata saya nak ajak awak study sama-sama dengan saya petang ni, boleh tak ?", Amarul meninggikan sedikit suaranya.

"Hmmmm, aku rasa malaslah sebab aku dah ada member nak study, sorrylah,"

"Okey macam nie, ape kata kalau saya belanja awak lagi sebulan asalkan awak sudi study dengan saya tiap-tiap petang, setuju ?" pancing Amarul.

"Kalau macam tu boleh kot, takde masalah tapi aku kena bawak member aku sekali lah... hehe," senyum Sofea sambil ketawa kecil.

"Wey Amarul ! Blog Pria Istimewa yang kau bagi aku tempoh hari bestlah... tak menyesal aku baca," kata Suraj yang tiba-tiba muncul dibelakang Amarul.

‘Blog Pria Istimewa ?!!’

**********

"Okey murid murid hari ni cikgu nak beri satu tugasan kepada kamu. Jadi cikgu dah bahagikan kamu semua kepada pasangan masing-masing dan setiap pasangan dikehendaki membuat pembentangan mengenai kronologi Pembentukan Negara Malaya mulai dari Tunku Abdul Rahman sampailah kepada pembentukan sepenuhnya Negara Malaya,"

"Jadi kepada pasangan yang telah ditetapkan kamu jangan mengada-ngada nak menukar kumpulan ye," warning Cikgu Zara selaku guru subjek Sejarah mereka.

Terkejut Amarul apabila nama Sofea Arisya disebut sebagai pasangannya, ianya kerana kejadian yang telah berlaku antara mereka berdua sebelum ini. Takut juga Amarul kalau Sofea tidak mahu memberikan kerjasama terhadap kerja pembentangan yang telah diberikan oleh Cikgu Zara. Dia tahu Sofea itu keras kepala orangnya melalui apa yang telah beliau lihat dengan matanya sendiri sebelum ini.

"Hai awak.. tak sangka saya, awak satu group dengan saya, hehehe...," tegur Amarul lembut.

Sofea tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia masih memikirkan pasal kejadian yang berlaku sebentar tadi. Ya, mengenai blog Pria Istimewa yang telah disebut oleh Suraj. Sofea ingin tahu apakah blog Pria Istimewa itu kepunyaan Amarul atau blog itu memang berkaitan dengannya. Kusut pula fikiran Sofea memikirkan hal itu.

"Ehhh awak, saya bercakap dengan awak ni... tak dengar ke ?"
Ucap Amarul yang melihatkan Sofea tidak memberi respon daripada tadi.

"Sorry-sorry ape awak cakap tadi ?"

"Saya cakap saya tak sangka yang saya dapat group sama dengan awak,"

"Ohhhh saya pun tak sangka dapat satu group dengan awak," jawab Sofea ringkas.

"Kejap-kejap... bila masa awak dah mula cakap ‘awak-saya’ dengan saya ni ? Hehehehe....,"

 "Yeke bila masa saya panggil awak macam tu. Erkk ???"

"Yela ada tadi... hah tu awak cakap lagi ‘awak-saya’, keh keh keh...,"

Sofea yang mulai perasan akan pertuturannya yang agak ‘lain’ mula tersimpul malu dan seraya itu mereka berdua berpandangan sambil tersenyum !

**********

Kelihatan Amarul dan Sofea sibuk mengulangkaji di taman permainan. Hanya tinggal lebih kurang tiga puluh hari sahaja sebelum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula. Bagi mereka inilah masanya untuk menunjukkan kepada ibu bapa yang mereka boleh mencapai kejayaan cemerlang yakni ‘straight A’ selain dapat mengharumkan nama sekolah.

"Awak, saya nak tanya something ni..." Sofea memulakan bicara.

"Ape dia... tanya je laaa..."

"Hmmmm betul ke awak ni pemilik blog Pria Istimewa, ?"

"Aaaaaa kenapa awak tanya macam tu ?" soal Amarul yang mula pelik dengan persoalan yang dilontarkan oleh Sofea.

"Ehhhh takde pape laaa, saya saje je tanya.... kalau awak taknak jawab takpe laaaa...."

"Okey..." jawab Amarul ringkas seolah-olah ingin mematikan perbualan tersebut.

"Ehh awak, saya balik dulu lah... dah nak maghrib dah ni.. nanti ape pulak mama saya cakap...,"

"Kalau macam tu okey lah nanti esok kita jumpa lagi ekk ?"

"Bye..," Sofea melambai lambai ke arah Amarul sebelum memecut laju skuternya pulang ke rumah.

Sampai sahaja di rumah Sofea segera mandi dan menunaikan solat maghrib. Lalu dicapai komputer riba miliknya dan perkara pertama Sofea lakukan adalah membuka laman blog Pria Istimewa.

"Hmmm kalau betul lah apa yang aku jangka so betullah blog tu milik Amarul tapi macam mana nak cari buktinya ek ?", soal Sofea bersendirian memikirkan mengenai pemilik sebenar blog tersebut.

Sambil menggerak-gerakkan kursor di skrin komputer ribanya, Sofea sengaja secara rawak menekan pautan entri blog Pria Istimewa pada tarikh 2008. Antara entri terawal blog lelaki itu.

Isnin 13 Ogos 2008

Assalamualaikum,
Ini merupakan entri pertama gua menulis di blog ni, sekadar percubaan kedua setelah gua menutup blog bahasa Inggeris gua. Saje je gua try nak tulis dalam Bahasa Melayu sebab takut-takut nanti hilang pulak keaslian bahasa untuk gua berbicara nanti. LOL

Ohh yaa, actually gua buat blog ni untuk assignment terbaru gua. Tapi kalau tiba-tiba gua ada apa-apa idea nanti mungkin gua akan cuba coretkan di sini.

Ahh blur pulak gua, sampai sini je la post pertama untuk kali ni,yeah gua admitlah yang gua ni selalu blur even depan mak bapak gua sendiri ! LOL ! Okey jangan lupa singgah blog ni selalu yeee !
Sofea menutup kembali komputer ribanya. Matanya mula berpinar kepusingan akibat mengadap laptop terlalu lama dan tanpa tersedar dia terlelap dek melayan peningnya itu.

**********

"Awak dapat berapa Sofea ?" tanya Amarul.

"Saya dapat straight A ! awak ?"

"Saya pun sama ! hehehe..." senyum Amarul menampakkan baris giginya yang putih.

"Ohhh tahniah lah untuk kita berdua sebab apa yang kita tuai selama ni mendatangkan hasil yang baik ! hihihihi....,"

"Yeah betul tu... sebagai ganjaran jom petang ni saya belanja awak McD... nak ?" tawar Amarul kepada Sofea.

"Hahahaha.... no problem... boleh ajeee... ," balas Sofea tanda setuju.

Amarul dan Sofea antara murid yang berjaya mendapat Straight A dalam peperiksaan SPM. Setelah berbulan-bulan mereka berusaha dan mengorbankan masa, mereka dapat ganjaran yang setimpal mengikut usaha yang telah mereka lakukan. Benarlah kata pepatah "dimana ada kemahuan, disitu ada jalan".

**********

Petang itu kelihatan Sofea dan Amarul sedang duduk menikmati pemandangan di taman permainan. Seperti kebiasaan mereka berdua akan lepak di taman permainan seusai habis menelaah pelajaran. Memandangkan mereka berdua sudah tidak lagi perlu menelaah pelajaran, mereka pergi ke taman permainan sejurus sahaja usai menikmati hidangan petang di francais McDonald.

"Jadi lepas ni awak nak sambung pelajaran di mana ?" soal Amarul memulakan bicara.

"Ohhh saya rasa maybe saya mahu sambung ke UiTM dalam bidang Undang-undang.. awak ?"

"Saya mungkin ke UiTM juga kot.. tapi dalam bidang music...hehehe... ohhh by the way saya nak beritahu awak sesuatu... dan saya rasa awak memang perlu tahu..." kata Amarul serius.

"Okey... apa hal yang awak mahu beritahu ?" soal Sofea tidak sabar.

Amarul menghela nafas sejenak sebelum memulakan bicara.

"Mengenai blog Pria Istimewa tempoh hari... actually saya lah pemilik blog tu..." ucap Amarul setelah mendapat kekuatan.

"Huh ?! Are you serious ?? you’re the owner of Blog Pria Istimewa ???!" jerit Sofea yang begitu terkejut mendengar apa yang diucapkan Amarul sebentar tadi.

"Errrrr... ye.. saya lah pemilik blog tu.... tapi macam mana awak tahu pasal blog tu ekk ?"

"Awak tahu tak saya peminat blog tu since 2008 !!? Saya adore gila dengan blog tu... hari hari saya bukak blog tu tahu ?!.." sekali lagi Sofea menjerit menggambarkan betapa terkejutnya dia pabila mengetahui pemilik blog Pria Istimewa itu adalah orang yang dia kenali selama ini iaitu Amarul.

"Okey-okey...kalau ye pun tak payah lah jerit kuat sangat... sakit telinga tahu ?.." kata Amarul sambil menutup kedua-dua belah telinganya.

"Ehhh.... sorry-sorry... saya tak sengaja sebab terlampau terkejut bila tahu awak pemilik blog tu... Ya Allah tak tahu macam mana saya nak gambarkan perasaan saya bila tahu awaklah pemilik blog Pria Istimewa tu... ish jahatlah awak ni..." seraya itu Sofea mencubit bahu Amarul sekuat hatinya.

"Aduh... ape awak ni main cubit-cubit.. sakitlah..." mengadu Amarul kesakitan.
Usai itu mereka tergelak sesame sendiri melihatkan perangai mereka yang seperti kebudak-budakan.

"Awak... actually ada satu lagi benda yang saya nak beritahu awak..."

"Huh ?! Ada lagi ? Hati saya ni dah terkejut tau awak jangan nak tambahkan lagi.. aish.."

"Ehh takde laaaa... takde terkejut-terkejut punya... saya just nak nyanyi satu lagu yang saya baru cipta belakangan ni... saya ingat nak jadikan awak pendengar pertama saya... lagi pun saya buat lagu ni khas untuk awak.. hihihi..." kata Amarul segan-segan.

"Untuk saya ?? Awak ni ada-ada jea laaa... nakal tau.." kelihatan pipi Sofea mulai merah pabila mendengarkan kata-kata Amarul.

"Hehehehe... awak tunggu sekejap tau,"

Amarul segera berlari-lari anak mengambil gitar akustiknya di kereta. Sekembalinya Amarul, dia memetik gitarnya halus dihadapan Sofea mengikut chord. Belum sempat Amarul menyanyi Sofea terlebih dahulu menutup mulut Amarul dengan tapak tangannya.

"Sekejap.. suara awak sedap ke ? kalau tak sedap saya tak nak lah dengar.." kata Sofea bergurau.

"Ehh ehhh... demand nya lah awak ni... dengarlah dulu lepas tu baru komen.. ini tak...haih.."

"Hahahaha... okey-okey... saya main-main je laaa... hihihihi...." ketawa Sofea diiringi senyuman lebar.

"Okey... awak dengar ehh..."

Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita

Chorus
Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata baby i love you
Kau cairkan hatiku

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu

Ulang Chorus

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu
Kau seru akulah pelangi cintamu

Sedap. Mungkin itu yang cuba diperkatakan oleh Sofea mengikut raut wajahnya yang begitu asyik mendengar Amarul menyanyikan lagu tersebut. Sekali-sekala kelihatan kepala Sofea digoyang-goyangkannya mengikut irama lagu tersebut. Dan petang hari itu menyaksikan mereka berdua hanyut dibuai melodi indah hasil ciptaan Amarul......

"Abang... anak-anak semua dah ada dekat meja makan ni... semua tengah tunggu abang... makanan pun dah siap semua... cepatlah turun...,"

Sahutan isteri Amarul segera mematikan lamunannya. Dia segera menutup komputer ribanya dan lekas bersiap turun ke bawah. Kelihatan kesemua anaknya telah duduk menunggu ketibaan ayah mereka di ruang meja makan.

Kini setelah 6 tahun berkahwin Amarul dan Sofea telah dikurniakan 3 orang anak. Permulaan perhubungan mereka yang dimulai dengan perlanggaran tidak sengaja berjaya membawa mereka berdua ke satu peringkat hubungan yang lebih serius. Orang kata cinta monyet selalunya tidak bertahan lama. Tetapi bagi Amarul dan Sofea cinta monyetlah yang membawa mereka bersatu sebagai pasangan suami isteri. Dan kini mereka hidup bahagia bersama anak-anak tersayang. "Siapa kata pertemuan pertama tidak boleh menjadi pertemuan yang istimewa ?" Tammat.

♥~♥~♥~♥~♥♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥♥~♥~♥~♥~♥♥~♥~♥~♥~♥

Hasil Karya : Encik Tikus

Untuk vote Encik Tikus, sila tinggalkan komen undian anda pada kotak komen di bawah.

Good luck Encik Tikus!!! :D

With Love,
♥ Juliana Violet ♥

Wednesday, January 26, 2011

99 Hari Kisah Klasik "Budak kacamata" : Lautan Keinsafan

Part 1 : makmal
“Awak  datang sini nak buat eksperiment ke nak berangan..? “sindiran haikal mematikan lamunan aku..
“La..macam mane awak boleh tahu saya tengah berangan nie..awak usya saya ekk... “aku cuba berseloroh..
“Saya nak ingatkan awak..,kalau setakat datang makmal nie sekadar nak tayang muka awak yang tak lawa tue,baik tak payah la..banyak lagi keje lain saya boleh buat daripada tengok muka awak kat sini.. “sindiran pedas daripada haikal serta merta membuatkan air muka aku berubah..
************************************************************
Part 2 : bilik kuliyah
“Apsal  beb..?? “semacam jer aku tengok ko nie.. “ tegur hani, teman seangkatan aku
“a’ah la beb..apsal muka ko  cam udang kena bakar jer..” muni menambah
“ish..kalau kau udang, memang dah lame aku telan..hahahaha...” hani berseloroh sambil memegang bahu aku
“Ishhh..ko nie apehal hah..? “aku menepis tangan muni secara tiba tiba
“kalau kau nak buat lawak..,nak perli2..kau pergi cari orang lain..jangan nak cari pasal dengan aku .. “muni terdiam kaku..tanpa sepatah bicara..mungkin dia tak menjangkakan gurauannya tadi disambut dengan api kemarahan aku yang sedang menyala2..
“Ika..aku mintak maaf..aku tak sengaja.. “ika menitiskan air mata sambil memeluk aku yang sedang kemarahan..
Kelembutan suara muni menyebabkan aku tersedar
“Muni..aku yang patut mintak maaf dengan kau..aku tak sepatutnya tengking kau tadi..aku mintak maaf..aku betul2 tak sengaja.. “aku membalas pelukan muni..



Aku sbg zulaikha haziqah abdul rahim..
seorang yang cukup terkenal dengan sikap panas baran di kalangan pelajar2 kolej..tapi...jauh di sudut hati aku..aku tak pernah terniat untuk berkasar dengan sesiapa pun..aku akui..memang aku seorang yang agak kasar..tapi..tu hanya pada luaran..tidak pada dalaman..aku juga punya fitrah seperti kebanyakan gadis gadis lain..berjiwa lembut..Cuma ntah mengapa..semua tu tidak terserlah pada luaran..
Ahmad haikal safeen
seorang pembantu makmal di kolej. Seorang yang cukup ego dengan wanita dan suka mencari kesalahan orang lain.
Muni , hani
Rakan sekelas ika. Sentiasa di posisi ika dalam apa jua keadaan sekalipun.
***************************************************

“Dah3..kau tak payahla nak berdrama depan aku plak..geli aku tengok..berpeluk2 depan student lain.. “tiba tiba haikal muncul dari belakang
“Eh,ko buat ape kat sini hah..?suka hati aku la , aku nak buat ape pun..yang kau sibuk nie apehal..?dalam makmal,bolehla kau nak berlagak dengan aku..sebab tugas kau jaga makmal..tapi dalam kelas, sori la bro... “aku membalas dengan pandangan tajam ke arah haikal
“Aku pun takde masa nak berlagak dengan kau..pandang muka kau pon buat aku tak lalu makan tau..?dan..kau tak payah nak berdalih dengan aku lagi..kau ingat aku tak tau ape yang kau dah buat kat makmal??kau rosakkan hasil kajian aku kan??kau ingat mentang2 kau student ,kau sorang je yang buat eksperiment??kau ingat pembantu makmal cam aku nie kolot sangat ke hah..?? “persoalan haikal yang bertalu talu menyebabkan aku mula rasa tak selesa
“Apsal kau nie suka sangat cari pasal dengan aku hah..?kau tuduh2 aku,kau nampak ke aku yang buat..? “aku cuba mencari alasan
“Ehh..kalau bukan kau ,sape lagi yang buat keje2 tu..kau sorang je yang masuk makmal hari ni..aku dah check dalam buku rekod tu..lagipon...untuk pengetahuan kau..makmal kolej yang kau blaja nie..berteknologi tinggi..ada cctv.. ““so..kau tak payahla nak buat2 tak tau plak.aku nampak muka kau dalam rakaman cctv tu...”haikal mula meninggikan suara
“ataupun..kau nak aku laporkan pada pihak atasan...dan..kau akan digantung pengajian sebab melanggar etika sebagai seorang pelajar kolej.. “ohh..tidak..mesti parents kau menangis bila dapat tau anak kesayangan diorang kena gantung pengajian...dan masa tu..aku hanya mampu tersenyum je tengok kau ..tu pun dari jauh la..sebab kau dah takde kat kolej nie lagi..haha... “sambungnya lagi.
ugutan haikal mengundang kerisauan di hati aku
“Ok..fine..aku mengaku..memang aku yang rosakkan hasil kajian kau..puas hati ..?”aku akhirnya mengalah
“Haa...kalau daripada tadi kau mengaku kan senang..tak payah susah2 aku nak fikir idea nak ugut kau..”haikal menjawab sambil tertawa melihat muka aku yang dah macam cacing kepanasan
***************************************************
Part 3 : kolej kediaman
“Aku bengang betol la dengan si haikal tu..ade ke patut die suruh aku tulis “saya mintak maaf cik haikal..saya janji saya akan jadi budak baik..” sebanyak 10 muka surat..ehh..ape die ingat aku nie budak sekolah tadika ke nak suruh buat macam tu..?come on la..takde masa aku nak layan kerenah die yang menjengkelkan tu.. ..orang gila macam die je buat keje2 macam tu..”aku mengadu pada muni pada suatu petang..
“Mamat tu memang gila..suka cari pasal dengan orang.. aku dengar cerita, petang tadi geng izah kena bersih makmal..sebab tumpahkan bahan kimia pe ntah masa buat eksperiment..mengamuk sakan si haikal tu..sampai bergegar tiang letrik kat tepi jalan...”rungutan muni membuatkan aku tergelak
“Hahahaha..serius..?mesti buruk kan muka die bila marah..? masa aku wat kes hari tu pun muka die dah macam singa mengaum..nie kan plak sampai bergegar tiang letrik..aku tak boleh bayang la..hahaha...”aku tertawa mengenangkan perangai gila2 si haikal
***************************************************
Part 4 : makmal
“Mane tugasan yang saya suruh awak buat?” Soal haikal sebaik sahaja aku melangkah masuk ke makmal
“Hmm..ade kat atas meja cik haikal..”aku membalas
“Awak nie kalau tak menipu dengan saya sehari boleh tak?”haikal menyoal
“Tipu ape plak cik haikal..kan saya dah bagitau tadi..saya dah letak atas meja cik haikal..susah sangat ke nak faham..?”mood aku mula berubah menjadi dingin
“Saya baru je sampai dalam makmal nie..kasut pun belum  bukak..bilik saya pun masih lagi berkunci.. macam mane awak boleh masuk..?”haikal cuba menduga
Aduhh...aku mendengus sendirian..ternyata lakonan aku sentiasa gagal setiap kali cubaan menipu si haikal
“Hah..kenapa diam..?dah takde alasan dah ? setakat tu je student degree berfikir..?sia2 jer mak bapak hantar belaja 4tahun..ada otak, bia beku macam tu je..bukannya nak berfikir..
 ika..,dengan orang lain bolehla awak nak bagi alasan..tapi dengan saya..boleh pergi mampos la..”herdikan haikal skali lagi mengundang kemarahan aku
by the way..awak jangan ingat awak boleh lepas macam tu je..saya nak awak hantar tugasan tu hari ni jugak..saya bagi awak masa sampai pukul 5 petang nie ..kalau takde jugak atas meja saya..tau la nasib awak lepas nie..”haikal sempat bersuara sebelum beredar pergi
***************************************************
Part 5 : bilik ketua jabatan
“Zulaikha haziqah abdul rahim..”
“saya prof..”
“ape masalah awak sebenarnya..”?soal professor zakaria ,ketua jabatan sains dan teknologi
“Hmm..bukan salah saya prof..haikal tu memang sengaja cari pasal dengan saya..die tu memang tak boleh tengok saya senang langsung..bukan saya je yang kena prof, kawan kawan saya yang lain pun kena buli jugak dengan si haikal tu .”.aku cuba meraih simpati daripada prof
“Sebagai seorang mahasiswi, awak sepatutnya tunjuk teladan yang baik kepada semua pekerja di sini..saling menghormati antara satu sama lain..yang muda menghormati yang tua ..dan begitu jugak sebaliknya..”profesor memulakan bicara
“Tapi prof...”aku cuba  membantah tapi ternyata professor lebih cekap membidas hujah aku
“Sebagai seorang yang professional, saya takkan bertindak terburu-buru dengan menggantung awak daripada meneruskan pengajian di sini..jalan penyelesaian, saya nak awak jumpa cik haikal, dan mintak maaf dengan dia..
Aku mendengus sendirian
***************************************************
Part 6 : makmal
“hmm..saya dah tengok tugasan awak..bagus..i like it..”
“Tapi..tak sangka plak perempuan ego macam awak nie akhirnya tewas jugak di tangan saya..”
Pujian berbaur sindiran daripada haikal sekali lagi menguji kesabaran aku
Namun...
 “thanx cik haikal..hmm pasal hari tu..saya nak mintak maaf sangat3...”
Haikal terdiam..mungkin terkejut dengan tindakan aku
“ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu cik haikal?”aku cuba mengubah topik perbualan
Haikal masih membisu..
“ok lah cik haikal, kalau takde apa-apa lagi, saya mintak diri dulu”aku tersenyum sambil berlalu meninggalkan haikal yang kebingungan
***************************************************
Part 7: kafetaria
“hmm cik haikal, petang nanti saya nak guna makmal tuk continue saya punya research..cik haikal free x?”aku memulakan perbualan
“hmm..awak nie mengigau ke ape..?sejak bila plak awak pandai berlembut dengan saya nie..rasa macam mimpi je..hahhahaha”persoalan aku dibalas dengan hilaian menggila daripada haikal
“saya tak bergurau la cik haikal..saya serius..tapi..kalau cik haikal sibuk..,takpe la..saya tangguh dulu pun takpe..saya mintak diri dulu..”aku cuba memulakan permainan kata kata
“ehhh..ika..ok2..saya mintak maaf ..hmm..ok..saya tunggu awak petang nie pukul 5 kat makmal..”haikal membalas
Aku mengangguk lalu menuju ke dewan kuliyah
***************************************************
Part 8 : makmal
Aku meneruskan kerja kerja amali tanpa mempedulikan haikal yang sedari tadi asyik memperhatikan aku
“hmm..kenapa dengan awak nie..?demam ke..?senyap jer..”haikal mula mencuri perhatian aku
“takde lah ..saya sihat je..sibuk nak siapkan projek ni..”aku membalas ringkas
“ika...”
belum sempat haikal menyambung  perbualan ..tiba tiba...
Pranggg...........haikal terlanggar barisan kelalang kon yang aku letak di penjuru meja untuk menjalankan eksperimen
“Cik haikal..!”aku menjerit
“Cik haikal ok ke?”aku mula berlembut apabila melihat muka haikal mulai pucat.mana tak nyer, dah sebulan aku design eksperiment untuk research aku..bila dah ready nak buat, tetiba si haikal ni plak cari pasal..dah la bahan bahan yang aku guna tu kena order awal sebulan..bila dah dapat, jadi macam ni..mau nyer tak menyirap darah aku..tapi..aku cuba berlagak tenang
“cik haikal ok?”aku mengulangi persoalan apabila tiada sahutan daripada haikal
“hmm..saya ok..ika..,saya betol2 mintak maaf..saya tak niat pon nak spoil kan eksperiment awak..saya memang tak sengaja..”haikal bersuara sayu seolah2 meraih secebis simpati daripada aku
it’s ok cik haikal..small matter je..benda tu tak penting..boleh order lain..yang penting cik haikal tu..ada kena tumpahan chemical tak dekat baju..solution tu berasid cik haikal..”aku cuba menyedapkan hati haikal yang masih dihantui rasa bersalah
“takde..saya ok..saya mintak maaf sangat3..saya janji saya akan dapatkan bahan2 yang awak perlukan untuk eksperiment ni secepat mungkin..”
it’s ok cik haikal..tak payahla nak berjanji plak dengan saya..nanti saya cuba dapatkan bantuan saripada prof..cik haikal jangan risau k..”aku cuba memujuk haikal
***************************************************
Part 9 : dewan kuliyah
“ika, apsal aku tengok ko dengan haikal tu bukan main mesra lagi skrang..dulu bukan main lagi menyampah dengan si haikal tu..”hani menegur aku sebaik sahaja sesi pembelajaran tamat
“mana tak mesranya..gi makan sama2..outing sama2..gi tengok wayang pun sama2..yang dok berdua-duaan dekat dalam library semalam tu pun ko dengan mamat sengal tu jugak kan..?ape kes?”muni menyambung
“ko jangan cakap ko dah jatuh hati dengan si haikal tu plak ika..hahaha..”hani menyambung lagi sambil menguntum senyuman yang penuh bermakna
“ape yang  korang dok bebelkan nie..salah ke aku nak berbaik dengan dia..tapi aku takde la terdesak  sangat sampai nak kapel ngan mamat tu..korang jangan risau la..”aku cuba mempertahankan diri
***************************************************
Part 10 :parking kereta
Satu kemalangan kecil telah berlaku di tempat letak kereta berhadapan dewan utama. Kelihatan kelibat Haikal di tempat kejadian
“apehal nie cik Haikal?..”aku bertanya dengan tergesa gesa setelah melihat haikal baru bangun daripada mengangkat motosikalnya
“kereta depan mengundur tak tengok belakang..kebetulan saya kat belakang kereta tu tadi..so, injured cket la..”haikal menjawab
Aku merapati haikal, berlagak seperti seorang doktor yang cuba merawat pesakit
“ish..teruk jugak luka cik haikal nie..kalau dibiarkan, takut jangkitan kuman plak nanti..jom saya hantarkan cik haikal ke hospital.. “aku menawarkan diri untuk membantu haikal
“hmm..takpe cik..saya yang salah..bia saya yang hantarkan dia ke hospital...”kedengaran suara dari arah belakang..mungkin pemandu kereta tadi..aku cuba mengagak
“takpe cik..saya teman wanita dia..biar saya yang hantar dia..”aku menawarkan diri sekali lagi..sesekali aku mencuri pandang ke arah haikal..ada riak terkejut pada wajahnya..aku membiarkan dia kebingungan sekali lagi
“hmm..kalau dah cik cakap macam tu..saya undur diri la ye..neway..terima kasih banyak ye cik..”
“sama-sama..”aku menjawab ringkas lalu memapah haikal masuk ke dalam kereta
Part 11 : hospital (sejurus selepas haikal mendapatkan rawatan)
“kenapa awak mengaku awak ni teman wanita saya?”haikal bersuara setelah agak lama membisu
“kenapa plak..?ok pe?”aku cuba menduga hati haikal
Haikal hanya mampu mengetap bibirnya
Aku mengerti maksud haikal..namun..aku cuba berlagak biasa
“ jujur saya cakap..saya meluat bila awak buat pengakuan macam tu..”haikal menjawab sambil menunjukkan riak wajah yang penuh dengan kebencian
Statement berani mati daripada haikal menyebabkan aku tersentap . keegoan yang aku cuba hapuskan sebelum ini ternyata kembali mengganas
“ehh..kau ingat aku kempunan sangat ke dengan kau hah..?”api kemarahan aku tidak dapat dibendung lagi..
Haikal tersentap
“kalau kau meluat dengan aku..aku 10 kali meluat dengan kau..!”aku meluahkan rasa marah sebelum pergi meninggalkan haikal terkontang kanting keseorangan di hospital

***************************************************
Part 12 : kolej kediaman
Sebulan  sebelumnya..
“ika, ko yakin ke dengan keputusan ko..?” soal muni apabila aku mula mengatur strategi untuk mengenakan si haikal
“of course la muni..kenapa?ko tak yakin dengan aku..?ko ingat aku nie penakut ke..?hei..kalo ko ingat aku nie penakut..memang ko silap besar la..”tindakan berani aku sedikit sebanyak membuatkan muni tidak senang duduk
“ko nak buat ape dengan mamat tu..cuba ko citer kat aku..”pujuk muni
“ko jangan risau la..aku takde la kejam sangat pon..aku just  akan buat sampai dia jatuh hati pada aku..dan bila dia dah suarakan isi hati dia..masa tu la jugak, aku akan tamatkan lakonan aku dengan senyuman yang kau sendiri tak pernah tengok sebelum nie..”
“ika..kalau ye pon kau berdendam dengan dia..kau jangan la sampai permainkan perasaan dia ika..aku tak sampai hati plak dengan mamat tu..”muni cuba membangkang tindakan aku
 “ko tak payah la nak berlagak baik dengan aku plak muni..ko dengan aku sama level  je perangai...i know what i do..just wait and see..biar dia tau cket sape aku..tapi sebelum tu..suka aku nak ingatkan kau..pliz keep it as a secret duhai miss munirah..”aku menamatkan perbualan
***************************************************
Part 13 : kolej kediaman
Kad yang diterima seminggu lalu dimasukkan kembali ke dalam sampul surat. Sudah seminggu aku mengamati bait- bait tulisan pada kad tersebut
“walimatul urus”
“Haikal safeen & mawarina shamsuri”
“23 disember 2005”
Aku membuka kembali lipatan nota yang dikirimkan oleh haikal kepada aku seminggu sebelum dia berangkat ke luar Negara
Untuk tatapan zulaikha haziqah,
Panggilan kecemasan daripada keluarga di kampung pada suatu hari menggemparkan semua yang hadir..pertunangan yang diikat selama 2tahun  terpaksa diputuskan lantaran permintaan daripada pihak wanita.. hati lelaki mana yang tidak runtun tatkala mahligai yang diimpikan berkecai begitu sahaja..namun, siapalah saya untuk menghalang segala apa yang berlaku..kita hanya mampu merancang..DIA yang menentukan segalanya..
Bermula saat itu..dunia terasa begitu kelam..gelap gelita..dunia bagaikan tidak lagi beerti bagi saya..saya mula bertukar menjadi seorang yang liar..saya sudah mula terjebak dengan gejala gejala yang tidak sihat.. berjinak jinak dengan arak dan dadah untuk melepaskan tekanan perasaan.. tak terdaya hati ini untuk menanggung dugaan yang hebat dariNYA.. peritnya hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu ..namun..Allah itu Maha Penyayang..yang Maha menyanyangi hamba2NYA..saya berjaya kembali ke pangkal jalan atas bantuan seorang rakan..
ika.. di saat awak membaca tulisan ini..saya telah pun pergi meninggalkan awak.. sukar untuk saya berterus terang..tapi itulah harga yang patut saya bayar atas kesilapan lalu..saya mengidap penyakit kanser pada tahap yang kronik..namun,saya bersyukur kerana telah diberi petunjuk untuk kembali ke pangkal jalan sebelum saya menutup mata...
sebelum terlambat saya nak ucapkan tahniah atas lakonan mantap daripada awak..untuk pengetahuan awak, muni telah pun menjelaskan segala-galanya kepada saya....saya sangkakan awak betul betul jujur dan ikhlas..rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali..luruh hati saya tatkala muni menjelaskan situasi sebenar.. namun.. tak pernah sekalipun saya menyalahkan takdir atas apa yang terjadi..sebab saya yakin pada janji Allah..dugaan adalah tanda kasih Allah pada hambaNnYA..Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNYA..
satu permintaan saya , jadilah wanita yang punya kelembutan seperti kebanyakan wanita lain..sememangnya awak tampak kasar pada luaran..namun..fitrah wanita itu sentiasa dikaitkan dengan kelembutan..berilah yang terbaik untuk diri awak sendiri..kerana sebaik baik wanita adalah wanita yang solehah.. thanks for everything
aku menggengam kemas-kemas warkah tersebut dengan linangan air mata
“ika..bersabarlah atas apa yang berlaku..ajal dan maut semua dah ditentukanNYA..”muni merapati aku
“muni..aku betul betul menyesal..”titisan - titisan jernih kian membasahi pipi aku
“relakanlah pemergian haikal, ika..terimalah qada dan qadar yang telah ditentukan ..percayalah, pasti akan ada pelangi selepas hujan..”muni cuba menenangkan emosi aku yang kian berserabut
****jauh di sudut hati..aku bersyukur kerana masih lagi mempunyai teman yang sanggup berkongsi suka duka bersama aku..Aku hanyalah insan biasa yang punya kelemahan tersendiri..syukur kepadaNYA kerana masih lagi memberikan aku selautan keinsafan untuk kembali memuhasabah diri..***
Muhasabah Cinta-edCoustic
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian darimu
Kini ku pasrahkah padamu..
Tuhan,
Baru ku sedar
Indah nikmat sehadir itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu..
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku..
Butir butir cinta air mataku
Teringat semua yang kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi...
Muhasabah cintaku..
****************tamat*******************
~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~ 


Hasil Karya : Budak kacamata

Untuk mengundi Budak kacamata, sila tinggalkan komen undian anda pada 'comment box' di bawah.




Untuk vote, anda boleh tinggalkan komen 'vote/undi' anda di kotak komen. Anda boleh tinggalkan vote mengikut cara masing-masing. Contoh komen vote/undi ;
~> Saya suka cerpen ini. I vote!
~> Vote!
~> Saya vote cerpen ini.
~> Saya undi!
~> Ana undi ini cerpen. Ente bagaimana?
***undian dari anonymous tidak dikira***
Good luck Budak kacamata! (^^,)