Wednesday, May 18, 2011

Update terkini kontes "99 Hari Kisah Klasik Kita"

Salam sayang buat semua.

Vee harap semua tak berkecil hati dengan 'kelembapan' Vee update blog Kisah Klasik Kita.
Vee belum dapat pengganti laptop Vee. Sob sob... ;( Blog Juliana Violet pun dah bersawang sebab Vee tak dapat nak update. Hari ni pun Vee curi2 guna pc kawan Vee... Huuuuu...

Okaylah, kembali kepada update kontes "99 Hari Kisah Klasik Kita". Keputusan ke-sepuluh pemenang kontes "99 Hari Kisah Klasik Kita" akan diumumkan pada 1 Jun 2011, Rabu. Diharap anda semua dapat bersabar sebab juri-juri semua masih di dalam proses memberi markah. Persaingan sangat sengit sebab anda semua sangat-sangat berbakat. Vee pun pening kalau nak beri markah. =,="

Sepertimana anda semua sedia maklum, pemenang Top 10 akan menerima hadiah istimewa, buku Indie 'Sperma Cinta' karya Linglung. Dan pada 18 Ju 2011 nanti, Linglung akan 'launch' 'Sperma Cinta' di KL Alternative Bookfest yang bertempat di The Annexe Gallery, Central Market KL. Jadi Vee dan juri-juri bersepakat untuk memberi hadiah kepada pemenang pada hari tersebut. Suke tak? :D
Waktu, Vee masih belum dapat waktu yng tepat, tapi silalah 'reserve' pukul 4pm - 6pm untuk Linglung dan "99 Hari Kisah Klasik" kita ye? Boleh tak? :)

Selain daripada pemenang, pembaca blog Kisah Klasik Kita, pengundi dan peserta-peserta yang lain dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada Linglung dan mengeratkan silaturrahim sesama kita, Insya-Allah. :)

Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda. Vee bersyukur sangat sebab anda semua dapat faham situasi Vee selepas dirompak dan bertukar kerja.
Insya-Allah pada yang membaca blog Juliana Violet, Vee akan mula kembali ber'blogging' seperti biasa tak lama lagi.

Jadi, nantikan keputusan kontes "99 Hari Kisah Klasik Kita" pada 1 Jun nanti dan jumpa anda semua pada 18 Jun 2011 nanti di The Annexe Gallery, Central Market nanti ya! :)

Salam Sayang,

Tuesday, May 10, 2011

kemaskini

Hi Semua....
Ni Dearie Pearls tau. Bukan Vee.. Hehehe..
Hari tu terkejut gak tetiba ada entri bertajuk Keputusan Pemenang. Surprise tau. Hehehe..
Saya dah tanya Vee tentang entri tu. Menurut Vee, sepatutnya entri tu ada gak kandungan tapi ntah cmner boleh ader tajuk jerk. Maaf atas kesilapan teknikal. Tak disengajakan.

Apapun, yang pasti dalam masa terdekat ni, para pemenang akan diumumkan secara berperingkat. Sabar ya kawan-kawan semua.

Itu sahaja update terkini.

Selamat malam semua.

-Dearie Pearls-