Terma dan Syarat 99 Hari Kisah Klasik Kita.

99 Hari Kisah Klasik Kita : CERPEN


"99 Hari Kisah Klasik Kita : CERPEN" adalah satu pertandingan menulis cerpen sekadar 'suka-suka' yang bertujuan untuk memeriahkan lagi dunia penulisan di kalangan kita. Dan mungkin dari sini, kita dapat berkongsi minat di dalam penulisan cerpen serta sama-sama dapat memperbaiki mutu penulisan masing-masing baik di dalam penulisan cerpen mahupun 'blogging'.


Berminat ingin menyertai "99 Hari Kisah Klasik Kita : CERPEN" ataupun ingin war-warkan kepada 'bloggers' yang anda rasa berbakat untuk menyertai kontes kecil ini?


Terma & syarat "99 Hari Kisah Klasik Kita : CERPEN"


♥ Kontes ini terbuka kepada semua bloggers dan tempoh berlangsungnya kontes adalah selama 99 hari bermula dari tarikh tutup nama peserta dikumpul.

♥ Pengiraan markah :

~> 70% juri - 30% bloggers.

♥ Kisah / tema / konsep cerpen yang ingin ditulis adalah bebas.

*** bebas bermakna anda boleh menulis cerpen yang berkisarkan persahabatan / cinta / kekeluargaan / keagamaan. NAMUN anda harus memastikan ianya tidak menimbulkan sebarang isu.***

♥ Panjang cerpen : 

~> Sekurang-kurangnya 3 muka surat (A4).♥ Penggunaan bahasa :
~> Anda boleh menggunakan apa-apa jenis bahasa (baku / bahasa harian).

***'bahasa 'rojak' cuma dibenarkan ketika ber'dialog'.***

♥ Pengiraan markah terbahagi kepada beberapa aspek :
1) Jalan cerita.

~> Kelainan jalan cerita.
~> Kejelasan jalan cerita.
~> Punya mesej yang baik dan jelas.
2) Pemilihan lagu / sajak / syair.
~> Peserta harus menyelitkan sebuah lagu / syair / sajak yang berkaitan dengan karya cerpen masing-masing.

 

♥ Hadiah kepada pemenang :
~> Tempat pertama - Wang tunai berjumlah MYR 100
~> Tempat kedua - Wang tunai berjumlah MYR 60
~> Tempat ketiga - Wang tunai berjumlah MYR 40


                  &                    


♥ Buku Indie "Sperma Cinta" karya daripada "Linglung" akan diberikan kepada "Top 10"





♥ Hadiah misteri akan diberikan kepada pembaca/pengundi yang dapat meneka dengan tepat pemenang tempat pertama, kedua & ketiga.


♥ Untuk menyertai contest :
~> Peserta harus memberi nama sebelum kontes bermula iaitu 31 Dis '10 (Jumaat).
***Sila berikan nama anda di kotak komen "Blog Kisah Klasik Kita" beserta link blog anda***
~> Emelkan karya cerpen anda ke ---> kisahklasikita@yahoo.com.
~> Cerpen anda akan mula dipaparkan di Blog "Kisah Klasik Kita" sebaik sahaja tarikh contest bermula. Pada waktu yang sama, anda harus turut sama menyiarkan cerpen anda di blog masing-masing beserta dengan link cerpen anda yang dipaparkan di Blog "Kisah Klasik Kita" dengan tajuk post ---> "99 Hari Kisah Klasik Kita : 'Tajuk cerpen anda'.
***sila pastikan undian dari 'bloggers' diberi/ditinggalkan di Blog " Kisah Klasik Kita"***



♥ Tempoh berlangsungnya kontes :
~> 1 Jan '11 (Sabtu) - 10 April '11 (Ahad). 


♥ Nama pemenang diumumkan :
~> 14 April '11 (Khamis).


♥ Jutaan terima kasih diucapkan kepada 'Tulang belakang' di sebalik kontes ini, tak lain tak bukan :
~> Dearie Pearls, gadis 'misteri' yang sentiasa penuh dengan 'cinta' di dalam hidupnya.
~> Aku Linglung, penyokong setia Real Madrid dan gemar menonton perlawanan bola sepak bersama mak Munah.
~> Eddie Dewanaga, Raja Naga dari JB yang sentiasa 'cool' dan gemar bersenandung &
~> Hiro yang gemar menonton filem yang diperkotak-katikkan oleh 'member' beliau.

With Love,
♥ Juliana Violet ♥