Tuesday, March 29, 2011

99 Hari Kisah Klasik "eiela" : Takdir Terindah


Hatinya runsing. Nafasnya terasa sesak. Kenangan lalu menghimpit dirinya. Alia duduk termenung keseorangan di bawah sepohon pokok di tepi tasik Titiwangsa itu. Biarpun petang itu, pengunjung agak ramai beriadah di tepi tasik ketika itu. Tetapi hatinya terasa kosong sejak beberapa hari yang lalu. Dia berasa sangat sunyi sejak teman serumahnya iaitu Amira pulang ke kampung untuk beberapa hari. Alia juga mahu pulang ke kampungnya tetapi ada tugasan yang perlu dilakukannya. Dia ditugaskan untuk membantu Encik Fuad dalam menguruskan projek yang agak besar di syarikatnya. Hurmm,,satu keluhan panjang lahir dari hatinya. Satu demi satu batu dilemparkan ke dalam air tasik yang tenang itu. Seketika kemudian kelihatan sekumpulan ikan bertempiaran lari dek lemparan batu oleh Alia. Alia tersenyum melihat tingkah ikan-ikan di tasik itu. Situasi tersebut sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati Alia. Secara tak langsung kenangan lalu terpapar indah di ruang memorinya.


Seusai solat Subuh di suatu pagi yang dingin Alia dikejutkan dengan deringan daripada telefon bimbitnya. “Kring, kring..” “Haish, siapa yang telefon aku pagi-pagi buta nih!” ngomel Alia dalam hatinya. Dia merasa pelik bila melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya itu. “Apa yang mamat nih nak dekat aku pagi-pagi buta nih. Kot ya pun nak telefon tak reti nak pilih masa yang sesuai ke?”bebelnya sendirian apabila melihat nama yang tertera di situ. Seketika kemudian, sebaik sahaja dia menekan butang jawab di telefonnya kedengaran suara garau lelaki di hujung talian. “Assalamualaikum. Buat apa tuh? Baru bangun tidur ke Cik Alia?”, tutur suara itu. Alia tau itu suara Hakimi, rakan sekuliahnya. “Waalaikumsalam. Tak buat apa, dah lama dah bangun. Apa hal Kimi call Alia pagi-pagi buta nih?” Tutur Alia pula. “Kimi ada hal penting nak minta tolong nih. Urgent!!” kedengaran suara di hujung talian lagi. “Tolong apa”Alia bertanya lagi. “Kimi tak boleh nak cakap kat sini, nanti kita jumpa ye. Kita bincang.,”kata Kimi. Alia terdiam seketika, di dalam kepalanya dok memikir akan bantuan Hakimi itu. Gaya Hakimi seolah-olah mengharapkan sangat pertolongan daripadanya dan bunyinya macam pertolongan yang sangat penting sahaja. Setelah puas berfikir, akhirnya dia memberikan persetujuan dan jawapan yang cukup ringkas. “Hmm..Ok,”balas Alia ringkas. Mereka berjanji akan berjumpa di cafe berhampiran dengan kolej kediaman Alia. Seperti yang dijanjikan tepat pukul 5:00 PM Alia sudah sedia menunggu Hakimi di cafe yang ditetapkan. Tetapi kelibat Hakimi masih tidak kelihatan. Alia mengeluh dan merungut dalam hati. “Hmm,,mana dia nih. Janji pukul berapa. Nih dah lewat nih batang hidung pun tak nampak”. Setelah 20 minit menunggu, Alia ternampak kelibat seorang pemuda yang dikenalinya sedang menuju ke bahagian dalam cafe itu. Dia mula menarik muka, terasa geram di dalam hati.

 “Hai Alia, kenapa masam je muka nih? Cerialah sikit.”ajuk Hakimi. “Ada apa Kimi nak jumpa Alia nih? Sampai tak boleh nak cakap dalam telefon. Apa yang penting sangat? ”tanya Alia bertubi-tubi. “Relaxlah cik adik, tarik nafas dulu nih main sembur je. Kering air liur nanti. Kita order air dulu ekh! Nanti kita sembang panjang. Hakimi meluru menuju ke kaunter untuk membeli minuman mereka, tanpa mengendahkan Alia yang menjeruk rasa, sebab dia faham perangai Alia. Alia seorang gadis yang lembut tapi dalam kelembutannya itu terselit ketegasan yang dimilikinya. Tapi salah dia juga sebab lewat tiba daripada masa yang dijanjikan. Dia order air sirap untuk dirinya sendiri dan fresh orange untuk Alia. “Nah, fresh orange untuk cik Alia yang manis, biar cool sikit”, katanya dalam nada bergurau. Alia tersenyum melihat telatah Hakimi yang bagai keanak-anakan itu. “Macam tulah, baru padan dengan cik Alia yang cantik nih”gurau Hakimi. Agak lama mereka bersembang. Pertolongan itu membawa kepada persahabatan yang berpanjangan. Mereka selalu belajar bersama-sama dan sering ditugaskan dalam kumpulan yang sama. Hubungan mereka itu tidak ubah bagai ‘teman tapi mesra’ yang akhirnya mula membibitkan buah-buah cinta dalam diri Hakimi. Alia dilihatnya tak sama macam kawan-kawan perempuannya yang lain. Hakimi mula terasa yang dia kini mula menyukai Alia. Dia yakin dengan pilihannya itu. Dia rasa Alialah pilihan yang terbaik untuknya tak seperti Tasha, Nadia dan Syeera. Mereka tuh kawan untuk berseronok bolehlah..fikirnya di dalam hati. Senyuman tersungging dibibirnya.

Ketika fakulti mereka mengadakan lawatan ke Cherating sempena konvokesyen mereka tidak lama lagi, Hakimi nekad untuk meluahkan perasaannya kepada Alia. Ketika berjalan-jalan di sekitar resort dia terpandang akan sesusuk tubuh yang amat dikenalinya sedang duduk di sebuah batu di tepi pantai. Pemiliknya dilihat sedang leka merenung jauh ke laut. Hakimi kenal pemilik tubuh itu, tak lain tak bukan ialah Alia. Dia fikir mungkin itu peluang terbaik untuknya meluahkan segala-galanya. “Arghh,,aku mesti ambil peluang ini. Sampai bila mahu ku tunggu. Lagipun Alia tuh baik dan dia rapat denganku. Lagipun aku digilai ramai perempuan. Aku ada segala-galanya yang didambakan oleh setiap perempuan. Masakan tidak dia hendak menolakku,” monolog Hakimi sendirian dalam hatinya. Dia memberanikan dirinya mendekati Alia ketika itu. Diaturnya langkah dengan berhati-hati, dia berdehem beberapa kali barangkali untuk mengumpul kekuatan untuk meluahkan segala-galanya kepada Alia. Dia bagaikan mati kutu di situ.

“Err,,cantikkan tempat nih Alia?”, tutur Hakimi memulakan bicaranya. Alia menoleh ke arah Hakimi.”Yup,tempat nih cantik, tenang, aman.. Pendek kata hilang masalah kalau duduk kat sini.”Balas Alia. “Kenapa, Alia ada masalah ke? Ceritalah kat Hakimi. “Eh, taklah. Mana ada masalah,” balas Alia sambil melemparkan senyuman kepada Hakimi. Lama kedua-duanya membisu tanpa suara. Tetiba  Hakimi memecah keheningan antara mereka. “Alia, apa pendapat Alia tentang Kimi?” Alia segera berpaling ke arahHakimi. “Pendapat tentang Kimi?? Hmm..jap ye Alia nak fikir” gurau Alia. Sengaja dia mengusik sahabatnya itu. Sambil tersenyum dia menyatakan bahawa Hakimi seorang kawan yang baik, penyayang dan jujur. Dia suka berkawan dengan Hakimi. Ketika mendengar jawapan dari Alia, hati Hakimi berbunga riang. Dia yakin Alia pasti menyukainya.Tetapi dia mahu menduga Alia lagi. “Kawan je ke?,” Tika ini Alia tak berapa dengar soalan Hakimi tuh. “What? Alia tak jelas la.”tutur Alia. “Err,,kawan je ke? Tak lebih dari itu?,” Tekan Hakimi dengan suara yang lebih kuat. Alia hanya tersenyum mendengar soalan kedua daripada Hakimi ketika itu. Sambil tersenyum dia segera membalas. “Yup, kawan je. Tak lebih dari itu.” Jawab Alia sambil berterusan melemparkan pandangannya ke laut. Hakimi berasa hampa dengan jawapan yang diberikan oleh Alia tuh. Tapi dia masih tak puas hati lagi. “Betul, hanya kawan? Duga Hakimi lagi. “A’ah,kenapa?” tanya Alia lagi, sambil matanya berterusan menghadap ke laut. Hakimi mengeluh perlahan. “Sebenarnya Kimi sukakan Alia. Kimi suka Alia lebih daripada seorang sahabat. Kimi sayangkan Alia” luah Hakimi perlahan.

Mendengar jawapan Hakimi itu, Alia bingkas bangun dari tempat duduknya. “What? Kimi sukakan Alia?”tanyanya lagi. Hakimi terkejut dengan perubahan Alia itu. “Ya, Kimi sukakan Alia”jawabnya sambil menanti jawapan yang masih samar-samar lagi. Alia ketawa mendengar jawapan daripada Hakimi. “Kenapa Alia ketawa? Apa yang tak kena dengan Kimi? Dia rasa tercabar dan geram apabila melihat Alia yang bersahaja senyum sambil melihatnya. “Cakap Alia apa yang tak cukup? Kimi anak orang kaya, berharta, kacak. Ape lagi Alia?” tutur Hakimi dalam nada suara yang meninggi. Dia agak beremosi, dia kalah dengan emosinya sendiri. Hakimi berasa geram melihat tingkah Alia seolah-olah sedang menyindirnya tika itu. Alia tersenyum nipis, dia kemudianya menggeleng kepala mendengar tutur kata Hakimi. “Kimi, Alia akui Kimi memang cukup segala-galanya tapi Alia bukan individu yang terbaik untuk Kimi. Alia tak layak untuk Kimi. Hakimi berasa pelik dengan jawapan daripada Alia tadi. “Sekarang Alia cakap kenapa Alia rasa diri Alia tak layak untuk Kimi? Ingat Alia, setiap manusia tuh ditakdirkan untuk berpasangan. Ada 5 kriteria yang mesti diambil kira dalam mencari pasangan itu, kesemua kriteria itu ada dalam diri kita Alia” balas Hakimi lemah. “Ye, betul tuh Kimi tapi Kimi kurang mencintaiNya. Kimi terlalu leka. Macam mana Kimi nak bimbing Alia andai tiang sendiri pun masih lagi goyah dan terhuyung hayang. Jangan ingat Alia tak tau dunia Kimi yang sebenarnya. Hakimi terkesima sejurus mendengar jawapan daripada Alia. Dia terpaku di situ. Dia terkejut. Alia tau akan kehidupan sosialnya. Dia rasa terpukul dengan jawapan itu. “Argh, Alia ego, hipokrit! Takde manusia dalam dunia nih sempurna Alia. Takde yang tak pernah buat salah. Kalau takde Alia pun Kimi boleh hiduplah. Ramai lagi perempuan kat luar sana berebut hendakkan Hakimi. Alia memang menolak tuah!!” tukas Hakimi. Kata-katanya agak kasar dek terlalu marah dengan Alia. Lantas, langkahnya laju meninggalkan Alia keseorangan di tepi pantai tersebut. 

Hayunan langkahnya laju seligat otaknya berfikir mengenai Alia. Dia tak menyangka Alia akan menolaknya mentah-mentah. Dia merasa tercabar dengan penolakan Alia tuh lalu dikukuhkan azamnya supaya Alia tetap menjadi miliknya suatu hari nanti. Pada malam terakhir mereka di sana, Hakimi meminta maaf atas ketelanjurannya terhadap Alia. Dia juga turut berjanji akan berubah dan akan tetap menjadikan Alia permaisuri hidupnya suatu hari nanti. Itulah kali terakhir mereka bertemu sebelum masing-masing membawa diri mengikut haluan sendiri sehinggalah tamat belajar di universiti. Kedua-duanya hilang tanpa khabar berita. Selepas tamat belajar, Alia berjaya menjawat jawatan sebagai penolong pengurus di syarikat GLC terkemuka di ibu kota. Manakala Hakimi hilang tanpa khabar berita. Janji yang ditabur suatu ketika dahulu entah ke mana. Bukan tiada jejaka mahu mendekatinya tetapi semuanya tidak diendahkan oleh Alia.

Kini dia sedar, dia harus bertekad demi masa depannya. “Hakimi ke mana kau menghilang, Mana janji-janji kau padaku dulu?”Alia bermonolog sendirian. “Arghh,,entah-entah dia dah kahwin. Dah beranak pinak. Engkau sahaja yang terhegeh-hegeh menunggunya Alia” hasut fikiran jahatnya. Agak lama dia tersedar, melayan lamunannya. Tiba-tiba Alia tersedar, lalu mematikan lamunan jahat tersebut. “Astaghfirullahalazim,.. apa yang aku dah buat nih! Pengkhabaran daripada ibunya di kampung bahawa dirinya dipinang orang seminggu yang lalu harus ada jawapannya. Nampaknya aku harus buat keputusan sekarang. Pinangan itu harus aku terima. Sampai bila aku mahu menunggunya. Menunggu benda yang tak pasti, hanya sia-sia. “Ya Allah, kau kuatkanlah hati hambamu ini Ya Allah”, Alia menarik nafas lega. Dia tersentak, agak lama dia mengelamun di situ rupanya. Tika ini baru dia sedar hari sudah lewat petang,,pengunjung pun sudah ramai yang beransur pulang. Dia menguntum senyum sebelum pulang ke rumah sewanya semula.

Pada malam itu juga, selepas solat Isyak Alia menelefon ibunya di kampung. “ Assalamualaikum mak” tutur Alia lembut. “Waalaikumsalam..” kedengaran suara ibunya di hujug talian. Agak lemah suara itu. “Macam mana keputusan kau Alia? Dah fikir masak-masak? Mak dan ayah hanya fikirkan kebaikan kau sahaja. Lagipun mereka nampaknya macam orang baik-baik sahaja gayanya.” Tutur suara tua itu lagi. Alia hanya mendiamkan diri sahaja, tetapi tidak lama. “Mak, Alia setuju terima pinangan tuh. Jika itu yang terbaik untuk Alia, Alia sedia menerimanya.”kata Alia pula. Mak Limah berasa lega mendengar jawapan daripada Alia itu. Ibu mana yang tak suka melihat anaknya bahagia. Dia memanjatkan kesyukuran dalam hatinya. “Mak hanya inginkan yang terbaik untuk kau Alia. Mak doakan kau bahagia nak” tutur Mak Limah. “Ye, mak. Alia faham” tukas Alia pula. Setelah agak lama bersembang akhirnya talian pun diputuskan.

Setelah seminggu kejadian itu berlalu, Alia tetap meneruskan rutin kehidupannya seperti biasa. Tiba sahaja di pejabatnya, Alia disapa oleh Yuni rakan sepejabatnya yang amat rapat dengan dirinya. Semua masalah dikongsi bersama. “Hai cik kak, senyum je. Ada apa-apa ke? Bagitaulah aku. Tak baik tau berahsia dengan kawan sendiri.” Alia hanya tersenyum sahaja mendengarnya. “Ah, takde apa-apalah Yuni. Aku macam biasa je.” Jawab Alia. Tapi jawapan Alia itu tidak cukup kuat untuk meyakinkan hati Yuni. “Hmm..macam mana dengan pinangan hari tuh? Kau terima?”tanya Yuni. Alia hanya mengangguk sahaja tanda mengiyakan. “Hah, biar betul? Bila majlisnya? Siapa nama dia? Kacak tak?,” soal Yuni bertubi-tubi keluar daripada mulutnya.

“Banyaknya soalan.. mana satu nak jawab nih?” kata Alia pula. “Jawablah yang mana yang kau rasa nak jawab” tutur Yuni sambil tersenggih memandang Alia. “Sebulan daripada sekarang,” pendek sahaja jawapan daripada Alia. “Nampaknya melepaslah abang-abang hensem kat sini nak mengorat kau Alia. Lepas nih makan nasi minyaklah aku. Kau pun dah dapat title “Puan”. Puan Alia binti Murad, Penolong Pengurus Syarikat Mega Holding. Wah, mesti bestkan Alia,” balas Yuni dengan penuh semangat. “Amboi..yang kau excited sangat nih kenapa? Macamlah kau yang nak kahwin? Susah-susah sangat kau aje lah kahwin dengan mamat tuh! Gantikan aku boleh?,”kata Alia sambil berseloroh. “Haish, kau nih Alia. Orang tuh nakkan kau bukannya aku,”balas Yuni pula. “Sudah-sudah balik ke bilik kau, kang nampak dek Encik Fuad nanti habis kita dikerjakannya. Kau bukannya tak faham dengan perangai Encik Fuad tuh!”Alia menyuruh Yuni meninggalkan pejabatnya. “Alah, kalau setakat Encik Fuad tuh, small matterlah. Aku boleh uruskan. Apa-apa pun tahniah Alia. Aku doakan yag terbaik untuk kau,” kata Yuni seraya keluar daripada pejabat Alia dengan bernyanyi-nyanyi kecil. Alia hanya menggeleng kepala melihat telatah Yuni. Sememangnya Yuni sahabatnya yang terbaik. Mereka sering berkongsi suka dan duka bersama-sama.

Ketika tengah sibuk membuat kerja di pejabat, Alia teringat akan Hakimi. Bait-bait lagu dendangan eye bertajuk satu nama tetap di hati terpapar di ruang memorinya.

Ada satu nama satu masa dulu
Pernah bawa dan beri bahagia
Hingga saat ini
Masihku abadikan di dalam hatiku.

Dengan satu rasa dalam satu cinta
Sewaktu kita bersama dulu
Hanya kita yang tahu
Dalam mana telah cinta kita memutik.

Walau akhir ini seakan terpisah
Oleh masa dan suasana tak dipinta
Namun percayalah tidak sedikitpun
Kasihku kepadamu surut dan berubah

Pasti suatu masa kan bersama lagi
Engkau dan aku jua pasti nikmati
Cinta yang istimewa
Walau ku tak pasti
Bilakah masanya
Kau dan aku akan bertemu
Untuk kita kembalikan keindahan dulu

Dengan satu rasa dalam satu cinta
Sewaktu kita bersama dulu
Ku semat di dalam hati
Hingga kita bertemu di kemudian hari

Agak lama dia terpaku di kerusi empuk miliknya itu. Dia dikejutkan dengan deringan mesej yang masuk ke handphone miliknya. Mesej daripada Adam. Ya, Adam, lelaki itulah yang bakal menjadi suaminya nanti. Setiap hari Adam tak lupa menghantar mesej kepada Alia. Daripada mesej yang dihantar, Alia dapat merasakan Adam seorang yang baik, penyayang dan bertanggungjawab. Adam seringkali mengingatkannya mengenai tuntutan sebagai seorang Muslim. Hanya handphone yang menjadi penghubung kepada mereka berdua sejak Alia menerima pinangan daripada keluarga Adam beberapa minggu yang lalu. Hari demi hari, Alia berasa dekat dengan Adam. Adam pandai mengambil hatinya. Alia berasa hidupnya bahagia bersama Adam dan tiada lagi Hakimi. Hakimi hanya kenangan lalunya dan dia mesti melupakan Hakimi buat selama-lamanya. Hari demi hari berlalu, mereka semakin rapat. Alia berasa sangat bahagia dengan Adam biarpun dia tak kenal Adam namun Adam berada dekat dengannya. Dia berasa senang dengan Adamnya itu.

Tiba sehari sebelum mereka diijabkabulkan Alia menerima mesej daripada Adam. “Alia, awak dah bersedia nak menjadi isteri saya? Awak tak menyesal?”isi kandungan mesej yang tertera di skrin telefon milik Alia. Alia terpana dengan soalan daripada Adam itu, lalu membalas “ Saya dah sedia sejak saya terima pinangan daripada keluarga awak. Buat apa saya nak menyesal andai itu yang terbaik untuk saya. Saya yakin dengan pilihan ibu bapa saya. Mereka pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka”.balas Alia panjang lebar. “Oklah, kalau macam tuh lega hati saya mendengarnya. Saya berjanji takkan sia-siakan awak. Semoga kita berdua dapat melalui kehidupan baru nanti dengan baik,”akhiri Adam.

Tiba di hari ijabkabul, suasana di luar rumah riuh rendah dengan suara sanak-saudara dan tetamu yang datang menghadiri majlis mereka. Di dalam bilik Alia disolek cantik dan dia kelihatan anggun dengan persalinan putih rekaan teman baiknya iaitu Rizman yang kini mempunyai butik pengantinnya sendiri. Tika ini juga, Alia berasa takut. Dia juga berasa hiba. Mulai hari ini dia bukan lagi milik Encik Murad sekeluarga. Tanggungjawab menjaganya bakal digalas oleh Adam, bakal suaminya sebentar lagi. Yuni perasan akan perubahan Alia itu. “Ya, Allah, kawan aku nih, kenapa menangis nih sayang? Hari nih kan hari bahagia kau. Senyumlah sikit, tak cantiklah pengantin menangis” pujuk Yuni. Alia terharu dengan perhatian sahabatnya tuh. “Aku rasa sebak la Yuni. Mulai hari nih aku akan jadi milik Adam. Aku terpaksa keluar dari rumah ini mengikut suamiku” balas Alia pula. Yuni tersenyum melihat telatah Alia yang dirasakan seperti kebudak-budakan tika itu. “Jangan risaulah Alia, aku yakin Adam akan jaga kau dengan baik. Banyakkan berdoa, ok”.balas Yuni sambil meyakinkan Alia. Alia tersenyum mendengar penerangan daripada Yuni. “Alia, rombongan pihak lelaki dah sampailah. Jap lagi jumpalah kau dengan Adam kau tuh! Kau pun tak pernah tengok dia kan? Macam mana lah rupa Adam tuh kan?” bebel Yuni sehingga dia terlupa akan kegusaran yang melanda Alia ketika itu. Perasaan Alia berdebar-debar. Sebentar lagi dia akan jadi isteri kepada Adam. Adam yang menggantikan Hakimi, yang pergi tanpa menunaikan janjinya suatu ketika dulu.

Tiba saat pengantin lelaki masuk untuk upacara pembatalan air sembahyang, Alia berasa sangat takut. Degupan jantungnya laju tetapi dia tetap berusaha untuk bertenang. “Assalamualaikum” kedengaran suara orang lelaki memberi salam. “Waalaikumsalam” jawab Alia perlahan di dalam hatinya. “Suara itu?”bisik Alia sendirian.  Hati Alia sudah tak keruan. Perasaannya mula bercampur baur. Huluran tangan suaminya disambut mesra lantas diciumnya syahdu. Tika itu juga didengarinya suatu bisikan halus ditelinganya. “Akhirnya Alia tetap menjadi milik Kimi. Kimi dah tunaikan janji Kimi pada Alia dulu”, bisik suara itu lembut. Alia terkejut, dadanya berdebar-debar. Dia berasa gugu.  Perlahan-lahan diangkatnya muka memandang wajah suaminya. Dia terkejut bukan kepalang, Hakimi berada di depannya sekarang ini. Dia nampak tenang dan segak dengan persalinan nikah mereka.  “Adam” yang dikenalinya ialah Hakimi yang pernah menabur janji kepadanya suatu ketika dulu. Saat itu juga dia mengimbas nama sebenar Hakimi. Kini baru dia teringat nama sebenar Hakimi iaitu Adam Hakimi bin Mokhtar. Ya, dia terlupa akan nama itu, itulah nama sebenar Hakimi. Air matanya bergenang, dia memanjatkan kesyukuran kepada Illahi. “Syhh,,jangan menangis. Hari nih kan hari bahagia kita. Kimi berjanji akan menjaga Alia dengan baik. Berdoalah agar bahagia itu tetap milik kita.”tutur Hakimi lembut kepada isterinya. Alia menangis gembira. Itulah takdir terindah buatnya. Dia mengucap syukur di dalam hati. Harapannya agar bahagia itu milik mereka selama-lamanya.


Hasil Karya eiela:

Untuk mengundi cerpen eiela
, sila tinggalkan komen undian anda pada kotak komen di bawah.


***undian dari anonymous tidak dikira.


Good luck eiela
! (^^,)♥


With Love,
♥ Juliana Violet ♥

Friday, March 11, 2011

Quick Update

Salam sayang buat semua.

First of all, Vee minta maaf sangat2 sebab lama tak update blog ni.
Something bad happened recently. Laptop dan hanphone Vee kena curi, so Vee tak dapat online for a few days.

Even hari ni pun last day Vee dekat office. Dan kerja baru Vee nanti kerja office, so susah Vee nak online nanti.

Vee akan publish cerpen yang di email secepat mungkin nanti okay?

P/S : Sorry sebab bahasa rojak. Vee cepat-cepat update.

Love,
Juliana Violet

Thursday, March 3, 2011

99 Hari Kisah Klasik "Cikli" : Tuala 'Good Morning' Lelaki Y


Pak Usop terbongkok-bongkok menyusuri barisan panjang yang bersimpang-siur seperti ular kena palu itu. Pak Usop agak mahu 1.8 km barisan itu jika diluruskan dan masing-masing yang beratur mendepangkan tangan ke depan mencecah ke bahu orang di hadapan masing-masing. Mata Pak Usop tetap meneliti ke lantai.

“Woi, orang tua, tak belajar sivik ke?” sergah seorang anak muda berambut biru.
Pak Usop mendongak. Matanya menikam mata anak muda berambut biru yang menegurnya setajam-tajamnya.

“Aku tak pernah belajar sivik, belajar silat ada la... Nak tengok ke?” Jawab Pak Usop selamba. Anak muda itu terkedu. Dia buat-buat pandang ke tempat lain.
“Pak cik, panjang orang beratur ni, janganlah potong queue,” seorang gadis cun bersuara lembut kepada Pak Usop.

Pak Usop tersenyum. Ada juga anak muda yang pandai bercakap seperti orang Melayu pure zaman sekarang. Lega dan berbunga hati Pak Usop.
“Pak cik bukan nak potong barisan anak manis. Pak cik cari barang pak cik yang hilang,” Pak Usop memberitahu niat sebenarnya.

“Apa yang hilang pak cik?” Tanya gadis cun.

“Tuala pak cik nak,” beritahu Pak Usop.

“Macam mana boleh hilang kat sini pula?” Gadis cun bertanya lagi. Pemuda berambut biru dan ramai lagi yang sedang beratur masing-masing mendengar.

“Panjang ceritanya. Biar pak cik pendekkan,” Pak Usop duduk bersila di atas lantai lagak seorang penglipur lara dan mula bercerita.

“Alkisah, tadi aku sama-sama beratur di sini. Dari pukul 6 setengah pagi lagi aku dah mula beratur. Aku pun nak bayar saman sebelum nama aku kena blacklist. Walaupun blacklist tak sebahaya black metal. Tetapi ianya cukup untuk membuatkan aku jadi mental,” Pak Usop berhenti sambil mengeluarkan rokok gudang garam dan meletak ke bibirnya.

“Eh! Pak cik mana boleh hisap rokok, sini balai polis lah,” pemuda berambut biru menegur perlakuan Pak Usop.

“Kau diam kepala biru karat! Aku tau la... Saja nak test tahap sivik kau aje,” sergah Pak Usop sambil meletakkan balik gudang garam ke dalam poket bajunya. Pemuda berambut biru sekali lagi buat-buat memandang ke arah lain tetapi telinganya dipasang untuk mendengar kisah lanjut Pak Usop.

“Aku kena saman ekor di Lebuh Raya Pantai Timur, dekat Maran. Dalam saman tu katanya kelajuan aku naik motor 140 km sejam,” Pak Usop mula bercerita.

“Wuii.... Lajunya, pak cik ni merempit juga ke?” Sekali lagi pemuda berambut biru berlaku celupar.

“Woiii kepala biru karat, kau nak aku ajar kau sivik ke atau ajar kau silat? Kau apa tahu?... Lain kali kalau marhaen bercakap, apalagi marhaen saluran satu macam aku ni, kau mesti dengar. Barulah akal kau jadi panjang sikit. Sekali lagi kau menyampuk, aku paksa kau buat kuda-kuda kat sini sampai pukul empat karang,” Pak Usop membebel panjang kepada pemuda berambut biru yang kali ini betul-betul memandang ke arah lain. Tak sanggup dia bertentangan mata dengan Pak Usop. Orang lain yang ramai sedang beratur turut marah-marah kepadanya kerana masing-masing mahu mendengar cerita Pak Usop tanpa gangguan.

“OK, aku sambung, di mana kita tadi?” Pak Usop membetulkan silanya.

“Oh! Ya. 140 km sejam surat saman tu kata aku merempit. Betullah budak kepala biru karat ni kata tadi, ayatnya tu betul, merempit. Kalau dah naik motor 140 km sejam tu memang merempitlah tu. Aku orang tua, manalah aku larat nak pecut selaju itu. Aku tahulah highway tu jalannya elok, cantik, lurus. Tapi aku tak nak mencari risiko sia-sia dengan berbuat begitu. Aku tak nak mati di jalan yang lurus. Maksud aku, di highway yang lurus. Aku selalu berdoa lepas sembahyang untuk mati di jalan yang lurus. Maksudnya di jalan Allah, jalan Islam, jalan kebenaran. Bukan mati eksiden di highway yang lurus. Kau faham budak kepala biru berkarat?” Pak Usop dah mula mengenen pemuda berambut biru sebagai mangsa penceritaannya.

Pemuda berambut biru hanya mengangguk dengan penuh berminat. Diberanikan dirinya untuk bertanya.

“Wahai pak cik yang budiman, motor apa pak cik naik tu pakcik, berapa harganya?”
Pak Usop menjeling pemuda berambut biru, kemudian dia beralih menjeling kesemua orang. Akhirnya jelingannya melekat tepat kepada gadis cun. Lantas dia mencuba senyum semanis-manisnya. Dia berkhayal menunggang Honda CBR 900cc sambil membonceng gadis cun di belakangnya. Pasti dada gadis cun akan terpenyek ke belakangnya kerana dia semestinya akan membrek emergency seberapa kerap yang boleh.

Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemani ku sepanjang masa


Heh! Gatal betul orang tua ni. Lagu Basikal Tua Allahyarham Sudirman pula yang diingatinya. Lupa dia akan orang ramai yang tengah tercongok menunggu dia menghabiskan cerita.

“Aku ni menjual apam balik. Aku menjual di pasar-pasar malam. Hari ini pun aku ada buka gerai aku kat luar pagar balai polis ni. Selesai kamu semua bayar saman nanti, sila mampir ke gerai aku, ada diskaun untuk kamu semua. Ye lah kan, dah habis duit bayar saman, kenalah aku considerate sikit. Aku bagi diskaun 30 persen. Untuk gadis manis ni, pak cik akan bagi free sahaja,” kata Pak Usop.

“Terima kasih pak cik, nanti saya singgah,” jawab gadis cun. Ramah.

“Mana cerita tadi pak cik? Potong stim betul, iklan pulak dia ni...” Pemuda berambut biru rupanya tidak sabar mendengar cerita Pak Usop.

“Kau!” Sergah Pak Usop sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah pemuda berambut biru. Sebenarnya dalam hatinya gelak sakan melihat pemuda berambut biru yang jadi tak keruan dan gelabah sejak tadi setiap kali disergah olehnya. Maklumlah dulu-dulu di sekolah Pak Usup ni kaki buli.

“Tadi bukan iklan, ada kaitannya dengan cerita aku. Aku jual apam balik dengan motor roda tiga. Itulah satu-satunya means of transportation aku,” rupanya Pak Usop ni boleh tahan juga English Vacabularynya.

“Dan.... Motor roda tiga itulah yang kononnya merempit dekat Maran, di highway tu. Itulah yang aku musykilkan. Satunya, aku tak pernah bawa motor aku tu ke sana. Paling jauh pun setakat Gombak je aku pergi. Kedua, kalaulah ada orang lain, bini aku ke, nenek aku ke, jiran aku ke yang bawak motor tu tanpa pengetahuan aku, takkanlah sampai 140 km sejam deme tu lanyak motor cabuk tu. Speedometer motor itu pun baru 120 km sejam saja,” semua yang mendengar terdiam sambil menggeleng-gelengkan kepala. Kesian.

“Inilah yang aku hangat dan hangin sangat pasal saman ekor ni. Orang lain buat silap, tuan motor yang kena. Orang pakai nombor palsu, tuan nombor ori yang kena. Orang pinjam motor kita, kita kena tanggung risiko. Itulah sebabnya aku tak nak bayar pada mulanya. Tetapi bila dah time nak renew roadtax, aku terpaksalah beralah. Kalau tidak macam mana aku nak berniaga tanpa motor tu. Hangus RM300 duit aku. Kau orang tahu berapa hari aku jual apam balik nak dapat duit banyak tu?” Soalan Pak Usop meluru deras ke arah pemuda berambut biru.

“Tak tahu pak cik,” wajah pemuda berambut biru berubah comel apabila bercakap jujur dan ikhlas begitu.

“Bila aku nak bayar, kena beratur panjang dan lama pula. Tapi, mujurlah bini aku peminat buku-buku motivasi. Dia kata, abang kita buka gerai apam balik luar balai polis. At least tak tersia masa beratur panjang abang tu, dan dapat juga ganti sedikit sebanyak duit 3 ratus abang yang melayang tu,” beritahu Pak Usop sambil tersengih.

“Wow, rock lah isteri pak cik,” pemuda berambut biru mencelah.

“Haa...Baru kau tahu, kau jangan pandang aku takde mata budak kepala biru karat. Dulu bini aku pun berambut biru macam hang juga. Punk. Aku pun bertindik sana-sini juga. Tapi itu dulu la. Benda-benda jahiliyah ini tak payahlah kita nak hidupkan balik. Bukan budaya orang Islam pun,” Pak Usop membuka rahsia sekaligus menasihat.

“Dari pukul 6 setengah, pukul sebelas lebih baru aku dapat bayar. Selesai bayar, sampai kat luar pagar, dekat gerai apam balik motor roda tiga aku, baru aku terperasan tuala yang selalu tersangkut kat leher aku dah hilang. Tuala tu walaupun kotor, hodoh, tetapi ianya bagai bantal busuk bagi aku. Ni yang aku cari terbongkok-bongkok ni. Bukan aku nak potong queue!” kuat betul ayat yang terakhir Pak Usop tekankan. Sengaja nak bagi pemuda berambut biru kembali gelabah.

“Maafkan saya pak cik kerana tersilap sangka. Warna apa tuala pakcik tu?” Pemuda berambut biru meminta maaf sekaligus bertanya.

“Tuala good morning. Nak kata putih, dah kelabu asap dah,” beritahu Pak Usop.

“Pak cik, ni mesti tuala pak cik, saya jumpa tersangkut di cermin naco. Mesti ada orang letak kat situ bila terjumpa,” seorang gadis yang lebih cun daripada gadis cun tadi tiba-tiba datang menghulurkan sehelai tuala good morning kusam kepadanya.
Ucapan terima kasih Pak Usop tersekat di kerongkong apabila matanya terpaku melihat gadis lebih cun bertudung merah yang tiba-tiba muncul itu. Pak Usop ringan merasakan dirinya terbang dibawa ke konsert Malam Amal Palestin Wali Band di Stadium Sultan Muhammad ke IV sempena tahun baru 2011 baru-baru ini.

aku telah lelah
memilih memilih mencari wanita
siapakah dirinya
yang kan menjadi kekasih halalku
tiba-tiba aku terpana
ada kejutan tak terduga
dia gadis berkerudung merah
hatiku tergoda tergugah
tak cuma parasnya yang indah
dia baik dia soleha
Dia gadis berkerudung merah
bawalah diriku padanya
takkan habis ku berdoa
jadi kekasih halalnya
jadikan diriku halal
memeluk halal menciummu
lekaslah jangan tunda
untuk menjadi kekasih halalku
itu itu dia gadis berkerudung merah
hatiku tergoda tergugah
tak cuma parasnya yang indah
dia baik dia soleha


“Ada tanda ‘Y’ dengan marker ni. Betulkan, tuala pak cik?” Gadis lebih cun bertudung merah itu bertanya.

“Ya, cik adik. Pak ciklah pemuda ‘Y’ itu. ‘Y’ for Yusuf, nama pak cik,” pengakuan sukarela Pak Usop membuatkan gadis lebih cun bertudung merah, gadis cun dan orang lain termasuk pemuda berambut biru mengekek ketawa.

“Terima kasih semua kerana menemukan aku dengan tuala good morning aku ini. Banyak jasa tuala good morning ini kepada aku. Terlalu banyak DNA aku yang telah terlekat padanya,” kenyataan Pak Usop membuatkan orang ramai ngeri, terutama gadis lebih cun bertudung merah dan gadis cun. Eiiiii..... Menyedari itu, Pak Usop cepat-cepat membuat penjelasan.

“DNA, I mean Darah & Air mata tuan-puan. Keringat dan jerih-perih aku membanting tulang empat kerat menjual apam balik yang kadang-kadang bila hujan tak balik modal,” penerangan Pak Usop melegakan orang ramai.

Pak Usop mula hendak beredar, ke gerai apam baliknya di luar pagar balai polis sudah semestinya. Tiba-tiba dia berhenti, betul-betul di hadapan pemuda berambut biru.

“Kamu kepala biru karat. Buang saja warna biru tu. Buat malu je. Nanti kalau berhadas besar, takut-takut terhalang pula air nak ke rambut. Takkan kamu tak mandi wajib. Tak nak sembahyang. Bukan ada apa-apa yang kamu boleh simpan pun kalau tak mandi wajib. Kalau kamu belum kahwin pun, kita orang lelaki ni kadang-kadang termimpi benda pelik-pelik, kena mandi juga. You know what I mean,” ikhlas nasihat Pak Usop kepada pemuda berambut biru. Nasihat yang jelas dari pengalamannya sebagai seorang lelaki otai.

“Dan cik adik, anda juga dijemput ambil apam balik free dari gerai pak cik nanti ye,” sempat pula Pak Usop berpesan kepada gadis lebih cun yang berkerudung merah.

The End.


~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Hasil Karya : Cikli

Untuk mengundi cerpen Cikli, sila tinggalkan komen undian anda pada kotak komen di bawah.

***undian dari anonymous tidak dikira.

Good luck Cikli! (^^,)♥

With Love,
Juliana Violet

Wednesday, March 2, 2011

99 Hari Kisah Klasik "Nor Adzwaty" : Kembalikan Anakku

“ Sayang anak mama ni...anak mama yang comel ni”, ucap Dewi sambil tersenyum. Di elus lembut pipi bayi yang berada di pangkuannya. Dewi menitiskan airmata. Jururawat yang sedang menolak Dewi di kerusi roda cuma mendiamkan diri.
Tidak lama kemudian terdengar esak tangis kepiluan yang menyayat hati. Bahu Dewi terhinggut-hinggut serentak dengan esak tangisnya. Tubuh bayi yang dibungkus dengan tuala bayi dipeluk erat. Ternyata bayi seberat 450 gram itu baru berusia enam bulan dalam kandungan langsung tidak bernafas biar sedetik pun. Kelahiran secara paksa itu untuk mengelakkan si ibu kehilangan nyawa jika bayi itu tidak segera dikeluarkan. Serta-merta jururawat itu turut mengalirkan airmata sambil mengusap bahu Dewi sebagai tanda memberinya semangat.

* * *
Seminggu sebelum itu.

“Kita dah tak boleh macam dulu lagi...” Begitulah ayat yang tertera di skrin apabila Dewi membuka peti masuk di telefon bimbit suaminya. Kerana rasa ingin tahu, Dewi membuka peti mesej dihantar. Ternyata ayat-ayat yang tertera di situ menyayat hatinya. Sangat mengguris perasaannya.

“Rindu sangat nak peluk awak rapat-rapat”. Satu persatu ayat tersebut terakam di kepalanya. Dewi memandang sayu ke arah sang suami yang sedang pulas tidurnya. Wajahnya sangat polos di dalam lenanya. Serentak itu juga airmatanya laju menuruni pipi. Kedinginan suaminya bersebab. Mungkin disebabkan inilah. Hatinya berteka-teki sendiri.

Jam di dinding berdenting dua belas kali. Sudah tengahmalam. Dewi tidak dapat melelapkan mata. Airmata masih bergenang di tubir mata. Dia mengiring ke kiri membelakangi suaminya. Tangannya mengusap lembut perutnya yang mulai kelihatan. Dewi sempat tersenyum ketika membayangkan bagaimanakah rupa bayi yang menghampiri usia enam bulan di dalam kandungannya itu. Namun dalam senyuman dia merasa sedih bila mengenangkan sikap suaminya yang berubah sejak akhir-akhir ini. Dewi asyik melayan perasaannya sehingga dia terlelap sendiri.

* * *

Tiga hari berikutnya, Dewi masih mendiamkan diri. Hajat hatinya
sangat membuak-buak ingin bertanya tentang sms tersebut tetapi dia bimbang
pertanyaannya itu akan membuahkan amarah suaminya. Akhir-akhir ini ada saja
benda yang tidak kena di mata suaminya. Air kopi terlalu manislah. Masakan
terlalu masinlah. Bergerak terlalu lembablah. Semuanya serba tak kena. Dewi cuma
mampu mendiamkan diri bila sang suami memarahinya. Adakalanya suaminya tidur di
ruang tamu tetapi tidak pula lupa untuk membawa sekali telefon bimbitnya. Dewi
dibiarkan bersendirian di dalam bilik tidur.

Dewi pula sejak kebelakangan ini sering pening-pening dan sesak
nafas. Tapi doktor telah menjelaskan kepadanya bahawa perkara itu adalah perkara
biasa yang dialami oleh ibu yang sedang mengandung. Bila Dewi meminta suaminya
untuk menyapukan minyak angin di kepalanya, pasti suaminya akan membebel.
Macam-macam alasan diberi. Sampai akhirnya Dewi yang menyapu sendiri minyak
angin di kepalanya.

Dan seperti biasa malam itu, Dewi bersendirian lagi. Terdengar suara
suaminya seperti sedang berbual dengan seseorang. Dewi perlahan-lahan turun dari
katil dan menguak sedikit daun pintu dan mengintai di sebalik pintu. Dilihatnya
suaminya sedang menonton televisyen sambil berbual di telefon bimbit. Kedengaran
nadanya agak mesra jika dibandingkan dengan nada ketika suaminya sedang
memarahinya bila dia melakukan kesilapan. Dewi cuma mampu mengeluh berat. Dewi
menutup pintu dan kembali duduk di sisi katil.

* * *

Sehari sebelum Dewi dikejarkan ke wad kecemasan, berlaku pertikaman
lidah antara dia dan suaminya. Setelah hampir tiga tahun perkahwinan mereka,
inilah kali pertama mereka bergaduh hebat. Semuanya gara-gara sms yang dibacanya
di telefon bimbit sang suami.

“Dewi...apa yang kau masak ni?!Masinlah!!!Kau ni pandai masak ke
tak?!Kalau tak pandai jangan memandai-mandai. Baik lagi aku makan di luar. Makan
di rumah ni menyakitkan hati je. Semuanya nak masak masin-masin belaka”,
tempelak Zainal secara tiba-tiba. Dewi yang ketika itu baru mahu menyuap nasi
terus terbantut seleranya. Terkejut dia dengan sergahan suaminya itu. Dewi
tunduk. Matanya mulai bergenang.

Zainal yang melihat perubahan wajah Dewi itu mencebikkan mulut.
“Inilah orang perempuan. Bila ditegur sikit mulalah menangis. Eh...kau kalau dah
tak nak layan aku, cakap je. Senang”, Zainal menujah dahi Dewi. Dewi masih
membisu. Zainal mulai geram dengan gelagat Dewi.

“Eh...aku bercakap dengan dinding ke manusia ni. Dewi oi...kau dah
tak reti nak bercakap ke? Apasal kau masak masin sangat hah? Kau sengaja nak
naikkan darah aku kan?! Bini jenis apalah kau ni? Menyesal aku kahwin dengan
kau. Lembab!”, Zainal berdiri di sebelah Dewi. Dewi masih membeku di tempat
duduknya.

“Abang...terus teranglah dengan Dewi. Abang dah ada orang lain
kan?”, Dewi akhirnya membuka mulut. Tapi wajahnya masih menunduk ke bawah.
Zainal tersentak. Dia dah tau ke, dia bertanya dalam hati. Tetapi kerana egonya
yang melangit, api amarah langsung merajai dirinya.

“Kau peduli apa? Yang kau tau duduk rumah goyang kaki. Dahlah
lembab, menyakitkan hati aku je. “ Zainal membalas. Zainal merenung tepat ke
arah Dewi. Renungannya itu sungguh tajam seolah-olah ingin ditelannya Dewi.

“Abang...tak payahlah nak berselindung. Dewi dah tau bang. Dewi
nampak sms abang dengan dia. Abang kalau dah tak sayangkan Dewi lagi, lepaskan
Dewi secara baik. Dewi takkan tuntut apa-apa dari abang. Abang pergilah dengan
perempuan pilihan abang yang menggantikan Dewi”, Dewi mengangkat mukanya dan
menentang mata suaminya. Sesungguhnya hatinya bagai ditoreh dengan pisau ketika
mengucapkan kata-kata itu. Airmatanya semakin deras mengalir.

Serta merta tangan Zainal merentap rambutnya sambil menariknya ke
ruang tamu. Dewi menjerit kesakitan dan minta dilepaskan namun jeritannya itu
sia-sia kerana Zainal seperti orang yang hilang kewarasan. Dihempaskan tubuh
Dewi ke sofa. Dewi mengaduh kesakitan tapi tidak diendahkan oleh Zainal.

“Kau nak minta cerai? Setelah aku bersusah-payah mendapatkan kau
dulu? Kau ni memang jenis perempuan yang tak mengenang budi. Aku cari duit untuk
menyara kau. Ibu bapa kau dah serahkan kau kepada aku. Maksudnya kau sekarang
milik aku!” Zainal menampar pipi Dewi. Tangisan Dewi semakin rancak.

“Mulai hari ni, kau jangan sibuk nak periksa telefon aku. Aku tak
izinkan. Kau nak derhaka dengan aku ye! Jangan sibuk nak ambil tau dengan siapa
aku berhubung. Aku ni suami kau. Hormatlah sikit!” Zainal menolak kasar kepala
Dewi dan terus meluru keluar. Kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan. Dewi
masih lagi menangis di sofa.

Dirasakannya seluruh badannya sakit-sakit. Tiba-tiba dia terasa
seperti ada sesuatu yang panas mengalir di pahanya. Bila Dewi melihat ke bawah,
darah merah sudah mulai membasahi hujung kakinya. Dewi cemas. Dia segera
mendapatkan telefon bimbitnya. Dia mendail nombor suaminya tetapi suaminya gagal
dihubungi.

Dalam kesakitan, dia mendail nombor telefon teman baiknya. Zira
sangat terkejut bila mendengar yang Dewi mengalami pendarahan. Dalam masa lima
belas minit Zira tiba di depan rumahnya. Zira memecut laju menuju ke hospital.
Dia sangat bimbangkan keadaan Dewi.

Tiba sahaja di perkarangan hospital di jabatan kecemasan, Dewi
segera diusung dengan stretcher dan segera dimasukkan ke wad kecemasan. Zira
masih cuba mendail nombor telefon Zainal tapi masih gagal.

* * *

Jenazah bayi itu sudah selamat dikebumikan petang itu juga sejurus
selepas sehari Dewi ditahan di hospital. Zainal serta beberapa orang jiran
tetangga baru pulang ketika Zira tiba di perkarangan rumah Dewi. Kelihatan wajah
Zainal sugul tidak bermaya.

Zira terus masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu kelihatan kedua orang
tua Dewi dan Zainal. Mak Lijah, ibu kandung Dewi menunjukkan ke arah bilik tidur
Dewi. Zira melangkah perlahan melintasi tetamu yang duduk di ruang tamu.

Zira menolak daun pintu perlahan-lahan. Dari sudut pandangan Zira
kelihatannya seperti Dewi sedang duduk bersandar di katil sambil tangannya
mengusap-usap sesuatu diribaannya. Apabila dia menghampiri Dewi ternyata Dewi
sedang mengusap bantal yang dibungkus dengan tuala bayi. Dilihatnya pandangan
mata Dewi tertumpu ke arah satu sudut sahaja. Namun, pandangan itu kosong. Wajah
Dewi sangat pucat dan matanya bengkak setelah semalaman menangis tanpa henti.

Zira duduk di sisi katil menghadap ke arah Dewi. Bila Dewi sedar
dengan kehadirannya dia segera memeluk Zira dan melampiaskan tangisannya dibahu
Zira. Zira turut menangis. Dia sedih dan simpati di atas apa yang menimpa
sahabat baiknya itu.

“Dewi...dahlah tu. Yang pergi tetap pergi. Kita yang hidup ni kena
teruskan kehidupan. Tuhan lebih sayangkan dia”, dalam sendu Zira cuba memujuk
hati temannya itu.

“Dia bunuh anak aku Zira. Dia bunuh cinta kami. Dia pembunuh Zira.
Dia bunuh anak aku! Dia buat aku kehilangan anak aku! Anak dalam perut aku ni!”
Dewi menjerit sambil memukul-mukul perutnya. Zira memeluk erat temannya itu dan
menyuruhnya bersabar. Dewi menangis semahu-mahunya.

Zainal muncul di muka pintu. Di raut wajahnya terukir seribu
penyesalan. Zira segera bangun untuk memberi ruang kepada Zainal untuk mendekati
isterinya. Dewi mengambil semula bantal yang dibalutnya dengan tuala bayi yang
digunakan untuk membalut mayat anaknya di hospital tempoh hari. Diusap-usap
lembut bantal itu. Dewi tidak mengendahkan kehadiran suaminya.

Zainal mencapai tangan Dewi. Dewi tepis kasar tangan Zainal. Zainal
mencuba lagi. Dewi tepis lagi. Tangannya rancak mengusap bantal itu.

“Sayang...abang minta maaf...” Zainal tidak mampu meneruskan kalimah
bila dia menyaksikan tingkah Dewi. Dewi merenung tajam ke arahnya.

“Kembalikan anakku...” Lirik suara Dewi. Tapi matanya masih tajam
memandang suaminya.

“Sayang...abang...abang minta maaf. Abang betul-betul
menyesal...abang...” Zainal kematian kata-kata.

“Kembalikan anak aku!” Keras suara Dewi. Zainal meraih jari jemari
Dewi dan mengucupnya tetapi segera ditarik oleh Dewi.

“Aku tak nak kau tunjukkan kasih sayang kau sekarang. Aku nak anak
aku. Kembalikan anak aku! Kau bunuh anak aku. Kau pembunuh!!!” Dewi menjerit
sekuat hati.

“Sayang...abang tak sengaja. Abang salah. Ya abang mengaku salah.
Abang minta maaf. Tolonglah maafkan abang Dewi. Abang betul-betul menyesal
sekarang. Bagitau abang apa perlu abang buat untuk tebus kesalahan abang”,
Zainal merayu. Egonya langsung tiada. Dia menangis semahu-mahunya tanpa
menghiraukan kehadiran Zira dan kedua ibu bapanya dan mertuanya.

Semua yang ada di dalam bilik itu turut mengalirkan airmata bila
menyaksikan kejadian itu. Zira segera keluar. Tidak sanggup rasanya melihat
situasi yang menyedihkan itu. Beberapa tetamu mulai beransur pulang seakan faham
dengan situasi yang melanda.

Dewi masih lagi erat memeluk bantal itu. Dia mulai meracau-racau
sesuatu tapi kurang jelas didengar. Namun, tingkahnya seolah-olah sedang
bercakap dengan seseorang.

“Sayang mama...bapa kau tak guna. Dia dah bunuh sayang. Tapi jangan
takut mama ada sayang. Mama sayang dengan anak mama ni”, Dewi menuturkan
kata-kata itu ke arah bantal yang dipeluk erat. Berulangkali dia mengucapkannya.
Zainal yang menyedari hal itu semakin menggila tangisnya. Dewi mulai mengucup
bucu bantal itu dan menepuk lembut bantal itu seolah-olah seorang ibu menidurkan
anaknya. Kedua ibu bapa serta mertuanya segera mendapatkan Zainal.

Zainal di bawa ke ruang tamu dan ditenangkan oleh bapa kandungnya.
Sementara itu ibunya dan ibu mertuanya cuba menenangkan Dewi. Ternyata Dewi
sudah tenggelam dalam dunianya sendiri. Dia mulai menganggap bahawa bantal itu
adalah bayinya. Dia sudah tidak mempedulikan kehadiran ibunya serta ibu
mertuanya. Keadaan ini membimbangkan semua orang kerana ditakuti Dewi gila
meroyan.

* * *

Sudah sebulan lebih Dewi dibawa balik ke kampungnya untuk berubat
secara tradisional untuk memulihkan semangatnya. Namun segala usaha membuahkan
kegagalan kerana Dewi masih dalam dunianya sendiri. Dewi juga telah dibawa
berjumpa dengan pakar psikologi namun jawapan yang diterima amatlah menghampakan
kerana Dewi mengalami tekanan perasaan yang teruk menyebabkan dia tidak dapat
membezakan yang mana realiti dan yang mana dunia ciptaannya sendiri. Adakalanya
dia akan ketawa bahagia seolah-olah dia telah dapat melupakan kisah hitam itu.
Tetapi selepas itu dia akan menangis sehari semalam dan kadangkala enggan tidur
dan selalu kelihatan bercakap-cakap sendiri. Zainal pernah mengalihkan bantal
itu dari sisi Dewi tapi bila Dewi tersedar dia mengamuk dan mendesak Zainal
untuk mengembalikan “anak”nya itu.

* * *

Zainal terduduk di hujung tangga rumah mertuanya. Hadirin yang
beransur pulang mengucapkan takziah dan ada juga yang menyuruhnya bersabar.
Setelah hampir setengah tahun menderita, akhirnya Dewi kembali ke pangkuan
penciptaNya.

Seribu penyesalan sudah tidak berguna lagi. Zainal kehilangan insan
yang sangat disayanginya. Sementelahan itu dia teringatkan gadis yang dicurigai
oleh arwah isterinya. Sejurus selepas dia keluar meninggalkan Dewi pada malam
mereka bertengkar, dia segera menghubungi gadis itu dan mendesaknya berjumpa
pada malam itu juga. Hajat dihati ingin segera memiliki gadis itu kerana
dirasakannya dia dan isterinya sudah tidak sefahaman lagi.

Dia mematikan telefon bimbit selepas menghubungi gadis itu. Ternyata
bila dia menunggu di tempat pertemuan mereka gadis itu tidak muncul. Dan bila
dia mendapat khabar dari gadis itu selepas dia menghidupkan semula telefon
bimbitnya, dia merasakan seperti langit itu runtuh di atas kepalanya. Zira
mengatakan yang isterinya pendarahan dan bayi mereka tidak sempat melihat dunia.

Ya. Ziralah gadis yang selalu dihubunginya. Zira teman rapat arwah
isterinya. Dahulunya mereka pernah berkasih dan putus gara-gara salah faham
sebelum dia bertemu dan bercinta dengan Dewi. Ternyata Dewi dan Zira merupakan
teman rapat semenjak sekolah lagi akan tetapi terputus hubungan setelah
masing-masing membawa haluan selepas tamat persekolahan. Mereka bertemu semula
di hari persandingan mereka yang diadakan di rumah mertuanya. Sejak itu, dia
sering menghubungi Zira dan selalu bertemu secara rahsia tanpa pengetahuan Dewi.
Zira yang serba salah kerana masih sayang dengan Zainal dan dalam masa yang sama
tidak sampai hati untuk mengkhianati teman baiknya. Namun Zainal sering mendesak
dan merayu untuk Zira kembali kepadanya dan dia sanggup untuk menyunting Zira
sebagai isteri keduanya. Zira tetap menolak kerana sayang dengan temannya itu.
Zira juga tidak dapat mengelak untuk terus berhubung dengan Dewi untuk
mengelakkan Dewi curiga kepadanya.

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata akhir arwah isterinya sebelum
menghembuskan nafas di depan matanya. “Abang...maafkan Dewi bang. Halalkan
segala makan minum Dewi selama hidup bersama abang. Dewi akan pergi menemui anak
kita bang. Anak kita. Dewi mohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan yang
Dewi pernah lakukan yang mengguris perasaan abang. Dan permintaan Dewi yang
terakhir, kahwinilah Zira bang. Dewi tau abang cintakan dia. Terima kasih kerana
sanggup mengorbankan cinta abang kerana Dewi. Dewi tak tau abang dan Zira bekas
kekasih. Sehinggalah malam itu bila Dewi terbaca sms abang dan dia. Dewi minta
maaf kerana Dewi rampas abang dari dia. Dewi tak tau”, Dewi menggenggam erat
tangan Zainal.

“Sayang mengucap sayang. Jangan cakap yang bukan-bukan. Bukan salah
sayangpun. Itu semua takdir sayang. Abang yang silap. Selama ini abang buta
dengan perasaan abang sendiri. Abang telah mengkhianati kepercayaan sayang.
Abang ternyata salah menilai. Sayanglah cinta abang dunia dan akhirat”, Zainal
cuba menenangkan isterinya yang ketika itu sedang bertarung dengan kesakitan
yang dialaminya.

“Abang...maafkan Dewi ya bang.”, nafas Dewi semakin menurun. Tidak
lama selepas itu, kedua kelopak mata Dewi tertutup rapat. Zainal tersandar. Bapa
mertuanya menutup wajah Dewi dengan kain selimut. Zainal terkedu. Dunia bagaikan
berputar. Dia meraup wajah dan beristighfar seraya mengucap.
Dan kini tinggallah Zainal sendiri. Isteri yang pernah dilukai itu
telah pergi menemui penciptaNya. Namun, dia masih tidak dapat menghindar dari
kekesalannya. Dia memanjatkan doa semoga isteri dan anaknya ditempatkan
dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah. Zainal termangu sendirian.

Titisan airmata sepi merungkai isi hati yang terdalam
Padu perasaan memuntahkan gelora rasa seribu warna
Tatkala topengnya berlagu riang
Ada hati yang kecundang
Akankah bisa terawat oleh sang hujan
Yang tidak pasti jika titisannya turun secara bertitik-titik atau berturutan
Persoalan yang entah bila dapat ditelusuri
Jauh di dasarnya ada harapan yang menjulang
Bahawa hidup memang tidak selalu indah kerana ada DIA yang mengaturnya
Seringkas dan sesulit mana pun pasti akan terjelaskan dengan jawapan-jawapan
Yang kadang tidak disangka kewujudannya
Hati-hatilah wahai hati
Pilihan hanya sentiasa ada dua
Hati yang sendu bisa menjadi biru sebiru langit lambangnya cinta...


~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~


Hasil Karya : Nor Adzwaty

Untuk mengundi cerpen Nor Adzwaty, sila tinggalkan komen undian anda pada kotak komen di bawah.


***undian dari anonymous tidak dikira.


Good luck Nor Adzwaty! (^^,)♥


With Love,
♥ Juliana Violet ♥

Tuesday, March 1, 2011

99 Hari Kisah Klasik Esya Ecah : Takdir Cinta

Kiranya tempias membasahi jendelamu

Itulah air mataku mengingatimu

Tanpamu sedari ada darah di jarimu

Itulah tandanya sesuatu terjadi kepadaku

Andainya kau terbatuk

Itulah tandanya aku termimpikanmu

Andainya kau tersedar

Tika Al Quran mendayu di subuh sunyi

Itulah tandanya aku pergi dulu sebelummu



“Esya?” Batang tubuh itu tak bergerak,seinci pun tak memberikan sebarang respon pada panggilan tersebut.Dia masih tenggelam dalam dunianya sendiri.

“Come on Esya,wake up!” tak jemu-jemu suara itu memujuk

“Dah la Ieja,macam tu la Esya,tak pernah berubah,”Ieja berpaling,mama Esya di muka pintu.

“Em,,sabarlah mama,biarlah Esya ambik masa dia,”

“Entah lah Ieja,mama dah banyak bersabar,usaha,cuba nak bangkitkan balik semangat dia,tapi tengoklah dia sekarang,pucat,lemah tak bermaya,”

“Mama nanti Ieja pujuk Esya ye,”

“Pujuklah dia Ieja,mama sedih sangat tengok dia macam nie,dia seperti bunga yang layu,”mama mula mengalirkan air mata,sebak menghuni pelosok jiwanya.



“Dia tak mati…..dia tak mati…dia tak tinggalkan aku Ieja….dia adiratna pekaca diriku…dia tak mati….”perlahan seorang Esya menggumam,wajahnya penuh kesedihan,tapi tiada air mata yang menitis.

“Esya……sabarlah….”Ieja memeluk Esya.

“Ieja…betul…dia tak mati…dia pergi oversea…ada kerja….dia akan kembali…dia gi kejap je…dia dah janji dengan aku….nak bersama aku….selama-lamanya…”lirih suara gadis itu,menikam-nikam sebak di dada sesiapa yang mendengarnya.

“Esya…”sambil memeluk Esya,Ieja turut sama menitiskan air mata,tiada kata-kata lain yang dapat diucapkan oleh seorang sahabat untuk sahabatnya.Sahabat yang kehilangan separuh dari jiwanya,wajah yang bersinar cemerlang dulu dah hilang,lenyap.sepi….kekusutan dan kesunyian menghiasi wajahnya

“Wan akan balik Ieja,dia kata dia pergi kejap je,tak lama….tapi kenapa dia tak balik lagi ek,Ja? Hm…

agaknya dia ada hal kot,”

“Esya,Wan dah takde….”lembut Ieja berbisik pada telinga Esya, “Tengku Emir Azwan dah takde Esya,dia dah pergi,”

“Tak Ieja,dia kata dia nak balik,nak jumpa aku,nak lamar aku,nak hidup dengan aku.Dia takkan tinggalkan aku Ieja,”

Ieja terhinggut-hinggut menangis,dia merangkul Esya dalam pelukannya

“Wan…Wan…Sya sayang Wan….maafkan Sya Wan….”lirih suara itu…

Ieja sekali lagi memeluk Esya,air mata mula mengalir di pipinya.

“Ieja nape nangis,kan Wan dah nak balik?” Semakin kuat rangkulan itu,membuat hati itu bertambah pilu.

***

Siapa yang tak mengenali Tengku Emir Azwan dan Esya Fariza,pasangan serasi di Fakulti Komunikasi UUM.Namun kehangatan cinta mereka tak menghalang mereka untk mendapatkan dean list bagi setiap semester.



“Esya….will you leave me?”

“Why? Ehm..never my dear,”

“Ehm…Wan sayang sangat kat Esya,”

“Yea Wan….Esya pun..” Mereka sama-sama terdiam.

“Wan…”perlahan Esya menyentuh jemari Wan.Tengku Emir Azwan mendongakkan wajah memandang puteri kasihnya.

“Yea sayang…..”perlahan Wan menjawab panggilan itu.

“Jomlah study,final dah tak lama,”sambil tergelak Esya mengajak Wan study,apatah lagi melihat wajah Wan yang cam pe-pe ntah



“Sya…dah lama kite kapelkan?”

“Ehm…tue soalan ke pernyataan?”

“Pernyataan sayang…”Wan pantas cuba untuk menggeletek Esya

“Ala…orang gurau je…ehm abang…jangan la…” gelak besar mereka bersama-sama,apatah lagi bile Wan cube nak menggeletek dia.

“Esya tau tak….abang rasa dalam dunia nie abang la yang paling bahagia sekali,”

“Kenapa lak?”

“Yela….study ok..family ok…sayang dalam hidup abang,lagi la ok!” tersenyum-senyum Wan sambil menatap nota di tangannya.

“Em,abang nanti lepas study nak keje kat mana?

“Sayang nak keje kat mana?”

“Kite kerja kat tempat yang sama ok tak?”

“Erm..nice suggestion,abang suka,”

“Eleh suke la sangat…”

“Nape?”

“Yela…kalau duk jauh nanti boleh abang menggatalkan?”

“Heheheh..mana sayang tau nie…”

“Abang!” Esya membentak sambil menarik muncung panjang.

“Alah sayang ni,abang usik sikit tak boleh,kang abang buat sangkut baju lah muncung nie leh tak,” ucap Wan sambil mencubit pipi bulat Esya.

“Em..abang…” Wan ketawa melihat wajah kesayangannya itu yang mula memerah.

“Erm..abang takkan lupakan sayang,sekalipun,tak mungkin,” Wan menggenggam tangan Esya,kejap,takkan terpisah.



Namun apalah daya mereka, perancangan yang dilakukan tak semestinya ditepati. Wan ditawarkan untuk bekerja di Johor Baharu. Manakala Esya ditugaskan di Kuala Lumpur. Mereka terpisah diantara jarak. Namun cinta itu masih mekar di hati,tak pernah berubah. Kalau dulu,pertemuan diantara pasangan kekasih bahagia ini hampir setiap hari,tapi kini,seminggu sekalipun jarang untuk mereka bertemu,apatah lagi saling berhubung. Masing-masing sibuk dengan tanggungjawab sendiri dengan kerja sehingga tak bisa bertemu muka. Ada sendu dihati..ada rindu di jiwa ..tapi demi tanggungjawab yang perlu dipikul,mereka rela terpisah jarak dan masa, demi masa depan.

Nada dering lagu ‘Sejiwa’ dari Spring mengejutkan Esya yang sedang leka mengedit kertas kerjanya. Nie mesti Wan nie..hatinya menggumam.

“Salam sayang…”

“Wassalam bang,”

“Sayang..abang tak boleh balik la…abang ada keje la…”

“Ermm..okay,tak pe,” nada suara yang girang tue dah berubah nada.

“Sayang marah ke?”

“Tak adalah bang,biasalah,keje banyak kan,nak buat macam mana,”

“Sorry ye sayang,abang rindu tau kat Esya,Esya rindu abang tak?”

“Rindu abang..tapi nak wat camne,”

“Ok lah sayang,abang nak tido nie,dah lewat kay,”

“Ok…tido leklok…basuh kaki dan baca doa dulu kay,”

“Ye bang,”

“K,nite sayang salam..”

“Wassalam,”

Dalam keheningan malam tue,tiba-tiba dia terdengar bunyi petikan gitar,lagu yang disukainya,lagu yang sama-sama diminati sebenarnya,oleh mereka berdua. “Cinta itu ketawa dan air mata”.

“Ketawa dan air mata itu sebenarnya cinta

Kalau kau sedih pasti kurasa begitu sebaliknya

Kusenang engkau cemburu itu tanda kau sayangiku

Tahu kau takut kehilanganku begitu juga aku

Ku juga suka bila kau curiga dia mengajarku erti setia

Apapun sikapmu aku terima asalkan ada kebaikan

Walau pun sering kau kutinggalkan itu tiada bermakna kau kuabaikan

Memang sesekali sikapmu membuat aku jemu

Hingga kau tak ku pedulikan untuk menyedarkan

Belum pernah ada cinta

Di dalam kehidupan manusia sepanjang masa bahagia tanpa air mata”





Wan!!! Cakap tak nak balik…..hati Esya berbunga riang bercampur geram. Apa nie..tipu Esya..takpe tunggu dia,kene la hehehe…..

“Hai Esya….” Wan tersenyum sampai ke telinga melihat Esya yang muncul dari balik pintu rumahnya.

“Hai Wan…apa nie..dah tengah malam la. Bising tau Wan,” aik,manje je suara si Esya nie,tak marah ke? Pelik tapi benar nie?

“Erm…uncle ngan auntie da tau la sayang,”

“Oh..gitu eh..”

“Ye…erm..Esya..”

“Yup Mr Wan,”

“Tak nak bagi Wan masuk ke,pekena kopi o ke,penat nie,Wan drive dari JB,tak rehat lagi nih,”

“Oh..yeke..ala ciannye Wan,”

“Tue la sayang,cepat la,bagi Wan tidur kat sini malam nie pun takpe,”

“Oh..jap eh,Esya amik kunci pagar,”

“Ok sayang...”

Hehehehe…tau la die..nanti…kene ko Wan,sayang eh….

Esya menghampiri Wan,

“Mana kunci pagar sayang?”

“Kunci pagar apa? Dah la tipu kite,tak leh balik eh,busy eh,banyak keje konon,” aik tiba-tiba aje kene marah nie! Esya,,,,Esya,awak nie memang la suke berdrama. Wan masih tersenyum lagi,melihat gelagat Esya..nak merajuk la tue.

“Tengok tue,senyum pulak,dah la Wan gi la balik,Esya nak tidur da lewat nie,” Esya berlalu ke rumah,meninggalkan Wan yang terkulat-kulat disitu,seorang.

Sayang….sampai hati…..huhuhuhu

Wan menghantar pesanan mesej kepada Esya, “ Sayang,esok abang datang ye,kite keluar ye sayang,”

Ah malas nak layan,Esya menutup handsetnye,dan bersedia untuk tidur.

#

Ermmm…pagi yang ceria heheheheeh…Esya bangun tidur dengan senyuman,sempat lagi dia bermenung diatas katil mengingatkan gelagat Wan semalam,itulah sebabnya kenapa saya sayang awak Wan!

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk,mama menjenguk ke dalam bilik.

“Hah anak dara nie! Baru bangun tido ke? Siap cepat,Wan dah ada kat bawah tue?”

“Erm…Wan? Bukan ke dia kata semalam dia takleh balik ke?”

“Dah..tak payah buat muka pelik cam tue,gi siap dah lama dia datang tue,turun breakfast,” arah mama tegas.

“Yelah..orang siap la nie…nak mandi dulu…” aku bingkas bangun dan ke bilik air. Wan..kau nak ke mana pagi-pagi buta nie….

Bersiap seringkasnya,blaus dan jeans,rona biru,hadiah dari Wan ketika dia outstation ke Sabah bulan lepas. Aku turun ke bawah,melihat Wan yang sedang minum pagi bersama abah dan mama.

“Hah,Esya. Minum sekali ngan kami. Lama tunggu tuan puteri nie bersiap Wan…” abah berseloroh.

“Tuelah…mekap tebal sangat kot,” aik mama pun sibuk nak mengusik

“Erm…takpela makcik,pakcik,yang penting Esya memang cantik di mata saya,seribu tahun pun saya sanggup tunggu,” ucap Wan. Ceh,tue ayat bodek! Esya duduk di sisi Wan,sambil tangannya pantas mencubit paha Wan.

“Aduh sayang,tak sayang abang ke?” lembut Wan berbisik di telinga Esya,membuat wajahnya merah padam.

“Dah makan,tak yah wat cerita samarinda kat sini,” mama mengejutkan kami berdua,setelah selesai makan,Wan meminta izin abah untuk membawa aku keluar. Hisy,sejak bila Wan jadi sopan sangat nih!



“Sepatutnya Wan tak leh balik minggu nie,Wan sepatutnya ke Sabah lagi…” Wan memulakan bicara,tapi aku buat-buat tak dengar.

“Sayang,dengar tak Wan cakap apa nie?” dia meraih jemariku.

“Dengar…Esya tak pekak lagi,” aku menjawab

“Kenapa nie sayang,majuk ngan Wan eh..”

“Takdelah,”

“Yelah tue…kalau tak,takkan la muncung itik nie keluar sayang,kalau takde apa-apa,” dia mencubit pipiku.

“Erm…Wan…” aku memang tak suka dengan tabiat Wan yang suka mencubit pipiku.

“Esya temankan Wan beli hadiah leh,kita gi KLCC ye,”

“Untuk sape?”

“Adalah…lepas tue,kita beli dress untuk sayang Wan nie…”

“Kenapa pulak,baju Esya banyak lagi la…”

“Sayang..takkan nak beli sesuatu untuk orang yang Wan sayang salah?”

“Tak salah…..tapi”

“Dah..tak payah tapi-tapi..dah sampai pun. Jom!” dia keluar dari kereta. Kami berkeliling mencari kedai-kedai yang menarik di pandangan hati. Entah apa yang hendak dibeli oleh Wan. Penat aku berjalan,dah berpeluh-peluh nih. Tengku Emir Azwan! Awak nak cari apa nih!

“Sayang,sayang suggestkan kite nak beli apa nih!”

“Erm…nak beli ape?”

“Beli la apa-apa yang yang patut,”

“Yela apa-apa yang patut,”

“Jenis yang macam mana?”

“Erm…souvenir?”

“Erm..apa kata kalau kite beli nih,” Esya berjalan pantas kea rah sebuah binaan kapal yang dibuat dari kayu. “Cantik Wan?”

“Erm….not bad. Papa dan mama mesti suka hadiah nie,”

“Papa dan mama?” tersentak Esya

“Yup…papa dan mama punye wedding anniversary esok,bab tue la Wan ajak Esya beli hadiah untuk dieorang,”

“I see…”Esya mengangguk kepala.

“Ok,deal kite beli yang nie kay,”

“Ok…” Ceh,anniversary mama ngan papa die rupanya. Ingatkan apa yang surprise sangat.

Selesai menguruskan urusan pembelian,mereka ke Nando’s untuk mengisi perut. Tak sedar rupanya dah tengah hari.

“Ok sayang,now cari dress untuk sayang,”

“Alah…tak payah la,nak buat apa,kan banyak lagi baju saya kat rumah tue,”

“Urm..sayang…meh la..kite beli baju sedondon kay,” Wan memujuk

“Bazir la Wan….”

“Sayang..jom…” Wan menariknya masuk ke dalam sebuah butik.

“Wan dah lama survey baju tuk sayang,kat butik nie la,cantik-cantik semuanya,” laju je si Wan nie berjalan.

“Selamat datang encik,cik. Eh Ku Wan,ingat sape tadi. So camne,dah sedia nak beli baju untuk yang tersayang?”

“Yes..ni saya bawak dia datang sekali,”

“Really? Wah,teruja saya nak tengok pujaan hati Ku Wan ni,” Isy minah nie,menggedik lak.

“Saya Esya,” dalam terpaksa,kenelah aku berjabat tangan dengan minah gedik nie.

“Oh..Esya. Nice name. I’m Nita,owner butik nie,”

“Oh..ok…” Esya mengangguk

“You simpan lagi baju yang I suka tue?” tanya Wan. Baju? Wan?

“Yup..still ada. I simpan special for you tau. Kejap ye I ambilkan,sementara tue duduk la dulu,”

“Ok…” Wan mengajak Esya duduk di kerusi.

“Abang nak belikan saya baju apa nie?”

“Sayang tengok nanti,abang rasa sayang akan suka baju tue?”

“Yeke…”

“Iye sayang…” pantas tangan Wan hinggap di pipi Esya.

“Abang,nanti saya belikan plastisin untuk abang ye. Abang kan suka mencubit,ok,”

“Amboi marah nampak!” tak henti-henti si Wan nie mengusik.

“Sape Nita tue? Lama ke Wan kenal die?”

“Takdela lama. Tapi mama selalu gak datang sini. Mama Nita tue ,kawan baik mama,”

“Oh..ok…cantik gak die ek,”

“Dah,tak payah nak cakap macam tue. Jeles eh sayang abang nie,”

“Sape cakap…..”

“Dah sayang,abang bukannya kenal sayang seminggu,dah bertahun-tahun dah. Abang tau bila sayang cemburu,” Wan meleretkan senyuman sengetnya

“Ala…Wan….” Esya melentokkan kepalanya di bahu Wan,dah lama mereka tak bermanja begitu.

Tak lama kemudian,

“Ok guys..nie bajunye,” Nita mengunjukkan sepasang kebaya berwarna hitam yang disulam dengan bunga-bunga berwarna merah.

“Sayang suka tak?” Wan berbisik di telinga Esya

“Erm..nice…” terpegun Esya,kebaya tue betul-betul cantik. Sulamannya juga kemas.

“Esya,why not you try fitting dulu,nanti kite boleh baiki kalau ada yang tak selesa,”

“Yes sayang,fitting dulu kay,”

“Ok….” Esya mengambil baju tu dan ke bilik persalinan.

Memakai baju tue,dan baju tue betul-betul sesuai dengan badannya.

“Sayang,you look so gorgeous,” ucap Wan ternganga bila melihat Esya memakai kebaya tersebut

Esya tersenyum, “This kebaya really fits on you,pandai Ku Wan pilih,” Nita turut memuji kejelitaan Esya.

“Sure Nita,I dah couple ngan Esya berapa tahun,takkan I tak tahu saiz dia,” ceh,cakap besar lak si Wan nie.

“Erm…you ada accecories yang fit ngan this kebaya Nita?”

“Yup,ada,wait,I ambilkan,”

“Sure my dear Nita, I nak sayang I nie nampak cam tuan puteri esok,”

“She will Ku Wan,she will,” ucap Nita sambil berlalu pergi.

“Sayang,abang terkejut. Sayang cantik sangat,lagi cantik dari masa kita menang king and queen prom night dulu,”

“Hisy abang nie! Ingat lagi kisah lama tue,”

“Mesti la sayang,first kiss abang kat pipi sayang,”

“Ei…gatal!” Esya menolak Wan jauh-jauh,terkenang kenangan silam tue.

“Betul sayang,abang dah lama usha kebaya nie,warna die suits ngan sayang,”

“Ye dah,..cukup la memuji,naik muak dah saya nie,”

“Sayang….” Wan masih menyunggingkan senyuman sengetnya.

“Ok..nie saya bawakan aksesori ngan kasut sekali,”

“Wah tingginya heels die,”

“Erm…ok la nie,” Nita berkata. “Cuba Esya pakai,” Esya memakai heels dan aksesori,menggayakan di hadapan Wan,dan sekali lagi Wan ternganga.

“Abang cukup la ternganga,saya nak tanggalkan baju nie kay,”

“Ok…Nita..plis semua sekali saya beli ye,”

“Ok Ku Wan,” heheheeh…duit masyuk….

Mereka meninggalkan butik tersebut.

“Banyak abang berbelanja untuk saya,”

“Alah,apa salahnya,oh..jap,temankan abang amik tuxedo kat Ben tailors,,”

“Ok…” aku dah penat sebenarnya. Aku bukan la seorang yang suka bershopping. Tapi oleh sebab orang yang tersayang nie,terpaksa la….

Selepas mengambil pakaian Wan dan aku lenguh memuncungkan mulut akhirnya Wan menghantar aku pulang. Tak lupa Wan mengingatkan aku akan majlis esok. Dan memintaku berdandan sebaik mungkin,aku tau la Wan,tak payah ingatkan aku. Hehehe.

Mama dan abah terpegun melihat keayuan aku. Yelah,aku nie takdela suke bersolek sangat,setakat ringkas-ringkas tue boleh la. Kebaya tue memang betul-betul kena dengan badan aku,mama pun mengakuinya. Tapi terkesan riak risau dalam hatiku,kenapa nie…berdebar-debar.



Wan bergaya dengan tuksedonye. Kami memang sepadan. Heheh,perasan!

“You look so gorgeous sayang. Mama mesti suka tengok sayang,”ucap Wan sambil membukakan pintu kereta untukku. Setelah bersalaman dengan mama dan abah,kami bertolak.

“Erm..ramai orang tak Wan?”

“Entah la,maybe kawan-kawan mama ngan papa kot,ngan saudara mara,”

“Oh…Wan promise ngan Esya jangan tinggalkan Esya sorang-sorang,”

“Ok honey,Wan janji kay,” ucap Wan lembut,sambil mengucup jemari Esya. “Sayang tau tak,abang rasa macam mimpi tengok sayang berpakaian macam nie,sayang cantik sangat,”

“Ah,abang,tak payah la memuji lebih-lebih,”

“Mana de lebihnya…Esya memang cantik, Esya Fariza memang sesuai dengan Emir Azwan,” ucapnya lagi.

“Ok…cukup..drive elok-elok,” Esya rimas dengan perlakuan Wan yang tak henti-henti mengucup jemarinya.

“Ok sayang,your wish is my command,” Wan melepaskan pegangan tangannya,dan menumpukan perhatian di jalan.

Dari jauh pun sudah kelihatan kemeriahan majlis yang diadakan di rumah Wan. Selama mereka berkawan,Esya tak pernah berkunjung ke rumah Wan. Jika dibandingkan,mereka berdua umpama enggang dan pipit,tak mampu terbang bersama-sama. Di dalam hati Esya,dia terasa kecil.

Esya menggenggam erat tangan Wan. “Kenapa sayang? Nervous?” Esya mengangguk kecil. “Jangan la nervous kay,” Wan mengelus rambut Esya yang disanggul cantik,terurai di dahinya. Ya Tuhan betapa aku cintai gadis ini…



“Jom sayang,jumpe mama ngan papa,” ucap Wan sambil menarik tangan Esya melalui orang ramai disitu,sesekali mereka berhenti kerana disapa oleh mereka yang mengenali Wan.

Kelihatan sepasang suami isteri yang sedang duduk di kerusi.

“Hah,tue mama ngan papa,jom sayang,”

“Ok..” Esya menjawab pendek,hatinya berdebar kencang.

“Mama,papa,”

“Hah,Ku Wan kemana nie? Mama cari dari tadi,”

“Wan pergi jemput seseorang la mama,ni hah,akhirnya sampai jugak Esya kat rumah kite,”

“Iye? Mananya?” aku ke hadapan dan bersalaman dengan mereka berdua. Papa Wan hanya tersenyum melihat aku,manakala mamanya melihat aku dengan pandangan curiga. Kenapa ya?

“Apa khabar makcik,pakcik?” aku cuba beramah mesra.

“Mak engku dan pak engku ye Esya,” tegas mamanya berkata.

“Maafkan saya mak engku,pak engku. Apa khabar?” aku mengulangi pertanyaan. Mamanya menganggukkan kepala. “Kita sihat,kalau tak sihat takkan ada kat sini pulak,” sinis mama Wan menjawab. Esya menganggukkan kepala,Wan tersenyum,dia tak sedar yang hati Esya sedang berdarah.

“Kamu nie anak kerabat mana? Kerabat Johor? Kelantan?” tersentak Esya mendengar soalan itu,kerabat pe pulak nih!

“Mama,kerabat apa pulak,Esya bukan anak raja mana-mana la,”

“Kamu nie Ku Wan,kan kita dah cakap,jangan berkawan sembarangan. Kita nak jodohkan dia dengan Ku Diana dia tak nak,dia nak cari sendiri. Tengok nie,dia cari siapa nie? Bukan kerabat kita?” keras suara mama Wan bersuara. Aku kat zaman mana nie,kenapa kerabat yang dipersoalkan di sini?

Wan cuba menyelamatkan suasana, “Mama,dah la tue. Ni hah,kami ada belikan hadiah untuk mama dan papa,”

“Harap mak engku dan pak engku suka,” Esya cuba memaniskan muka,tetapi disambut dengan cebikan dan pandangan sinis mama Wan,sekali lagi hatinya terhiris.

“Erm..nice,cantik !” papa Wan bersuara.

“Ok jer,takdela cantik sangat. Kat tepi jalan pun banyak,” Aduh pedihnya hati.

Tiba-tiba:

“Bonda….” Kedengaran satu suara manja. Kelihatan Wan meraup mukanya. Aku melihat dengan penuh gementar di dada.

“Oh…Ku Diana,tengok nie sape dah balik rumah,”

“Eh, Ku Wan…apa khabar,lama tak jumpa,Diana rindu kat Wan,” perempuan yang manja itu berjalan perlahan dan duduk di sisi Wan.

“Ok,baik..”

“Wan tak rindu Diana ke?”

“Biase jer,” Wan menjawab,sambil cuba melepaskan tangan Diana yang cuba melingkari lehernya.

“Behave yourself Ku Diana,” tiba-tiba papa Wan bersuara,menyebabkan Ku Diana mencebik dan duduk di sisi mama Wan.

“Ku Is,apa maksud Engku marahkan Ku Diana?” mama Wan menjengilkan matanya.

“Dah la tue Ku Yam,kite ada ramai tetamu nie, Wan,bawa Esya makan,tentu kamu tak makan lagi,,” arah papa Wan.

“Ala..Diana pun belum makan lagi…” dia merengek manja.

“Ku Diana,kamu tue dah besar pergi la cari makan sendiri. Lagipun bukannya kamu tak biasa dengan orang-orang kat sini,” papa Wan sekali lagi mematikan rengekan Ku Diana.

“Jom,sayang,” Wan menarik tangan Esya berlalu dari kedua orang tuanya. Esya mencengkam tangan Wan. “Kenapa sayang?”

“Esya nak balik?”

“Kenapa nie? Kite kan baru sampai,” ucap Wan sambil mengajaknya duduk di kerusi.

“Esya tak selesa,kita tak setaraf bang…”

“Sape cakap nie?”

“Abang pun nampakkan,”

“Sayang…please..demi Wan,makan sikit,Wan tak kenalkan lagi sayang pada seseorang,dia nak sangat jumpa sayang,”

“Siapa?”

“Nanti la sayang,sayang nak makan apa? Wan ambilkan,”

“Takpe Wan, Esya tak lapar. I just need mineral water,”

“Ok,dear. Wait a second kay,” Esya mengangguk,cuba tersenyum walau payah.

Serasa seseorang duduk disebelahnya. Esya berpaling,Diana!

Si gedik itu tersenyum sinis,sambil memandang Esya dari atas ke bawah. Tak tahu apa yang ada di fikirannya.

“So,dah lama ke you kawan ngan die?”

Esya menghela nafas panjang,cuba menenangkan dirinya. “Agak lama,sejak kiteorang kuliah lagi,”

“Oh,yeke. I kenal Wan dari kecil lagi tau,”

“Oh,ok…” Esya cuba setenang mungkin.

“You nie tak segan ke nak berkawan dengan Wan tue,”

“Kenapa pulak I nak segan?”

“Yela…die tue kerabat,you pulak orang biase,”

“Well Diana,sejak bila pulak Malaysia yang maju nie,kembali ke zaman batu? Kerabat dan keturunan menjadi pegangan?” Esya memulangkan paku buah keras.

Diana terkedu,namun pantas menjawab, “You tak tau ke yang we all berdua dah dijodohkan dari kecil lagi,” Semerta wajah Esya berubah.

“Oh yeke… I tak tau,”

“So,now you know. I think you should go now,” Diana mencebik lagi.

“Diana,apa yang you buat kat sini?” tiba-tiba Wan muncul,menatang air mineral di tangan.

“Oh dear,how sweet..i memang dahaga sekarang,” tanpa perasaan malu,Diana meneguk air di tangan Wan,Wan tergamam.

Esya berlalu ke belakang rumah,cuba menjauhkan diri dari segala hipokritisme ini. Tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang,dia berpaling,seorang mak cik tua tersenyum.

“Ini Esya kan?”

“Ye saya. Mak cik?”

“Saya Mak Mah,penjaga Ku Wan dari kecil,”

“Oh…” Esya bersalaman dengan mak cik itu.

“Esya dah jumpa dengan mak engku dan pak engku?”

“Dah Mak Mah,”

“Erm…Esya jangan la ambil hati dengan kata-kata mak engku,”

“Tak makcik,saya sedar siapa diri saya,”

“Jangan cakap macam tue,”

“Betul mak cik,pipit takkan boleh terbang dengan enggang,”

“Esya….” Mak Mah mengenggam erat jemari Esya

“Saya tau saya harus undur diri,”sebak menguasai segenap perasaan Esya

“Tapi Ku Wan betul-betul sayangkan Esya. Mak Mah tak pernah tengok dia sayang seorang gadis sekuat ini,selama ini,”

“Mak Mah….”aku memeluk dia

“Lama kan kisah cinta kamu berdua,”

“Dah lima tahun Mak Mah,”

“Ye…itu la…sejak Ku Wan bersama Esya,Mak Mah nampak matanya bersinar,”

“Ah Mak Mah,”

“Betul Esya..Mak Mah jaga Ku Wan dari dia kecil lagi,Mak Mah tahu apa kesukaan dan kebencian dia,segala-galanya,” Esya cuma tersenyum

“Sabarlah Esya,”

“Entahla Mak Mah,mungkin Ku Diana sesuai dengan Wan,”

“Esya…Ku Wan akan sedih jika tau Esya cakap macam nie,”

“Esya tak nak dia derhaka Mak Mah,”

“Mak Mah tau..tapi…”

“Takpe Mak Mah….”

Tiba-tiba:

“Mak Mah! Kamu buat apa kat belakang tu,datang sini tengok dapur nie! Apa yang kurang” Mak engku! Suara tinggi yang semakin menghampiri dirinya.

“Hah,kamu,kita ingat kamu dah balik,”

“Maaf mak engku,saya nak pulang lah nie,” Esya cuba berlalu pergi

“Tunggu! Kita ada sesuatu nak cakap dengan kamu,” kata-kata itu bagai satu perintah.

“Ye mak engku?” Esya berpaling,takut nak melihat mama Wan

“Kamu nie cantik..tapi kita tau yang kamu tak sesuai dengan Ku Wan,kamu memang tak sesuai! Kamu sendiri pun sedarkan?”

Esya tak mampu berkata-kata,dia hanya mendengar, “Lagipun kite rasa kamu tau yang kite nak jodohkan dia dengan Ku Diana ,mereka berdua nampak cocok benar,” bersemangat mak engku bercerita. Esya rasa nak menangis

“Pergilah kamu pulang. Jangan kamu mendekati Wan lagi,kita tak suka. Kamu mesti faham perasaan seorang bondakan,”

“Ya Mak engku,saya faham,” Esya dengan pantas berlalu, tiba-tiba tangannya ditarik Wan

“ Sayang nak kemana?”

“Nak balik,”

“Wan hantarkan?”

“Tak payah la Wan,kan ramai tetamu nie?”

“Tak apa,nie bukan tetamu Wan,nie tetamu mama ngan papa,”

“Wan….”

“Sayang,…..plisss…”

“Ok,” Esya akhirnya bersetuju Wan menghantarnya pulang.

Di dalam kereta,mereka membisu seribu bahasa.

“Sayang,kenapa?” Wan cuba mencapai tangan Esya,tapi dilarikan oleh Esya. “Kenapa nie sayang? Ada apa nie?”

“Tak ada apa,” Esya cuba menahan air matanya yang dari tadi hendak menitis.

“Cakap la sayang,sape yang sakitkan hati sayang nie,” kata-kata itu buat perasaan Esya sebak. Tuhan...tabahkan hatiku.

“Tak ada apa…plis Wan cepat sikit drive,”

“Ok sayang,tapi kenapa?”

“Tak ada apa.Esya cuma nak cepat pulang ke rumah,”

“Ala…kita gi la jalan-jalan dulu,plis sayang,”

“Wan,kan kat umah ada majlis tue,tak baik la tinggalkan majlis,”

“Alah,bukannya majlis Wan,tue majlis mama ngan papa,”

“Tapi Wan…”

“Alah..lagipun bukan Wan yang organisekan function tue,si Diana ngan sepupu-sepupu Wan yang ambil berat sangat,taking care konon,ceh..seme tue nak tipu duit mama ngan papa je,Wan tau….” Esya hanya tekun mendengar

“Esya sayang…..” Wan cuba menggenggam tangan Esya buat kesekian kalinya. Esya hanya mampu tersenyum tawar.

“Wan…boleh Esya tanya sesuatu,” “Ye sayang,tanya jer,apa dia?”

“Macam mana kalau hubungan kita tak berpanjangan,” Pantas Wan berpaling, “Apa maksud Esya dengan soalan tue?” nada suaranya iba-tiba berubah.

“Maksud Esya….jika kita berpisah,” Esya takut-takut berkata. Wan pantas meletakkan jari telunjuknya pada bibir Esya, “Sayang,jangan sebut perkataan itu..plis…Wan takkan dapat hidup tanpa Esya di sisi,”

“Wan akan hidup,tak kira samada Esya ada disisi atau tidak,Wan tetap akan hidup,” tenang Esya berkata

“Nie mesti Diana ada cakap bukan-bukan pada sayang kan,sampai sayang boleh keluarkan topik nie pulak,”

“Takde,Diana tak cakap apa-apa,”

“Yelah tue…Wan takkan suka la perempuan gedik macam Diana tue,sayang dah cukup sempurna untuk Wan la…” tapi tak cukup sempurna untuk mama awak,Wan,hati Esya berdesis.

“Kenapa nie sayang…abang takkan tinggalkan sayang lah,”

“Abang…”

“Ye sayang,”

“Saya tau abang takkan tinggalkan saya,tapi somehow,saya nak abang tau yang family lagi penting,utamakan keluarga abang ye. Apa pun yang berlaku,saya nak abang ikut patuh cakap mereka terutama mama abang”

“Sayang dah la tue,tak nak cakap pasal nie lagi,” ucap Wan sambil memusingkan wajah Esya. “Abang tau Esya nangis…” ucap Wan sambil mengesat air mata yang bergenang, “Abang tak nak Esya nangis. Abang rasa sakit kalau tengok Esya nangis, please sayang,” Esya menggenggam tangan Wan,

“Saya nak abang janji dengan saya sesuatu,”

“Janji apa sayang? Janji yang takkan tinggalkan sayang? Abang janji sayang,” ucap Wan

“Bukan abang…”

“Dah tue?” Wan mengerutkan dahinya

“Janji yang abang akan turuti permintaan dan kehendak keluarga abang,”

“Kenapa sayang nie…”

“Janji dengan saya abang,”tegas,Esya mengulangi permintaan itu

“Baiklah,abang janji sayang,”

“Alhamdulillah,semoga semuanya baik-baik belaka”

“Sayang…..” Wan terkesan sendu itu dihati Esya,tapi dia tak tahu cara tuk mengubatinya,dia tak tahu apa sebabnya.

Wan menghantar Esya pulang,tanpa sepatah kata,Esya berlalu ke rumahnya,.Sayang,abang tak tahu,siapa yang buat sayang terluka?

#

Itulah saat terakhir Esya bersua muka dengan Wan,kali terakhir mereka bertemu,bersenda,kali terakhir pasangan kekasih ini kelihatan bersama. Setelah itu,tiada lagi khabar berita dari Wan,dirinya hilang tanpa kesan,seperti awan kelabu yang ditiup angin. Jauh di sudut hati Esya,terasa pilu,tetapi dia menguatkan semangat,dia tahu yang sudah tentu kini Wan sedang berbahagia dengan Ku Diana.

Apabila kedua ibu bapanya bertanyakan soal Wan,Esya akan berdalih yang Wan sangat sibuk dan telah ditukarkan ke cawangan syarikatnya di Sabah. Dia tak mahu mama dan abah berasa sedih. Hatinya kosong. Akhirnya,sepucuk warkah,menjawab segala persoalan,setelah 3 bulan,mereka sama-sama membisu.

Assalamualaikum wbt,

Kehadapan sayangku Esya…betapa aku merindui dirimu…setiap saat dalam jaga dan lenaku… Sayang apa khabar? Bagaimana kerja di pejabat? Maafkan abang sayang. Kerana membisu seribu bahasa.

Sayang,sejak dari hari itu,abang menyalahkan diri sendiri atas kesedihan sayang. Atas kesayuan yang hadir dalam pandangan mata sayang. Sayang,abang tak sedar akan penyebab kepada kesedihan sayang. Abang memikirkan kenapa sayang ingin abang berjanji,berjanji supaya menuruti permintaan keluarga abang,abang tak mengerti,. Abang cuma menganggap yang sayang hanya bergurau dengan abang,tapi abang tak menyangka yang sayang sebenarnya menahan kesedihan kerana keluarga abang,kerana mama. Mak Mah dah menceritakan segalanya pada abang sayang,maafkan abang,kerana tak mengerti..

Mama beria-ria memberitahu yang,sayang tak sayang abang lagi. Mama juga memberitahu tentang berita pertunangan abang dengan Diana,dulu,semasa kami masih kecil. Ini bukan kemahuan abang,sayang! Tolong,abang tak nak. Abang hanya mahukan sayang. Hanya sayang,bukan Diana. Tapi mengingatkan janji abang pada sayang,abang jadi terkelu. Kenapa sayang minta abang berjanji ? Kenapa sayang seksa abang? Dengan janji-janji sebegini!

Sayang,abang terpaksa menerima Diana. Sayang taukan yang abang tak pernah mungkir janji pada janji-janji abang. Abang terima dia kerana janji abang pada sayang. Walau hati abang pedih melihat cincin pusaka nenda tersarung di jari manisnya,tapi abang tau yang sayang akan tersenyum,kerana abang mendengar apa yang sayang ucapkan.

Sayang,seketika abang pernah terfikir,kalau abang pergi dari keluarga ini,dapatkah sayang dan keluarga sayang menerima abang? Sebagai seorang yang tak mempunyai apa-apa. Kalau abang lepaskan gelaran ini,dan menjadi orang biasa,dapatkah abang berada di sisi sayang? Buat selama-lamanya

Sayang,ketika sayang mendapat warkah ini,abang dah sebulan berada di Amerika Syarikat,mengikuti kursus jangka pendek di California. Abang menerima tawaran bos abang kerana tak sanggup melihat persiapan perkahwinan abang dan Diana. Tapi sayang,abang dah fikir betul-betul,selepas abang tamat berkursus di sini,abang akan ke rumah sayang,abang nak melamar sayang,persetankan keluarga abang,biarkan mereka mencari abang,setelah kita berkahwin,abang bercadang membawa sayang ke Sabah. Sayang tak keberatan kan?

Sayang,abang tak sanggup lagi nak berjauhan dengan sayang. Abang tak sanggup lagi pergi dari hidup sayang. Abang nak bersama sayang sehingga akhir hayat abang. Tak sanggup rasa menahan rindu,lagi 2 bulan abang akan pulang ke tanah air,sabarlah sayuang. Kita akan bersatu akhirnya. Sayang,nantikan abang ye?

Sayang,nantikan kepulangan abang. Kita akan disatukan. Abang sayang awak,dan rasa itu tak pernah berubah. Rasa ini malah semakin bertambah dan mekar. Sayang,cuaca panas kat sini,sama seperti di Malaysia jugak. Kalaulah sayang ada disini,boleh kita bersiar-siar di tepi pantai,sayang suka pantai kan?

Sayang,sampaikan sembah salam abang pada mama dan abah sayang, Insya Allah,kita akan betemu kembali

Salam sayang,

Emir azwan


Warkah itu disimpan kemas oleh Esya. Sentiasa ditatap olehnya,penawar rindunya pada Wan. Betapa dia terlalu menyayangi jejaka itu,tiada yang lain. Mama dan abahnya mengetahui tentang rancangan Wan,pada mulanya mereka keberatan,tetapi memandangkan hasrat anak tunggal nan seorang dan keperitan yang pernah mereka alami,mama dan abah Esya bersetuju,dan hal ini membuat Esya sangat gembira.

#

Minggu depan Wan dijangka akan pulang ke Malaysia. Betapa Esya sangat merindui lelaki itu,dia sangat-sangat tak sabar menanti tarikh itu. Wajahnya tersenyum sentiasa,hatinya berbunga riang,tiada lagi mendung sendu di wajahnya. Wan dah nak balik,dia akan kembali pada aku!

Tapi itulah takdir… takdir Tuhan takde siapa yang dapat menghalang. Tak ada siapa yang mengetahui terlebih dahulu. Apakah apa yang berlaku ini terdapat hikmah di sebaliknya? Hanya Tuhan yang maha mengetahui,dugaan yang diberikan kepada hambaNya



Esya sedang merehatkan dirinya,setelah kepenatan mengerjakan kertas kerja untuk projek syarikat yang seterusnya. Dia menonton televisyen,tetapi fikirannya menerawang,mengingatkan Wan,dirinya tersenyum,Wan saya rindu awak!

Berita tergempar! Kes tebusan di University of California,menahan 30 orang tebusan. Esya menumpukan perhatian,itu tempat Wan belajar!

Menurut Wisma Putra,terdapat 2 orang rakyat Malaysia terperangkap di dalam university tersebut. Polis California telah berjaya menumpaskan 3 orang penculik yang bersenjatakan raifel dan pistol. Namun begitu,dilaporkan seorang tebusan secara tidak sengaja terkena peluru sesat yang tidak diketahui samada dilepaskan oleh penculik atau pihak berkuasa. Tebusan yang ditembak dikenal pasti sebagai Tengku Emir Azwan Tengku Iskandar. Keadaan mangsa sangat kritikal,dan mangsa meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital……

Esya terkelu,pandangannya kelam!





“Esya,makan la sikit,dari semalam Esya tak makan,” mama memujuk Esya yang sedang berbaring di katil dan memeluk foto dia dan Wan yang di bingkaikan indah.

“Esya tak lapar,Esya tunggu Wan,nanti dia balik,Esya makan la. Mama,hari ini dah hari apa ek? Bila Wan balik Malaysia,lama betul dia pergi,”

“Esya….” Mama menitiskan air mata untuk kesekian kalinya,dia duduk di tepi katil sambil memeluk Esya.

“Nape mama nangis? Esya ok la ma….Cuma Esya tak lapar,” Esya….kenapa jadi macam nie… mama menggumam dalam hati.

“Mama,nanti bila Wan dah sampai,mama kejutkan Esya eh,Esya ngantuk la…nak tidur…” Esya berbaring,tapi dia tak tidur,matanya memandang siling rumah,tak berkelip,tapi tak tahu di mana fikirannya melayang.Dah tiga hari berlalu, keadaan Esya bertambah teruk. Seperti dirinya tak dapat menerima kenyataan atas kejadian yang menimpa Wan. Semalam,Tengku Iskandar, papa Wan menelefon,memberitahu mengenai jenazah Wan yang akan tiba di Malaysia pada hari ini. Dia meminta mama dan abah Esya supaya membawa Esya menziarahi jenazah Wan buat kali terakhir. Mama tak tahu apa yang patut dikhabarkan kepada Tengku Iskandar akan keadaan Esya,keadaannya yang tak stabil,keadaannya yang selalu meracau-racau,keadaannya yang memanggil Wan,betapa hati seorang ibu luluh melihat keadaan anaknya yang sebegini rupa.

Esya dipakaikan baju kurung berwarna biru,baju kurung kegemarannya. Dia bertanya kemana mereka mahu pergi,tetapi mama dan abahnya tak mampu menjawab. Mereka hanya diam membisu,tak tahu apa yang patut diucapkan.

Sampai di rumah Wan.telah ramai yang mengunjungi jenazahnya yang tiba pagi tadi. Esya dipimpin oleh mamanya memasuki rumah Wan. Mereka di sambut oleh Tengku Iskandar. Melihat jenazah Wan di ruang tamu membuat Esya melayang. Mama membawa Esya mendekati jenazah Wan,bersalaman dengan Tengku Halimah. Tak disangka K u Mah memeluk Esya erat. Esya hanya terpinga-pinga,dia berada dalam dunianya sendiri.

“Maafkan mama Esya…..” mak engku meminta maaf bersungguh-sungguh kepada Esya. Tetapi Esya tak peduli,kerana dia di awangan.

“Mama…mama cakap Wan dah balik,mana dia ma? Esya rindu..dah lama Esya tak jumpa dia. Wan janji nak balik,nak jumpa Esya. Mana dia Wan?” Esya bertanya kepada mamanya,mengundang sebak di dada mak engku.

“Esya….” Mak engku memeluk Esya yang meracau-racau.

“Sape nie mama…” dia memandang kearah mak engku yang sedang memeluk dirinya. “Eh..nie mak engku,mama Wan..apa khabar mak engku….” Esya menyalam tangan mak engku. “ Wan mana mak engku? Dia cakap dia balik hari nie,” Esya masih mengulang pertanyaan yang sama.

“Esya…mari sini…” mak engku membawa Esya mendekati jenazah Wan. Penutup muka jenazah di buka untuk memberi peluang kepada sesiapa untuk memberi penghormatan terakhir.

“Esya…nie Wan,’ mak engku memberitahu Esya,Esya membeliakkan matanya.

“Tue bukan Wan la mak engku. Mama nie bukan Wan la. Nie mayat. Hisy,mak engku,Wan hidup lagi la,dia bagitau Esya dia nak balik Malaysia,tak lama lagi. Dia tak mati lagi. Mak engku salah orang kot,’

“Esya….” Hati seorang ibu tersentuh Ku Mah menangis.

Esya masih meracau-racau,memberitahu yang itu bukan Wan,dan Wan akan pulang untuk bertemu dengannya. Yang Wan dah maafkan dia,Wan rindukan dia,dia rindukan Wan. Sehingga satu ketika,sunyi,Esya pengsan!



Esya dibawa ke bilik Wan. Dia dibiarkan di situ sementara majlis pengkebumian berlangsung.

Sebaik Esya membuka mata,dia melihat potret Wan tergantung di dinding,dimana dia? Tiba-tiba pintu bilik terbuka,Mak Mah.

“Esya…” Mak Mah memanggil Esya lembut. Dia membelai rambut Esya yang kusut. Esya memandang Mak Mah tapi pandangan itu kosong.

“Mak Mah..mana Wan?” hanya itu soalan yang terluah di bibir gadis itu. Betapa dia menerima tamparan hebat lantaran kehilangan Wan.

“Esya…” Mak Mah memeluk Esya,menenangkan dirinya. “Sabar nak…”

“Esya tanya Mak Mah..mana Wan?”

“Esya…Wan dah takde,”

“Mak Mah tipu…Wan cakap dia nak balik,dari US,dia cakap dah tak lama kursus dia nak habis,Mak Mah tipu,”

“Esya…Wan dah meninggal ,dah mati!”

“Mak Mah tipu! Esya tak percaya! Mak Mah sama je dengan mama Wan,tak nak kami bersama,”

“Esya..Mak Mah tak tipu. Esya,jangan macam nie. Terseksa Wan kat sana. Redha lah Esya,”

“Mak Mah tipu…Wan hidup lagi..” Esya mula menangis,mengongoi di bahu Mak Mah.

“Esya sabar nak. Mengucap banyak-banyak. Jangan jadi macam nie,” Esya masih menangis,dia tak dapat mengawal perasaannya. Sehinggalah dia tertidur.

#

Esya dirujuk ke pakar psikiatari,dia terpaksa berhenti kerja akibat keadaan emosinya yang tidak stabil. Doctor mengesahkan bahawa dia mengalami depressed yang teruk akibat apa yang telah dilaluinya. Kehilangan orang tersayang,pengharapan yang tidak berpenghujung membuat jiwanya kacau. Mama dan abahnya dah tak mampu nak mengalirkan air mata melihat keadaannya yang tak terurus.

Tengku Halimah dan Tengku Iskandar menawarkan pertolongan untuk membawa pakar psikiatari terbaik untuk Esya supaya dia dapat disembuhkan. Tetapi apalah dayanya,hanya Esya sendiri yang boleh menyembuhkan dirinya,kekuatan jiwa dalamannya sahaja yang boleh membantu dirinya.

Mak engku menyesali perbuatannya dahulu,menyesali keputusannya menyingkirkan Esya dari hidup Wan. Dia menangis melihat keadaan Esya yang menyedihkan.

“Maafkan saya,saya tau saya bersalah. Kalau saya tak memisahkan mereka tentu Wan takkan ke US dan takkkan semua ini berlaku,’

“Dahla tue Ku Mah,dah takdir macam nie,”

‘Saya sedih,tengok keadaaan Esya macam nie,menderita,kalaupun bukan sebab saya,tentu dia tak menderita,”

Esya menyendiri di dalam biliknya. Adakalanya dia menggumam seorang diri. Butir bicaranya berulang-ulang sekitar Wan,pemergian dan kepulangannya. Juga betapa dia menyayangi Wan.

“Wan kenapa awak tak balik kagi? Awak marah saya ek…sori la Wan,bukan maksud saya nak sakitkan awak.saya tak nak mama awak sedih… Wan…jangan la mcam nie…saya rindu… Wan..jangan la pergi..saya sayangkan awak. Sungguh saya tak pernah tipu. Wan,awak cakap nak bersama saya,nak kahwin dnegan saya. Awak cakap awak nak hidup dengan saya. Mana awak Wan?” Gumam Esya sambil memegang surat yang dikirimkan oleh Wan. Rintihannya itu membuat sesiapa yang mendengar luluh, mampu membuat sesiapa tersentuh.

Setiap masa dia bersedih,bercakap bila perlu sahaja,tak makan,tak minum,tak mahu kemana-mana. Segala usaha yang dilakukan hanya sia-sia. Usaha untuk mengembalikan dirinya ke realiti tak bermakna apa-apa. Doctor hampir berputus asa,kaunseling yang dilalui oleh Esya tak bermakna apa-apa,hanya masa yang akan menetukan samada dia dapat kembali ke keadaan asalnya.



#

Ieja keluar dari bilik Esya setelah menyuapkan dia makanan.

“Mak cik,”

“Ye Ieja,”

“Saya dah bagi Esya makan ubat,”

“Terima kasih la Ieja. Mujur la Ieja balik kampung,”

“Saya tau nie,tunang saya Rizal yang bagitau,dia cerita tentang keadaan Esya,”

“Entah la Ieja.mama dah tak tau cara apa lagi untuk kembalikan Esya,”

“Bagi dia masa mama,”

“Semua orang cakap macam tue. Bagi dia masa. Masa dah terlalu banyak di beri Ieja,dia perlu bangkit,”

“Mungkin kelukaan dalam hatinya terlalu dalam mama,”

“Entah la Ieja,mama sedih gak dengan keadaan macam nie. Kesian dengan keluarga Wan,mereka benar-benar menyesal dengan apa yang telah berlaku. Mereka berusaha bawa Esya berubat,tapi dia tetap kekal mcam tue,”

“Sabar la mama,Ieja janji sementara Ieja kat sini,Ieja tolong mama uruskan Esya ye,”

“Terima kasih Ieja,”

“Sama-sama mama,takpe…lagipun Esya kawan baik Ieja,apa salahnya berkorban sedikit untuk dia,”

Mereka sama-sama menjenguk ke bilik Esya,rupa-rupanya Esya tertidur.

Tadi mak engku menelefon,memberitahu yang dia nak menghantar sesuatu untuk Esya. Mama hanya mengiyakan dan bersetuju.

“Esya…ada orang nak jumpa,” Ieja menghampiri Esya yang membatu di tepi tingkap bilik. Dia tak menjawab,tak mengiyakan ,hanya mebisu seribu bahasa.

Esya sedang mengait baju sejuk,berwarna merah. Warna kesukaan Wan.

“Assalamualaikum,” satu suara garau menyapa pendengaran Esya. Suara yang begitu familiar di telinganya. Esya hanya senyap membisu,tak menjawab salam yang diberikan.

“Jawab la..tak jawab dosa,” suara itu cuba mengusik,tapi tak diendahkan oleh Esya.

“Ok..takpe..Esya tak nak jawab. Buat apa nie…?” soal jejaka itu lagi,tak putus asa nak mengajak Esya berbual.

Perlahan Esya menjawab, “Kait baju,baju sejuk untuk Wan,”

“Kenapa?”

“Sebab Esya sayang Wan,” tegas dia menjawab

“Wan kan dah takde Esya,”

Esya marah,nada suaranya bertukar,tapi dia masih tak mahu memandang wajah jejaka yang sejak dari tadi berbual dengannya.

“Jangan cakap macam tue! Wan ada,cuma dia tak balik lagi,” suaranya bergetar.

“Wan dah takde Esya…’ lelaki itu cuba memegang bahu Esya.

“Jangan sentuh saya!” tegas Esya bersuara

“Esya,dengar cakap saya,Wan dah takde,Tengku Emir Azwan dah meninggal Esya!”

“Tak nak,jangan cakap macam tue! Wan tak mati,Wan tak mati!” Esya mengongoi,dia mula menangis.

Jejaka itu tak bersuara,dia mengelus-ngelus bahu Esya, “Esya…sabar Esya….jangan menangis macam nie,” lembut dia berbisik di telinga Esya. Menenangkan perawan itu,semoga dia tak bersedih lagi.

“Wan mati…kenapa Wan mati? Kenapa dia tinggalkan Esya? Kenapa dia tak bawa Esya sama,kenapa? Kenapa dia tinggalkan Esya sorang-sorang? Dia tak kesian ke kat Esya? Dia cakap dia sayang Esya!” semakin kuat Esya menangis,mengongoi,merintih,membuat jejaka itu sedikit goyah.

“Esya sayang…. Berpalinglah,Wan ada kat sini,sentiasa ada untuk Esya,sentiasa….lihat wajah ini Esya,lihat diri ini,” jejaka itu cuba menarik Esya supaya memandang tampangnya. Sekali Esya berpaling,dirinya tergamam…Wan…..

#

Tengku Azwan Emir,saudara kembar kepada Tengku Emir Azwan,dipisahkan oleh keluarga mereka kerana takut akan musuh-musuh keluarga mereka. Ku Emir dibesarkan di kampung oleh keluarga Mak Mah,apabila kematian Ku Wan,dirinya yang berada di Australia kerana menyambung pelajaran bergegas pulang ke tanah air. Sementelah diceritakan mengenai perihal Esya,perihal dirinya yang lumpuh jiwa akibat kehilngan Wan,dirinya bersimpati akan gadis itu,akan penderitaan yang dialami olehnya. Mama dan papanya telah menceritakan segala-galanya mengenai kronologi dan ceritera cinta antara Wan dan Esya. Emir tertarik dengan diri Esya,melihat potret Esya di bilik Wan,kelembutan wajahnya membuat hati jantan Emir tergugat. Kenapa tidak dia yang mengubati luka di hati Esya? Apatah lagi wajahnya yang tak lebih kurang dengan Wan menyebabkan dia nekad untuk mendekati Esya.

Emir bertanyakan Mak Mah mengenai perihal Wan,gaya Wan. Dia rela membiarkan rambutnya dipotong menyerupai rambut Wan,supaya dia boleh menyamar sebagai Wan,untuk mendekati Esya. Mama dan papa sangat gembira apabila Emir memberitahu hasratnya untuk membantu Esya,mengubati luka di hati Esya.

Dan kesudiannya itu membawa Emir ke rumah ini,mengunjungi Esya. Esya yang kepatahan hati,kerana kembarnya sendiri. Dan dia berharap semoga dia dapat membangkitkan jiwa perawan ini,dan mungkin memilikinya untuk seumur hidupnya,menemaninya.

#

Esya bangun pagi itu,melihat tampang seperti Wan yang tidur diatas sofa di dalam biliknya. Dia menjerit kuat,mengejutkan seisi rumah. Mama dan abah pantas berlari ke biliknya,bimbang jika terjadi apa-apa. Tiba di bilik Esya,mereka hanya melihat Esya yang sedang tergamam sambil menunjuk kearah Emir yang sedang nyenyak tidur di atas sofa.

“Itu Emir, Esya,”

“Sape dia?” Esya bersuara takut-takut,ketika itu Emir bangun. Dia bangun,dan menghampiri Esya yang berada di katilnya. “Esya….saya Azwan Emir,’ dia memperkenalkan dirnya.

“Kenapa muka dia…” Esya tak dapt menghabiskan soalannya,dia sebak. Mama menggosok bahunya. Ieja yang baru sampai,menonton di muka pintu

“Saya saudara kembar Emir Azwan,”tenang Emir berbicara,meredakan keresahan yang berada di lubuk hati Esya.

“Wan?” Esya bersuara lemah.

“Emir Azwan takkan kembali lagi,tapi Azwan Emir akan sentiasa di sisi Esya,menyayangi Esya,seperti mana Wan pernah menyayangi Esya,” Emir menggenggam jemari Esya,menunjukkan kesungguhannya.

“Esya ….” Tiba-tiba Esya bersuara. Semua mata tertumpu kearahnya. “Esya nak ziarah kubur Wan boleh tak?” Esya menyuarakan hasrat hatinya,menunjukkan bahawa dia sudah dapat menerima hakikat itu,hakikat yang Tengku Emir Azwan takkan kembali lagi,selama-lamanya.



#

Esya sudah pulih seperti sedia kala. Kedua belah pihak terlalu gembira dengan perubahan positif yang ditunjukkan oleh Esya. Ku Mah dan Ku Is dah tak sabar nak berbesan dengan mama dan abah Esya. Mereka telah bersetuju untuk menyatukan dua hati, Esya Fariza dan Tengku Azwan Emir,pasangan yang telah ditakdirkan bersama.



Sekian ceritera cinta,kasih bersemi,kian layu hari demi hari,kasih sejati kekal terpatri,biar dugaan datang menimpa….kasih tetap kekal di jiwa…

Ceritera terhenti,

30 mei 2009

12.09am

13th stone village


~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~


Hasil Karya : Esya Ecah

Untuk mengundi cerpen Esya Ecah, sila tinggalkan komen undian anda pada kotak komen di bawah.


***undian dari anonymous tidak dikira.


Good luck Esya Ecah! (^^,)♥

P/S : Sudah 2 tahun ye kisah ni Esya Ecah. :)

With Love,
♥ Juliana Violet ♥