Thursday, April 21, 2011

Tamat sudah

Hi Semua.
Selamat pagi..

Hari ini dengan rasminya UNDIAN UNTUK CERPEN TELAH PUN TAMAT.

So, kita beri laluan kepada para juri pula untuk menolak tambah menghitung kira markah2 untuk cerpen yang semuanya hebat2 belaka.

Dan untuk pengumuman atau pemberitahuan seterusnya, saya serahkan kepada pihak penganjur iaitu Vee.

Korang sabar eh..

Ok, gua mengundur diri.

tata.


b/p Dearie Pearls

Wednesday, April 20, 2011

hari terakhir meraih undian

Hi semua..
selamat tengahari..

maaf ye sebab lama tak update. saya pula dilanda kesibukan. nak online pun diperhatikan.

papun, ni nak bagi tau bahawa hari ini merupakan hari terakhir untuk mempromosi dan meraih undi untuk cerpen korang.

selamat berkempen untuk hari yang terakhir ini k.

maaf kerana tak sempat nak memaparkan jumlah undian setiap cerpen.

ok, tu je update hari ini.


yang diperhatikan oleh orang belakang,
-Dearie Pearls-

Saturday, April 16, 2011

Update dari Vee.

Salam sayang buat semua bloggers, peserta "99 Hari Kisah Klasik Kita" dan semua pengundi. First of all Vee nak minta maaf sangat2 atas kesulitan Vee untuk update blog ni. Vee sedih sangat tak dapat komited untuk kontes ni dan terpaksa menyusahkan Pearl. Thank you so much Pearl. Thanks a lot.
Vee rasa a few friends tahu tentang Vee kena rompak tu... So Vee hope peserta dan bloggers semua dapat faham kenapa Vee tak dapat update blog KKK ni. Vee cuba cari masa untuk update tapi kebetulan sebelum Vee kena rompak Vee dah resign dan tukar kerja. Kerja baru Vee pulak sekarang dari pagi sampai ke malam.
Sebenarnya Vee takut nak update secara detail aktiviti Vee sekarang sebab perompak yang rompak Vee tu ada semua detail tentang Vee. Hp dan laptop Vee dirompak, Vee diugut...
Vee sepatutnys terlibat dalam satu projek menerbitkan hasil karya cerpen Vee, tapi disebabkan laptop Vee dirompak, Vee terlepas peluang tu. Semua karya2 Vee dalam laptop. Mungkin bukan rezeki Vee.
Vee akan sentiasa follow update kontes ini dari Pearl. Lagi sekali Vee minta maaf sebab macam lepas tangan tapi Vee memang takde niat untuk lepas tangan. Hope anda dapat faham ye? :(

Thanks a lot pada semua peserta yang sudi join kontes ni. Dan thanks a lot pada bloggers yang ada hantar msg pada Vee di FB minta Vee update dan publish new cerpen. Vee akan update bila ada kelapangan, okay? Cuma sekarang agak sukar sebab Vee tak dapat online. Vee bukan bekerja di ofis lagi dan takde laptop, memang tak dapat update dan even sekarang Vee terpaksa pinjam laptop kawan untuk update entry ni dan nak follow progress kontes ni. Thanks a lot to Pearl, juri2, peserta, pengundi dan bloggers semua.

Good luck kepada peserta. Okay? Mwah!

With Love,
Juliana VIolet.

Thursday, April 14, 2011

kemaskini: Senarai Penulis dan Cerpen

Hi semua..
Hari ni dah 15/04/11. Baki 5 hari lagi untuk bertungkus lumus mengangkat cerpen korang menjadi juara di Kisahklasikita. Terus berjuang okey.

Di bawah ini merupakan senarai cerpen yang dipertandingkan. 34 buah cerpen semuanya. Kepada para pengundi, klik je mana2 cerpen pilihan korang dan selamat membaca dan mengundi. Ingat perkataan 'Undi' atau 'Vote' itu sangat penting. Selamat mengundi. Hehehe

Kepada para peserta, terus meraih undi daripada kroni2 korang k :)


Nota:
Selamat membaca juga kepada para juri :)

~> Dearie Pearls, gadis 'misteri' yang sentiasa penuh dengan 'cinta' di dalam hidupnya.
~> Aku Linglung, penyokong setia Real Madrid dan gemar menonton perlawanan bola sepak bersama mak Munah.
~> Eddie Dewanaga, Raja Naga dari JB yang sentiasa 'cool' dan gemar bersenandung &
~> Hiro yang gemar menonton filem yang diperkotak-katikkan oleh 'member' beliau.

yang gembira,

Wednesday, April 13, 2011

lagi2 update penting

hi..
selamat tengah malam semua.
hehehe..
ini entri untuk menutup tirai Kontes 99 Hari Kisah Klasik Kita. Penyertaan telah ditutup dan terbuka untuk menerima undian2 sahaja.

Ooo ya.. ini penting kepada para peserta cerpen dan juga yang mengundi cerpen pilihan supaya menaip perkataan 'vote' atau 'undi' untuk cerpen yang kalian sukai. kalau 'like' tak dikira sebagai undi tau. ini sangat penting. kepada peserta, sila war2kan kepada penyokong tegar korang k.

secara ringkasnya;

♥ Hadiah kepada pemenang :
~> Tempat pertama - Wang tunai berjumlah MYR 100
~> Tempat kedua - Wang tunai berjumlah MYR 60
~> Tempat ketiga - Wang tunai berjumlah MYR 40


♥ Buku Indie "Sperma Cinta" karya daripada "Linglung" akan diberikan kepada "Top 10"

♥ Pengiraan markah :
~> 70% juri - 30% bloggers.


Untuk lebih lanjut boleh rujuk di SINI dan ada beberapa syarat yang telah dipinda kerana beberapa kesulitan yang tak dapat dielakkan. Misalnya tarikh untuk mengumumkan nama pemenang akan diumumkan ke satu tarikh yang akan diumumkan sendiri oleh Vee sebagai penganjur kontes ini (berapa banyak perkataan 'umum' dah).

Vee memohon maaf kerana dek kesibukan yang sukar untuk diatasi, dia xleh nak mengemaskini blog KKK ini. tapi Vee sentiasa bertanya mengenai perkembangan blog ini. Cian Vee..

Kepada Vee, jaga kesihatan tau. jaga makan minum segala. kami sini sedang sibuk berkempen. Hehehe..

Ok, tu jelah kut.

Paling penting, ingat perkataan 'VOTE' atau 'UNDI' tu.

Selamat Maju Jaya semua!


yang suka perkataan 'UNDI',

Tuesday, April 12, 2011

jom berkempen di kisahklasikita

hi semua...
selamat petang..
makan dah ke? heeeeee
lagi beberapa jam kontes ini akan berakhir. kepada yang berani, sila perah minda anda untuk menyahut cabaran kontes ini.

dalam beberapa hari ini, kisahklasikkita menerima banyak undian daripada bloggers. hebat sungguh cara promosi para peserta. teruskan usaha korang k. dalam minggu ini akan diupdate jumlah undian untuk setiap cerpen. sabar menanti k.

sambutan untuk kontes ini sangat memuaskan dan terima kasih tak terhingga kepada para peserta yang berusaha memerah minda menghasilkan cerpen dengan jalan cerita yang pelbagai. kreatif ya amat!

kepada para pembaca cerpen, undilah cerpen pilihan anda. jalankan tanggungjawab anda. hahaha.. pilihanraya di kisahklasikita sedang berlangsung. hehehe...

ok, kepada para peserta, teruskan 'meraih undi' k. lagi lapan (8) hari untuk anda memenangi hati para pembaca. selamat 'berkempen'.


yang rajin mengupdate blog kisahklasikita,

Monday, April 11, 2011

update penting kepada semua peserta kontes

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua warga blogger terutamanya para peserta kontes 99 Hari Kisah Klasik Kita. Seperti yang kita tahu (cheewah..), tarikh tutup penyertaan untuk kontes ini ialah pada 120411 iaitu esok. Walau bagaimanapun, tempoh untuk para peserta meraih undi (mcm pilihanraya lah pulak) dilanjutkan sehingga 200411. Jadi, dalam tempoh tersebut, silalah promote cerpen korang sehabis baik tau. ada seminggu lebih tu.

Dalam tempoh 3 hari ada 6 buah cerpen yang published:


..dan pihak penganjur kontes serta kru-kru belakang tabir (haha) memohon maaf atas kelewatan cerpen korang dipublish. Minta maaf banyak-banyak tau.

Dan kepada penulis cerpen Pencinta Si Power Ranger, tolong tinggalkan link anda k. Tak dapatlah saya nak meng'link' nama anda di cerpen itu. Maaf atas kesulitan ini.

Selamat mempromosi cerpen dan selamat maju jaya.


ditaip oleh,

bp Dearie Pearls

99 Hari Kisah Klasik "areleaf" : Cinta 60-an



Remy duduk bersandar di atas tangga kayu rumah kampung tersebut sambil memandang langit yang terbentang luas. Malam itu sungguh sunyi sehingga degupan jantungnya pon boleh didengari. Malam ini sudah masuk malam ke 60 dia terperangkap dalam kampung di bandaraya Kuala Lumpur itu. Terperangkap dalam tahun 1968!

Dua bulan lepas dia mengalami peristiwa yang benar-benar mengubah hidupnya. Tidak disangka satu kemalangan kecil telah membawa dia ke sini,tempat paling mustahil dalam logik akal manusia. Dia masih ingat apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta lain semasa sedang menunggang di Bukit Bintang. Kesan pelanggaran itu menyebabkan dia tidak sedarkan diri dan tiba-tiba dia sudah berada di sini. Masih di Kuala Lumpur tapi pada zaman yang berbeza.

"Jauh termenung nampaknya",satu suara dari luar rumah menganggu lamunan Remy.

Dia menoleh dan melihat Pak Mad sedang berdiri sambil tersenyum memandangnya. Pak Mad merupakan insan yang paling banyak berjasa kepadanya sepanjang dia terperangkap di sini. Pak Mad yang bekerja membawa teksi jugalah orang pertama yang mula-mula menemuinya ketika dia terbaring tidak sedarkan diri di hadapan Federal Hotel.Kini insan itu sanggup pula menumpangkan Remy di rumahnya.

"Baru pulang Pak Mad?Banyak dapat penumpang hari ni?",tanya Remy cuba mengalihkan topik. Dia tidak mahu orang tua itu dapat menduga resah di hatinya.

"Adalah sikit Remy,sejak Radio Televisyen tu pindah ke Angkasapuri sana,dah makin kurang orang yang naik teksi. Tak macam masa kat jalan Ampang dulu",jawab Pak Mad sambil membasuh kaki dengan air dari tempayan di tepi tangga.

Remy tersedar yang sepanjang dia berada di zaman ini,banyak perkara bersejarah berlaku di depan matanya. Radio Televisyen masih tidak dikenali dengan nama RTM dan baru sahaja dipindahkan ke Angkasapuri dari Jalan Ampang,duit syiling 50 sen baru diperkenalkan tahun itu dan dapat menonton filem Anak Bapak lakonan Tan Sri P.Ramlee di panggung wayang.

Zaman itu telah membuka matanya pada benda yang dilupakan pada tahun 2011. Kesusahan rakyat pada era pasca merdeka,kesungguhan kerajaan membanteras pengaruh komunis dengan melakukan insurgensi dan bermacam perkara lagi yang tidak pernah difikirkan olehnya sebelum ini.

Malah zaman itu juga telah mengetuk pintu hatinya,oleh seorang gadis bernama Aisyah. Aisyah merupakan anak bongsu kepada Pak Mad,seorang gadis manis mempunyai mata yang redup dan senyuman yang memukau. Walaupon baru berusia 18 tahun,dia kelihatan matang bila berbicara.

Remy masih ingat apabila saat pertama bertentang mata dengan Aisyah,tubuhnya menjadi kaku dan hatinya berdetik sesuatu,seolah-olah mendapat isyarat dari langit. Gadis di depan matanya itu sungguh mempesonakan. Pada zaman dia datang susah untuk melihat gadis melayu yang kecantikannya masih terpelihara dari sebarang alat solekan seperti Aisyah.

"Abang nak makan apa tengahari nanti? Boleh Aisyah masakkan.",tanya suara halus itu kepada Remy pada satu pagi.

"Hari ni Aisyah tak payah masak la,kita pergi makan kat Sushi King je. Abang tiba-tiba teringin pulak nak makan sushi",jawab Remy dan selepas melihat Aisyah memandangnya pelik,Remy menepuk dahinya.

Remy baru tersedar yang jangan kata Sushi King,nasi goreng USA pun belum tentu wujud lagi pada tahun 1968. Remy terasa dirinya berkelakuan seperti orang bodoh di hadapan Aisyah. Dia menggaru kepalanya dan menundukkan muka ke lantai.

"Aisyah masak je la apa-apa pun. Lagipun semua benda jadi sedap kat tangan Aisyah.",kata Remy sambil memandang ke lantai.

"Alah Abang Remy ni,tahulah Aisyah tak pandai masak,saje nak perli kan?",jawab Aisyah sambil mencebikkan bibir dan berlalu ke dapur.

Sejujurnya Remy rasa senang dengan gadis itu. Aisyah memberikan dia seribu perasaan yang tak pernah dirasainya pada tahun 2011. Namun Remy sedar,susah untuk dia zahirkan apa yang dia rasakan kerana status tunangan orang yang dipikulnya. Tambahan pula mereka berdua hidup pada era yang berbeza. Pagi itu,Remy mengeluh sendirian.

Sepanjang berada di zaman itu,ada sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Remy iaitu mengusik sejarah. Kalau diikutkan hatinya,mahu sahaja dia pergi berjumpa ibunya yang mungkin pada masa itu masih berusia belasan tahun atau menatap wajah arwah ayahnya yang sangat dirindukan setiap masa.

Tapi Remy sedar dia tiada hak untuk mengusik sejarah. Masa itu milik Tuhan dan hanya Tuhan sahaja layak merencanakannya. Jika masa itu permainan manusia,dia sedar manusia hanya akan merosakkannya. Oleh sebab itu,dia cuba menyembunyikan identitinya,dia tidak mahu ada sesiapa yang tahu dia datang dari masa depan.

Kepada Pak Mad,dia membuat cerita yang dia merupakan seorang anak yatim piatu dan datang merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Setiap kali Aisyah bertanyakan tentang dirinya pula,Remy cermat menyusun cerita supaya tiada yang janggal pada fikiran Aisyah. Namun Remy tahu Aisyah dapat menghidu sesuatu. Gadis itu terlalu bijaksana untuk ditipu.

Hari ini sudah masuk hari ke 73 Remy berada dalam tahun 1968. Dia semakin buntu dan keliru. Hari-harinya banyak dihabiskan dengan berfikir untuk mencari jalan pulang. Bukanlah dia tidak betah menjalani kehidupan pada zaman itu malah sejujurnya dia amat selesa berada di situ.

Kuala Lumpur masih sebuah bandar yang tenang. Hiruk-pikuk kotaraya tidak tergambar langsung di sini. Remy tersenyum sendirian apabila memikirkan yang pada tahun 1968 dia masih boleh berbaring di tengah jalanraya pada waktu malam,kalau dibuatnya juga perkara itu pada tahun 2011 mungkin sudah lama tubuhnya ditutup dengan suratkhabar.

Namun hendak tak hendak,Remy harus juga mencari jalan pulang ke tahun 2011. Dia masih mempunyai keluarga dan tunang di sana. Hati Remy makin tidak keruan bila dia menyedari yang mungkin ibunya merasa amat risau akan kehilangannya. Tunangnya,Sofea pula pasti tercari-cari kelibatnya. Remy khuatir Sofea akan menyangka dia sengaja menghilangkan diri.

"Abang Remy! Abang Remy!",satu panggilan mengejutkan Remy dari permainan fikiran. Remy automatik tersenyum apabila melihat Aisyah sedang berlari anak ke arahnya sambil membawa sebiji gitar.

"Abang Remy tahu main gitar?",soal gadis itu dengan senyuman manis. Di wajahnya penuh dengan harapan.

"Tak tahu la,Abang Remy buta seni",jawab Remy cuba mengusik Aisyah.

"Jangan nak borak la,Aisyah tahu Abang Remy mesti tahu bukan? Main la,Aisyah teringin nak mendengar Abang Remy menyanyi",rayu gadis itu lagi sambil menghulurkan gitar padanya.

Lagu Berjuta Batu nyanyian kumpulan Alleycats dimainkan oleh Remy pada petang itu. Sedikit sebanyak dapat juga dia menghiburkan hatinya yang sedang lara. Beberapa orang kanak-kanak yang sedang asyik bermain konda kondi terhenti saat mendengar nyanyian Remy. Lagu seperti itu masih lagi asing pada telinga mereka.

"Nah,tak boleh banyak-banyak nanti hujan. Ni gitar sape ni?",kata Remy sambil menghulurkan gitar kepada Aisyah selepas menghabiskan nyanyiannya.

"Abang Remy ni jual mahal tau! Lagu yang Abang Remy nyanyi tu sedap,Aisyah tak pernah dengar lagu macam ni. Tu gitar Aru..",jawab Aisyah sambil menuding jari ke arah seorang pemuda india belasan tahun yang sedang tersengih pada mereka.

"Bang,saya banyak suka lagu tadi. Abang buat sendiri?",tanya Aru sambil mencapai gitarnya yang dihulurkan oleh Aisyah.

"Ehh,tak la,tu lagu orang lain,abang nyanyikan je",jawab Remy sambil melipat kaki seluarnya.

"Satu hari nanti saya pun nak jadi penyanyi terkenal. Bikin album.",kata Aru tersenyum sambil meninggalkan Remy dan Aisyah.

Apabila Remy melihat Aru dari belakang,hati Remy terhenti seketika. Dia baru terperasan sesuatu tentang Aru. Raut wajahnya,fesyen rambutnya mengingatkan Remy kepada seseorang.

Harap-harap budak india ni bukan David Arumugam,kalau tak habis laa,bisik hati Remy.

"Abang,Aisyah tanya sikit boleh?",kata Aisyah sambil membuang daun yang terjatuh ke atas kepalanya sambil Remy melunjurkan kakinya di atas pangkin.

Remy tersenyum sambil menganggukkan kepala. Dia tahu Aisyah pasti hendak bertanyakan tentang asal usul dirinya. Remy menanti soalan dari Aisyah sambil melemparkan pandangan ke arah suasana sekitar. Aman dan damai.

"Boleh Aisyah tahu di mana kampung Abang Remy? Baju Abang Remy selalu pakai pun tak sama macam orang lain",tanya gadis bermata bulat itu.

Dalam pelanggaran 73 hari yang lalu,Remy turut membawa sebuah beg berisi pakaian yang digalasnya semasa menunggang motosikal. Bukan sahaja pakaian,malah botol berisi duit syiling hasil tabungannya juga turut berada dalam beg tersebut. Dengan duit syiling itu jugalah Remy menyara diri sepanjang dia berada di zaman tersebut. Walaupon tidak melebihi RM300,ia masih merupakan satu jumlah yang besar pada tahun 1968.

"Jauh.",Remy membalas ringkas.

"Tahulah jauh tapi jauh macam mana?Perlis?",soal Aisyah selepas tidak berpuas hati dengan jawapan Remy.

"Lagi jauh dari Perlis,entah-entah makan masa seribu tahun cahaya nak ke sana",jawab Remy dan bangun dari pangkin. Dia bersandar pada pokok mempelam di sebelah pangkin itu sambil meletakkan kedua tangannya di belakang kepala.

"Tahun cahaya tu apa? Abang Remy ni suka cakap ayat pelik-pelik!",Aisyah mula memuncungkan bibirnya.

Remy mengerutkan dahinya,timbul rasa menyesal dalam hati kerana mengeluarkan perkataan yang tidak mungkin boleh difahami dengan mudah.

"Err..suatu hari nanti Aisyah akan faham",jawab Remy sambil merenung mata Aisyah.

Baru sahaja Aisyah mahu membuka mulutnya,mereka berdua dikejutkan dengan ngauman enjin motosikal yang memekakkan telinga. Di atas jalan tidak jauh daripada mereka,seorang pemuda sedang menunggang sebiji vespa dengan melakukan aksi "Superman".

"Pehh!!Zaman ni pun dah ada mat rempit?",kata Remy sedikit kuat.

"Mat rempit? Itu bukan mat rempit la abang,itu Jamal,anak tuan rumah. Dia tu kacang hantu kat sini.",jawab Aisyah sambil membuat muka menyampah.

Mendengar jawapan Aisyah,Remy tidak dapat menahan ketawanya. Petang itu Remy ketawa terbahak-bahak dan melupakan seketika kemelut yang melanda dirinya.

Dalam usaha untuk balik ke masa depan,Remy cuba memikirkan cara paling sesuai. Hari demi hari kian berlalu dan Remy mula rasa terdesak. Hubungannya dengan Aisyah semakin rapat dan dia tidak mahu melukakan hati gadis tersebut.

Remy sedar usahanya untuk pulang adalah sangat mustahil tapi dia mesti berikhtiar melakukan sesuatu..Duduk diam bukan pilihan yang betul pada saat itu. Apa yang Remy ingat sebelum pelanggaran yang membawanya ke sini,hari itu merupakan hari yang pelik dengan langit yang berwarna ungu.

Remy yakin langit berwarna ungu itu pasti ada kaitan dengan pelanggaran yang membawanya ke tahun 1968. Dalam filem "Back to future",Marty McFly dan Dr Emmett Brown merantau masa dengan menggunakan sebiji kereta yang mendapat kuasa dari plutonium. Remy sedar mustahil dia boleh mencari kereta seperti itu di Malaysia dan mustahil juga ada orang Malaysia seperti Dr Emmett Brown. Remy semakin buntu.

Malam itu merupakan malam yang ke 98 Remy berada dalam tahun 1968. Sedang dia duduk di atas pangkin sambil melihat keindahan langit ciptaan Tuhan,Aisyah keluar dari rumah dan menuju ke arahnya. Tanpa dipinta,Aisyah duduk di sebelah Remy. Remy sedar sudah tiba masanya dia berterus terang dengan Aisyah.

"Abang tahu Aisyah ingin tahu tentang diri abang dan malam ini abang akan ceritakan semuanya.",kata Remy lembut. Aisyah hanya mengangguk perlahan.

"Abang datang dari masa hadapan,pada tahun 2011. Abang tahu mungkin perkara ini nampak mengarut tapi percayalah abang bercakap benar. Abang tidak tahu bagaimana abang boleh terperangkap di sini tapi abang percaya semua ada hikmahnya.",jelas Remy sambil menghela nafas panjang.

Riak muka Aisyah kelihatan terkejut dan selepas agak lama berdiam,Aisyah mula bersuara,"Aisyah percaya semua cerita abang tapi kenapa baru sekarang abang ceritakan pada Aisyah?"

"Mungkin dah tiba masanya abang terpaksa terima kenyataan yang sampai sudah pun abang takkan mampu pulang. Abang harap Aisyah dapat bantu abang menyesuaikan diri di sini. Boleh terima abang?",tanya Remy sambil memegang dadanya.

"Usah kata 2011,kalau abang dari tahun 1911 pun Aisyah terima seadanya",jawab Aisyah tersenyum malu. Mereka berdua sedar malam itu perasaan mereka berdua mula bersambung dan menguntum.

Esoknya Remy menemani Aisyah membeli sedikit barang di kotaraya Kuala Lumpur. Aisyah yang memakai gaun separas lutut dengan corak polka dot kelihatan sangat jelita pada petang itu. Remy yang memakai kemeja kotak dengan seluar jeans corduroy pula kelihatan sangat bahagia di samping Aisyah.

"Abang,ceritalah tentang tahun 2011,Aisyah teringin nak tahu",kata Aisyah tiba-tiba semasa mereka melewati Federal Hotel. Langkah Remy terhenti.

"Cukuplah Aisyah tahu yang Malaysia pada tahun 2011 punya segalanya tapi masih tak punya apa-apa.",jawab Remy sambil tersenyum manis.

"Abang Remy selalu cakap ayat buat Aisyah tak faham!",rajuk Aisyah sambil melintas jalan seorang diri.

Remy tersengih melihat gelagat Aisyah. Dia melihat jam di tangan,sudah masuk pukul 5.13 petang dan Remy tiba-tiba terkejut. Bagaimana dia boleh terlupa yang 13hb Mei 1969 masih berada di hadapan!

"Aisyah!Ada sesuatu Aisyah perlu tahu tentang 13hb!",jerit Remy pada Aisyah yang sudah berada di seberang jalan. Deruman enjin kereta menyebabkan Aisyah tidak dapat mendengar jeritan Remy. Remy berlari melintas jalan sambil menjerit.

"Kita kena hati-hati dengan 13hb..",belum sempat Remy menghabiskan ayatnya,dia terperasan sesuatu. Langit yang berwarna ungu! Tiba-tiba muncul sebiji kereta dengan laju dan melanggar Remy sehingga rebah. Pandangan Remy menjadi hitam.

Apabila Remy tersedar dia sudah berada di katil hospital. Apabila melihat muka ibunya,perasaan Remy bercampur-campur,gembira kerana tahu yang dia sudah berjaya kembali ke masa depan dan pada masa yang sama dia juga merasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Aisyah di tahun 1968.

Hati Remy menjadi semakin tidak keruan apabila mendapat tahu tunangnya Sofea sudah menjadi isteri orang. 99 hari dia tiada dan hanya 99 hari penentu cintanya tapi dia tidak membenci Sofea. Dia sedar dia sendiri belum tentu dapat bertahan jika berada dalam posisi Sofea.

Tanpa diduga dia terluka dalam dua zaman yang berbeza.

Beberapa minggu selepas itu,Remy kelihatan duduk termenung di hadapan Federal Hotel. Bermacam-macam perkara bermain di fikirannya,tentang Aisyah,tentang tahun 1968 dan hidupnya. Remy rela jika dapat kembali semula ke sana.

"Assalamualaikum. Encik ni Remy Fitri kan?",tanya seorang gadis cantik yang mendekatinya tiba-tiba.

Remy cuba mengingati wajah gadis itu,kelihatan seperti pernah dilihat tapi Remy sudah terlupa siapa. Remy mengangguk dengan seribu persoalan.

"Sudah lama saya cari Encik Remy,sebelum arwah nenek saya pergi dia memberikan amanah kepada saya untuk menyerahkan surat ini kepada Encik Remy",kata gadis itu sambil menyerahkan sekeping surat.

Perlahan-lahan surat itu dibuka dan dibacanya dengan teliti.


Berjuta tahun cahaya kita terpisah,
Masa depan menjadi resah,
Masa silam menjadi kisah,
Berjuta tahun cahaya dikau melayang,
Hanya masa jadi penghalang,
Cinta tetap tidak menghilang,
Adakah cinta mengubah sejarah,
Atau sejarah mengubah cinta,
Jika takdir penentu segalanya,
Cerita kita daku harapkan,
Kisah klasik untuk masa depan.

Aisyah



Remy melipat helaian kertas itu dengan perasaan sebak. Dia tahu demi masa,sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Dia memandang gadis cantik yang memberikan surat kepadanya tadi dan perlahan Remy bersuara.


"Suka makan Sushi?"



Tammat




~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Hasil Karya : areleaf
Untuk mengundi cerpen areleaf, sila tinggalkan komen undian anda pada kotak komen di bawah.

***undian dari anonymous tidak dikira.

Good luck
areleaf!
! (^^,)♥

With Love,
Juliana Violet

99 Hari Kisah Klasik "eiffel" : Wasiat Lelaki Sejati

Amirul tersentap dengan berita yang didengarnya. Fail yang tadi dalam genggamannya terlepas jatuh ke lantai. Badannya hilang daya imbangan, lalu dia terjelepok ke tanah.  Nafasnya hampir tersekat, jantungnya seolah terhenti berdetak. Perasaannya kosong sukar untuk percaya. Fikirannya makin bercelaru. Serasanya baru semalam  tragedi  itu berlaku. Tragedi yang membuatkan dia merajuk dengan keluarganya lalu melarikan diri sejauh mungkin tanpa sebarang perkhabaran. Terkenangkan tragedi  itu, mindanya mula mengimbau kenangan manis dan pahit datang silih berganti.


Tak kan terganti segenap memori…
Tak kan terpadam seluruh kenangan...


Sedang enak Amirul berbaring di sofa…

“Mirul, kami ada hal sikit nak cakap dengan kamu.” Pak Din, ayah Amirul memulakan bicara.
“Macam serius je. Hal apa, yah?” tanya Amirul. Amirul bingkas bangkit dari permbaringan dan duduk menghadap ayahnya.
“Kamu kenal Ayu, anak Pak Man Yok?” tanya Pak Din.
“Ayu? Kalau Ayu, Mirul tak kenal. Tapi kalau Lisa tuh, Mirul tau lah.” jawab Amirul jujur.
“Hah, Lisa?? Bila masa pula Pak Man Yok ada anak nama Lisa?” tanya ayah Amirul kembali.
“Jangan-jangan Lisa yang kamu kata tu Ayu tak? Cer citer sikit Lisa tu macam mana?” emak Amirul pula menyampuk.
“Er…kalau tak silap yang muka ala-ala Lisa Suriani tu!” jawab Amirul.
“Hah, yang itulah Ayu! Memandai kamu aje tukar nama dia jadi Lisa.” kata emak Amirul.
“Entah kau ni! Orang kata, biar tak pandai, jangan memandai-mandai!” kata akak Amirul yg datang mengangkat dulang berisi teko teh panas dan beberapa cawan serta piring kecil.
“Manalah Mirul tahu. Dah si Jibab dok panggil-panggil Lisa.” Amirul cuba mempertahankan diri.
“Kamu dengarlah si Jibab tu gebang.” akak Amirul bersuara lagi.
“Macam ni, mak dan ayah dah berbincang dengan keluarga Pak Man Yok.  Nak satukan kamu dengan anaknya,si Ayu. Kamu pulak macam mana? Setuju ke?” tanya ayah Amirul lagi.
“Kalau dengan Ayu yang macam Lisa Surihani tu, bolehlah Mak.” jawab Amirul sambil tersenyum-senyum.
“Hish, budak ni.” emaknya meningkah.

“Mirul, kahwin bukan satu perkara yang mudah yang boleh dibawa main. Banyak tanggungjawabnya. Terutama kita ni lelaki. Ingat, lelaki dipertanggung jawabkan empat perempuan, iaitu mak, kakak dan adik-adik kamu,  pabila ayah sudah tiada, kemudian barulah isteri dan anak kamu kelak. Lelaki yang sejati, adalah lelaki yang bukan sahaja menjaga keluarga, malah menjaga maruah keluarga dan dirinya dengan penuh rasa tanggungjawab. Ayah juga ada sebab kenapa ayah pilih dia sebagai calon menantu. Satu-satunya menantu perempuan keluarga kita.” ujar Pak Din serius dan panjang lebar.

Amirul diam dan mengangguk-angguk mendengar tarbiah ayahnya. Manakala emaknya disebelah hanya mengangguk menyokong kata suaminya. Pak Din diam dan kemudiannya menyambung.

“Ayah tak nak kamu tersalah pilih. Hanya kamu waris lelaki keluarga kita. Jadi, hanya kamu seorang sahaja tempat kami letakkan segala harapan dan amanah ini.” Amirul menarik nafas sedalamnya lalu menghembuskan perlahan-lahan.

“Dengar kata ayah tu,lagi pun tak payah sangat nak bercinta-cinta ni. Cinta tak selalu bersama jodoh, tapi jodoh itu bersama cinta.” emak Amirul mula bermadah-madah.

 Permintaan yang mulanya kedengaran seperti guraan menjadi terlalu berat. Amirul tunduk diam sambil mencerna kata-kata ayahnya. Kopi yang terhidang di atas meja dihirup seteguk demi seteguk walaupun kopi itu sudah sejuk. Perlahan-lahan ingin dinikmatinya. Kemudian diletak semula cangkir tersebut.

“Mirul tak dapat nak bagi jawapannya sekarang, yah. Mirul rasa, ada lebih baik jika Mirul jumpa dan bincang dengan dia dulu. Kemudian, barulah Mirul bagi jawapan.” jawab Amirul secara serius juga.

“Hah, iyelah. Tapi jangan lama sangat” Pak Din mengingatkan Amirul.


Tak kenal maka tak cinta…


Hari ini, Amirul yang cuti datang membantu gerai emaknya. Dia berniat ingin berjumpa dengan Ayu sehabis waktu perniagaan emaknya. Tiba-tiba emaknya yang tadi hanya duduk didapur, keluar menjemput seorang pelanggan.
“Hah… Ayu, sorang aje? Mak kamu mana?” tegur mak Amirul kepada pelanggan tersebut.
“A’ah mak cik. Sorang je. Mak suruh hantarkan ini ” Ayu menunjukkan seplastik ikan pekasam lalu plastik itu bertukar tangan.
“Eloklah kamu datang pun, Mirul ada tu. Miruullll….”  kata emak Amirul.
“Ya mak!” sahut Amirul.
“Ni ayu datang ni.” jawab emak Amirul.
“Hai…” tegur Amirul dan terkesima melihat wajah Ayu yang ayu. Rupanya memang mirip seperti Lisa Suriani.
“Hai…” balas Ayu sambil tersenyum.
“Cantik!” Puji Amirul. Selama ini dia tak pernah ambil pusing akan gadis yang ada di kampung mereka.  Amirul terpaku seketika.
“Apa?” tanya Ayu kurang jelas dengan tutur Amirul.
“Erm…tak, tak de!Duduklah.”  kata Amirul lagi sedikit keseganan. Ayu turut dan hanya tunduk dan tersenyum.
“Er, aku ada hal sikit nak bincang dengan kau.” kata Amirul yang cuba untuk bertenang.
“Hal apa?” tanya Ayu tidak faham.
“Aku ni jenis straight-to the-point. Hurm…er…kau dah ada balak? ”
“Hah?” Ayu terkejut dengan soalan Amirul yang telus.
“Boyfriend?” Amirul cuba untuk memberikan maksud kata-katanya tadi.
“Oh, tak adalah.” jawab Ayu.
“Er… aku… bukan apa. Kau tahu tak pasal hal parent kita nak satukan kita?”
“Yeah.”
“Hurm… itu sebab aku tanya kau. Manalah tahu, kau dah ada balak ke. Nanti, tak memasal je korang brake up. Lepas tu mulalah nak salahkan aku… aku macam ni, macam ni. ” Amirul cuba untuk membiasakan diri.
“Eh, tak adalah. Saya mana ada balak. Saya still single lagi.” jawab Ayu memalu sambil senyum nipis.


Sepulang di rumah, Amirul memberitahu hasil perbincangannya dengan Ayu.

“Mak, ayah. Kalau mak dan ayah rasa, Ayu tu, calon yang terbaik untuk Mirul. Mirul ikutkan aje.” jawab Amirul tenang dan cuba beralas. Seboleh-boleh dia tak mahu kelihatan meminati Ayu. Dia mahu kelihatan cool.
“Betul ke, Mirul? Alhamdulillah. Kalau macam tu, dalam bulan depan kita hantar rombongan masuk meminang ke rumah Pak Man Yok, bertunang sekali. Lepas tiga bulan terus nikah!” kata emak Amirul kerana keterujaan yang amat.
“Haih, cepatnya!” Amirul terkejut.
“Cepat apanya? Kamu nak bertunang lagi sebulan, kahwin lagi tiga bulan. Lagi pun, buat apa nak lama-lama. Kan tak elok! Keluarga mereka pun dah bersetuju. Kan lebih elok, berkahwin dulu sebelum bercinta.”
“Iyela, tapi mak tak rasa macam tergesa-gese je ke?” tanya Amirul.
“Tak adalah. Selalu je orang ikat tiga bulan. Nanti kamu pergilah jumpa dengan Ayu, bagitau dia sambil tu boleh kenal-kenal dengan dia.”
“Iyeke? Hurm…don’t worry, mak! Ayu punya pasal, petang ni jugak Mirul jumpa dia!” kata Amirul bersemangat sambil tersenyum nakal.
“Gatal!” kata kakak Amirul menyampuk lagi sambil membaling kusyen yang dipeluknya ke muka Amirul.




Ayu dan Amirul semakin rapat. Mereka kerap menghabiskan masa bersama. Terutamanya hujung minggu. Sambil mereka sibuk membuat persiapan majlis perkahwinan, sambil mereka cuba untuk mengenali antara satu sama lain. Setelah mereka membeli barang, Amirul menghantar Ayu sehingga depan rumah. Kemudian dia terus pulang ke rumah.

Setelah membersihkan diri, dia berbaring di atas katil bujangnya. Penatnya bukan kepalang, bayangkan ingin membeli set barang kemas sahaja mengambil masa sehari suntuk. Dari pagi hingga lewat petang bermula dengan kedai emas Habibah sehinggalah ke kedai Poh Kang. Satu pun Ayu tidak berkenan. Akhirnya, mereka berbalik semula ke kedai Habibah setelah di pujuk oleh Amirul.

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Anuar Zain – Sedetik Lebih


Tiba-tiba Amirul teringatkan Ayu, dia tersenyum. Baru balik ber-dating, sudah terasa rindu. Dicapainya telefon bimbit cap Cokia, mendail nombor Ayu.

Tutt Tutt Tutt…
Tutt Tutt Tutt…**telefon tidak di angkat.

Amirul sedikit hampa.

‘Dah tertidur kot. Penat sangat agaknya. Tak apalah.’ Amirul cuba untuk memujuk hatinya.


Emak dan kakak Amirul sibuk menggubah barang hantaran. Tinggal tak sampai sebulan saja lagi majlis perkahwinan Amirul. Emaknya-lah yang paling gembira sangat. Tak habis-habis memuji-muji bakal menantunya secantik Lisa Suriani, sudahlah berpelajaran, sopan pula tu. Mak mertua manalah yang tak gembira.

Amirul hanya duduk melihat mereka yang tekun menggubah.
“Tak keluar ke Mirul?” tanya emak Amirul sambil tangannya ligat mengubah hantaran.
“Taklah, mak. Ayu kata nak siapkan barang hantaran. Lagipun dah dekat Maghrib pun. Ayu tak suka keluar malam-malam.” jawab Amirul.
“Baguslah tu. Mak suka sangat dengan Ayu tu, Mirul. Baik budaknya.” kata emak Amirul sambil tersenyum.


“Assalamualaikum.” satu suara dari luar rumah memecahkan kesunyian.
“Wa’alaikummussalam.” jawab emak Amirul.
“Apa khabar, mak cik? Sihat?” muka Jibab tersembul dimuka pintu yang tidak bertutup.
“Sihat. Masuklah Jibab! Ni Mirul ada ni hah.” kata emak Amirul sambil masuk ke dapur.
“Ye, mak cik. Tak yah lah susah-susah mak cik. Kami datang ni pun, sekejap je.”
“Hah, asal ko tersengih-sengih ni?”
“Hehe. Mirul, lepak Pekan Lama jom!” pelawa Jibab ke warung tempat mereka sering melepak di malam minggu.
“Malaslah.” jawab Amirul acuh-tak-acuh.
“Alaaa… mentang-mentang dah ada tunang. Asyik berkepit dengan Ayu. Sombong je dengan kita orang.”
“Aku penatlah.” Amirul cuba berdalih.
“Jomlah. Kau pun dah lama tak join. Apit pun ada, tau. Jomlah.” pujuk Jibab.
“Aku nak rehatlah, Jibab.” jawab Amirul memberi alasan.
“Betul kau tak ikut ni?” tanya Jibab lagi.
“Tak apalah. Kau pergilah.” kata Amirul.


Amirul berkhayal dia menari bergolek-golek di taman dengan Ayu ketika menonton hindustan yang dipasang oleh kakaknya, namun kakaknya sudah tertidur dan enak dibuai mimpi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dan bergetar. Panggilan dari Jibab.
‘Potong stim betullah.’ getus Amirul. Tapi Amirul membiarkan seperti angin lalu. Malas dia hendak melayan kerenah sahabatnya.

Tutt Tutt…**bunyi mesej pula yang masuk

‘Kau kena datang sini sekarang! URGENT!’

Amirul ragu-ragu, antara ingin keluar atau tidak. Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Dalam keterpaksaan bercampur ingin tahu, akhirnya dia pergi juga berjumpa dengan Jibab di Pekan Lama.


“Apa benda yang urgent sangat tu?” tanya Amirul sebaik sampai di warung Pekan Lama.
“Kita orang nak tanya kau sikit, boleh?” tanya Apit yang duduk di sebelah Jibab.
“Apa?” tanya Amirul malas.
“Kau betul ke nak kahwin dengan Ayu anak Pak Man Yok?” tanya Apit.
“Ha’ah. Asal?” tanya Amirul curiga dengan pertanyaan kawannya.
“Erm…aku rasa, kau dah buat pilihan yang salah.” jawab Apit mula memberi hint sesuatu.
“Apa maksud kau ni? Aku tak fahamlah.” tanya Amirul semakin tidak sedap hati.
“Tadi kita orang nampak Ayu ‘main dalam kereta’ dengan jantan mana entah.” sampuk Jibab yang tidak sabar dengan kata-kata Apit.
“Apa????” tersentak Amirul mendengarnya. Berderau darahnya, namun dia cuba mengawal.
“Betul, wey!” Apit menyokong kata-kata Jibab.
“Kalau korang ni kawan aku, tolong jangan buat fitnah pasal dia!” Amirul memberi amaran. Nafasnya kuat kedengaran, jelas dia sedang menahan amarah.
“Sumpah wey. Kita orang nampak dengan mata kepala kita orang sendiri!” Jibab sudah mula bersumpah.
“Hey, Jibab! Tutup mulut kau tu sebelum pecah aku hempuk! Kau ingat aku tak tahu, kau ada hati dengan dia? Bila kau tak dapat, lepas tu kau buruk-burukan dia! Kau saja je, kan!” tengking Amirul. Pantang benar dia pabila mendengar kekasih hatinya diburuk-burukan.
“Mirul, kau cakap elok sikit…” Jibab sudah mula berangin.
“Apa??? Kau tu yang patut cakap elok sikit! Betulkan, kau ada hati dengan dia?” tanya Amirul tidak berpuas hati.
“Jibab?” tanya Apit dan berpaling ke Jibab.
“Okey, fine. Memang aku ada hati dengan dia, tapi tu dulu! Aku tak tergamaklah nak tikam member aku!” kata Jibab.
“Pandai betul kau berlakon, kan! Kau tak payahlah. Macam ni kau kata member? Lebih baik aku tak payah ada member-lah!” kata Amirul sambil terus berlalu.
“Aku pun tak heranlah, bacul!” bidas Jibab.
“Apa kau cakap?” Amirul berpaling sambil menggenggam penumbuknya erat-erat. Andai Jibab berani mengulanginya lagi, dia tak berjanji, tangannya masih mampu menahan amarahnya  atau tidak.
“Jibab!!!!” panggil Apit cuba menahan kelancangan mulut Jibab.
“Apaaa??? Eh, aku tak heranlah setakat ada kawan dayus macam ni! Dah tau bakal bini dia ‘beromen’ dengan jantan lain. Buat tak…”
“Bangsat kau!!!!” Amirul tidak mampu bersabar lagi. Dia berlari ke arah Jibab dan…
Bukk!!!**satu tumbukan padu tepat mengenai muka Jibab.
Belum pun habis ayat Jibab, Amirul sudah melabuhkan penumbuk sulungnya. Jibab terjatuh di atas meja makan, oleh kerana meja itu plastik dan boleh dilipat, Jibab terjatuh terus ke atas tanah bersama meja itu.

“Jibab!!! Mirullll… Mirulll…Mirullll….” jerit Apit sambil cuba untuk menahan Amirul dari memukul Jibab lagi.

Tak kenal, maka tak cinta.
Dah kenal, macam celaka.


Amirul hanya memerap di rumah. Dia sengaja mengambil MC hari ini. Bibirnya hampir pecah ditumbuk Jibab tempoh hari. Mereka nyaris ditahan polis, mujurlah mereka sempat melarikan diri. Heboh satu kampung, dia bergaduh dengan Jibab sehingga dikejar polis. Amirul berasa malu dengan keluarga Ayu. Mesej dari Ayu dibiarkan sahaja. Dia runsing dengan apa yang terjadi. Tiba-tiba kedengaran enjin kereta milik ayahnya dihalaman rumah. Terlihat Apit bersama beberapa orang pemuda mengangkat ayahnya.

“Terima kasih, Pit”. kata emak Amirul kepada Apit.
“Apasal ni, mak?” tanya Amirul kaget.
“Ayah kamu pengsan.” jawab emak Amirul yang kelihatan sebak.
“Yela. Kenapa?” tanya Amirul tidak puas hati. Wajah emaknya kelihatan sedih yang teramat. Namun emaknya tidak berkata apa-apa dan terus berlalu ke dapur.
“Ayu kena tangkap basah.” kakaknya menjawab.
“Astagfirllah.”


Amirul berjalan di persisiran pantai. Dia hanya duduk memerhatikan ombak yang ganas menghempas pantai. Di situ dia banyak menghabiskan hari-harinya dengan termenung. Pakai dan makan sudah tidak dipedulikan. Sejak dia insiden itu, dia terus menghilangkan diri dan berjalan ke mana sahaja tanpa arah yang pasti. Dia seolah-olah hilang punca.


Sehari selepas dia mendapat tahu insiden itu, Ayu ada datang berjumpa dengannya.

“Awak, saya nak cakap sikit yang…” tegur Ayu perlahan.
“Pergilah.” kata Amirul  kecewa.
“Saya nak mintak maaf. Saya…terlalu sayangkan dia.” sambung Ayu tanpa dipinta. Dia tidak sanggup lagi berbohong. Kata-kata Ayu membuatkan Amirul terjaga dari lamunan dan kekecewaannya, lalu bertukar menjadi amarah yang penuh kesakitan.

“Apa??? Habis tu kenapa kau setuju dengan permintaan mereka? Kenapa???Kenapa kau tak mengaku dari dulu lagi, tapi kenapa baru hari ini???? Kenapa kau mainkan perasaan akuuu???? Kenapa????? Apa salah aku?????” tengking Amirul seperti hilang kawalan. Dadanya berombak kencang, matannya merah, urat lehernya menjadi tegang namun dia masih cuba mengawal sebak yang terbuku dihatinya. Tidak mungkin dititiskan air mata jantannya di depan perempuan itu.

“Awak…” Ayu berkata perlahan.Dia terkejut dengan rupa Amirul yang sebegitu dan membuatkan dia berasa takut dengan sergahan Amirul yang bertubi-tubi.

“Diam!!! Sebelum aku menjadi laki dayus, lebih baik kau balik! Jangan kau tunjuk muka kau depan aku, walau bayang sekalipun!!!” Amirul memberi amaran.
“Awak…saya…” Ayu tidak mempu lagi meneruskan kata.

“Perggiiiiii…perempuan jalang!” Amirul terus-terusan menghalau Ayu. Ayu kemudian berjalan meninggalkan Amirul tanpa berkata apa-apa lagi.
Sejak semalam, dia hanya diam tanpa berkata sepatah pun kepada sesiapa. Hari ini terluah juga betapa sakitnya kekecewaan yang dialaminya. Perit untuk ditelan satu persatu. Mungkin dia boleh membunuh perasaan sayang yang baru bercambah itu, namun bagaimana hendak dia bersihkan maruah keluarganya yang telah tercemar itu?

Di kala sepi ini
Hatiku terluka lagi
Engkau telah mendustai
Sebuah janji

Oh tak pernah ku menduga
Engkau curang dalam cinta
Budimu yang seindah dulu
Hiasan cuma

Mengapa aku
Dipersalahkan
Mengapa tidak dirimu
Kekasihku...

Dulu bercinta berjanji sumpah setia
Mengapa kini kau dustai

Dulu rindu serindu-rindunya
Kini benci sebencinya
Mahu semahu-mahunya
Malu aku tak malu

Memori Sekuntum Rindu - Spoon





Apit berjaya memujuk Amirul bekerja di bandar lalu meninggalkan momen hitam itu. Amirul terus menghilang sejak insiden itu, dan mengikut Apit tanpa pengetahuan keluarganya. Sengaja dia berbuat begitu.

‘Kalau bukan idea mereka, pasti dia tidak jadi sebegini.’ kata hati Amirul menyalahkan keluarganya.

Setelah beberapa bulan bekerja, Apit mendapat berita dari keluarganya Pak Din iaitu ayah Amirul meninggal dunia kerana strok. Dia diberitahu, sejak insiden itu ayahnya diserang sakit jantung dan kehilangan Amirul juga menjadi salah satu punca ayahnya menjadi strok. Setelah beberapa bulan terlantar di atas katil, Pak Din menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan isterinya, selepas subuh. Apit berlari memberitahu Amirul dan mereka pulang ke kampung pada hari itu juga.

Sepanjang perjalanan, Amirul lebih banyak berdiam diri, dalam diam air matanya hangat mengalir di pipinya. Dia mula berasa kesal dengan apa yang telah dilakukan. Kekesalan yang dirasakan kini tidak berpenghujung. Ingatannya mula mengimbas momen bersama ayahnya. Pesanan, amanah dan wajah ayahnya bermain di benaknya lalu menerbitkan rasa sedih yang teramat. Amanat ayahnya ingin mengahwinkan dia dengan Ayu, tidak dapat direalisasikan. Ayu?
Perempuan itulah yang sanggup memperbodohkan dirinya. Kerana perempuan itu dia kehilangan kawan baiknya, Jibab demi mempertahankan maruah gadis itu. Kerana perempuan itu maruah keluarganya tergadai. Dan kerana perempuan itulah dia kehilangan ayahnya yang sangat dihormati. Kekesalan yang dirasakan itu takkan mati walau nyawanya hilang dari tubuh itu.

 Belum sempat dia membayar hutang pada ayahnya, belum pun sempat dia menggembirakan hati orang tua itu, dan pasti dia tidak sempat untuk meminta maaf pada ayahnya untuk kali yang terakhir. Dia berdoa agar diberi kesempatan untuk menatap wajah itu untuk kali terakhir. Lalu, air matanya gugur dengan lebatnya melepaskan semua sesalan itu.


Ditatapnya kubur ayahnya yang hanya bertandakan papan. Amirul duduk mengetuai bacaan Yassin bersama emak dan adik-adiknya. Dalam hati, dia berjanji pada dirinya tidak akan sekali-kali dia mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan sebagai seorang lelaki. Tidak sanggup dia merasakan kekesalan lagi seumur hayatnya. Biarlah kekesalan itu menjadi kenangan paling hitam bagi mematangkannya dalam menjadi lelaki sejati.


Hasil Karya :
Untuk mengundi cerpen , sila tinggalkan komen undian anda pada kotak komen di bawah.

***undian dari anonymous tidak dikira.

Good luck
!
! (^^,)♥

With Love,
Juliana Violet