Thursday, December 30, 2010

Spam Email

Hari ni Vee check emel kisahklasikita@yahoo.com sebab Besi ada hantar karya cerpennya. Thanks Besi. :)

Then tergerak nak check "spam email". Tengok-tengok ada dua email dari bloggers yang masuk ke spam. =_=" ... Sedihnya Vee sebab sebab Vee baru baca dan reply.

Sorry sangat-sangat Fiq Vertigo & Umair Zulkefli.
Minta maaf sangat-sangat. ='(

Untuk anda semua, anda dah boleh mula emelkan cerpen anda ye?
:)
Nanti Vee akan publish satu persatu okay?
Lagi 2 hari ni... Macam mana berdebarnya nak countdown, macam tu jugak Vee berdebar nak publish satu persatu karya anda semua. :)

With Love,
Juliana Violet

Tuesday, December 28, 2010

Senarai nama peserta-peserta "99 Hari Kisah Klasik Kita"

*****P/S : Anda semua boleh join kontes "99 Hari Kisah Klasik Kita" pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup kontes pada 10 April 2011 ye? =) ♥ *****

Salam sayang buat semua.
Sorry ye kalau ada komen yang lambat Vee reply. Agak sibuk sikit 2,3 hari ni. Sampai rasa macam tak nak 'deden'. * deden tu maksudnya mamam. (^^,) *

Million thanks for the positive feedback from all you, my beloved bloggers yang sudi join kontest kecil yang Vee anjurkan ni. (.)

Thanks to those yang buat entry promo untuk kontes "99 Hari Kisah Klasik Kita" ni juga. :)
And pada juri-juri juga yang sangat supportive.

Okaylah, Vee nak senaraikan nama-nama bloggers yang dah confirm nak join kontes ni, dan juga yang Vee nak 'confirm'kan lagi sekali nanti. * Kalau ada nama yang Vee senaraikan dekat sini tapi you all tak confirm lagi, inform ye? Ai minta maap banyak-banyak... =p *


Senarai nama peserta "99 Hari Kisah Klasik Kita"

1) Fiq Vertigo
2) Kuwe
3) MsGoodNite
4) Zuely
5) Areleaf
6) Encik Tikus
7) Echah Mahsuri 
8) Beautiful_rose 
9) -iEkA DaRLink-
10) Cerita Lebat
11) Catherine-
12) hans
13) LORD ZARA
14) azHa
15) eiela
16) penaberkala
17) rossoneri 
18) gOmOk9enDek
19) FARIZ RAZALI 
20) Hami Asraff هامي أشرف ™ 
21) NajaHmaDi 
22) eiffel
23) Nur Syafikah Athirah 
24) sadrina roslan
All the best to all of you guys! (^^,)
Pada yang berminat dan nak submit nama, boleh tinggalkan komen anda di sini ye? :)
Pada yang dah siap cerpen, boleh emelkan ke kisahklasikita@yahoo.com.
Vee akan siarkan cerpen anda semua selama 99 hari untuk undian daripada bloggers dan juga keempat-empat juri iaitu Linglung, Dearie Pearls, Eddie Dewanaga & juga yang kacak lagi comel, Hiro : bermula dari 1 Jan '11 - 10 April '11.

Syarat-syarat penyertaan ---> (klik sini)

P/S : Vee akan blogwalking * waktu Vee free ye... (^^,) * ke blog anda untuk dapatkan confirmation okay? Takut2 nanti ada yang Vee tersilap letak nama pulak. =p

With Love,
♥ Juliana Violet ♥

Sorry... ='(

Assalamu'alaikum & happy Tue to all of my dearest bloggers friends.

Vee minta maaf sangat-sangat sebab dah lama Vee tak update Blog Kisah Klasik Kita ni. Internet seper duper slow. Everytime buka dan tunggu loading lambat gile. Sedih! ='(
Plus Vee agak busy 2, 3 hari sebelum ni. Sekarang barulah free, tengah bercuti dekat kampung. Yeay!!! (^^,)

Vee hope anda semua sihat-sihat aje ye?

Minta maaf sangat kalau ada komen anda yang Vee baru nak reply nanti.

Salam sayang,
Juliana Violet

Friday, December 24, 2010

Merry X-Mas

Assalamu'alaikum & happy Friday to all of my friends.

Minta maaf sangat-sangat sebab tak update blog 2, 3 hari ni.
Vee akan update secepat mungkin minggu hadapan secara keseluruhan tentang "99 Hari Kisah Klasik Kita".
Pada yang nak sertai kontes ini, anda masih boleh berikan nama anda.
Pada yang dah berikan nama anda, anda boleh emailkan ke kisahklasikita@yahoo.com.

Merry X-Mas to those whom celebrate it!

Salam sayang,
Juliana Violet.

Tuesday, December 21, 2010

Peserta pertama "99 Hari Kisah Klasik Kita"

Assalamu'alaikum & happy Tuesday to all of my bloggers friends.

Happy sangat sebab dah ada seorang peserta yang dah emelkan karya cerpen 'beliau' kepada Vee. (^^,)
'Beliau' yang dimaksudkan adalah si manis ~> sadrina roslan.

Tak sabar rasanya nak publish karya sadrina roslan ni. Tapi sabarlah Vee ye? Lagi 10 hari je lagi sebelum kontes bermula. (^^,)

Internet Vee ni problem sebenarnya. Semalam balik rumah pun tak dapat nak online. Sempat baca cerpen cik sadrina roslan melalui HP setengah aje. =(

For those yang dah siapkan karya anda, boleh emelkan ke kisahklasikita@yahoo.com ye? :)

1 Januari '11 nanti Vee akan publish karya sadrina roslan untuk undian dari bloggers dan pemberian markah dari juri-juri.

Kalau ada apa-apa yang you all tak faham or nak tanya, tinggalkan komen ye? Besar kemungkinan Vee reply komen anda esok atau salah seorang juri akan tolong reply. :)
Vee mungkin tak online hari ni (selepas Vee offline). Esok baru Vee online.

Sesiapa yang nak add Vee dekat FB, cari nama Juliana Violet (Vee Violet) / veeviolet78@yahoo.com.

Salam sayang buat semua,
Mwwaahhh!!!

Juliana Violet

Sunday, December 19, 2010

CERPEN : Dollah loves Joyah

CERPEN : Dollah loves Joyah
KARYA  : Juliana Violet


     Dia sedar dirinya diperhatikan, namun dia cuba berlagak cool. Dia yang mula berasa tak keruan, mengangkat tangan kanannya membetulkan topi putih kesayangannya. Wajahnya ditundukkan sedikit. Tiba-tiba dia terdengar satu suara gadis,
     “Aduh!”
     “Sorry EJ... Sorry... Lan tak sengaja.”
     Niat hatinya ingin menoleh melihat apa yang telah terjadi, lebih-lebih lagi apabila nama gadis kesukaannya disebut namun kakinya terus melangkah berlalu menuju ke stesen bas untuk pulang ke rumah.

-------------------------------------------------------------------------------------

     “EJ okay ke? Sakit tak? Sorry Lan tak sengaja.” Mazlan diselubungi rasa bersalah apabila bola yang sepatutnya dibaling ke arah Kwan Ching tersasar dan terkena tepat ke kepala Elina. Agak kuat pula balingannya tadi. Elina menggosok-gosok kepalanya sambil tersenyum.
     “Hehehe... Bukan salah Lan. EJ yang gatal sangat duduk dekat dengan tempat korang main basketball ni.”
     “Sakit sangat ke?” Mazlan mendekatkan tangannya untuk memegang kepala Elina. Elina yang sedar tindakan Mazlan cepat-cepat menginjakkan badannya ke belakang.
     “Dah okay dah!” Elina bingkas bangun.
     “Dayah, jom balik kelas!” Dayah yang dari tadi duduk menemani Elina, bangun sambil tersenyum ke arah Mazlan.
     “EJ marahkan Lan?”
Geleng.
     “EJ baru teringat EJ tertinggal nota sejarah EJ dalam kelas. Takde nota tu, malam nanti terkial-kial pulak nak siapkan kerja rumah EJ. Terkena bola tadi tu baru teringat.” Elina tertawa kecil. Mazlan tersenyum manis. Semanis madu!
     “Bye!

*******************************************************************

     Sweet! Sweet macam gula-gula. Eh! Tak! Dia lagi manis dari tu! EJ.... Apelah agaknye nama penuh die eh? Kejap-kejap kawan die yang suara serak-serak basah ala ala Rani Mukherjee tu panggil die EJ... EJ... Kawan die tu cun jugak, tapi die lagi sweet...
Senyum sambil membayangkan wajah Elina yang sedang tertawa.
     Aku rasa die pun ade hati dekat aku... Errr... Perasan ke aku ni? Tapi... Aku sedar tiap kali aku lalu depan sekolah die, die mesti akan curi-curi tengok aku. Kalau die tengah duduk makan jambu batu dengan member die tu, tengah makan mesti die akan stop makan pastu curi-curi pandang tengok aku.
Hafsham bangun dari katilnya dan menuju ke tingkap biliknya sambil memandang ke arah luar tingkap.
     Papa ni pun satu hal. Baru je pindah sini, naaaak pindah KL balik. Aku baru je mula rasa selesa and happy tinggal dekat Penang ni.
Hafsham memprotes sendiri kemudian termenung jauh.

******************************************************************

     “Sampai bila hang nak lagu ni EJ?” Elina menjungkitkan bahunya. Dayah yang pekat bertutur dengan slang Penang, mengeleng-gelengkan kepalanya.
     “Kalau hang lambat, biaq aku approach dia!” Elina yang sedang mengunyah jambu batu hampir menjerit namun sebaliknya yang jadi apabila dia hampir tercekik. Dayah yang panik menepuk-nepuk belakang badannya.
     “Kau ni....” Elina cuba untuk bercakap namun tersekat-sekat kerana sisa jambu batu yang sudah hampir lumat dikunyah masih berada di dalam lehernya. Matanya sedikit berair akibat tercekik buah jambu tadi. Lagi sekali Dayah menepuk-nepuk bahunya. Namun kali ini kuat dari tadi. Elina yang sedang tunduk mencapai air limaunya untuk diminum tersenyum.
     “Haaa.... Rasa bersalah lah tu. EJ okaylah...” tepukan Dayah semakin menjadi-jadi. Elina yang berasa hairan mengalihkan pandangannya kepada Dayah. Dayah kemudiannya menundingkan jarinya kepada satu arah. Mata Elina membuntang apabila melihat jejaka idamannya sedang melangkah ke arahnya sambil tersenyum manis.
     ‘Baru aku tau die ade lesung pipit.... Eh! Kenapa die datang sini? Mimpi ke aku ni? Kenapa aku rasa berdebar-debar ni?!!!’
     Elina semakin tak keruan apabila Hafsham semakin dekat menuju ke arahnya. Pipinya terasa panas. Hafsham menyeluk tangan kanannya ke dalam kocek. Cuba menghilangkan getar hatinya yang agak gemuruh walaupun wajahnya tampak tenang.
     “Hi...” sepatah Hafsham menyapa. Elina mengangguk lembut sambil senyum. Kedua-dua mereka terpaku. Dayah sesekejap memandang Elina. Sesekejap memandang Hafsham.
    
     “Errrr.... Saya suka tengok muka awak!” Elina ternganga! Hafsham gugup selepas menutur kata-kata yang agak berterus-terang.
     ”Errr..... Saya akan berpindah ke KL. Contact lah saya kalau sudi.” Hafsham yang tiba-tiba berasa segan meletakkan sekeping kertas di atas meja makan dan terus berlalu pergi. Dayah mengerutkan kening tidak berpuas hati.
     Elina yang seolah-olah sedang bermimpi, tersedar apabila Dayah berkali-kali memanggil-manggil namanya. Teringatkan kertas yang diberikan Hafsham tadi, Elina mengangkat tangannya untuk mencapai kertas tersebut. Namun, tiba-tiba angin kuat datang menerbangkan kertas tersebut masuk ke dalam longkang berhampiran kedai makan kegemaran Elina dan Dayah.

     Dayah meneguk liur. Elina menangis di dalam hati!

~> Keseluruhan CERPEN "Dollah loves Joyah" ♥

P/S : Million thanks to maCy yang buat entry promo untuk "99 Hari Kisah Klasik Kita". Still hope dapat baca karya maCy. ;)

With Love,
 ♥ Juliana Violet ♥

Thursday, December 16, 2010

Biografi Hiro : Juri 4 "99 Hari Kisah Klasik Kita"

Hiro merupakan juri yang paling muda untuk kontes "99 Hari Kisah Klasik Kita". Masih lagi menuntut di sebuah universiti kejuteraan tempatan, Hiro atau nama sebenarnya Amir Syahir bin Yaakob amat meminati bidang kejuruteraan dan penulisan dalam masa yang sama.

Terdetik mahu memiliki blog sendiri apabila sering membaca blog rakan-rakannya sendiri. Hiro kini mempunyai sejumlah followers yang boleh dikatakan agak banyak di dalam dunia blogging. Mempunyai follower seramai 1,428 bloggers, penulisan Hiro seringkali membuatkan pembaca tersenyum sendiri dengan penulisannya yang bersahaja.
                            *credit to Hiro. Nice wording Hiro. Ai suke!!! (^^,)*

Sedikit sebanyak tentang Hiro. :)

----------------------------------------------------------------------------------------
1. Mempunyai seramai sembilan orang adik-beradik dan merupakan anak yang ke tujuh. (Pheww! Jangan terkejut taw! Haha!)

2. Anak ke tujuh. Maka amat mencintai nombor tujuh. 


3. Suka bela haiwan. (Entah mengapa) Arnab... burung... ayam dah sebati dalam hidup. (Kucing pun menyampah gua duk raba-raba bulunya... Hue Hue!)

4.Suka pakai jam. Masa kecik pernah diejek tak pandai pakai jam. Sebab pakai tangan kanan.
(Kalau la gua ingat sapa yang ejak gua. Memang gua bagi 'ong bak'.)

5. Tak tahu lagi darah jenis apa. Tak pernah buat derma darah. Haha!

6. Suka ambil gambar alam. Hutan... awan... bunga dan binatang.

7. Gua kidal.

Serba sedikit tentang Hiro. Kalau nak tahu lebih, tanya Vee. My beloved auntie. Haha!
----------------------------------------------------------------------------------------
=_=" ... Itulah serba sedikit tentang 'my beloved nephew... =_='
Kalau nak tahu lebih, kaunter pertanyaan terbuka di blog Uncle Linglung.
Makaceh! (^^,)
P/S : Vee baru berusia 17 ye. Harap maklum.
With Love,
Juliana Violet

Wednesday, December 15, 2010

99 Hari Kita Berkisah Klasik

Salam sayang buat semua bloggers. (_)



Terlebih dahulu, Vee nak ucapkan jutaan terima kasih kepada keempat-empat juri "99 Hari Kisah Klasik Kita" iaitu Linglung, Dearie Pearl, Hiro dan Eddie Dewanaga yang sudi menjadi juri kontes kecil yang Vee anjurkan ni. Thank you very much for your willingness to become the judges, and all the support given guys! :)

Dan, Vee nak ucapkan terima kasih di atas kesudian kesemua bloggers yang kebanyakannya Vee tak pernah blogwalking dekat blog anda sebelum ni yang sudi join kontes kecil ni. Thank you so much! (^^,)

Secara ringkasnya, tujuan Vee anjurkan kontes ni adalah untuk berkongsi minat yang sama dengan dengan blogger-blogger yang lain di dalam bidang penulisan terutamanya penulisan CERita PENdek / CERPEN.

Dari perspektif Vee sendiri, uniknya tentang penulisan ini adalah cara kita menyampaikan emosi kita melalui bentuk penulisan masing-masing. Tanpa kita sedar, penulisan itulah yang menggambarkan warna sebenar diri kita masing-masing. Dan, Vee yakin kadang-kadang, tanpa kita sedar juga blogging membuatkan kita 'ketagih' untuk update blog masing-masing setiap hari. Pernah baca "sebuah epal sehari membuat doktor pergi"? Eh. Kenapa pelik aje bunyinya? Hihihi.
It's actually "an apple a day keeps the doctor away". Tapi rasanya tak ramai yang 'deden' epal untuk mengelak dari sakit. Ramai yang boleh jatuh sakit kalau tak dapat ber'blogging' sehari. XD
Kenapa agaknya ye? Sebab dengan ber'blogging', kadang-kadang kita dapat mengadaptasi diri kita pada satu 'suasana' yang membuatkan kita selesa. Kita dapat menjadi diri sendiri dengan meluahkan apa yang kita rasa di dalam blog masing-masing, kita dapat berkongsi kreativiti masing-masing di mana ramai yang mungkin memuji, memberi rangsangan dan mungkin memberi komen yang negatif yang bertujuan untuk memperbaiki kelemahan kita.

Salah satu perkara manfaat yang Vee harapkan di dalam kontes ini, pengetahuan yang kita semua perolehi selepas membaca karya blogger yang lain kelak. Karya cerpen seseorang mungkin berdasarkan pengalaman sendiri, pengalaman seseorang yang mereka kenali, berdasarkan pemerhatian mereka dengan perkara yang terjadi terhadap sesiapa yang langsung mereka tidak kenali dan berdasarkan pembacaan/pengetahuan yang diperolehi daripada sumber bacaan/media massa dan lain-lain. Tak sabar rasanya nak baca karya anda semua sebab semua karya-karya tu akan datang dalam pelbagai bentuk cerita. Jiwang, kelakar, syahdu, seram, serius, realiti hidup... etc.

Dan semestinya Vee harapkan wujudnya ukhwah di kalangan blogger-blogger yang kian ramai kini. :)

Baiklah, dah panjang sangat Vee melalut *jangan-jangan dah ada yang tertidur ataupun tak baca langsung dah. Hihihi*

Berbalik kepada "99 Hari Kisah Klasik Kita". Kenapa "99 Hari Kisah Klasik Kita"? =)
Kontes ini akan bermula pada 1 Januari 2011 dan akan berakhir pada 10 April 2011. Penilaian markah dari juri-juri dan undian markah dari blogger-blogger juga terbuka sepanjang tempoh 99 hari itu.


Vee ada terima beberapa feedback yang kurang faham dengan syarat-syarat kontes "99 Hari Kisah Klasik Kita". Contohnya,

Q & A

Q : Rossoneri
~> nak join!! tapi ada blur something.. kena selitkan lagu tuh maksudnya selitkan dalam cerpen ke, atau lirik lagu bahagian lain, cerpen bahagian lain?
A : Kisah Klasik Kita
~> BEBAS. Bermaksud, anda boleh selitkan dalam cerpen ataupun pada awal @pun pada akhir cerpen. HARUS berkaitan dengan karya cerpen anda.


Q : -iEkA DaRLink

~> nak join la. tp pening sikit. nak bg name kat komen ni ke?
A : Anda boleh tinggalkan nama anda di sini.

Q : eiffel
~> nak join!!!!! wajib buat ker promo tuh kat blog?? xP

A : Tak wajib. Terserah kepada anda. Tapi anda wajib letakkan link "99 Hari Kisah Klasik Kita" selepas cerpen anda disiarikan di "Blog Kisah Klasik Kita" untuk meraih undian.

Kalau ada apa-apa yang kurang jelas lagi, tanya aje okay? :)

Oh yeah, million thanks to the participants for the entry promotion. Thanks to
Hans, -MsGoodNite-, echah mashuri & -iEkA DaRLink yang buat entri promo untuk kontes ni. Dan semestinya juri-juri "99 Hari Kisah Klasik Kita" - Hiro, Eddie Dewanaga , Dearie Pearls & juga Linglung. :)

Secara ringkasnya, syarat-syarat untuk menyertai "99 Hari Kisah Klasik Kita" adalah seperti di bawah ;

1) Berikan nama anda di
sini sebelum 31 Dis '10.
2) Hantarkan karya anda ke kisahklasikita@yahoo.com selewat-lewatnya 10 April '10.

3) Tema / konsep / kisah cerpen adalah BEBAS.

3) Pengiraan markah pemenang : 70% daripada juri-juri & 30 daripada blogger-blogger.

4) Panjang cerpen anda sekurang-kurangnya 3 muka surat (A4).

5) Sebaik sahaja karya anda disiarkan di Blog Kisah Klasik Kita, anda harus siarkan karya anda di blog anda sendiri. Dan undian yang dibuat haruslah di Blog Kisah Klasik Kita
~> Contohnya, jika karya cerpen anda bertajuk "Pak Man Tempe Masak Tempe", anda harus pastikan tajuk entri anda "99 Hari Kisah Klasik Kita : Pak Man tempe masak tempe". * fuh! Panjang bebenor! =) * . Dan anda HARUS meletakkan link dari Blog Kisah Klasik Kita.

6) Bagi penggunaan bahasa, bahasa 'rojak' hanya dibenarkan pada penggunaan dialog SAHAJA. Bagi penceritaan, anda bleh menggunakan bahasa mudah / baku / bahasa harian.

7) Last but not list, semestinya hadiah bukan? :) Jutaan terima kasih kepada brader Linglung yang segak bergaya (ayat bodek) yang menawarkan hadiah Buku Indie karya beliau sendiri - "
Sperma Cinta". Menarik bukan? * saya pun mahu juga! =p *

Dan hadiah utama yang tidak seberapa : 

~> Tempat pertama - Wang tunai berjumlah MYR 100
~> Tempat kedua - Wang tunai berjumlah MYR 60
~> Tempat ketiga - Wang tunai berjumlah MYR 40


With Love,
♥ Juliana Violet ♥

Tuesday, December 14, 2010

Biografi Eddie Dewanaga : Juri 3 "99 Hari Kisah Klasik Kita"

Eddie Dewanaga adalah salah seorang bloggers yang dipilih untuk menjadi juri "99 Kisah Klasik Kita". Sedikit berbeza dengan juri-juri yang lain, Eddie Dewanaga adalah seorang penggemar musik rock. Peminat musik rock yang tegar mungkin, Eddie Dewanaga? :)



Serba sedikit tentang Eddie Dewanaga yang dapat anda ketahui ;


---------------------------------------------------------------------------------------


- Berasal dari JB tapi membesar di kebanyakan garrison (kem tentera) seluruh tanahair kerana abah Eddie Dewanaga merupakan anggota tentera.

- Meminati bidang penulisan sejak mengenali karya Khadijah Hashim, Baharuddin Kahar, Hamka dan Pramoedya Ananta Toer.

- Mula berjinak-jinak dengan dunia 'blogging' sejak 2008 kerana pengaruh besar jurnalis-jurnalis rock kegemarannya, Ahmad Riadz, Nadia dan Zizie Hashim.

- Mula menghasilkan cerpen bersiri
"Senandung Raja Naga" berdasarkan pengalaman peribadi dan tokok tambah dari pengaruh Francis Ford Coppola, Martin Scorsese dan siri filem Hong Kong iaitu "Young and Dangerous".

- Eddie Dewanaga merupakan salah seorang pelanggan "Reader's Digest", majalah bercorak teknologi ketenteraan seperti "Tempur" dan "Perajurit", majalah musik "ROTTW", "Kerrang" dan "Rolling Stones".

-Sebagai seorang penggemar musik rock, Eddie Dewanaga merupakan peminat utama lirik-lirik hasil karya arwah Loloq dan M. Nasir.

- Peminat pasukan bola sepak "Chelsea FC" dan kumpulan musik "Metallica". Menggemari karipap sardin, Nicolas Cage dan cukup meminati artis yang mempunyai lebih dari sejuta peminat di Malaysia, tak lain tak bukan, Lisa Surihani.



------------------------------------------------------------------------------------------


Satu lagi tentang Eddie Dewanaga. Eddie Dewanaga seorang yang cukup menyayangi kucing.
Meow! Meow! =)


*credit to Eddie Dewanaga for the picture* :)




With Love,
Juliana Violet

Monday, December 13, 2010

Biografi Dearie Pearls : Juri 2 "99 Hari Kisah Klasik Kita"

Dearie Pearls merupakan salah seorang bloggers yang dipilih untuk menjadi juri kontes cerpen "99 Hari Kisah Klasik Kita".
Agak misteri dan menggemari warna merah, Dearie Pearls gemar mengisi masa lapangnya di Kinokuniya, salah satu kedai buku yang terdapat di Malaysia.


Sedikit sebanyak tentang diri Dearie Pearls. :)


-----------------------------------------------------------------------------------------------




Berkecimpung dalam dunia penulisan blog semenjak tahun 2008 dengan tujuan ‘saja-saja’ tetapi semakin bergiat aktif dek keseronokan berkarya bebas di alam maya. Pada awal penulisan, Dearie Pearls tanpa had bercerita sesuka hati dengan memaparkan gambar Dearie Pearls sendiri tetapi menyedari zaman teknologi tanpa sempadan dan sifat Dearie Pearls sendiri yang agak ‘pemalu’ maka gambar-gambar Dearie Pearls telah dipadamkan. Sebelum nama pena Dearie Pearls, ada dua nama yang digunakan iaitu nama penuh dan LotsOfLove-Pearls.
Tahap keseronokan dalam dunia berblog ini salah satunya ialah Dearie Pearls mendapat kenalan maya yang baik-baik belaka dan ada juga telah menjadi sahabat dalam dunia realiti.
Menyebut tentang penulisan cerpen, Dearie Pearls memang gemar menulis semenjak kecil lagi cuma bakat tidak diasah dengan lebih tajam. Hanya sekadar menulis sebagai hobi di masa lapang. Selain daripada cerpen, Dearie Pearls juga suka meluahkan rasa melalui penulisan puisi berbentuk sajak terutamanya yang berkisar mengenai kekeluargaan, persahabatan dan percintaan. Semasa berada di sekolah menengah, Dearie Pearls pernah memenangi tempat ke-2 dalam penulisan sajak dan hari guru pada tahun 2003, telah memenangi tempat pertama dalam penulisan cerpen (peringkat kolej jek).
Dek kekangan masa dan penyakit ‘M’, Dearie Pearls hanya berkarya bila betul-betul berada dalam mood berkarya (hanya sebagai koleksi sendiri).
Dearie Pearls juga suka menghabiskan masa dengan membaca buku terutama buku berunsur motivasi dan juga majalah-majalah lain. Selain itu, kerana pengaruh kawan-kawan yang membaca novel maka, Dearie Pearls secara tak langsung juga terpengaruh lantas terjerumus ke dalam dunia novel yang penuh dengan ragam kehidupan. Selain mengagumi kebolehan penulis novel Fauziah Ashari dan Damya Hanna, Dearie Pearls juga sangat menggemari penulis muda; Hlovate yang sangat bijak mengamit perasaan pembaca untuk menjiwai penulisannya.
Kesempatan ini, Dearie Pearls merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Vee; gadis yang penuh karisma dan mempunyai penampilan yang menarik kerana mengambil Dearie Pearls sebagai ahli keluarga dalam peraduan 99 Hari Kisah Klasik Kita.
Mari bersama mencungkil bakat kita dalam bidang penulisan cerita pendek (cerpen).


Salam ceria!
-----------------------------------------------------------------------------------------------


With Love,
Juliana Violet

Sunday, December 12, 2010

Biografi Aku Linglung : Juri 1 "99 Hari Kisah Klasik Kita"

Linglung adalah salah seorang daripada 4 bloggers yang dilantik untuk menjadi juri contest "99 Hari Kisah Klasik Kita". "Aku Linglung" kini mempunyai seramai 575 fan di halaman FB manakala 359 di Blog Aku Linglung.


Mahu tahu serba sedikit tentang Linglung? :)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Linglung mula berkecimpung dalam bidang penulisan secara amatur sejak dari bangku sekolah lagi iaitu sekitar tahun 1989-1990. Penulisan pertama yang bertajuk 'Keluarga Saya' mendapat kritikan hebat daripada guru mata pelajaran bahasa melayu beliau dan rakan sedarjah. Namun begitu, ibu bapa Linglung tetap memberi semangat dan dorongan untuk beliau terus menulis dan menanam erti ungkapan 'biarlah mereka mengejek, mereka dapat dosa, kita dapat pahala'.


Berkat ketabahan dan kecekalan, semasa di darjah 6, Linglung berjaya mewakili sekolah ke Pertandingan Menulis Karangan peringkat daerah Rompin anjuran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan berjaya memenangi hadiah saguhati tempat ke-9 (kah kah kah! hebat bukan?). Sijil penyertaan pertandingan itu masih tersimpan kemas di dalam fail beliau dan sering di bawa bersama ketika menghadiri temuduga kerja.


Beliau mula berblog pada tahun 2007 secara ala-kadar dan asal boleh. Prinsip beliau ketika itu adalah 'orang lain ada blog, gua pun ada blog'. Dengan prinsip yang padu sedemikian rupa, beliau mula bosan dan berdikit-dikit mula suam-suam kuku dengan aktiviti bersifat blog. 


Selepas beberapa ketika, sedar akan pembaziran masa dan sedikit sebanyak didorong oleh hati yang pecah dek kerana bunga, beliau mula bertekad untuk menulis secara serius dalam sebuah blog baru yang diberi nama 'Aku Linglung'. Dengan hati yang cekal dan limpa sekuat besi, entri pertama berjaya diblogkan dan seperti yang dijangka ianya gagal mendapat sambutan hangat mahupun suam daripada umum. Mengikut penilaian, entri tersebut hanya berjaya mendapat tiada langsung komen dan tiada langsung pengunjung ke blog tersebut. Beliau berasa nestapa lantas menendang pintu bilik air beberapa kali dengan berkaki ayam, tetapi yang ajaibnya pintu itu tidak pecah. Sakit juga kaki beliau ketika itu, ada merah-merah dekat tepi. 


Selepas entri yang ke-4, barulah ada insan yang sudi melawat ke blog beliau dengan meninggalkan sepatah-dua kata di ruangan komen. Tetapi, sejak daripada itu beliau sedar bahawa kejujuran, niat dan seni yang dituangkan dalam setiap penulisan adalah lebih penting daripada nilai jumlah komen dan pengunjung. Itu adalah erti sebenar kepuasan dalam menulis dan berblog.


Cita-cita beliau satu hari nanti adalah ingin bergambar bersama idola dan simbol sastera negara, A. Samad Said untuk dibuat kenang-kenangan dan gambar profail di facebook dan twitter.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


P/S : Biografi ini dicoret oleh Linglung sendiri. Untuk membaca versi original silalah ke ~> SINI. =) . Buku Indie "Sperma Cinta" hasil karya dari Linglung sendiri akan dihadiahkan kepada peserta 'Top 10' "99 Hari Kisah Klasik Kita".


With Love,
Juliana Violet

Saturday, December 11, 2010

99 Hari Kisah Klasik Kita

Selamat berhujung minggu kepada semua.


Salam dari "Kisah Klasik Kita" yang baru diwujudkan untuk memeriahkan lagi dunia 'blog' yang kian popular kini & untuk memeriahkan lagi dunia penulisan di kalangan kita.


Anda mempunyai minat menulis cerpen? Namun sekadar dijadikan koleksi di dalam 'laptop'/'PC' sendiri?
Anda punya bakat menulis cerpen? Namun tak ramai yang membaca hasil karya cerpen anda?


Mungkin 99 Hari Kisah Klasik Kita : CERPEN mampu menarik minat anda untuk berkarya & berkongsi hasil karya anda dengan ratusan 'bloggers' selepas ini?


99 Hari Kisah Klasik Kita : CERPEN


"99 Hari Kisah Klasik Kita : CERPEN" adalah satu pertandingan menulis cerpen sekadar 'suka-suka' yang bertujuan untuk memeriahkan lagi dunia penulisan di kalangan kita. Dan mungkin dari sini, kita dapat berkongsi minat di dalam penulisan cerpen serta sama-sama dapat memperbaiki mutu penulisan masing-masing baik di dalam penulisan cerpen mahupun 'blogging'.


Berminat ingin menyertai "99 Hari Kisah Klasik Kita : CERPEN" ataupun ingin war-warkan kepada 'bloggers' yang anda rasa berbakat untuk menyertai kontes kecil ini?


Terma & syarat "99 Hari Kisah Klasik Kita : CERPEN"


♥ Kontes ini terbuka kepada semua bloggers dan tempoh berlangsungnya kontes adalah selama 99 hari bermula dari 01/01/2011 sehingga 10/04/2011.

♥ Pengiraan markah :

~> 70% juri - 30% bloggers.

♥ Kisah / tema / konsep cerpen yang ingin ditulis adalah bebas.

*** bebas bermakna anda boleh menulis cerpen yang berkisarkan persahabatan / cinta / kekeluargaan / keagamaan. NAMUN anda harus memastikan ianya tidak menimbulkan sebarang isu.***

♥ Panjang cerpen : 

~> Sekurang-kurangnya 3 muka surat (A4).♥ Penggunaan bahasa :
~> Anda boleh menggunakan apa-apa jenis bahasa (baku / bahasa harian).

***'bahasa 'rojak' cuma dibenarkan ketika ber'dialog'.***

♥ Pengiraan markah terbahagi kepada beberapa aspek :
1) Jalan cerita.

~> Kelainan jalan cerita.
~> Kejelasan jalan cerita.
~> Punya mesej yang baik dan jelas.
2) Pemilihan lagu / sajak / syair.
~> Peserta harus menyelitkan sebuah lagu / syair / sajak yang berkaitan dengan karya cerpen masing-masing.

 

♥ Hadiah kepada pemenang :
~> Tempat pertama - Wang tunai berjumlah MYR 100
~> Tempat kedua - Wang tunai berjumlah MYR 60
~> Tempat ketiga - Wang tunai berjumlah MYR 40


                  &                    


♥ Buku Indie "Sperma Cinta" karya daripada "Linglung" akan diberikan kepada "Top 10"





♥ Hadiah misteri akan diberikan kepada pembaca/pengundi yang dapat meneka dengan tepat pemenang tempat pertama, kedua & ketiga.


♥ Untuk menyertai contest :
~> Emelkan karya cerpen anda ke ---> kisahklasikita@yahoo.com.
~> Cerpen anda akan mula dipaparkan di Blog "Kisah Klasik Kita" sebaik sahaja tarikh contest bermula. Pada waktu yang sama, anda harus turut sama menyiarkan cerpen anda di blog masing-masing beserta dengan link cerpen anda yang dipaparkan di Blog "Kisah Klasik Kita" dengan tajuk post ---> "99 Hari Kisah Klasik (nama anda) : 'Tajuk cerpen anda'.
***sila pastikan undian dari 'bloggers' diberi/ditinggalkan di Blog " Kisah Klasik Kita"***
***undian daripada anonymous tidak diterima*** sorry tau... :(

♥ Tempoh berlangsungnya kontes :
~> 1 Jan '11 (Sabtu) - 10 April '11 (Ahad). 


♥ Nama pemenang diumumkan :
~> 14 April '11 (Khamis).


♥ Jutaan terima kasih diucapkan kepada 'Tulang belakang' di sebalik kontes ini, tak lain tak bukan :
~> Dearie Pearls, gadis 'misteri' yang sentiasa penuh dengan 'cinta' di dalam hidupnya.
~> Aku Linglung, penyokong setia Real Madrid dan gemar menonton perlawanan bola sepak bersama mak Munah.
~> Eddie Dewanaga, Raja Naga dari JB yang sentiasa 'cool' dan gemar bersenandung &
~> Hiro yang gemar menonton filem yang diperkotak-katikkan oleh 'member' beliau.


P/S : Jika inginkan serba sedikit panduan menulis cerpen, anda boleh rujuk di entry ~> "Apa Itu Cerpen".


Selamat berkarya! (^^,)


With Love,
♥ Juliana Violet ♥

Apa Itu "Cerpen"

***Diambil dari Blog Azmah Nordin untuk dikongsi dan sebagai kepada sesiapa yang gemar berkarya di dalam bidang penulisan***

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, July 10, 2009 Posted by Azmah Nordin.
Semua orang tahu, cerpen adalah sebuah cerita yg jauh lebih pendek drpd sebuah novel. Cara menghasilkannya, antaranya;

1. Tersangat terhad jumlah watak dan episod di dalamnya.

2. Dimulakan di bahagian paling hampir dengan penyelesaiannya.

3. Lazimnya, hanya menangani satu isu atau masalah, dlm satu karya.

4. Menggunakan hanya maklumat terperinci yang perlu saja, utk memahami situasinya.

5. Ia biasanya meliputi satu masa yg singkat.

6. Dan, yg paling penting, nawaitu semasa menghasilkan cerpen ini, perlu bersih dan jernih, tentunya k :)

Perkara Penting Yg Perlu Ada Dlm Cerpen;
Terdapat beberapa perkara penting yg boleh mengangkat cerpen anda sebagai karya yg bermutu tinggi. Membiasakan diri dgn petua menulis cerpen ini, mampu membantu anda mempelajari cerpen2 lain yg anda baca dan hayati, mampu membantu anda membezakan antara cerpen bermutu dgn yg tidak, dan membantu anda memperbaik-kukuhkan lagi karya anda sendiri.

1. Cerpen harus dicerita dari sudut pandangan watak (watak2) utamanya. Watak utamanya mungkin hanya seorang, tp boleh juga dua orang, bagi menghidupkan karya dan membolehkan pembaca mengenali dan berasa hampir dengan pergolakan jiwa watak2 dlm karya anda. Jika anda mahu ada dua watak utama dlm cerpen anda, boleh saja dngan menggunakan tanda pemisah (* * *) bagi memudahkan anda menguasai jalan ceritan dan fokus fokus kpd pergolakan jiwa satu2 watak dgn lebih teratur, konsisten dan tidak bercelaru.

2. Unsur2 konflik haruslah, diperkenalkan pada paragraf pertama lagi, seboleh mungkin; cuba gambarkan ttg
suasana, waktu dan latar, secara tidak langsung, pada paragraf2 pertama. Elakkan drpd membuat ayat `memberitahu', sebaliknya ayat `tunjuk' (sila baca ttg ini di
Senarai Pos kat sebelah kanan anda tu k) Mulakan dgn pergolakan jiwa watak utama yg berkaitan dgn tema (ada artikel ttg tema, di Senarai Pos itu) cerita anda. Elakkan menggambarkan pemandangan latar pada paragraf pertama.

3. Unsur2 suspen juga harus seboleh mungkin diwujudkan pada paragraf pertama atau kedua cerpen anda, supaya pembaca akan tertanya2 apa yg akan berlaku seterusnya kpd watak2 yg menghadapi konflik itu dan bagaimana kekusutan fikiran watak utama dlm cerpen itu diungkaikan.

4. Pada klimak cerita, yg berhampiran atau akhir cerita, seharusnya menjadi tempat di mana konflik itu dileraikan.

5. Ceritanya harus difokuskan pada satu peristiwa, pada pusat segala masalah hidup yg dihadapi oleh watak utamanya. Interaksi antara watak2 utama, adalah antara nadi dlm karya cerpen anda - jadi pastikan prwatakan watak utama ini sentiasa ditonjolkan, dan hanya `menunjukkankan' latar belakang yg diperlukan saja. untuk menggerakkan plot (jalan cerita). Cuba memulakan setiap paragraf dgn aksi fizikal atau luahan perasaan, utk menarik minat pembaca.

6. Cerita digambarkan lewat sudut pandangan watak utama, tanpa campur tangan pengarang. Maksudnya, sudut pandang itu harus bersesuaian dgn perwatakan watak utama, Agama, pemikiran, pembawaan diri, fahaman politik, ideologi, dn sebagainya - bukan pengarangnya. Ini boleh dipelajari, jika anda berbengkel dgn saya di
Blog Azmah Nordin.

8. Lazimnya, akhbar2 tempatan menerima karya yg berjumlah 8 - 10 mukasurat, sementara majalah pula antara 10 - 14 mukasurat saja. Jadi, pastikan anda tidak melangkau jumlah itu. Pastikan karya yg dihantar, mengandungi nilai2 murni, misalnya, perjuangan, kasih sayang sesama insan, pengorbanan, keinsafan dan sebagainya.

7. sebelum hantar karya yg sudah siap kpd pihak penerbit, perlu disemak-edit dahulu buat beberapa kali, utk mempastikan ceritanya cukup kuat, padat dan menarik. Mungkin lebih baik jika dibiarkan karya anda itu buat sehari dua selepas siap ditulis, sebelum anda kembali kpdnya untuk menyemak-editnya semula dgn fikiran yg lebih segar, dan mungkin juga dgn tambahan/penukaran idea yg baru tiba dan lebih menarik drpd sebelumnya.

9. Judul karya; bagi saya, ljika anda memberikan judul awal2 sebelum karya anda siap, anda akan terikat pada judul itu. Padahal, di sepanjang berkarya, plot cerita akan berkembang, hidup dan berubah dgn sendirinya, bersesuaian dgn cerita anda. Jadi, lebih mudah memberi judul setelah karya anda siap, kerana judul itu nanti akan merangkumi ke seluruhan cerita anda, tp biar suspen. Judul yg baik, biasanya, memiliki 1, 2 dan 3 perkataan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Berkarya!
~ Kisah Klasik Kita ~