Monday, December 13, 2010

Biografi Dearie Pearls : Juri 2 "99 Hari Kisah Klasik Kita"

Dearie Pearls merupakan salah seorang bloggers yang dipilih untuk menjadi juri kontes cerpen "99 Hari Kisah Klasik Kita".
Agak misteri dan menggemari warna merah, Dearie Pearls gemar mengisi masa lapangnya di Kinokuniya, salah satu kedai buku yang terdapat di Malaysia.


Sedikit sebanyak tentang diri Dearie Pearls. :)


-----------------------------------------------------------------------------------------------




Berkecimpung dalam dunia penulisan blog semenjak tahun 2008 dengan tujuan ‘saja-saja’ tetapi semakin bergiat aktif dek keseronokan berkarya bebas di alam maya. Pada awal penulisan, Dearie Pearls tanpa had bercerita sesuka hati dengan memaparkan gambar Dearie Pearls sendiri tetapi menyedari zaman teknologi tanpa sempadan dan sifat Dearie Pearls sendiri yang agak ‘pemalu’ maka gambar-gambar Dearie Pearls telah dipadamkan. Sebelum nama pena Dearie Pearls, ada dua nama yang digunakan iaitu nama penuh dan LotsOfLove-Pearls.
Tahap keseronokan dalam dunia berblog ini salah satunya ialah Dearie Pearls mendapat kenalan maya yang baik-baik belaka dan ada juga telah menjadi sahabat dalam dunia realiti.
Menyebut tentang penulisan cerpen, Dearie Pearls memang gemar menulis semenjak kecil lagi cuma bakat tidak diasah dengan lebih tajam. Hanya sekadar menulis sebagai hobi di masa lapang. Selain daripada cerpen, Dearie Pearls juga suka meluahkan rasa melalui penulisan puisi berbentuk sajak terutamanya yang berkisar mengenai kekeluargaan, persahabatan dan percintaan. Semasa berada di sekolah menengah, Dearie Pearls pernah memenangi tempat ke-2 dalam penulisan sajak dan hari guru pada tahun 2003, telah memenangi tempat pertama dalam penulisan cerpen (peringkat kolej jek).
Dek kekangan masa dan penyakit ‘M’, Dearie Pearls hanya berkarya bila betul-betul berada dalam mood berkarya (hanya sebagai koleksi sendiri).
Dearie Pearls juga suka menghabiskan masa dengan membaca buku terutama buku berunsur motivasi dan juga majalah-majalah lain. Selain itu, kerana pengaruh kawan-kawan yang membaca novel maka, Dearie Pearls secara tak langsung juga terpengaruh lantas terjerumus ke dalam dunia novel yang penuh dengan ragam kehidupan. Selain mengagumi kebolehan penulis novel Fauziah Ashari dan Damya Hanna, Dearie Pearls juga sangat menggemari penulis muda; Hlovate yang sangat bijak mengamit perasaan pembaca untuk menjiwai penulisannya.
Kesempatan ini, Dearie Pearls merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Vee; gadis yang penuh karisma dan mempunyai penampilan yang menarik kerana mengambil Dearie Pearls sebagai ahli keluarga dalam peraduan 99 Hari Kisah Klasik Kita.
Mari bersama mencungkil bakat kita dalam bidang penulisan cerita pendek (cerpen).


Salam ceria!
-----------------------------------------------------------------------------------------------


With Love,
Juliana Violet

4 comments:

Dearie Pearls said...

sampaikan salam kepada Dearie Pearls..
Hehehe..

Majulah blog untuk kita!

Salam ceria!

penaberkala said...

hye dearie pearls
slam kenal :)

vee, thanks ya for all ur comment and suggestion at my blog
ur invitation about this contest,i think i'll join
hope dpt submit pada masa yg ditetapkan

tiba-tiba makin minat plak nk buat cerpen,haha
takdir telah temukan dgn blog ni :)

said...

Pearl,
Ada orang sampaikan salam... hihihi
Vee dah sampaikan salam nie... =p
Yeah! (^^,)

Penaberkala,
Okay. Vee hope you can join. Nak tengok karya 'newbie' penulis cerpen... hihihi...

Yeah, TAKDIR kan? Nice cerpen anyway... :)

Linglung said...

Dearie Pearls - Hi Juri :)

penaberkala - all the best bro!