Tuesday, January 11, 2011

99 Hari Kisah Klasik "Abrar Shafie" : Si kecil Imran



                Pak Cik Khalid menerpa ke arahku. Ayah lalu menangis. Setiap titisan yang jatuh menggusarkan hatiku. Ayah lalu memelukku. Erat amat. Aku yang tika itu masih mentah melelapkan mata. Tiada pernah aku peduli hal yang terjadi di sekitarku.
                Ayah membawaku ke Kedah. Ada pertempuran sengit di sana. Ayah beritahu ramai mujahid di sana terkorban dijemput Allah. Aku hanya mengangguk. Ayah cerita lagi. Sejak kedatangan tentera Amerika Syarikat tanpa silu menapakkan kaki dengan biadap ke tanah berdaulat ini untuk menjajah kita, Malaysia terkejut. Pemimpin kita terkontang-kanting tiada bersedia. Itulah, pemimpin sama pemimpin sering bertelagah, lama-lama rakyat yang parah. Itu ayah yang kata. Kalaulah aku mengerti butir bicaranya.
                Ayah beritahu, kronologi bermula apabila Parti islami berjaya menguasai parlimen dan politik negara. Kerajaan beralih tangan. Tetapi alangkah dukanya, kemenangan yang barusan disyukuri seminggu bertukar tragedi. AS hadir campur tangan kononnya terjadi kekecohan di negara kita. Kononnya merekalah pengaman dunia.
                Keluh ayah menjadi koma cerita. Ayah cerita lagi, semua ini sudah dijangkakan. Mujur sebahagian golongan seperti ayah cepat bertindak. Mujur satu pertubuhan sempat direncana. Organisasi tergolong daripada golongan profesional muslim. Dana organisasi sahaja mencecah jutaan ringgit. Beroperasi sekitar lima tahun, ayah antara peneraju utama. Rangkaian mereka melangkaui batasan sempadan negara.
                Asar sudah menjelang. Kami kini di Pulau Pinang. Jambatan Pulau Pinang yang terkenal itu sirna dari pandangan mata. Semuanya hanya tinggal sejarah. Runtuh punah ditimpa bom Amerika.
                Mataku mula mengantuk. Perjalanan yang jauh ini melelahkan tubuh kecilku. Kata ayah, umat Islam memang sudah mula membuka mata. Ramai yang sudah menyertai kami. Nama Islamic Community mula menggegarkan tentera Amerika. Segenap pelusuk negara mula menyertai kami.
                Seusai tiba, taklimat ringkas segera diberi kepada ayah. Aku yang tidak mampu menahan kantuk terus melangkahkan kaki mencari Kak Fatimah. Kata ayah dia ada di sini. Sebelum pergi, sempat kutatap wajah ayah. Bersih, tapi sirna sudah rasa bahagia. Aku hanya melihat cakaran-cakaran runsing mencorak muka. Ayah senyum membalas pandanganku. Bening matanya memancarkan ketenangan dan harapan. Lesung pipit di pipi kiri dan janggut membuatkan ayah nampak tampan meski banyak parut mencalar wajah ayah.
                Di Yan dulu, ayah kata, pemandangan sungguh menakjubkan. Sawah di kiri dan kanan jalan. Seluas mata memandang. Dedaun hijau yang  meliuk mengikut irama angin membawa bauan harum mewangi. Ah, alangkah seronoknya jika mataku bisa melihat semua itu. Betapa aku cuba membayangkan semua itu. Tapi sayang, itu dahulu. Berbeza dengan apa yang diceritakan, yang menjadi sajian mata sekarang hanyalah kemusnahan semata-mata. Tiada lagi kicauan burung yang ceria menjadi halwa telinga. Bauan harum juga sudah tiada menerpa. Yang tinggal cuma bunyi letupan bom yang memusnahkan keindahan alam. Segala-galanya. Termasuk arwah ummi.
                Kata Kak Fatimah, ayah akan keluar bersama Pak Cik Khalid. Mereka mula mengorak langkah. Senjata dicapai. Aku disuruh ayah tinggal di situ bersama Kak Fatimah. Aku mengiyakan saja apabila Kak Fatimah memberitahu aku ayah mahu keluar berjihad. Apa itu berjihad juga tiada aku tahu. Melancong? Bekerja? Pedulikan. Kucium kura tangan ayah.
                Sepeninggalan ayah, hati aku tidak tenteram. Masakan tidak, penjahat Amerika menanti di luar. Bagai berlari menuju kematian gamaknya. Pandanganku menemani pemergian ayah menuju medan jihad. Kak Fatimah lalu mampir ke arahku, lalu duduk di sisiku. Jangkaanku bahawa dia akan membawa kepadaku  semangkuk  ais krim meleset. Kak Fatimah membawa suatu kitab bersamanya. Kitab Al-Quran. Aku tahu itu Qur’an. Ayah sering membacanya bersama arwah ummi. Aku terkenang saat itu. Ummi sering membacakan kepadaku Al-Qur’an supaya lekas pandai, katanya. Bacaan ummi yang mendayu-dayu memikat hati sesiapa sahaja yang mendengar. Malah, pokok-pokok bagai berbuai mendengar alunan syahdunya. Awan meliuk-liuk mengikut segala burdahnya.
                “Ayuh Imran sayang. Mari baca Qur’an. Kali terakhir Im baca bersama akak ialah Surah Yusuf, ingat tak? Juzuk 13,” tegur Kak Fatimah mengganggu lamunanku. Aku senyum. Aku beritahu, telah aku sambung  bacaanku bersama ayah hingga tamat surah Yusuf.
                Kak Fatimah senyum. “Kalau macam tu, mari kita sambung ke surah seterusnya,” kata Kak Fatimah sambil mula menyelak Al-Qur’an putih itu.
                Bacaanku bagai bertatih sahaja. Sepatah-sepatah. Kak Fatimah tekun mengajarku dengan penuh kesabaran. 
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri.”
                Kak Fatimah diam. Dia menerangkan maksud ayat tersebut padaku. Keluhannya memanjang. “Siapa sangka Malaysia akan diserang. Tidak sangka khabar angin yang mengatakan Malaysia on the list yang bakal diserang Amerika itu benar belaka. Benar firman Allah, kitalah yang mesti mengubah diri kita,” sambung Kak Fatimah.
                Aku mulai terimbas semula kata-kata ayah dahulu. Kalau kita tidak berubah, Allah akan menggantikan kita dengan kaum yang lebih baik. Ketika itu, usah disesali segala perbuatan lalu.
                Sekarang, realiti terhampar di depan mata. Siapa sangka Malaysia akan dijajah sekali lagi. Segala harapan dan impian Wawasan 2020 yang dicanang-canangkan mantan perdana menteri kita hilang punah ditelan kezaliman Amerika. Segalanya tinggal angan-angan. Keamanan hanyalah mimpi.
                Kak Fatimah mengajakku ke taman. Dia mengendongku. Perang memang dugaan. Kaki kananku diragut kezaliman perang. Aku mangsa perang sebetulnya.
                Di markas, suasana lengang. Beberapa petugas melewati kami, sambil menghadiahi kami seulas senyuman. Seorang petugas wanita tekun di hadapan komputer. Aku meneliti sekitar laman. Pokok bunga kertas menghiasi bahagian timur dan barat markas. Warna ungu dan putih bagai cocok dipadan di situ. Di bahagian gerbang masuk pula, bunga ros menyambut kedatangan tamu. Markas masih kelihatan kemas and bersih jua menenangkan meskipun nampak sedikit kusam dan usang.
                Dua pengawal di pintu lengkap berserban dan bersenjata tiba-tiba bingkas. Aku cuak. Rupa-rupanya ayah pulang bersama mujahid lain. Aku menjerit-jerit memanggil ayah. Hatiku girang sekali melihat ayah kembali. Mukanya kotor sungguh. Comot hitam mencemari wajah tampan itu. Ayah mampir lalu mendukungku. Aku bertukar tangan. Sudut hatiku diterpa rasa lega. Tapi mana Pak Cik Khalid?
                Aku dengar kata ayah kepada Kak Fatimah. “Syukur, kita menang besar. Satu batalion tentera laknat berjaya kita kalahkan. Tetapi kemenangan kita tidak diraikan Khalid bersama. Dia pergi meninggalkan kami untuk meneruskan perjuangan. Dia pergi menuju ilahi,” ujar ayah panjang lebar. Barulah aku mengerti mengapa tubir mata ayah bergenang sedari tadi.
                Malam itu, usai solat Maghrib berjemaah, kami solat hajat. Meminta dikurniakan kekuatan, dikukuhkan iman dan pendirian, menegakkan agama Allah dan maruah negara.  Malam itu sungguh sepi. Sambil menanti kedatangan Isyak, ayah memberikan sekalung ucapan untuk para mujahid jadikan azimat. Setelah itu, kami bergerak berjemaah ke ruang makan. Makanan telah disediakan. Ubi rebus panas menjadi hidangan. Sambil menyuapku, ayah memberitahu akan keluar lagi esok. Aku mengajak ayah pulang. Risau, bimbang bersarang di hatiku. Bimbang jika sesuatu menimpa ayah. Ayah memujukku agar bersabar. Masih banyak urusan yang perlu diselesaikan di sini. Kedah masih bergelora. Ayah memintaku bersabar lagi hingga keadaan di sini reda. Aku maklum ayahku orang penting di sini. “Komander”,” komender”, atau apa sahaja sebutan mereka memanggil ayahku. Aku tidak jelas.
                Hidangan kami malam itu sungguh mengenyangkan. Kami tidak mampu menjamah ayam mahupun ikan setiap hari. Ubi itu aku habiskan dengan senyum cekal. Tidak mengapalah tidak makan ayam. Janji aku masih punya rezeki untuk dijamah. Syukur itu perlu dalam mendidik jiwa. Itu kata ummi dahulu.
                Ayah membawaku ke tempat tidur setelah usai solat Isyak dan sedikit bayan  oleh Pak Cik Murtadha setelah Isyak tadi. Qur’an poket di tangan ayah dibuka saat aku membaringkan tubuh di atas tilam. Gemersik suara ayah mengalunkan surah Al-Mulk mendodoi aku. Aku memerhati sekeliling. Sebahagian mujahid sedang solat di ruang rehat itu. Ada yang membaca Al-Qur’an dan ada juga yang sudah tidur. Keletihan pastinya. Lumut di dinding aku kopek dengan kuku sedikit-sedikit. Bosan. Mata masih belum mahu tidur. Ayah terus mengalunkan Al-Mulk.
                Aku teringat perbualan ayah dengan Kak Fatimah sore tadi. “Fatimah, esok ada misi lagi. Lebih besar dan sukar. Kalau sesuatu terjadi ke atas saya, saya amanahkan Imran di bawah jagaan kamu. Risiko yang kami bakal hadapi esok mungkin lebih besar. Jika serangan esok berjaya, Amerika akan lumpuh, setidak-tidaknya di Kedah. Hanya kamulah satu-satunya insan yang saya percaya untuk menjaga Imran. Imran juga begitu. Dia begitu rapat dengan kamu,bukan?
                “Baiklah ustaz,”balas Kak Fatimah. “Budi ustaz menyelamatkan saya tempoh hari tidak akan saya lupa. Akan saya balas selagi termampu.”
“Usahlah begitu. Sudah menjadi tugas saya. Kamu muslimah yang wajib saya jaga maruah dan keselamatannya.”
                “Apa-apa pun jasa ustaz tetap saya kenang. Apalah yang saya mampu lakukan. Sekadar menjaga Imranlah kudrat saya, sepanjang ustaz keluar berjuang.”
                Ingatanku malap. Aku tertidur.
Keesokan hari, ayah keluar awal-awal subuh lagi. Setelah Subuh, kumpulan elit pimpinan Pak Cik Faiz Ikmal dan dibantu ayah segera bersiap. Langkah mereka kelihatan siaga serba-serbi untuk menghadapi segala cabaran hari ini. “Doakan kami Berjaya!” pesan ayah.
                “Zaid, ayuh! Ada musuh perlu digempur. Ada agama bakal kita tegakkan,” Pak Cik Faiz Ikmal mengingatkan ayah segera. Aku salam ayah. Aku cium pipi ayah. Bau haruman attar semerbak singgah ke ruang hidungku. Bau ayah. Bau kegemaran ayah.
                Kak Fatimah menemani aku. Dia mengajakku menyiapkan sarapan. Aku seronok.  Aku mahu makan ais krim pagi ini. Kak Fatimah ketawa. Tidak elok makan ais krim pagi-pagi, katanya. Aku merajuk. Mujur nasi lemaknya berjaya membuka seleraku. Dia ketawa melihat aku menikmatinya dengan lahap. Dia usap aku. Aku sayang Kak Fatimah. Masakannya sedap. Pandai ambil hati aku. Pasti seronok jika dia ibuku. Bila ayah pulang nanti aku akan suruh ayah kahwin dengan Kak Fatimah.
Setelah mandi, dia membawaku ke taman. Dia ceritakan kepadaku kisah Qarun. Juga kisah Nabi Ibrahim. Cerita nabi dicampakkan ke dalam api menakutkan aku.
                Menjelang Dhuha, sepasukan mujahid dari Pulau Pinang tiba. Perjalanan mereka sungguh sukar. Sebahagian mereka terpaksa berenang menyeberangi laut untuk tiba ke semenanjung. Sebahagian yang sudah tiba di semenanjung menaiki kapal terpaksa berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling yang berbahaya. Ketibaan mereka disambut petugas yang tersisa di markas. Seorang daripada ahli pasukan sedang nazak, ditembak menembusi perutnya. Pandangan itu mengerikan aku.
                Zohor tiba. Setelah solat, aku berehat-rehat di tempat yang sama. Kerusi di laman yang menghadap ke bahagian timur. Ada kolam kecil di situ. Kak Fatimah tiba-tiba datang ke arahku. Dia membawa senyuman. Aku membalas senyumannya. Dia ingin membawaku makan tengahari. Aku menolak, mahu menunggu ayah pulang dahulu. Dia duduk di sampingku.
                “Kak Fatimah, kenapa Kak Fatimah tak kahwin saja dengan ayah? Im mahu Kak Fatimah jadi ummi baru Im,” ujarku tiba-tiba. Dia terpinga seketika. Mukanya mula merona merah. Dia tunduk. Khali tanpa suara.
                Kami bertemu Kak Fatimah di Jeram. Itu kampung kelahirannya. Kebetulan ketika itu dia dikejar beberapa orang tentera Amerika yang cuba menangkapnya ketika dia dalam perjalanan pulang dari kedai. Mujur ayah di situ. Tembakan ayah menakutkan mereka. Kak Fatimah selamat dari cengkaman kezaliman mereka.

Allah!

                Tiba-tiba segalanya putih. Aku rasa melayang di udara. Mataku sempat menangkap imej helikopter yang berlegar di ruang udara markas. Aku terjatuh di atas tanah. Suasana itu sungguh menakutkan. Letupan kedua bergema lagi. Entah bom tangan, entah peluru berpandu. Aku menangis mencari Kak Fatimah. Aku ternampak tudung ungu yang dipakainya. Ketika aku cuba mendapatkan dia, letupan bergema lagi. Tubuh Kak Fatimah hilang dari pandanganku. Allahuakbar, hanya Dia yang tahu kalutnya suasana itu. Aku nampak Kak Fatimah terbaring. Allah, tubuhnya berkecai separuh! Tidak lagi aku mampu bendung segala rasa sedih. Tangisku pecah kuat di tengah-tengah suasana gamat itu. Tiada siapa pedulikan kami. Para petugas sibuk membalas serangan. Ramai yang gugur syahid.
                Kak Fatimah di hadapanku hanya senyum kepadaku. “Kak Fatimah!” jeritku tenggelam ditelan bunyi letupan-letupan yang menakutkan. Pesan Kak Fatimah kepadaku agar jangan menangis. Dia pergi berjumpa Ilahi. Mana mungkin bisa aku tempuh semua ini tanpa air mata menemani. Allah, Pak Cik Khalid dan ummi yang telah pergi bakal diiringi Kak Fatimah. Apakah lagi yang lebih buruk boleh terjadi? Kematian ayah?
                Tubuh kaku Kak Fatimah aku tinggalkan. Aku tahu aku dalam bahaya. Segera aku mengensot mencari perlindungan.  Celah-celah runtuhan markas aku lalui. Aku sempat melihat sebahagian petugas yang sedang berbalas tembakan dengan musuh. Pasukan yang baru tiba dari Pulau Pinang juga tidak manja berehat. Dalam keletihan mereka bangun membantu petugas-petugas dengan semangat. Pasukan musuh terlalu kebal. Peluru berpandu dilepaskan berturut-turut. Aku tak mampu lagi menangis. Cukuplah semua ini. Terlalu ngeri untuk aku tangisi. Aku pasrah.
                Aku bergerak lagi. Mencari tempat berlindung. MasyaAllah, tiada tempat berlindung! Markas berbau hanyir dengan darah. Bau hangit dengan tembakan-tembakan. Hujan peluru dibalas hujan peluru. Para mujahid tidak mengalah.
                “Adik, mari sini!” jeritan itu dapat ditangkap oleh telingaku. Abang Amir melambai memanggilku agar segera datang. M-16 di tangannya tidak leka menembak musuh. Aku bersusah-susah ke arahnya. Tiba-tiba darah memercik ke serata ruang. Dadanya terkopak. Allahuakbar! Seorang lagi mujahid tumbang di jalan Allah!
                Aku sempat mendengar laungan takbir bergema. Takbir disambut takbir. Pasukan bantuan tiba.  Bunyi senjata memuntahkan peluru kian bergema. Pasukan musuh panik diserang dari dua penjuru. Helikopter musuh segera berlalu. Seorang mujahid ternampak aku terbaring lemah. Dia mendukungku. Dia sedar tanganku berdarah bahana peluru sesat musuh. Mungkin juga pasukan kami sendiri. Siapa tahu. Suasana cemas begitu mungkin sahaja menyebabkan itu terjadi tanpa sengaja. Aku diam tak berdaya. Aku pegang perut. Ada rasa sakit mencucuk-cucuk. Kesan tembakan juga. Aku pengsan. Dalam pengsan aku melihat ayah. Hanya ayah. Senyum memandangku. Ayah memanggilku. Ayah memegang tanganku. Ummi tiba-tiba muncul. Kak Fatimah juga ada. Bilangan manusia kian bertambah dalam pandanganku. Pak Cik Khalid juga ada. Aku menyertai mereka. Dalam sayup-sayup aku dengar bunyi letupan lagi.
Pemuda,
Sudah terhantuk baru terngadah,
Sudah berlalu baru menyesal,
Bangun!
Perjuangan belum berakhir,
Yang lepas untuk dikenang,
Bukan disesal,
Kerana perjalanan kau masih jauh lagi,
Sedang kau masih duduk berteleku menyesali yang dulu,
Siapa yang akan mengubah kalau bukan kau?
Sedang beban di belikatmu tiada terlunas?
Jadi, bangun.
Perjuangan belum berakhir.
Jangan berhenti selagi perang belum usai.

0032
13 Mei 2010.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Hasil Karya : abrar shafie

Untuk mengundi Abrar Shafie, sila tinggalkan komen undian anda pada 'comment box' di bawah.
Thanks. :)

Untuk vote, anda boleh tinggalkan komen di kotak komen. Anda boleh tinggalkan vote mengikut cara masing-masing. Yang penting anda harus tinggalkan komen seperti ;

~> Saya suka cerpen ini. I vote!
~> Vote!
~> Saya vote cerpen ini.
~> Saya undi!
~> Ana undi ini cerpen. Ente bagaimana?
***undian dari anony tidak dikira***


 
Good luck abrar shafie! (^^,)

With Love,
♥ Juliana Violet ♥

60 comments:

Anonymous said...

Nice story bro... very nice :). Tp malangnya sy tidak boleh vote utk anda =/

♥ Juliana Violet ♥ said...

Anony,
~♥~ Create lah satu account blog. ;)

Anonymous said...

Account blog ? Nnt takut x manage je =/

Muhammad Ameen said...

♥ "Saya suka cerpen ini, saya undi

sh. said...

Vee, suka sangat cerpen ni. Undi untuk abrar shafie ;)

Mohd Zaid said...

hmm... suke2..saya undi 2 untuk abrar!

♥ Juliana Violet ♥ said...

Anony,
~♥~ Create untuk vote cerpen ni aje. hihihi

Muhammad Ameen,
~♥~ Thanks for your vote. :)

sh.,
~♥~ Thanks voting dear. :)
Vee tengah tunggu cerpen Shera nie. (^^,)

zayed,
~♥~ Thank you so much for the vote. =D

Shasha Ira said...

best!!sy undi utk abrar~~ (^_^)v

esya ecah said...

vee dear...i vote cerpen nie!

Aisyah Sophia. said...

Like..like..vote cerpen nie :)

Unknown said...

vote! =)

meiji said...

vote utk pkck!

♥ Juliana Violet ♥ said...

Shasha Ira,
~♥~ Thanks for voting dear! ;)

esya ecah,
~♥~ Thanks for the vote Esya. (^^,)

Atiqah Ghaffar,
~♥~ Like like too. :)
Thanks for the vote. :)

Artoone,
~♥~ Yeah! Thanks for voting. :)

meiji.
~♥~ Thank you so much for the vote. :)

besi said...

menarik...
kadang2 org lupa..
ada juga yg ingatkan...

i vote

~cik fitriah~ said...

suke2..
sy undi cerpen ni :)

♥ Juliana Violet ♥ said...

besi,
~♥~ Betul tu. Thanks for the vote. :)

~cik fitriah~,
~♥~ Thank you so much for the vote. (^^,)♥

Verdict said...

saya sayang abrar. dan kini saya tahu bagaimana rasa takutnya si kecil imran.

saya vote ini cerpen!

HH said...

si kecil Imran, sy undi cerpen ini :)

fikrahuddin said...

haha thanx sume.

sayng fiq gak. ko kan adik aku. anyway, cerpen mana fiq?? nak baca nih!!!

Norashikin Abdullah said...

sesungguhnya sy suke cerpen ini...
i vote this :)

♥ Juliana Violet ♥ said...

Fiq,
~♥~ Suuweeettt... hihihi, Thanks for the vote. :)

Harishah Halim,
~♥~ Thanks for voting. (^^,)

nemesis3891,
~♥~ errr... sedikit keliru disini. Anda abrar kah? =0

Norashikin Abdullah,
~♥~ Thank you so much for the vote. :)

fikrahuddin said...

haha. sayalah abrar. takpelah. guna je nama abrar shafie tu ok dah... n_n

♥ Juliana Violet ♥ said...

nemesis3891 a.k.a abrar,
~♥~ I seeeeeee.... =O
Hihihi... okay. Sorry ye Vee tak tahu awak nemesis3891.

Anonymous said...

i vote.

♥ Juliana Violet ♥ said...

MATAHARI,
~♥~ Thanks for the vote. :)

syakira _508 said...

SAYA UNDI CERPEN NI ! SAYA UNDI ABRAR :) :) :)

AMOT said...

GUA UNDI 7 KALI UNTUK ABRAR SHAFIE. INGAT, 7 KALI. :)

percubaanpertama said...

citer best
syahdu..satu vote

Saya said...

tahniah abrar...

sgt suka cerpen ini...
undi untuk si kecil Imran.

♥ Juliana Violet ♥ said...

syakira_508,
~♥~ Yeay!!! Thanks a lot for the vote. (^^,)

AMOT,
~♥~ Vee tak kira undian dari anonymous... ='(

percubaan pertama,
~♥~ Weee!!! Vote bertambah! Hihihi... Thanks for the vote. :)

Bisikan Bijaksana,
~♥~ Terima kasih daun keladi kerana mengundi "Si Kecil Imran". :)

Amalina Abu Hanifah said...

Mungkin sesetengah akan mengutuk merendahkan sehingga ke teras dalam.
Mungkin sesetengah akan memuji meninggi ke pelangi.
Tp gua tengah-tengah. Moderate lebih mengghairahkan.
wakaka
73 votes dari gua, Amot, utk Abrar Shafie.
:)

♥ Vee Violet ♥ said...

amalina hanifah @ amot,
~♥~ Kadang2 terlalu memuji bisa memudaratkan, manakala jika mengutuk tanpa menilai diri sendiri dulu bisa memakan diri. :)

Thanks for the vote amot. :)

Edy said...

this is good. i mean beautiful.

saya undi cerpen ini.

Verdict said...

sedapkan?! ahha~! aku dah kata..

fikrahuddin said...

tengs. elele fiq... jangan sampai aku undi ko due kali... hihi..

Anonymous said...

MAAF XBISA UNDI. MOHON SHARE YE. MEKASIH

Nawfal Fathel said...

saya undi!

♥ Vee Violet ♥ said...

Edy G-Minor,
♥ Yes, it's beautiful. :)
Thanks for the vote. :)

Abrar,
♥ Mau undi lagi sekalikah? Huhuhu... sayang seribu kali sayang tak boleh... =|

Anony,
♥ =)

PaiTel,
♥ Baiklah... =D

:: intizaar :: said...

bravo..!!
vote utk pak sedare..^^

Kucing Putih said...

+1 vote buat anda.

Teringat pulak novel karangan Faisal Tehrani, 1511H(Kombat). :D

fikrahuddin said...

terima kasih

nawfal, intizaar, dan kuceng puteh.

memang FT inspirasi saya. =)

♥ Vee Violet ♥ said...

:: intizar ::,
♥ Thanks for the vote ye! :)

Kuceng Puteh,
♥ Terima kasih daun keladi kerana mengundi. :)

nemesis3891,
♥ Good luck ye? :)

nurulkarimah said...

vote!! ~hampir mengalir air mata baca, terbayang malaysia dijajah kembali dan umat Islam kembali bersatu~

♥ Vee Violet ♥ said...

nurulkarimah,
♥ Brtul tu. Cerpen sebegini memang bagus sebab dapat memberi kesedaran kepada kita semua. :)

Thanks for voting. :)

fikrahuddin said...

terima kasih...=)

vee, kalau saya nak publish cerpen ni ke majalah, tak jadi masalah, kan? ke melanggar peraturan pertandingan?

♥ Vee Violet ♥ said...

nemesis3891 a.k.a abrar,
♥ Mestilah boleh. :)

Cerita yang bagus dan patut dikongsi dengan semua kita share sesama kita. :)

Ini salah satu sebab kenapa Vee anjurkan kontes cerpen ni. Sebab Vee tau, kita semua punya pengalaman hidup berbeza, pemikiran yang berbeza, pengetahuan yang berbeza.

Dan Vee yakin dengan kontes ni, minda kita akan lebih terbuka dari pelbagai perspektif. :)

Bukan follower yg Vee cari, tapi kebaikan untuk kita semua.

Vee bangga kalau cerpen awak masuk magazine. :)

daezz said...

Saya undi cerpen ni. All da best Abrar :) Aku dah vote ni. Cerpen ni best !

♥ Vee Violet ♥ said...

greenrose,
♥ Terima kasih daun keladi.
:)

qamar_muneera said...

Saya undi cerpen ini..banyak pengajaran..

Hajar Hasan said...

saya suka cerpen ini, jadi saya undi cerpen ini. tahniah penulis. ngee~

afiq zulhilmi said...

satu lagi undi untuk cerpen ini..!!

Chencheung said...

me too

JK Promosi said...

Saya suka cerpen ni!
Saya nak undi banyak kali. :)

Chencheung said...

saya suka abrar

hilmi said...

saya undi!

iMRaN said...

0it,abrar.b0le2 k0 gne nme ak.
Vote -_-

Cahaya_Kebahag!aan said...

saya VOTE..:-p

Unknown said...

sedihnya....hrp2 kita tak lupa


saya nk vote

cnen said...

nice!
undi! :)

awang gedebe said...

5 star abrar!!!!