Friday, January 14, 2011

Petikan 10 Cerpen "99 Hari Kisah Klasik Kita"

 

Salam Sayang buat semua,

Senarai di bawah adalah cerpen-cerpen peserta setakat ini.

Untuk vote, anda boleh tinggalkan komen di kotak komen. Anda boleh tinggalkan vote mengikut cara masing-masing. Yang penting anda harus tinggalkan komen seperti ;



~> Saya suka cerpen ini. I vote!
~> Vote!
~> Saya vote cerpen ini.
~> Saya undi!
~> Ana undi ini cerpen. Ente bagaimana?

(^^,) ... Yang pasti, kena ada perkataan vote @ undi okay? Tapi kalau anda komen "saya tak vote" tapi nak Vee kira vote tu, memang nak kena babap lah kan? Hihihi. =p'

Pada sesiapa yang join lagi, emailkan aje karya anda beserta nama pena, link blog dan gambar (kalau ada).

♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥

***Petikan cerpen : KRONOLOGI CINTA SYIHA

Azan berkumandang. Seluruh umat Islam kini menjamu selera.
Selesai kami menjamu selera, tibalah masa untuk kami pulang.
Kami ke tempat parking kereta B2 di mana terletaknya kereta Sarina. Untuk ke tingkat tersebut, kami harus menggunakan lift.
Beberapa minit kemudian, pintu lift pun terbuka dan tiba-tiba...



♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥


***Petikan cerpen : DUNIA KARIM

Hampir 3000 orang sudah berkumpul diperkarangan masjid Al syakirin. Ada orang berucap… butir ucapannya Karim tidak jelas, tapi Karim terus menyelinap untuk berada dibarisan hadapan. Tiba-tiba Karim terdengar arahan dari pihak penganjur..bahawa perarakan ini hendak dibuat secara aman, tujuannya demo kali ini adalah ingin menunjukkan rasa tidak puas hati daripada keputusan kerajaan menaikkan harga petrol jelas jurucakap tersebut.

"Kita akan bergerak menuju jalan ke jalan ampang dan seterusnya sampai didepan klcc. Faham semua!!!"

Vote for ~> ♀ Besi Berani ♀


♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥


***Petikan cerpen : BUNGA KASIH

Angin makin kuat bertiup. Ada rintik hujan mula jatuh ke bumi. Tempiasnya mengenai pipi Hartini. Hartini tersedar dari lamunan. Dia menghulurkan tangan tangannya ke luar jendela, seolah-olah menadah air hujan. Bagaikan puas dengan bukti bahawa hujan akan lebat, barulah dia menarikkan tangannya kembali. Hartini menarik tabir jendelanya, ditutup. Langsir juga dibetulkan dan dilabuhkan. Hartini duduk dibirai katil. Telefon milik…

 Vote for ~> ♂ Puteri ♂


♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥


***Petikan cerpen : SIRNA CINTA

05/09/06

Semalam dia menelefon. Petang tue aku menghantar mesej padanya mengajak dia keluar, berhajat untuk mengubati rindunya. Aku tau yang dia sibuk, kerja, over time… Tapi aku siapa? Hm…aku cuba mewaraskan fikiran. Apa yang dibualkan malam itu adalah sesuatu yang sangat mengganggu fikiran dan emosi. Apa salah aku, kenapa dia buat aku macam ni? Adakah kerana aku tak selalu disampingnya? Atau kerana aku tak memperdulikannya? Lelaki, sanggup awak?
Dengan lancar dia bercerita mengenai seorang wanita yang dikenalinya di tempat dia bekerja. Aku tak tahu apa yang ada difikirannya saat ini, buat kali pertama aku menangis atas perlakuan orang yang aku sayang.

Vote for ~> ♂Esya Ecah ♂


♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥

***Petikan cerpen : AKU BUKAN SI PENGGODA

Kata orang,
Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
Kata orang lagi,
Kalau tak sakit dan patah hati bukan cinta namanya,
Haruskah aku percaya apa yang sering diperkatakan orang,
Haruskah aku berpura-pura tidak merasa kesakitan ini,
Mampukah aku hanya kaku melihat kau berlalu pergi,
Sedangkan hati merintih sayu memohon kau kekal saja di sisi,
Oh hati,
Rintihlah dalam sepi...



♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥

 ***Petikan cerpen : SALAHKAH AKU?

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama mu ya allah...
Esok atau kah nanti.
Ampuni semua salah ku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempat ku meminta
Kau beri ku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hambamu yang selalu bertakwa
Ampuni ku ya allah
Yang sering melupakan mu
Saat kau limpahkan kurnia mu
Dalam sunyi aku bersujud.....pada mu

Mendengar bait lagu ni menginggatkan aku pada mak....Ermmm.....banyaknya dosa aku pada mak.....hari-hari aku melawan cakap mak......rasanya tak salah dengan apa yang mak kata kan tu...Cuma stress bila hari-hari mak bercerita benda yang sama.....harap masih ada kesempatan untuk aku mohon maaf dari mak....

Vote for ~> ♂ Eita Omar ♂

 
♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥

 ***Petikan cerpen : BIARKAN IA PERGI

Masih segar dalam ingatan Faris, malam itu dia keluar dan mengunjungi sebuah kelab. Di situ dia meneguk air syaitan yang pada fikirannya hanya itu yang mampu menenangkan perasaannya selepas bertengkar dengan Suriya di telefon. Kebetulan pula dia menerima panggilan dari Bella untuk bertemu. Dalam keadaan yang mabuk, pertemuan dua insan itu tidak berakhir di situ sahaja malah ke bilik tidur. Dan situlah segala masalahnya bermula.

mengapa kau pergi
mengapa kau kecewakan
mengapa kau hancuri
mengapa kau menghinakan
mengapa kau sakiti
mengapa kau melukakan
mengapa kau memberi
mengapa kau melupakan
mengapa kau akhiri
mengapa kau memulakan
dengan getaran jiwa kukemukakan
Pertanyaan


♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥

***Petikan cerpen : CINTA PALSU

Selamat Tinggal buat seketika, sebulan dua kita akan bertemu kembali. Biarlah rasa berjauhan sedikit, dihati tetap masih saying dan takkan berubah. Hari pertama di teknik, dah rindu. Arghh, ouh orientasi takkan sempat nak berpanggil bermesra di gagang telefon awam. Macam mana nak berhubung satu sama lain? Dengan kata angin mungkin boleh barangkali…

“Angin tolonglah aku sedang jatuh cinta …
Tapi aku tak punya nyali ‘tuk katakan
Bahwasanya setiap hari kumerindukan dia”
Angin – Dewa

Itu hanyalah lagu, angin hanyalah angin. Hanya metaphora sahaja. Angin takkan bisa tolong apa-apa. Dan ada kala aku tergugat dengan kepelbagaian budak sekolah, budak perempuan bertudung. Manis, comel, cantik dan ada sesekali muka yang matang. Er er, aku masih ada si dia. Aku takkan curang, aku setia. Setia, setia.

Vote for ~> ♀Sca Ndx ♀ 

♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥


 ***Petikan cerpen : SI KECIL IMRAN

Kak Fatimah mengajakku ke taman. Dia mengendongku. Perang memang dugaan. Kaki kananku diragut kezaliman perang. Aku mangsa perang sebetulnya.
Di markas, suasana lengang. Beberapa petugas melewati kami, sambil menghadiahi kami seulas senyuman. Seorang petugas wanita tekun di hadapan komputer. Aku meneliti sekitar laman. Pokok bunga kertas menghiasi bahagian timur dan barat markas. Warna ungu dan putih bagai cocok dipadan di situ. Di bahagian gerbang masuk pula, bunga ros menyambut kedatangan tamu. Markas masih kelihatan kemas and bersih jua menenangkan meskipun nampak sedikit kusam dan usang.

Dua pengawal di pintu lengkap berserban dan bersenjata tiba-tiba bingkas. Aku cuak. Rupa-rupanya ayah pulang bersama mujahid lain. Aku menjerit-jerit memanggil ayah. Hatiku girang sekali melihat ayah kembali. Mukanya kotor sungguh. Comot hitam mencemari wajah tampan itu. Ayah mampir lalu mendukungku. Aku bertukar tangan. Sudut hatiku diterpa rasa lega. Tapi mana Pak Cik Khalid?
   

♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥

 ***Petikan cerpen : CAHAYA CINTA

Tikah…terima kasih…walaupun awak hanya terima saya sebagai kawan awak,tapi itu semua dah cukup bernilai untuk saya,dah cukup buat saya gembira. Saya mahu menyayangi awak,hilangkan kedukaan di wajah awak,saya tahu masa saya akan tiba,nanti………

Ashraff..aku tak tahu kenapa kakiku melangkah kesini,menepati janji yang ku sebut semalam. Melihat dirimu,melihat wajahmu yang berkeringat di tengah padang. Apakah kau serius dengan apa yang kau ucapkan?

Ashraff…awak terlalu sempurna…saya takut nak mendekati awak… walaupun awak begitu ikhlas nak mengenali saya..biarlah kita berkawan dahulu mungkin suatu hari pintu hati ini akan lupakan kisah silam itu dan mula menerima awak….

Vote for ~> ♂ Esya Ecah ♂

♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥


5 comments:

Anonymous said...

Harap lebih banyak cerpen dapat disiarkan :D. Go go guys and girls haha

Cikli said...

salam,

ana pun nak joinlah...
sekarang jugak ana email cerpen gua...opsss ana.

♥ Juliana Violet ♥ said...

Anony,
~♥~ Thanks a lot for your support. :)

Cikli,
~♥~ Ente emel lah! 'Ana tunggu lah. *bercakap dengan nada ala Arab* =p'

AJ Nismihan said...

Salam Tuan Rumah

First of all, congrate for this contest. Baru berbaloi ada pertandingan andai yang hasilnya baik-baik begini kan.

*senyum*

hati dah bising-bising nak join, insya'Allah kalau ada kesempatan nak sertai jugak kontest nih. Mana tau ada rezeki kan.
Ke dah tutup?
Erk.

*snyum*

Anyway, congrat untuk penganjuran ini.
Dan all the best untuk semua contestant.

*salam*

♥ Vee Violet ♥ said...

AJ Nismihan,
♥ Wa'alaikumussalam. :)

Thanks a lot yeah. :)

Boleh aje nak join. Boleh emailkan cerpen ke kisahklasikita@yahoo.com sebelum 10 April '11. :)

Hantarlah ye? Vee happy sangat dapat baca pelbagai cerita dan karya dari bloggers semua. Ada yang berkonsep kekeluargaan / keislaman / cinta / emosi / jihad.

Vee yakin awak salah seorang boleh berkongsi satu kisah yang ramai bloggers tak pernah tau.

Vee tunggu cerpen awak.

Thanks for your support. :)