Wednesday, May 18, 2011

Update terkini kontes "99 Hari Kisah Klasik Kita"

Salam sayang buat semua.

Vee harap semua tak berkecil hati dengan 'kelembapan' Vee update blog Kisah Klasik Kita.
Vee belum dapat pengganti laptop Vee. Sob sob... ;( Blog Juliana Violet pun dah bersawang sebab Vee tak dapat nak update. Hari ni pun Vee curi2 guna pc kawan Vee... Huuuuu...

Okaylah, kembali kepada update kontes "99 Hari Kisah Klasik Kita". Keputusan ke-sepuluh pemenang kontes "99 Hari Kisah Klasik Kita" akan diumumkan pada 1 Jun 2011, Rabu. Diharap anda semua dapat bersabar sebab juri-juri semua masih di dalam proses memberi markah. Persaingan sangat sengit sebab anda semua sangat-sangat berbakat. Vee pun pening kalau nak beri markah. =,="

Sepertimana anda semua sedia maklum, pemenang Top 10 akan menerima hadiah istimewa, buku Indie 'Sperma Cinta' karya Linglung. Dan pada 18 Ju 2011 nanti, Linglung akan 'launch' 'Sperma Cinta' di KL Alternative Bookfest yang bertempat di The Annexe Gallery, Central Market KL. Jadi Vee dan juri-juri bersepakat untuk memberi hadiah kepada pemenang pada hari tersebut. Suke tak? :D
Waktu, Vee masih belum dapat waktu yng tepat, tapi silalah 'reserve' pukul 4pm - 6pm untuk Linglung dan "99 Hari Kisah Klasik" kita ye? Boleh tak? :)

Selain daripada pemenang, pembaca blog Kisah Klasik Kita, pengundi dan peserta-peserta yang lain dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada Linglung dan mengeratkan silaturrahim sesama kita, Insya-Allah. :)

Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda. Vee bersyukur sangat sebab anda semua dapat faham situasi Vee selepas dirompak dan bertukar kerja.
Insya-Allah pada yang membaca blog Juliana Violet, Vee akan mula kembali ber'blogging' seperti biasa tak lama lagi.

Jadi, nantikan keputusan kontes "99 Hari Kisah Klasik Kita" pada 1 Jun nanti dan jumpa anda semua pada 18 Jun 2011 nanti di The Annexe Gallery, Central Market nanti ya! :)

Salam Sayang,

18 comments:

eiffel said...

xsabar plak rasanya.lol

Cikli said...

vee,
jahat betul perompak tu.
apapun nasib baik dia tak curah asid.
nauzubillah.

-MsGoodNite- said...

Kebetulan ada kat KL that week. Yg penting dpt jumpa cik vee dan abam linglung...huahaha

-MsGoodNite- said...
This comment has been removed by the author.
♥ Vee Violet ♥ said...

Eiffel,
Vee pun tak sabar. Hee. Ralat sikit sebab lepas kena rompak tak dpt komited pada kontes ni. Nanti kita jumpa tau. :)

Cikli,
Hmmm. Itulah. Vee bersyukur dia tak apa2kan Vee. Cuma sampai sekarang Vee still trauma. Duduk dlm rumah pun takut. Berjalan dekat luar lagilah takut. :(

MsGoodNite,
Eh! Ye ke? Baguslah dpt jumpa nanti kan? Tak sabar rasanya. :)

Aretikz said...

erk? ala. nun jauh di sabah, tak dapat nak pergi.. hehe..

Sca Ndx said...

:)

catherine- said...

CM bulan jun? alaa.... x dpt nk dtg. kalau bulan oktober boleh la.. ngee~

♥ Vee Violet ♥ said...

Aretikz,
Tak kira. Kena datang jugak. Heee :p

Sca Ndx,
Senyum je? Datang tak nanti? :)

Catherine,
Alaaaa kenapa Oct? Dtglah June. ;(

eita said...

tak sabar nya...
tapi aduh...xleh gi kot....
huhuhu...

♥ Vee Violet ♥ said...

Eita,
Nape takleh gi? :(

sh. said...

Pun tak boleh pegi ;(

esya ecah said...

dear vee...
ixleh attend la event tue...hu..my flight on 15th...so sorry k...hurm..rse sedih lak xleh attend..lau x leh jumpe ngan korang2 y HEBAT!!!! ^_^

eita said...

jauh...

puteri said...

goodluck kawan2!
(pesaing2..ker? hehe)

puteri said...

xsabar nak tahu sape yang menang

nemesis3891 said...

harini!

puteri said...

er? katne ek keputusan tu?
da 7 jun baru online ni..
keputusan 1 jun kan?