Sunday, December 12, 2010

Biografi Aku Linglung : Juri 1 "99 Hari Kisah Klasik Kita"

Linglung adalah salah seorang daripada 4 bloggers yang dilantik untuk menjadi juri contest "99 Hari Kisah Klasik Kita". "Aku Linglung" kini mempunyai seramai 575 fan di halaman FB manakala 359 di Blog Aku Linglung.


Mahu tahu serba sedikit tentang Linglung? :)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Linglung mula berkecimpung dalam bidang penulisan secara amatur sejak dari bangku sekolah lagi iaitu sekitar tahun 1989-1990. Penulisan pertama yang bertajuk 'Keluarga Saya' mendapat kritikan hebat daripada guru mata pelajaran bahasa melayu beliau dan rakan sedarjah. Namun begitu, ibu bapa Linglung tetap memberi semangat dan dorongan untuk beliau terus menulis dan menanam erti ungkapan 'biarlah mereka mengejek, mereka dapat dosa, kita dapat pahala'.


Berkat ketabahan dan kecekalan, semasa di darjah 6, Linglung berjaya mewakili sekolah ke Pertandingan Menulis Karangan peringkat daerah Rompin anjuran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan berjaya memenangi hadiah saguhati tempat ke-9 (kah kah kah! hebat bukan?). Sijil penyertaan pertandingan itu masih tersimpan kemas di dalam fail beliau dan sering di bawa bersama ketika menghadiri temuduga kerja.


Beliau mula berblog pada tahun 2007 secara ala-kadar dan asal boleh. Prinsip beliau ketika itu adalah 'orang lain ada blog, gua pun ada blog'. Dengan prinsip yang padu sedemikian rupa, beliau mula bosan dan berdikit-dikit mula suam-suam kuku dengan aktiviti bersifat blog. 


Selepas beberapa ketika, sedar akan pembaziran masa dan sedikit sebanyak didorong oleh hati yang pecah dek kerana bunga, beliau mula bertekad untuk menulis secara serius dalam sebuah blog baru yang diberi nama 'Aku Linglung'. Dengan hati yang cekal dan limpa sekuat besi, entri pertama berjaya diblogkan dan seperti yang dijangka ianya gagal mendapat sambutan hangat mahupun suam daripada umum. Mengikut penilaian, entri tersebut hanya berjaya mendapat tiada langsung komen dan tiada langsung pengunjung ke blog tersebut. Beliau berasa nestapa lantas menendang pintu bilik air beberapa kali dengan berkaki ayam, tetapi yang ajaibnya pintu itu tidak pecah. Sakit juga kaki beliau ketika itu, ada merah-merah dekat tepi. 


Selepas entri yang ke-4, barulah ada insan yang sudi melawat ke blog beliau dengan meninggalkan sepatah-dua kata di ruangan komen. Tetapi, sejak daripada itu beliau sedar bahawa kejujuran, niat dan seni yang dituangkan dalam setiap penulisan adalah lebih penting daripada nilai jumlah komen dan pengunjung. Itu adalah erti sebenar kepuasan dalam menulis dan berblog.


Cita-cita beliau satu hari nanti adalah ingin bergambar bersama idola dan simbol sastera negara, A. Samad Said untuk dibuat kenang-kenangan dan gambar profail di facebook dan twitter.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


P/S : Biografi ini dicoret oleh Linglung sendiri. Untuk membaca versi original silalah ke ~> SINI. =) . Buku Indie "Sperma Cinta" hasil karya dari Linglung sendiri akan dihadiahkan kepada peserta 'Top 10' "99 Hari Kisah Klasik Kita".


With Love,
Juliana Violet

Saturday, December 11, 2010

99 Hari Kisah Klasik Kita

Selamat berhujung minggu kepada semua.


Salam dari "Kisah Klasik Kita" yang baru diwujudkan untuk memeriahkan lagi dunia 'blog' yang kian popular kini & untuk memeriahkan lagi dunia penulisan di kalangan kita.


Anda mempunyai minat menulis cerpen? Namun sekadar dijadikan koleksi di dalam 'laptop'/'PC' sendiri?
Anda punya bakat menulis cerpen? Namun tak ramai yang membaca hasil karya cerpen anda?


Mungkin 99 Hari Kisah Klasik Kita : CERPEN mampu menarik minat anda untuk berkarya & berkongsi hasil karya anda dengan ratusan 'bloggers' selepas ini?


99 Hari Kisah Klasik Kita : CERPEN


"99 Hari Kisah Klasik Kita : CERPEN" adalah satu pertandingan menulis cerpen sekadar 'suka-suka' yang bertujuan untuk memeriahkan lagi dunia penulisan di kalangan kita. Dan mungkin dari sini, kita dapat berkongsi minat di dalam penulisan cerpen serta sama-sama dapat memperbaiki mutu penulisan masing-masing baik di dalam penulisan cerpen mahupun 'blogging'.


Berminat ingin menyertai "99 Hari Kisah Klasik Kita : CERPEN" ataupun ingin war-warkan kepada 'bloggers' yang anda rasa berbakat untuk menyertai kontes kecil ini?


Terma & syarat "99 Hari Kisah Klasik Kita : CERPEN"


♥ Kontes ini terbuka kepada semua bloggers dan tempoh berlangsungnya kontes adalah selama 99 hari bermula dari 01/01/2011 sehingga 10/04/2011.

♥ Pengiraan markah :

~> 70% juri - 30% bloggers.

♥ Kisah / tema / konsep cerpen yang ingin ditulis adalah bebas.

*** bebas bermakna anda boleh menulis cerpen yang berkisarkan persahabatan / cinta / kekeluargaan / keagamaan. NAMUN anda harus memastikan ianya tidak menimbulkan sebarang isu.***

♥ Panjang cerpen : 

~> Sekurang-kurangnya 3 muka surat (A4).♥ Penggunaan bahasa :
~> Anda boleh menggunakan apa-apa jenis bahasa (baku / bahasa harian).

***'bahasa 'rojak' cuma dibenarkan ketika ber'dialog'.***

♥ Pengiraan markah terbahagi kepada beberapa aspek :
1) Jalan cerita.

~> Kelainan jalan cerita.
~> Kejelasan jalan cerita.
~> Punya mesej yang baik dan jelas.
2) Pemilihan lagu / sajak / syair.
~> Peserta harus menyelitkan sebuah lagu / syair / sajak yang berkaitan dengan karya cerpen masing-masing.

 

♥ Hadiah kepada pemenang :
~> Tempat pertama - Wang tunai berjumlah MYR 100
~> Tempat kedua - Wang tunai berjumlah MYR 60
~> Tempat ketiga - Wang tunai berjumlah MYR 40


                  &                    


♥ Buku Indie "Sperma Cinta" karya daripada "Linglung" akan diberikan kepada "Top 10"





♥ Hadiah misteri akan diberikan kepada pembaca/pengundi yang dapat meneka dengan tepat pemenang tempat pertama, kedua & ketiga.


♥ Untuk menyertai contest :
~> Emelkan karya cerpen anda ke ---> kisahklasikita@yahoo.com.
~> Cerpen anda akan mula dipaparkan di Blog "Kisah Klasik Kita" sebaik sahaja tarikh contest bermula. Pada waktu yang sama, anda harus turut sama menyiarkan cerpen anda di blog masing-masing beserta dengan link cerpen anda yang dipaparkan di Blog "Kisah Klasik Kita" dengan tajuk post ---> "99 Hari Kisah Klasik (nama anda) : 'Tajuk cerpen anda'.
***sila pastikan undian dari 'bloggers' diberi/ditinggalkan di Blog " Kisah Klasik Kita"***
***undian daripada anonymous tidak diterima*** sorry tau... :(

♥ Tempoh berlangsungnya kontes :
~> 1 Jan '11 (Sabtu) - 10 April '11 (Ahad). 


♥ Nama pemenang diumumkan :
~> 14 April '11 (Khamis).


♥ Jutaan terima kasih diucapkan kepada 'Tulang belakang' di sebalik kontes ini, tak lain tak bukan :
~> Dearie Pearls, gadis 'misteri' yang sentiasa penuh dengan 'cinta' di dalam hidupnya.
~> Aku Linglung, penyokong setia Real Madrid dan gemar menonton perlawanan bola sepak bersama mak Munah.
~> Eddie Dewanaga, Raja Naga dari JB yang sentiasa 'cool' dan gemar bersenandung &
~> Hiro yang gemar menonton filem yang diperkotak-katikkan oleh 'member' beliau.


P/S : Jika inginkan serba sedikit panduan menulis cerpen, anda boleh rujuk di entry ~> "Apa Itu Cerpen".


Selamat berkarya! (^^,)


With Love,
♥ Juliana Violet ♥

Apa Itu "Cerpen"

***Diambil dari Blog Azmah Nordin untuk dikongsi dan sebagai kepada sesiapa yang gemar berkarya di dalam bidang penulisan***

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, July 10, 2009 Posted by Azmah Nordin.
Semua orang tahu, cerpen adalah sebuah cerita yg jauh lebih pendek drpd sebuah novel. Cara menghasilkannya, antaranya;

1. Tersangat terhad jumlah watak dan episod di dalamnya.

2. Dimulakan di bahagian paling hampir dengan penyelesaiannya.

3. Lazimnya, hanya menangani satu isu atau masalah, dlm satu karya.

4. Menggunakan hanya maklumat terperinci yang perlu saja, utk memahami situasinya.

5. Ia biasanya meliputi satu masa yg singkat.

6. Dan, yg paling penting, nawaitu semasa menghasilkan cerpen ini, perlu bersih dan jernih, tentunya k :)

Perkara Penting Yg Perlu Ada Dlm Cerpen;
Terdapat beberapa perkara penting yg boleh mengangkat cerpen anda sebagai karya yg bermutu tinggi. Membiasakan diri dgn petua menulis cerpen ini, mampu membantu anda mempelajari cerpen2 lain yg anda baca dan hayati, mampu membantu anda membezakan antara cerpen bermutu dgn yg tidak, dan membantu anda memperbaik-kukuhkan lagi karya anda sendiri.

1. Cerpen harus dicerita dari sudut pandangan watak (watak2) utamanya. Watak utamanya mungkin hanya seorang, tp boleh juga dua orang, bagi menghidupkan karya dan membolehkan pembaca mengenali dan berasa hampir dengan pergolakan jiwa watak2 dlm karya anda. Jika anda mahu ada dua watak utama dlm cerpen anda, boleh saja dngan menggunakan tanda pemisah (* * *) bagi memudahkan anda menguasai jalan ceritan dan fokus fokus kpd pergolakan jiwa satu2 watak dgn lebih teratur, konsisten dan tidak bercelaru.

2. Unsur2 konflik haruslah, diperkenalkan pada paragraf pertama lagi, seboleh mungkin; cuba gambarkan ttg
suasana, waktu dan latar, secara tidak langsung, pada paragraf2 pertama. Elakkan drpd membuat ayat `memberitahu', sebaliknya ayat `tunjuk' (sila baca ttg ini di
Senarai Pos kat sebelah kanan anda tu k) Mulakan dgn pergolakan jiwa watak utama yg berkaitan dgn tema (ada artikel ttg tema, di Senarai Pos itu) cerita anda. Elakkan menggambarkan pemandangan latar pada paragraf pertama.

3. Unsur2 suspen juga harus seboleh mungkin diwujudkan pada paragraf pertama atau kedua cerpen anda, supaya pembaca akan tertanya2 apa yg akan berlaku seterusnya kpd watak2 yg menghadapi konflik itu dan bagaimana kekusutan fikiran watak utama dlm cerpen itu diungkaikan.

4. Pada klimak cerita, yg berhampiran atau akhir cerita, seharusnya menjadi tempat di mana konflik itu dileraikan.

5. Ceritanya harus difokuskan pada satu peristiwa, pada pusat segala masalah hidup yg dihadapi oleh watak utamanya. Interaksi antara watak2 utama, adalah antara nadi dlm karya cerpen anda - jadi pastikan prwatakan watak utama ini sentiasa ditonjolkan, dan hanya `menunjukkankan' latar belakang yg diperlukan saja. untuk menggerakkan plot (jalan cerita). Cuba memulakan setiap paragraf dgn aksi fizikal atau luahan perasaan, utk menarik minat pembaca.

6. Cerita digambarkan lewat sudut pandangan watak utama, tanpa campur tangan pengarang. Maksudnya, sudut pandang itu harus bersesuaian dgn perwatakan watak utama, Agama, pemikiran, pembawaan diri, fahaman politik, ideologi, dn sebagainya - bukan pengarangnya. Ini boleh dipelajari, jika anda berbengkel dgn saya di
Blog Azmah Nordin.

8. Lazimnya, akhbar2 tempatan menerima karya yg berjumlah 8 - 10 mukasurat, sementara majalah pula antara 10 - 14 mukasurat saja. Jadi, pastikan anda tidak melangkau jumlah itu. Pastikan karya yg dihantar, mengandungi nilai2 murni, misalnya, perjuangan, kasih sayang sesama insan, pengorbanan, keinsafan dan sebagainya.

7. sebelum hantar karya yg sudah siap kpd pihak penerbit, perlu disemak-edit dahulu buat beberapa kali, utk mempastikan ceritanya cukup kuat, padat dan menarik. Mungkin lebih baik jika dibiarkan karya anda itu buat sehari dua selepas siap ditulis, sebelum anda kembali kpdnya untuk menyemak-editnya semula dgn fikiran yg lebih segar, dan mungkin juga dgn tambahan/penukaran idea yg baru tiba dan lebih menarik drpd sebelumnya.

9. Judul karya; bagi saya, ljika anda memberikan judul awal2 sebelum karya anda siap, anda akan terikat pada judul itu. Padahal, di sepanjang berkarya, plot cerita akan berkembang, hidup dan berubah dgn sendirinya, bersesuaian dgn cerita anda. Jadi, lebih mudah memberi judul setelah karya anda siap, kerana judul itu nanti akan merangkumi ke seluruhan cerita anda, tp biar suspen. Judul yg baik, biasanya, memiliki 1, 2 dan 3 perkataan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Berkarya!
~ Kisah Klasik Kita ~