Tuesday, February 8, 2011

99 Hari Kisah Klasik "Catherine" : Aku Masih Virgin



Jemari kasar Datuk Haris mula menyentuh pipi gebu Tasya. Lembut sentuhannya. Datuk Haris merenungnya tajam. Jari telunjuknya menyentuh lembut bibir mungil Tasya. Tasya terdiam. Mata dipejam. Dadanya mula berdetak kencang. Nafas ditahan untuk menyekat adrenalin dari terus mengalir deras ke seluruh sistem badan. Berharap oksigen yang masih tersimpan di celah saraf tunjang dapat membantu kewarasan akalnya di saat itu.

"Oh God...! Ohh.. p.. ple..please ..h..hel..helpp m..m.. me.." getar hatinya berkata.



Dalam mata yang terpejam, Tasya melihat syurga. Di sebelahnya pula neraka. Syurga. Neraka. Neraka. Syurga. Syurga.. Syurga.. Neraka.. Neraka.. ..



"Jangan musnahkan hidupmu Tasya!" Tasya seperti melihat suara itu jelas datangnya dari pintu syurga. Sangat jelas suara itu menusuk masuk ke gegendang telinganya. Oh, itu Ridhwan! Ridhwan! Ya, Tuhan!



Belum sempat bibir Datuk Haris menyentuh bibir mungil Tasya, Tasya rebah. Dia terduduk lalu memeluk kaki Datuk Haris. Tangisnya memecah sepi ruang berhawa dingin itu. Datuk Haris terkesima.



"Datuk saya tak boleh...! Maafkan saya datuk... Saya tak mahu gadaikan kesucian saya... Tolong saya datuk… Saya tak mahu jadi seperti gadis-gadis yang selalu daddy saya tiduri setiap malam..."



Entah dari mana datangnya kekuatan Tasya. Dia lalu berdiri mendongak memandang tepat ke dalam mata Datuk Haris. Sambil mengesat hidung dan airmata yang mengalir, Tasya berkata,



"Datuk ada anak perempuan kan? Datuk sayangkan anak datuk kan? Datuk sanggup melihat anak perempuan datuk ..."



"Shh...!! Diam!" Datuk Haris menekup mulut Tasya dengan tapak tangannya. Sekejap. Lalu dilepaskan. Datuk Haris merenung wajah mulus itu. Wajah yang menggugat imannya sebentar tadi kini mengundang simpati.



"Sekali kamu melangkah masuk ke dalam bilik ini, kamu tidak akan keluar tanpa melakukan sesuatu untuk saya." Datuk Haris berbisik ke telinga Tasya. Tasya terlopong.



***



Tiga jam berlalu. Sally tenang duduk di atas sofa Le Corbusier yang di import dari Paris di lobi vip hotel lima bintang itu. Pandangannya di lemparkan ke halaman luar hotel yang menghijau. Landskap yang indah yang dihalangi dengan dinding kaca kalis haba itu tidak langsung dapat menenangkan fikirannya, sebenarnya. Selama tiga jam Sally berkeadaan begitu. Wajahnya muram. Fikirannya melayang entah kemana-mana. Tina pula dari tadi gelisah. Tidak dapat duduk dengan tenang. Sekejap berdiri. Sekejap duduk. Sekejap berjalan mundar-mandir. Jalan dari hujung ke hujung lobi. Nasib baik tiada orang lain di situ. Hanya mereka berdua sahaja.



"Ahhh, sudah tiga jam! Sally, datuk tu hyper sangat ker?" Tina sudah tidak dapat menahan gejolak perasaannya. Mahu saja dihempuknya kepala Sally ke dinding kaca itu. Geram dengan reaksi tiada perasaan Sally. Sally cuma diam. Kaku. Tidak berkata apa.



"Uhh... Please, please, please... Tasya.. I'm sorry, I'm sorry..." Tina mundar-mandir lagi sambil menutup mulutnya dengan kedua tangan. Berdoa moga Tasya selamat. Resah semakin menggila. Dia pula yang lebih-lebih. Sebetulnya, dia langsung tidak terlibat dengan permainan gila ini. Tapi sebab Sally kawan baiknya, dia juga merasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Sally terdesak. Dia faham keadaan Sally. Dia juga faham situasi ini memang sukar untuk ditempuhi oleh gadis yang naif seperti Tasya. Sama seperti dirinya sebelum ini yang pernah menjadi mangsa.



"Sally, kenapa lama sangat ni?! Sudah lebih tiga jam. Takkan datuk tu..."



"Aku tak tahu." Sally menjawab lemah. Dalam hatinya dia memang rasa bersalah pada Tasya, adiknya sendiri. Sanggup dia memaksa adiknya itu untuk menjual diri demi mendapatkan wang sebanyak RM50,000. Dia tiada pilihan. Itu saja cara termudah dan terpantas untuk mendapatkan wang sebanyak itu dalam masa yang singkat.



"I'm sorry Tasya. Kita buat semua ni untuk mummy." Kata-kata itu hanya terbit di dalam hati.



"Kau takkan tak tahu?! kauu... " Belum sempat Tina habiskan kata-kata, Sally mencelah,



"Aku tak pernah bersama dengan datuk itu.. tak pernah langsung! Jadi, kau jangan tanya aku kenapa kenapa. Faham?! Aku pun pening ok! Serabut!! Kau diam dan kau jangan banyak tanya!" Sally melepas perasaan yang terbuku selama tiga jam di situ.



"Eeeiiii... kenapa aku boleh jumpa perempuan gila macam kau ni! Kau sedar tak apa yang kau buat ni?! Kau ada cakap tak pada datuk tu pasal Tasya? Ada tak?!"



"Kan Tasya sendiri dah setuju! Dia tau la apa yang dia buat! Huh! Kau jangan buat aku naik angin boleh tak?! Kau ingat kau sorang jer yang risau?! Aku pun risau ok!! Aku ni kakaknya! Aku tau lah apa rasanya..."



"Taa... tapi kenapa lama sangat?! Apa-apa jadi pada Tasya nanti macam mana?! Aku takut Sally... aku takutt.."



"Benda dah nak jadi ok! Kau jangan takut boleh tak! Tenang sikit! Kalau kau tak diam aku.." Sally mengangkat tangan mahu menampar Tina. Belum sempat berbuat demikian, pintu lif terbuka. Tasya yang pucat sudah terpacak di depan mereka. Matanya bengkak. Sally dan Tina terdiam memandang Tasya. Tiada satu perkataan yang mampu terpacul dari mulut mereka berdua. Memerhati Tasya dari atas ke bawah. Pakaiannya, rambutnya.



Tasya menyerahkan sekeping cek pada Sally. Menggigil tangan Sally menyambut cek tersebut.



"Harap kau puas hati!" Tasya menekup mulut dengan tangannya menahan tangis sebaik sahaja cek bertukar tangan. Dan dia terus berlari anak meninggalkan mereka berdua di lobi hotel tersebut.





***



"Kau dan kakak kau, sama jer! Perempuan murah! Bitch!" Dino melepaskan marahnya pada Tasya. Sungguh dia kecewa bila dapat tahu cerita buruk mengenai Tasya. Selama tiga tahun mereka menyulam cinta, tidak pernah sekalipun Tasya membenarkan Dino mencium bibirnya. Setakat berpegang tangan, cium pipi dan peluk sahaja. Itu pun Tasya masih takut-takut. Sudah pasti Dino bengang dengan apa yang Tasya lakukan. Sanggup menggadai maruah demi ganjaran yang besar.



"Dasar perempuan mata duitan!" Dino menghumbankan lagi kata-kata yang mengguris perasaan.



"Sayang, please.. trust me.. I tak buat semua tu.. percaya lah! I tak buat.." Tasya membela diri. Dia merayu pada Dino. Merayu supaya Dino mempercayainya. Dia tak sanggup kehilangan Dino. Dino adalah cinta hatinya. Dino adalah nyawanya. Tasya menangis memeluk Dino. Dino menolaknya. Kecewa terpancar jelas di wajah.



"You tak perlu nak cakap apa lagi. Selama ni I sayangkan you, I hormati you, dan I percayakan you. Kita sama-sama pernah berjanji akan menjaga hubungan kita ni dengan baik.. tapi you.. apa yang you dah buat?! Hah! Mana perginya pendirian you selama ini?! Mana?!"



Tasya hanya mampu menekup muka sambil menangis. Dino geleng kepala memerhati Tasya dari atas ke bawah. Sedikit tidak percaya dengan segala cerita yang didengarnya mengenai buah hati kesayangannya ini.



"You kalau ada masalah, cakap dengan I. Selama ini pun kita share semua hal. Tapi kenapa tiba-tiba you berubah? You tak percayakan I ke? Apa saja I buat untuk you. You kenal I bukan sehari dua. You ada masalah, I sentiasa tolong you... dan kakak you yang gila itu! Kenapa tiba-tiba you... arrhh...!! I tak faham kenapa you jadi macam ni! I tak mahu you jadi macam kakak you, tahu tak?!"



"I...i...i minta maaf. I dah terlalu banyak menyusahkan you. I tak mahu susahkan you lagi Dino..."



"Arrhhh! Bodoh! Perempuan bodoh!"





***



seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku


tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya




Tasya berhenti menaip. Direnungnya lagi karangan yang ditulis. Tasya menghela nafas panjang. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Hujan masih belum reda. Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi. Mata masih belum mengantuk. Novelnya sudah hampir siap. Lepas ni tinggal fikirkan untuk cover dan sudah boleh hantar untuk dicetak. Enam bulan sudah berlalu selepas kejadian di hotel itu. Semuanya berubah. Mengimbas semula kehidupan yang dilaluinya, terlalu perit untuk dikenang.

***



“Jaga mummy baik-baik tau. Biar aku ikut tinggal dengan daddy. Kita jumpa di sekolah jer macam biasa. Ingat! Apapun yang berlaku dalam hidup kita, kita akan hadapinya bersama. Ada masalah, bagitau aku.”



Sally mengucup pipi Tasya. Kemudian mereka saling berpelukan. Tasya menangis seperti anak kecil kehilangan patung kesayangan. Dalam keadaan berpelukan itu, Sally sempat merenung tajam ke wajah daddynya. Wajah yang dibenci.



“Sally jaga diri baik-baik ye. Mummy sayangkan Sally tau. Mummy sebenarnya tak mahu..”



“Mummy, Sally faham. Mummy jangan risau. Tahulah Sally jaga diri. I love you so much mummy.”



Sejenak tiga beranak itu saling berpelukan.



“Sally, dah lah tu. Jom gerak. Daddy dah lambat ni. Nak jumpa client lagi lepas ni.”



Sally menarik beg pakaiannya. Berjalan menuju Honda CRV yang dari tadi menanti di tepi jalan. Daddy mencapai bag dan memasukkannya ke dalam bonet belakang. Daddy tersenyum dan mengusap lembut rambut Sally. Sally langsung tidak mahu melihat wajah daddynya. Kereta meluncur laju menuju ke Kondominium Seri Impian.



***



“Jangan berani sentuh aku lagi atau kau akan masuk penjara!” Sally memberi amaran keras pada daddynya. Kali ini dia nekad. Kalau daddynya mengulangi lagi perbuatan terkutuk itu, dia tidak teragak-agak melaporkannya pada polis.



Daddynya hanya tersenyum sambil merenung tajam. Sally benci melihat senyuman itu. Dia lantas masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu sekuat hati. Sebal dengan sikap daddynya.



***



“Janji jangan cerita pada mummy tau.” Sally menghulur jari kelingking depan Tasya. Matanya sedikit berkaca. Tasya mengangguk lemah dan menghulur jari yang sama. Mereka mengikat janji. Mata Tasya nyata tidak dapat menyembunyikan kesedihannya. Bengkak akibat terlalu banyak menangis. Sally memeluk Tasya. Cuba menenangkan adiknya itu.



“Tak sangka daddy tergamak buat macam tu. Tak cukup dengan perempuan-perempuan yang selalu dia bawa balik.” Tasya meluah rasa dalam sendu tangisnya. Akhirnya Sally tidak dapat menahan sebak. Airmatanya tumpah untuk kesekian kali.



“Aku tak mahu kau jadi macam aku. Sebab tu aku nak kau tinggal dengan mummy.” Pecah tangisan Sally saat mengucap kata-kata itu. Setiap kali mata dipejam, terasa kesakitannya. Perit rasanya Tuhan saja yang tahu.



***



Malam itu, sekali lagi daddy pulang dalam keadaan mabuk.



Tok! Tok! Tok! Tok! Pintu bilik Sally di ketuk kuat. Sally terkejut lalu terus duduk di penjuru katil. Dia mula takut. Selimut dipeluk ketat. Jantungnya berdegup kencang. Dia tahu daddy di luar sana.



Dangggggg!!! Pintu bilik di tendang pecah. Daddy bagaikan singa lapar menyentap selimut dan cuba merangkul tubuh Sally.



“Tolonggg….tolongg…..tolong jangann…!!!!” Sally bergelut dengan daddynya. Sedaya upaya mahu melepaskan diri dari tangan kasar itu.



Pangggggg!! Sebuah tumbukan kencang mengena pipi Sally. Matanya berpinar. Dia hampir pengsan. Saat itu, matanya tertancap pada sebilah gunting di hujung meja lampu tidurnya. Dengan kudrat yang ada, dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Sally akhirnya berjaya mencapai gunting itu dan.. zzzaaaapppp…



“Arrrrrhhhh….!!!” Daddy tersungkur ke tepi dinding. Bucu gunting melekap di peha kirinya.



Sally berlari keluar rumah sekuat hati. Berlari menuju ke pondok pak guard kondominium itu.



***



Mereka akhirnya mendapati mummy menghidap penyakit kanser serviks tahap satu. Itu pun sebab mummy mengalami pendarahan yang agak serius sampai pengsan dan dimasukkan ke hospital. Penyakit mummy masih boleh diubati. Tapi memerlukan kos perubatan yang sangat tinggi mencecah puluhan ribu ringgit. Dan Sally nekad untuk mengumpul wang dengan apa cara sekalipun. Demi mummy. Ya. Apa cara sekalipun. Walau terpaksa menggadai maruah diri. Namun Sally tidak mampu memenuhi permintaan Datuk Haris. Kerana menyedari, diri sudah tidak dara lagi. Tambahan pula, Sally sedang mengandung. Hasil perkongsian hidup secara haram dengan kekasihnya. Tak mungkin dia sanggup merosakkan janin yang baru tumbuh dalam rahim itu. Sally tiada pilihan lain. Tasya perlu lakukannya.



***



“Aku sudah banyak berkorban untuk keluarga kita. Dan sekarang, giliran kau pula. Please Tasya. I beg you! Sekali ini saja. Pleasee…! Untuk mummy.. Please Tasya…”



Tasya dilema. Antara cinta dan kasih. Cintanya pada Dino. Kasihnya pada mummy dan Sally. Dia bersetuju setelah puas dipujuk rayu Sally. Rela dalam terpaksa. Namun akal sentiasa mencari jalan untuk tidak melakukannya.



yang dicinta akan pergi
yang didamba akan hilang
hidup akan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

Dino. Lelaki pertama yang dapat mengetuk pintu hati Tasya. Mungkin juga pertama dan terakhir. Lelaki yang terlalu memahami. Terlalu banyak berkorban untuk dirinya. Dan Tasya tidak sanggup untuk merosakkan hubungan baik mereka yang sudah terjalin sekian lama. Tak mungkin! Tapi dia pasrah, kalau perpisahan itu harga yang perlu dibayarnya demi kasihnya pada mummy.



Tasya mengeluh setiap kali terkenangkan Dino. “Sayang, please come back!”




***




Ternyata hasil karyanya mendapat perhatian umum. Novel yang bertajuk VIRGIN itu laris macam goreng pisang panas. Sekelip mata Tasya menjadi popular. Dia menjadi perhatian dari pelbagai pihak. Termasuklah menjadi tetamu undangan dalam rancangan di televisyen.




“Pertanyaan Encik Arry mungkin menjadi pertanyaan semua orang di luar sana. Adakah saya masih virgin? Saya memang berada di hotel itu. Kakak saya Sally dan sahabatnya Tina menunggu saya berjam-jam di lobi hotel. Saya tak tahu apa yang mereka fikirkan saat mereka menunggu saya. Hanya satu yang mereka tahu. Saya keluar dan menangis depan mereka.”



“Untuk datuk yang berada di mana sahaja, terima kasih saya ucapkan. Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menjadi “datin sementara” dalam majlis korporat orang ternama seperti datuk.”




“Membiarkan tubuh disentuh oleh orang yang tidak berhak, memanglah sesuatu yang merugikan. Membodohkan diri sendiri. Ya, mungkin saya tidak suci lagi. Badan dipeluk. Tangan dipegang. Pipi dicium. Tapi terus terang saya katakan di sini bahawa, s a y a  m a s i h  v i r g i n !”



***




Dino yang menonton rancangan televisyen pagi itu terlopong melihat pengakuan dari Tasya. Dan sekejap kemudian dia tersenyum. Senyuman yang semakin melebar!



 
~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Hasil Karya : Catherine

Untuk mengundi cerpen Catherine, sila tinggalkan komen undian anda pada kotak komen di bawah.

***undian dari anonymous tidak dikira.

Good luckCatherine! (^^,)♥

With Love,
♥ Juliana Violet ♥

30 comments:

Anony said...

nice. loving the flow of the story gj :D

HEROICzero said...

DING!

Mr. Swift said...

YES! menang!

i vote cerpen horny ini!

sahidzan said...

secara teknikalnya gua pun virgin. kehkehkeh!!!. gua vote ini cerita.

Anonymous said...

i horny.. ops. i vote this.

Whoopz said...

Horny gak sket.. Vote jugak.. Mcm gini ke vote?

♥ Vee Violet ♥ said...

Anony,
♥ Thanks for reading. :)

HEROICzero,
♥ Apa lagi, vote lah. ;)

Mr Swift,
♥ Yes! Anda vote! Tengs for the vote. :)

PecahKata,
♥ Auumm! Thanks Mr Virgin! ;p

MATAHARI,
♥ Panjang tak tanduk? Thanks for voting! ;)

Whoopz,
♥ :D
, yes, macam inilah vote. Hihihi

Lina said...

i vote cerpen horny ini!

Azura "Banyak Cakap" said...

i vote cerpen horny ini!


thumbs up!

Asri Alam said...

saya vote!! kehornian yg menarik. ops.. ekceli bentuk tulisan yg dah goda aku

Robot | Sakti said...

too horny...


gua vote cerpen ini.

:)

Unknown said...

vote!best:)

Mawar Berduri said...

pstt2.. i vote ok.. :)

Malaya Mania said...

nice story..i vote.!! XD

Raja Dol Haq 2 said...

i vote ..
CAT NANTI BAGI UPAH OK
ai em horny

HEROICzero said...

oh, bukan sekadar komen, dah dikira vote? oke, aku mulakan vote.

"Saya horny, Saya voting."

Sekian.

=)

± said...

vote vote vote
v for horny

AUR said...

Ape cer Catherine ni???...ooo...CERPEN...Cemana la aku boleh terbaca sampai habis...(kira best la tu)...

Tahniah cik Rin!!!

mie said...

uihh..
gue vote...

~nazaku~ said...

my vote just for you my dear...
nice story... i likeeeeyyy..
keep up the gud work... ,p

Zurina J. said...

Vote!
^___^

Cikli said...

kemas. vote!

Mimie said...

best.... tp nk bgtau yg d atas tu jgn la ckp korang horny, bedose tau....

anyway anda seorang penulis yang bagus. saya vote!

keep up the good work.........

Anonymous said...

cerita ne ala² movie indon yg pernah saya tgk dulu tajuknya da lupa samada virgin atau perempuan..... so agak expected la jalan crita dia...

intan.maisarah said...

vote vote.
likelike like

Unknown said...

nice..

vee..kita nk vote~

. said...

saya vote cerita ni

... said...

vote

Cahaya_Kebahag!aan said...

saya VOTE..:-p

acik sue said...

I like :p