Monday, April 11, 2011

99 Hari Kisah Klasik "beautiful_rose" : Mencari Pelangi Selepas Hujan


"Sampai bila kau nak terus macam ni?"

Tanya Riez kepada Rose yang sedang leka mendongak langit.Dahinya berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu.Soalan Riez tadi bagaikan tenggelam di biarkan tidak berjawab.

"Cantik langit tu kan?"

Rose mula bersuara tanpa nada.Dalam pada masanya yang sama ada genang dihujung mata yang cuba ditahan.

7tahun sudah berlalu,namun luka di hati itu bagaikan baru semalam terguris pedih.Masih tidak dapat melupakan seseorang yang pernah hadir menyentuh laman hatinya.

"Rose,janji dengan Ijal yang Rose akan tunggu Ijal balik,kan?"

Kata Ijal mengharap sambil merenung sayu ke wajah gadis kesayangannya.

"Rose janji akan tunggu sampai Ijal balik.Tapi Ijal pun mesti janji jugak yang Ijal pun akan sayangkan Rose sorang je kan?"

Kata-kata Rose berharap.

"Ye,Ijal janji"

Dan itulah kali terakhir pertemuan yang juga menjadi noktah kasih diantara Ijal dan Rose.Ijal pergi kerana ingin mengejar cita-citanya di luar kota.Sedangkan Rose tinggal setia menanti kepulangan Ijal bersama kejayaannya.Tapi Ijal akhirnya lesap tanpa khabar,hinggalah satu hari Rose menerima pesanan ringkas dari Ijal yang membuatkan Rose berubah menjadi seorang yang pendiam.
"kita putus.Terima kasih atas segalanya.
saya minta maaf sekiranya ada kesilapan
selama kita kenal.mungkin kita tak ada jodoh
tapi kita tetap kawan"


Dan pesanan terakhir itu benar-benar telah melukakan hati seorang Rose yang dulunya mudah tersenyum kini menjadi seorang yang lebih suka menyendiri sepi.Rose sering menyalahkan dirinya sebagai penyebab Ijal meninggalkannya.

"Rose..."

Rose berpaling apabila panggilan Riez telah memadamkan lamunannya yang sudah jauh berbatu mengenangkan peristiwa luka itu.serentak itu dia tersenyum pahit memandang Riez.

"Rose...kau masih sayangkan dia?"

Teragak-agak Riez bertanya takut nanti akan melukakan kembali hati temannya itu.Dia tahu, Rose seorang yang pemendam rasa dan tidak mudah untuk menzahirkan emosinya.Ada kalanya sukar untuk meneka apa yang ada dalam fikiran gadis itu.

Rose tidak terus menjawab pertanyaan Riez itu,di renungnya sayu ke langit biru.bagaikan mengharap jawapan untuk soalan Riez tadi ada di situ.

"Riez,aku nak tanya kau.Andaikan kau punya sesuatu barang yang menjadi kesayangan kau,dan kau jaga dengan sebaiknya tanpa ada sesiapa pun boleh mencelakannya.Sampaikan satu masa,barang tu hilang.Dan apakah perasaan kau pada masa itu?"

Rose menjawab kembali persoalan Riez dengan persoalan.Pandangan matanyanya masih sama di situ tetap di langit biru wajahnya beku tak beriak.

"Sudah tentu aku rasa sangat kecewa"

Riez menjawabnya pendek,sambil melontarkan pendangan ke arah yang sama.Diam seketika menanti kata-kata dari Rose seterusnya.

"dan itu jawapan yang aku rasa untuk persoalan kau tadi.rasanya cukup jelas untuk kau tahu bagaimana rasanya bila kehilangan"

Pandangnnya di alih ke arah Riez yang sedang leka melakar sesuatu di atas tanah menggunakan ranting kayu.kemudiannya ranting itu di lambungnya ke udara dan jatuh semula ke tanah.

"Apa yang kau inginkan dalam hidup kau?"

Tanya Riez kepada Rose.sambil tangannya melambung-lambung ranting itu keudara dan jatuh,di ulangnya lagi berkali-kali kemudian di sabut oleh Rose.

"Aku tak minta banyak,cuma satu...bahagia"

Ranting yang di sambutnya di lontarkan jauh sehingga hilang tanpa nampak bayang.Serentak itu dia bangun dari tempat duduknya dan menepuk-nepuk belakang seluar jeans biru tua miliknya.Belum sempat dia melangkah setapak,Riez menarik tangannya dari belakang.

"Kau mahu ke mana?"

Riez turut sama bangun sambil berpaut pada tangan Rose yang di pegangnya ketat.Dia menepuk-nepuk debu yang sudah pun mencemari sebahagia kaki seluarnya.

"Aku mahu pulang,hari sudah mulai senja dan esok pula aku ada kerja.lain kali kita jumpa lagi di sini,ya"

Jawab rose sambil mengemaskan buku-buku yang berselerak dan di masukkan ke dalam beg galasnya.botol mineral yang sudah separuh airnya di capai,penutup di buka kemudian di teguknya sekali dua.

"Aku balik dulu,nanti kita lepak lagi okey?"

Rose berlari-lari anak mendapatkan motorsikal yang di letakkan tidak jauh dari tempat duduk mereka.botol mineral yang sudah kosong itu di lontarkannya ke arah Riez.Dan Riez menyambutnya dengan cekap.

Begitulah kebiasaannya jika ada masa yang terluang,Rose dan Riez akan ke menghabiskan masa di taman Proton City bersama-sama buku dan komik.Adakalanya Rose akan membawa alat lukisan untuk melukis gambar pemandangan.dan kadang-kadang juga dia hanya akan membawa pen dan buku nota untuk menulis puisi ciptaannya.
*********************************************************************

you could be my unintended choice
to live my life extended
you could be the one i'll always love
you could be the one who listens to my deepest inquisitions
you could be the one i'll always love
i'll be there as soon as i can
but i'm busy mending broken
pieces of the life i had before
Rose menyanyi-nyanyi kecil lagu kegemarannya sambil memasukkan semua data dan maklumat di dalam komputer.Jari jemari pantas mengetuk-ngetuk papan kekunci,sesekali matanya menjeling ke arah jam.Dia benar-benar sedang mengejar masa sedangkan masih banyak lagi kerja yang perlu disiapkan.

Dah hampir jam 5 petang tapi masih banyak lagi kerja yang masih lagi belum siap.Penat betullah hari-hari macam ni,boleh kena darah tinggi juga aku kalau macam ni.Kalau nak siapkan hari ini juga,memang tak balik rumah la aku malam ni.Kalau nak sambung esok,aku mesti kena datang awal ke tempat kerja.

"Aisehh..tensionnya"

Rose separuh menjerit menyebabkan teman sekerjanya Mean yang sedang leka membelek-belek fail pesakit memandang ke arahnya.Rose malu sendiri dan menutup mulutnya sambil ketawa kecil.

"Apa yang tensionnya"

Tanya mean kepada Rose lagi.Dia mengambil beberapa buah fail dan rekod dan di letakkannya diatas meja kerja.Rose hanya memerhatikan gadis becermin mata itu duduk di hadapannya sambil mencatatkan sesuatu di dalam buku rekod pesakit.

"Banyak lagi ke?"

Rose bertanya sambil mengeluh,tangan di renggangkan ke hadapan untuk menghilangkan lenguh.Matanya menjeling ke arah jam lagi.
Dah petang ni...minah ni tak ingat nak balik rumah ke? Aku dah penat gila-gila ni tinggal nak usung bantal tidur je.Adoilah bosan betul asyik buat benda yang sama setiap hari,sabar jelah...

"Erm...banyak lagi lah Rose.Aku rasa macam tak boleh nak habiskan hari ni."

Yes! ada petanda baik boleh balik lepas ni.Tak larat gila dah berpinar mata asyik tenung skrin komputer.Jari pun rasa macam dah nak tercabut dah ni.

"Kita sambung esok jelah eh?"

Kata Rose kepada Mean sambil dia mengemaskan fail-fail yang berselerak di atas meja.data-data yang di masukkan tadi di save terus ke pen drive.

"okey.Aku pun dah tak larat nak tengok fail-fail ni semua.pening kepala.Tapi esok memang kena terkejar-kejar lah jawabnya nak siapkan semua kerja-kerja ni."

Fail-fail yang sudah di rekodkan diasingkan dan sebahagian lagi di letakkannya di sebelah kiri meja.Rose hanya memerhati laku Mean si gadis becermin mata itu.

Sudah hampir 3tahun mereka bekerja di tempat yang sama dan tinggal di bilik yang sama.Tapi tidak banyak perkara yang mereka kongsikan bersama terutama tentang cerita hati.Mean seorang yang ceria jarang sekali dilihat bersedih.Dia mudah untuk bercerita dan seorang yang ramah.Tetapi lain pula Rose lebih banyak memendan rasa dan perahsia orangnya.Jarang sekali bercerita tentang hal peibadinya kepala Mean.

"Tak kisahla terkejar-kejar pun.janji kerja siap kan...lagi pun aku betul-betul dah tak larat nak sambung lagi.esok kan masih ada...tak lari kerja tu di kejar,betul tak?"

serentak itu mereka ketawa.Geli hati Mean mendengar kata-kata Rose tadi.
Rose walaupun seorang yang perahsia dan kurang bercakap,ada kalanya pandai berbuat lucu sehingga menjentik ketawa Mean melihat peri laku Rose yang kadang-kadang sengaja di buat-buat.

"Eh,kau lapar tak? malam ni kita makan kat luar nak?"

Rose berkata kepada Mean sambil mengusap perutnyanya yang sudah kelaparan.Sejak dari pagi tadi tidak ada satu makanan pun yang di jamahnya kerana terlalu fokus pada kerja.Mean di sisi di pandangnya dengan mengharap.

"Yelah-yelah...kesian pulak aku tengok anak orang ni kebulur.Itulah kau pagi tadi tak makan tengahari pun tak makan.Kenyang agaknya mengadap komputer tu ye?"

Jawab Mean berseloroh.Lucu dilihatnya Rose yang mula mencebik.

"Aku bukan tak nak makanlah...Aku lupa"

Kata Rose sambil mengenyitkan matanya nakal kepada Mean.Serentak itu cubitan halus Mean singgah ke lengan Rose.

"Banyaklah kau punya lupa.Kalau makan pun kau boleh lupa,Esok-esok nanti majlis kahwin sendiri pun tak ingat tarikh ye..."

Mean berkata-kata dengan nada geramnya.Rose cuba mengelak cubitan Mean yang bertubi-tubi sambil ketawa mengejek Mean yang geram melihat gelagat nakalnya.

"Cubitlah lagi...tak sakit pun.Siapalah yang bernasib malang nak kahwin dengan aku ni Mean.Belajar pun tak tinggi melangit.Jaga diri sendiri sampai ke tua lah aku ni..."

Rose ketawa lagi sambil jalan mengundur mengadap Mean yang sudah mula mencebik.Lagaknya seperti kanak-kanak yang sedang merajuk berebutkan gula-gula.Dan Rose...

Gedebuk!

"Rose!"

Mean menjerit memberi amaran kepada Rose.Tapi terlambat.

"Adoii....Objek apa yang diaorang duk letak kat tengah jalan ni?.."

Rose terduduk sambil menggosok kepalanya yang terhantuk dengan sesuatu yang keras.Laju mean datang mendapatkan Rose.Lelaki di hadapannya pegun melihat seorang gadis bertudung biru itu jatuh bersama-sama buku dan beg yang di bawanya.

"Err...awak tak apa-apa?"

Teragak-agak lelaki itu bertanya,rasa serba salah mula menerjah.Buku-buku dan beg gadis itu di kutipnya satu persatu dan di hulurkannya pada gadis tersebut.

"Awak siapa,macam mana awak ada kat sini?"

Rose yang sedang pening bertanya kembali paa lelaki tersebut.sambil itu Mean memeriksa kepala Rose yang terhantuk pada bahu lelaki itu tadi.

"Tadi saya...awak...maaf"

Teragak-agak lelaki itu menjawab pertanyaan Rose tadi.Walaupun yang bersalah sebenarnya adalah Rose sendiri,silap dia juga kerana bergurau senda di tempat yang tidak sepatutnya.Wajah lelaki itu di pandangnya sekilas.

Perasaan dejavu! Aku rasa macam pernah kenal lelaki ini.Tapi dimana? dan siapa dia? Abaikanlah...sakit-sakit macam ni pun sempat lagi nak fikir banyak-banyak.

"Awak merepek apa ni tak fahamlah"

Rose yang masih keliru dan pening cuba untuk bangun di bantu oleh Mean.Lelaki itu menyeluk saku belakang seluarnya mengeluarkan dompet.Sekeping not berwarna unggu di hulurkannya pada Rose.

"Awak ambil ni,buat rawatan di klinik"

Rose dan Mean memandang lelaki tersebut kehairanan dan membuatkan rasa bersalah kembali menerjah diri lelaki tersebut.Lalu lelaki tersebut menghulurkan lagi sekeping not berwarna unggu dari dompetnya.
**********************************************************************

"Kau tau Riezs,kelmarin ada seorang lelaki pelik bagi aku dua ratus ringgit"

Rose menceritakan kembali peristiwa kepalanya terhantuk kepada Riezs yang sedang berbaring asyik sekali membaca novel di sebelahnya.Kata-kata Rose di dengarnya sekadar angin lalu langsung tidak menarik minatnya.Rose yang geram melihat Riezs langsung tidak memberi tindakbalas terus menarik novel yang dibaca oleh Riezs.

"Eh,apa ni kacau orang.Busuk hati tak boleh tengaok orang senang"

Kata Riezs tersentak apabila bacaannya diganggu oleh Rose teman baiknya itu.Rose mula menarik muka masam dan berpaling membelakangkan Riezs.Dia hanya memerhatikan tingkah laku Rose yang kononnya sedang merajuk.Riezs bangun dan duduk mengadap Rose.

"Kenapa ni...merajuk pulak dengan aku?"

Riezs bertanya separuh memujuk sambil mencuit hidung Rose.dia tahu rajuk rose itu hanya sebentar tidak pernah lama.
Minah ni nak merajuk-rajuk pulak aku sekeh juga nanti baru kau tahu...

"Kau tu tadi aku cakap buat tak tahu saja,macam cakap dengan pokok geram tau."

Jawab rose sambil menepis tangan Riezs yang mula hinggap di batang hidungnya.pantas dia membalas dengan menghadiahkan cubitan halus di lengan Riezs.

"Adoiii,sakitlah kau ni cubit berbisa tau..."

Padan muka kau tulah lain kali masa orang tengah bercakap,fokuslah sekejap kan dah terkena.ini baru sikit je aku test.Menggelabah betullah minah sorang ni.

"Alah kau ni lemah betullah Riezs baru cubit sikit dah nak mengaduh,tak remajalah..."

Cis,minah ni kenakan aku balik.tunggulah kau sikit lagi kita tengok siapa yang kena.Masa tu barulah kau kenal siapa dia Rizanur Zazriza.Riezs tersenyum sinis memandang ke arah Rose yang sedang mentertawakannya.

"Yelah makcik...aku nak dengarlah cerita kau tu apa dia cepatlah cerita tak sabar nak dengar kisah seorang
minah ting tong bertemu petera kayangan"

Riezs mula duduk bersila di hadapan Rose sambil kedua tangannya menongkat dagu gayanya seperti kanak-kanak yang sedang menumpukan perhatian.Rose mula membetulkan kedudukkannya dihadapan Riezs.

"Kelmarin,masa nak balik kerja dengan Mean aku terjatuh sebab terlanggar seorang mamat ni.lepas tu,dia bagi rm200 untuk kos rawatan kat klinik.Padahal aku bukan ada cedera pun just pening sikitlah sebab terhantuk"

Rose mula menceritakan kembali peristiwa yang berlaku kelmarin dengan bersungguh.Riezs hanya jadi pendengar dan sesekali dia mengangguk bagaikan burung belatuk yang mengetuk batang pokok..Sesekali Riezs ketawa bila ada sesuatu yang mencuit hatinya.

"Owh,then kau ambil ke duit tu?"

Tanya Riezs kepada rose sebaik sahaja dia habis bercerita.Rose mencapai botol mineral lalu di teguknya penuh nikmat terasa kering tekaknya tika itu.Riezs masih sabar menanti jawapan dari Rose.

"Tak pun..."

Pertanyaan Riezs tadi dijawabnya ringkas sambil menghulurkan botol mineral itu kepada Riezs.Beg galas berwarna hitam dicapai lalu dikeluarkannya sebungkus makanan ringan.Plastik makanan itu dibukanya dan beberapa keping kerepek rangup itu di kunyahnya.

"Rugi betullah kau ni.orang dah bagi,ambil sajalah."

Riezs membalas sedikit hairan kerana Rose menolak jumlah wang yang banyak itu secara mentah-mentah.Bungkusan kerepek kentang tadi bertukar tangan.Beberapa keping kerepek sudah pun hancur di kunyah oleh Riezs.

"Aku kerja Di klinik,jadi jumlah bayaran tu macam tak kena dengan kecederaan yang aku alami.bukan teruk pun hanya bengkak sikit je sebab terhantuk tak luka pun Riezs..."

Rose bersuara tanpa nada pandangannya lepas pada tasik buatan dihadapan.tenang dan tak beriak sesekali air berkocak apabila anak-anak ikan berenang riang sesama mereka.Matanya asyik sekali memerhati dan sesekali dia tersenyum sendiri.

"Kau senyum apa Rose,sudah jatuh cintakah?"

Wajah Rose terasa panas serentak dengan itu pipinya mula berona kemerahan.Dia memandang ke arah lain cuba untuk menyembunyikan wajahnya menahan malu.

"Tak adalah...kau ni merepek jelah"

Riezs mengenyit mata nakal sambil mengangkat keningnya.Rose disebelah disikunya.

"Rose...kau suka bunga rose merah kan?

Riezs cuba menukar topik berpura-pura tidak menyedari perubahan airmuka Rose.Ranting-ranting kering dipatah-patahkan menjadi pendek.Rose berpaling semula mengadap Riezs,wajah Riezs renungnya penuh tanda tanya.

"Kenapa kau tiba-tiba tanya soalan pelik ni?"

Soalnya kembali kepada Riezs.Wajah teman baiknya itu di renung dengan penuh tanda tanya.Riezs membalas renungan Rose dengan senyuman nakal.

"Sebab aku nampak ada rose merah dibelakang kau."

Riezs berkata sambil jarinya mengarah ke tempat yang dimaksudkan kepada Rose.Dengan penuh tanda tanya dia berpaling ke arah yang dimaksudkan.Sekuntum bunga rose merah bersama nota ringkas yang tidak bernama.
Salam perkenalan buat si mawar merah.
awak nampak sangat manis jika selalu tersenyum
rose merah ini hadiah buat senyuman awak.

Nota dan rose merah itu dihulurkannya kepada Riezs.Dia cuba memandang disekeliling kalau-kalau ada mata yang memerhati.Tetapi yang ada hanya sekumpulan kanak-kanak sedang riang bermain layang-layang.
*********************************************************************
Setahun sudah berlalu sejak kali pertama Rose menerima nota dan sekuntum rose merah itu,dia mula berbalas bicara dengan pengirim tak bernama itu melalui nota-nota yang ditinggalkannya.Seperti selalu setiap kali hujung minggu,Rose dan teman baiknya Riezs akan ke taman proton untuk menghabiskan masa bersama.

"Amboi...kemain lagi kau,sejak ada peminat misteri ni semakin berseri-seri aku tengok."

Kata Riezs kepada Rose apabila teman baiknya itu sudah menampakkan perubahan tidak lagi murung dan bersedih lagi.Riezs yakin sudah tentu itu ada kaitannya dengan nota-nota dan kuntuman rose yang sering diterima oleh Rose.

"Tak lah aku biasa je masih sama macam Rose yang dulu"

Jawab Rose sambil memeriksa sekitar tempat duduk mereka seakan mencari-cari sesuatu.

"Rose,kau cari ini ke?"

Riezs melayang-layangkan botol air mineral kosong yang berisi nota dan kuntuman rose merah itu di depan mata Rose.Terus saja Rose mencapai botol tersebut dari tangan Riezs.lalu penutup botol mineral itu dibukanya.Dengan cermat dia mengeluarkan nota kecil bersama kuntuman rose merah dari botol tersebut.

 

ou could be my unintended choice
to live my life extended
you could be the one i'll always love
you could be the one who listens to my deepest inquisitions
you could be the one i'll always love


i'll be there as soon as i can
but i'm busy mending broken
pieces of the life i had before

first there was the one who challenged
all my dreams and all my balance
she could never be as good as you


you could be my unintended choice
to live my life extended
you should be the one i'll always love


i'll be there as soon as i can
but i'm busy mending broken
pieces of the life i had before

before you.....

:: istimewa untuk awak
saya tahu ini lagu kegemaran awak ::
Wajah Rose berubah riak tidak seceria tadi.nota yang dibacanya dihulurkan kepada Riezs.lambat-lambat Riezs menyambung nota itu,wajah Rose dipandangnya sekilas.Kelihatan ada mendung pada wajah bujur sirih itu.

"Riezs...dia tahu aku suka lagu ini."

Perlahan separuh berbisik dia berkata kepada Riezs tapi cukup jelas.Nada suaranya kedengaran agak sayu.Riezs menggenggam jemari Rose seakan cuba untuk menyalurkan semangat buatnya.

"ya..."

Sepatah dijawab Riezs.dia sendiri buntu mencari kata-kata.

"Tapi aku tak pernah bagitahu dia pasal lagu ini.melainkan kau dan Ijal saja yang tahu...Ijal...."

Hatinya terasa sakit bila nama lelaki itu disebutnya nama yang sekian lama terpadam dari ingatannya kini di sebut semula.

"Kau agak Ijal adalah pengirim nota-nota dan bunga itu?"

Riezs bertanya untuk mendapatkan kepastian.

"Aku sendiri tak pasti..."

Dia buntu selama setahun berbalas nota dengan pengirim yang tak bernama itu tidak pernah sekali pun dia bersua muka dengan pengirim itu.apa lagi untuk berbual di telefon.mereka hanya berinteraksi melalui nota yang ditinggalkan didalam botol mineral itu saja.

"Rose...sudah la tu jangan banyak fikir.mungkin itu hanya kebetulan saja.Tak mungkin Ijal kembali datang mencari kau setelah sekian lama.Mana tahu dia mungkin orang yang sudah lama sukakan kau dalam diam tanpa kau sedar.mungkin juga kau sebenarnya kenali dia."

Panjang lebar Riezs berkata untuk menyedapkan hati Rose yang mula gundah.Tangan Rose digenggemnya seerat mungkin.

"Kalau betul aku kenal dia,kenapa dia nak main sembunyi macam ni? terus terang sajalah pada aku"

Rose seakan kecewa dengan pengirim nota yang di anggapnya kawan itu.terasa dirinya seakan di permainkan.

"Jangan risaulah.mungkin dia sendiri malu untuk berhadapan dengan kau.takut nanti kau tak sudi nak berkawan dengan dia,siapa tahu kan.Lagi pun kau ramai peminat dah tentulah dia berasa rendah diri."

 Kata-kata Riezs sedikit sebanyak melegakan hati Rose.Tapi dalam hatinya teringin juga mahu tahu siapakah gerangan pengirim nota dan bunga  itu sebenarnya.

"Kalau betul dia ikhlas,tak perlulah nak berteka teki macam ni."

Nota dan kuntuman bunga tersebut di simpannya di dalam beg galas yang di bawanya selalu.Pandangannya di lepaskan ke tasik yang tenang tak berriak.

"Apa kata kau ajak dia keluar? kau bagilah alasan nak kenal dia secara mendalam"

Riezs berkata sambil mengenyit mata nakal pada Rose di sebelah.Wajah Rose di sebelah hanya mencebik.

"Gila.nanti dia ingat aku nak ajak dia bercinta pula."

Jawab Rose tidak bersetuju dengan cadangan berani mati Riezs.

"Alah kau ni...belum cuba belum tahu.tak salah pun kalau betul bercinta ye tak? Manalah tahu si pengirim nota misteri ni kacak macam abang aku saiful? boleh buat kau tak tidur malam nanti '

Pipi Rose dicubitnya sehingga meninggalkan kesan merah pada pipi putih gebu itu.Belum sempat dia membalas,Riezs telah dulu bangun untuk mengelak.

"Kalau betul pengirim nota tu abang saiful,memang malanglah nasib aku dapat adik ipar macam kau Riezs."

Ketawa Rose lepas melihat cebikkan manja di bibir Riezs yang kononnya merajuk.

"Kau jangan cakap macam tu Rose,kalau betul terkena nanti aku gelakkan kau tiga hari tiga malam tau."

Kata Riezs dengan nada bergurau tapi di sebalik gurauannya ada tanda amaran.
******************************************************************
Ahad jam 5petang
Kita jumpa di Taman Proton City
dimana tempat nota kiriman ditinggalkan.


Baris-baris ayat ringkas itu diulang bacanya berkali-kali.Nota itu kemudiannya disimpan didalam dompet.Jari jemarinya ligat mengacau jus oren bergelas tinggi dengan straw jalur merah putih.Sesekali Riezs yang sedang enak menjamu nasi ayam,dipandangnya sekilas.

"Riezs,betul ke apa yang aku nak buat ni?"

Suapan nasi ayamnya terhenti.Rose dihadapan dipandangnya kejap.Jus tembikai disedutnya senafas,hampir tersedak dibuatnya.

"Apa yang betulnya?"

Soalan Rose tidak dijawab.sebaliknya dia pula yang bertanya.

"Kau memang...sengaja pura-pura tak tahu.Ini kan rancangan kau idea kau nak aku jumpa pengirim misteri tu."

Rose jawab tanpa memandang Riezs.Straw didalam gelas beisi jus oren  itu dikacau-kacau bersama ais yang sudah mulai mencair larut bersama jus oren.

"Alah...gelabah la kau ni.Bukan nak jumpa mak mertua pun.Kau sendiri juga yang nak tahu siapa sebenarnya pengirim nota tu kan.so,kau ikut sajalah rancangan aku ni."

Kata-kata Riezs cuba untuk meyakinkan Rose yang kelihatan ragu-ragu dengan rancangan yang di buat oleh Riezs.

"Aku cuak juga ni.Tak sangka pula mamat tu boleh setuju macam tu je.Kau tak rasa macam pelik ke,macam ada sesuatu yang tak kena"

Rose masih lagi ragu-ragu dengan keputusan yang dibuatnya.

"Jangan takutlah...aku kan ada aku akan temankan kau dari jauh okey? kalau mamat tu cuba nak buat jahat dengan kau,nanti aku karate kepala dia"

Riezs berkata dengan nada bergurau untuk menghilangkan kebimbangan yang wujud dalam hati Rose.

"okey,janji tau jangan tinggalkan aku?"

Katanya penuh mengharap.

"Ye...aku janji.Eh,jom lah dah nak dekat pukul 5petang ni.Nanti mamat tu ingat kau mungkin janji pula"

Pantas Riezs bangun dan terus menuju ke kaunter bayaran.Sekeping not bewarna merah itu di hulurkannya pada gadis yang duduk di kaunter bayaran tersebut.Rose hanya menantinya di luar.

"Riezs,pasal apa kau kelam kabut sangat ni? Aku yang buat janji kau pula yang gelabah semacam."

Rose hairan melihat laku Riezs yang agak tergesa-gesa memandu ke terus ke Taman Proton.Sedangkan dia yang membuat janji untuk bertemu dengan pengirim misteri itu.

"Tak lah...aku takut kau terlambat je.nanti mamat tu ingat kau saja nak mainkan dia.Aku pun teringin juga nak tahu siapa dia gerangan putera kacak yang tak bernama tu..."

Rose di sebelah di jelingnya sekilas.Jelas kelihatan rona wajah gadis itu mula berubah kemerahan.Menahan malu barangkali agak Riezs dalam hati.

"Kau beriya-iya sangat ni kenapa,ke kau yang dah jatuh hati dengan mamat tu sebenarnya?"

Rose membalas sinis kata-kata Riezs tadi.Temannya itu direnung tajam tapi  Riezs hanya membalas dengan senyum penuh makna.Dia tahu Rose sebenarnya sudah mula jatuh hati pada pengirim nota itu.

"Okey dah sampai.Aku tunggu kau dekat bawah pokok sebelah sana.Apa-apa hal nanti call aku."

Injin kereta di matikan dan mereka jalan membawa haluan masing-masing.Rose pula melangkah lambat-lambat menuju ke tempat yang telah dijanjikan.
15minit berlalu langsung tiada sesiapa datang menyapa.setiap orang yang lalu dihadapannya dipandang langsung tidak menunjukkan tanda mengenalinya.Dia mula bosan lalu mengeluarkan pemain mp3 dari beg galasnya.butang play di tekan lalu dia pun turun sama menyanyi kecil cukup untuk didengarnya sendiri.

Nyanyiannya terhenti apabila bahunya di tepuk dari belakang.Rose berpaling dilihatnya seorang kanak-kanak comel menghulurkan sesuatu kepadanya.Botol mineral kosong berisi nota beserta sekuntum Rose merah.

"Kakak,ada seorang abang hensem bagi ni untuk kakak.Dia kata kakak sangat cantik hari ini."

Sapa budak perempuan comel bergaun merah jambu putih sambil menghulurkan botol tersebut.Rose menyambut botol tersebut dengan teragak-agak.budak perempuan comel itu tersenyum memandang wajah Rose.Dan Rose membalas senyuman budak perempuan itu sambil mencuit pipi gebu budak perempuan itu.

"Terima kasih adik comel!"

Sempat diciumnya pipi budak perempuan itu.Penutup botol mineral itu dibukanya dan nota itu ditarik keluar.Seperti selalu kuntuman rose merah mekar sentiasa ada buatnya.Sebaris ayat ringkas itu dibacanya satu-satu.
Tercari-cari dimana saya?
jawapannya ada pada lagu kegemaran
awak.carilah dan saya ada di situ...


Serentak itu kedengaran bunyi petikkan gitar mendendangkan melodi lagu kegemarannya.Rose berpaling ke belakang bunyi gitar itu datangnya dari sebalik pokok yang berada di belakangnya.Rose bangun dan melangkah perlahan ke arah bunyi yang datang dari pokok tersebut.

"Riezs?"

Terkesima Rose apabila yang dilihatnya disebalik pokok tersebut adalah teman baiknya sendiri,Riezs.Dan disebelah Riezs pula seorang lelaki sedang memetik gitar yang seakan pernah ilihatnya sebelum ini.

"Hai Rose...apa khabar,sihat?"

Riezs lalu menyapa Rose dan serentak lelaki tersebut memandang ke arah Rose yang kelihatan terkejut.

"Riezs,apa kau buat kat sini? bukan ke kau tunggu aku kat sebelah sana?"

Rose bertanya kehairanan.Lain yang dicarinya lain pula yang dijumpainya.Dan kemudian,pandangnya dialih pula pada lelaki yang sedang duduk di sebelah Riezs itu.

"Saja...Aku tamankan abang aku ni.Dia ada janji temu dengan awek,tapi dia malu.So,aku la jadi mangsa temankan dia kat sini."

Kata Riezs kepada Rose dengan senyuman penuh makna.Lelaki disebelah disikunya.

"Awak? baru saya teringat awaklah yang saya langgar hari tu kan?

Ditujunya soalan itu kepada lelaki yang dari tadinya duduk diam jadi pemerhati.

"Err...ye saya."

Teragak-agak lelaki itu menjawab bimbang sekiranya gadis dihadapannya itu marahkannya kerana menjadi penyebab gadis itu terjatuh tempoh hari.

"Kau terkejut Rose? mamat pelik ni la abang aku kalau kau nak tahu.Saiful hafiz namanya...ingat tak kau ada nampak dia masa open house rumah aku raya tahun lepas?"

Rose semakin keliru dengan situasi yang sedang berlaku dihadapannya.Riezs dan lelaki tersebut dipandangnya silih berganti.Hairan,mengapa pula Riezs dan abangnya yang berada disitu.

"Aku tak faham apa kaitan semua ni.Kenapa kau dengan abang kau lepak kat sini pula?"

Rose bertanya lagi untuk mendapatkan penjelasan sebenar dari Riezs.Rose semakin keliru apa sebenarnya yang sedang bermain difikiran Riezs.

"Rose...Nota ditangan awak tu..."

Lelaki tersebut bertanya apabila melihat nota yang masih ditangan Rose tadi.Situasi yang mengelirukan itu membuatkan Rose hampir terlupa tentang nota dari pengirim misteri itu.

"Maaf...itu nota saya,Rose."

Lelaki itu menyambung lagi apabila Rose dilihatnya langsung tidak memberi tindakbalas.Dan Rose sekali lagi tersentak apabila mendengar pengakuan lelaki itu.Wajah lelaki dihadapannya di renung tajam bagaikan menikam.Lelaki tersebut merasa serba salah bila direnung begitu seperti dia sudah pun melakukan kesalahan besar.Dan hanya menanti hukuman dijatuhkan ke atasnya.

"Jadi selama ini awaklah orangnya.Patut pun semua perihal saya awak tahu...Riezs"

Mendatar nada dia berkata.Kecewa benar dia terasa seperti dipermainkan.

"Rose...maafkan aku.Dia abang aku yang kau langgar hari tu.Dan dia juga yang mengirimkan semua nota-nota itu melalui aku.Dia sudah lama sukakan kau sejak kita mula berkawan.Tapi dia tak pernah nak luahkan sebab masa tu kau ada Ijal."

Rose hanya mendiamkan diri dan memberi peluang kepada Riezs untuk menjelaskan perkara sebenar.Lalu Riezs menyambungnya lagi.

"Dan aku yakin abang aku betul-betul ikhlas sayangkan kau.Kalau tidak,mustahil dia boleh tunggu kau sampai ke saat ini Rose.Tolong jangan benci dia Rose,jangan salahkan dia..."

Sayu sekali hati Rose mendengar penjelasan ikhlas dari Riezs itu.Dia menunduk sembunyikan wajahnya dari dilihat Riezs dan abangnya.

"Aku faham Riezs,aku dah tak marah lagi.Tapi Ijal...."

Kata-katanya terhenti apabila nama lelaki itu disebutnya.Terlalu sukar baginya untuk melupakan seseorang yang pernah mengetuk pintu hatinya dulu.

"Rose...saya faham awak masih tak dapat lupakan Ijal lagi.Tak mengapalah jika itu keputusan awak,saya hormati dan tak memaksa.Tapi kita masih lagi boleh mencuba kan Rose?"

Ada kecewa dalam nada suara Saiful.Tapi dia tetap mengharapkan yang Rose cuba untuk menerimanya.Pandangannya dialihkan pula pada adiknya Riezs mengharapkan sokongan.

"Aku faham Rose.Tapi antara kau dan Ijal sudah tamat.Dia lukakan hati kau dia tinggalkan kau dan hingga kini apa yang kau dapat dari mengenangakan dia yang sudah pun bahagia dengan orang lain? Cuba Rose...tak salahkan aku yakin kau boleh bahagia dengan abang aku.ini jaminan aku,kalau abang aku lukakan hati kau,aku akan sekeh kepala dia."

Panjang lebar Riezs berkata kepada Rose berharap dia dapat menerima Saiful.Dalam nada serius itu sempat juga Riezs menjentik rasa lucu dihati Rose sehingga menampakkan lengkungan sabit pada bibir gadis itu.

"Tapi aku takut Riezs...aku tak nak kecewa lagi."

Kata Rose masih ragu-garu lagi.

"Jangan takut Rose,yakin dengan aku okey?"

Ringkas dijawabnya sambil meraih tangan Rose.Jari jemari itu digenggamnya cuba untuk meyakinkan gadis itu.

"You could be my unintended Rose Syahirah?"

Kata Saiful kepada Rose.Wajah gadis itu dipandangnya kejap penuh mengharap.

"Baik.Saya cuba..."

Dalam tunduk itu Rose menjawab ringkas pertanyaan Saiful tadi.Pipinya terasa panas wajahnya mula bertukar kemerahan menahan malu.Dan dalam senyum itu ada genang jernih di sudut matanya.Bukan tanda sedih sebaliknya itu permulaan bahagia buat dirinya kini.


********************************************************************
Hasil Karya : beautiful_rose
Untuk mengundi cerpen beautiful_rose, sila tinggalkan komen undian anda pada kotak komen di bawah.


***undian dari anonymous tidak dikira.


Good luck
beautiful_rose! (^^,)♥

7 comments:

beautiful_rose said...

eh...cerpen aku diterima?
thanks vee... =)

Izyan Yan's said...

I sokong!!!

Mr Akid said...

emmm ok gak kot
i vote ini!!
huhuhu

Faaein Himura said...

wah.. saya undi cerita ini... huhuhu.. good luck rose..

macam cite ko aje.. heehehe... =P

eita said...

best r rose..
aku vote kau

Cahaya_Kebahag!aan said...

saya VOTE..:-p

nabilah_2908 said...

vote tuk Rose....!! :)