Wednesday, December 15, 2010

99 Hari Kita Berkisah Klasik

Salam sayang buat semua bloggers. (_)



Terlebih dahulu, Vee nak ucapkan jutaan terima kasih kepada keempat-empat juri "99 Hari Kisah Klasik Kita" iaitu Linglung, Dearie Pearl, Hiro dan Eddie Dewanaga yang sudi menjadi juri kontes kecil yang Vee anjurkan ni. Thank you very much for your willingness to become the judges, and all the support given guys! :)

Dan, Vee nak ucapkan terima kasih di atas kesudian kesemua bloggers yang kebanyakannya Vee tak pernah blogwalking dekat blog anda sebelum ni yang sudi join kontes kecil ni. Thank you so much! (^^,)

Secara ringkasnya, tujuan Vee anjurkan kontes ni adalah untuk berkongsi minat yang sama dengan dengan blogger-blogger yang lain di dalam bidang penulisan terutamanya penulisan CERita PENdek / CERPEN.

Dari perspektif Vee sendiri, uniknya tentang penulisan ini adalah cara kita menyampaikan emosi kita melalui bentuk penulisan masing-masing. Tanpa kita sedar, penulisan itulah yang menggambarkan warna sebenar diri kita masing-masing. Dan, Vee yakin kadang-kadang, tanpa kita sedar juga blogging membuatkan kita 'ketagih' untuk update blog masing-masing setiap hari. Pernah baca "sebuah epal sehari membuat doktor pergi"? Eh. Kenapa pelik aje bunyinya? Hihihi.
It's actually "an apple a day keeps the doctor away". Tapi rasanya tak ramai yang 'deden' epal untuk mengelak dari sakit. Ramai yang boleh jatuh sakit kalau tak dapat ber'blogging' sehari. XD
Kenapa agaknya ye? Sebab dengan ber'blogging', kadang-kadang kita dapat mengadaptasi diri kita pada satu 'suasana' yang membuatkan kita selesa. Kita dapat menjadi diri sendiri dengan meluahkan apa yang kita rasa di dalam blog masing-masing, kita dapat berkongsi kreativiti masing-masing di mana ramai yang mungkin memuji, memberi rangsangan dan mungkin memberi komen yang negatif yang bertujuan untuk memperbaiki kelemahan kita.

Salah satu perkara manfaat yang Vee harapkan di dalam kontes ini, pengetahuan yang kita semua perolehi selepas membaca karya blogger yang lain kelak. Karya cerpen seseorang mungkin berdasarkan pengalaman sendiri, pengalaman seseorang yang mereka kenali, berdasarkan pemerhatian mereka dengan perkara yang terjadi terhadap sesiapa yang langsung mereka tidak kenali dan berdasarkan pembacaan/pengetahuan yang diperolehi daripada sumber bacaan/media massa dan lain-lain. Tak sabar rasanya nak baca karya anda semua sebab semua karya-karya tu akan datang dalam pelbagai bentuk cerita. Jiwang, kelakar, syahdu, seram, serius, realiti hidup... etc.

Dan semestinya Vee harapkan wujudnya ukhwah di kalangan blogger-blogger yang kian ramai kini. :)

Baiklah, dah panjang sangat Vee melalut *jangan-jangan dah ada yang tertidur ataupun tak baca langsung dah. Hihihi*

Berbalik kepada "99 Hari Kisah Klasik Kita". Kenapa "99 Hari Kisah Klasik Kita"? =)
Kontes ini akan bermula pada 1 Januari 2011 dan akan berakhir pada 10 April 2011. Penilaian markah dari juri-juri dan undian markah dari blogger-blogger juga terbuka sepanjang tempoh 99 hari itu.


Vee ada terima beberapa feedback yang kurang faham dengan syarat-syarat kontes "99 Hari Kisah Klasik Kita". Contohnya,

Q & A

Q : Rossoneri
~> nak join!! tapi ada blur something.. kena selitkan lagu tuh maksudnya selitkan dalam cerpen ke, atau lirik lagu bahagian lain, cerpen bahagian lain?
A : Kisah Klasik Kita
~> BEBAS. Bermaksud, anda boleh selitkan dalam cerpen ataupun pada awal @pun pada akhir cerpen. HARUS berkaitan dengan karya cerpen anda.


Q : -iEkA DaRLink

~> nak join la. tp pening sikit. nak bg name kat komen ni ke?
A : Anda boleh tinggalkan nama anda di sini.

Q : eiffel
~> nak join!!!!! wajib buat ker promo tuh kat blog?? xP

A : Tak wajib. Terserah kepada anda. Tapi anda wajib letakkan link "99 Hari Kisah Klasik Kita" selepas cerpen anda disiarikan di "Blog Kisah Klasik Kita" untuk meraih undian.

Kalau ada apa-apa yang kurang jelas lagi, tanya aje okay? :)

Oh yeah, million thanks to the participants for the entry promotion. Thanks to
Hans, -MsGoodNite-, echah mashuri & -iEkA DaRLink yang buat entri promo untuk kontes ni. Dan semestinya juri-juri "99 Hari Kisah Klasik Kita" - Hiro, Eddie Dewanaga , Dearie Pearls & juga Linglung. :)

Secara ringkasnya, syarat-syarat untuk menyertai "99 Hari Kisah Klasik Kita" adalah seperti di bawah ;

1) Berikan nama anda di
sini sebelum 31 Dis '10.
2) Hantarkan karya anda ke kisahklasikita@yahoo.com selewat-lewatnya 10 April '10.

3) Tema / konsep / kisah cerpen adalah BEBAS.

3) Pengiraan markah pemenang : 70% daripada juri-juri & 30 daripada blogger-blogger.

4) Panjang cerpen anda sekurang-kurangnya 3 muka surat (A4).

5) Sebaik sahaja karya anda disiarkan di Blog Kisah Klasik Kita, anda harus siarkan karya anda di blog anda sendiri. Dan undian yang dibuat haruslah di Blog Kisah Klasik Kita
~> Contohnya, jika karya cerpen anda bertajuk "Pak Man Tempe Masak Tempe", anda harus pastikan tajuk entri anda "99 Hari Kisah Klasik Kita : Pak Man tempe masak tempe". * fuh! Panjang bebenor! =) * . Dan anda HARUS meletakkan link dari Blog Kisah Klasik Kita.

6) Bagi penggunaan bahasa, bahasa 'rojak' hanya dibenarkan pada penggunaan dialog SAHAJA. Bagi penceritaan, anda bleh menggunakan bahasa mudah / baku / bahasa harian.

7) Last but not list, semestinya hadiah bukan? :) Jutaan terima kasih kepada brader Linglung yang segak bergaya (ayat bodek) yang menawarkan hadiah Buku Indie karya beliau sendiri - "
Sperma Cinta". Menarik bukan? * saya pun mahu juga! =p *

Dan hadiah utama yang tidak seberapa : 

~> Tempat pertama - Wang tunai berjumlah MYR 100
~> Tempat kedua - Wang tunai berjumlah MYR 60
~> Tempat ketiga - Wang tunai berjumlah MYR 40


With Love,
♥ Juliana Violet ♥

9 comments:

eddie dewanaga said...

...saya faham, cikgu!

Unknown said...

oke2...suda paham...
kena byk telaah lagi ni..spya ada idea nk menulis...eh..menaip xP

♥ Vee Violet ♥ said...

Eddie,
Hihihi... :)

eiffel,
Good for you...
Hehee... ha'ah... menaip...
selalu silap kan? =)

Amir Syahir said...

yeah2...paling penting hubungan persabatan antara kita..haha

♥ Vee Violet ♥ said...

Hiro,
Weeeee!!! Saya suke! (^^,)

Amir Syahir said...

bila la nak buat kontest kalau menang dpt kawen dgn Vee...haha

untie ai ne ramai org nak kot..keh2

♥ Vee Violet ♥ said...

Hiro,
Oh no!!!
Janganlah wujud kontes sebegitu.
=p

Ramai yang nak kot?
Itu adalah auta semata-mata. :)

Kay- said...

fuh~

sebenarnya i x pernah join mana2 kontes...

ttbe rs seram.... lalala~(buat2 hepi)

♥ Vee Violet ♥ said...

Catherine-,
Lol! Cute!
Okay okay... tarik nafas... lepas nafas...
tarik nafas... lepas nafas... :)
Takpe dear... Banyak masa lagi ni...
Mau tips menulis, tanya aje pada abang Linglung... =p