Sunday, December 12, 2010

Biografi Aku Linglung : Juri 1 "99 Hari Kisah Klasik Kita"

Linglung adalah salah seorang daripada 4 bloggers yang dilantik untuk menjadi juri contest "99 Hari Kisah Klasik Kita". "Aku Linglung" kini mempunyai seramai 575 fan di halaman FB manakala 359 di Blog Aku Linglung.


Mahu tahu serba sedikit tentang Linglung? :)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Linglung mula berkecimpung dalam bidang penulisan secara amatur sejak dari bangku sekolah lagi iaitu sekitar tahun 1989-1990. Penulisan pertama yang bertajuk 'Keluarga Saya' mendapat kritikan hebat daripada guru mata pelajaran bahasa melayu beliau dan rakan sedarjah. Namun begitu, ibu bapa Linglung tetap memberi semangat dan dorongan untuk beliau terus menulis dan menanam erti ungkapan 'biarlah mereka mengejek, mereka dapat dosa, kita dapat pahala'.


Berkat ketabahan dan kecekalan, semasa di darjah 6, Linglung berjaya mewakili sekolah ke Pertandingan Menulis Karangan peringkat daerah Rompin anjuran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan berjaya memenangi hadiah saguhati tempat ke-9 (kah kah kah! hebat bukan?). Sijil penyertaan pertandingan itu masih tersimpan kemas di dalam fail beliau dan sering di bawa bersama ketika menghadiri temuduga kerja.


Beliau mula berblog pada tahun 2007 secara ala-kadar dan asal boleh. Prinsip beliau ketika itu adalah 'orang lain ada blog, gua pun ada blog'. Dengan prinsip yang padu sedemikian rupa, beliau mula bosan dan berdikit-dikit mula suam-suam kuku dengan aktiviti bersifat blog. 


Selepas beberapa ketika, sedar akan pembaziran masa dan sedikit sebanyak didorong oleh hati yang pecah dek kerana bunga, beliau mula bertekad untuk menulis secara serius dalam sebuah blog baru yang diberi nama 'Aku Linglung'. Dengan hati yang cekal dan limpa sekuat besi, entri pertama berjaya diblogkan dan seperti yang dijangka ianya gagal mendapat sambutan hangat mahupun suam daripada umum. Mengikut penilaian, entri tersebut hanya berjaya mendapat tiada langsung komen dan tiada langsung pengunjung ke blog tersebut. Beliau berasa nestapa lantas menendang pintu bilik air beberapa kali dengan berkaki ayam, tetapi yang ajaibnya pintu itu tidak pecah. Sakit juga kaki beliau ketika itu, ada merah-merah dekat tepi. 


Selepas entri yang ke-4, barulah ada insan yang sudi melawat ke blog beliau dengan meninggalkan sepatah-dua kata di ruangan komen. Tetapi, sejak daripada itu beliau sedar bahawa kejujuran, niat dan seni yang dituangkan dalam setiap penulisan adalah lebih penting daripada nilai jumlah komen dan pengunjung. Itu adalah erti sebenar kepuasan dalam menulis dan berblog.


Cita-cita beliau satu hari nanti adalah ingin bergambar bersama idola dan simbol sastera negara, A. Samad Said untuk dibuat kenang-kenangan dan gambar profail di facebook dan twitter.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


P/S : Biografi ini dicoret oleh Linglung sendiri. Untuk membaca versi original silalah ke ~> SINI. =) . Buku Indie "Sperma Cinta" hasil karya dari Linglung sendiri akan dihadiahkan kepada peserta 'Top 10' "99 Hari Kisah Klasik Kita".


With Love,
Juliana Violet

8 comments:

Amir Syahir said...

keh2..mmg kaliber la juri ini..huehue

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Walawehhhhh!!! Terbaek!!

♥ Vee Violet ♥ said...

Hiro,
Juri ini memang berkaliber. Sebab itulah Vee 'angkat' dia menjadi salah seorang juri. Hihihi...

FarhanaDr,
Terbaek kan? XD

Linglung said...

hiro - lu xyah nak ye ye sgt Hiro..hahaha

FarhanaDr - hi dokter, gua jumpa lu di mana2, blog gua, blog lu, blog ni, facebook...twitter saja belum..bila nak ada twitter?

ENCIK TIKUS said...

sape tak kenal linglung, mahu di hentaknya pakai keyboard, keh keh

♥ Vee Violet ♥ said...

Encik Tikus,
Ye lah kan?
Linglung kan bloggers yang 'femes'.
:)

Linglung said...

kah kah kah! bab berlebih bg kat Tikus, mmg handal!

Cikli said...

macam mana cerpen pertama linglung boleh sama dengan cerpen pertama gua?
'keluarga saya'
kahkahkah