Sunday, December 19, 2010

CERPEN : Dollah loves Joyah

CERPEN : Dollah loves Joyah
KARYA  : Juliana Violet


     Dia sedar dirinya diperhatikan, namun dia cuba berlagak cool. Dia yang mula berasa tak keruan, mengangkat tangan kanannya membetulkan topi putih kesayangannya. Wajahnya ditundukkan sedikit. Tiba-tiba dia terdengar satu suara gadis,
     “Aduh!”
     “Sorry EJ... Sorry... Lan tak sengaja.”
     Niat hatinya ingin menoleh melihat apa yang telah terjadi, lebih-lebih lagi apabila nama gadis kesukaannya disebut namun kakinya terus melangkah berlalu menuju ke stesen bas untuk pulang ke rumah.

-------------------------------------------------------------------------------------

     “EJ okay ke? Sakit tak? Sorry Lan tak sengaja.” Mazlan diselubungi rasa bersalah apabila bola yang sepatutnya dibaling ke arah Kwan Ching tersasar dan terkena tepat ke kepala Elina. Agak kuat pula balingannya tadi. Elina menggosok-gosok kepalanya sambil tersenyum.
     “Hehehe... Bukan salah Lan. EJ yang gatal sangat duduk dekat dengan tempat korang main basketball ni.”
     “Sakit sangat ke?” Mazlan mendekatkan tangannya untuk memegang kepala Elina. Elina yang sedar tindakan Mazlan cepat-cepat menginjakkan badannya ke belakang.
     “Dah okay dah!” Elina bingkas bangun.
     “Dayah, jom balik kelas!” Dayah yang dari tadi duduk menemani Elina, bangun sambil tersenyum ke arah Mazlan.
     “EJ marahkan Lan?”
Geleng.
     “EJ baru teringat EJ tertinggal nota sejarah EJ dalam kelas. Takde nota tu, malam nanti terkial-kial pulak nak siapkan kerja rumah EJ. Terkena bola tadi tu baru teringat.” Elina tertawa kecil. Mazlan tersenyum manis. Semanis madu!
     “Bye!

*******************************************************************

     Sweet! Sweet macam gula-gula. Eh! Tak! Dia lagi manis dari tu! EJ.... Apelah agaknye nama penuh die eh? Kejap-kejap kawan die yang suara serak-serak basah ala ala Rani Mukherjee tu panggil die EJ... EJ... Kawan die tu cun jugak, tapi die lagi sweet...
Senyum sambil membayangkan wajah Elina yang sedang tertawa.
     Aku rasa die pun ade hati dekat aku... Errr... Perasan ke aku ni? Tapi... Aku sedar tiap kali aku lalu depan sekolah die, die mesti akan curi-curi tengok aku. Kalau die tengah duduk makan jambu batu dengan member die tu, tengah makan mesti die akan stop makan pastu curi-curi pandang tengok aku.
Hafsham bangun dari katilnya dan menuju ke tingkap biliknya sambil memandang ke arah luar tingkap.
     Papa ni pun satu hal. Baru je pindah sini, naaaak pindah KL balik. Aku baru je mula rasa selesa and happy tinggal dekat Penang ni.
Hafsham memprotes sendiri kemudian termenung jauh.

******************************************************************

     “Sampai bila hang nak lagu ni EJ?” Elina menjungkitkan bahunya. Dayah yang pekat bertutur dengan slang Penang, mengeleng-gelengkan kepalanya.
     “Kalau hang lambat, biaq aku approach dia!” Elina yang sedang mengunyah jambu batu hampir menjerit namun sebaliknya yang jadi apabila dia hampir tercekik. Dayah yang panik menepuk-nepuk belakang badannya.
     “Kau ni....” Elina cuba untuk bercakap namun tersekat-sekat kerana sisa jambu batu yang sudah hampir lumat dikunyah masih berada di dalam lehernya. Matanya sedikit berair akibat tercekik buah jambu tadi. Lagi sekali Dayah menepuk-nepuk bahunya. Namun kali ini kuat dari tadi. Elina yang sedang tunduk mencapai air limaunya untuk diminum tersenyum.
     “Haaa.... Rasa bersalah lah tu. EJ okaylah...” tepukan Dayah semakin menjadi-jadi. Elina yang berasa hairan mengalihkan pandangannya kepada Dayah. Dayah kemudiannya menundingkan jarinya kepada satu arah. Mata Elina membuntang apabila melihat jejaka idamannya sedang melangkah ke arahnya sambil tersenyum manis.
     ‘Baru aku tau die ade lesung pipit.... Eh! Kenapa die datang sini? Mimpi ke aku ni? Kenapa aku rasa berdebar-debar ni?!!!’
     Elina semakin tak keruan apabila Hafsham semakin dekat menuju ke arahnya. Pipinya terasa panas. Hafsham menyeluk tangan kanannya ke dalam kocek. Cuba menghilangkan getar hatinya yang agak gemuruh walaupun wajahnya tampak tenang.
     “Hi...” sepatah Hafsham menyapa. Elina mengangguk lembut sambil senyum. Kedua-dua mereka terpaku. Dayah sesekejap memandang Elina. Sesekejap memandang Hafsham.
    
     “Errrr.... Saya suka tengok muka awak!” Elina ternganga! Hafsham gugup selepas menutur kata-kata yang agak berterus-terang.
     ”Errr..... Saya akan berpindah ke KL. Contact lah saya kalau sudi.” Hafsham yang tiba-tiba berasa segan meletakkan sekeping kertas di atas meja makan dan terus berlalu pergi. Dayah mengerutkan kening tidak berpuas hati.
     Elina yang seolah-olah sedang bermimpi, tersedar apabila Dayah berkali-kali memanggil-manggil namanya. Teringatkan kertas yang diberikan Hafsham tadi, Elina mengangkat tangannya untuk mencapai kertas tersebut. Namun, tiba-tiba angin kuat datang menerbangkan kertas tersebut masuk ke dalam longkang berhampiran kedai makan kegemaran Elina dan Dayah.

     Dayah meneguk liur. Elina menangis di dalam hati!

~> Keseluruhan CERPEN "Dollah loves Joyah" ♥

P/S : Million thanks to maCy yang buat entry promo untuk "99 Hari Kisah Klasik Kita". Still hope dapat baca karya maCy. ;)

With Love,
 ♥ Juliana Violet ♥

8 comments:

NAJ HEBAT said...

wow.

rajin buat cerpen.

keh keh.

sambung nnt bg tau aku.

mintak2 air longkang tu tak jadi penghalang. cis.

NAJ HEBAT said...

oh. baru perasan overall cerita. keh thanks.

ohlala~

♥ Vee Violet ♥ said...

NAJ HEBAT,
Hee hee... dah baca habis ke?
(^^,)

Kay- said...

hehe....tgh tunggu mana dollahnyer...mana joyahnye...

EJ= Elina Joyah kott...ye ker?

Unknown said...

oke..da abish baca...nice...

ley buat rujukan ni xP

♥ Vee Violet ♥ said...

Catherine-,
LOL! Hihihi... Elina Joyah yea?
:)

eiffel,
Hihihi... lebih kuranglah kot dear...
(^^,)

Anonymous said...

dolah dan joyah. comey. haha

most welcome dear :)

♥ Juliana Violet ♥ said...

maCy,
~♥~ Vee still tunggu awak tukar fikiran untuk join tau. :)